Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

19 July 2014

Pavlova ♥

Sara menuruni anak tangga, tangan kiri memegang rambut yang telah disatukan manakala tangan kanan lekas mengikat rambut dengan getah rambut. Kaki diayun ke dapur, susuk tubuh mama kelihatan. Sara senyum tayang gigi apabila mama selesai membasuh pinggan di singki. “Mana barang yang Sara beli semalam ma?” soal Sara, matanya sudah melilau mencari beg plastik Tesco. Barang-barang yang dia inginkan ada dalam plastik itu. “Kabinet sana,” mama tuding jari ke arah kabinet dapur lagi satu. Bukan kabinet dapur yang utama. Iyalah, dapur ini dah semacam ruang legar besar khas untuk mama beraksi. Papa sengaja besarkan ruang dapur untuk mama supaya mama hatinya gembira dan seronok apabila memasak. Katanya, baru ada ‘feel’. Papa turutkan saja, lagipun perut anak beranak juga yang kenyang dengan masakan mama. Jadi, tak ada masalah. Mama gembira, semua gembira. Senang cerita.
Sara mengeluarkan semua bahan yang dibelinya semalam. Niat kali ini cuti semester mahu buat pavlova, kek dan sebagainya. Itu yang semalam pergi ke Tesco dengan senarai bahan yang diperlukan. Troli ditolak sambil meneliti senarai. Dah macam suri rumah tangga dah gayanya, cuma tak berlaki je lagi. Eh? Haha. Itu kita cerita lain kali. Ke kejap lagi? Haha.
Bahan yang diperlukan, Sara susun tepi. Hari itu semasa di rumah Shasha, dia ada buat kelas tutorial pavlova. Sara sebagai pelajar cemerlang menulis nota dan merakam segala langkah-langkah yang ditunjuk ajar Shasha. Malam semalam, dia dah siap khatam video itu 2 kali sebagai penyediaan untuk beraksi hari ini di dapur. Haha, semangat tak semangat ni? Berkobar-kobar nak membuat pavlova ni, entah kenapa mama sendiri kurang pasti. Sara pula bila ditanya,  katanya saja mahu mengisi masa lapang. Cuti kan? Penat dah menghadap buku perubatan.
            ”Betul ni kamu nak buat pavlova?” suara mama ada sedikit kerisauan. Tak pernah lah pula anak bongsunya ini ada keinginan sendiri mahu masuk ke dapur. Selalunya, liat semacam. Dan selalu dibalas dengan, ”Mama, nak Sara buat dapur mama tu macam kena serang dengan alien ke ma?” itu taktik bijak namanya. Sara tau mama cukup sayang dekat dapur, dan bila dia berkata demikian mama tak boleh nak buat apa. Memang mama taknak dapur tu jadi tunggang terbalik. Tapi sekarang?
”Nak mama tolong tak?” masih ragu-ragu.
”Ma.. orang dah duoplohpat tahun ni ma. Dah layak mengundi dah pun. Sara tak perlukan adult supervision. Don’t worry.” Ujar Sara sambil mencapai mangkuk. “Sara janji dapur mama ni jadi seperti sedia ada lepas Sara guna. Serius.” Bersungguh Sara. Mama angkat bahu. Dah, kalau macam itu. Hari ini, mama goyang kaki tengok MasterChef je lah dekat depan tv. Mama berjalan keluar sebelum dia berhenti dan berpaling ke arah Sara.
“Jangan terkejut pula, ada cicak mati terkejut.” Mama senyum sinis. Sara tayang muka penuh persoalan.
“Dah kenapa, cicak nak mati terkejut pulak, ma?” soalnya garu kepala.
“Cicak terkejutlah, anak mama ni masuk dapur tiba-tiba. Selalunya dia nampak muka mama je...” ujar mama selamba. Sara ketap bibir. Haih, sempat menyindir ye ma. Cicak nak terkejut pun, terkejutlah. Kalau mati pun dah ajal. Ni mati terkejut ni, ada serangan jantung ke apa?
”Tak apa lah maaa.. at least kurang sikit populasi cicak kat rumah ni bila Sara masuk dapur.” gumam Sara rendah dan mama sudah pun selesa duduk di sofa sambil menonton tv.
Okey, set. Telur dan gula kastor dah ada. Esen vanila, cuka dan tepung jagung pun dah siap sedia. Nota tutorial Shasha dia lekatkan pada meja sebagai rujukan. Tali apron diikat rapi. Masa untuk beraksi sudah tiba. Bismillah.
Usai mengasingkan antara putih telur dan kuning telur, putih telur itu kemudian Sara pukul menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Tips yang diberi Shasha kalau nak mudah asingkan putih dengan kuning telur ni, kena guna telur yang disimpan dalam peti ais. Katanya, lagi senang nak buat kalau telur sejuk. Tapi, kena ingat, bila nak digunakan, putih telur kenalah dalam suhu bilik. Juga, kena pastikan masa nak asingkan tu jangan ada langsung kuning telur termasuk dalam putih telur. Lagi afdhal macam itu. Sara menurutkan saja apa yang dipelajarinya. Selepas memukul putih telur sampai adunan jadi soft peak form bak kata Shasha, dan Sara ingat lagi macam mana rupanya, kemudian tukar kelajuan hand mixer tu jadi tinggi sambil masukkan gula. Sudu demi sudu. Sara hanya gunakan ¾ cawan gula saja sepatutnya satu cawan. Nak kurangkan tahap kemanisan. Selalu, dia makan pavlova rasanya manis, mahu jadi diabetik. Disebabkan kali ini dia yang buat, maka dia kurangkan gula dalam makanan, banyakkan gula dalam senyuman. Haaa gitu. Amalan gaya hidup sihat.
Lama-lama adunan yang dipukul dengan kelajuan tinggi itu akan bertukar menjadi putih berkilat. Bak kata Shasha, kalau diangkat akan keluar tanduk. Ha, kau mau tak terkejut. Tanduk? Celah mana kan? Sara pun angkat, tak ada tanduk pun. Belum tumbuh lagi agaknya. Sara menyambung lagi memukul adunan selama 3 minit. Lepas 3 minit tu, baru nampak tanduknya. Maknanya, meringue dah jadi. Yeay yeay! Disebabkan semalam dah buat ulangkaji pavlova ni, sempatlah juga Sara telefon Shasha apa yang bertanduk tu? Bertanduk tu namanya kalau terbalikkan meringue, ia tak jatuh dari bekas. Kiranya, menjadi lah ni kan? Ke nak test terbalikkan atas kepala? Ada bran? Tak apa, kita cuba kat atas kepala Abang Hakim lagi seronokkan? Tak seronok lah cuba dekat kepala sendiri, tak kreatif langsung. Kepala Sara pula dah tumbuh tanduk mahu mengenakan abang Hakim.
