“Aisyaaaa…!!!” Jeritan Zee disebelahnya membingitkan telinga. Astaghfirullah hal azim. Aisya mengelak kereta.
GEDEBOM. Bunyi dentuman yang kuat membuat kan Aisya panic. Dia memandang sekilas rear-view mirror,. Ya Allah, ade kemalangan berlaku di belakang. Dia memperlahankan kelajuan kereta. Chill Aisya chill. Zee pandang Aisya yang meletakkan kepalanya ke stering dan menghala ke bawah. 10 km dihadapan, dan……
“Aisya, BREAKKKK!!!!!!!” serta merta bagai ada arus letrik, Aisya menekan pedal ‘break’. Srettt!!! Bunyi geseran antara tayar kereta dan jalan. Badan mereka berdua terhenyak kembali ke kerusi kereta, akibat break mengejut itu.
PAAAPP. Alahaii..!! Damn it. Ala, aku ter’cium’ bahagian belakang kereta orang depan ni ke?? Aduhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!
Empunya kereta yang terkena itu keluar. Berpakaian lagak macam VIP habisan. Blazer bagai di tengah hari buta ni. Halo, ni Malaysia lah, tak panas ke? Kau hingat ini, luar Negara ke? Sempat lagi mengutuk, dia yang salah dia yang kutuk orang pulak. Haish, nervous la nih.
“Zee, macam mana ni?” Aisya pandang Zee. Zee buat bodoh. Buat protes diam. Tuh la, ikutkan sangat hati dan perasaan. Aisya, ni yang aku rasa patut lempang diri sendiri ni. Shoot laaa.. Aisya redha. Okelah, salah aku jugak. Zee buat dek je.. salah aku jugak kan. Alamak, tuan punya kereta dah berdiri tegak.
Aisya belek muka dekat cermin. Ada ala-ala muka simpati tak? Nak cakap macam mane ye? Nak sopan ke, nak terjah semacam dia bersalah ke macam mana? Bagi salam tak? Eh cop, nak panggil apa, encik ke pakcik ke? Alah, nak bahasakan diri saya awak ke, I you ke, kau aku ke? Ala.. kau ni Aisya banyak pulak question and answer time –time macam ni. Dah pergi berambus keluar!!!
Aisya buka pintu kereta. Bismillahirrahmanirrahim.
Aisya pergi ke depan melihat adakah teruk sangat? Alih-alih.. hek eleh, kemek cenonet saje dong!!!! Apa barang seyhh.., !??
“So?” si pemuda menanyakan soalan.
“Nothing happen right?” Haaa., suka hati mak bapak Aisya kata tade benda. Ceh, nak cover la tu.
“Ape kebenda nye nothing happen, tak nampak ke dah kemek kereta saya awak kerjakan??” si pemuda belek bahagian kene langgar sikit tadi. Waduh, gile teliti mamat ni.
“Alaaa, encik, benda kecik je pun.”
“Kecik tak kecik saya tak kira. Saya nak ganti rugi jugak.” Eh mak aaih, demand betul encik blazer ini.
“Alaaaa., apalah sangat..”
“Takde, nak ganti rugi juga.” Ishh, sengal.
“Fine, how much la?”
“RM 1000.”
“Crazy.”
“Dia yang crazy bawak kereta langar org punye kereta,”
“eh, bukan awak cedera pun.”
“Tapi kereta saya yang cedera.” LOYAR buruk doh.
“Make it RM 100 laa..”
“RM 900.”
“RM 150 laaa..”
“850”
“200”
“810”
“400 laa..”
“800 la wehh..,”
“RM 500 can?”
“RM 590,” eeeeeeeeeisssssssshhh!!!
“RM 550..”
“589…”
“FINE LAAAAAAAAA… malas aku nak negotiate lagi. Buat sakit anak tekak saje.” Aisya seluk keluar purse. Dalam tangan ada RM 300 je. Mangkuk betul nak jugak 89 ringgit dia tu. Haish.
“Awakk, lagi 289 ringgit tu saya bank-in je lah ye. Mintak no. account.” Sepantas kilat pemuda itu menulis atas sehelai kertas putih. Lalu diberinye kepada Aisya.
“Okay, nanti saya bank in. maybe esok. Jangan risau, saya ingat punya.” Aisya bagi kenyataan mengiyakan yang dia pasti membayar duit baki yg dijanjikan.
