Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

30 July 2009

Train_WrecK <14>

Sara bukak gate kecil. Adli ekorinya. Rumah Sara. Banglo. 2 tingkat. Landskap lawa. Ada taman kat luar rumah. Indah. Syiok!

Kereta Vios ada kat tempat parking.

“Jangan buat macam rumah sendiri yek,” pesan Sara sebelum masuk ke dalam rumah.

“Yalah.” Adli jawab sepatah..

“Assalamualaikum,” pintu rumah di buka lebar. Ada sorang wanita di situ. Emak Sara.

“Waalaikumusalam.” Adli bagi senyuman penuh keikhlasan kat emak Sara. Datang rumah orang mesti maniskan muka ya, kawan-kawan.

“Siapa ni Sara?” Emak Sara tanye.

“Oh.. saya..”

“Dia Kudin, Ma.” Sara mencelah. Adli hanya mampu tarik senyum.

“Nama aku sedap-sedap dia bagi bantai Kudin. Ngeng~ mentang-mentang rumah dia. Takpe takpe.” Adli cakap dalam hati.

“Laah, kenapa tak cakap nak bawak kawan. Boleh auntie ambik. Sara kenapa cancel tak kasi mama ambik kat sekolah tadi?” Emak Sara toleh ke Sara.

“Dia cancel???” Adli cakap slow.

“Kereta auntie pancit kan?” Adli soal. Sara gelabah pecah lobang ooi.

“Pancit??” Muka emak Sara bagi reaksi mana-ada.
“Mana ada.” Sambung emak Sara.

“Sah. Kena tipu. Cet!” cakap Adli dalam hati.

“Oooh, hehe lupa plak. Semalam kan pancit. Salah information.” Ok. Nak cover tapi logic and relevankah? Lantak la.

“So what are you guys up to?” soal emak Sara.

“Kitorang kena perform masa hari guru. So bincang nak bawak lagu apa nanti?” explain Sara yang ada di anak tangga dan kemudian naik ke atas. Nak tukar baju agaknya.

“Kudin, duduk lah dulu. Nanti Sara turun.” Pelawa emak Sara.

“Dah jom.” Sara muncul. Masih berpakaian sekolah. Tudung masih ada. Aurat. Hehe. Gitar akustik di pegangnya.

Adli pelik. Sara macam mengajak pergi tempat lain.

“Luar jom.” Adli ikut saja. Rumah Sara kan.

Kerusi dan meja tersedia. Suasana indah memang sejuk mata pandang daripada pandang kesesakan dalam bas tadi.

“Kau tipu aku. Kau kata tayar pancit..”

“Ha ah.” Selamba Sara. Nak sangat kebenaran.

“Kau jugak yang nak sangat ikut aku balik naik bas. Siapa suruh?” kata Sara.

Adli diam. Tak tahu nak cakap apa.? Fine. Betullah.

“Yelaahh. Dah start ah.” Adli mengalah.

“Gimme your best shot.” Adli pinta Sara main gitar.

“No prob. My pleasure.” Lagu Heartless versi Kris Allen di mainnya.

In the night, I hear 'em talk,
the coldest story ever told
Somewhere far along this road, he lost his soul to a woman so heartless..
How could you be so heartless?
Oh.. How could you be so heartless?

How could you be so, cold as the winter wind when it breeze, yo
Just remember that you talkin' to me yo
You know need to watch the way you talkin' to me, yo
I mean after all the things that we've been through
I mean after all the things we got into
Hey yo, I know of some things that you ain't told me
Hey yo, I did some things but that's the old me

In the night, I hear 'em talk,
The coldest story ever told
Somewhere far along this road, he lost his soul to a woman so heartless..

“So??” Sara angkat kening banyak kali. Ingin kan pujian pastinya.

“Great.”

“Terima kasih. Terima kasih.” Siap buat bow lagi. Aha.

“Kau nak perform lagu tu ke?

“No way. Na ah.” Sara geleng kepala.
“Demo je tadi tu,” sambungnya.

Adli dah kering tekak. Saja buat-buat batuk. Tapi hampeh. Tak de harapan lah si Sara nak buatkan air. Nak tengok orang mati mengejut kot.

“Sara..! pergilah buatkan air untuk kawan tuh.” Suruh emak Sara.

“YES! Akhirnya ada jugak yang perasan. Thanks auntie.” Adli senyum happy.

“Pandai arr berlakon.” Ujar Sara beredar ke dapur.

Tik tok tik tok,

“Nah air.” Mug Mickey Mouse diletakkannya atas meja.

“Milo?”

“Tak lah kopi. Dah tau milo mau Tanya lagi ka?” Sara bengang.

“Impressive. Cepat gila kau buat.” Adli puji.

“Thanks to Milo 3 in 1. senang kerja aku.”