Kemudian, Sara capai botol esen vanilla, setengah sudu teh dan pukul lagi sampai sebati. Selepas itu, masukkan tepung jagung dan cuka. Gaul dengan senduk kayu. Jangan pula, kau pegi ambil senduk gulai yang mama masak semalam. Tak pasal-pasal pavlova berperisa gulai ayam pula hendaknya nanti yang jadi. Lepas tu, letak baking paper atas baking tray dan bentukkan meringue mengikut bulatan.
Bakar pada suhu 150 darjah celcius. Dalam masa 15 minit, turunkan suhu kepada 140 darjah. Masak selama satu jam. Pavlova hendaklah dimasak dengan api yang sederhana panas. Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi cokelat muda. Bila dipegang terasa garing diluar dan lembut di dalam. Tutup api dan biarkan pintu oven terbuka sedikit. Jangan keluarkan meringue terus dari oven, tunggu sehingga sejuk dahulu.
Untuk bahagian hiasan, Sara dah mula memukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Apabila, whipping cream itu kental, masukkan dalam plastik dan picitkan whipped cream. Sara dah berhati-hati memicit keluar whipped cream dari plastik itu. Kemudian, dia mula menghias dengan strawberry dan buah kiwi yang sudah siap dipotongnya tadi.
Ta-da!
Ni kalau ambil gambar masuk Instagram ini boleh bikin panas ni. Memang dah jadi trend sekarang agaknya, kena ambil gambar makanan. Sara mengeluarkan iPhone selesai dia membersihkan tangan tadi. Dalam masa 15 saat, gambar Pavlova dihiasi dengan strawberry dan buah kiwi berjaya dimuat turun di laman Instagram. Sara senyum tanda puas hati.
”Ha. Dah berapa banyak cicak yang terkorban?” suara mama menjengah ke telinga. Sara tayang muka tak puas hati. Tak habis-habis nak perli orang lah mama ni. Ish.
*
Aku harap dapur mak kau tak terbalik, Sara ooi :P 
Saraaaaaa bak datang pavlova! Pos lah kat aku sini :(
Dah boleh kawin dah ni.. untunglaaaaaah
Serius ah kau buat ni? Ke kau beli kat kedai. Kehkehkeh
Komen-komen kawannya mengenai pavlova yang baru saha dibuatnya tadi berjaya buat Sara gelak sorang-sorang. Pencapaian terbaru kot. Rasa boleh bangga diri kejap lah sebab berjaya buat apa yang dia hajatkan sempena cuti semester ni. Haha, makanya hari ini pavlova checked! Esok, hmm esok nak buat apa? Sara dah ketuk-ketuk perlahan pensil ke dagu. Kek? Ke brownies? Hmm.
            ”Sara!” suara mama dari dapur buat Sara tersentak. Segera dia ke dapur mendapatkan mama. Mama tengah sibuk memotong pavlova dengan berhai-hati kemudia di masukkan ke dalam tupperware ungu. Sara angkat kening. Mama nak kasi orang ke macam mana ni? Aduhai. Ala, kalau tak sedap macam mana?
            “Mama nak bagi siapa ni?”
            “Bagi cik Leha.” Cik Leha mana pulak. Tak pernah dengar pun nama cik Leha sebelum ni.
            “Dia duduk selang 2 buah rumah kita ni...” sambung mama sambil menutup bekas tupperware itu. “Ma.. kalau tak sedap buat malu je.” Sara dah risau. Ini percubaan kali pertama ni. Tak patut bagi jiran rasa. Tak patut sangat. Malulah, kalau tak sedap. “Mama dah rasa. Sedap je. Okey, just nice. Mama bergerak memegang tupperware kemudian menghulurkannya kepada Sara. Tupperware bertukar tangan. Dahi Sara berkerut, ni mama nak bodek ke pujian tulus ikhlas ni ? Sara garu kepala.
            Sara akur apabila mama memandangnya macam nak terkam bila dia hanya tercegat disitu. Dimindanya memproses nama cik Leha. Tak pernah pula rasanya dia mendengar nama cik Leha selama ni. Jiran baru kot. Ye lah tu. Dia pun dah lama tak balik rumah. Mana lah tahu serba serbi jiran tetangga kat sini. Sara capai selendang hitam di ampaian kain lalu dililit-lilitnya ke kepala. Hoodie merah disarung ke badan. Nak kata hari hujan tak juga. Biarlah. Hoodie pun hoodie lah malas nak tukar baju lengan panjang. Sekejap je pun. Berbekalkan tupperware ungu di tangan kiri, Sara menyarung crocs di kaki kemudian melangkah keluar rumah.
            Selang dua buah rumah. Kakinya berjalan perlahan.
            Okey. Satu. Kakinya berjalan lagi.
            Dua. Ha, dah nak sampai. Kakinya berhenti apabila sampai ke rumah yang dikiranya selang dua buah rumah dari rumahnya. Dia nampak dua biji kereta. Satu kereta Honda Civic hitam. Lagi satu kereta kancil kuning. Rarenya spesies kancil kuning ni. Sara tarik senyum, matanya tertumpu saja pada kereta kancil itu. Amboi, usyar kemain lagi kan? Loceng rumah tersebut dia tekan. Sekali. Tak ada jawapan. Kali kedua dia tekan lagi, disusuli dengan salam. ”Assalamualaikum. Cik Lehaaaaaa...” tak ada jawapan. Kereta ada, tuannya pergi mana pulak ni? Sara tengok selak pintu pagar tak berkunci. Dia buka pintu pagar dan kemudian berjalan menuju ke pintu rumah. Malaysia ni dah lah panas, mahu berjeruk aku ni ha. Dengan berhoodie bagai. Sara geleng kepala. Mana makcik Leha ni?
            ”Assalamualaikum.... cik Lehaaaaaaa..” mendayu-dayu suara Sara memberi salam. Jangan sampai aku bersyair gurindam memberi salam kat cik Leha ni kang.  Tangan dah mengelap peluh di dahi. Aduhai. Tiba-tiba pintu kayu dibuka perlahan. Sara buat muka tak beriak. Di depannya, nak kata makcik Leha jauh sekali. Dah ternyata di depannya ni lelaki. Lelaki dengan janggut sejemput, bercermin mata. Berbaju t-shirt Beatles, mana dia dapat? Nak! Dan berseluar trek, kaki seluar tu dah berlipat ke paras bawah lutut. Rambut, haih berserabut macam baru bangun tidur.
