Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

Showing posts with label DSLR. Show all posts
Showing posts with label DSLR. Show all posts

15 August 2011

DSLR 12

Seminggu dah berlalu, bungkusan kotak warna warni polka dots diterima. Ni for sure yang haritu Dafi ada cakap.

Sekeping kad yang bertulis, Buat Luna Insyirah. SAH!

Luna masuk ke bilik. Dia duduk di atas katil. Cover kotak diangkatnya perlahan. Dia membaca tulisan yang tertulis pada cover kotak.

DETAILS.

Patient’s name : Luna Insyirah
Doctor-in-charge : Ghadaffi
Disease : Maybe or maybe not in love with her Doctor in charge. *wink Symptoms : Bake cupcakes for him, be there whenever he needs her. Barely admit her feelings.

Luna tergelak kecil. Kepalanya mula menggeleng. Ada masa pulak si GD buat benda alah ni semua. Dia sambung membaca.

Rules for this medication.
• These are the happy notes/pills.
• You must consume one note/pill for one day.
• Do not cheat. Please be honest.
• If you were found to be cheated, side-effects might occur.
• Thank you, and enjoy your pills.

Lots of Love,
Dr. GD

Luna capai satu nota kuning yang telah dilipat empat.

If I had a flower for every time you made me smile and laugh, I’d have a garden to walk in forever. =)

How sweet. Luna sekadar senyum. Since when GD jadi jiwang menjiwang nih. Dia geleng kepala lagi. Sebelum fly haritu, masuk kelas romeo eh? Ke masuk kelas intensif romeo sejak azali lagi?

“GD…. I hope you’re doing fine kat sana.” Luna lemparkan pandangan ke luar tingkap melihat langit biru yang indah terbentang.

4th day,

- Something ends, because there is something lined up in the future.

Luna dan Dafi hanya berbalas emel. Tu pun jarang. Masing masing pun sibuk semacam kan? Nak on YM, ke Skype ke, pun tak sempat. Bila orang ni free, orang sana ada kerja. Dafi tak habis-habis pesan pada Luna,

GD : Awak ‘makan’ tak happy pills yang saya bagi tu.?
Luna : Makanlah…
GD : Really?
Luna : Ye lah. Dah nama pun Happy Pills. Saya makan lah..
GD: Berapa kali makan?
Luna : Satu kali sehari, doctor.
GD : Good  enough untuk awak makan sepanjang 4 bulan saya ada kat sini. Ada macam ala-ala sweet tak?
Luna : Sweet sampai rasa nak muntah hijau.
GD : Cant be that bad, right?
Luna : Who says it’s bad. It’s happy pill.
GD : It makes people happy.
Luna : Tahu pun.
GD : So are you happy?
Luna : I’m more than happy.

Kalau nak dikata, happy lah jugak makan happy pills yang Dafi bagi. At least, kata-kata dia tu ada bagi semangat, kesedaran, minus semua yang manis bergula tu.

Allah does not judge you on how bad you have been in the past, but rather on how good you strive to be now – Yasir Qadhi

It’s good to leave each day behind, like flowing water, free of sadness.
Yesterday is gone and its tale told. Today, new seeds are growing. – Rumi.

Dan setiap hari Luna buka satu happy pills. Bila sedih. Bila rindu. Haha. Ni ke orang kata in love. Dahsyattt. Pejam celik pejam celik, dah 3 bulan tak jumpa Dafi face to face. Emel pun dah jarang. Kot terlupa agaknya dah dia pada aku. Luna dah sibukkan diri dengan Angry Birds. Kalau tak nanti dia fikirkan yang bukan-bukan. Luna tekan butang PLAY.

Luna menyambung level yang ditinggalkannya semalam. Tak pass pass lagi dengan burung yang boleh patah balik ni. menyusahkan hidup aku betul. Dah lah semua spesies macam tu. Dah lah binatang haram ni banyak. Susah betul. Bila dah semua mati, tinggal lagi satu ekor. Memang frust! Tak ke rasa macam nak campak je laptop ni. tapi disebabkan masih waras, ditangguh dulu hasrat nak hempas laptop ni.

“Kau! Jangan nak sengih bila aku fail ehh…” ujar Luna geram memandang tepat pada binatang hijau tu. annoying gila bila benda tu sengih pastu bunyi pun gila menjengkelkan lah. Frust kot. okey, emo! Boo!

Luna cuba lagi, dah naik lebih 30 kali mencuba. Tak lepas lepas lagi. Aduhaiii… tapi bak kata pepatah melayu, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau nak kuatkan semangat lagi guna pepatah, usaha tangga kejayaan.

Tiba-tiba iPhone bernyanyi riang diatas katil. Dia pause sebentar. Dia capai iPhone. Nombor pelik terpapar di skrin. Panjang betul…

“Hello?”

“Hello. Awak!”

“GD ke?” macam kenal suara ni. Luna dah mula ukir senyuman. GD kan?

“Ye saya ni. Awak buat apa?” soal Dafi di hujung talian. Luna dah macam nak terloncat gembira. Heeee ^^. Tak lupa eh dia pada aku.

Luna kembali menyambung main.

“Tak ada apa, main Angry Birds je…”

“Dah level berapa dah?” Geleng kepala si Dafi. Luna ni memang hantu Angry Birds betul! Kalau free time mesti Angry Birds je dia hadap.

“Ni level.. entah berapa entah. Yang ada burung yang boleh patah balik. Menyusahkan betullah. Susah betul nak mati si binatang hijau ni.” Luna geram. Dafi gelak, bersemangat Luna bercerita. Dafi ni dah berzaman habis main benda alah ni.

“Eeeeeee mengadanyaaaaa!!!” Luna lepas geram. Dafi perasan.

“Amboi mengata nampak?” Sudah sudahlah main benda tu. orang nak bercakap ni…

“Eh tak de… tak de.. ni binatang ni haaa.. gedik!” Luna bersandar pada kerusi. Angry Birds dia biarkan seketika.

“So what’s up? Best New Zealand? Sihat?” Luna mulakan sessi soal jawab.

“Biasa je. Tapi sini, pemandangan dia lawa gilaaa… tolonglah. Lawa sangat!” Dafi guna bahasa paling meyakinkan bahawa pemandangan kat New Zealand ni lawa sungguh.

“Ambiklah gambar. Nak tengok.”

“Ada dah ni.. banyak saya simpan.” Beritahu Dafi.
“Awak.. saya lapar ni..” Dafi mengadu.

“Laaa.. pergi lah makan.” Suruh Luna, macam lah aku ni buat McD delivery kan? Gaya nak memesan bagai.

“Saya rindu nak makan cupcake awak tu…” Dafi buat-buat merengek. Sah, mengada tahap naga ni.

“Cupcake sana lagi sedap dari saya buat kot. pergi belilah..”

“Tak nak. Awak buat sedap. Just nice. Hehe.” Bodek nampak!

“Wahhh… tu lah.. aritu reject orang punya cupcake. Kan dah rinduu.. kesiann…” Luna gelak evil.

“Tapi kan, saya rindu pembuat cupcake tu lagiiiiiiiii… banyak.” Dafi tukar mood romantic. HAHA.

“How banyak is your banyak..?” tanya Luna saja.

“Banyak sangat sangat, tanpa sempadann.. to infinity and beyong punya banyak.” beriya Dafi menjawab.

“Tu melampau sangat tuuu..”

“Kenapa? Cannot meh?”

“Who says cannot.? Boleh jee…”

“Orang cakap serius ni…. awak tu macam tak rindu saya je.”

“Rindu lahhh…” aikk. Senang nye bagitau. Dulu bukan main susah.

