Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

18 July 2011

DSLR 1

Mata Luna tak berkelip memandang skrin laptop. Sekali sekala dia mengeluh, berselang seli dengan bibirnya mengukir senyuman. Alam sekeliling dia tak endah, kalau tiba-tiba puting beliung lalu depan rumah pun entah si Luna ni tahu ke tidak, wallahualam.

Mouse warna merah jambu dia tariknya ke sebelah kiri seakan mengheret sesuatu. Jari telunjuknya tak lepas pada butang left-hand-click. Wajah Luna makin serius. Penuh dengan konsentrasi. Dalam 5 kiraan dia lepaskan jari telunjuknya.

“Hiyaaaahhh !” jerit Luna dengan aksi macam tengah bertempur dengan komunis lagaknya.

Burung kecil berwarna biru terbang ke udara, ditekannya lagi butang left hand click, keluar tiga ekor burung biru, sebelum menghancurkan gelas/kiub ais dan batu konkrit yang melindungi binatang jahat yang menyembunyikan telur mereka dan akhirnya membuatkan burung-burung ni marah.

“Haaaa kiri kiri kiriiii…” Luna dah telengkan kepalanya ke kiri dengan harapan si burung biru tu tadi dapat bergolek ke kiri, boleh lah buatkan batu bata tu jatuh, namun, haram. Tak menjadi. Luna ketap bibir. Ni tinggal lagi satu burung je, lepas tuh game over. Dan kena ulang banyak kali level ni baru boleh pergi level seterusnya. Dah lah level ni dah 4 hari 4 malam dia cuba, tak boleh boleh jugak.

Sebelum dia meneruskan dengan burung yang terakhir, iPhone nya giat melagukan lagu SNSD - Gee. Segera dia mencapai iPhone nya. Nama ‘Ibu’ tertera pada skrin. Rambutnya yang menutup telinga dia selitkan ke telinga, selepas itu dia menjawab panggilan ibu.

“Assalamualaikum,” ibu memulakan perbualan.

“Waalaikumusalam. Ibu ada apa telefon Luna malam-malam ni?” tangan kanannya berlari mecari mouse untuk menyambung semula ‘game’. Perlahan-lahan dia menarik mouse laptop ke kiri untuk membuatkan si burung biru ni terbang ke udara.

“Haaa Luna kamu buat apa je ni? Ibu ada hal penting nak bagitahu kamu ni.” Serius ibu menuturkan kata-katanya.

“Tak buat apa-apa pun. Apa yang penting sangat ni, bu?” mata Luna tak berkalih dari skrin laptop. Tengah semangat nak main ni. Ibu jangan patahkan semangat Luna pulak, bu.

“Kamu dengar sini baik-baik.”

“Dengar ni…” Luna membuat perkiraan dari sudut mana harus dia lepaskan burung ni supaya benteng kiub ais dan batu bata tu boleh dirobohkan dan dapat menghapuskan binatang yang jahat itu.

“Ibu nak cakap ni…”

“Haaa.. apa nye? Ibu jangan buat saspen pulak..”

“Tadi ada orang pinang kamu.” Cepat lagi jelas ibu beritahu Luna. Jari telunjuknya dilepaskan akibat terkejut dengan statement of the week ibu malam ni. Bagai dapat kejutan letrik dia terus bangun dari kerusi. Riak wajah memang tak dapat nak klasifikasi. Antara blur dan speechless.

“Pinang? Siapa?” dia menuju ke tingkap, untuk mendapatkan resepsi yang agak baik bila suara ibu mula putus-putus.

“Azman.”

“Azman?” Luna ulang balik apa yang ibu katakan.

“Azman mana pulak ni ibu?” Luna sambung balik pertanyaannya. Dahi dah mula berkerut, mamat Azman mana yang suka hati riang ria nak pinang orang ni?

“Azman sekolah menengah kamu dulu tu, alaa yang rambut sikat belah tepi, gigi yang jarak depan tu… anak Mak Senah. Takkan tak ingat.” Ibu bagi deskripsi.

Ligat otaknya berfikir. Dia memalingkan kepalanya ke skrin laptop. Tertera perkataan , ‘LEVEL COMPLETED’!

“Yeayyyy !!!” suara kegembiraan Luna dari hujung talian buatkan ibu dah pelik.

“Ey, Luna. Kamu suka ye? Boleh ibu kata setuju kat Mak Senah esok.” Kata ibu.

“Eh eh cop… bukan bukan.” Luna dah terduduk atas katil. Ibu ni dah salah ni. Bukan itu yang Luna yeay kan. Luna yeaykan sebab Luna dah lepas level 14, sekarang level 15. Ho yeahh.

“Kamu ni Lunaaaa… dengar tak apa yang ibu cakap ni. Budak ni main-main pulak.” Ibu dah mula geram.

“Luna dengar lah bu. Ishhh.. tak nak Luna dengan si Azman tu. Dulu ejek-ejek orang sekarang nak meminang orang pulak. Tak hingin.” Luna dah peluk bantal empuk Domo.

“Ada-ada je kamu ni Luna. Dah 2 kali kamu tolak pinangan orang. Kamu tu bukannya makin lama makin muda, makin tua ada lahh..” ibu dah membebel. Aduhai. Ibu.. ibuu.. orang tak nak kahwin lagilah.

“Orang tahu… Luna baru je 25 tahun, bu. Bukan 30 lah, banyak masa lagi lah.” Luna bagi alasan. Entah apa-apa je suruh orang kahwin awal.