            ”Ibu, solat. Sekejap ye.” suara lelaki itu memecah ke awkward an tadi dan kemudian dia beredar. Pintu itu dibiarkan terbuka. Phew. Akhirnya, terbuka juga pintu kayu ni. Sara dah bersandar pada dinding. Kenapa? Kenapa dia macam seseorang? Seorang yang dah lama tak dengar khabar berita. Sara geleng kepala, dah kenapa mengimbau kenangan lama.  Selang seminit lelaki itu datang semula. Dia memandang Sara, atas bawah. Pandangannya jatuh pada bekas tupperware yang dipegang Sara. Oh, ada bekal.
            “Ibu tanya. Siapa nama eh?” soal lelaki itu.
            “Sara.” Lelaki itu mengerut dahi.
            “Nama penuh?” kali ini kening lelaki itu terjungkit sedikit.
            ”Sara Delaila.” Ada efek ke kalau beritahu nama penuh pun. Mungkin kalau beritahu nama mama, kenal lah kot. Kita cuba.
”Sara. Anak makcik Jamilah.” Senada Sara menjawab. Aduhai. Mama, tak telefon cik Leha ke tadi cakap yang Sara nak kasi pavlova kat rumah dia? Huwaa.
            “Oh. Makcik Jamilah.” Dia mengagguk gaya macam kenal mama je. Hmm. Ye ke? Ke lakonan semata. Kemudian, lelaki itu meninggalkan Sara, mungkin mendapatkan ibunya.
            ”Kejap, ibu datang. Jemputlah masuk ibu suruh.” Lelaki itu dah buat aksi pelayan restoran menjemput masuk. Malasnya. Taknak. Nak balik! Sara lekas geleng. ”Janganlah malu. Kat luar tu panas. Awak siap berhoodie ni, rumah turun salji ke? Sejuk eh kat rumah, awak?” amboi, bang. Perli nampak. Sara ketap bibir. Lelaki tu dah sengih meleret leret.
            ”Eh. Tak pe. Mana ada panas. Sejuk je ni.” Sara layankan dengan gaya lakonan seakan-akan di kutub utara. Cebik. Mana cik Leha ni? “Awak..” Sara memanggil lelaki itu. “Ibu awak macam sibuk je. Tak pelah macam itu. Nah, ada bekal sikit.” Sara hulur tupperware. Tolonglah sambut, aku dah kepanasan dah ni. Berpeluh-peluh dah badan disaluti hoodie ni.
            “Saraaaaa...” suara perempuan yang tiba-tiba menjengah ke telinga buat Sara terkaku sekejap. Oh ini makcik Leha rupanya. Sara menyambut salam makcik Leha. Gaya makcik Leha macam dah lama tak jumpa Sara, padahal ini kali pertama ye lah siap peluk cium pipi lagi ni ha. Sara ikutkan aje.
            “Ni. Ada pavlova sikit.” Sara hulur tupperware dan kini tupperware berada di tangan cik Leha. Cik Leha membuka penutup tupperware.
            “Nampak sedap. Sara buat ke?” soal makcik Leha. Sara sekadar senyum, angguk.
            “Macam beli kat kedai jeeee..” macam nak kena pelempang bisu jeeee... entah suara makhluk jahat mana datang agaknya. Yang pasti makhluk tu mesti lelaki tadi, tiba-tiba muncul di belakang makcik Leha. Ingat dah hilang dah. Sara buat muka. Cari nahas betul. Bukan kenal aku pun, tapi nak cari pasal. Serius tak ada kerja.
            ”Adab, Yusuf. Adab.” makcik Leha menegur perangai anaknya. Sara senyum mengejek. Lelaki itu tak berubah riak. Ha, padan muka kena marah dengan ibu. Kah kah kah. Dah tua bangka perangai macam budak tadika.
            ”Pavlova ni khas untuk makcik Leha sekeluarga. Sara balik dulu ye.” Ini namanya membodek makcik Leha merangkap tanda terima kasih kerana memarahi anaknya tadi.
            *
            ”Berapa ekor dah cicak mati terkejut kat dapur sejak Sara jejak maa?” tanya Hakim sengaja ditinggikan suara supaya mama dapat mendengar. Abang dengan mama sama je. Papa juga yang baik tak sakat Sara. Mama dah hilang dari dapur.
            ”Nanti orang hidang cicak mati baru tau.” Mata Sara dijegilkan ke Hakim. Mengada betul. Betul-betul orang kasi kang, trauma. Baru tahu! Cuba bagi pembakar semangat sikit, orang dah rajin turun ke dapur ni tau. Itu pun sebab ada kesedaran sendiri. Bertuah punya abang, tak bagi semangat langsung, membahan aje kerja.
            “Mana Sara belajar buat pavlova ni?” soal Hakim sambil mengambil sepotong pavlova masuk ke piring yang di capainya tadi. Sara duduk di bangku. “Orang ambil kursus tambahan kat kolej la bang.” Selamba Sara menutur, banyak pula masa dia nak datang kursus memasak kat kolej, kerja dekat wad tu pun tak siap. Ada hati kan? Tangannya memegang garfu dan menguis sedikit pavlova dari piring Hakim.
            “Eh. Mengada betul. Pergi ambil sendiri lah.”  Hakim menyiku Sara perlahan. Sara juling mata. Alah. Ada aku kisah pula kan. Sara buat-buat tak dengar.
            “Sedap tak?”
            “Hmm… bolehlah.” Hakim mengetuk jari.
            “Tak jawab soalan. Sedap ke tidak?”
            “Sedap gilaaaaa. Rasa macam kalau tak makan ni tak boleh nak hidup. Heaven.” Sara dah tergelak. Okey, respon tu boleh buat orang tidur tak lena lah macam ni, sebab orang puji kan? Sara sengih bangga.
            ”Suka lah tuuuu orang puji.” Hakim menyudu garfu yang berisi pavlova ke dalam mulut. ”Orang puji ni sebab terpaksa tau, kalau tak, muka Sara tu macam kera tak dapat bunga.” sambungnya lagi. Entah pepatah mana Hakim rembat pun dia tak pasti. Cis, puji tak ikhlas langsung.
            Mama masuk ke dapur. Sara dan Hakim dah berebut pavlova yang masih berbaki dalam piring tu, padahal banyak lagi pavlova. Yang dalam piring tu jugak nak direbutkannya pun.  ”Banyak lagi pavlova tu kan. Yang nak berebut tu dah kenapa?” Mama cekak pinggang memandang dua beradik.
            ”Makcik Leha baru telefon mama tadi.” Gulp. Sara telan air liur. Eh. Ha, ni mesti nak bagi ulasan pasal pavlova yang dia hantar tadi ni. Adakah anda bersedia mahu mendengarnya wahai Sara. “Cik Leha kata apa, Ma?” Eceh, bajet tenang je kan kau! Dalam hati, dupdap dupdap. Ha, nasib cik Leha tu bukan mak mertua kau kalau tak memang dah pengsan dah takat dengar berita dia nak bagi ulasan je pun.