“How rindu is your rindu?” giliran Dafi pulak menanyakan soalan yang Luna tanya tadi. Dia dah tersengih menanti jawapan.

“Rindu laahh…”

“Rindu macam mana tuh?”

“Rindu macam… macam nelayan rindu pergi laut? Err,” Dafi dah tergelak. Dalam banyak banyak benda, nelayan pergi ke laut dia ibaratkan kerinduan dia pada aku. Fail!

“Awak, sastera awak fail ke masa sekolah dulu.” Luna ketap bibir. Dah tu nak rindu macam mana. Dafi makin galak ketawa.

“Dah tu? nak cakap macam, I miss you like a desert misses the rain macam tuh?”

“Haaa barulah sweet. Tak sangka awak pun pandai jiwang eh” Dafi usik Luna.

“You started it..”

“Eleh…”

“Awak yang ajar…” Luna taknak kalah.

“Yelah yelah. Awak, lagi sebulan saya nak balik ni…”

“Dah tahu balik bila?”

“End of next month, dalam 27 macam tu. nanti saya bagitau…”

“Haaaa… baguslah!”

“Dah tak sabar nak jumpa lah tuh.” Teka Dafi. Saja!

“Awak yang tak sabar nak jumpa saya kan?” Luna tak mahu kalah.

“Saya memang tak sabar. Awak tuh?”

“Saya masih lagi sabar.” Luna saja menjawab.

“Kalau macam tu saya extend lagi sebulan lah…” usik Dafi.

“Awakkkkkkkkkkkkkk…” Luna dah menjerit. Eeee.. saja nak menggedik kan?

*

Luna dah bersiap. Dia pandang cermin. Senyum. Dia pakaikan cermin mata. Senyum lagi. Hati dah berbunga riang. Luna tengok jam. Dafi kata sampai dalam pukul 3.30 petang macam tu. ada masa lagi ni. harap-haraplah tak busy jalan.

Sebelum Luna beredar, dia membuka lipatan kertas berwarna merah hati yang dilabelkan sebagai Happy Pills oleh Dafi. Luna baca. Memang sengaja dia nak baca kertas warna tunggal tu sebelum jemput Dafi di airport.

Wahai awak, Luna Insyirah binti Alias,
Kita kahwin, NAK?! ;) I’m waiting for your answer.

Ikhlas, Ghadaffi Osman.

Luna tersenyum. Dia tahu apa jawapan yang dia patut bagi. Segera Luna capai kunci kereta.

*
Luna pandang skrin yang beri informasi kapal terbang mana yang sudah selamat tiba. Dalam hatinya tak henti-henti berdoa suapaya Dafi selamat sampai. Kelibat Dafi tak nampak lagi.

Tak lama kemudian, ada seseorang melambai ke arahnya.

GD. Alhamdulillah. Dah sampai!

Jelas tergambar Dafi tersenyum melihat Luna sedang menunggu ketibaannya. Beg roda ditariknya. Tangan kiri memegang plastic bag.

“Assalamualaikum.” Sapa Dafi.

“Waalaikumusalam.” Jawab Luna. Mereka tersenyum melihat each other. It has been a long 4 months. Haha.

“Awak tinggi.” Entah jenis ayat apa keluar ni. ayat fakta!

“Awak rendah.” Cis. Itu tak perlu diberitahu. Dafi gelak evil.

“Jom…” ajak Dafi. Mereka berjalan menuju ke tempat parking kereta. Dalam perjalanan,

“Ni saya beli.” Dafi bagi beg plastic yang dia bawak tadi. Luna ambil. Dia tengok isi kandungan. Awwwwwwww~ bantal peluk angry bird! Burung warna merah tu!!! comel!

“Thank you…”

“Saya baru beli tadi.” Jelas Dafi. Mak aihhh, mesti mahal habis! Barang kat KLIA ni mahal belaka. Apalah bazir duit sangat? Adeh.

“Awak jadikan ni barang hantaran je lah.” Ujar Luna selamba, dia dah berjalan cepat.

“HA?” Dafi tak dapat tangkap apa yang Luna cakap tadi. Kalau telinga dia masih okay, dia terdengar Luna cakap…. hantaran? Eh? Biar betul. Ke aku salah dengar? Maklumlah, baru turun flight. Otak ni tak berapa nak berfungsi lagi.

“Awak, slow lah sikit jalan. Saya penatlah baru balik. Tak dapat nak catch up.” Luna perlahankan langkahnya.

“Apa awak cakap tadi?” Kini Dafi berada di sebelah Luna. Jalan beriringan.

“Haaa? Tak ada apa lah..” geleng kepala.

“Awak dah habis makan happy pills?” tanya Dafi.

“Dah. Habis dah.”

“So?” Teragak-agak Dafi menyoal. Ish Luna ni macam tak faham pulak. Ye ke tidak dah habis baca ni? Musykil. Kalau dah habis takkan tak baca apa yang aku tulis on one of those happy pills tu?

“Apa yang so?” kening Luna terangkat sebelah. Tayang muka tanda soal.

“Betul ke awak dah habis baca?” Dafi nak minta kepastian. Dia dah baca tak pasal yang aku tulis ‘nak kahwin tu?’

Luna pantas menangguk. Tayang muka serius.

“Awak dah baca yang warna merah hati tu?”

“Dah…”

“Maka?”

“Maka apa?” eh eh kura-kura pergi melaka, sudah tahu bertanya pula. Ewahhh! Berpantun pulak dah.

“Maka… kita kawin?” Dafi menunggu jawapan yang keluar dari mulut Luna. Dup dap dup dap…

“Errr…” Luna saja bagi saspen.

“Apa kata kita masuk kereta dulu boleh?” dan dan Dafi nak masuk kereta. Alah, berpeluh dah badan. Minta bantuan air-cond nak sejukkan sikit ni. gementar. Dafi letak beg kat belakang. Dan masuk ke tempat duduk sebelah pemandu.

Luna start enjin. Jawapan belum lagi bagi…

“Eh eh, takkan dia dah lupa soalan yang aku tanya tadi?” Dafi cakap dalam hati. Dia pandang Luna.

“Kenapa pandang macam tu?”

“Saya tunggu jawapan awak ni…” Dafi cakap.

“Ohh.. apa soalan?” saja je Luna. Muka clueless habisan.

“Awak, Luna Insyirah nak kahwin tak dengan Ghadaffi Osman?”

“Saya Luna Insyirah setuju nak kawin dengan Ghadaffi Osman.” Dafi dah terkebil-kebil. Luna tenang memutar stering. Betul ke apa yang dia dengar?

3 saat lepas tu dia senyum. Ya Allah. Aku mimpi ke apa?

“Boleh cakap sekali lagi? Kasi kuat sikit.” mengada pulak Dafi ni. aku lepuk karang.

“Awak, kalau saya cakap kuat. Awak je yang boleh dengar dalam kereta ni. orang luar tak boleh dengar pun.” balas Luna. Dafi dah senyum lega. Finally!

“The last time you asked. I wasn’t ready, I was afraid. And I promised you, bila saya rasa nak kahwin dengan awak saya bagitau awak kan?” ujar Luna.

“Tapi tu pun saya yang tanya dulu. Nak harapkan awak cakap, harapan…”

“Eh, saya ada cakaplah tadi. Awak tu tak dengar..humphh..”

“Apa awak cakap?”

“Saya cakap, awak jadikan bantal Angry Birds tu barang hantaran. Tak dengar eh?” Takke Luna dah bagi hint tuh?

“Oh yeke???”

“Lambat lah awak ni…” rungut Luna.