“Tu yang ibu nak elakkan tu. Ibu tak nak kamu kahwin lewat. Macam abang kamu tu, 30 baru nak kahwin.” Ish ibu ni, abang lain. Luna lain lah.

“Bila kamu nak kahwin ni Luna?” beriya ibu tanya macam bersungguh nak si Luna ni kahwin.

“Alaaa, end of this year boleh je kahwin.” Luna jawab sambil lewa. Mak dah membebel kat hujung talian sebelah sana. Dia mengangguk saja. Dia menggenyeh mata yang tiba-tiba rasa macam kena masuk habuk. Berat lah pulak mata ni. Mulut dah menguap bila dengar suara ibu ni macam merdu semacam pulak. Memang tangkap lentok lah. Mulut dah terkuap-kuap.

“Gaya kamu macam dah ada calon je…” ibu serkap jarang.

“Haaa? Haaaa… yeee….” Luna mula baring atas katil.

“Apasal tak bagitahu ibu? Ibu nak jumpa dia lah..”

“Haaaa….” Luna dah baring atas katil, si domo jadi mangsa bantal kepala buat sementara.

“Bulan 5 nanti ibu datang KL ye?”

“Apa? Datang KL?” mata Luna yang tadi macam nak tidur tak ingat dunia kini terbeliak macam nampak emas depan mata. Apa, Ibu nak datang KL?

“Ye lah.”

“Buat apa?” Luna sememangnya tak sedar apa yang telah dia kata for the past 3 minutes. Kesian ibu.

“Jumpa bakal suami kamu laahhhh…” ish budak ni.

“Apaaa???” dan sekarang Luna tengah berdiri tegak macam nak menyanyi lagu negaraku.

*

Usai solat subuh, Luna mencapai iPhone nya dan terus mendail nombor abangnya, Zaim.

“Hello, assalamualaikum bang?” suara Luna dah menjengah ke gegendang telinga Zaim. Zaim yang masih kelam, tak pernah-pernah ada call masuk pagi-pagi buta ni. Dah pulak tu, nama Luna pulak terpampang memang tak percaya. Budak seorang ni ada hal penting lah tu, baru nak call abang dia, or else langsung tak hingat yang dia ni ada abang.

“Waalaikumusalam. Kalahkan ayam kat kampung kau bangun, Luna.” Gurau Zaim. Dia tersengih di tepi katil.

Eh eh, abang ni, perli nampak. Aish, ada aku kisah pasal ayam kampung? Ni soal hidup aku ni yang aku kisah sangat.

“Eeeeshh… bang! Ibu suruh kahwin !!!!” Luna buat nada merengek minta kasihan.

Zaim dihujung talian dah ketawa sakan. Luna dah masam pulak.

“Kenapa ketawa pulak?”

Soalan Luna, Zaim biarkan tak berjawab. “Bagus lah ibu suruh kahwin. Dapat menantu lelaki ibu dengan abah. Senang hati diorang,” gelak tawa Zaim beransur pulih. Haha.

“Ada pulak. Hish. Ni semua abang punya pasallah!!!” sembur si Luna.

“Aik, apa pulak abang punya pasal?” berkerut muka Zaim. Bila masa pulak ni salah aku.?

“Ibu takut, Luna kahwin lambat macam abang! See, Luna jadi mangsa. Mengada betul!”

“Eleh. Baguslah, kahwin awal. Yang Luna ni, dari zaman sekolah tak pernah abang tengok ada boyfriend… dah tu tak feminin sangat. Jangan kau buat benda langgar hukum Islam sudah…”

Luna dah angkat kening sebelah. Yang abang melalut sampai ke situuuuu… apasal?? Ish, penatlah macam ni.

“Abangggggggggg!!!!!!!!!!!!! Apa pulak??? Luna suka lelaki lah! Cuma tak ada yang sesuai je lah. Ada pulak fikir yang bukan-bukan. Luna karate-do karang, tak sempat breakfast!” Luna dah separuh naik hangin bila dituduh yang bukan-bukan.

“Ha, dah tu pergi cari lelaki yang sesuai dengan kau. Pastu bawak jumpa ibu dengan abah. Then kahwin. Senang..” selamba Zaim bercerita. Cakap memang senang, aku yang kena kahwin. Lagi satu nak cari tang mana pun tak tahu.

“Senangnya cakappp…. Nak cari kat mana? Kat tepi pasar?” Luna balas.

“Haaa tu pun kalau kau nak suami kau kerja jual ikan bolehlah,” sempat lagi Zaim nak buat lawak. Luna dah berasap telinga kena usik dalam keadaan orang yang tengah serius ni.

“Dah lah, abang nak solat. Assalamualaikum.” Talian diputuskan. Luna rasa macam nak hempas je iPhone dia tu, sebab rasa abang macam tak ambil kisah sangat. Hish, menyampah betul ! Luna peluk tubuh. kahwin? Ibu biar betul? Baru 25 tahun, takkan dah nak suruh kahwin. Awal sangat. Kan? Luna mengangguk sendiri. Dia mengeluh. Ahh, serabutnya. Kan best kalau ada je yang rela pelawakan diri kan? Tapi yang pelawakan diri tu haruslah, sedap mata memandang, cukup ilmu di dada. How I wish that can happen easilykan?. In a blink of an eye, gituu. Haha. Dream on laaa Luna.