            “Dia kata, Sara punya pavlova sedap. Tak manis sangat. Just nice. Kalau buat lagi, dia nak rasa lagi. Hantar lah ke rumah, katanya.”  haaa.. ini baru komen tulus ikhlas dari hati yang suci. Bukan macam abang, kerna terpaksa, kupujikan. Puihh. Sara dah senyum semerbak dah. Yeay. Berjaya! Jiran selang dua buah rumah kata sedap woi. Bukan kaum kerabat yang nak jaga hati ooi. Sara dah berjoget riang dalam hati. Hooray! Tak de hal lah, cik Leha, untukmu, kubuat jua. Berbunga-bunga lah hati tu.
            *
            ”Dia tak habis belajar lagi eh, bu?” tanya Yusuf sambil mengeluarkan pavlova yang disimpan di dalam peti sejuk. ’Dia’ yang dirujuk tu, tidak lain dan tidak bukan semestinya perempuan yang datang ke rumah petang tadi. Dia buka penutup tupperware dan mengamati pavlova di dalam bekas itu. Cantik! Nampak sedap. Yusuf senyum sambil geleng kepala mengingatkan kejadian petang tadi. Tak ubah langsung. Dengan berhati-hati Yusuf mengeluarkan pavlova itu dan masukkan ke dalam piring. Satu untuk dirinya, satu untuk ibu. Ibu sedang duduk di meja makan sambil menghirup jus oren yang disediakan.
            ”Seingat ibu, makcik Jamilah kata dia dah nak habis. Tahun akhir dah kot.” ujar ibu. Yusuf datang ke meja makan. Sepiring pavlova ditolak kepada ibu, satu lagi dia hidangkan untuk diri sendiri. Tak sabar nak rasa. Luaran dah nampak sedap dimakan, tapi selagi tak ngap, selagi tu tak boleh nak cakap keputusan keseluruhan.
            Dengan menggunakan tangan saja, Yusuf mengangkat pavlova itu dan masukkan ke dalam mulutnya. Perlahan dia mengunyah. Ambil feel lah kot. ”Sedap.” katanya yang mulut masih mengunyah pavlova yang berbaki sambil mengangguk-angguk. Kemudian, dia menunjukkan ibu jari tanda ’best’. Ibu hanya gelak kecil melihat perilaku anaknya itu. Bukan senang si Yusuf nak puji makanan, budak ni dah lah cerewet. Lagi-lagi benda yang manis-manis macam ni, kek dan sebagainya.
            “Sara kenal kamu lagi tak, Yusuf?” Hampir terbelahak Yusuf dibuatnya bila ibu menanyakan soalan tersebut. Dia menepuk-nepuk dada sambil meneguk air masak. Yusuf angkat bahu. Kenal? Entah. Lupa dah kot.
            ”Entah lah, bu. Dah lama sangat. Mungkin dia dah lupa kot.” kalau ikut pertemuan tadi. Sara macam dah tak ingat dia, mungkin sebab muka berubah kot. Mana ada. Sama je. Bertambah tampan lagi kacak ada lah. Takkan dia tak perasan? Betullah, Sara dah lupa kot. Lagipun, dah lama.
            *
            Setelah 2 hari merehatkan diri. Bajet penat sangat je buat pavlova itu hari sampai kena berehat selama 2 hari kan? Mengada lebih namanya tu. Mama buat permintaan, eh kejap, mama buat permintaan ke cik Leha yang buat permintaan menerusi mama? Ah, tak kisahlah, janji perkhidmatan aku diperlukan. Hoyeah, nampak sangat aku ada bakat dalam bidang ni. Hehe.
 Kali ni, makcik Leha buat permintaan sempena hari jadi Yusuf. Kata, makcik Leha, hari jadi Yusuf, Jumaat ni. Makcik Leha bagi kepercayaan kat aku untuk pilih mana-mana kek yang aku rasa selesa untuk buat untuk dijadikan hadiah hari jadi kepada Yusuf. ”Nanti, cik Leha bayar upah kamu ye?” pujuk makcik Leha. Beriya. Sara pun ikut saja, taknak hampakan peminat tegar pavlova nya itu. Untuk makcik Leha, lautan adunan creamcheese sanggup ku pukuli.
Sara menatap kalendar yang tergantung di bilik. Hari ini dah hari Selasa. Ada lagi 3 hari. Hari Jumaat, 4 Julai. Sara menanda bulat tarikh tersebut dengan menggunakan pen marker. 4 Julai? Kenapa sama birthday dengan... Sara tepuk dahi. Kenapa sejak dua menjak ni asyik teringatkan dia je? Sara hempas badan ke atas katil. Fikirannya tak habis lagi memikirkan perkara yang sejak dua menjak ni asyik berputar saja di mindanya. Sejak dia pergi ke rumah makcik Leha itu hari, dan sejak lelaki itu mengingatkan dia pada seseorang, atau mungkin dia saja yang banyak fikir. Lama tak jumpa mungkin. Rindu? Entah. Tak tahu. Malas nak ambil tahu. Apa-apa je lah. Bantal didaratkan ke muka. Jangan kata, Yusuf tu sebenarnya Adli. Tapi. Nama Adli pun sebenarnya Yusuf Adli kan? Grrr. Bantal yang tadinya dimuka di campak ke tepi. Tak boleh jadi. Kebetulan je kot. Nama sama, tarikh lahir sama. Kebetulan. Kebetulan.
Sara ingat lagi kali terakhir dia berjumpa dengan Adli. Itu zaman sekolah menengah. Akhir tingkatan berapa dia tak pasti, yang dia tahu, Adli ada mengirim beberapa emel. Emel yang buat dia tergamam, tak boleh nak kata apa. Emel yang suatu ketika dulu pernah Adli hantar:

Naik tahun baru nanti, aku pindah sekolah.  Dah tak dapat jumpa kau. Jangan lupa rindu aku! Aku sayang kau, Sara :) kalau ada jodoh, kita jumpa lagi.

Selepas itu, Sara sendiri tak dengar khabar berita dari Adli. Emel itu dibiarkan tak berbalas. Apa yang perlu dibalas. Yang dia tahu, Adli dah tak ada. Entah kemana dia pergi pun tak diberitahu. Lukman, Zairi dan Shah pun tak cakap apa-apa. Seingatnya, dia menjalani hari-hari selepas itu seperti biasa, tiada sakatan Adli yang menghiasi hari-harinya lagi. Cepatnya masa berlalu, tahu-tahu masing-masing dah bawa diri melanjutkan pelajaran ke serata negara dan dunia. Dila tersangkut di Tasmania, Zairi pula di Cairo katanya nak jadi doktor gigi. Manakala Shah ada di UiTM Shah Alam. Lukman dah terpisah sejak dia berpindah sekolah awal SPM dulu. Adli? Entah. Senyap macam itu, sehinggalah hari dia datang ke rumah cik Leha dan semua kenangan itu datang bertimpa-timpa semula.
