Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

20 November 2010

Less Than Three ♥

hello there! =)


it's been a while right? lama tak update blog ini, last update, September! wow! rasa macam waaahh. hahaha. maka sebab rindu sangat pada blog diri sendiri, i'd like to present to you ...


Less Than Three ♥ ----> proceed to the right side bar for entries. HAHA :D


so for now, this will be it. enjoy!!! :D

sorry though, if this cerita isn't as humor as i did before, ceh, lawak sangat ke yang dulu-dulu tuh. hahaa. :p sorry also if this cerita isn't as good as you think it would be.


but anyway, thanks for reading!!!


last word ;


LESS THAN THREE U !!! :) thank you.

less than three [pt 7]

Final exam bakal menjelma tak lama lagi. Arghh, tik tok tik tok, dah setahun setengah aku belajar kat Kolej Emerald. Wah. Tak sangka. Inilah, the final battle. Harus bertarung habis-habisan, kasi tergamam itu orang British dengan excellent results. Hwaiting~

Aku keluarkan gambar Umar, ceh, jadi sumber inspirasi lah kononnya. Haha. Kotlah mana tau kalau ada rezeki pergi UK, kot dapat jumpa kan? Ngeng~ harapan tinggi mak datok. Haha. Alaaa.. takpe. Kalau ada jodoh, jumpalah. Entah macam manalah muka 19 tahun kau eh, Umar? Hensem tak? Ala-ala, Zac Efron tak? Joe Jonas ke? Chet. Diri sendiri muka tak serupa Miss Universe. Yelah, kalau aku Miss Universe tak adanya aku kat sini la, derrr.

Aku tatap gambar Umar. Sesekali aku tersenyum, macam orang gila. Entah kenapa? Rasa macam kelakar. Otak dah mereng. Haish.

“Hey, missy.” Qal menyapa aku yang tengah menikmati keindahan alam semesta pada petang yang cantik ini. First time kot, pergi rooftop petang macam ni. Terasa nak buat kelainan nak dekat-dekat exam ni, mestilah nak kenangan yang indah kan? Nanti rindu pulak kat rooftop ni. Heee~

Aku senyum melihat ketibaan Qal. “Hey, mister!” dia berdiri sebelah aku. Headphone kuning menutup telinganya. Dengar lagu kot. aku jungkit bahu, dan aku terus menghirup udara segar. Rasa sekejap, sangat. Haih. Aku curi pandang muka Qal. Matanya dipejam. Kepala dibuat up-down. Mungkin ikut rentak lagu. Kenapa rasa dia macam charming pulak? Aku ketuk kepala. Cet. Berangan. Rambut ala-ala tak berapa nak skema. Mata dia pejam. Tengah pakai headphone kat telinga, sambil angguk-angguk kepala. Okay, that’s just plain charming. Bahaha.~

“Are you done?” ujar Qal matanya masih terpejam.

Aku terperanjat dengar dia berkata sedemikian rupa. “What?” aku pandang sinis.

“Are you done, looking at me, missy?”

Heeehh? Kau nampak ke? Aku kalih mata ke bawah pandang kasut converse aku lah pulak.

“Am I that good looking?” Qal pandang aku. Dia biarkan headphone tersangkut pada leher.

“Perasann..” aku jawab. Kaki ku menguis-nguis lantai rooftop.

“I’ll take that as a yes.” Qal sengih macho. Suka hati kau je kan? Tak apalah. Aku buat tak dengar.

“What’s that?” Qal menjuih bibirnya kea rah foto yang aku pegang. Aku bulat mata. Segera sembunyikan foto itu.

“Nothing.”

“Nothing is something.” Qal balas, rasa ingin tahu dah membuak-buak.

“Your first love, eh?” Qal teka.

Aku sekadar angguk. Aku pun tak sure. Haha. Layan jelahh.. Qal menghela nafas.

“Why?” aku soal.

“Jealous a little.” Tenang Qal kata, selamba. Bersahaja dengan British accent dia.

“Mengada…” senyap seketika.

Qal keluarkan sesuatu dari poket. Aku tak pasti apa dia. Samara-samar akibat pancaran sinar matahari. Kemudian,Dia mula bersuara. “She was my puppy love, I guess. I miss her somehow. I still want to hear she calls my name. haha. I still remember, even it was long time ago. And then I went away. We lost contact.”

Aku yang dengar, hanya mengangguk-angguk. “Awww..She must be pretty.” Aku senyum. Aku pandang Qal. Qal pandang tepat pada mataku.

“She was and She still is.” Aku dah pelik. Bukan dia kata dah lost contact, camne macam yakin je, yang her puppy love masih lagi cantik seperti dulu. Wah macam lirik lagu. Ahaha.

“So, you found her?” aku angkat kening. Qal angguk. And what the hell was he doing, confessing that he likes her, somewhat love stuff confession kinda thing!!!!? DUDE! YOU JERK. Seriouslyyy? Pfthhh,

“Did she know that you find her?” aku carry on with the situation. Lagak cool macam biasa. Qal geleng.

“Nope.. She doesn’t have a clue.”

“Hey, tell her lah.”

“Should I?” Aku angguk beriya. Aku buat eye-smile. Terpaksa. Cewah.

“Really?” Qal soal lagi.

“Yes. Call her, she will be happy.” I put my hands together.

“I’m going to tell her straight away.” Aku buat muka blur.

“Is she here?” Qal angguk.

“Just got to know she’s doing A level.” Aku terkejut.

“Do I know her?” Aku curios.

“I bet you do.”

“Be right back.” Qal lambai, dan dia berlari pergi.

* * *

Aku lempar pandangan ke matahari yang makin lama makin melabuhkan tirai, burung merpati dah mula mencari jalan pulang. Cantik pemandangan kala ini. Langit biru makin pudar warna. Andai bisa aku lukiskan kenangan ini sudah lama aku bawak painting stuff aku. Cewah.