***
“Ok. I’m yours or Hey There Delilah.” Adli bagi 2 idea.

“I’m yours. Cuba try?” Sara suruh Adli goreng gitar.

Adli petik gitar. I’m yours lagu favourite seisi keluarga. Kalau lagu tu dalam radio for sure la semua ronggeng nyanyi dalam kereta. Haha.

“Hey there Delilah pulak.” Pinta Sara.
Adli kasi goreng kaw-kaw. Oh yeah. Sara’s favourite song. Adli tak tau pun. Adli main gitar dengan penuh syahdu.

“Dia main macam Abang Hakim.” Sara baru perasan. Lenggok. Sama! Macam sama sangat! He reminds me of you.

“So which one? Delilah or I’m yours.” Soal Adli.

“Erk. Delilah? I guess.” Sara senyum tayang gigi.

“Cool. Kau dah decide?”

“I’m gonna go with Beautiful eyes by Taylor swift.” Akhirnya Sara buat keputusan.

“Tak pernah dengar pun.” Adli taka de idea.

“Later kau tau la. Best! So, lagu solo dah decide. Lagu yang kita kena collaborate?” Sara angkat kening.

“Hmm… no idea.” Masing-masing blank. Kalau tak de collaboration sure selesai masalah.

“Hmm.. kalau macam tu. Bila kau nak balik?”

“Menghalau nampak?”

“Sedar pun.”

“Lagu ‘kita’ pun tak decide nak suruh aku balik pula. Rilek la.”

Sara peluk tubuh. Bajet ni rumah kau lah.

“Cepat lah fikir.” Gesa Sara.

“Kau pun tolonglah fikir.” Suruh Adli.

Lagu collaboration equals to lagu duet Sara dan Adli. Ok. Lagu ape yang patut dan sesuai?? Keep thinking. Lagu rasa sayang eh je senang. Nak kena marah dengan cikgu Faiza, buatlah. Ke lagu ‘Celcom satu campur tiga’? nak kena lesing dengan cikgu, silakan.

“Oh yes.” Sara akhirnya bersuara setelah lama berfikir.

“Apa dia. Cakap cakap.” Adli curious.

“Apa jawapan teka teki ari tu yang kau tanya eh?” Alahai. Ingatkan dah dapat idea lagu apa.

Adli gelak. Masih tak tahu jawapan rupanya.

“Nama pun teka teki. Tekalah,” duga Adli.

“Emmm. Apa teka teki tu?” Sara buat big grin.

“Macam mana nak buat air terjun berhenti.? Haaa jawab jawab,” Adli teguk air Milo.

“Pandang je air terjun tu.” Jawab Sara.

“Salah. Lagipun tak logic la wei,” betul gak tu. Tak logic la.

“Err… switch off jela air terjun tu,”

“Salah.”

“Cakap stop.”

“Salah.”

“Cakap zam zam alakazam,” HAHA.

“Salah.”

“Cakap avra kedavra,”

“SALAH.”

“Cakap berhenti.”

“SALAH.” Sara bengang.

“Mana ada cara nk buat air terjun berhenti.”

“Ada.” Adli beriya kata ada.

“Yelah tu. Nanti kau bagi jawapan, ‘entah aku pun tak tau’. Bla la.”

“Tak lah. Memang ada cara! Seriously. Fikir je lah.. banyak komen plak.”

Tanpa sedar mak Sara baru saja berdiri di belakang mereka.

“Jenuh berfikir, nampak.” Tegur mak Sara yang nampak Sara bersemangat perah otak.

“She’s turning to green auntie, beriya berfikir,” Adli sempat mengutuk.

“Then, she could be Sara’s The Incredible Hulk.” Emak Sara tambah. Sempoi mengata anak sendiri. Sara geram. Ambil kesempatan nampak si Adli ni.

“Ma.. tau tak macam mana nak buat air terjun berhenti?” soal Sara. Minta pertolongan. Somebody call 911.

“Tak tau.” Sara hampa. What’s the bloody answer!???????

“Lagu apa nak main?” emak Sara soal.

“Lagu collaboration belum decide lagi auntie. Tak de idea.” Adli jawab penuh sopan santun. FAKE belaka. Sara buat statement.

“Kudin sama kelas dengan Sara ke?” emak Sara mulakan sessi interview.

“Tak. Dia kelas 4 sains Zamrud. Sara, kelas 4 Sains Delima.” Sara tolong jawabkan.

“Auntie rasa macam pernah tengok lah Kudin ni. Somewhere..” fikir mak Sara. He’s the pop star!! Adli dah bangga.

“Sebenarnya..” Adli mula nak reveal yg dia ni pop star.

“Kudin ni anak pakcik tukang kebun sekolah. Alaaa..Yang selalu mama jumpa tu,” celah Sara. Bila pulak mak dia jumpa tukang kebun sekolah???