            Apa yang lagi mengukuhkan yang Yusuf itu Adli adalah apabila dia terserempak dengan Kak Lisa semasa hendak membeli bahan-bahan kek yang bakal dibuatnya nanti. Masa itu dia sedang mencari creamcheese, dek kerana sibuk meneliti senarai barang ikut main suka aje dia menolak troli. Tahu-tahu dah berlanggar dengan troli orang. Tak lain tak bukan, troli Kak Lisa. Terkejut juga dibuatnya. Dah lama tak jumpa Kak Lisa, tapi masih ingat raut wajah comel dan cun Kak Lisa. Nampak lain barangkali, lebih matang dari zaman sekolah dulu.
            Nak dijadikan cerita rancak mereka berborak. Kini, Kak Lisa bekerja di Johor Bharu, tetapi sekarang dia ada urusan di Shah Alam, sebab itu dia singgah sekejap di sini. “Rumah Kak Lisa dekat mana?” saja ditanya. “Seksyen 13. Sara?” dia telan airliur. Seksyen 13? “Eh sama.” Ujar Sara sedikit gugup, tangannya mencapai satu paket creamcheese. Kalaulah, kak Lisa duduk dekat Presint 13, maknanya, teori dia selama ini betullah?
            “Adli..?” lambat-lambat Sara mengajukan soalan tersebut. Takut. Entah tak tahulah apa yang nak ditakutkan. Tanya je pun. Chill lah Sara.
            ”Oh, dia outstation. Ibu kata, Jumaat dia balik.” Sara angguk, patut tak nampak kereta.
            ”Jadiii, memang selama ni Adli ada dekat sini lah? Shah Alam. Kat rumah?” bertubi-tubi soalan ditanya. Lisa mengangguk untuk setiap persoalan itu. Memang, sejak Adli tamat pengajian di Uniten dia terus dapat panggilan kerja. Tempat kerja pun dekat Shah Alam, maka tak jadi masalah pun nak duduk di rumah. Rasa nak pengsan ada jugak. Tapi mana boleh buat drama depan orang ramai. Ke rasa geram tak puas hati dengan Adli. Bukan nak tegur kawan pun. Nak perkenalkan diri pun tidak. Menyakitkan hati aje adalah bila dia terkenangkan ayat jahat itu hari. Atau, Adli dah lupa kan dia, sebenarnya? Andaian demi andaian bermain difikiran.
            *
            Jumaat. Seperti yang dijanjikan untuk cik Leha, Sara akan buat kek sempena hari jadi Yusuf. Eh Adli. Ah, siapa-siapa punya hari jadi lah. Bahan-bahan semua dah dibeli semalam. Sara ingat mahu buat kek pelangi. Kengkonon, ’takkan pelangi bercahaya sebelum hujan’. Merepek sangat ni. Eceh, tak payah nak berpuitis sangatlah kan, Sara. Tak ada kena mengena langsung punlah. Tak ada maknanya, kalau kau menaruh hati lagi pada si Adli tu, eh Yusuf. Ha, silap haribulan dia dah ada calon, kau menangis makan kek jelah jawabnya.
            Demi cik Leha, kuturutkan jua. Untunglah cik Leha kalau bermenantukan aku. Sara fikir sendiri. Eh. Puji diri sendiri maknanya ni. Naik lif tekan sendiri gamaknya. Tapi, kalau dah tak tekan sendiri jawabnya tak bergeraklah lif ni. Kan? Nampak tak logik kat situ? Melainkan ada orang lain yang dalam lif tu. Hmm. Okey, mengarut dah ni.
            Sempat jugalah Sara termenung, kadang-kadang berfikir jauh sampai ke kutub selatan sana. Tangannya masih bekerja menyapu adunan topping yang mengandungi cream cheese, gula dan butter yang telah dipukul hingga kembang. Dengan penuh cermat, Sara meletakkan satu persatu lapisan diselangi dengan sapuan adunan topping supaya ia melekat antara satu lapisan dengan lapisan yang lain. Empat lapisan dibuatnya, ungu, hijau, oren dan kuning. Selesai itu, dia salutkan adunan tadi keseluruh kek tersebut. Kemudian, ikut suka hati macam mana nak hias kek. Macam-macam cara ada, bagi Sara, dia mahu menggunakan sprinkle beads aje. Simple. Tak complicated. Complicated lah juga, sebab guna sprinkle beads nak di eja, ‘Happy birthday, Yusuf.’ Tak ke nak tergeliat jari-jari ni nak kawal, kot terlajak sikit dah tak lawa. Tak apa, demi cik Leha. Eh ke demi Yusuf Adli? Tak. Tak. Demi ibu dia, bukan dia. Entah dia ingat lagi aku ke tak kan? Bersemangat waja Sara menyambung semula kerja.
            Sesudah menyiapkan kek pelangi hasil nukilan indah oleh Sara, dia meminta mama supaya menelefon cik Leha agar cik Leha bersiap sedia dirumah. Orang nak buat delivery special ni. Hehe. Dengan kotak berlipat ala-ala dah boleh buat kedai bakery lagaknya, Sara memasukkan kek tersebut ke dalam kotak. Kad hari jadi dia lekatkan atas kotak itu. Mama kata cik Leha tak angkat telefon. Sara menjeling jam dinding. Hm, tak apalah pergi jelah kat rumah dia. Memang sepatutnya dia hantar waktu macam ni, cik Leha tidur kot.
            Butang loceng ditekannya sekali. Dua kali. Tiada respon. Dia duduk sekejap di tebing longkang. Bangun, tekan lagi. Kosong. Bunyi kereta yang tadinya jauh semakin dekat. Sara menoleh. Kereta kancil kuning. Ha sudah. Dah balik lah pulak mamat ni. Mana nak nyorok. Kot sempat aku sembunyi dalam longkang ni eh. Tak, tak sempat sebab mamat tu dah keluar dari kereta.
            “Buat apa tepi longkang tu? Cari anak kucing ke ?"  soal Yusuf melihatkan Sara yang asyik sangat memandang longkang dari tadi, tak ada apa yang menariknya pun longkang tu nak dibandingkan dengan diri dia yang lagi kacak bergaya disukai ramai ni. Eh eh ? haha. Sara diam. Senyap. Kaku, macam tiang. Kalah tiang pun ada jugak nampak gayanya ni. Yusuf membuka selak pintu pagar rumah.
             “Awak... tolong pegang pintu pagar kejap. Nanti angin tiup.” Suruh Yusuf sementara itu, dia masuk ke dalam ruang kereta. Sara  menurutkan saja. Diam lagi. Suara itu, suara yang dah lama dia tak dengar. Ton suara itu. Senyum.