Aku jeling jam pada tangan. Kelibat Qal dah tak nampak. Rasa gembira dalam hati pun ada jugak, Qal has finally met his long lost puppy love. Beruntung kan? Qal masih lagi ingat pada his so called puppy love. Whoaaaa…. Si Umar, entah ingatkan aku lagi ke tak? Aku jungkit bahu sendiri. Aku menongkat dagu di railing.

Bunyi tapak kasut membuat aku menoleh ke belakang, Qal.!!! Ingatkan dah balik. Apa barang dia dekat sini? Bukan dia patut pergi jumpa his puppy love?

“Dah jumpa?”

Qal diam seribu bahasa.

“Why are you here laaaa..?”

“To see her.. laaaaa..” Qal mengajuk laaaa aku. Mengada sungguh. Langkah Qal makin lama makin dekat.

“Haih. Pelik lah kau, Qal.” Aku pusing menghadap, matahari yang dah nak turun.

Qal buat bodoh. Dia jalan menghampiri aku. “Mana ada pelik.” Ujar Qal. Dan bila aku pandang kiri, Qal dah ada berada sebelah aku. Tangannya pegang bekas aiskrim baskin robbin. Untuk 2 orang? Huh?

“Go tell her, mister.”

“I am…”

“Alright, then.” Aku peluk tubuh.

10 saat sunyi.

“Mintak foto yang kau pegang tadi.” Ujar Qal tiba-tiba. Aku tayang muka penuh HUH??

“Mintak laahh..” Qal cakap lagi. Aku geleng.

“Alaaaa… boleh laahh..” pujuk Qal.

“Kenapa?”

“Tengok jelah kejap.” Qal pujuk lagi.

“Kenapa?”

“Nak tengok kejap, lah, dear missy.” Qal gesa lagi. Entah kenapa rasa baik hati, senang je aku keluarkan foto Umar, yang dikehendakinya dari poket seluar aku. Aku bagi pada Qal.

“Nah.” Aku hulur.

“Hold these, for a sec.”

“Eh how.?” Aku dah buntu, macam mana nak pegang aiskrim dua bekas tu dengan gambar ni sekali lah? Takkan nak kasi gambar ni basah kot.

Dua bekas aiskrim bertukar tangan sekali dengan foto tu. Gamabr tu selamat sampai pada genggaman Qal.

“Isn’t he cute?” Qal ucap bila 5 saat dah lepas.

“He was. And I hope he still is. Haha.” Aku terlepas gelak. Qal pandang aku. Dia senyum. Aku hadiahkan eye-smile aku padanya. Heh,.

“You like him, don’t you?”

“Yep.” Aku mengiyakan.

“Why?” Qal korek rahsia.

“Because, he seemed nice, back then. He was part of my childhood memories. He’s the first boy I met. He was with his ice-cream. He smiled, I smiled. He had this, some ice-cream stuff on his lips.. ohh, Oma.” kenangan lalu melintasi kotak fikiran. Qal diam, khusyuk mendengar cerita aku. Tak sedar, diri aku dah ukirkan senyuman pada matahari dunia.

“Did he promise you anything?”

“He did promise me something.”

“What was it?” jelas tergambar curiosity di muka Qal.

“He said, we will get married in future. Bila dah besar. Macam tu..” tenang aku beritahu satu persatu cerita zaman kanak-kanak. Entah tiba-tiba macam keluar naturally. Derrr..

“Ohh.”

“But that was long time ago. Childish. Haha.” Aku akhiri cerita dengan konklusi seperti itu.

“Do you think he will keep his promise?”

“No idea.” Aku angkat bahu.

“Did I treat you well?” Aku angguk tanpa rasa ragu-ragu.

“If he treats you like the way I did, will you fall for him?” soal Qal ingin tahu. Aku pandang bawah. Ah, Qal, I slightly, terfall in love with you, somehow.

“Yeah.” Aku jawab sepatah, muka mula mendongak melihat Qal. Eh apa main questionnaire, ni? Dia pegang gambar tu je? Aku pegang 2 aiskrim ni. Dah makin sejuk tangan aku. Aku nampak dia cantumkan sesuatu pada gambar Umar. And to my surprise, it’s completely a perfect match. Macam, enzyme yang bercatum dengan substrate dekat binding site tu. Complementary to each other gitu awww.

Rahang aku mula jatuh. Nak menjerit, dah tergamam habisan. Aku gigit bibir. Oh,man, this can’t be happening. Seriously??? No wayyyy. Argh. Serius?? Come on la. I must be dreaming. Jangan kata apa yang aku fikirkan sekarang jadi kenyataan.

“Hani… It’s me, Umar. Umar Haiqal.” Qal bagi senyuman paling macho, charming pernah aku nampak. Aku dah nganga sikit. Masih dalam mood, tak percaya. Chill chill, say something~

“Errr… aa.. O..O..Oma?” Qal senyum diiringi gelak.

“Still calling me that way huh?” Aku sekadar sengih. Aaaahhhh…!!! Oma! Is this for real.

“Are you sure?” aku masih dalam mood tak percaya.

“Yep. See this. It’s perfectly match each other.” Qal tunjuk gambar mereka berdua yang bercantum kemas. Aku nampak diri aku masih kecil, pakai gaun pink muda. Muka bahagia betul. Haha.

“How long have been knowing this?”

“Quite sometime.”

“And you didn’t even tell me?”

“Sorry.”

“Errghhh. JAHAAAAAAAAAAATTTT!!!” aku dah menjerit. Sampai hati tak bagitahu!!! Dah lah aku buat scene ala-ala jiwang je. Mesti gelak-gelakkan aku belakang tabir.

“So… did you miss me while I was gone?” Qal tanya straight forward.