“Lambat lambat pun. Yang ni jugak jadi husband to be awak.” HAHA.

“Mana kambing biri-biri saya?” Luna tuntut.

“Kambing biri biri tak nak ikut saya balik Malaysia. Sad kan?”

“Awak mesti busuk.”

“Eh, mengata depan depan nampak.” Luna jelir lidah. Terasakah? Taulah, baru turun plane, plane tu dah lah penuh dengan entah siapa, bau mak aiii. Pening! Dia Buat bodoh.

“Kambing biri biri tak ada, awak kirim surat, poskad pun tak ada. Orang nak tengok setem dia..” rengek Luna. Hancur hatiku..mengenang dikau, menjadi keping-keping setelah kau pergi…

“I wanted to send you my heart, but the envelope wasn’t big enough.” Sempat pulak buat ungkapan penuh makna.

Luna sekadar senyum mendengar.

Bila jumpa papa and mama Dafi, memang tak berkelip mata. Rumah mak aiii, besar! Tak de lah terbayang macam besar gedabak ni kan? Aduhh.. loaded habisan! Serius terlopong, ternganga lah mulut ni.

“Tak rasa awal ke nak kawin ni?” tanya Mama kepada Dafi. Muka risau. Yelah, dulu Dafi ni memang tak lekat dengan mana-mana perempuan. Sekali nak kawin terus. Ajaib!

“Tak awal lah kan?” Dafi siku Luna disebelah. Ehhh, main siku siku ni yang menyampah ni. Luna buat muka tak puas hati.

“Ni tak nak bercinta lagi ke?” soal Mama Dafi lagi.

“Alaaa..ma… lepas kawin lagi best bercinta. Kan awak?” disikunya lagi si Luna. Memang nak kena mamat ni.

“Ada-ada je lah kamu ni…” Mama geleng kepala. Mama dah tergelak kecil melihat telatah anak terunanya.

*

Dan begitulah cerita Luna dan Dafi. Jumpa di facebook café’. Bila seorang tengah serabut, dan seorang lagi galak berkamera. Dikatakan jodoh, berjumpa lagi bila seorang menggantikan tempat kawan untuk perjumpaan blind date. Dari situ mereka kenal sama sendiri. Dan sekarang dah nak berkawin..

Memang betul betul diorang jadikann Bantal peluk lembut Angry Bird yang burung warna merah tu buat hantaran. Memang luar biasa. Sekali dengan kasut converse. Memang tak pernah dibuat orang.

Orang-orang yang tengok dah bisik-bisik. Mengata lah agaknya. Nasib baik parents Luna dan Dafi tak kisah sangat. Sporting habis. Luna kalau nak buat simple-simple majlis bersanding sudah. Tapi disebabkan hasrat papa Dafi nak buatkan majlis besar-besaran tu pun sebab nak tempatkan kawan papanya, kawan mamanya, kawan Dafi sendiri, kawan Luna pun. Tu yang buat dekat Hotel Concorde, Shah Alam.

Luna dan Dafi sibuk berbincang pasal persiapan terakhir. Malam ni diorang akan duduk atas pelamin, yang tetamunya lebih dari 300 orang. Mahu tak senang duduk. Itu ini kena pastikan okay.

“Lawanya anak abah.” Abah masuk bilik mak andam. Tengok anak perempuan sorangnya ni. Luna senyum. Luna dah pakai baju pengantin serba putih.

“Lawa ehhh? Hehe.” Abah angguk. Zaim ada di belakang Encik Alias.

“Amboi berseri muka…”

“Dah lighting bagus. Mestilah berseri-seri muka Luna ni, bang…” balas Luna. Melawak lah tuh.

“Ha. Ha. Lawak sangat. Luna, orang dah sampai dah tu tahu. Ramai gila. Jangan kau buat aksi jatuh terduduk masa nak naik pelamin sudah.” Saja Zaim mengusik. Luna cebik. Kalau tak sakat aku memang tak boleh hidup agaknya abang aku ni. tahulah aku sorang je adik dia.

“Dahlah tuh Zaim..” Abah bersuara. Luna jelir lidah pada Zaim.

“Do I look okay?” tanya Luna pada Aina yang berdiri di kesibukan mak andam.

“You look gorgeous, my dear. Lawa sangat!” Luna pandang cermin. Macam tak percayakan? Dah kawin? Dekat hotel pulak! Aiyoyo serupa artis pulak aku kan?

“My little princess has grown up. How time flies. Macam semalam baru abah dokong Luna sebab Luna jatuh basikal.” Ahhh, abah dah buat drama airmata dia. Not right now abah, Luna dah pakai celak. Nanti dah tak lawa. Tapi Luna still daddy’s little girl!  Zaim bawa Abah pergi. Abah saja je buat drama dalam masa-masa genting macam ni. sebelum Zaim meninggalkan bilik mak andam, sempat dia menoleh.

“Lunaa…”

“Yes.”

“You look like a princess tonight. You really do.” Dan pintu bilik ditarik tutup.

“Thanks abang.”

*
“Eh eh… mana kasut pengantin ni?” Mak Andam gelabah. Mencari kasut pengantin.

“Sini sini…” pembantu Mak Andam dah berlari membawa kasut datang. Ala-ala orang yang tatang kasut kaca Cinderella tu sambil berlari. Tup tup, gedebuk jatuh. Terpelanting kasut tinggi yang sepadan dengan baju pengantin diawangan. Sekelip mata, tumit kasut tu dah tercabut. To make it worse manik manik kasut tu ada yang dah tertanggal. Memang drama kawin sungguhlahhh…

Mak Andam dah terjelepok. Dah nak start event dah ni. Luna masih cool. Entah kenapa.

“Yang awak berlari tu kenapa? Tengok dah tercabut tumit dia,” Mak Andam pulas telinga pembantunya. Pembantunya buat muka redha, aku terima hukumannya.

“Eh eh, tak pe. Kita guna kasut lain.” Cadang Luna masih tenang. Muka tak beriak langsung!

“Kasut apa weh???” tanya Aina.

“Kasut kau?”

“Weh, saiz kaki kita tak sama. Karang kau buat drama Cinderella pulak tengah tengah majlis nanti… tertinggal kasut tengah jalan. Naya jee..” tinggal Aina Luna Mak Andam dan pembantunya saja. Yang lain dah keluar.

“Ainaaa…”

“Hmmm…”

“Desperate times call for desperate measures, right?” Aina tak dapat tangkap behind those words yang Luna cakapkan. Apa yang dia nak buat ni? Luna sengih macam dapat idea.

*
Majlis gilang gemilang di dalam dewan Hotel concorde Shah Alam diadakan. Hampir semua meja makan penuh dengan tetamu. Semua menantikan pasangan pengantin masuk ke dalam dewan.

Kedengaran bunyi kompang tak lama selepas itu. Berjalanlah kedua mempelai di atas karpet yang terbentang, menuju ke pelamin. Ha, rasa macam majlis kahwin yang selalu ditayangkan kat rancangan Nona tuh.

“Awak, saya cakap something boleh?” Luna separuh berbisik pada Dafi disebelahnya. Lagi separuh perjalanan dah nak sampai pelamin. Korang memang tak boleh nak bercakap lepas majlis kan? On the way nak ke pelamin pun nak bercerita. Haih.

“Apa?” kening Dafi terangkat. Ada pulak benda nak cakap tengah nak jalan pergi pelamin ni.

“Saya pakai kasut converse kegemaran saya sekarang.” Luna berterus terang. Dafi agak terkejut. Dia pandang Luna. Luna tarik sedikit gaun labuhnya itu. Memang, Luna tengah pakai kasut converse kelabu! Tak pernah dibuat orang.! Ha, nasib baik aku pakai kasut converse masa datang kat hotel pagi tadi. Kan dah jadi penyelamat.

