Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

15 August 2009

Train_WrecK <23>

Sara baru celik yang tadi terlena dekat kerusi panjang masa tengok tv. Besar kemungkinan tv yang tengok Sara. Boring. Rancangan tv satu pun tak menarik perhatian. Tu yang mengantuk semacam Beauty Sleeping. Rambut yang tak terikat tu bila bangun rasa macam baru balik dari serangan bom. Haha. Serabai habis. Tak de kerja tidur jela.

Sara turun dapur. Tempat penyimpanan makanan dan minuman yang patut disinggahi setiap masa dan ketika. Sara menguap. Tangan letak kat mulut. Mata mamai.

Sara masuk dapur.

“Hai.” Ada orang tegur masa Sara lalu nak ambik air dalam peti sejuk.

“Hai.” Sara balas mamai.

Satu. Dua. Tiga. Empat. Lima saat. Wait a minute. Siapakah?

Sara pusing belakang. Ni anak siapa sesat sini ni? Tak pun. Pencuri? Perompak? Peragut? Pemasuk rumah?

“Opah! Ada orang masuk rumah.!!!” Sara dah berlari ambik penyapu lidi yang bersandar kat dinding. Sara dah get ready dah nak bantai sakan budak lelaki yang ada kat depan dia ni.

“Wooii..!!” budak tu jerit tengok Sara yang dah nak hayun penyapu lidi tu kat dia.

“Sara! Tu cucu Tok Me’on tuh. Bukan perompak lah sayang oooi,” Opah dah jerit dah.

Sara stop dari plan asalnya untuk menyebat si budak itu. Sara turunkan sket level penyapu lidi tu.

“Masuk tak bagi salam macam mana Sara tak kata perompak opah,” Sara letak penyapu lidi kat tepi.

“Wei, orang dah bagi salam lah..” Budak tu berkata. Menjawab pulak.

“Dia dah bagi salam dah. Sara tak dengar kot,” Opah kata. alah, opah back up la pulak.

(Sila baca dalam versi pantun)

“Assalamualaikum salam di beri, datang patik dari utara, nama dalam i.c Zaki, nama saudari apa?” Budak Zaki bagi pantun. Sara dah tergelak. Skema lah budak ni. Pencinta satera agaknya. Siap berpatik-patik apa datang dari Istana Melayu ke?

“Wah, pandai Zaki berpantun.” Opah puji. Zaki tunjuk muka gila bangga semerbak lah.

“Haaaa Sara jawab jangan tak jawab..” Opah dah mula tunjuk belang. Nak jadi pengadil untuk sessi membalas pantun ke? Dah la Sara out dalam bab mengarang pantun. Bantai lah. Jangan malukan diri sendiri. Ini Sara anak Sazali lah. Wah, sedap lah nama. Tak sabit.

“Ehem ehem..” Sara clearkan tekak.

“Nama atok kau Same’on, nama pakcik aku Harun, nama bini pakcik aku Zaitun, nama anak dia Jebon, aku tak tanya nama kau pun.” Hambik kau. Sara kasik gurindam salasilah keluarga Pakcik Harun. Asalkan sedap je dengar. Zaki dah gelak sakan. Buat macam ni rumah opah dia lah. Sara tengok opah. Opah tengah geleng-geleng kepala.

“Apa gelak-gelak?” Sara soal Zaki.

(Sila baca dalam versi pantun)

“Bila orang gembira kata Hooraay!!!, kau gelakkan aku boleh, Aku gelakkan kau tak boleh?” Zaki masih lagi dalam mood pantun. Sara dah macam urrghh. Nak jugak berpantun. Bersyair tak nak? Gurindam ke? Bersajak ke?

Sara malas nak layan Zaki. Sara bukak peti sejuk. Arh, angin peti sejuk terasa macam dekat Greenland. Cet. Ni teringat syllabus geografi mase form 1 eh? Cite pasal Greenland kan?

Sara nampak botol coke yang ada kat rak kecil dalam peti sejuk.

“Ni kalau coke masuk dalam susur galur anak tekak ni mau nyaman rasa.” Otak Sara berfikir. Sara ambil botol coke keluarkan ia dari tempatnya. Sara teguk air coke tu dari mulut botol.

PUUUHHHHHHH… Sara buat semburan ala-ala getah paip bomba yang nak redakan semarak api. Rasa air coke ni sangat lain daripada lain. Nak kata coke tukar resepi langsung tak mungkin akan terjadi. Rasa air coke ni sangat LAIN!!!!

“Asal air coke ni lain macam..?expired ke?” Sara kesat mulut. Zaki dah sengih mengada-ngada tengok Sara yang buat demo cara semburan.

“Opah. Ni air coke dah expired ke?” Sara tanya. Masih lagi terasa perisa air coke yang pelik tuh.