“Haaaa…. Did you miss me?”

“You didn’t answer me. Don’t drop the subject missy.” Qal dapat tangkap helah aku.

“Aish. Hmm…”

“Hmmm???”

“Hmm.. yelah. I did.”

“Did what?” Qal nak jawapan precise.

“I did miss you laaaah. Gedikkk~” Qal dah gelak. Tengok aku gelabah semacam.

Qal ambil semula aiskrim baskin robbin.

“Aiskrim jom.” Qal mengajak makan aiskrim. Aih, dah cair dah pun. Haha.

“Sorry, it’s melting already. Haha. I thought it would be nice if we have another memory of eating ice-cream together, dekat luar. Macam ni. Like we used to.” Aku dah macam, awwww, still ingat? I touched. Haha. :P

“It’s okay.” Aku ucap.

“So should I keep my promise?”

“What promise?” buat-buat tak faham sambil sumbat berapa kali melted ice-cream dalam mulut. Ahah. Gelabahh.

Qal sengih. “Promise that bila besar nanti kita kahwin.”

“Hmmm, akan dipertimbangkan.” Ceh.

“Eleh, I knew you’ve fallen for me already.” Selamba Qal menutur.

“Perasaaannn….” Ah this could be, pictures perfect memory hanging on the wall around *lirik Lady Antebellum Addi modified* haha. Dengan pemandangan yang timing nye sangat bagus, saat matahari mula melabuhkan tirai, mereka berdua beriya melihat fenomena yang sangat indah itu.

Tiba-tiba, aku terasa telinga aku ditutupi sesuatu. Headphone. Aku lihat muka Qal. Dia seperti menyuruh aku mendengar satu lagu. Dan dia menekan butang play,

Lagu Back Here – BBMak berkumandang. Dan mereka berdua meneruskan menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan.

I LESS THAN 3 YOU Haniiiii !!! Qal menjerit sepenuh hati.

less than three [pt 8]


Aku berlari sekuat hati. Papan departure aku perhati satu persatu. LONDON – British Airways. Perkataan tu mendapat perhatian aku.

“Oma. Qal. Please don’t leave yet.” Aku berdoa dalam hati. Please don’t. I need to say something. Aku hiraukan kesesakan KLIA kala itu. Yan

g penting aku dapat jumpa Umar Haiqal.

Aku jenguk-jenguk. Leher dah diextend sepanjang mungkin. Mataku tertarik pada headphone kuning di leher.. Oh Qal !

“Qal !!!!” aku jerit. Qal tak bagi respon. Aku berlari kearahnya sambil memanggil.

“Qal !!!!”

“Oma !!!!”

“Mister…” Kala tu, Qal menoleh ke belakang tepat memandang aku yang berlari ke aranhnya. Dia berhenti. Aku melawan arus kesibukan orang di KLIA.

Aku semput. Cuba menenangkan diri bila berhadapan dengannya.

“I thought you wouldn’t come.” Qal bagitahu. Riak sedih diwajahnya.

“Of course I would, mister.” Sesak nafas ku mula reda.

“Just wanted to say, good luck in Birmingham! Best wishes.” Ucap aku.

“Be the best engineer, okay.” Pesan aku. Dah jadi macam mak pu

lak haha.

“HAHAHA. Yes, ma’am.” Qal angkat tabik.

“You too, missy. Be the awesome doctor, out there in Bristol.” Aku sekadar senyum, dan mengangguk mendengar kata-kata Qal.

“Sorry I can’t send you off.”

“It’s okay….. err… I’ll be missing you.” Ah!!! Segann~ Qal senyum sejurus aku keluarkan kata-kata itu. Dan dengan itu, dia leraikan gantungan headphone di leher dan gan

tungkan ia pada leher aku.

“I’m gonna miss you too. Listen to this, okay? Take care honey~”

Suara petugas MAS dah mula menyuruh Qal segera meninggalkan tempat tersebut dan segera ke tempat menunggu kapal terbang.

“I better get going. Be safe.” Qal beritahu aku. Dan dia mula beredar.

Aku tak sedia apa-apa pun nak bagi dia apa. Tup tup dia bagi headphone. Aku rasa dalam poket seperti ada sesuatu. Ohh, nota warna warni kecil-kecil. Wahhh,~ aku segera menulis sesuatu. Dan sepantas kilat aku melipat ia menjadi origami kapal terbang kertas.

“Qal !” aku teriak namanya dah membaling kapal terbang kertas dengan harapan ia terbang kearah Qal. Qal mendongak melihat kapal terbang kertas melilau lilau di awangan KLIA. Dia menangkap origami tersebut. Dan membuka lipatan.

HANI less than 3 <3>

Qal tersenyum, jawapan yang dia tunggu yang tak ada dalam mark scheme A level akhirnya sampai. Dah lama agaknya dia menanti.

“Thanks honey~” jerit Qal yang sudah semakin jauh kelibatnya. Aku hanya melambaikan tangan.

“See you, dear Mister!”

“See you, missy.”

Umar Haiqal, nama yang lama aku tak dengar. Tiba-tiba muncul depan mata. Dia buat hidup 18 tahun aku penuh makna. dengan lagu Gadis Kebaya yang tersebar dekat Facebook, aigoo! Tak sangka dapat jumpa. Dia further study Mechanical Engineering di University of Birmingham. Alhamdulilah. Aku pula dapat tawaran perubatan di University of Bristol. Syukur sa

ngat dapat belajar di Negara orang. Cuma Tempat kami yang berbeza. Dia empat tahun, aku 5 tahun. Jangka masa yang lama eh? Haha, tak pe, train Birmingham-Bristol kan ada? Haha, mengada!! Kalau dah jodoh, lari hujung dunia pun dapat jumpa semula, kan?

