Jadi Miss Car-Wash petang semalam. Memang sakit tangan, badan, tekak. Semua ada. Sakit tangan bab menggonyoh, menyental kekotoran yang ada dekat kereta Kembara cikgu HEM. Memang cikgu membekalkan kuantiti kotoran yang boleh dikatakan dahsyat lah. Macam baru berendam dalam Lumpur.
Sakit tekak sebab bertekak, tekik, tekuk dengan Adli. Teka-teki yang macam entah apa-apa. Especially yang ikan PUYU tu memang bengang lah kepala Sara. Dan sebab tu span Sara tercampak kat muka Adli. Terus senyap gelak. Ok. tu tak sengaja. Entah kenapa rasa macam ringan je tangan nak baling span tu kat Adli. Well, he deserves it kan? Buat penat lah orang pergi bukak kamus segala macam ikan. Ikan puyu jadi jawapan. Sengal. Sejak dari situ, Adli buat plan nak kena Sara. Baru even!!!
Bukan tu je.. diorang pun ambil kesempatan lepak beberapa minit dalam kereta cikgu setelah semua macam dah clear. Siap pasang air-cond, kaset, cd lagi tu.
“Lepak jom!” Adli mengajak.
“Kat mana?”
“Bawah tangga, join Makcik Katy.” Adli gelak.
“Banyaklah..” Sara geleng kepala. Makcik..makcik..
“Dalam kereta cikgu lah.. ada air-cond.. hehe..” Adli mengajak lagi.
“Air-cond! Allright. Aku nak duduk seat driver!!” Sara cop tempat. Adli frust. Dang. Lambat cop sape suruh.
“Kecoh. Aku dok belakang laahh.” Adli cakap.
“Haha. Jatuh standard duduk belakang.!” Sara kata.
Adli bagi kunci kereta kat Sara. Sara unlock kereta. Pintu depan dibukanya. Adli buka pintu belakang. Sara duduk di seat depan. Sara pegang stereng. Berangan nak drive kereta. Sara tekan butang air-cond. Angin air-cond keluar dari tempatnya. Udara sejuk. Nyaman.
“Kuatkanlah sikit air-cond tu..” Adli perintah.
“Apa ingat ni kereta bapak kau?” Sara sound.
“Ala selevel je..” Adli pujuk.
“Yelah. Sekejap je tau.”
“Ya ya.. thanks.” Adli duduk lepak kat belakang. Sara pusing level air-cond yang Adli minta.
“1, 2, 3, 4, 5.. KLIK” Sara slowkan balik air-cond.
“Sekejap sangat!!!” Adli pekik dari belakang.
“Kan aku kata sekejap. Sekejap lah tuh. Tak faham maksud sekejap eh?” Adli diam. Adli pergi kat ruang kosong di antara dua tempat duduk di hadapan.
“Eh, tengok lagu apa cikgu ada?” Adli tinjau-tinjau cd, kaset kalau ada cikgu letak.
“Eh, tengok ni! Gila evergreen cikgu! Layan lagu Broery Marantika..” Sara tunjuk kaset Broery Marantika yang dia cari kat tepi case pintu.
“Lagu Jeffry Din pun ada...” Adli sambung bila tengok ada kaset Jeffry Din.
“Perghh.. lagu dangdut pun cikgu dengar..” Adli dah gelak menganjing.
“Ni kalau cikgu buat show dangdut dengan Makcik Katy ni gila gempaklah. Macam goreng pisang panas.” Adli cakap lagi. Imagine how the event would have been dengan suara cikgu dan gelek dangdut makcik Katy. HAHA.
“Bagi diorang perform masa Teacher’s Day next year. For sure student tak de bunking punye.” Sara buat cadangan.
“Senang je Makcik Katy dapat publisiti,” Adli menambah. Habislah makcik Katy!!!
“So? Nak dengar lagu mana? Jeffry or Marantika? Dangdut?” Soal Sara.
“Aku nak……… pasang radio.” Adli tekan butang radio. Suka hati dia.
“Hot FM.”
“Era.”