“Rumah ni mana ada air coke la Sara,” Opah inform. Sara dah makin pelik. Ni dah terang-terangan botol coke ada dalam peti sejuk. Ada pulak opah kata tak de air coke. Ni rumah siapa sebenarnya? Rumah opah ke rumah Sara. Haha.

“Tapi opah… ni air coke ni.” Sara tunjuk botol coke kat Opah.

“Sara oh Sara. Tu isinya air gula merah lah. Bukan air coke..coke..yang Sara selalu cakap tuh.” Opah bagitau. Zaki dah pecah gelak. Mesti dalam hati mengutuk sakan. Tak reti nak beza air coke dengan air gula merah aka air gula melaka. Sara bengang.

“Alah, opah. Sara mana tau. Opah tak letak pun sign board tak pun amaran berjaga-jaga yang mengatakan ni air gula merah.” Kata Sara. Dalam hati adeh, patut rasa lain macam segenap sudut.

“HAHAHA. Air coke dengan air gula merah pun kau tak tahu nak differentiate.” Zaki dah tambah timbuann gelak.. Mau je Sara bagi semburan percuma dekat Zaki ni.

“Senyaplah kau. Dah warne lebih kurang je. Mana tak aku kata tu bukan coke. Nampak macam air coke real tak boleh deny.” Sara bagi hujah. Zaki gelak lagi. Apa yang lawak pun tak tahu. Ni memang bangsa gelakkan orang. Karang kejang mulut tu padan muka. Tersengih la kau sepanjang masa.

“Ni tak reti-reti nak balik rumah?” Sara tanye dengan nada mengahalau. Zaki tersentak. Stop gelak.

“Reti. Tapi aku tunggu Opah kau.”

“Apa? Kau nak ajak opah aku pergi rumah kau ke?”

“Opah kau nak bagi benda lah.” Zaki jawab. Tunggu opah. Opah nak bagi barang apa pun dia tak tahu. Ni kira dah macam nak masuk minit ke 20 tunggu opah sediakan barang. Nak tolong. Dia tak bagi. Opah dari tadi ayik keluar masuk rumah je.

“Zaki, dah siap dah..” Akhirnya. Zaki bangun. Dia pergi kat Opah. Nak bagi baja lebih kat Tok Me’on rupanya. Saling kongsi-mengongsi amalan mulia. Sharing is caring eh. Haha. Ada makna tu..ada makna. Siap bagi 2 beg baja tu. Yang memang agak berat lah.

“Ni boleh ke kamu bawak ni?” Opah risau. Tak pasal-pasal sampai rumah tercabut 2 belah tangan.

“Boleh…” Zaki test angkat. Layan je.

“Haa.. Sara kamu tolong lah pergi Bantu Zaki angkat baja ni..” Opah menyuruh. Sara teragak-agak. Patutkah? Permintaan orang tua tidak harus dibantah!

“Eh, tak pe opah. Malu Zaki nak jalan keluar pergi rumah Tok nanti dengan dia.” Sara dah berasap. Ni apa kes nak malu nih?

“Apsal nak malu pulak?” Sara soal.

“Jalan dengan orang yang rambut serupa macam baru balik dari scene pengeboman je. Mau tak malu. Mau dikata jalan dengan orang gila nanti. Tak sanggup aku menahan anasir-anasir jahat yang masuk ke telinga ku ini,” Pergh. Guna ayat essei! Tak daya. Zaki selamba jawab.

“Ada jugak yang kena baling dengan helmet ni kang!” Sara balas. BOOM! lah baru perasan Sara lupa pakai tudung rupanya. habis menggerbang rambut.

Opah gelak. Macam-macam lah budak-budak nih.

“Betul ke ni? Tak payah Sara tolong?” Opah tanya lagi.

“Betul.” Zaki jawab.

“Biar je opah. Apa guna jadi anak jantan tak larat nak angkat benda berat.” Hambik kau.

***
Sara check emel. Nasib baik internet baik hari ni. Ada satu emel dari Dila. Sara klik. Ada video di situ. Video apakah? Sara scroll bawah. Kot-kot Dila ada tulis apa-apa ke?

= Video Adli dan Sara yang sangat comel. Woi, Sara! Kau dan Adli sangat serasi dalam video ni. Haha. Aku tau kau mesti bengang dengan apa yang aku tulis. Tapi itulah kenyataan yang tidak boleh disangkal lagi. Hehe. Anyway 2 lagu yang korang nyanyi tu sangat sweet. Tu dah jadi theme song aku buat masa sekarang. Hehe. Ok lah Sara. See you later. Bye bye!

From Dila.

Sara tekan download. Tunggulah beberapa minit nak tunggu siap download.

“Adli dan Sara sangat comel.” Sara baca ayat yang dikarang Dila.