So, yeah, that’s it from Hani and Qal. =)



p.s sorry kalau tak clear sangat mesej yang nak disampaikan,

so less than 3 tu maknanya macam nih


so all clear tak :D heee~

less than three [pt 6]

“Hai.”

Aku dongak. Qal. Bukan kau sepatutnya ada kat rooftop ke sekarang? Jangan kacau aku nak study. Ceh bajet studylah dari tadi mata ni nak tertutup, dan dan lagi library yang sejuk permai ni.

“Ehmmm…”

“Tidur ke? Studylah.” Qal tarik kerusi dia duduk depan aku.

“Study lah nih.” Pasal video tu aku tak tanya, sebab aku rasa macam itu bukan untuk aku.

“Tipu. Buku pun tak bukak.” Qal tunjuk buku-buku physics yang ada dekat meja. Sah, mengantuk baca physics budak ni. Aku tayang muka malas.

“Study dalam mimpi lah.”

“Cepat. I test you, missy.”

“Tak nak lah, mister. Not in the mood.”

“Explain the principle of superposition.”

“The combining of two waves meet at the same point where the resultant displacement is equal to the algebraic sum of individual displacement,” aku menjawab dengan penuh semangat. Eh, dah ada dalam kotak memory lah.

“Nice. Next, jom makan aiskrim?” itu bukan dalam syllabus lah.

“Kau belanja,”

“No hal.” I love free food though.

* * *
Pintu Baskin Robin ditolak. Lucky, hari ni hari rabu ada lah, nak discount nye kan? Haha. Aku dan Qal mula memilih aiskrim pilihan hati.

“Kau suka vanilla eh?” tegur aku bila tengok Qal order aiskrim yang bertemakan vanilla.

Dia angguk, “Why?”

“Teringatkan kawan.”

“Lelaki ke perempuan?”

“Lelaki.”

“I guess vanilla are meant for guys, then.” Aku senyum. Ah, Umar.

“Nak vanilla?” Qal bertanya.

“Tak suka vanilla.” Aih, dah macam dialog zaman dulu kala lah pulak. Aiyo.

“Mind to tell pasal kawan kau yang suka vanilla.” Qal kemukakan soalan apabila kami dah duduk di meja makan.

“First love kot.” aku suap ice cream, cotton candy ke mulut.

“Kot. You don’t seem so sure.”

“Why do you even care.”

“Sajalah. Orang kata apa, malu bertanya tak dapat cari rumah.” Aku dah bantai gelak, sangat moden peribahasa Qal.

“Don’t worry. He’s way too adorable compare to you.” Muka Umar menjelma di ruang legar mindaku, ecewah. Berbunga ayat.

* * *

Pandang kanan kiri, meja computer tak digunakan orang. Fikiran aku ligat memikirkan UCAS application. Satu system yang khas untuk mereka yang mahu further study ke UK. Aku juga sedang sibuk memilih universiti mana mahu aku apply ada 5 option. Confuse, universiti mana patut aku pilih. Sheffield? Glasgow? Warwick? Leeds? Manchaster? Leicester? Bristol? Ah, buntu. Walaupun telinga tengah menikmati lagu Kau Ilhamku, Manbai. Fikiran aku dah pun melayang menjelajah bumi UK lah konon.

Mata tumpu kepada website UCAS. Sesekali tak lupa pada facebook. Ahaha. Telinga masih dihidang dengan lagu Manbai yang aku replay beberapa kali tuh.

Aku merajinkan diri mengusha setiap satu website universiti di UK. Mestilah nak tahu apa yang baiknya kalau belajar kat situ kan? Ye, semangat betul.

Aku taip University of Glasgow. Pemandangan dah indah. Wahhhhh… syoknya kalau belajar kat situ. Ngeee~ aaahhh… berangan je lebih, tengok entry requirement, sangatlah tinggi. Haih, kena usaha lebih lah Hani.

Mata aku meneliti setiap rangka kata di page universiti tersebut. Syok jugaklah usha website nih, rasa semangat nak belajar pulak. Ahaha. :D sampai tak sedar ade orang kat sebelah meja computer yang aku tengah syok guna.

Aku terkejut bila lambaian tapak tangan mengacau pandangan aku dari skrin computer. Siapa yang menyibuk nih?

Qal mula duduk di atas kerusi pusing-pusing kat sebelah. Sambil lambai tangan. Aku buat kepala up-down. Dia buat isyarat tengah-buat-apa? Oh haruslah jaga tatasusila, orang yang jaga bilik computer ni sangatlah kerek, tak boleh buat bising ye pelajar sekalian.

Aku buat symbol UCAS guna jari jemari yang ada. Qal sekadar mengangguk. Headphone kuning tergantung dileher. Mencari publisitinya headphone. Lawalah. Qal baling satu gumpalan kertas.

- Which university you choose?

#Glasgow, Leeds, Sheffield, Manchaster, Bristol, Leicester, etc can’t decide. You?

- Ohhh. Same. Additional, Birmingham, Imperial College, UCL-

# Fuyooo. Mantapnya uni yang kau pilih.

- Mestilah. HAHA XD. Makan, jom.

# Dah makan.

- σ (upside down) α (alpha) ℓ (litre) less than three honey.

# Ha? Apa tuh? Syllabus physics baru ke?

- HAHAHA. Subway?

# I had Subway yesterday.

- Err.. can I write something here ?

# Of courselah, then what have we been doinglah. Can write anything la, mister.

- I like you. :)

# Well that was unexpected.

- Expect unexpected things, Missy.

# Whatever, mister.

- I like you, Hani.

# Thank you Qal.

Oh. That’s a wrap. Haaaa.. ungkapan thank you Qal pun dah cukup buat hati terbang ke angkasa biru. Wah gituuu. Haha.

“Kit kat?” bisik Qal, hulur coklat Kitkat yang masih keras elok berbungkus.

