Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

24 July 2011

DSLR 3

“Luna!” jerit Aina apabila nampak Luna tengah berjalan menuju ke tempat letak keretanya. Luna berpaling ke belakang. Aina dah mula mendekatinya. Ini masa untuk buat merajuk. Yes! Kot rezeki murah, Aina dapat belanja makan ke? Who knows. Ehehe.

“Luna, kau marah aku ke?” ujar Aina apabila sampai ke tempat Luna berdiri. Luna geleng.

“Dah tuh? Semalam aku call kau, tak angkat pun.” Luna hanya jongket bahu. Eh eh.. main silent treatmen pulak si Luna ni. Tahulah dia salah semalam.

“Sorry lah pasal semalam.” Kata Aina. Dia buat muka kesian. Luna masih tak bersuara.

“I seriously want to apologize to whatever I said yang buat kan kau terasa. Sorry lah weh. Aku tak sengaja pun…” bersungguh Aina meminta maaf. Dia kelip-kelip mata minta simpati. Luna diam lagi.

“Okay, I make it up to you, nak aku belanja makan apa ni?” YES! Pertanyaan yang Luna nantikan waktu Aina buka mulut sejak dari tadi.

“Secret Recipe jom! Aku nak makan banyak-banyak!!!” Mata Luna dah bersinar-sinar. Aina geleng kepala. Chet, nak suruh aku belanja makan rupanya baru boleh bercakap. Apa-apa jelah cik Luna oooi…

*
“So? Nak pergi blind date?” soal Aina sebaik sahaja menghirup secawan kopi.

Luna angkat kening. “Ngehh??”

“Kata nak cari boyfriend to be kan? Aku nak tolong ni…”

“Ohhhh…” Luna menyedut jus epal kasturi yang tinggal separuh.

“Nak? Tak nak? Bagitahulah. Kalau tak nak aku cancel dengan orang-orang yang dah aku cari tuh.” Beritahu Aina.

“Ngehhh? Orang..orang? kau dah jumpa? As in you actually find them?”

Aina geleng. “Aku mintak tolong kawan akulah, dia kerja tempat agensi cari jodoh.” Luna mengangguk faham. Terharu pun ada jugak.

“Wahhhhh… baiknya kauu.!” Puji Luna.

“See… betapa baiknya kawan kau si Aina ni.” Aina dah mula angkat bakul sendiri. Well, actually dia rasa bersalah dengan apa yang dia terlepas cakap semalam. So in order to make things better, baik tolong si Luna ni cari boyfriend to be dia kan? Bukan susah pun, nak lagi ada kawan yang kerja kat tempat macam tu. Memang petik jari laah.

“You’re the best laaa” Luna angkat thumbs up.

“Soooooo??? Nak tak nak Cik Luna?”

“Nak nak..” Luna angguk. Aina senyum. Awesome. So what to do next?

“Nanti kita pergi shopping okay?” Haha. Aina si shopaholic.

“Haaaa… nak beli apa lagi cik Aina Marzuki oooi?” ujar Luna seakan memerli. Dia sengih. Tinggal baju pergi main ais ski je si Aina ni belum beli.

“Hello… do some shopping for you lah my dear. Bukan aku. I’m broke lah.”

“Ngehhh?”

“Tak payah nak ngeh sangatlah kan?”

“Tapi apasal aku pulak?”

“Pergi blind date kena pakai appropriate, lawa-lawa cik Luna Insyirah. Nanti blind date kau jugak yang berambus tengok kau pakai ala kadar je. Kena jaga standard kaum wanita.” Haha, dah gaya macam image consultant pulak Aina ni. Bersemangat sangat ni.

“Kenapa aku rasa kau pulak yang bersemangat ni?”

“Mestilah. For the first time I’ll be seeing you with make-up on, no plaid checkered shirts, no pants… jeans yang dah faded. No sneakers. You’ll be wearing a very lady like outfit. Mana nak dapat versi kau macam tu Luna… susah tau.”

“This is like a life-time opportunity tau,” tambah Aina lagi.

“That was way over the top and you were exaggerating.”

“Well that’s Aina Marzuki for sure, kan?” dan Luna hanya gelak apabila mendengar Aina mengiyakan statement nya.

*
“Woi, kenapa muka macam hilang anak je kau nih?” Dafi tepuk bahu Bad yang tengah termenung dekat meja makan. Dafi gapai epal hijau dan akhirnya landing dekat sofa depan tv.

“Errr… aa… haishh..” Bad garu kepala. Macam mana ni? Kamera DSLR yang terletak atas meja ditenungnya. Macam ada bagi ilham je. Nak suruh Dafi tolong tak?

Dafi pandang Bad. “Setahu aku lah, kawan-kawan aku dalam rumah ni tak ada yang gagap. Ni sejak bila menghidap penyakit susah nak cakap ni?” perli Dafi. Dia mengunyah epal hijau.

Bad bangun. Dia duduk sebelah Dafi. Bad sengih minta kesian. Dafi dah pelik. Ni sejak bila Bad pandai buat muka kesian dekat aku ni.

“Kau ni kenapa Bad? Ada masalah ke? Cuba cerita sikit, kot aku boleh tolong.” Dafi gigit lagi buah epal hijau. Bad sengih penuh makna. Well, since he said, ‘kot dia boleh tolong.’ Ni masa yang amat sesuai.