“Okay, kalau tak saya cari awak sampai dapat.” Berbaur amaran disitu.
“Macam laah awak tau nama saya kan..??” Aisya buat muka yeah-right. Aisya dah mula gerak kaki nak masuk kereta.
“Nama awak Aisya kan?” pemuda tu kenyit mata sambil senyum sengih-sengih. Aisya dah nganga sekejap. Maaakkk!!! Aku terlanggar psycho mana nih??? Cepat-cepat Aisya pecut meninggalkan si pemuda dengan keretanya. Scary siot, stranger tau nama aku!!!!
* * * *
Am hempas badan ke katil empuk. Shoot me right away!!! What was I thinking ?? bangang bagidol betol!!! Urgh. Ringan sangatlah mulut ni setuju dengan apa yang Fia cakap. Damn. Arh, dia tu pun satu tak reti nak diam. Merengek je. Dah habis aku setuju dengan ape yang dia cakap. Dengus Am sendiri.
Siling dinding ditengok dengan penuh semangat bajet boleh nampak bintang langit kat atas nun sana. Aisya pulak, dan dan situ lah dia muncul. Arghh. Kusut. Dia nampak cool saje. Tapi, aku? Aku rasa bersalah pulak. Kenapa aku rasa bersalah? Huh? Sebab??? Sebab apa Am wehh?? Am garu kepala? Sebab kau suka kat dia? Cinta? Atau ape? Ah, kepala hotak dah pusing 4-5 kali round.
“AAAARRRGGGGGGHHHHHHHHH!!!!!!!!!!” Am lepas geram. Dia jerit sekuat hati. Mahu bergegar rumah jiran sebelah. Kini dia berada dalam posisi duduk. Tangan dia memangku kepala.
“Fia and I were history.”
“Aisya and I should become The New Story.” Am menghabiskan ayatnya. Yes. That’s exactly true. Tapi Aisya sure, sure dah malas nak layan aku since Fia dah jadi girlfriend aku again. Ahhh, masalah!!! What the heck je. Time-time ni laaa benda ni jadi.
* * * *
“Kau tak nak cerita dengan aku apa yang jadi?” Zee try korek rahsia. Memang susah nak korek cerita dari Aisya. Dia ni bab meluahkan isi hati emmang payah. Walaupun orang dah suruh spill it out, she still keep it to herself. Susah kan? Membebankan diri betul.
“Nothing laa, PMS je kot.” Aisya masih tak de mood nak bercerita.
“Sure?”
“Oh yeaahh.” Aisya control cool. Remote control tv dia ambil. Haih. Tak de siaran best langsung.!
“Bile nak bagi Am barang-barang yang kau beli tadi?” soal Zee.
Aisya diam dan mula bersuara, “Entah.”
“On second thought, aku rasa macam nak bagi kat ayah aku pulak lah.” Deng~~. Biol apa otak kau Aisya!
“Weh, bajet bapak kau tu muat je pakai saiz si Am tu. Kau ni pun satuuu laaaa… tadi beria sangat sekarang ape jadi Cik Nur’aisha ooi..” Zee dah start tune bebel dia.
Ye tak ye jugak. Alahai. So no choice laa, bagi jugaklah eh kat Am. Fine!
“For sure Am gembira habisan, senyum bertahun-tahun, kau bagi barang-barang tu kat dia nanti.” Zee dah sengih-sengih macam spongebob.
“Kenapa pulak sampai bertahun?”
“Yelah, dia dapat hadiah dari orang yang dia suka..,” straight to the point Zee cakap.
“Yeah ritee..” Aisya buat tak endah.
“He likes you, you know that, don’t you?” Aisya angkat bahu. Well, tak. Dia dah ada Fia. And dia tak pernah confess apa-apa. And semua yang dia buat semua buat aku rasa macam jatuh hati kat dia tapi dia macam cool, macam semua tu just for the memories of their friendship. Not more than that.
“Dan kau suka Am. Admit jelah. Susah sangat ke Aisya.”
“Bila masa pulak aku suka Am?”
“Dari dulu lagi.”
“Mana ade.”
“Eleh kauu, macam aku tak tahu.”
“AKu tak suka dia laaaa..”
“Whateverr..”
“Aku tak suka dia laaa..” beriya Aisya bercakap. Sungguh-sungguh.