“Sure.” Aku buat eye-smile. Rezeki, cokelat free. Wee~

“Kata dah makan?.” Qal timbulkan persoalan.

“Memang dah kata makan. Tapi tak kata kenyang pun.” Aku cakap bersahaja sambil menyambut kitkat.

“Mengada.” Qal jelir lidah. Ingat comel sangat lah tuh.

“Thanks, mister.”

“Anytime, missy.”

less than three [pt 4]

Buku tebal Biological Science, keluaran kau-tekalah-sendiri, haha dibuka menjadi tatapan. Buku yang setebal 984 muka surat tu boleh buat hempap kaki orang jahat. Serius berat sangat dan semestinya apabila dihempapkan haruslah sakit. Tapi tak baik buat buku macam tuh, ia kan ilmu, haruslah hormat menghormati amalan mulia. Wah gitu.

Aku menyelak ke muka Isi Kandungan, topic Enzymes menjadi pilihan. Mana taknya esok ada je kuiz Bio pepagi buta, haruslah study untuk mengelakkan diri dimalukan dihadapan khalayak ramai. Haish, tensionnnn!!!!

Rasa tiba-tiba pening pun ada bila tengok buku yang mak datok punyalah tebal, nak menghafaz setiap baris kata, ayat, fakta. Bertambah bebanan. Warghh. Lagi tension siot!

Aku dah pegang rambut macam nak tarik je semua kasi botak. Haha. Agak over disitu. Haruslah, relax dulu sebelum memulakan pembelajaran. Purse Niked aku keluarkan ada gambar sumber inspirasi lah. Haha, poyo je kan ayat. Aku pun geli je nak dengar. Blergh. Gambar Umar yang dulu terdekat dekat cermin rumah, aku hangkut datang sini. Haha. Haruslah, kalau nak jumpa Umar dekat UK, mestilah kena excel A Level baru dapat fly, ye tak? Hehe.

Tanpa aku sedar, pintu dibuka.

“Hey, gambar siapa tu makcik!” suara Sofea menerjah telinga. Aku segera sembunyikan gambar tuh. Habis childhood memories aku nanti diketahui Sofea. Haha. Perahsia betullah.

“Nothing,” aku terus berpura check profile facebook menggunakan laptop. Notification friend request yang ada 5 tuh, aku buka.

“Gambar boyfriend eh?”

“Tak de.” Aku lagak cool. Tapi dalam hati, eeeeh, gedik pulak dia nihh. Haha.

“Eleh, jangan tipulah. Kau kalau tipu, sure hidung merah je tibe-tibe. Tengok tuh, dah merah!” Sofea cakap sambil landing atas katil empuk.

“Mana ada lah,” aku pandang sekilas cermin yang ada ditepi. Alah, merah pulak hidung tiba-tiba. Aku yang gabra apa lagi, accept semualah friend request tu, tak sempat nak tengok ada mutual friend ke tidak. Aigo. Kau buat aku gelabah lah, Sofea. Mengada!

“Chet.” Sofea balas.

“Whateverrrrr..” saja aku overkan errrrrr aku, biar macam like-i-care! Haha. Ye, sungguhlah gedik waktu tu, takpe dimaafkan kalau situasi macam tuh.

“A level susah.” Sofea mengeluh. Siapa kata senang beb. Semua yang laluinya semua kata susah. Aku hanya diam. Aku pun rasa macam tu jugak. Gang lah kita ye? :P

Tak lama kemudian,

“Aku boring lah.” Sofea peluk spongebob.

“Pergi tido.”

“Alaah, lain-lain.”

“Makan.”

“Tembam lah aku nanti.”

“Pergi nyanyi lah.”

“Tak nak.” Sofea bagitahu. Tak lama selepas itu, dia bersuara.

“Dude, rosakkan lagu jom.”

Aku dah senyum, haaaa.. lama tak merosakkan lagu. Atau term yang lebih sopan, improvise lagu jadi versi kami berdua. Haha.

“Start!” ujar aku dan segera logout facebook.

“Just the way you are, Malay version by 2 Alevel students. HAHAHAHA”

Aku.. aku.. rasa nak terbang melayang-layang

Sebab rasa A level susah bukan senang

Tiba-tiba rasa macam tak adil

Tidak.. tidak.. kenapa rasa macam nak tumbuk

Orang yang buat A level course dua lah tahun

Padahal kami hanya setahun setengah, yeahhh

Dan pabila, hatiku berkecai dua

Hanya Tuhan tahu, betapa sakitnya

Oh dan bila, rasa mahu mengalah,

Haruslah sedar dan bangun semula., yeahh..

* * *

Butang ‘Speaker On’ aku tekan. Maka bergemalah lagu Paramore-That’s what you get di rooftop college. Kepala aku ala-ala sopan nak headbanging pun. Tangan dah digerakkan ala-ala pemain drum terkemuka masa kini. Tapak kaki digerak up-down mengikut rentak lagu. Mata pejam nak ambil feel lagu. Haha. Lepaskan rindu pada rooftop, lama kot tak singgah. 3 minggu wooo..

“Dude, slow down the volume!” Sayup-sayup suara kedengaran. Aku yang tengah syok melayan lagu, tak ambil peduli, lagipun tak dengar sangatlah bro.

Selang 2 minit,

“DUDE!!!” Aku cepat tekan butang pause, bila suara tu dah menjerit tahap menjerit.

“EHH ??? Errr… sorry.” Ah segan. Ingatkan tak ada orang dekat rooftop tadi. Dah lah buat suara ala-ala rockers pecah suara je tadi. Malu der, depan senior ni lagi lah. Tak ada orang lain ke yang lepak tempat ni pun lah. Perlu tak ala-ala keluarkan exercise mathematics macam nak buat kerja sekolah, nak cover punya pasal. Haha.

