Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

03 August 2009

Train_WrecK <16>

“Kenapa semua lagu jiwang nih.??” Sara rasa geli geleman.

“Tau tak pe.” Adli setuju.

“Probably a thank you please…!” Dila perli. Adli dan Sara tak buat reaksi apa-apa. Senarai lagu tu sangat jiwang!!!!!!

“Sape yang letak lagu seiring dan sejalan nih?” Adli soal. Sara pun nak tau sape yang suggest lagu ni.

“Aku.” Zairi angkat tangan. Adli geleng kepala. Sejak bila mamat ni jadi peminat lagu dulu-dulu zaman mak bapak aku muda-muda?

“Come on la.. ni zaman dahulu kala.” Sara tambah.

“Setuju.” Adli kenyit. Yeah, she’s right.

“Alaaa.. mesti comel je kalau korang bawak.” Dila senyum seindah suria.

“Seiring dan sejalan.. seindah bunga di taman.. bak burung nan megah.. kanda ku puja bahagia kita berduaa…” Zairi berduet dengan Syah. Gaya macam real. Siap berdrama lagi. Yang lain gelak tengok gelagat diorang.

“Haaa.. korang nyanyi part dinda, kanda tu.. alaa.. come on la have fun!!!” Dila menyuruh.

“Cop..cop..ni zaman masuk istana balik ke pakai panggil dinda kanda. Mak aiihh.. dinda, kanda..adoyaaii..” Lukman terus gelak.

“Kanda Kudiinnn…… oh Kanda Kudin!” Nada suara Sara mengada-ngada, saja dibuat. Sara gelak terbahak-bahak. Yang lain gelak je dengar nama Kudin di sebut. HAHAHAHA.

“KUDIN??? HAHAHAHA!!!” Syah gelak tekan perut. Lukman gelak hentak-hentak meja. Zairi gelak sampai nak semput. Dila gelak macam nak menangis.

Adli dah merah muka digelak habis-habisan. Tak pe. Mana target sasaran aku? Yup. SARA!

“Having fun eh?” Adli soal penuh sarkastik. Deraian tawa mula reda.

“Daah la tuhh.. nak pecah perut aku gelak. Start la part dinda kanda tu..” arah Dila mengesat air mata keluar akibat gelak bagai nak rak.

“Ok. OK. Ready ready.. in 1 2 3 go!”

“Ehem..ehem.. part aku kan. Dinda dulu kan?” Adli nak pastikan. Zairi angguk. Adli nak tergelak. Kanda? HUH.

“Kuningg…” Adli ikut rentak melodi verse tuh..

“Kudinn..” Sara follow.

“Burung pun turut menyanyi…” Zairi dan Syah jadi backup yang sambung lagu..

“Sakit..” Adli nyanyi masih ikut irama.

“Hati…” Sara sambung ikut tone.

“Dan cinta mula bersemi.. lalalalalalalalala..” Anak sapa la nih.

“What did you just call me?” Sara rasa macam ada benda tadi dia dengar. Adli buat dek.

“It wasn’t Dinda was it?” Sara soal macam CSI.

“Nope.”

“Apa kau panggil aku tadi?” Tanya Sara lagi.

“Kuning.” Sepatah Adli jawab.

“Kenapa kuning?”

“Sebab aku suka warna kuning.”

“Yeah right.” Sara tarik muka.

“Kuning apa? Kuning langsat huh?” Sara soal lagi.

“Kuning telur?” Lukman bersuara. Adli geleng.

“Kuning sawo matang?” Zairi cakap. Adli geleng.

“Air kuning?” Geleng lagi. Salah.

“Kuning apa??” Syah nak tau.

“Cepatlah, kuning apa?” Dila juga ingin tahu.

“Kuning Kulat!”

dengan itu Adli gelak besar diiringi dengan gelak tawa Lukman, Zairi, Syah dan Dila. Naik bergema bilik muzik.

Kenapa Sara rasa macam ringan je tangan nak baling kasut kat Adli. Jap, tak cukup kasut nak baling dekat Lukman Zairi Syah dan Dila!!!! URGH.

