Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

06 August 2009

Train_WrecK <18>

“Kau nak pakai macam ni perform?” Dila buat mulut huruf O bila memandang Sara. Sara hairan. Bukan pakai baju seksi pun, dan bukan baju bikini bottom! Baju sekolah adatlah. Takkan nak pakai baju kebaya kot. Bukan nak pergi nyanyi majlis orang kahwin.

“Kenapa? Salah ke? Kira sopan kan pakai baju sekolah.” Sara pandang Dila yang masih dalam mood terkejut.

“Dah cepat tukar baju!” Tangan Sara ditarik. Dila melulu ke destinasi yang ada dalam kepala otak dia sorang.

“Eh kau nak bawak aku pergi mana? Weh, aku ada performance laa babe!” Sara dah nak menjerit tambah pulak bila gaya menarik tangan tu macam tangan tu tali.

“Kau diam. Ikut je lah,” Muka Dila serius mak datuk dia.

“Hisshh.. sakitlah tangan aku. Kau ingat tangan aku ni tarik tali ke? Nak tarik tali pergi stor sukan tu.” Sara bengang. Dila diam seribu bahasa. Kakinya terus melangkah.

“Ada aku kata nak main tarik tali? Tak de kan? Habistu. Diam boleh.? Ikut je mana aku pergi.” Balas Dila. Bajet Sara ada pilihan lain lah, tangan dah kena kepit.

Akhirnya Dila berhenti. Sara mula proses dalam otak kat mana dia berada.

“Masuk!” Gaya sarjan mejar je Dila. Sara masuk. Nampak singki. Cermin. Pintu. Mangkuk.
“Kantin eh?” Sara cakap. Sara geleng kepala. Mata di gosok. Nampak flush. Nampak tangki air. Nampak mangkuk tandas. “Oh, tandas,” ujar Sara slow. Cop cop ada apa dengan tandas.

“Tandas?” Sara angkat kening menghala ke Dila. Baru muka Dila ceria. Kening masih terangkat. Apa Dila nak pee ke?

“Kau nak pergi.. pergila dulu. Toilet banyak kosong. Budak-budak lain dah kumpul kat dewan tengok acara Hari Guru.” Sara cakap sambil pandang cermin. Paip dibuka. Air sejuk terasa di tapak tangan. Dila berdiri tegak belakang.

“Aku tak nak guna toilet la weh,” Dila cakap.

“Yang kau hangkut aku sampai sini apasal. Show aku kat sana tu ha..” beriya Sara tunjuk.

“Kau kena pakai baju yang aku sangkut tu.” Dila terus terang. Sara pusing belakang nampak hanger tergantung sekali dengan top dan seluar jeans.

“KAU GILA!!!!!” Sara ternganga.

***
Adli berlari ke tandas pelajar lelaki selepas Zairi bagi tau yang Lukman punya kepala tersumbat dalam lubang tandas. Mula-mula nak tergelak jugak. Apa beng-ngong si Lukman ni. Tapi bila lebih kurang 5 minit gelak sakan dan wajah Zairi macam serius sangat, rasa tak baik la pulak gelak terus pergi tengok keadaan Lukman.

“Weh, Syah! Mana Lukman?” Syah di sapa sebaik saja Adli nampak Syah tengah berdiri.

Adli masuk ke dalam toilet. Syah tak menjawab. Satu satu pintu toilet ditolak Adli. Kelibat Lukman tak de. Salah masuk tandas ke? HAHA.

“Mana Lukman?” Adli Tanya lagi.

“Ni haa..” jawab Syah. Lukman tengah menyandar pada dinding.

“Wei, Lukman kau ok?” Adli segera soal. Muka Lukman macam biasa.

“Ok la bro.” Lukman sengih.

“Bukan kepala kau tersumbat kat lubang toilet ke?” Syah dah gelak sakan.

“Bila masa pulak?” Lukman tayang muka tak tahu menahu. Zairi baru sampai.

“Zairi kata..” Adli pandang Zairi.

“Kan aku kata, kata yang aku jatuh kat toilet. Yang kau bantai kepala aku sumbat kat lubang toilet apa hal?” Lukman cakap kat Zairi. Zairi senyum sorry. Syah dah gelak.

“Kalau aku cakap macam tu sure dia tak datang punya. Biar lah gempak sket kepala kau tersumbat dalam lubang tandas. Baru real!” Jawab Zairi memandang cermin.

“Nasib baik Zairi tak kata yang kau dah kena flush!” Syah mencelah. Ketawa pecah.