“Ok. Part Sara yang comel aku terima. tapi yang Adli menyelit bersama kenapa. Alahai. Adli comel? Please la. Dia kacak + segak ada lah. Haahaha.” Sara komen.

“Ni apehal aku puji dia nih? Dia tak pernah puji aku pun. Panggil aku big bird ada lah. Kuning Kulat la. Banyak lah dia punya kulat. Karang aku bawak seguni kulat dari kampong letak kat kerusi kelas dia kang baru tau.” Sara tarik balik pujian tu. On the other hand, idea untuk meletakkan seguni kulat kat kerusi Adli boleh dipertimbangkan.

“Kau dan Adli sangat serasi dalam video ni.” Sara baca.

“Serasi ke? Tak ada makna! Kalau dia bagi air sarsi tak pe gak. Ni apahal tiba-tiba keluar statement air sarsi ni?” Sara geleng kepala. Apa dah jadilah dengan kepala otak Sara ni.

“Kenyataan yang tak boleh disangkal lagi.” Sara baca lagi.

“Banyaklah cekadak Dila ni ‘tak boleh disangkal lagi’. Wei, kalau ada sabit ke parang ke cangkul ke boleh je nak disangkalkan. Bak kata pepatah ‘Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan. Gerenti boleh sangkal la…” Sara cakap dekat skrin laptop.

Dah habis download. Oh yeah!!!

Sara pergi ber ‘google’. Search box dia tulis Yusuf Adli. Ni apa barang tiba-tiba rajin nak meng discover pasal budak Kudin Kurap ni. Sara tertanya sendiri. Dia pun tak berapa nak tahu. Entah jari ni cepat je nak menaip nama tu.

Banyak hasil dari pencarian di google.

“Aku tak tahu pun dia ada official website.” Sara cakap. Sara klik. Dan keluarlah website pasal Adli. Ada biodata. Ada new event. Ada pictures. Ada video. Ada macam-macamlah. Korang try la tengok. (tetibe)

Sara tekan picture.

“Ni asal aku jadi macam menggatal gila nak tengok gambar Kudin ni?” Sara fikir sendiri. Site dah siap loading.

“Ahh.. tak de takde. Back. Back. Back to the future.” Sara tekan butang Back.

“Aku sibuk cari pasal dia. Macam lah dia sibuk cari pasal aku. Tak patut tak patut.” Sara akhirnya tutup laptop.

***
“Assalamualaikum…!!! Opah Limahh oh Opah Limah !!” Ada orang dah buat konsert rock depan rumah. Sara selak langsir. Mat indon berdiri di situ. Sara pergi tengok opah kat mana. Sara tengok bilik Opah. Opah tengah tidur lah. Tengah beradu. Mama pun beradu jugak.

“Assalamualaikum..opah Limah!!!” Zaki jerit. Sara bukak pintu.

“Nak apa?” Suara brutal Sara. Tak boleh bla.

“Sejak bila Opah Limah jadi muda remaja? Makan jamu ke?” Zaki buat lawak.

“Banyaklah kau. Nak apa?”

“Aiskrim milo 3, bandung 3, asam boi 4,.. erm..” laju Zaki bagitau.

“Lagi?” Gaya Zaki macam nak habiskan stok aiskrim Opah.

“Opah kau ada jual aiskrim cappuccino? Tak pun vanilla ke?” Zaki cakap.

“Demand lebih la kau!Kalau nak perisa tu kau beli kat aiskrim mat cool mat cool kawan kuu.. mari kita ikut..mat cool..” Sara dah buat promo.

“Tunggu jap.” Sara berlari masuk dapur.

Tik tok tik tok.

“Nah. Total 200 sen.” Zairi bagi duit.

“200 sen pulak. Kuno lah.,. tak daye.” Sara sambut duit.

“Apa tak reti nak convert dari RM ke sen ke?” Zairi tanya straight.

“Eh. Maths aku mantap all the way to the top la. Kau lain lah mat sasterawan sekolah. Haha.” Sara ketawa.

“Banyak cakap plak. Duit dah kasi. Yang kau pegang aiskrim tu lagi buat mende. Bak sini.” Zaki tegur. Ngang si Sara. Yang dia tak bagi aiskrim tu kenapa? Sara gelak dalam hati. Sara bagi plastic yang penuh dengan aiskrim.

“FYI aku budak MCKK.” Kata Zaki masa nak ambil plastic.

“Cet. Ni mat indon berlagak pasal nama sekolah dia. Pigi daaa!!!” Sara bermonolog sendirian.

“FYI. Aku tak nak tau.” Balas Sara selamba.

“hey, kirim salam kat Tok Sam.” Pesan Sara.

“Tok Sam? Siapa?”

“Tok Sam lah. Atok kau lah. Takkan dah lupa kot.”

“Tok Me’on eh.”