Qal urut tengkuk. Dia stretch.

“Go back do your work lah,” aku suruh Qal yang apa tiba-tiba gedik nak buat exercise pulak mamat nih.

Qal buat dek. “I was sleepy for the past few minutes, now, I’m all awake.” Balas Qal. Apa kira nak salahkan aku lah? Cetlah.

“Okayyy..” aku malas nak layan. Soalan permutation and combination aku pandang berterusan. Blank pulak otak sekarang ni. Aku garu kepala. Pensil mekanikal aku putarkan sambil mencari idea memandang awan biru.

“What are you doing, Miss… ??” Qal buat ayat diakhiri dengan Miss dengan harapan si Hani menjawab dengan menyambung namanya, as in Miss Hani. Kononlah boleh buat ala-ala drama kat sini kan? Kan biasa scene macam ni kat drama. Haha. Harapan laahhh.

“Stats.” Dang. Hancur harapan kau wahai Qal. Haha.

“Chapter?”

“Permutation, combination.” Aku menyelak helaian kertas latihan yang lecturer bagi, mencari soalan contoh. Langsung tak aku hiraukan Qal, Cuma menjawab soalannya saja.

“Easy pizzy lemon squeezy,” okay ada aura berlagak disitu.

“No space for bragging please,” sarcastic aku jawab dengan muka penuh kerek segala. Sungguhlah, tidak menyukai orang yang agak berlagak. Bukan nak tolong, sekadar cakap macam tu baik tak payah. Otak dah tak ada idea. Sungguhlah, Miss Ng kata bab ni memang selalu buat student hilang 6,7 markah macam tu je. Banyak sangat condition kena consider. Punyalah lama aku tenung. Tak ada juga idea yang menjelma. Si mamat senior pun satu, kasi aku pressure je kot. haih.

“Wanna help?” Qal nak beri tunjuk ajar. Dia melangkah tapak, demi tapak.

“Boleh je, kalau nak.” Masih sombong disitu ye aku? Agaklah. Otak masih berfikir mencari jalan bagaimana nak selesaikan masalah sebegini rupa. Dahlah, bab ni macam tak berapa nak bagus sangatlah kan?

“I don’t even know your name, Missy.”

“No need to tell, Mister.”

“If you want my help, of course I need to know your name,” Qal membalas, langkah hampir separuh sebelum sampai ke tempat dimana aku sedang duduk.

“Well in that case, never mind mister.” Aku menjawab. Menggedik, nak tahu nama aku lah pulak. Kira nak tolong, mestilah ada pulangannya lah. Nak tahu, usahalah bro. diri ini macam jual mahal pun ada jugak. Ah, never mind.

Qal jungkit bahu. Aku dah ‘cet’ dalam hati. Mengada, bagi harapan betullah mamat nih. Qal dah pun beredar. Aku masih kebuntuan. Aku pegang kepala, mengurut-ngurut. Dengan harapan, terbukalah urat saraf yang membantu menyelesaikan masalah nih. Heh, pejam mata, tenangkan fikiran kejap.

“Show me.” Aku buka mata. Qal berdiri depan mata, dah hulur tangan, meminta soalan permutation, combination.

“You came back?” aku bertanya, tadi pergi begitu sahaja.

“Yes, missy. I came back for you.” Balas Qal begitu sahaja.

“You don’t have to.”

Qal rampas kertas latihan permutation combination. Aku terkaku sebentar. Qal dah duduk bersila.

“Pen, pensil, cik adik.” Pinta Qal. Matanya dah menganalisa soalan-soalan yang tertera. Aku segera bagi pensil mekanikal pilot warna Hijau daun.

“Errr… not this one. Number 5 please.” Jari telunjuk aku gerakkan ke soalan nombor 5. Qal pandang aku, geleng kepala sambil tersenyum. Aku balas dengan eye-smile. Haruslah, orang dah tolong, pandai-pandai lah beradab sikit ye tak. Ni orang nak tolong pun, silalah bersyukur. :) smile people!

(5) Six men and three women are standing in a supermarket queue.

(i) How many possible arrangements are there if there are no restrictions on order?

(ii) How many possible arrangements are there if no two of the woman are standing next to each other.

(iii) Three of the people in the queue are chosen to take part in a customer survey. How many different choices are possible if at least one woman must be include.

“I didn’t get the answer for part (ii).” Aku beritahu.

“Shhhh.., aku nak buat kejap. Sabarlah.” Qal Menjawab. Aku diam, tunggu dia menyelesaikan masalah tersebut. Tekun gila, cara menjawab. Haha. Terpegun jugaklah.

“Here part two… blablabla..” Qal menerangkan. Aku mengangguk tanda faham, kadang-kadang melepaskan kata ‘OH”.. bila rasa macam hak elah, macam tu ke? Aahaha. Padahal soalan senang, otak ni dah set susah, maka susah lah. -___-. Tak patut begitu.

“Thanks.” Aku ambil semula kertas latihan dan buku nota.

“Eh, kejap.” Qal mintak balik buku nota.

“Kenapa?”

“Bak sini, one second.” Aku bagi balik. Qal selak-selak muka surat tadi. Dan tutup kembali merenung muka depan buku nota.

“Okayy, there you go.” Aku capai. Entah pelik lah.

“Thanks, mister.” Aku buat salute.

“Mister, who?”

“Mister Haiqal.. lah. Kan?” Aku menjawab, ragu-ragu. Haiqal kan nama dia. Haritu dia bagitahu. I do appreciate, baiknyalah hati dia. Haha.

Qal angguk, rasa happy tahap gila lah. Dia ingat nama aku wo! Ahaha. Ni yang rasa nak terbang dengan burung merpati nih. Ceh. Overlah. Qal dah sengih-sengih bajet macho.

