Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

30 August 2009

Train_WrecK <31>

“Hei !!!” Dila sergah. Sara yang tengah menongkat dagu tu hampir-hampir je dagu dia nak tersembam kat meja dek sergahan Dila. Sara pandang Dila buat muka tak puas hati.

“Woi, adat tak de ke?” Sara soal straight. Dila buat dek.

“Rilek la babe.” Dila chill-kan Sara.

“Lain kali jangan main sergah, kalau dagu aku ni accident dengan meja ni berdarah, sape yang susah? Bukan kau. Aku. Mak bapak aku jugak yang susah.” Sara cakap dengan keseriusannya tersendiri gitu. Dila freeze kejap. Rasenya tadi sergah tak de lah dasyat mana pun kira ala kadar je. Yang Sara sentap sangat ni apa hal?

“Wei, sorry la. Asal kau macam bad mood je ni?” Dila soal. Tak pernah-pernah (sepanjang cerita ni) Sara dingin macam tu sekali.

“Tak de pape la.” Sara ambil buku teks sejarah. Dia tenung ayat-ayat yang berderet.

“Kau ni kenapa ada masalah ke?”

“Aku macam ade masalah ke?” dah dua-dua bagi soalan. Siapa nak jawab ni???

“Memang ada masalah. Yang kau beriya sangat baca buku terbalik tu apasal? Bila kau masuk tusyen Mari Belajar Baca Buku Terbalik?” Sara baru sedar. Dok semangatlah tenung. Terbaliklah pulak. Spoiler boiler lah. Dila ni jangan buat kasi rosak mood serius Sara boleh tak. Nak feel la beb.

“Semalam, aku masuk tusyen.” Sara jawab go with the flow la.

“Tak ajak pun aku.” Dila buat-buat merajuk. Sara diam. Dia tongkat dagu lagi. Mengeluh lagi. Pandang papan putih yang serabut dengan apa entah cikgu tulis dia pun tak ambik kisah.

“Sara, kau ni kenapa? Murung je. Emo semacam je. Kenapa?” Dila nak tahu.

“Emmm..” Sara balas.

“Kau datang bulan ke?” Keluar statement itu. Sara pandang slek kat Dila.

“Mana ada. Apa kau ingat ini filem Kala Malam Bulan Mengambang ke?” Sara cakap. Dila garu kepala.

“Apa kena mengena filem Kala Malam Bulan Mengembang dengan kau ni?” Dila soal. Suka rela hati je tukar tajuk filem Mamat Khalid. Dari Mengambang ke Mengembang. Huhuhu..

“Mengambang la, bukan mengembang. Bulan mana ada mengembang. Kau ingat ni expansion contraction ke?”

“Oh eh. hehe. My bad.” Dila sengih simpati. Sara gelak. Lah, pulak gelak. Sara gelak dan gelak dan gelak walaupun tak de lah lawak mana pun.

Dila dah hairan. Apalah kena dengan si Sara ni. Sara gelak sampai keluar airmata. Hingus pun on the way nak keluar. Tapi cover seyh.

“Sara kau ok ke tak ni?” Dila dah confius. Ini budak ada feeling-crisis ke??

“Ok.”

“Sure?”

“100%.”

“Dah tadi kau emo tibe-tibe gelak sakan ni. Peliklah. Kau sure kau bukan antara calon-calon masuk Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan sessi ke dua belas kan? Suka hati. Sara siku Dila.

“Petang ni aku stayback tau. Ada meeting ahli-ahli yang menjawat jawatan dalam organisasi majalah sekolah.” Dila bagitau.

“Sweet~”

***
Waktu rehat,..

Sara nampak Adli. “Cakap je lah..” Sara beranikan diri.

“Adli !!!” Sara panggil. Adli terus jalan. Pakcik ni telinga kuali ke?

“Adli !!!” Adli tak de respon.

“Woi. KUDIN KURAAPPP!!!!!!!!” Hambik kau tak dengar sangat. Nama klasik jelmaan dulu kala Sara jerit. Adli pusing belakang.

“Apa?”

“Petang ni tak yah study fizik la eh.” Entah rasa macam tak de semangat nak belajar fizik. Pasal Abang Hakim? Entah.

“Mana boleh! Cikgu dah suruh.” Adli laung dari jauh.

“Alaaaaaaa… boleh la Adli… kali ni je..” Sara pujuk.

“Tak boleh. Tak boleh.,” geleng kepala bersungguh-sungguh.

“Boleh laa.. boleh laa..”