“Patutlah rendah semacam.” Dafi sengih mengusik. Luna buat muka.

“What happened?” Dafi tanya lagi.

“Tell you later... we’ve got wedding to attend.” Luna senyum.

“Our wedding to be exact.”

Memang tak pernah dibuat orang, pengantin pakai kasut converse bawak kawin. Ingat ni apa, cerita short story English waktu form one dulu kala? Macam macamlah.

Sampai dipelamin, Dafi buat buat terbatuk. Luna paling ke muka Dafi. Dahinya berkerut. Eh, batuk ke pakcik! Mata Dafi mengisyaratkan Luna pandang kakinya. Dafi menarik ke atas sedikit, seluar pengantin yang dia pakai.

Luna sekadar senyum lebar, menahan ketawalah jugak. Apa taknya, buang tabiat pakcik ni pakai stoking meriah warna warni ni. macam stoking baby je. Dengan warna pink baby blue segala. Haha. Nasib baik boleh cover dengan seluar. Dafi pun tersenyum big grin bila tengok reaksi Luna.

Kalau nak tengok behind the scene majlis perkahwinan diorang kat Hotel Concorde ni boleh buat hikayat kot silap-silap. Banyak sangat benda jadi.

And the wedding went pretty well,
and they live happily ever after, ehh?

SEKIAN, terima kasih (;


p.s bagi mereka yang baik hati, rajin kasi komen, THANKS ALOT!!! *senyum ikhlas* :) i really do appreciate those comments cause they are the reason why i keep on posting DSLR otherwise, maybe malas nak post sebab rasa cerita ni sangat mengarut. hehe. :P sorry for the typos and illogical scene, storyline whatso ever, because i was rushing to get this story done kalau tak panjang berjela lah cerita ni jadinya. :D and i guess no one would want that right? yang panjang berjela, meleret leret. haha. sorry if I failed to get you guys into a lovey dovey sweet mweet mushy mushy hunny-buns kind of mood. serious, i dont know how. i'm not as good as Bulanhijau or Nirrosette or Cucuratap or Pitak to develop that kind of sweet-situation dalam cerita. HAHA. Addi's epic fail eh? hehe. :P and if you ever found any post was a bit sweet sweet gitu, heh, thanks la, cause i seriously cannot get the feeling of sweetness langsung. pity me eh? heartless sangat kot. boo! i've been thinking thoroughly i should stick to making cerita budak sekolah, kolej, something related to that, eh? haha. sebab rasa tak ada talent lah buat cerita lovey dovey ni. ekekeke.

WHATEVER IT IS, YOU, THE ONE WHO IS READING THIS NOW, I WOULD LIKE TO SAY, THANK YOU SO MUCH FOR READING THIS! HAVE A NICE DAY EVERYDAY, AND SELAMAT BERPUASA. (:

13 August 2011

DSLR 11

Pintu kereta Waja biru gelap ditutup. Meluncur laju kereta itu dipandu menuju highway ke KLIA. Airmata Luna tak berhenti lagi sejak tadi. Bad dah pandu Waja lagak macam cerita Too Fast Too Furious. Laju mak datok! Tapi kalau nak dibandingkan lawan dengan ferarri, ferarri lah menang. Itu fakta, bukan auta. Hehe.

“Bad? Mana kau dapat tahu ni?” tanya Aina yang duduk di tempat duduk sebelah pemandu. Bad terus datang ambil Luna sebab dia dalam perjalanan ke KLIA untuk memastikan berita yang dia dengar dati radio tadi benar atau tidak. Aina curi curi pandang Luna yang duduk dibelakang melemparkan pandangan keluar.

“Aku dengar radio, tup tup keluar berita kapal terbang terhempas.” Bad sibuk mengawal stering.

Aina toleh ke belakang dimana Luna tengah termenung.. Airmata jatuh dari tadi. Tak pernah dia tengok Luna macam ni. sedih!

“Luna… sabar! Doa banyak-banyak. Moga GD tak ada apa-apa..” Aina cuba tenteramkan Luna. Luna tak bersuara. Yang dia tahu… GD! GD! Dia mungkin dah takkan jumpa GD.

“Ainaaa… aku takkan jumpa GD lagi.” Teresak-esak Luna bersuara memandang tepat ke wajah Aina.

“Lunaaa.. apa kau cakap ni? jangan nak merepek!”

“Ainaaa… aku… aku… sayang dia…” tersekat- sekat.

Sesampainya mereka di KLIA. Suasana disitu seperti biasa, sesak dengan orang ramai. Ada jugak orang yang berkumpu di suatu tempat. Maybe… jangan fikir bukan bukan. Aina terus pergi ke kaunter pertanyaan untuk mengetahui apa yang terjadi. Bad pula menyempitkan diri di dalam kesesakan orang ramai, menanya apa yang berlaku. Luna mengeluarkan iPhonenya, segera hubugi GD.

“Diorang kata tak ada kes yang macam Bad cakapkan tadi,” beritahu Aina selepas bertanyakan pada kakak kaunter.

“Diorang tu pulak tengah tunggu SUPER JUNIOR datang. Aku tanya pasal kapal terbang terhempas. Diorang buat bodoh je..” Bad bagitahu sesudah dia nampak kertas manila yang ditayang oleh orang yang bersesak disana.

Last attempt, Luna call lagi. KLIK! Yes! Someone is picking up the phone.

“GD…….” Luna bersuara. Control.
“Awak…”

“Awakk… nangis?” Dafi meneka. Dia dengar suara Luna macam baru lepas menangis. Luna kesat pipi. Sepi.

“Awak kat mana?” Dafi tanya lagi.

“Saya kat aiport.” Eh?

“Awak okay?” Dafi mula risau. Macam ada yang tak kena. Apasal lah menangis pulak cik Luna kita ni?

“Saya nak jumpa awak.” Sisa esakkan Luna masih boleh dikesan.

“Saya datang. Saya cari awak, okay?”Dan talian diputuskan.

“So how is he? Okay?” Aina nak tahu.

“Bunyi macam okay je.” Luna pandang Bad. Bad pandang atas.

“Wehh, kau ni betul ke tidak dengar berita? Ha?” Aina bagi sedas. Bahu Bad ditolak. Benda macam ni jangan buat main. Kena serangan jantung je.

“Serius, aku dengar kat radio tadi. Kalau tak percaya kau pergi website dia. Sekarang.” Arah Bad tak puas hati. Kiosk internet yang terletak di KLIA, segera Aina gunakan.

“Weh, brader!!!! Meh sini!” Aina buat signal datang ke mari. Luna dan Bad angkat kaki.

“Tengok ni. Sebuah helicopter terhempas di Kampung New Zealand, petang semalam lah incik Bad!” Luna dah rasa nak campak Bad kat luar, kasi makan sama itu ikan piranha! Terbaik punya putar belit berita punya budak! Bad buat muka tak percaya. Sound trouble ke aku nih? Ke patut pergi jumpa doctor.

“Eh ehh… sorry!!! Aku tersalah assume. Hehe. Sorry wehhh… sorry sesangatt!!!” Bad mintak maaf. Nak je Aina debuk budak Bad ni. benda macam ni kasi saspen je. Dahlah Luna tadi nangis beriya! Kesian dia!

“Lunaaa…” Dafi lambai tangan. Dia menuju ke arah Luna, Bad dan Aina. Dafi angkat kening. Bad pun ada? Ada buat perjumpaan sahabat baik ke? Yang Luna bawak Aina bagai ni. Luna cepat-cepat kesat sisa airmata yang jatuh.