“Why?” aku tayang muka pelik.

“Last time you said, you didn’t care right..? but you do care, kan?” Qal dah senyum setampan mungkin. Tangan diseluk masuk poket seluar. Chettt, diri aku ini rasa mahu terbang meninggalkan semua barang disitu dan pergi ke angkasa, ah malu laaaaahh… dia ingat apa yang aku cakap masa tuh. Kalau aku, aku pun ingat kot. hailaaaa… segan mak segan. Perlu tak lari pecut macam orang gila? Perlu tak?? Muka dah tak tahu rupa macam mana, mungkin terlebih pakai blusher dah agaknya,. I say man laaaa…

Qal dah tergelak, tengok aku serupa macam nak ghaibkan diri Cuma tak boleh je. Mangkuk ayun betul lah.

“Haaa, you’re blushing.” Qal tegur. MANGKUK! Tak perlu tegur laaahhh.. aku ketao bibir.

“Lantaklah.” Aku balas. Geram. Urgh.

“Janganlah marah, Missy.” Qal cuba pujuk.

“Since when you started speaking in Malay?” aku pun pelik jugak. Dah macam tak kaku je dia cakap melayu. Haruslah curious, tak gitu. Bluek.

“Sejak kau suruh aku should stick with English.”

“Then you should.” Aku dah start pack barang. Segan. Perlu lesapkan diri segera.

“Why?” Sebab, bila kau cakap English with British accent yang boleh buat aku rasa berada diawang-awangan dan terasa macam ada dekat UK. Dekat dengan Umar, maybe. Cakap dalam hati sajalah, ayat sedemikian. Melebih pulak. Haha.

“Why?” Qal soal lagi dan lagi dan lagi bila pertanyaan tak berjawab.

“Sebab suka. Satisfied?” Entah, baik sangat aku menyatakan kebenaran. Choy. Aku dah bersedia nak beredar.

“Yes, indeed.” Qal senyum. Ah, puas. SUKA. Okelah tuh. Haha. Aku dah mula mencari tangga turun ke bawah.

“Where are you going.”

“I’m leaving.”

“Cepatnyaaa…”

“Hmmm…”

“I’m leaving as well lah. Jalan sama-sama, jom.” JANGAN GEDIK BOLEH?

“Haaaa… cannot.”

“Why not?”

“Eh, aku nak pergi surau. Solat.”

“Same here. Jom.”

“Tapi surau lelaki tingkat D. Perempuan, C.”

“Tahulah, takkan aku nak pergi solat kat surau perempuan pulak.” BAM. There you go~

less than three [pt 5]

Dan bulan berganti bulan. Hari berganti hari. Ayat tak daya. Haruslah. Haha. Aku dan Qal pun kalau tak selisih dekat rooftop bangunan kolej, selalu nampak-nampak buat tak nampak kat library. Dia dengan kawan-kawan dia yang satu Malaysia tu. Haha. Aku, dengan Mei, dengan Sofea kalau terserempak. Library dah jadi rumah kedua, sebab kalau balik rumah sure tak study punyelah.

Dan juga kalau si Mei dan Lee pergi berdating, haruslah pergi bersama sebab, diorang dating sekali dapat makan. Tak ke macam wah bagusnya boleh makan sekali. Ramai-ramai syok. Diorang pun tak kisah je aku ikut, Qal ikut, Nazrin, Jon, Sofea ikut. Sporting lah mereka.

Qal yang semakin hari semakin, mengada mempamerkan his good qualities. Memang menggugat jiwa. Dang. Tak sepatutnya berlaku. Adegan yang agak menonjolkan dia punya kualiti terbaik adalah seperti ;

“Eh, hujaan…” aku terasa rintik hujan pada telapak tangan. Sah. Hujan. Shoot. Tak ada payung. Habis lencun. Dah lah kena balik ni. Urgent, sebab? Sofea dah terkunci kat luar, dia tak bawak kunci. Bertuah punya kawan.

Awan dah makin gelap. Kilat dah mula bertarung. Aku dah gelisah. Perlu ke redah? Ke aku macam kejam biar je Sofea terbiar kat luar rumah? Ish, tak baiklah. Dia dah tunggu sejam dah tuh sebab baru je aku habis kelas.

“Balik?” aku toleh kanan bila rasa ada orang menyapa ku. Aku nampak Qal. Dia pegang payung. Chet. Bestnya ada payung.

“Going home?” tanya Qal lagi.

“Ha’ah.” Berdesuupp, hujan makin lebat. Alamak!!!! Lencun lah macam ni. Nahiiii.. aku berhenti sebelum merelakan diri dibasahi air hujan. Muka memang get ready get set go punye ekspresi lah.

“Ada payung?” aku geleng. “Lupa nak bawak.”

“Then go home later on, lah Missy.”

“Tak boleh. Sofea tengah tunggu.”

“Ask her to wait.”

“She’s been waiting for me for an hour.” Qal diam mendengar balasan dari aku.

“See you.” Aku dah nak blah.

“Hey, hang on. Use this.” Qal bagi payung dia pada aku.

“Dah kau?”

Qal senyum. “I got back up.” Aku buat muka tak faham, back up apa yang dia ada? Another payung? Can’t be. Aku tengok jam. Aduh,

“Serious?” aku pinta kepastian. Qal angguk.

“Now off you go.” Qal menyuruh aku pergi.

Dan tahu-tahu esoknya, Qal demam selesema, 4 hari. Gaya macam teruk je kan.

“Who was that?” soal Jon bila Lee dah selesai menjawab panggilan.

“Qal.”

“Eh, where is he?” soal aku pura-pura baru perasan dia tak ada. Padahal dah lama dah, saja tak nak kasi semua orang tahu.