“Klasik nasional.” Adli dan Sara gelak. Tak de makna lah diorang nak dengar lagu mendayu-dayu ni.
“Hitz.”
“Mix.”
“Sinar.” Pergh! (psstt. Aku tatau apa da jadi dgn abg aku sbb asal naik kereta dia, radio ni jadi ‘default radio’ dia. Abang aku jiwang kot mase tuh. Haha. Lupakan)
“Fly FM.” Lagu Viva La Vida by Coldplay bermain di corong radio. Layan..
“Buk, hantarin aku ke rumah sih.” Adli cakap slang Indon kat Sara. Alang-alang Sara duduk tempat driver saja nak menyakitkan hati dia.
“Apa aku ada gaya jadi driver ke?” Sara soal pandang belakang.
“Muka driver takde… muka supir tu jelas sekali dong..” Adli tak habis-habis. Dong- dong.. jadi donkey karang baru tau.
“Diam lah kau..” Sara raba-raba stereng. Adli tengok gelagat Sara.
“Pernah drive kereta?” Sara geleng.
“Nak?” Adli jadi batu api.
“Bila?”
“Sekarang lah.”
“Guna kereta ni?” Adli angguk. Ni kes tak sedar diri. Buat macam kereta sendiri. Boleh buat pantun!!!
Sara fikir lama… “Ok.” Oh. Tidak.
“Jangan tekan minyak ke brake ke. Rilek eh.” Adli lepas handbrake.
“Ok. masuk gear jalan.” Adli cakap.
“Yang mana?” Sara tanya.
“Yang ni?” Sara kata. Adli angguk walaupun tak nampak yang mana satu. Anggap betul je lah.
“Dah?” soal Adli.
“Yep.”
“Ok. tekan minyak. Slow-slow.” Suruh Adli. Sara tekan minyak.
“MAKKKKKKKKKK!!!” Sara jerit. Kereta pergi jalan kebelakang!!! Bukan ke depan!?
“Woiii !!!! Yang kau pergi reverse apasal??” Adli dah gubra rasa kereta berundur kebelakang.
“Nak buat macam mana?” Sara soal. Panic Attack!
“Tekan pedal yang sebelah minyak tu. Tekan brake cepat!!! Cepat!!!!! Cepat!!!!” Adli bagi arahan. Ada satu kereta kancil kat belakang. Kalau tak sempat tekan brake, mau melayang lah kereta kancil tu terbang akibat hentakan.
Sara tekan pedal brake sekuat yang mungkin. Bunyi daya geseran kedengaran. Fuuh nasib baik sempat berhenti. Sejengkal je lagi nak langgar kereta kancil kat belakang. Adli urut dada. Mau pendek umur macam ni.
“Kau ok?” soal Adli kat Sara.
“Aku ok.” Adli rehat kat seat. Adoyaii.
“Jom buat lagi!” Sara cakap.
“GILA!!!” Adli dah terbeliak mata.
“Alah. Rilek laa..” Sara dah masuk gear jalan yang kali ni betul!!! Adli cepat-cepat pakai seat belt. Masa ni lah nak ikut peraturan jalanraya bila dapat supir bak Sara ni. Doa mulakan perjalanan di bacanya.
Kereta meluncur laju ke depan. Dan Sara tekan brake serta merta supaya kereta kembali ke tempat asal. Rasa lega bila kereta dah berhenti. Cepat-cepat Adli unfasten the seatbelt.
“Dah..dah..aku nak keluar!” Adli buka pintu. Adli buat slide sebaik sahaja dia jejak kaki ke tanah. Gaya macam bersyukur sangat dapat keluar dari kereta tu.
“Eh kau ok?” Sara tanye sesudah keluar dari kereta. Tengok Adli yang menyangkung, menadah tangan.
“Aku sure aku tak nak naik bila kau drive. Gila mati mengejut lah.. dengan style kau brake tu.” Adli confess.
“Tak suruh pun kau naik nanti. On second thought, kalau ada emergency or anything ”
***
“Neng..!!!” ada orang jerit.