“Cop. Korang tipu aku? Mati-mati aku ingat kepala Lukman kena sumbat. Memang bangang la kalau benda tu betul-betul..” Adli geleng kepala. Tak dapat nak bayang.

“Ok. Aku chow!” Adli dah nak keluar dari tandas.

“Tunggu jap.” Langkah Adli terhenti. Adli pusing.

“Nah, pakai ni.” Lukman bagi beg plastic.

“Huh?” Adli ambil beg plastic. Dia tengok kat dalam ada baju dan seluar jeans.

“GILA! Kau gila nak kasi aku pakai ni?” Adli dah terkejut. Gila!

“Rilek arr.. kau pakai je. Kata buat show...”

“Malas la.” Adli hulurkan balik beg plastic tu kat Lukman.

“Pakai la… don’t worry Pengetua dah bagi izin,” Zairi cakap. Lukman dan Syah mengangguk betul.

“Haiyaaa…” keluh Adli.

“Make sure kau tukar baju. Nanti pengetua marah kalau tak tukar.” Lukman bagi amaran. Dan mereka bertiga keluar dari toilet.

“Make sure tak pakai specs.”

“Tapi nanti aku rabun.” Alasan.

“Kepala otak kau rabun. Kau mana ada penyakit rabun.” Mereka bertiga keluar dari toilet.

***
Sara dah duduk menyangkung. Payah ada kawan yang over macam ni. Siap kasi pakai baju untuk buat performance.

“Ingat!. Pengetua dah bagi permission. Jangan tak tukar plak. Nanti pengetua marah.” Kata-kata Dila terngiang-ngiang di telinga. Nama pengetua pun terbabit sama. Hailooh.

Dia meneliti baju yang yang tergantung kat hanger. Baju top warna kuning. Labuh kira labuh la dapat cover punggung tapi lengan pendek. ERK. Nasib baik ada baju nipis lengan panjang boleh pakai sekali, kalau tak takde makna Sara nak pakai baju lengan pendek tu. Seluar jeans biru. Tudung putih renda kuning.

Sara dah tak de pilihan lain dia masuk ke bilik persalinan dan menukar baju yang dah disediakan oleh Dila.

DANG!!! Bunyi pintu ditutup.

“Hantu ke? Errr.. tak tak. Angin je tuh. Angin kuat menyebabkan pintu tertutup dengan sendiri kan?” Sara tenangkan diri.

KLIK.
“Lah pulak ada bunyi pulak. Urgh. Lantaklah!” Sara fed-up. Nak kacau Sara kacau tempat crowded lah ni tang tandas gi kacau apa kes!!!!

***
“Sara?” Adli Tanya dibelakang pentas. Dari tadi tak nampak muka. Tapi yang pasti dia datang.

“Rindu eh??” Lukman mengusik. Zairi dan Syah yang ada kat belakang sengih macam kerang busuk.

“Apa sound trouble ke Lukman? Aku Tanya Sara. Bukan aku Tanya pasal rindu,” ujar Adli dengan muka straight. Lukman kena marah.

Lukman pusing belakang tengok reaksi muka Zairi dan Syah. Diorang gelak. Dasar Adli tak faham situasi pertanyaan. “Aku salah cakap ke?” soalan dituju kepada Zairi dan Syah. HAHA.

“Tak aku rasa” Zairi balas.

“Ni mesti akibat kepala kena sumbat kat lubang toilet.” Zairi dengan Lukman gelak. Syah pun sama. Apa kaitan kepala kena sumbat dengan soalan tadi? Hmm.

“Ha ha ha. Aku tak faham kenapa aku gelak.” Zairi cakap tiba-tiba.

“Aku pun.” Lukman pun begitu jugak.

“Hey guys!” Dila lambai tangan yang masa tu tiba-tiba muncul. Tangan lagi satu tengah pegang Sony video-cam. Tujuan nak rekod performance Sara dan Adli dan apa-apa yang patut.

“Dila.. Dila..” Adli menuju ke Dila.

“Sara mana?” sambung Adli.

“Toilet.”

“Eh, dah lambat ni wo.”

“Relax. She’ll be here. Tunggu je.” Dila cakap.

***
Sara pandang cermin. Dia memakai tudung putih tu. Nasib baik tudung ni ikut kata. Kalau tak hampeh la.

“Lawa aku hari ni.” Sara tengok diri sendiri. Pandang depan belakang.

“Gila berlagak.”

“Aku tau.”

“Kenapa aku cakap dengan diri sendiri?” Adeh. Sara pandang satu beg yang ada yang ditinggal Dila. Make-up. Dol, sumpah Sara tak pernah pakai make up. Baik tepek bedak baby Johnson bau wangi sket. Lipstick? Baik letak majerin kat bibir. Haha. Dan-dan boleh jilat sekali. Sara geleng kepala.