            “Baru balik kerja?” Sara memberanikan diri bersuara, padahal dari tadi macam ada perbalahan dengan diri sendiri sama ada nak cakap atau tak. Akhirnya terpacul juga soalan dari mulut.
            “Oh.” Yusuf memandang Sara yang dah berdiri berdekatan dengan pintu gril. Dia menutup pintu kereta. “Ha’ah.” Kunci rumah dikeluarkan dari beg sandang. “Kali ni, awak bawak apa pula tu?” Yusuf memuncungkan mulut ke arah kotak yang dijinjing Sara. Kunci gril dimasukkan ke dalam lubang. Klik! Kini pintu kayu pula.
            “Kek.” Sepatah.
            “Oh.”
            “Rajinnyaaaa diaaaaa...” Sambung Yusuf lagi. See the leg lah bro. 
            “Awak ambil double degree seni kulinari eh? Ingat belajar bedah orang je kerja.” melebar senyum Yusuf. Ha, mula lah tu. “Orang belajar ikut youtube okeyyy.” Ada nada riak disitu ye Sara, memang riak! Apa ingat budak medic tak reti baking ke? Cis. Salah tanggapanmu itu. Salah sama sekali. Pintu kayu dibuka. Ruang tamu kosong.
            ”Kejap, saya tengok ibu.” Sara mengangguk. Dia kemudian duduk di buaian dekat laman. Kotak yang berisi kek diletak di atas riba. Kepala menengadah memandang langit. Sesekali tersenyum. Lain. Dah segak dah dia sekarang, segak sampai dah lupa orang. Hmphh. Sara tarik cebik. Bagai kacang lupakan kulit sungguh. Oh mak! Terkejut dia, apabila buaian tu bergegar secara tiba-tiba. Yusuf dah geli hati melihat reaksi Sara. Ni mesti angkara dia ni, bertuah betul anak cik Leha ni. Haih, pancit tayar tu kang. Macam tak ada efek je kalau pancit tayar sebab mesti dia guna kereta Honda sebelah itu. Hmm. “Ibu tidur. Penat kot.” Patutlah, telefon tak berangkat tidur rupanya makcik Leha.
            “Ni ibu awak pesan.” Kotak kek bertukar tangan.
            “Sejak bila pandai buat kek ni?”
            “Sejak rasa diri ni dah cukup dewasa.” Selamba.
            “Awak buat kek ni nak ambil hati ibu saya ke macam mana ni?” Yusuf cuba ayat provokasi. Kita tengok apa rekasi Sara.
            ”Ambil hati?” tak faham. Cuba beri pencerahan sikit, agak kelam disini.
            ”Yelaaaah, haritu hantar pavlova, harini hantar kek pula. Macam nak ambil hati ibu jadi calon menantu je.” sengih nakal jelas terpancar di muka Yusuf. Sara ketap bibir. Ambil hati? ”Buat apa nak ambil hati? Saya ada hati sendiri lah.” Balas Sara. Ah, lantaklah. Tak logik pun tak logiklah. Peduli apa!
            “Ke awak nak pikat anak teruna diaaa..?” kali ni, rasanya muka tu dah macam pakai blusher secara tiba-tiba. Banyak pula masa dia nak memikat anak teruna dia yang... yang.. ish geramnyaaaa. Tak pe, tak pe. Nak cari pasal ye. Jom!
            ”Awak nak kata saya nak pikat awak lah ni ye?” naik turun kening Sara.
            “Ke awak yang dah terpikat dengan pavlova saya haritu tu?” sengaja Sara mengajukan soalan tu. Ha, hambik kau. Jawab, jawab.
            Senyap 5 saat.
            “Boleh jadi, saya dah jatuh cinta rasa pertama dengan pavlova awak tu.” Ha, ni pengakuan berani mati boleh buat tidur tak basah, makan tak lena, mandi tak kenyang. Ha, kan dah tunggang terbalik. Sara terdiam, menunggu lagi apa yang bakal diperkatakan Yusuf.
            “Tapiii... jatuh cinta dengan awak ni dah berkali-kali agaknya.” Selamba. Muka tak ada riak. Entah betul ke tak apa yang dia cakap tu. Dia sedar ke tak pun, Sara tak pasti.
            “Eleh, bodek! Pffh.” jelir lidah. Buat tak kisah. Ingat orang cairlah? Okey, cairlah sikit. Tapi bukan sampai tahap lebur lah. “Macamlah saya ni tak kenal awak, Yusuf Adli!” Gumam Sara rendah, tanpa sedar ayat itu dapat didengari Yusuf.
            “Awak kenal lagi saya?” soal Yusuf masih tak beriak.
            “Yelah, saya je yang kenal. Awak tu.. dah lupa kawan agaknya."  Ada nada berunsur merajuk disitu. Harap maklum. Yusuf tarik senyum, bila pulak saya kata saya lupa awak, Sara ?
            Makin dilayan, makin menjadi-jadi si Yusuf Adli ni agaknya, hm. Baik balik rumah. "Dah, tepi ! Saya nak balik rumah." Yusuf mengelak ketepi memberi laluan untuk Sara beredar.
            Sebelum Sara beredar, "Oh lupa. Selamat hari jadi, Yusuf Adli. Semoga panjang, umur murah rezeki." ucap Sara satu nafas. "Tambah lagi satu wish." pinta Yusuf. Sara mengerut dahi. "Moga cepat bertemu jodoh." sambung Yusuf laju. Cet!  "Itu awak doa dalam solat banyak-banyak yeee.." balas Sara. Suruh orang wish pula. Tak nak ! Tak hingin. Bluek ! "Jangan buka kotak kek ni tau. Ni ibu awak punya, jangan suka hati nak mengintai apa ada dalam tu." pesan Sara tegas, bukan boleh kira mamat ni. Silap haribulan, tak jadi surprise pula. Tapi, kalau si Yusuf pandai agak, mungkin dia dah tahu apa isi kandungan kotak ni pun. So, hmm. Apa-apalah, janji cik Leha yang rasmi dulu ! Kemudian, Sara keluar dari perkarangan rumah.
            “Saraaa!” laungan Yusuf membuatkan langkah Sara terhenti automatik.
            ”Awak tak nak tanya kenapa kereta saya ni warna kuning?” tanya Yusuf sambil mengerling ke arah kereta kancil kuning miliknya itu.
            ”Dah terang-terang sebab awak ni pelik orangnya.” Suka hati Sara membalas. Yelah, tu pelik. Kalau tak pelik, saja nak cari perhatian. Kalau MyVi kuning tu boleh lah tahan, ni kancil. Janggal. Lain macam, tak sesuai.