“Cucu siapa yang menjerit-jerit pagi-pagi buta datang sekolah ni?” Sara mengata empunya suara tu dalam hati. Kaki Sara masih berjalan ke blok.
“Neng!” suara tu menjerit lagi. Rasa macam dekat je.
“Neng!” Sara rasa macam nak toleh belakang tapi rasa macam berat je leher ni nak berpusing.
“Lantaklah. Nama aku bukan Neng pun.” Sara cakap diri-sendiri. Dia meneruskan perjalanan.
“Woi.” Terasa beg galas Sara ditarik ke belakang.
“HOI !” Sara laung. Siapa bagi permit main tarik-aku-ke-belakang pagi-pagi nak pergi sekolah ni?
“Orang panggil buat pekak je.” Adli cakap. Tangannya diletak ke sisi sesudah menarik beg galas Sara.
“Bukan buat pekak lah..” Adli spesies perosak-keamanan-pagiku.
“Oh. Dah pekak lah kiranya..” Adli buat teori sendiri.
“Aku tak kata pun aku pekak.”
“Aku tak kata pun yang kau kata kau pekak.” Adli jawab.
“Senyaplah. Ni siapa bagi permission pegang harta aku ni?” Sara belek beg galas. Ada apa-apa calar? Putus ke? Boleh dia ganti. Suka hati.
“Bukan kau ada letak signboard boleh pegang ke?” Adli angkat kening.
“Ada ke?” Sara beriya tengok beg galas dia.
“Mana ada.” Sara sambung.
“Oh. Tak de eh?.” Adli buat muka tak bersalah. Kelapa dia lah salah tengok! Kelapa? Wah, kalau ada air kelapa ni sedap kalau tuang kat kepala Adli ni.
“So?” Sara buat muka tanda-soal.
“Jadi?” Adli tanya balik. Apa dia buat translation ke?
“Kenapa anda menarik beg daku?” Pergh, skema Sara tanya plus berdaku-daku bagai. Entah tiba-tiba je.
Adli tahan gelak dengan gaya Sara menyoal.
“Oh, petang ni, nak study physics kat mana?” Adli bagi soalan.
“Semangat nye, kau nak jadi cikgu aku.”
“Tu la pasal jadi cikgu tuu.. tak sangka aku.. senang aku nak torture anak murid. HAHA. Kesian anak murid aku,” Adli dah rancang plan jahat sambil-sambil mengenang apa yang berlaku terhadap anak muridnya nanti.
“Tula pasal kesian anak murid kau yang malang tuh.” Sara tumpang sedih.
“Eh, bukan aku ke anak murid kau yang malang tu?” Sara tanya cakap sorang diri.
“Lah, kau ke?? kesiannya dia..” Adli buat tone suara bapak budak pujuk anak budak. Sara ajuk balik suara Adli.
“Cepatlah nak study kat mana?” Adli ulang soalan.
“Library la..” Sara dah berangan study dalam library bawah kipas yang selalu berputar and air-cond yang selalu on. Aman!
“Library? Tepi padang lah.. ada meja dengan kerusi,” Adli ada cadangan lain.
“Library tak de kerusi dengan meja ke?”
“Tapi library tak de padang.” Adli bagitau.
“Tapi padang tak de kipas atau air-cond..” Sara cakap pulak.
“Library senyap sangat..”
“Padang nanti kecoh-kecoh..”
“Library tak de angin bayu yang natural..”
“Padang tak de kerusi yang empuk. Kerusi batu je..”
“Padang la eh,” Adli senyum mengharap.
“Library laa..” Sara potong harapan Adli.
“Library tak nak lahh.. padang lah..”
“Pandang tak mau, library mauu..” Sara tak mengalah.
“Padang!”
“Library!”
“Aku cikgu, dengar cakap aku,”
“Aku student, kena ikut mood student.” Masing-masing ada tempat tersendiri.
“One two zum jom.” Sara mengajak. Susah sangat nak pilih.
“One two zum ilmiah nak?” Sara blur. Apakah?
“Chemistry or Biology?” Adli soal.