Sara si Kuning Kulat! Apakah?

***
Sorang Kudin Kurap. Sorang Kuning Kulat. Apa lagi?

Petang tu, Sara dan Adli kena stay back. Hari ni, esok, lusa, lepas tu tara, show time. Nak tak nak kena stay back. Takkan nak malukan diri sendiri atas pentas. Nak kena baling dengan tomato? Nak kena BOO?

“Hey, Kuning!” Nama Sara rasa macam dah kena twist jadi Kuning. Dan semua sebab Adli!
Sara pusing belakang.

“Bilik muzik dah kena tutup. Cikgu Faiza dah balik rumah. Kena cari tempat lain la nak practice.” Adli bagitau. BILIK MUZIK ada air-cond!! Kenapa tutup. DAMMIT!

“Balai Putra?” Adli cadang.

“Taknak. Panas. Ada kipas. Tapi tak de suis.” Balas Sara.

“Taman Tun Hussein?”

“Depan office sekolah. Nak kena marah ke?”

“Library?”

“Nak kena halau macam pendatang tanpa izin ke?”

“Tepi padang? Ada angin! Ok?” Adli angkat kening banyak kali. Try pujuk.

“Fine.” Asal ada pengudaraan ok saja sih.

***
“Lama tunggu?” Adli muncul. Sara dah duduk bersila menghadap padang sekolah. Ada budak main bola sepak. KOKO.

“Adalah lebih kurang 7 minit 23. 7 saat,” Sara meneliti jamnya. Apa yang disebut tadi langsung pakai cakap je.

Adli ambil posisi duduk. Sara keluarkan senarai lagu. Banyak lagu dah kena scratch. HAHA. Tolak mentah-mentah. Semua yang jiwang karat lebih, romantic teramat semua kena cancel.

“Sangat jiwang..” Sara cakap tengok lagu-lagu yang kawan-kawannya bagi.

“Karat..” Adli sambung. Sara gelak. Jiwang karat. Sesekali rasa macam dah penat cari lagu.

“Kau rasa kita dapat jumpa lagu kita?” Sara cakap. Raut muka macam dah give up. Tired actually.

“Relax.. mesti ada punya.” Ujar Adli.

“Aku tak nak yang lovey-dovey..” Sara bagitau.

“Aku tau.. aku pun tak nak. Geli seyhh..” Sara gelak dengar Adli cakap.

“Mostly lagu duet lagu lovey-dovey.”

“Yep,tapi kita boleh cari yang kurang lovey-dovey. English song would be ok. Not so obvious kan?,” Adli kata.

“Right. Check out the lyrics first. Jangan ada perkataan pelik-pelik sudah. Most important, it’s sweet and simple.” Sara senyum pandang ke langit.

“Sweet and simple. Cool!” Adli setuju.

“Kau tak de show ke, Din?” Sara mula bersuara.

“Show? Maksud kau show nyanyi nyanyi?” Sara angguk.

“Ayah aku kata, nak kurangkan sket show aku. Yelah, next year nak SPM. Tapi this upcoming school holidays ada lah jugak event. Lepas gian lah katakan, hehe.” Adli bagi penjelasan.

“Kau nak jadi penyanyi forever?”

“Tak kot.”

“Habis kenapa kau jadi penyanyi?”

“Sebab suara aku best? HAHA”

“Dah mula dah…”

“Hey, nah ambik towel kau ni balik. Lupa nak bagi balik. Terasa macam buat harta sendiri pulak. HAHA.” Adli seluk poket.

“Kau dah basuh ke belum?” soal Sara. Dari rupa paras towel yang renyuk tu macam langsung tak dicuci.

“Oh belum. Hehe.”

“Kau simpan je lah… tak pun lepas basuh dengan softlan then baru kau pulang ok?” Sara ambik keputusan.
Adli angguk tanda setuju.

“So, school holiday kau pergi mana Kuning?” Adli Tanya. Kuning? HAHA. Sara terasa jadi BIG BIRD dalam Sesame Street pulak, yang warna kuning tu.