“At home. Flu, fever. He wants me to tapau nasi goreng bila nanti balik.” Lee menjawab. Barulah aku tahu si Qal tengah demam selesema. Dan baru aku dapat connected yang pasal semalam hujan ke dia jadi macam tuh.

“How come he got flu?”

“Yesterday, he went home. He was all wet. Lencun habis.” Jon pulak menjawab. Aku sekadar angguk. Shoot. He lied. He said he got back up. Aiyaiyai~

Dan bila dia dah sihat, aku nampak dia tengah jalan menuju ke kafe. Gaya macam dah sihat walafiat. Baguslah. Terasa bersalah je sebab dia demam selesema. Maka, petang tu aku pergi ke rooftop dengan harapan dia ada disitu. Nice, dia ada kat situ.

“Dude, you lied.”

Qal yang macam blur sebab aku tiba-tiba sergah macam tu buat muka weirdo dia.

“Bila?”

“Last Monday, you said you’ve got back up.” Aku beritahu dia.

“Memang lah ada.” Qal balas.

“Then, how come you’ve got flu fever a day after that?”

“Dah nak sakit.”

“Eeeeesh. What back up you meant by the way?”

“Kan aku ada jaket, waktu tu.” Aku flashback. Right. Dia pakai jaket. Dan dia guna jaket tu jadi pelindung? Memanglah.

“That back-up wasn’t good enough mister.” Gedik nak bagi orang pinjam payung. Dia sendiri tak ada back-up. Dah aku rasa bersalah tahap rasa bersalah. Harus ada hukuman.

“Asal? Risau ke?”

“Of course lah, felt like I’m the one who put you in that fever flu kinda thing. Jacket wasn’t good enough la, mister. Don’t act like you are stronger or whatsoever. Then you missed classes, which is so important. Aish. You shouldn’t have lend me your umbrella.”

“Alaaa, nanti kau pulak yang demam kalau macam tu,” Qal cakap.

“I don’t mind lah.”

“But I do, missy.”

“Then you shouldn’t.”

“But I have to. I wouldn’t want someone that I like to get wet in the rain, right?”

EHHHH?? What?

“Boleh je pun.” Aku buat-buat tak kisah.

“Tak nak.”

“Lain kali jangan buat macam tu Mister. Nanti your attendance tak lawa.” Aku pesan. Qal senyum. Attendance tak lawa. Haha. Muka kau, Hani tak lawa berkerut je dati tadi. I miss you eye-smile.

“Baiklah, missy. I’ll remember your pesanan for-EVAH.” Sangat mengada dia menyebut evah. Oh sangat tak perlu.

“Tu je nak cakap.” Aku dah nak berundur diri, ye pak? Haha

“Tu je? Chet!” Aku dah tergelak. Sejak bila dia pandai ber-cet-cet-an ni. Haha.

“Oh yeah. Sorry, mister.” Ucap aku. Ah, eye-smile itu.

“It’s okay, Hani.” Aku ternganga.

“How do you…”

“When you start liking someone, you should at least know her name.”

DANGGGG

* * *

Beberapa hari atau minggu kemudian,

“Hani…Hanii.. sini jap.” Sofea memanggil aku. Aku tengah kunyah keropok segera ni.

“Kenapa aku rasa video ni macam untuk kau?”

“Heeeehhh?” aku tayang muka tak faham apa yang kau kata.

“Serious, tengok nih.” Sofea tunjuk video yang telah disharekan oleh kawannya di facebook. Banyak pulak orang komen. Mestilah tengok, macam menarik je.

Butang replay laju ditekan, dan video itu mendendangkan lagu yang dicover oleh 4 orang pemuda. Siap ada lirik, wah semangat ye mereka. Acapella lagi, heee. oh lagu ini telah ditukar lirik, lagu asal Indigo-Gadis Misteri. Addi tukar jadi gadis kebaya. Ngehe~ so yeah, sing along la. HAHA :D

Ku menanti-nanti
Ku termimpi-mimpi
Wajah bidadari
Kelmarin temui
Bila agaknya lagi
Bisa kita bersua

Ku merindu-rindu
Eye-smile yang lawa itu
Senyuman di bibirmu
Terpaku dimindaku
Inikah rasanya
Bila sudah jatuh cinta

Wahai gadis kebaya mengapakah kita
Ditakdir berjumpa seketika saja
Walau dikau tak suka tapi aku sukaa..
Membuatku rindu... setiap waktu
Dimanakah dirimu...

Oh! gadis kebaya
Ku mencari-cari
Adakah dikau kini
Rasa yang ku rasai
Ku menaruh harapan
Kita diketemukan

Gadis kebaya
Ku sudah jatuh hati
Ku masih mencari
Oh! Gadis kebayaa…

aku dah macam erkkk? Aku tengok description,: lagu ni ditujukan kepada gadis kebaya yang buat kawan aku jadi angau sekejap. Wahai gadis kebaya, Qal suka dekat kau! Hahaha.

Aku scroll tengok komen bawah-bawah. Ramai nya orang komen, terlebih banyak nih. Kebanyakan budak kolej. Eeeh, takkan satu kolej tahu bende alah nih. Aku tengok masa bila video ini di postkan. Ehh? Lamanya!!!

“Video ni untuk kau Hani. Qal suka dekat kau rupanyaaa…” Sofea memecahkan kesunyian. Dan diiringi gelak tawa. Sukalah tuh. Derr.

“Mana ada.”

“Kau je yang gadis kebaya kat kolej tahu.”

“Yang kau tak tahu tu lagi ramai laahh..” aku cuba nafi. Act cool. Please nose, don’t turn red now. Help me.

“Eleh. Kau suka Qal tak?”

“Entah.”

“Sukalah tuh. Mengadaa..” Sofea baling bantal, kena muka aku.

“Heeeyyy, aku suka Umar sorang je.” Ha, pandai aku came-up dengan alasan tersebut.