“Eh, Bad. Kau pun ada? Apa hal ni?” Dafi blur. Bad buat sengih tak bersalah.

“Cuba awak tanya kawan awak ni. buat gimik tak tentu pasal.” Luna peluk tubuh. Bad garu kepala. Diam.

“Meh sini, aku cakap. Si Bad ni, call Luna.. dia kata kapal terbang yang kau naik tu terhempas. So, mana tidaknya, kami pun cepat-cepatlah datang sini. Kesian Luna, dia sedih tau tadi.” Aina bagi keterangan.

Gulungan surat khabar The Star singgah di kepala Bad. TUK!
Bertuah punya kawan!

“Oiii. Nak buat gimik, jangan sampai babitkan kapal terbang terhempas! Simpang malaikat 44 wehhh…aku belum sempat kawin lagi. Haishh…” ujar Dafi. Kau nak buat gimik agak-agaklah bro.

“Aku tersalah dengar.Yang Aku dengar. Terhempas. And New Zealand. Tu yang aku gabra tuh.. sorry lah wehhh.. bukan aku nak buat april fool. Bulan april pun dah lepas.” Bad beritahu. Banyak kau punya april fool. Choy!

“And where were you? I called you twice, tak jawab.” Luna bersuara. Risau. dia call Dafi, tak berjawab. Call untuk kali ketiga baru dijawab. Ingatkan.. haihh.

“Saya dekat toilet and my phone was on silent. Sorry.”

“Hm…” Sepi.

“Awak okay? Awak risau pasal saya ke?” tanya Dafi concern.

“Mestilah risau.” Luna pandang lantai. Dafi senyum. Awwww.. Luna menahan hingus. Dafi seluk poket, dia genggam sapu tangan biru muda.

“Nah. Hembuslah hingus tuu… jangan lah nangis..” Dafi hulur sapu tangan. Luna ambil. Dia kesat mata, dan seterusnya menghembus hidung.

“Thanks.” Luna bagi balik saputangan Dafi.

“Eh.. ehh.. awak ambil je…” Luna akur. Yelah. Taulah dah kotor. Cis.

“Flight kau bila, Dafi?” soal Bad tiba-tiba.

“Patutnya pukul 10 tadi. Tapi kena delay… pukul 11 nanti.” Dafi check jam tangan. Baru pukul 10.30.

“Awak tunggu sampai pukul 11 kat sini?” soalan ditujukan pada Luna. Luna angguk. alang-alang dah sampai.

“Untunglah kau Dafi, ada orang saaaayaa…” tak menyempat sambung ayat, Luna dah buat cover-up.

“Ada semut.” Dan Luna pijak kaki Bad. Memang berada dalam kesakitanlah si Bad tu. Jangan nak mengada-ngada sangat okay! Aina tergelak. Dafi pelik, since when KLIA ade semut? Dia buat bodoh.

Dan mereka berjalan mecari tempat duduk.

“Awak, saya ada something untuk awak. But if I knew you would be here. Saya bagi by hand je. Tapi saya dah terpost tadi. So awak tunggu jelah pakcik posmen datang..” Dafi berjalan beriringan dengan Luna.

“Ohhh.. tapi GD.. Saya tak ada apa nak bagi pun dengan awak.” Luna kecewa. Haaa, how she wished she could be more thoughtful. Dang!

“It’s okay. Awak ada kat sini pun, dah good enough. This will be the best thing ever.” Luna tersenyum.

“Awak jangan tak balik pulak lepas 4 bulan…” lepas tak lepas Luna cakap.

“Why? Miss me already huh?” Dafi sneyum nakal.

“Ada pulak. Kan saya mintak kambing biri-biri, saya tuntut nanti..” Luna jelir lidah.

“Awak, saya hantar poskad ke surat je lah eh..” Dafi bagi alternative lain.

“Old school gilaaa…”

“Awak mintak pelik-pelik..”

“I love being extra-weirder.” Selamba Luna menutur.

“I love us being together…”

“Demam?” okay this is super weird.

“Tak demam. You know what Luna?”

“Hmm..”

“I want to travel the world with you one day… ada bran?” Dafi tunggu respon dari Luna. Sepi 5 saat, kemudian…

“InsyaAllah. Kalau ada jodoh.”

“You don’t know how long I’ve waited for you to say that..” Dafi bercakap sendiri dalam hati. Bibirnya ditarik senyum memandang Luna.

11 August 2011

DSLR 10

Luna kacau jus epal hijau berasam boi dengan straw. Aina mendapat Luna yang sejak tadi dia perhatikan Luna macam tak bermaya.

“Hey.. what’s up?”

“The ceiling.” Jawab Luna. Sah, ada masalah minah ni.

Aina tarik kerusi. Takkan gaduh dengan GD kot? selamanya macam sweet comel je diorang berdua. Tak ada putting beliung pun datang menyerang.

“Weh, ada masalah? Nak cerita? Aku boleh dengar…”

Luna mengeluh.

“He’s leaving.”

“Who is leaving?” Aina blur.

“GD.”

“He dumped you?”

“No. bukan. He’ll be leaving to New Zealand soon. Very soon. Lusa.” Aina terperanjat.

“Why?”

“Ada kerja kat sana.”

“Berapa lama?”

“4 bulan.” Agak lama lah jugak tu…

“And you’re not happy?” Aina saja meneka.

“Tak delah. In fact, I was happy when he told me that. It’s for his own good right? It’s just I don’t know.. I have this feeling. But I don’t what it is. Serabutlah Aina… aku serius tak tahu..” Luna menekup muka.

Aina pegang bahu Luna.

“You love him do you?”

“Aku tak tahu.” Luna jungkit bahu.

“Kau rasa happy masa dia ada dengan kau?”
“Yeahhh..”

“Kau rasa lain masa dia dengan kau?”
Luna angguk.

“Kalau dia tak ada, rasa macam hilang something. Tapi tak boleh nak figure out apa..”
“A’ahh..” Luna tongkat dagu.

“Kau kan tahu Aina, aku mana nak layan sangat lelaki. Tapi dengan dia, aku rasa okay. Selesa. Tak kisah sangat..” tambah Luna lagi.

“You’re in love babe.”

“Aku tak tahu..” Luna keluh lagi.

“Aku tahu. I can see..”

“Tapi…”

“Tell him.”

“Takut.”

“Dia dah nak pergi. Soon, you know.” Luna angguk. straight face. Tak beriak.

“Aku takut yang dia bukan untuk aku..” Okay, ayat memang drama. Penulis cerita ni dah tak ada idea lain lah tuh. Shame on her! Haha. :p

*
Hari sebelum Dafi terbang ke New Zealand. Dafi cuba nak luangkan masa dengan Luna. Tapi Luna macam mengelakkan daripada berjumpa dengan Dafi. Merajuk? Dafi tak tahu. Tapi sempat lah jugak bercakap via handphone.

“Esok flight pagi, 10 am macam tu.”beritahu Dafi.

“Ohhh, have a safe flight. Baca doa kenderaan.” Pesan Luna.

“Aye aye ma’am.”

“Jangan lupa pesanan saya. Saya nak kambing biri-biri comel satu, okey?” Luna mengingatkan Dafi.

“Impossible lah permintaan awak tu.”

“Alah 4 bulan kat sana takkan tauke kambing biri-biri tak jumpa kot..”

“I’ll try my best.”

“Itu yang kita mahu! Hehe.”

“Awak..”

“Yes?” Luna menyahut panggilan Dafi.

“Awak datang airport tak esok?” Luna diam buat seketika.