“Lepak kampong, kacau opah aku.” Sara senyum gembira. Lepak kampong best sebab opah melatah. Tak de hiburan, so latahkanlah opah. Mesti gelak tak berhenti-henti.

“Macam lawak je aku dengar.”

“Kadang-kadang kalau kita tak kacau pun dia melatah sendiri. Dengan kucing pun dia bantai latah. Dengan pinggan mangkuk pun taraa hal. Tulah sebab kalau nak cari entertainment kena pergi dapur tengok apa yang dia buat. Mesti lawak punyaaaaa..” Sara dah nak tergelak flashback video opah melatah. Yup siap buat video. Lepas tu gelak sakan dengan Kak Misha. Abang Hakim gelak sorang lah dekat UK. HAHA. Baik punya cucu.

Adli gelak dah boleh terbayangkan dah.

“Nama yang kau bagi aku tuh buat mak aku gelak sepanjang jalan semalam,” Adli continue borak. Sara ketawa. Sara memang berbakat dalam hal membina nama orang dalam kategori klasik. Kudin Kurap salah satunya.

“Mana kau dapat idea Kuning Kulat?” Sara tiba-tiba Tanya.

“Entah. Tiba-tiba je ilham datang. Sedap kan?” Adli senyum melebar. Ingat kau je pandai reka nama orang?

“Kalau Kenanga sedap jugak,” Sara kata. Adli geleng kepala rasa macam nak tergelak. Kenanga pulak dah.

“Ok apa. Kuning kulat. Boleh aku panggil kau Ninglat.” Ninglat? Ye, terasa macam hidup kat Siam sekejap.

“Ninglat?” Adli angguk.

“Macam lalat je aku dengar.”

***
“Malam ni online, nak bagi lagu Anastasia,” beritahu Adli yang dari tadi asyik fikir bait-bait lagu tu.

“Ok. Aku pun nak bagi lagu I Wanna Know You.”

“Kanda Kudin!!!!!!!!!!!!!!!!! Marilah Kanda! Mari pulang!” jerit seseorang dari belakang Adli. Sara nak tengok siapa nak buat drama klasik cerita raja petang-petang nih. Oh Kak Lisa yang baru lepas extra class SPM tengah berdiri + gelak. Ajak balik lah tuh.

“Kanda Kudin balik lah. Adinda Lisa tengah tunggu tu.” Sara cakap. Dah masuk drama klasik.

“Sejak bila Adinda Kuning tune in join team teater klasik nih?” ujar Adli angkat kening.

“Hello, I just go with the flow.”

“Pandai speaking mat salleh ye Kuning?” Adli soal dalam mood dahulul kala.

“Mestilah, Mat Salleh tu bapa angkat Kuning.” Selamba lah! Adli gelak. Lantak lah.

“Kudin!! Lekas lah,!” gesa Lisa yang masih dalam drama klasik.

“Yelah, kanda mau berangkat lah ni Adinda Kubis!!” Hambik kau kubis Adli bagi kat Lisa. Tulah buat promosi Teater Kanda Kudin depan public. Adli berjalan menuju ke Lisa.

OH TERINGAT RADIO KLASIK NASIONAL. Haha, tak semena-mena. :P

4 comments:

Anonymous said...

haha gila klasik ah
sgt menarik
hahaha

cutey_cat said...

adey.. mmg klakar. hahaha! mmg klasik.. ble nak ade adegan romantik budak dua ekor tue?? asyk t'sengih jer bace chapter nie..

keSENGALan teserlah.. said...

haha..seyes lawak..
cite nieh 60 percent sme with me..
form4,,fizik,that tiru meniru,,that ckgu ghazali aja math mode..nme sme tuh..ekekeekekee..
ske2..
lagu pe la dorang nk nyanyi nieh..
hehee..
comey2..smbung2..

Addi said...

keSENGALan teserlah: 60% perghh.. gila sangat kebetulan!!!! hoho.