“Make up feels like messing up.” Sara cakap dalam hati.

“Lipstick makes me sick.” Sara cakap dalam hati lagi.

“Umm.. ada rhyme. Boleh tahan. Make up feels like messing up. Make up feels like messing up, lipstick makes me sick.. lipstick makes me sick.. woohoo.. oh yeahh.. ahuh..oh yeah ahahh” ulang-ulang Sara sebut perkataan tuh. Boleh buat lagu nih.

Sara pandang cermin lagi. Baju kuning huh?

“Sekali aku pandang macam big bird pun ada.” Sara geleng kepala.

“Cop. Aku kena perform. Ya rabbi lupa plak tujuan aku harini.” Sara tepuk dahi. Jam tangan di tenung. DANG! Cepat gila masa berlalu.

Sara segera membuka tombol pintu tandas. Tapi gagal.

“Eh?” Sara gelabah.

“Eh!!!??” kali ni cuba dengan 2 belah tangan.

“Eh. Kau biar betul pintu! Jangan buat hal masa aku kena rushing nih!” Sara dah mula cakap dengan pintu. Sara cuba tendang pintu, result : kaki sakit! Kepala bengang. Sara cuba tolak dengan menggunakan bahagian tepi badan. Result : badan sengal. Sara cuba tolak pintu sampai naik merah muka. GAGAL lagi. Sara duduk menyangkung mengenang nasib.

“Tok..tok..tokk.. pintu aku ketuk. Aku di dalam tak de orang kat luar ye tuk. Tuk..tuk..tuk..” Sara ketuk pintu biar ada orang dengar. Harapanlah. Semua orang dah ada kat dewan la!!

Sara dah putus asa. Banyak kali percubaan dah buat tapi fail!!!

“Sape yang kejam tahap biol-la ni?” Sara letak tangan atas kepala. Fikir-fikir. Buat apa nak fikir sape yang buat, fikir macam mana nak keluar laa..

“WOOOIIIIIIIIIIIIIIII aku kat dalam toilet ni wooi!!!!!!! Bukak pintu ni woooiiiiii!!!!!!” Sara jerit.

“Patut tak aku panggil burung hantu hantar pesanan kat Dila yang aku stuck dalam toilet.” Sara fikir. Hangguk dia nak antar burung hantu. Ingat ni Harry Potter ke?

“TOLONG WOOOII. TOLONG AKUUUUUUUUUUUUUU…………HUHUHUUUUUUUU..” Sara jerit lagi.

“Dah pakai lawa lawa, kena kunci plak. Hishh.” Sara rungut.

“Agak-agak kalau aku pakai kata azimat dalam cite Ali Baba bujang lapok boleh bukak ke?” Sara fikir macam orang gila. Sengal. Mana boleh la dol!

***
“Mana dia ni?” Dila tertinjau-tinjau.

“Eh, aku pergi cek Sara jap. Kalau kitorang tak sampai lagi. Adli kau perform dulu eh.” Pesan Dila dan terus berlari ke tandas.

“Tandas Rosak?” Dila baca signboard yang tergantung kat tombol pintu tandas. Dila ketuk pintu. Nama Sara dipanggil.

“Sara!!! Saraa!!!!!!!!” Dila panggil.

Sara terjaga. Lah., “aku sempat tidur eh?” Sara celik mata. Tepi mulut dikesatnya. Mana tau air liur extra terkeluar. Haha.

“Woi. Kau tidur ke hape?” Dila Tanya dari luar.

“Ade camera ape toilet nih?” Sara soal dalam hati. Cam tau-tau je.

“Dila. Cepatlah keluarkan aku dari sini!”

“Jap, aku cari makcik cuci tandas.”

Tik tok tik tok…

KLIK! Pintu toilet dibuka. YEAYY!!!

“Nasib baik kau datang cepat. Kalau tak mau aku mati tersedut gas ammonia yang terlebih dalam toilet nih.” Sara cakap.

“Dah cepat!!”

***
“Sekarang di persembahkan Sara Sazali !! Wohohooo…” Tam yang jadi pengacara buat kata pembukaan kepada persembahan Sara. Tepukan bergema.

Adli pandang keliling. Sara tak sampai-sampai. Dah nampak tanda soal kat muka Tam. Adli bagi signal tunggu dulu. Tam bagi isyarat ‘asal?’. Adli balas dengan ‘pandai-pandai la ko cover’. Tam kembali ke depan pentas.