“Hmmm…Sorry. Tak boleh. Ada function kat kolej. I need to attend.” Luna cakap, tersekat-sekat. Serba salah nak cakap.

“Ohhhhh…” monotone suara Dafi.

“I’m sorry GD…” Luna nak pergi send him off sebenarnya. Tapi she couldn’t afford to see him leaving. She might burst to tears. Dah buat drama sebabak dua kat airport nanti. Kan payah!

“It’s okay.” Tenang Dafi membalas. Dia pun dah mengagak. Entah maybe Luna merajuk hati sebab tak bagitahu awal-awal, agaknya. Salah dia jugakkan? Padan muka!

“I guess, kita tak dapat jumpa then..” Dafi tarik nafas. Luna dihujung talian melepaskan keluhan perlahan-lahan.

“I guess it is.”

“You’ll be fine, GD. I know you will.” Tambah Luna. Dia senyum segaris.

“I hope.”

“Awak… jaga diri baik-baik.” Pesanan terakhir dari Luna. Dafi mengangguk.

*

Aina buat muka pelik sebaik sahaja matanya terpandang Luna yang sedang duduk di barisan kedua tenaga pengajar. She’s not supposed to be here, kan?

“Eh, kenapa dekat sini?” Aina cuit bahu Luna. Luna toleh.

“Laaaah, kau ni. Kan ada award ceremony for students. Mestilah lecturer kena ada, kau ni pun…” Luna membalas. Aina tarik lengan Luna. Luna yang tadinya terduduk diheret keluar dewan. Mujur, event belum start, kalau tak… memang haru biru.

“Tangan aku dah cukup panjang. Tak payah nak tarik tarik dah..” Aina lepaskan pegangannya.

“Kau tak pergi airport?” soal Aina. Luna geleng, straight face.

“Kenapa?”

“Kau takkan jumpa dia for 4 months kau tau..” Aina tayang muka seriously-dude?? Dia tunggu jawapan dari Luna.

“Ye. Aku tahu.” Luna tunduk.

“Then?” Yang kau ada kat sini apasal, wehh?

“Aku tak nak, nanti aku pergi sana, aku nangis tengok dia pergi. Aku tak nak macam tu…”

“Kalau kau pergi. At least he knows, yang kau ada untuk dia. Kalau tak as a couple. Maybe as a friend.” Aina buat ceramah.

“Dia dah check in dah ada dalam kapal terbang agaknya. Aku doakan dia selamat sampai. Selamat berada dekat sana.” Luna check jam, jarum jam menunjukkan pukul 10.15 pagi.

“I’m sorry GD. Seriously, I am.” Luna bercakap dalam hati. Mata yang berair ditahannya.

Tiba-tiba iPhone didalam poket bergegar. Terpampang nombor tak dikenali.

“Hello?”

“Luna ke ni?”

“Ya. Luna. Ni siapa.?”

“Saya Bad. Kawan Dafi.”

“Ohhh… ada apa Bad?” Luna teringat nama Bad yang selalu disebut GD.

“Dafi……”

“Kenapa?” Luna mula resah.

“Kapal terbang dia terhempas.” Luna terkejut. Aina yang perasan akan reaksi wajah Luna segera mendapatkan Luna yang berdiri lemah.

“Kenapa? Luna?”

“Dafi… kapal terbang dia terhempas.” Luna tergamam. Tau tau pipi dah basah.

09 August 2011

DSLR 9

Selesai saja balik dari dusun durian, masing-masing duduk melepak kat bawah pokok ape entah nama. Luna dah bersandar pada batang pokok, mengibas bajunya, dan check mana-mana bahagian tangan kaki yang dah dimakan nyamuk masa pergi dusun tadi.

Dafi, Zaim dan Atok tengah duduk kat atas tempat kayu yang atok buat dulu-dulu. Masih kukuh. Entah apa yang diorang borak pun Luna tak tahu. Geram dengan Abang Zaim pun ada jugak, harini banyak pulak dia buat statement berani mati kasi aku semput. Nak, nak lagi tadi masa kat kebun, ada je benda Zaim nak kenakan Luna.

“Atok, kalau atok dapat cucu baru, suka tak?” Atok jawab ‘ya’.

“Kot Syirah kawin dengan GD boleh lah dia jadi cucu atok kan?” Zaim senyum evil.

“Boleh je…” Atok dalam mode, kau tanya aku.. aku jawab je lah. Muka tak bersalah ATok ditayang. Luna dah terbeliak mata. Dafi hanya tergelak dengan ayat yang dikeluarkan Zaim. Tak tahu nak bagi reaksi apa sebab Zaim ni jenis menyakat orang… so just go with the flow lah.

“Atok suka tak?” celah Dafi pulak. Menunggu respon atok, kot dapat green light. Hehe.

“Suka sangat…” Atok jawab lagi. Dafi senyum penuh bangga. Dah dapat restu atok, kan cun tuh? Hehe.

“Lunaaa.. dengar tu…” Zaim beritahu. Dafi masih senyum penuh bangga. Luna menjeling. Silap haribulan kereta cantik abang tu buat jadi pertandingan gores dan menang baru tau. Mengada tahap gaban!

“Abang jelah kawin dengan dia..” balas Luna geram. Asyik nak mengenakan orang je. Karang gugur durian kena kepala dia, padan muka. urgh!

Dafi tunjuk kekentalan anak jantan membelah durian. Wah ada gaya lelaki gagah ni. bagus bagus! Luna senyum sendiri. Zaim dah gelupur tengok 5 ulas durian dalam pangsa. Mata bersinar sinar. Luna tumpang sekaki. Atok pulak pergi menemu ramah orang yang jaga dusun ni. Warna kuning, cantik punya. Lazat sangat ni! yum yum!

Tak cukup satu biji, hambik kau meningkat terus kepada 2, 3 4 biji dan seterusnya. Gian betul budak-budak ni makan durian. Semangat! Luna suap durian masuk mulut. Ah, heaven! Lemak, manis sedap! Muka tu tayang rasa penuh nikmat. Plastik buruk di atas tanah dah penuh dengan biji durian yang isinya dah dibaham budak bertiga ni.

Lepas melantak 5 biji durian, masing-masing dah duduk bersandar pada pokok. Perut dah diisi dengan 60% durian. Mengah, tau?

“Kenyang.” Zaim cakap perlahan. Dia usap perut yang penuh tuh.

“Dah kenyang?” tiba tiba Atok datang dari belakang. Zaim mendongak. Dia angguk.

“Dah. Jom balik. Atok dah siap 2 guni boleh kamu bawa balik nanti.” Zaim pandang Dafi. Dafi pandang Luna. Luna pandang Zaim. Ha? Lagi 2 guni. Bawak balik? Berikanlah kami kudrat! Haha, drama!

Selesai Zaim basuh tangan, minum air apa patut dia segera mendapatkan atok, yang tunggu di pondok.

“Air!” hulur Luna. Dafi ambil membasuh tangan yang dah kotor dek makan durian yang sedap.

“Marah ke cik kak?” Dafi pandang Luna. Kening terangkat.

“Marah? Apasal pulak nak marah?” giliran kening Luna pula terangkat.

“Abang Zaim dok menyakat awak je… ada marah ka?”

“Tak marah pun..” Luna dah mula gerak.

“So suka lah?” Dafi ikut dati belakang.

“Tak kata pun suka…” kalau aku kata suka nanti ada yang tak tidur malam kang! Haish.

Luna tersentak dari lamunan bila ada kulit rambutan dibaling kepadanya. Dafi lambai, ajak ke mari.

“Marilah sini, adikku sayang.” Ajak Zaim penuh sopan santun.. Luna bergerak.