“Sejak bila dia jadi duta aku nih?” Adli pelik.

“Siapa nama penuh Kudin?” emak Sara soal lagi.

“Kudin Kurap.” Apa ke pelik nama nya tuh.Sara gelak ketawa sakan bagai nak rak. Tak tahan. Nama rekaan yang paling klasik pernah Sara cipta. Mak Sara tak dapat nak tahan gelak turut join sama.

Adli sabar. Sabar separuh daripada iman. Separuh lagi.. err buat hiasan mungkin?

“Mentang-mentang tempat dia.” Adli cakap slow.

“Apa Din nak cakap tadi?? Sebenarnyaa…” Lah pulak. Din pulak dah. Din Beramboi agaknya. Pandai mak Sara pendekkan nama Kudin ke Din. Din oh Din. Hehe.

“Dia nak cakap yang…”

“Sejak bila Sara jadi secretary Din?” DUSH. Mak Sara sound. Menyibuk je jawabkan soalan orang.

Padan Muka. Adli senyum. Sara diam. Dah kena sound dengan mak. Diam ajelah.

“Apa Din nak cakap tadi?”

“Tak de apalah auntie.” Kata Adli.

“Auntie ada cadangan untuk lagu kami?” Adli minta pandangan.

“Nyanyi je lagu dua insan sedang bercinta,” Hambik.

“No way!” bantah Sara.

“Jiwang sangat la Ma.” Sambung Sara.

“Bila senyum, kugembira… Bila kau sedih ku menangis… Bagai taman rindukan kumbang, ku rindu wajah mu oh sayangg..” mak Sara dah start bukak studio muzik sendiri.

“Kau nak ke lagu tu?” Sara soal Adli.

“Too much hiperbola,metafora.” Adli geleng kepala.

“Lagu.. sayang menyayang.. saling percayaa.. punca kasih berpanjangan.. oooohh..” Adli senyum tengok gelagat mak Sara. Sempoi beb. Makcik makcik. Muka Sara merah. Segan tengok mak buat konsert sendiri.

“Maa…”

“Oh. Sorry. Hehe. Oklah auntie nak buat kerja lain ye.” Emak Sara beredar.

“Sempoi.!” Adli senyum.

“Aku tau.” Sara senyum.

Matahari dah nak tunggu masa untuk terbenam.

“Mintak Email address.” Pinta Adli sebelum balik.

“Kenapa?”

“Senang nak contact. Boleh webcamming practice. Cepat sket siap kan?” Adli cakap.

“Tak. Mak aku tak kasi aku bagi email address kat strangers.” Sara buat helah.

Adli meninggalkan Sara. Mencari emak Sara yang pasti.

“Auntie, nak mintak email address Sara boleh?” Adli mintak izin.

Sara geleng kepala sekuat hati bagi isyarat kat mak Sara supaya say NO.

“Sure. Tugasan sekolah. Bukan ape pun.” Sara tepuk dahi. Maaa………!!!

Adli senyum. Padan muka.

“Cepatlah tulis.” Adli hulurkan kertas yang dikoyak kat mana entah.

Sara tulis. I_scream@hotmail.com

“Puas hati?” Sara bengang.
“Jangan menggedik nak kacau aku pulak.” Sara bagi amaran.

“Tak hingin.” Adli balas.
“Tak harap pun.” Sara balas balik.

“Pinjam tepon kejap.” Sara angkat kening. Apa lagi Din ooi.
“Nak call mak aku la…” Adli bagitau. Sara terpaksa bagi pinjam handphone nya.

***
“Bye auntie.” Adli lambai kat emak Sara.

“Bye Sara!”

“Bye Din!!” paduan suara Sara dan emaknya singgah di telinga Adli yang masa tu tengah bukak pintu kereta Honda. Adli senyum. Din pun Din lah..

Di dalam kereta…

“Din?” mak Adli bertanya. Adli pandang mak nya. Dengar eh??

“Yeah.”

“Din? Nama betul?”

“Kudin.”

“Kudin apa?” soal mak Adli.

“Kudin Kurap.” Tak tahan nak gelak kejap.

3 comments:

Che Sue said...

salam dik..
nak pecah perut gelak bila mak adli tanya "nama betul?"
dgn selamba pulak adli jawab "kudin kurap"

bley ker dorg get along to perform for teacher's day nanti...?

tak sabar tunggu for next n3 nih...!

Anonymous said...

HAHAHA kudin kurap x boleh blah. nama xde unik lg ke? harhar ;)
lagu apa dorg nk bwk ? :DD

Bulanhijau said...

wakakaka..
kudin kurap??
gle sempoi nme.

erm..
lagu pe ek diorang nak bawak??
sayang-menyayang macam best
=]

smbg2