“Aku bagitau Cikgu HEM karang..” Adli mengugut. Dasar bodek cikgu betul lah.

“Tolong lah Adli. Kali ni je….”

“Kan aku kata tak boleh. Jangan lah nak mengada-ngada..”

“Alaa… Adli…”

“Kau jangan nak lari dari fizik eh. aku report kat cikgu HEM yang kau tak ikut program yang dia sediakan. Kau tanggung la. Aku tak sabit.” Adli jalan.

“Woi. Kau nak gi mana?” Sara tengok Adli dah tukar arah destinasi.

“Nak pergi cari Cikgu HEM. Nak report.”

“Tak yah la.”

“Aku peduli apa.” Adli cakap terus berjalan. Mengada betul lah mamat ni.
“Woi tak yah lah!!!”

“Tak de tak de aku nak repot jugak.” Sara dah bengang. Ni spesies mana la dia ni. Sara nampak batu kat bawah. Dia ambik. Dia lambung-lambung batu tu.

“Adli kau jangan…”

“Siap lah kau dengan Cikgu HEM.” Adli dah gelak evil.

“Baik kau jangan buat cam tu. Aku baling batu karang. Kau jangan cabar aku..”

“Baling lah..” Sara senyap. Batu masih dilambung.

“Kata nak baling. Balinglah,.. tak baling pun… pengecut lah tu..” Adli mengejek. Serta merta tangan Sara macam ringan je nak baling batu yang dia lambung tu kat kepala Adli. Dan itu terjadi. Sara baling batu kat kepala Adli.

BUK. Adli rebah. GULP. Sara telan air liur.

“Aik. Jatuh pulak dah.” Sara gabra. Tak de lah besar mana pun batu tadi. Kan? Kecik je kan batu yang aku baling tu? Eh? jap..jap.. nak recall.. alahai tak ingat lah.. besar ke kecik batu tu?? Adooi.

Sara tengok Adli macam tak bergerak pun. Cepat-cepat dia bergegas ke tempat kejadian.. tuuu diaaa tempat kejadian aku bagi nama. HAHA.

Adli rebah kat situ. Tangan Adli melekap kat kepala. Sakit sangat ke. Tak bergerak pun, meraung pun tak.

Sara nampak penyapu yang sedang elok je bersandar senang lenang kat dinding. Sara ambik. Dia jolok-jolok kat belakang badan Adli. Dia tolak-tolak gitu. Takkan mati kot? JANGAN!!! Tak nak aku jadi headline kat surat khabar pagi esok.

“Woi, apa eh. jolok-jolok. Dah lah sakit kau baling batu kat kepala aku..” Akhirnya Adli bersuara. Lega.

Adli duduk bersandar pada dinding. “Kau ok?” Sara soal. Serba salah.

“Sakit ah, kepala aku..” Adli urut kepala dia. Sara tengok. Sara hala kayu penyapu ke kepala Adli.

“WOI ! Tak cukup-cukup ke nak sakitkan anggota badan aku ni?” Adli tepis kayu penyapu.

“Er.. sorry..sorry..” Sara alih penyapu. Ni kalau ada peluang nak sebat ke pukul Adli guna penyapu best jugak.

“Sakit sangat ke?” sambung Sara.

“Sakitlah mau benjol kepala aku… aduhh..” Sara resah gelisah.

“Kau jangan main-main…”

“Ada ke kau tengok aku tengah bersuka ria ni, tu…nampak batu tu..” Adli tunjuk batu yang agaklah besar nya.

“Batu tu yang kena kepala aku tauu..” Sambung Adli. Sara telan air liur banyak kali. Mak aih, agak besar jugak batu tu. Serius ke tak eh?

“Nak aku panggilkan orang tolong angkatkan kau pergi bilik sakit?” Sara tanya cuak.


“Tak payahlah. Kau tolong aku beli air mineral kat KOOP sekali dengan dadih jagung.. mungkin dapat membantu.” Ujar Adli tangan masih di kepala.

“Eh?” Sara pelik.

“Dah buat salah dengan orang, tak reti-reti nak tolong orang yang sakit ni? Tak kesian ke?” Adli buat muka orang sakit.

“Yelah.” Sara pergi ke koop.

Di KOOP..

“Alahai, lupa la pulak nak mintak duit.. hermm.. guna duit aku la nampak gaya…” Sara cakap dalam hati.

Tik tok tik tok… Sara pergi ke tempat kejadian semula. Kelibat Adli tak de. Dimanakah dia berada.? Ah, pertanyaan yang sungguh skema.