“Tak payah nak jadi abang penyayang lah, bang. Mengada je lebih.” Sembur Luna sesampainya dia di tempat mereka lepak. Dafi gelak. 2 beradik ni memang happening. Asyik nak gaduh je.

“Kau datang sini nak merisik Luna ke apa GD via atok dengan nenek? ” apa straightforward punya soalan tiada belok kanan kiri. Naik tersedak Dafi dengar. Muka Luna dah merah padam, macam baru kena jemur bawah matahari.

“Wah, gelojoh sangat tu. HAHA. Tak adalah. Aku saje je datang sini, nak rasa suasana kampung. Kampung aku jauh, dah Luna ada sini, aku singgahlah. Kalau nak merisik ke apa, kalau orang tu tak nak tak boleh jugak weii. Aku jugak yang malu. Cinta bertepuk sebelah tangan nanti. Sedih.” selamba badak Dafi cakap.

Zaim angguk. Luna picit kepala. Mahu tiba-tiba dapat migraine pulak.

“Abang,.. abang memang tak ada modal lain eh? Tak ada benda lain nak tanya?” Luna cakap. Geram lah ada abang macam ni. boleh masuk hospital! Nanti tulis penyakit : disakat abang sendiri secara kronik!

“Ada je modal lain. Ke Luna nak abang buka modal Luna – The Once Upon a Time punye version?” ada je idea si Zaim ni.

“Aaaaaahhh,.. tak payah! Tak payah. Luna masuk dulu. Banyak sangat nyamuk kat sini. Dah. Bye!” Luna beredar. Kalaulah Abang Zaim tu nyamuk, dah lama dia lenyek-lenyeekk!! Kasi spray shieldtox, ridsect, bygone. Segalanya lahh!!! Kasi mampus. Wahh, beriya sungguh, dah plan nak bunuh nyamuk guna cara efisen dah si Luna ni.

*
Malam tu, Atok, nenek, Luna dan Dafi jalan kaki pergi surau kampung. Atok ajak sembahyang Maghrib sekali dengan Isyak berjemaah di surau. Zaim dah balik petang tadi, tak sempat nak jemaah sama-sama.

Selesai solat Isyak, mereka pulang ke rumah. Atok dan nenek jalan depan, Luna dan Dafi berjalan di belakang atok dan nenek. Dafi rembat baju melayu atok, dia rasa janggal pulak kalau pergi surau tak berbaju melayu. Sekali songkok. Ni sah macam first time jumpa Luna dulu. Cuma sampin je tak ada. Luna pulak rembat tudung bawal sape entah dalam laci bilik yang dia duduk tu. Tudung mak ngah agaknya.

“Errr awak kata ada benda nak bagitau. Apa dia?” tanya Luna dalam perjalanan.

Dafi mengeluh perlahan. Where do I begin? Dahi mengerut. Dia pandang langit. Bintang!

“Papa saya suruh saya uruskan projek dekat New Zealand.” Satu nafasa Dafi bercakap.

“Baguslah. Dapat experience.” Luna big grin. New Zealand?. Nice kot!

“Tapi…”

“He wants me to be there..”

“O..kayyy… ?” Luna masih tak faham.

“Saya kena pergi New Zealand..”

“Pergi jelah.”

“Saya pergi sana dalam 4 bulan…” dafi pandang Luna disebelah.

“Ohhh..” mendatar suara Luna menjawab. 4 bulan? Wow! Kiranyaa…

“Bila pergi?” automatic Lunaa soal. Pandangan kini menghadap langit atas, luas terbentang.

“Rabu, next week. As in, lagi 3 hari lagi.” Beritahu Dafi. Lagi 3 hari nak pergi, baru nak bagitau? Kenapa tak bagitahu awal-awal?

“Kenapa tak cakap awal-awal?”

“I tried to tell you that day, tapi tak tahu lah tak tercakap pulak. Sorry.”

“EH, buat apa nak sorry. Tak salah apa-apa pun.” Luna dah mula jalan cepat. Tak tahu kenapa.

“Sorry cause tak bagitau awal-awal.” Dafi keluh.

“No hal. Small matter lah..” dan secara tak sedar dah sampai rumah.

“Bestlah dapat rasa pergi Negara orang.” Luna cuba ubah suasana yang tadi rasanya muram.

“But, I wont be seeing you for 4 months.”

“Alaaa wont see me also can survive kan? Anyways, poskan saya kambing biri-biri yang comel kat saya nanti okay?” Luna dah panjat tangga rumah.

Dafi senyum bila dengar permintaan Luna yang tak berapa boleh nak ditunaikan.

“Nanti ada orang rindu.. awakk..” Dafi buat muka comel.

“Tak payah nak rindu la.” Tayang muka serius.

“Eleh, karang dia yang rindu orang baru tau.” Luna buat dek. tapi entah, rindu ke nanti? Haritu, kawan baik sendiri fly, ayah pergi outstation nearby Indonesia pun aku nangis bagai nak rak, niii... GD nak fly pulak. hmmmm.. entah!

WHATEVER!

*
Esoknya dalam pukul 11 macam tu. Diorang beredar. Sempat lagi atok tapaukan durian 2 guni untuk Luna dan Dafi. Mata masing-masing dah terbelalak. Kalau bawak hilux ke pajero ke tak pe gak, ni bawa kereta cenonet comel nak hangkut durian bagai. Aduhai. Nak kata tak nak, macam tolak rezeki pulak kan?

“Macam tauke durian pulak..”ujar Dafi semasa memunggah guni durian ke dalam bonet.

Dah selesai segala benda, barulah mereka berdua pulang. Tinggallah kampung halaman yang indah permai ni.

“Awak jalan dulu. Saya ikut belakang.” Luna mengikut arahan.

“Jangan bawak kereta macam makan angin okay,” pesan Dafi sebelum Luna masuk ke seat pemandu. Luna buat muka.

“Tahulah… lebuhraya speed limit 110km/h takkan nak bantai 30 km/h kot. berjanggut tak sampai KL.” Luna senyum sinis. Dafi geleng. Apa apa lah.

Lebih kurang setengah perjalanan, iPhone Luna menyanyi riang. Luna angkat.

“Hello?”

“Luna. Berhenti dekat. R&R Seremban kejap.”

“Asal?”

“Emergency…” terus talian diputuskan. Luna bingung. Apa hal lah pulak pakcik ni.

Sesampainya di R&R Seremban… Luna terus parking kereta sebab ada tempat kosong. Dia keluar menanti kereta Dafi tiba.

Tuuuu dia, dah sampai dah. Dafi parking sebelah. Luna tunggu. Kemudian, Dafi keluar dengan muka tak bermaya.

“Ada Vicks tak? Ke tiger balm ke?” Dafi picit kepala. Dia berjalan menuju ke arah Luna. Luna blur.

“Apasal?”

“Pening…” Lah kesian. Muka gila penat. Tak bermaya lagi. Alahhh, kesian! Luna risau. Boleh ke tak drive ni?

“Saya ada balm serai 3 je. Cuba try. Sapu kat kepala.” Luna hulur botol balm kaca pada Dafi. Dafi sambut. Cepat cepat Dafi sapu ke kepala. Sekali dia urut juga.

“Bau sikit balm tu..” suruh Luna macam mak.

“Taknak.”

“Bau!” dah keluar aura garang. Dafi sekadar menuruti arahan.

“Awak rehat kejap lah. Tidur dulu ke dalam kereta.. luar panas. Nak saya belikan apa-apa?” Dafi menggeleng. Serius kepala pening dek bau durian kot.