“Macam aku percaya sangaatt…”
“Aku tak suka diaaaaaaaaaaa…” jerit AIsya
“Eh??” Zee tayang muka tak percaya.
“Aku tak sukaaaa diaaaaaaaa….” Dia jerit lagiii
“Habis tu???”
“Aku sayaaaang sangat kat diaaa…” Aisya terus senyap. Eh apakahh???
Zee dah angkat kening sebelah sambil tersenyum. Dah mula tergelak. BOCOR sudaahh. Tulah, balasannya tak nak mengaku. Kan dah kena, siap menjerit-jerit lagi. Wah, syahdu nye pengakuan Aisya ni.
Aisya dah malu. Ooi!!! Apa yang aku cakap tadi?? Aku sayang sangat kat dia? Eh tak kan? Aku rasa aku cakap aku nak lempang sangat dia kann?? Kan??
Zee dah makin galak ketawa.
“Auuw, Aisya. You look cute when you say kau sayang Am sangat-sangat.” Zee dah tergolek2 kat sofa.
“Zeee!!!!!!!! Aku cakap aku nak lempang dia laaa ade pulak kata aku sayang dia. Sound trouble ape??” Aisya cover.
“Apaa??? Cover-cover plak minah ni.. Kau suka Am. Am suka kau ape susah? Cakap saja laahh. Jangan buat drama lebih-lebih, nanti jadi macam novel.”
“Dia tak suka aku lahh!!!”
“Kenapa cakap macam tu??”
“Dia dan Fia dah back together. Petang tadi.” Mendatar Aisya bagitau. Zee kaku. Okay, adakah ini sebabnya Aisya pandu kereta macam orang gilak saja.??
Bunyi ringtone Sony Erricson yang kuat buat masing-masing pandang satu sama lain.
“Telefon kau bunyi.” Zee cakap. Aisya tak bergerak. Telefon dan giat melalak.
“Aku rasa Am yang call. Pergilah angkat.” Suruh Zee. Aisya buat muka malas.
“Pergilaaah, your bestfriend tu. Nanti dia dah tak ade, tak boleh dengar suara dia selalu.” Pujuk Zee. Haih.
Aisya angkat kaki menuju ke bilik. Tengok telefon bimbit. Dah 2 missed call. Tengok pemanggil. Am. Hmm.. Am call lagi. Aisya tekan butang ‘busy’ dan seterusnye buat mode silent. Malas nak angkat laa. Aku nak tido. Dia mula baring dan akhirnya terlelap.
* * * *
Aisya menggeliat! Penatnyaaa… mata digonyoh. Mulut menguap. Ah, dah pukul berapa ni? Jam loceng dia tengok. Ala, lambat pulak mata nak bukak. Kabur-kabur je pandangan. Hehh??? Pukul 8.30 pagi sudah? Alamakk? Terlepas subuh. Kepala digaru. Alah, awat terlajak tidur sampai pukul 8.30 ni. Nasib baiklah, terbangun, kalau tak memang tak payah pergi kerja laa jawabnye.
Dia ambil tuala. Bzz bzzz, telefon bimbit bergegar. Mesej masuk.
Sender; Am
Aisya, aku anta kau kerja arini jom.
Aisya pelik. Eh eh. Aku tak mintak pun kau tolong hantar. Gediklah Am!! Aisya reply.
Sender; Aisya
Alaa, tak payah. Aku boleh pergi kerja sendiri. Trimas banyak-banyak. ;)
Sender; Am
Takde-takde aku nak hantar juga. That’s it. See you, my heart! :D
Laaa pulak. My heart ko bondo eh jang ooi. Putus urat saraf normal apa Am pagi ini. Ergh. Lantaklah. Aku nak mandi!!!!
20 minit.., tik tok tik tok..,
Spray badan dengan segala haruman yang ada. Ahaha. Tudung dah dilitup dililit elok-elok. Wah, semangat nak pergi kerja ouh! Nice. Ini lah yang patut dijadikan contoh. Aisya menuju ke peti ais, ada sticky note ditampal pada pintu peti ais. Kelibat Zee tak nampak. Dah pergi kerja agaknya.
“Malas pulak nak makan, minum air sudaah..” cakap Aisya sorang diri. Dia tuang susu HL dalam gelas. Kemudian ambil beg laptop dan barang keperluan sebelum berangkat pergi kerja.