“Apa kata kita sama-sama sorak. Sara. Sara. Sara. Sara.” Tam bersuara. Satu dewan bersorak nama Sara. Tapi Sara tak muncul-muncul lagi.

“Kau ada panggil nama aku ke?” Sara pandang Dila.

“Aku tak panggil tapi satu dewan tu panggil kau,” Dila bagitahu. Sara pandang dewan yang ada dalam berapa meter depannya. Memang betul nama Sara! Gema suara makin kuat. Sara cepat menyegerakan langkah larian ke belakang pentas.

“Panjang umur.” Sapaan Syah membuatkan Adli menoleh ke belakang dan Sara ada di situ. Tercungap-cungap. Baru lepas marathon. Adli segera mendekati Sara. Sara penat. Nafasnya kuat ditarik. Sara dah dalam keadaan rukuk.

“Sara, Kau ok?” Sara dongak. Mata Adli tertancap pada Sara. Sara kaku. Mata itu. Mata yang buat Sara rasa ada kupu-kupu dalam perut. Yeah rite.

“Huh. Ok ok.” Sara ke posisi normal. Sara cuba untuk snap-out-of it. Ini bukan masa romantic dalam novel yang selalu ada. Sara geleng.

“Sara. Orang dah bersorak tu cepat lah,” Lukman gesa.

“Err.. kenapa aku rasa macam ada dalam perlawanan bola sepak MU vs Chelsea?” Sara dah nervous dengar sorakan kat luar tu. Sara jalan slow-slow. Tak pernah seumur hidup orang bersorak nama dia, kuat gila.

“Aku tak salah masuk dewan kan?” Sara soal lagi. Ada pulak.

“Sekolah ni ada satu dewan je.Kau jangan nak merepek.” Zairi cuba bagi Sara sedar. Adli datang kat Sara bagi gitar. Sara segera menyarungkan tali gitar. Adli senyum penuh makna.

Sara jenguk kat tabir pentas. Ramainya orang!

“Good luck, Sara.” Ucap Syah. Zairi dan Lukman pun sama.

“Break a leg, big bird!” Adli pulak ucap. Sempat lagi.

“Yang kau pergi suruh dia ‘break a leg’ apsal?” Syah loyar buruk. Adli pandang Syah dengan gaya kau-faham-tak-maksud-ayat-tu? Zairi pergi bagi lempang kat kepala. Thank you.

“Nak kata bengap BI. Selalu je dapat A,” Lukman menambah.

***
“Hey people! Here’s a song called Beautiful Eyes by Taylor Swift. Enjoy.” Sara bagi mukadimah. Tepukan kedengaran. Sara mula petik gitar. Sara nampak Dila yang tengah pegang video-cam pasti nak rekod performance nya. Dila lambai tangan. Sara sekadar senyum.

Microphone di depannya ditatap. It’s show time!



your beautiful eyes stare right into mine
and sometimes i think of you late at night
i don't know why
i wanna be somewhere where you are
i wanna be where...

your here, your eyes are lookin into mine
so baby, make me fly
my heart has never felt this way before
i'm lookin through your
i'm lookin through your eyes..

i wake up, i'm alive
in only a little while, i'll cry
cause your my lullaby
so baby, come hold me tight
cause i, i wanna be everything you need
i wanna be where...

your here, your eyes are lookin into mine
so baby, make me fly
my heart has never felt this way before
i'm lookin through your
i'm lookin through your eyes..

just as long as your mine
i'll be your everything tonight
let me love you, hold you
baby, let me miss you
let me see your...
dream about, dream about your eyes
eyes, eyes, beautiful eyes...

Sara mengakhiri lagu. Sorakan gembira mengiringi senyuman Sara. Yang nampak sangat puas hati. Well at least tak de orang BOO atau baling telur atau tutup telinga. Tepukan juga lama. Sara cari Dila. Dila bagi thumbs up. Habis azab!

4 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

cehh..
nie mesty si minah gedik tuh punye pasl..kurung sara.
neseb bek dila smpai..
huhu..
pasnieh nk duet sara n adli lak..
hehee..
sara,,munge2 cinte..?ekekke..
smbung2..

Che Sue said...

sian kat sara terkurung kat dlm toilet!
mesti ada org tak nak sara perform ngan adli...

tpi sara nyer performance bagus...!
tak sabar tunggu part sara duet ngan adli...
sambung ..... :)

Bulanhijau said...

alalala..
cianny kat sara tu

smbg2

Anonymous said...

bengong ah sape yg kurung dia tu. haha xD
bila adli nak perform plak? :D