            ”Salah.”
            ”Dah tu?”
            ”Sebab kuning, buat saya selalu ingat kat awak.” dan baris ayat tu buat Sara cair. Takat lebur dah tercapai. Ting ting ting. Kaki diayun laju, apa yang dia tahu dia nak buka skype. Skype dengan Dila, sekarang juga. Sekarang! Dilaaaa weeeyyyyy!
            *
            Sejak dari hari itu, Sara menghabiskan masa di dapur, mencuba pelbagai resepi. Kalau semalam, buat brownies. Hari ni, dia buat cookies pula. Semakin hari semakin rajin nampaknya. Bak kata Hakim, dah makin kurang populasi cicak, terima kasih Sara! Adikku dah berbakti di rumah ni. Tetapi, kali ni, dia dah lama tak singgah ke rumah cik Leha, yang dia tahu, mama ada beritahunya bahawa kek pelangi sempena hari jadi Yusuf hari itu, memang sedap kata cik Leha. Dan dia berterima kasih banyak-banyak sangat kepada Sara sebab sudi buat kek pelangi. Lawa dan cantik. Yusuf pun suka. Baguslah! Sara menolak pelawaan cik Leha yang mahu memberi upah kepadanya, Sara cakap tak apa, dia tolong ikhlas. Seronok, bila orang hargai hasil kerja kita, sampai tak rasa beban pun. Ke sebab, eh tak. Tak. Taklah!
            Teringat kisah sewaktu dia skype dengan Dila.
            Dila! Dila!
            Kau dah kenapa panggil nama aku macam kena histeria ni?
            Weyyyyyyy...
 Lek lek. Asal? Talk to me, baby.
            Aku jumpa Adli.
            Adli? Adli mana? Aku kenal ke?
            Dilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
            Eh cop. Adli? Adli !? Yusuf Adli ? Serius lah, lubuk mana kau jumpa dia tu ?
            Takdelah lubuk mana, selang 2 buah rumah aku je pun.
            Pergh, berjiran dah dia sekarang. Menarik!
            Menarik kepala kau!
            Dah tuuuuu? Kuat betul jodoh korang ye? Dah ku agak.
Jodoh? Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. Ayat dalam emel Adli dulu. Jadi kenyataan. Ish, kebetulan sangat ni.
            Haritu mengada masuk bilik Abang Hakim. Sengaja cari pasal. Dah lama tak lepak atas katil baring-baring dalam bilik Hakim. Hakim pandang pelik. Adik aku ni dah kenapa? Ada masalah lah tu agaknya, nak minta pendapat orang agaknya.
            “What seems to be bothering you?” soal Hakim setelah senyap selama 5 minit. Buku ditutup, dia melabuhkan diri bersebelahan Sara, kaki disila. Mukanya penuh dengan tanda tanya.
            “Muka Sara nampak ada masalah ke?”
            ”Cepat. Bagitahu.” Suruh Hakim kekonon tegas lah.
            ”Tak ada apalah.” serba salah pula nak buat perkongsian hati ke hati dengan abang. Abang kot! Mahu kena gelak! Taknak ah.
            ”Ni kenapa? Ada orang masuk meminang Sara ke?” saja Hakim mengusik. Terbuntang mata Sara mendengar kenyataan abangnya itu. Hesy, orang muda lagi! Abang tu yang wajib kena pinang dulu. Eh, cop abang dah jadi tunangan orang dah pun. Dengan kak Meen yang comel lagi brutal.
            “Cepaaaaatlaaaaaa...” Hakim merayu. Merengek.
            “Apa yang abang tahu pasal jodoh?” umum sangat soalan itu, tapi membolehkan Hakim berfikir sejenak. Jodoh.
            “Kalau jodoh tak ke mana.” Hakim tarik senyum.
            ”Ni petik kata-kata hikmah dari novel mana ni?” ternaik sedikit kening Sara. Hakim sekadar gelak. Dah dewasa dah Sara sampai boleh nak bincang pasal hati dan perasaan dengan dia.
            ”Betullah, kalau jodoh tak ke mana. Jodoh tu kan dah tertulis. Mana kita lari pun kat dunia ni, kalau jodoh awak dengan orang tu, memang dengan dia lah awak akhirnya. Mana boleh aci main langkah. Awak lari lah lubuk mana pun, nanti end up dengan dia jugak. Antara cepat dengan lambat je soalnya. Kalau lambat, mungkin awak tak sedia lagi. Semua berlaku tu ada baiknya, kena selalu bersangka baik dengan apa yang berlaku, faham?” panjang lebar Hakim bagi ceramah dalam bilik. Sara angguk faham.
            “Abang Hakim dengan Kak Meen tu?” Sara ingin tahu sambil hadiahkan senyum paling ikhlas. Please abang cerita, please.
            “Oh. Itu jodoh depan mata. Tak nampak-nampak lagi, sama-sama buta agaknya. Orang lain yang kena bantu.” ujar Hakim diakhiri dengan ketawa teringatkan kisah dia dengan Meen. Sara turut gelak apabila Hakim mula bercerita kisah dia dengan Meen, dan malam berlalu pergi tanpa disedari.
            *
            Hari ini mama masak Asam Pedas Ikan Tenggiri. Yummy yum. Dengan red velvet cupcake sebagai pencuci mulut disediakan khas oleh Chef Sara. Sara dah lentok lentokkan badannya ke kiri dan kanan, penat berdiri lama, dari tadi di dapur. Selepas siap dengan cupcake, tolong mama dengan asam pedas. Hui, kecur air liur dek sebab baunya je pun. Belum, rasa lagi. Fuuh. Fuhh.
            “Mama, buat lebih ni. Sara nanti hantar dekat cik Leha.” Sara ternganga. Rumah cik Leha? Ala, maaaa.
            ”Apa kata, mama yang hantar kat makcik Leha. Sara hantar kat rumah makcik-makcik yang lain. Boleh?” mama pandang Sara pelik. Dah kenapa? Merajuk dengan makcik Leha ke apa budak ni? Kenapa pula nak merajuk kan?
            ”Please, maaa. At least, Sara boleh kenal jiran mama yang lain. Please. Please.” Bersungguh Sara memujuk. Haih, taknak dah pergi rumah makcik Leha, nanti jumpa dengan Yusuf lagi. Malu? Entah. Tak tahulah perasaan apa ni, tapi kalau boleh taknak pergi. Seganlah woi. Buat pengakuan macam tu. Patutnya, dia lah segan, dah kenapa aku pulak yang segan. Oh, mungkin aku perempuan. Ye. Betul juga teori aku ni. Mama bersetuju dengan permintaan Sara. Sara tarik senyum lega. Phew.