“Takkan dia pengsan semula pastu pergi tanam dia pulak.” Sara fikir merepek.

“Adli !” Sara panggil. Tiba-tiba Adli muncul dari mana entah tadi tak nampak. Kini Adli berdiri tegak, tangan tiada di kepala. Tangan ada kat tempat sepatutnya lah. (jangan pulak korang ingat tangan dia hilang plak.hehe.) Riak muka tak sesakit macam tadi. Macam biasa je.

“Air aku.” Adli mintak. Sara serahkan segala benda tu pada Adli. Masih pelik di situ. Tak bermimpi kan.

“Eh kau dah ok?”Sara soal.

“Aku memang ok pun tak sakit pun..” Dan Adli meneguk air mineral yang dibelinya tadi.

“Dah tadi tu…?” Sara angkat kening. Kau jangan kata kau buat drama teater kat aku.

“Oh, yang tadi tu.. hanya Lakonan semata-mata.. haha..saja suruh kau pergi KOOP belikan benda2 ni semua. Aku malas lah nak berasak-asak kat KOOP tu..” Adli gelak kejam. Sara dah genggam penumbuk. Selamba badak dia tak nak berasak kat KOOP.

“Tapi batu??”

“Oh, tu bukan batu sebenar. Ni batu sebenar..” Adli seluk poket dan keluarkan batu yang mak aihh.. kecik naauuu..(gaya org melaka cakap)..kalau kena baling ke lempar ke.. memang gerenti la tak de efek pada apa-apa. Kecik lah! Adli senyum-senyum kambing.

“Kau ni memang laa…… memang Mat Bangla dari Bangalore !!! URGGHH..” Sara geram. Adli masih gelak. Kau gelak-gelak lah biar sampai tercabut urat saraf. Sara pijak kasut Adli yang putih berseri. Siap kesat-kesat lagi. Maklumlah, tadi on the way pergi KOOP lalu lopak tanah. Alang-alang ada benda nak dikesat jadi janganlah segan silu ye.

“Puas nye hati aku..” Sara bla dari situ.

“Woooi, aku baru kapur kasut niiiiii……………… dah buruk dah rupa diaa..” Adli cakap.

“Aku peduli apa?” Sara buat dek. Tak tengok belakang. Ni memang spesies Dila yang suka buat lakonan drama depan Sara.

“Apa muka aku ada macam mat bangla ke? Kire mat bangle handsome la kan.. hehe.” Adli fikir dalam hati.

“Deyy.. dia tu? Minah Golok. HAHA.” Adli gelak sendiri.

***
Petang tu, fizik sepert biasa.

“Adli, aku tak de mood la nak study..” Dah lama Sara nak bagi tau benda tu. Like seriously, langsung tak de mood. Macam tiada langsung. Kosong. Zero. Adli tengok Sara. Muka tak berseri langsung!!!

Adli capai gitar. Ni bab boring tak de mood ni, kira gitar dan lagu jadi mangsa.

“Kau nak lagu apa?” Adli dah get ready nak goreng gitar.

Sara dah tutup buku. Dia tongkat dagu. Sara tak jawab soalan Adli. Adli angkat bahu. Apalah kena dengan Sara hari ni, muka macam kucing hilang anak. Kalau nak diikutkan, muka kucing hilang anak lagi ok dari muka Sara. Masam macam cuka. Tak. Bukan macam cuka. Macam cuka yang diperah asam limau banyak banyak satu kilo. Hambik satu kilo limau nipis, purut, lemon di campur bersama cuka, cam tu kot resipi nak gambarkan kemasaman muka Sara. Oh ya cuka = vinegar. Vinegar aka ethanoic acid chemical symbol CH3COOH (apa tibe2 masuk kelas kimia ni? Forget it.)

Sara sandar pada kerusi kayu yang tak berapa nak empuk. Kayu la. Takkan empuk kot. Letak bantal kat belakang empuklah. HAHA. Dia peluk tubuh. Pandang langit. Langit biru. Ada awan pulak tu.

“Nak dengar cerita?” Soal Adli. Tukar plan. Malas pulak nak main gitar.

“Dah tak ada modal lain dah,.. lantaklah bercerita pun..” Adli cakap dalam hati.

Sara buat dek. Matanya pandang sekeliling. Adli tunggu jawapan dari Sara. Tiada jawapan. No answer. (asal aku buat translation ni? Bahasa apa lagi aku nak translate?) :P

“Kalau tak menjawab tu namanya setuju nak dengar cerita.” Adli buat teori. Lantaklah. Aku nak cerita jugak.