“Chemistry.” Sara jawab serta-merta.
“Siapa jawab betul soalan yang diberi. Dia punya tempat jadi tempat study nanti.” Adli inform.
“Fine.” Sara setuju
“Define isotopes.” Adli tanya dulu. Sara memproses soalan yang diberi Adli. File ‘Chemistry’ dalam kotak dokumen dalam otak diterokanya. Key in word : Isotopes. Keluar banyak result but first and foremost of course the definition of the word. This one kinda tricky is it neutron or proton or electron number? Dalam isotopes, dia ada same number of those 3 stuff, apa dia?
“Isotopes…isotopes…isotopes…” Sara cakap banyak kali perkataan tu. Macam baca jampi je lagaknya. Adli menunggu jawapan.
“IsotoPe..” ada letter ‘P’ dalam perkataan tu so it must be number of protons la kan. Well, that’s the way Sara remembers the stuff. Pelik. Dia tahu.
“So, listen. Isotopes are the atoms which have the same number of protons and different number of…” alahai.. electron or neutron. Antara dua. Mana satu?
“Different number of…??” Ayat tergangtung!
“Different number of neutrons! Neutrons.” Ah, Sara teringat kartun Jimmy Neutron.
“Betulkan?” Adli angguk. Oh yeah!
“Turn aku pulak. Macam mana tulis aluminium sulphate in symbols?”
“Oi. Soalan mana kau ambil?” Adli dah bengang. Aku bagi dia definition punya soalan. Dia bantai bagi soalan yang diluar dugaan.
“Soalan chemistry la.. jawablah jangan segan-segan.”
“Fine. Kejap. Aluminium has 3+ charge. Sulphate SO tapi apa charge dia?” Sara senyum evil. Sah mamat ni enggak tau. Adakah kemenangan berpihak padaku?
“But one thing for sure, aku pernah nampak sulphuric acid punye symbol H2SO4. sulphate ada yang satu atas satu bawah. Yang bawah for sure 4, atass?? Hmmm.. cikgu kata tunggang tebalikkan je charge dia. So, sulphate will be yang atas 2- yang bawah 4. Ok. OK. kalau aluminium 3+ so jadi..”
“Al2 bracket SO4 bracket 3. kan???” Adli angkat kening kat Sara. Dang. He’s right.
“Dah tu?”
“Quickfire round! Ting ting ting..” Adli buat bunyi gong.
“Jawab masa 5 saat.. or you’ll lose!!” Adli buat mukadimah rancangan baru.
“5 saat gila!”
“Ok. Ok. aku kurang kan 3 saat.”
“SUPER GILA!”
“Ready?”
“Go!”
“Apa nama benda benda yang macam mangkuk batu tu kat makmal yang guna for heating chemicals tu?” Soalan ni tahap masa form 1.
1 saat. “ Mangkuk!” Sara cakap.
2 saat. “ Lesung!” Merepek lebih.
3 saat. “ Bowl !” masa tamat.
“Crucible laaa.. tu je mangkuk yang wujud kat makmal sekolah.” Adli gembira Sara salah jawab. Sara dah muka masam. Mangkuk tingkat dia!!! Crucible ayun dia!!!
“Turn aku pulak bagi soalan..” Sara dah tak sabar. Adli bagi signal silakan.
“Benda ni macam sudu tapi dia nama dia yang tersendiri. Apakah nama ia?”
1 saat “ Garpu!” Gaya konfiden habis.
2 saat “ Senduk!”
3 saat “Spatula! Spatula!!” DAMN! Adli baru teringat spatula is the word. Terima kasih kepada spongebob sebab dia panggil dia punya sudip (eh) spatula kan?
“So I guess we’ll be studying kat tepi padang lah kan.”
“Ha. Urrgghh!!!!!” Mental lah budak ni.
“Boo-Ya. Wohooo..” Adli jerit kegembiraan. Macam baru sumbat gol je.
3 comments:
kartun r adli ngan sara but sweet.
hahaha
tak ble blah diorang ni.
haha..gile la dorang nieh..
comey je..
Post a Comment