            Penat juga mencari rumah makcik Seri dengan makcik Latifah. Rumahnya hujung bukit sana, sempatlah nak exercise sambil menikmati keindahan alam. Ecewah. Jam dinding dah berkali-kali Sara usyar. Mama tak balik-balik lagi dari rumah makcik Leha. Hm, borak lah tu agaknya. Remote control di tekan berulang kali mencari siaran yang menarik. Hampeh. Tak ada apa yang menarik pun. Sara bangun dari sofa terus naik ke biliknya tingkat atas. Lagi 5 hari semester akhir nak bermula. Lepas ni, lagi bertambah sibuk.
            Malam itu, selepas membasuh pinggan kotor di singki mama buat persidangan terbesar di dapur. Di hadiri oleh Sara, Hakim dengan mama. Papa? Papa dah layan berita dekat depan.
            ”Ada orang merisik kamu, tadi.” Senada mama membuka mulut. Nasib tak terpelanting pinggan yang baru sahaja Sara mahu letak ke rak pinggan. Merisik? Mestilah merisik Sara, takkan orang merisik Abang pula. Eh, tapi mana tahu kan? Moden kot sekarang. Anything can happen. Sara berlagak tenang.
            ”Sara, mama cakap dengan kamu ni.” okey, memang sah mama tengah cakap dengan dirinya. Abang Hakim dah tersengih sorang-sorang sambil menikmat cupcake. ”Oh.” sepatah Sara jawab. ”Mama cakap apa?” disambungnya lagi sambil mencapai kain tuala lap meja. Ha, layan lap meja kejap lah. Padahal dah gelabah tahap gaban dah ni nak tunggu jawapan dari mama.
            ”Mama cakap okey. Lagipun Sara bukan ada calon lagi kan?” wah, sporting sangat mama ni. Okey? Green light terus. Serius lah! Dulu bukan main liat lagi, sekarang? Ini perkara baik ke tak baik. Sara sendiri kurang pasti. ”Mana mama tau Sara tak ada calon.” saja Sara memberontak. Memang tak ada calon pun. Pffh.
”Hari tu, mama tanya, kamu kata tak ada. ”
”Amar?” ha, Amar!
”Kamu cakap, Amar dah bertunang.” Heh, itu alasan ma. Taknak mama tanya lebih-lebih, lagipun memang Amar dah ada orang pun. Lepastu, mama nak buat skandal Amar dengan Sara memang tak lah! Sebab tu, Sara cakap, Amar dah bertunang, kasi slow down sikit spekulasi mama tu.
Sara senyap. “Mama kata boleh bertunang, tapi kalau kahwin, tunggu Sara habis belajar dulu.” Mama sambung mukadimah. Tunang? Tunang? Whaaaaat in the world? Nak gelak kan diri sendiri boleh? Hahahahahaha.
“Lagi pun memang mama berkenan pun dengan anak makcik Leha tu.” Anak makcik Leha. Yusuf? Yusuf Adli?! Ni macam mimpi jadi kenyataan ke macam mana ni? Ke aku tengah mimpi? Kalau mimpi, sat cuba jatuh. Eh, tak tersentak bangun dari tidur pun, kiranya realitilah ni. Kejap. Kejap. Ni patut lompat bintang gembira riang ria ke nak watlekwatpis? Bawak bertenang, bawak bertenang.  
“Mama bukan kenal dia pun.” Naik berkilat Sara mengelap meja.
”Eh, mama kenal lah. Kalau abang atau papa pergi outstation dia yang tolong mama beli barang, tau.” amboi, ni kes mengenang budi lah ni? Fine, ma. Fine.
”Lagipun, dia dah kerja. Dah ada duit sendiri. Ada masa depan.” memang menepati citarasa mama betul hendaknya. Sara ingat lagi, kalau isu ni terbangkit, dari dulu lagi mama pesan, mama nak menantu doktor tak pun engineer. Ha, kemain demand mama kan? Sara buat tak dengar. Malas nak ambil pusing. Ada jodoh, ada. Tak ada, lantak pi lah. Bersungguh jugalah mama berhujah promote Yusuf. Untunglah, ada orang back up. Pffh.
“Hmm..” itu saja yang mampu Sara luahkan. Ececeh, dalam hati macam ada bunga api meletup letup. Hahaha. Pandai berlakon ehhh.
”Jadi, Sara setuju lah?” mama cari kepastian. Sara diam.
“Ma, kalau orang diam maknanya setuju.” suara Hakim tiba-tiba mencelah, serentak dengan itu melayang kain lap meja ke muka Hakim. Hambik! Menyibuk betul.
“Yusuf minta izin nak bawa Sara jalan-jalan, weekend ni.” Mama tak habis lagi dengan berita mengejut dia. Hah, penatlah macam ni. Pulak dah, nak bawak jalan-jalan. Ha? Ala. Ala. Macam mana? Apa nak cakap. Nanti diam seribu bahasa. Taknak! Ahhh. Dah lama kot tak berinteraksi, nanti jadi macam tunggul.
“Woot woot, orang tu dating lah weekend ni.” Giat Hakim menyakat. Mama dah piat telinga Hakim. “Jangan nak seronok sangat menyakat Sara. Hakim teman Yusuf dengan Sara jalan-jalan weekend ni.” mahu Sara gelak guling-guling. Alahai, comel lah mama ni, kasi abang jadi supervisor budak-baru-nak-belajar-dating. Hahahha. Padan muka abang Hakim.
”Ala, maaaa.. dorang dah besar lah. Takkan Hakim nak ikut dorang.” Hakim dah merungut, tak puas hati dengan cadangan mama. Takpernah dibuat orang, abang ikut adik pergi dating. Pebendeeeeeeeeeee? Tapi mana boleh lawan cakap mama, nanti jadi anak derhaka. Haha. Nasib kaulah, Hakim ooi. Best juga tengok abang kena dera macam ni. Hhihihii.
Sara pandang siling. Lama-lama dia mengukir senyuman. Ini serius ke? Atau main-main? Seriuslah kot. Ya. Serius. Aaaaahhh, okey tipulah kalau cakap tak suka. Sukalah, sukaaaa! Aaaaaa... tapi tak diekspresikan je tadi. Ngee. Hati dah munge-munge bak kata Dila tadi. Sengau akibat selesema. Kesian. Hati tak berhenti ada bunga api, makin rancak pulak letupan bunga api dalam hati ni. Alahaaaiii...
Tret tret tret. Bergegar iPhone Sara. Dia capai telefon pintar itu dan terus baca mesej yang baru masuk. Kemudian, Sara meleret senyum sampai ke telinga. Penangan mesej punya pasal.

Hai Sara :) jumpa awak dengan Abang Hakim awak, weekend ni. Hahahahahaha xD Goodnight! - Yusuf Adli -

Hahahaha, hai awak, goodnight jugak (:  [Sara]