“So here it goes.., pada zaman dahulu..” Adli dengan gaya budak tadika nak bercerita. Siap tunjuk isyarat tangan satu gitu..

“Kau nak cerita pasal Snow White ke Sleeping Beauty?” Sara pandang Adli. Dahi berkerut. Baru buka mulut si Sara ni.

“Kau nak dengar cerita lagenda ke?”Adli keluar statement begitu. Yelah, tadi sebut pasal Snow White, Puteri Beradu and so on..

“Tak delah, dah starting ‘paaadaaa.. zaman dahuluu. Tu starting cerita dulu dulu.. once upon a time..there was blablablabla..” Sara buat gaya Adli tadi. Adli sengih.

“Tu gaya standard laa..” Adli cakap.

“Tukar tak boleh? Asyik gituu je.. adjust sket bro..”

“Aku try… emm… Long, long, long time agoo..” Adli dah nak tergelak bila cakap ‘long’ panjang ye harakatnya.. nak imaginekan lamalah sangat tahun tu,,..

“Dey.. longlong! Tak macho laa.. lain lah lain…” Sara komen. Long Long dia bagi nama. Adli garu kepala.

“Emm…In the 16th Century..” hambik kau.

“Kau tiru ayat buku teks World History ke? Gaya macam ye jee..” Sara celah. Sara geleng kepala.

“Banyak songehlah, bajet bagus je. Kau la pulak try buat starting..” Adli suruh.

“Apa susah,.. dengar sini.. ehem ehemm…”

“Start laa…” Adli gesa. Sara jeling. Sabarlah pakcik!

“Ehemmm… tatkala, era zaman dulu kala..” Sara buat starting dengan gaya puitisnya. Adli tahan gelak. Ni, budak nak masuk pertandingan bersajak sempena Hari Merdeka ke. Woi, pergi daftar lah dirimu di sana..di sana.. di sanaa…

“Nak lepas gian masuk pertandingan sajak ke dulu-dulu sampai kau buat starting penuh dramatic tuu??” Adli buat teori. Sara alih pandangan sambil cakap, “Lantaklah.”

Masing-masing senyap. Adakah lidah kelu berkata-kata? (ayat standard, biasalah).
Lama jam berdetik (aduh, lama sungguh aku tidak mendengar perkataan itu disebut). Adli diam. Sara senyap. Padahal bukan dekat library pun.

“Nak sambung cerita ke?” Adli soal diri sendiri. Segmen mari-mendengar-cerita tadi macam dipotong.

“Nak, tak nak, nak , tak nak,..” Adli bilang jari.

“Kau ada abang?” Sara keluar dengan soalan.

“Abang? Tak de. Kakak adalah. Kalau nak kira, akulah abang.. sebab aku ada adik.” Adli bagitau.

“Best tak jadi abang?”

“Best. Sebab adik aku mendengar kata. So segala perintah akan dilaksanakan. HAHA.” Adli gelak. Ada tittle abang senangg!! Nak buat salahlaku jawatan pun tak pe.. hehe.

“Sayang adik?”

“Sayang sangat..!!! kalau adik tak de. Takdelah tempat aku nak kacau. Nak main-main. Nak marah-marah.. rasa macam lain.”

“Kalau kau jauh?” Sara dah teringat kan Abang Hakim

“Aku telefon dia... takpun, sms ke.. emel ke.. web-camming ke..YM ke..”

“Sure? Like really?” Adli angguk dengan pertanyaan Sara.

“Kau pernah baca cerpen Tina. Masa form 2.?” Adli soal.

“Ada rasenye. Tak ingatlah yang mana..”

“Yang pasal, sorang abang ni, adik dia dah tak de, tapi ade budak tu mirip muka adik dia. Dia nak kenal then.. aku dah tak ingat. Last-last dia cabar budak yang mirip muka adik dia tu menang acara lari.. pastu budak tu menang.. tibe2 je dia pengsan.. pastu abang ni pun tengok budak tu pengsan.. dia pun pengsan sekali..” Dey.. ayat terakhir tu macam lawak je. HAHA.