Aisya tutup pintu rumah, dan kunci. Dia pusing belakang nak masuk kereta. Tiba-tiba nampak ada orang park kereta Honda Civic depan rumah. Ewah ewah, apa ingat ada kotak perking depan rumah aku apa. Cett. Ni yang buat aku hangin tak tentu pasal ni.
Ada laa, seorang hamba dok menyandar pada kereta tu. Pakai shade lagi aduhai. Tak lain tak bukan, Ahmad Arham rupanya. Dia peluk tubuh. Aisya dah cekak pinggang. Haih.
“Lama kot aku tunggu kau.” Am cakap dia tanggalkan shade.
“Tak suruh tunggu pun..”
“Jom laaa..”
“Buat ape?? Aku nak pergi kerja laaa…” cakap Aisya.
“Pergi kerjalah. Aku nak hantar… mailaaah..” pelawa Am.
“Tak nak. Aku boleh drive sendiri.”
“Aku nak hantar la. Jangan degil, orang kata.” Tegas Am.
URGH.
“Haaa.. elok lah tu. Marah-marah pagi-pagi nanti cepat tua baru tau.”
“Mana ade aku marah. Aku cuma ‘urgh’ jeee…”
“Whatever. Jomla…”
“Taknak.” Static.
“Aisya, aku tinggal berapa hari je kat sini. Takkan kau tak sudi kot aku hantar kau. Nanti kau jugak rindu kat aku.. nanti karang kalau aku kat sana, tak de sape baik hati tumpangkan kau.. karang ada pulak orang call-call aku nangis rindu kat aku pulaakk..,” usik Am sambil sengih.
Ceh, bagi ayat baik punya laah nak kaut simpati konon pigi daaaa.. oke fine la. Orang dah baik hati nak tumpangkan. On je.
Aisya masuk kereta. Pakai seat belt dan kereta dipandu menuju ke destinasi yang dituju.
“Dah breakfast?” soal Am dalam perjalanan.
“Minum air je.”
“Tu ada sandwich butter kaya kat seat belakang. Eat some.” Suruh Am. Aisya oandang belakang. Dia ambil kotak plastic yang berisi sandwich. Ada dua. Dia ambil.
“Ni, berapa minggu kau simpan sandwich ni Am?” sakat Aisya aksi membelek-belek sandwich berikut. Am pandang tak puas hati. Suka hati je.
“Eh, baru pagi tadi aku beli tau. Dah makan, banyak cakap pulak. Kecoh.” Sentap ape Am? Haha.
“Ni ada 2. satu untuk aku, lagi satu untuk kau lah ye.” Aisya kata sambil senyum.
“Makanlah dua-dua. Aku tengah drive macam mana nak makan sekali, weh.”
“Aku suap, nak?”
Am buat tak percaya. Apa aku dengar? Aisya nak suap? Eh eh, ulang balik!!! Ulang suara woii!!
“Nak tak?” soal Aisya lagi.
“Kalau kau suap aku on je..” Am cakap sambil kenyit mata pandang sekilas pada Aisya.. Ah, gatal oi! Tak malu.
Aisya koyakkan sedikit roti sandwich telur itu. Dia sumbat dalam mulut sendiri. Argh. Sedap. Umm.. wah, lapar kot aku ni. Wuu, sumbat lagi sumbat lagi.. ahahha.
“OOi !! kata nak suap!???!!” Am bengang. Yo yo o je tadi volunteer nak jadi penyuap. Ni nampak macam makan untuk diri sendiri je.
“Ooopss. Ehehe. Lupa pulak.,sorry sorry.” Aisya koyakkan sedikit roti sandwich.
“Nah,” Aisya dah buat aksi nak menyuap. Dengan mulut sekalai ternganga. Am dah tadah mulut ternganga punya besar.
“Say aaaaaaaaa…” cebisan roti sandwich yang dipegang Aisya dalam perjalanan ke mulut Am.
“Aaaaaa…” AM dah ambil feel. Cepatlaaa., cepatlaaa.., aku tengah desperate ni! Eh eh, nak kemana tu??? Bila tengok sandwich tu buat u turn masuk ke dalam mulut Aisya. Dan Aisya menguap penuh makna. Aisya gelak tengok reaksi Am yang gila berharap kena suap.
Cet, terpedaya.
“Woi, tadi kata nak suap???” AM dah bengang lagi.