“Betul kau nak tolong?” bersinar-sinar mata Bad.

“Eh? Yang kau beriya nak suruh aku tolong ni kenapa? Setakat tolong tenaga boleh lah kot, kalau nak pinjam duit, tak boleh lah bro, aku pun setakat apa je..”

“Tu lah kau, mak ayah kaya raya, ada company sendiri tak nak kerja dengan diorang. Nak kata kau ni tak bijak. Pandai! Lulusan luar Negara, pegang ijazah architecture. Yang kauu…” eh eh si Bad ni, tak pernah lagi aku bagi dia lesen mengata aku depan depan ni…

“Dah dah dahh.. tak payah kau nak kritik aku depan-depan. Apa cerita? Cakap je lah..” ujar Dafi ingin tahu.

“Serius kau nak tolong?”

“Haa”

“Serius? Betul ni?” Bad minta kepastian.

“Tak lah dua rius.. hadoi..Ye lah. Aku tengah baik hati ni.” kang aku ubah fikiran, ada yang menangis tak de sound karang.

“Syiokk! Macam ni…” Bad tunjuk thumbs up.

*

Aina ambil baju blouse, skirt panjang, seluar, dan apa saja pakaian yang dia nampak depan mata. Luna yang ada di belakangnya hanya menadah tangan, memegang pakaian yang diambil Aina untuk dicubanya.

“What else?” fikir Aina.

“Weyyy, sabar lah dulu. Tangan aku ni ada dua je.” Kata Luna bila tangannya dah penuh dengan baju-baju. Aina senyum tayang gigi. Ooops, excited sangat. Sorry babe!

Ingat Luna ni apa? Sotong kurita macam cerita little mermaid tu? Tidak sama sekali.

“Sorry sorry, haaa kau pergi try yang ni dulu.” Aina lead the way menuju ke fitting room. Luna masuk.

5 minit kemudian,

Luna dah terpacak. Aina pandang atas bawah. Blouse lengan panjang warna kuning sakit mata dengan skirt bawah lutut polka dot ungu putih. Haih. Macam badut pulak dia tengok.

“No. tukar lagi.” Suruh Aina. Luna redha.

Selang 5 minit, Luna buka pintu.

Aina geleng kepala. Tak kena!

Tak lawa!

Tak sesuai!

Luna dah naik letih main tukar-tukar baju ni. Payah!

“Cuba try yang ni.” Aina bagi sepasang baju sekali dengan seluar.

“Aina, aku ni bukan nak pergi temu duga lah,” kata Luna bila nampak pakaian formal macam nak pergi office.

“Pakai je lah.”

5 minit kemudian,

“Tolong lah cakap okay. Aku dah malas nak tukar baju ni,” Luna tutup muka. Aina dah tepuk tangan.

“Wah wahhh… cun nya kau pakai baju macam ni, cuba tengok!” Aina tarik Luna pergi depan cermin. Luna mengalihkan telapak tangannya dari muka.

“Macam eksekutif lah.. cuba tanggal spek.” Luna ikut perintah Aina. Aina pula menanggalkan pengikat rambut Luna. Rambut Luna terurai.

“Waaaaaa… Luna. Kauuu… lawa!” Luna pandang Aina disebelahnya. Tang mana yang lawa aku pun tak berapa nak tahu. Tapi terima kasihlah sebab puji. Bukan senang.

“Without specs, kau nampak less nerdy. Serius aku tak pernah nampak kau without specs. Wah wah selama ni kau sembunyi kau punya kecantikan guna specs ehh?” Luna diam. Si Aina ni pujian berbesen besen ni. semangat sangat.! Dah bertahun-tahun dia pakai specs. Nak kata rabun, memang rabun, tapi tak ada lah teruk sangat. Entah kenapa rasa keperluan nak pakai cermin mata.

“So next, jom cari kedai cermin mata, buat contact lense.” Aina tarik lengan Luna.

“Aku pergi blind date pakai baju ni? Tak ada yang casual ke?” mengalahkan kerja dekat office pakai baju macam ni.

“Tapi kau nampak gila elegan dohhh..ermmm.. takpe-takpe beli dualah. Satu yang ni lagi satu yang casual punya okay. Dah cepat pergi tukar!” arah Aina gaya Sarjan Saji.

“Ha? Tukar lagi?” Aina angguk.

Ah menyesal pulak tanya.!

*
Tugas Aina harini jadi Mak Andam Luna. Nasib baik lah dia ni reti bab-bab pakai make up ni. Luna dah siap-siap pesan kat Aina,

“Jangan buat muka aku macam opera Cina sudah.”

“Yes, bos!”

“Dan aku tak nak macam muka budak-budak punk, emo. Celak semedang.”

“Yes, bos!”

“Buat just nice okay?”

“Yes bos!”

“Jangan over tau. Nanti orang pandang aku lain macam. Segan aku…”

“Dah dah. Aku tahulahh…”

Dan mulalah operasinya, mewarna muka Luna. Heee ^^. Best jugak buat kerja tanpa gaji macam ni. Aina tengok jam dinding. Banyak lagi masa.

Temu janji tu dalam pukul 2. sempat lagi nak meng-touch-up si Luna ni.

1 comment:

Anonymous said...

best dude! Seyes! suke cara writing ni. nmpk fresh! Hehe... smbung ag keyh :)