“Oh. Ada cerita pasal ada sorang budak ni, dia dengan abang dia ni gila rapatlah. Diorang ni orang susah. Abang dia ni sibuk sangat cari kerja pastu get married. Adik dia pun buat lah hal sendiri. So hubungan diorang makin lama makin renggang.. then satu hari diorang jumpa. Adik dia ni macam berasa hatilah, abang dia macam dah tak pedulikan dia lagi. Macam sedih gila la.. abang dia kan dah kawin, so ada keluarga cam dah tak macam dulu. Adik ni ungkitlah semua cerita dulu-dulu, zaman sekolah, zaman susah payah… abang dia ni diam je. Dalam hati, ‘dah lama adik dia bercerita panjang. So biarkan lah, eventho adik dia ni macam dah melampaui batas. Abang dia just mintak maaf dan nak bagi sesuatu. Adik dia ni entahlah macam dah keras hati. The last thing adik dia cakap kat abang dia was ‘Aku benci kau’. Pastu dia bla. Abang dia kejar dia. Masa adik dia nak lintas masa tu ada kereta lalu. Abang dia tolak adik dia ke tepi. Alih-alih, abang dia pulak kena langgar. Time tu, si adik dah panik, tengok abang dia yang berlumuran darah. Terbaring kat atas jalan. Adik dia ni menangis. Ingatkan abang dia boleh survive but then, dia meninggal. The last thing he said to his adik was, ‘Aku sayang kau, sebab kau adik aku.’ Touching kan? Dah lama lepastu, abang dia punye istri kata kat adik dia ni arwah abang dia nak bagi something..nak tau dia nak bagi apa? Dia nak bagi foto lama yang ada si abang dan si adik ni dulu-dulu masa kecik-kecik berlatar belakangkan suasana kampong. Kat belakang foto tu ada tulisan; Abang adalah abang yang terbaik! Aku sayang abang. Si adik yang tulis tu. Tulisan zaman dulu, nasib baik boleh baca lagi. Adik dia ni sedihlah sangat sebab that wasn’t the last thing dia cakap kat abang dia. The last thing he said was ‘ I HATE YOU.’ So.. the end. The moral of story is appreciate every little things you have, even just for once ke forever ke. Just appreciate that moment.” Perghhh. Panjang Adli cerita.

Adli tunggu reaksi Sara. Sara masih tak pandang Adli. Entah dengar ke tak.

“Sara.. kau dengar tak? Kalau tak dengar penat lah aku cerita panjang berjelaa..”

Sara pusing badan. Adli nak tengok respon Sara. Sara dah sedut-sedut hingus yang dah nak keluar. Mata dah merah. Track of her tears can be detected clearly!!! Sara nangis laahh!!!!!!

“Eh, asal kau nangis?” Adli cuak. Sara diam. Matanya masih mengeluarkan airmata.

“Tadi aku cerita tak delah sedih sangat kan?” Sara diam.

“Salah aku ke?” Adli gabra. Sara senyap.

“Aku ada terlepas kata ke?” Sara nangis lagi. Dia nangis senyap-senyap. Takdelah meraung.

“Eh, kau nangis pasal aku tak pulangkan duit kau ke?” Adli seluk poket cari duit. Dia letak duit atas meja. Sara tak cakap apa-apa. Airmata cepat je jatuh.

“Hey guys.” Suara Dila muncul.

“Hey Sara.” Dila cuit bahu Sara. Sara terus bangun dan berlari pergi. Dia kesat airmata yang dok mengalir kat pipi. Dila yang nampak macam tu rasa pelik. Kenapa Sara sedih? Sampai nangis bagai. Dila pandang Adli. Adli pandang Dila.

“Kau buat apa2 ke kat Sara?”

“Mana ada!” nafi Adli.

“Kau better jawab betul-betul.”

“BETUL la. Aku tak buat apa-apa pun..”

“Kau siap eh. kalau buat something kat Sara, aku kerat leher kau!” Dila warning. Dan dia pergi mendapatkan Sara.

Adli duduk disitu. Bukan salah dia kan? Ke memang salah dia? Apa yang dia salah? Kenapa Sara nangis?

“Ah..asal dia nangis.? Buat aku rasa bersalah la pulak..” Adli cakap sendiri.

4 comments:

azemigha_ said...

emm, sian kt sara!
x sangke ah pulak dye nk nangis..
adli rase besalah, sian adli.
HAHA;)
thums up.

fzm2 said...

t0uching t0l c sara nie....
huhuhuh..adli!!!!cpt puj0k
sara!hehehhhee

Bulanhijau said...

huhuhu..
sara kuat touching la.

adli,
sila pujuk sara ye.

keSENGALan teserlah.. said...

sara emo la plak..
huhu..
adli,,gali2 apsal sara jd cmtuh...
huhu..