“Adli jadi partner aku!” Sara inform Dila sebaik saja dapat tahu yang si Usop Sontorian tu rupenya Adli. Aiyoyo.
“Lek. Lek. Cikgu tukar orang ke?” Dila seems so don’t get it.
Sara duduk. Sara toleh ke Dila yang masih tak faham situasi.
“Tak. Adli tu Yusuf.”
“Adli ada nama samaran lain ke?”
“Tak.”
“Then?” Dila masih tak faham.
“Yusuf is Adli. Adli is Yusuf.” Dila tak buat reaksi. Penerangan Sara masih tidak membantu.
“Identity crisis ke?” Dila buat teori dalam hati. HAHA.
Sara cuba relax kan diri. Jangan gelabah. Rilek rilek. GILA. Mau tak terkejut kera, tup tup Sara dapat tau si Usop Sontorian tu Adli!!! Mind you Adli. Budak yang kejap jadi sweet gile kejap jadi sakit hati gile. Yeah. How that would feel!?
“Dila. Listen.” Sara suruh Dila dengar betul-betul.
Dila eager nak dengar.
“OK. Nama Adli ialah Yusuf Adli rite?”
“Ha ah.” Dila angguk. Selang beberapa saat..
“I see. Aku faham. Aku faham. Cikgu panggil dia Yusuf eh?”
Sara angguk. “Dammit.” Sara tunduk. Kepalanya di pegang.
“Lagu ape kau nak perform?” Dila tukar topic.
“Entah.”
“Lagu cuti-cuti Malaysia je kalau dah terdesak sangat,” Dila gurau diiringi tawa.
“HA HA. Lawak la tuh.” Sara masam.
“Chill la beb. It’s not that bad having Adli as a partner..” Dila kata.
“Aku tau.”
“Habis tu?” Dila hairan.
“Budak tu mental!”
Dila diam. Tunggu Sara sambung cerita.
“Even cikgu Faiza satu geng dengan dia. Dia dah rampas takhta aku di hati cikgu Faiza!!” nada suara Sara dah buat tanda amaran berjaga-jaga.
“Maksud kau, cikgu Faiza setuju je dengan apa yang Adli cakap? Pelik.” ujar Dila.
“Yes. And Yes, Weird!” Sara geram. Dila tau ni mesti ada lagi benda yang lagi dasat yang bakal Sara bagitau.
“So, apa the worst part of all?” Dila bagi umpan.
“He told Cikgu Faiza yang dia akan pergi rumah aku petang ni nak practice!!!!!!!!!!”
Tu memang the worst part of all. Tak suka!!! Sara berfikir panjang cari idea supaya Adli tak yah gi rumah Sara.
“Kau setuju ke?”
“Never!! Dah la suka hati gall bladder dia je nak pergi rumah aku. Aku tak bagi cadangan pun suruh dia pergi rumah aku for practice. Budak tu memang sengaja cari pasal.”
“Kau tak cakap TIDAAKKK ke ?? Tak negotiate ke dengan cikgu Faiza?”
“I was shocked. Kelu like sangat-sangat kelu lidah tak berkata apa2. Adli terus kata nak pergi rumah aku nak buat practice sengal dia tuh. then cikgu said ok setuju, great. yes. Lepas tu cikgu blah begitu saja. Kau tau kan cikgu faiza. Bila dah dia kata Ok. Mana boleh nak patah balik. Kena follow je lah.” Sara buat keterangan panjang lebar.
“I’m guessing he’ll be at your house this evening huh?” Dila angkat kening.
“I think so. Unless..” Sara senyum tiba-tiba.
***
“Ma, tak yah ambik Sara lah. Sara balik rumah naik bas. Ok. Thanks ma. Nanti balik Sara explain eh.” Sara letak ganggang telefon public sekolah.
“Kau biar betul?”
“Memang betul.”
“Kau pasti Adli takkan jadi pergi rumah kau kalau naik bas?”
“Mestilah. Hello, he’s a pop singer. Mana main naik bas. Jatuh standard la..” Yakin Sara cakap.
***
“Sara!” panggil Adli yang nampak Sara tengah berdiri depan gate sekolah.