“Nak suap eh? Suruh Fia suap laa baru romantic. Aku suap nanti jadi kau tercekik permanent karang,” Aisya gelak. Ah, bestnya dapat kenakan orang. Senyum melebar.
Gedik minah ni.
10 minit,
“Eh, jom pergi Melaka esok, nak?”
“Buat apa?” Aisya Tanya.
“Holiday.”
“Deyh, tambi. Wa, pigi keja la ini minggu, tara cuti laa.. lain kali mau ajak sama saya, tunggu cuti saya datang laaa…” Aisya cakap slang mamak plus apek.
“Deyh, minachi. Wa, boleh cakap sama lu punye boss. Suruh lu cuti esok la. Apa susaaa..” balas Am.
“GILA kaau, suka hati je. Bajet syarikat tu bapak kau punye la kan, suka hati kasi aku cuti esok. Dang..” ujar Aisya.
“Eh, boleh apa. Kenapa tak percaya?” Am pandang slack. Break dimatikan. Dah sampai tempat kerja Aisya.
“Tak. Tolong lah jangan confident Encik Arham ooi,” Aisya dah buka pintu kereta.
“Why? Still don’t believe me eh?” Aisya diam. Malas nak layan.
“Okay, then. I’ll talk to your boss okay.” Am keluar dari kereta. Dan kakinya laju mencari pejabat boss Aisya. Aisya dah blur. Semua berlaku cepat sangat. Dia pun dah kaku. Lepas seminit baru sedar, Am dah gila lagi sewel. Dia tak tahu ke boss tu sangat lah garang teramat. Padan muka kaulah nanti Am kena marah dengan dia. HAHAHAHA.
* * * *
“Hello.” Suara Aisya menerjah ke gegendang telinga.
“Hello Aisya. Am ni.” Suara macam sedih je
“Yes. I know. So amacam kena marah ke dengan bos aku tadi? Ahaha. Padan muka kau.” Tak menyempat Am nak bercakap dah Aisya buat conclusion sendiri.
“Weh, mana ada. Dia tak marah pun. Okay je.”
“Oh okay,”
“So esok aku jemput kau kat rumah. Pagi. Kita pergi Melaka, okay?” Aisya dah nganga sekejap. Mak aiiihh? What the heck?
“Eh, boss aku tak kasi laah.”
“Dia kata alrite no problem.”
“HAAA???”
“Haih. Betullah.”
“Am………” Aisya merengek. Eee, gediknya mamat ni.
“Aisyaaaa…” ejek Am.
“Kau sangat super amat sungguh nian, kejam lah woi.” Aisya dah masam. Suka hati je apply cuti aku untuk esok.
“Bersyukurlah sikit, aku dapatkan kau cuti esok and lusa.. ni macam tak nak berterima kasih jee..” Jawab Am.
“Kau ni kaaaaaannnn……” Aisya tak sempat nak habiskan ayat. Am dah potong.
“Keep it to yourself, okay. I’ll do anything for my heart. And you are my heart. So see you tomorrow, Aisya.” Sempat buat ayat bunga-bunga. Dang it.
Dan klik. End call~.
12 comments:
hahahaha..
sapa bos aisya tu..
hoihh.
aku suke ini cerita.
sungguh.
*aaaaaa..aku taw kau nk ckp ape.."kau semua suka"
dangg..~
hurmm.ak rasa macam ada hero lain nk muncul jee.alaaa.pkcik yg pakai blazer tu..HAHAH...
betullah kot, boss aisya bapak am...............
sweeeeeettt!!
alaaaaaaaaaaaaaa.. comel sangat ni !
eh, siapa manusia pakai blazer tu? sibuk jelah! shuhh shuuhh ..
bulanhijau likes this. =)
oo..lalla.lalala
cian gn aisya..haaa..mst ade hero..jeng jeng!!!
ehh !! sampai sini aje eh citer nih ?? sambunggg !! menunggu n tertunggu nih .. waaaa
salam..
u dh xsmbung ke cte ni...?
ala,jgn la cm2...nk tau sgt pe jd ngn aisyah n am..
plz,plz,plz cik writer.....
alaa. xde smbungan lagi ke.
such a nice story, love it <3 :))
please sambung this story :(
*pegang kaki awak
pleasseeeeee sambung la crita ni :(
gler chewttt!eh semestarian eh?
Post a Comment