“Ye. Tok Sam?”

“Apasal Tok Sam pulak?”

“Dah nama tok kau Tok Sameon aka Tok Sam. Takkan Samdol pulak perginya.! Haisshh.” Sara masuk rumah. Zaki dah on the way balik rumah tok. Terasa bangga nama atok dia sungguh up to date Tok Sam. Ngahahaa.

***
Opah, Papa, Mama dan Sara tengah syok tonton tv. Papa control tv. So, tengok je lah channel yang dia buka. Semua channel boring. 1 saat bukak channel lain satu saat lagi channel lain. Pening kepala.

“Eh, bang. Cube tekan balik channel yang tadi awak tekan tu.” Mama suruh Papa. Papa tekan balik.

“Kenapa? Ada mega sale ke?” Papa buat lawak. Yelah, Mama memang peka dalam bab yang ada sale nih. Sara dah gelak. Cara papa macam perli mama je.

“Ada pulak mega sale.” Mama jeling.

“Yelah, dalam banyak-banyak iklan. Iklan tu je yang melekat di hati awak.” Papa cakap. Dasat lah papa.

“Sara.” Mama cakap.

“Emm.” Sara menyahut.

“Ni bukan budak Kudin ke yang datang rumah hari tu.” Mama cakap tiba-tiba. Matanya tertumpu di kaca tv. Sara dah terkejut beruk. Hah? Tidak!!

“Eh, mana ada mama.” Sara menafikan. Sara tengok tv. Konsert Tour Kumpulan Hujan. Adli pun join sekali ke? Buat tour bagai. Haiyaa. Dahlah masuk tv.

“Betul Sara. Cuba tengok betul-betul.” Mama suruh. Sara mengeluh. Alah. Habislah kalau Mama tau Kudin tu penyanyi. Mau kecoh lah nanti balik.

“Mama. Salah orang lah.”

“Ya Rabbi. Betul. Cuba tengok tu haaa..” Sara pergi depan tv. Teliti satu persatu. Memang Adli. Takkan nak declare kat Mama kot yang dia tu Kudin. Habis la mampusla kalau camgini.

“Tak de lah Mama. Lainlah. Kudin tu selenge. Ni handsome sket.” Ahh layanlah alasan nih.

“Mama tengok Kudin tu tak de lah selenge sangat. Handsome gitu.” Dah pulak.

“Ni apa pulak timbul nama Kudin ni. Papa tak tahu menahu pun.” Papa nak join sama la pulak.

“Err.. hmm.. Kudin. Kawan Sara kat sekolah.” Sara senyum innocent. Papa tengok tv. Tengok muka Adli lah tuh. Hadooi. Susahlah.

“Eh, tu macam sapu tangan yang papa beli je.” Papa kata. sara pandang tv. Sekarang scene Adli tengah lap peluh guna sapu tangan.

“Eh. Tu sapu tangan yang aku bagi pinjam haritu. Adoi. Yang dia pergi tayang lap muka dengan benda tu kenapa? Aisey man. SPOILER!! Tapi apasal dia guna sapu tangan aku? Dia takde sendiri punye ke?” Sara bercakap dalam hati.

“Ha ah lah Sara.” Mama mengiyakan.

“Kebetulan je tuh.” Sara dah tak tahu nak buat apa. Banyak bukti-bukti yang menunjukkan itu Kudin dan Adli at the same time.

“Mana boleh kebetulan. Tu sapu tangan limited edition dari Perlis.” Papa pulak cakap.

“Alaah, Papa ni.”

“Betul Sara, Kudin ni” Mama cakap lagi.

“Eh. Awak ni. Nama budak yang nyanyi ni Adli la. Bukan Kudin.” Hehe. Papa backup. :P

“Kudin ni Sara…” Mama tak habis-habis.

“Err.. whoaaa! Rasa mengantuk la pulak. Okla. Sara nak tido. Assalamualaikum.” Sara berjalan masuk bilik. Ngelat wooi ngelaatt!!!

Dalam bilik.

“Adli Adli.. yang kau guna sapu tangan aku tu kenapa? Habis mak bapak aku syak wasangka.eiisshh..” Sara peluk bantal peluk.

5 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

walaweyhh..
sara da teringat2 kat adli..
hehe..
asl aku rse si zaki nieh nnty cm minat kat sara ek?nk bersaing ngn adli gak??
huhuh..
smbung2..

azemigha_ said...

ala, zaki x knal lg adli..
hehe, cerita semakin hebadd..
keep up. ;)

nailofargurlz said...

sangaaaaaattttttt best..

Anonymous said...

la..
ingatkan sapu tangan tuh limited edition dari paris..
skali tengok balik dari perlis..
haha
mmg lawak lar..

nurul ain izzaty. said...

hahadoi. ingat zaki tuh reed, heee