“Jom pergi rumah engkau.” Semangat betul Adli.
“Eh. Sorry la bro. Mak aku tak dapat datang la. Kereta pancit.”
“Oooo.. so kau balik naik ape?”
“BAS!!” excited Sara bagitau. Konfiden gila yang Adli takkan pergi rumah Sara.
Wajah Adli berubah. Sara gumbira dalam hati. Plan berjaya. Oh yeah. Should I do a lil dance here! Victory!
“I see. Apa kau tunggu lagi?” Adli keluar dari gate sekolah.
“Wait a second. Kau nak ke mana?” Sara pelik.
“Rumah kau lah.”
“Hisshh… apa dah jadi ni.” Rungut Sara dalam hati. Segera dia menuju ke Adli.
“Apa?” Adli angkat kening.
“Kau gurau kan?” Sara nak sedapkan hatinya sendiri.
“Do I look like I’m joking around here?”
“No no no no. takkan lah kau nak naik bas?”
“Kenapa? salah?”
“For god’s sake lah. Kau kan pop singer. Star! bukan ke tak mainlah naik bas!” Sara bagi reason so that Adli tak yah ikut.
“Who cares?” Adli dah nak gerak pergi tempat tunggu bas yang agak jauh.
“Tak takut ke kalau-kalau jatuh popularity?” Sara cakap lagi.
“Tak.”
“Huh?? Nanti kau akan jadi the first pop star ever yang naik bas awam,” ujar Sara. Berharap sangat Adli tukar fikiran.
“Then, let’s break the record la.” Adli tak mengalah.
“Eh, bas selalu sesak. Ramai orang. Sempit sangat.”
“I can handle that.”
“Susah woo, nak dapat seat. Silap haribulan kau kena berdiri sepanjang perjalanan.”
“Tak kisah.”
“Aku takut kau pengsan je bila bau ketiak masam orang-orang dalam bas tuh,” Sara sengih panjang.
“Caring eh kau. Takut aku pengsan.” Adli gelak. Itu bukan point nye lah. Aku tak nak kau datang rumah aku lah mental ! rasa macam nak jerit!!
“Lambat seyh kalau tunggu bas. Mau berpeluh kau nanti. Kang nanti muka kau belang semacam.”
“Banyak cakap la kau ni, Sara. Aku report kat Cikgu Faiza karang.” Adli mengugut. Malas dengar Sara bebel. Dasar pengadu betul.
“Jalan nak ke bus top tu creepy jarang ada orang lalu lalang.”
“Aku tau,” Adli tipu.
“Tapi Adli…” Adli buat bodoh sahaja.
Sara mendengus. Kenapa plan tak menjadi!!!!??? DAMN. Sara ekori Adli dari belakang. Sara jalan sambil tunduk tengok warna jalan yang hitam. Rasa nak tolak je Adli ni dalam longkang besar kat tepi jalan tuh? Patut ke? Tak pun upah paparazzi buat artikel pasal Adli naik bas awam? Ok gak.
“Kalau aku tau dia nak ikut jugak no matter what. Baik tak payah naik bas.” Bebel Sara dalam hati.
Adli stop.
“Kenapa? Dah habis minyak ke?” ujar Sara turut berhenti di sebelah Adli.
“Kau lead the way la.” Suruh Adli.
“Gaya tadi macam jadi encik tour guide je. Serba tahu,” Sara perli. Sara mengetuai rombongan dua orang ke bus stop. Agak jauhlah jugak nak sampaikan ke bus stop. Tulah buat sekolah bukan depan jalan besar kan payah. Urgh.
Adli ikut. “Kenapa kau nak datang rumah aku?”
“Sebab nak practice.”
“Kenapa kau bagi cadangan tu dekat cikgu Faiza?”
“Sebab kau tak bagi cadangan kat cikgu.”
“Kenapa aku tak bagi cadangan?”
“Mana aku tau.” Adli jungkit bahu. Ada pulak Tanya aku.
“Urghh.”
“Lagipun aku nak menyusahkan hidup kau. Muwahahaha.” Adli gelak ‘evil’.
PANG. Tangan Sara hinggap di pipi Adli.
“Woi!” Adli petik jari depan muka Sara. Sara kelip mata. OH berangan rupanya. Nasib baik. Kalau tak naya lah.
“Apa?”
“Minah jenin ke?” Asyik beranagn je.
“Whatever.” Sara malas.
“Since kita kena perform same-same. So lets make it a lot easier.” Adli bagi idea.
“Deal.” Balas Sara setuju.
Senyap.
“Aku tak tau pun kau reti main gitar,” Adli start conversation.
“Takkan nak kecoh satu kampong kot. Lagipun aku seorang yang merendah diri. Tidak mahu menunjuk-nunjuk.” Sara bajet bangga.
Gerek minah ni.
“Lagu apa kau nak perform?” Sara nak tau.
“Lagu dikir barat mungkin. Ewa buleeeyy ewa buleee ewaa buleeyy teraju tigoo,” kata Adli siap buat gaya. Semangat!
“Masih lagi ada pelapis dikir barat rupanya kat Malaysia ni,” Sara cakap. Adli gelak.
“OK. Seriously. Aku tak tau lagu ape nak perform.” Sara risau.
“You’ll figure that out,” ujar Adli. Sara pandang langit.
“Sape perform dulu?” Sara angkat kening.
“Kau.”
“Aku?”
“Yelah.”
“Sape kata?”
“Aku kata.”
“Sape suruh?”
“Aku suruh.”
“Teori ape kau pakai?” Sara dah nak geram.
“Teori ladies first.” Dan air mineral diteguk Adli. Payah payah.
“Kenapa ada teori tuh?” Sara bengang.
“Don’t blame me.” Adli tunjuk gaya surrender.
***
“Tumpang lalu, tumpang lalu.” Pinta Adli yang sedang struggle nak keluar dari bas.
“Lalu..lalu..”
“Excuse me. Excuse me.. Squeeze me..”
Sara dah pun jejakkan kaki keluar dari bas. Tunggu Adli. He’s way back there. Sape suruh baik hati sangat ke belakang. HAHA. Kan dah susah nak keluar.
“Ni semua bangsa tutup telinga ke?” Tak de respon langsung bila orang mintak beri laluan. Adli bengang.
Sara masih menunggu. “Cepat lah Adli.” Jerit Sara. Adli nampak Sara yang dah ada kat tepi jalan.
Tiba-tiba bas dah nak jalan. Adli panic, gelabah. Apa yang dia patut buat. Tulah padah first time naik bas pastu bajet tau semua benda.
“Sara!!!! Asal bas ni jalan?? Woooi tolong laa…” Adli mintak tolong. Gaya macam nak dilepaskan dari penjara. Sara dah nak gelak tengok ekspresi muka Adli yang cuak tahap gaban. Ada possibility nak menangis. HOHO.
“Tekan loceng kat atas tu! Loceng..,tekan loceng!!!!”
“Locengg??” Adli raba raba kat atas. Oh ada satu butang symbol loceng. Dia tekan. Dan bas tu berhenti semula.
Adli turun dari bas. Sara dah tekan-tekan perut. Gelak punya pasal. Gaya Adli jerit mintak tolong tadi sangat lawak. Tak tahan.
Adli mengatur langkah ke arah Sara. Sara masih khusyuk bergelak ketawa.
“Oooi, bawak mengucap sket,” Adli sound.
“Syok tak tadi?” Diorang mula gerak ke rumah Sara.
“Nasib baik sempat turun. Kalau tak tau la aku kena hangkut pergi mana ntah.”
“Takpe. Still dalam Malaysia.” Sara gelak lagi.
“Kau nampak rumah banglo besar warna peach tu?” Sara tuding jari menunjukkan ke arah rumah banglo yang tersergam indah.
“Nampak. WHOA!” Adli speechless.
“Haa.. yang tu bukan rumah aku. Rumah aku belakang rumah tu,” Sara gelak lagi. Nampak sangat si Adli ingatkan tu rumah dia.
“Cet. Cinabeng.” Adli terpedaya.
“Mati-mati aku ingat rumah dia. KOYA.”
1 comment:
wakaka, gila best!
kesian si adli kena gelak nan si sara!
best. keep it up.
Post a Comment