Luna ketuk cermin tingkap, dengan membawa aiskrim., cotton candy ditangan.

“Makan lah sikit. Orang kata kalau pening kena makan benda manis. Tu kalau saya lahh. Kalau awak entah. Nanti kalau pening lagi saya beli benda masam pulak eh?” Dafi senyum.

Lebih kurang 20 minit, Dafi ketuk cermin tingkap Luna mengarahkan dia menurunkan tingkap. Nak cakap!

“Kita gerak lah.” Beritahu Dafi.

“Sure?”

“Serius?”

“Yes.”

“Awak nak saya bawak durian awak tu ke? Nanti pening lagi…”

“Ha… no no. it’s okay. I’m fine already.” Luna jungkit bahu. Well dah dia cakap macam tu, aku no hal.

Dafi masuk kereta. Luna start enjin dan keluar.

“Time time ni lah aku nak pening kan? Tak macho langsung tahu. Haihh.. jatuh saham,” Dafi merungut dalam kereta.

05 August 2011

DSLR 8

Luna masuk dapur bila lampu dapur menyala. Tak elok jugak dah Subuh tidur balik kan? Apa kata tengok sunrise ke tolong nenek ke… menghirup udara segar ke? Kan? Kelibat nenek tak nampak lagi. Luna intai bilik nenek, nenek tengah baring kat katil. Sejadah dengan telekung berlipat di atas lantai. Baru habis solat agaknya. Biarlah nenek rehat dulu, kesian dia…

Luna kembali ke bilik, mengangkut laptop bersama. Dia balik semula ke dapur. Duduk dimeja makan. Luna switch on laptop.

ANGRY BIRDS!!!

Lama dah tak main benda alah ni. Nasib baik level-level yang seterusnya ni tak ada bikin naik angina satu badan. Geram jugakkan kalau main punya lama level not completed pulak. Aiyo.

Bunyi motor Luna dengar masuk ke laman rumah. Sah Atok lah tuh. Luna pun dah nampak Nenek dah keluar dari bilik. Pergi sambut suami dia baliklah tuh. Alalalala, comel! Luna sekadar tersenyum. Atok dengan nenek memang perangai macam baru lepas bercinta. Kalau nenek sapu laman rumah, atok pergi kumpulkan daun-daun kering kat laman tuh. Kadang-kadang siap bersuap bagai ni. jalan side by side. Tunggu jelah nanti kalau pergi mana-mana. Berdua aje. Pegang tangan pulak tuh. alahaii, sweet memanjang!

Atok dan nenek turun ke dapur. Ada bungkusan plastic dipegangnya.

“Ni atok ada belikan nasi lemak. Makanlah. Sedappp..” bungkusan nasi lemak dah singgah meja makan.

“Maaf lah Syirah nenek tak larat nak buat sarapan pagi ni. insyaAllah esok boleh..” ujar Nenek mengambil pinggan mangkuk.

“Eh tak apa lah nek… tok… Syirah tak kisah. Ada makanan makan, Syirah pun bukan selalu makan sarapan. Setakat minum air Vico sudah.” Luna tutup laptop.

“Tok, nenek nak air apa? Syirah buatkan nak?” Luna dah bangun dari kerusi.

“Buat teh susu je lah. Ye, awak?” Nenek minta pendapat Atok.

“Saya tak kisah. Saya laayaaannn je, bak kata FF.” Atok bersahaja. FF gitu. Kauuu Fara Fauzana pun atok aku kenal you. Awwwww~

Bunyi lagu Gee dari iPhone Luna dah kedengaran. Dia bergegas ke bilik. Nasib baik air dah siap.

“Hello?” Luna tak sempat nak usha siapa yang call terus angkat.

“Awak…” Luna tengok skrin. Ngeh! GD. Apa awal sangat nih?

“Ye GD. Awak nak apa?” Luna buka tingkap nak dapatkan line.

“Awak, saya nak jenguk awak kat kampung boleh?” dengan satu nafas Dafi menyampaikan hajatnya yang dia dah fikir sejak 2 hari lalu. Please say yes!

“Awak demam ke nak datang sini? Kenapa nak datang pulak?” Luna pelik. Macam-macam hal lah GD ni.

“Alaaaa, saya nak merasa jugak suasana kampung..” Dafi mintak simpati. Ni bukan mintak simpati, ni nak mintak kena bebel.

“Kampung awak mana?”

“Jauhhh… kat Perlis nun. Dengan kelantan. Tak ke utara dan timur sangat. Jauh kalau nak ke sana tu…” Dafi raih simpati lagi.

“Saya.. lagi jauuuhhh kat Melaka.” Luna tak nak kalah. Banyak kau punya jauh, setakat pecut 120 km/h 2 jam pun sampai.

“Alaaaa, melaka je kot. 2,3 jam dah sampai. Boleh lah Lunaaa.. please…” serius buang tabiat betul si GD ni.

“Awakk.. awak nak datang buat ape je. Nanti penat karang. Susah…” Luna bagi alasan.

“Saya ada benda nak cakap dengan awak.”

“Nanti awak bagitau dekat KL tak boleh?”

“Tak boleh. I need to see you.” Gesa Dafi.

“Esok dah Ahad.. isnin awak kerja kan? Lain kalilah datang…”

“Siapa kata saya nak datang esok? Nak datang sekarang lah.” Dafi buat surprise ala-ala nak minta penyepak.

“Awaakkkkkkkkk…!!!” Luna dah separa terjerit.
“Awak nak datang sini, harini. Today? Gila ke?”

“Kalau saya kata saya gila.. boleh saya datang? Boleh lah please…” pujuk Dafi lagi.

“GD…”

“Ajak lahh kawan tu datang… tak salah pun. Datang leeeee, kesian dieee.. suruh kawan tu datang..” Atok dah tercegat tepi pintu. Aik? Bila masa pulak Atok ada kat pintu. Macam pengawal pulak Atok, siap stalk lagi ni. adeh. Kantoi.

“Syirahhh, ajak kawan tu.. tak ada apenyee…” suruh Atok lagi. Luna pun dah tak tahu nak buat apa, so ikut sajalah arahan Atok.

“GD..”

“Yes?” Daf dah taruh harapan. Please say yes.!

“Fine… Awak boleh datang…” Atok pun dah beredar.

“Thanks! Kejap lagi saya sampai.. see you, awak.” Dafi dah ukir senyuman.

“Pandai-pandailah awak cari kampung saya ni okay.”

“Okay, saya suka sa…..ngat benda yang mencabar ni…” Dafi dah riak. Cis!

“Jumpa nanti.” Ujar Dafi sebelum mematikan talian.

“Awakkk…” panggil Luna.

“Hmmm…” sahut Dafi

“Drive elok-elok..” pesan Luna.

*
Nenek dengan Luna dah sibuk dekat dapur, siang ikan. Buat itu buat ini. Yelah, nenek nak masak yang sedap-sedap tetamu nak datang ni kan? Plan nya nak masak asam pedas ikan versi Melaka. Memang tangkap leleh punya masakan lah. Dengan cencaluk. Yummy. Sayur campur. Yang simple-simple je tapi memang syokkk habis.

“Abang Zaim kamu dah sampai mana, Syirah?” soal nenek sambil mengacau lauk diperiuk. Abang? Abang Zaim? Eh kejap! Shoot!!!!!!! Luna dah tepuk dahi, macam mana lah dia boleh lupa, abang Zaim pun nak datang harini. Sekali dengan GD. Alahaiii, nanti kot terjumpa. Habis! Habislah abang Zaim nak memerli menyakat. Uwaaaaaaaa!!!!

“Syirahhh..”

Luna tersentak.

“Errr, tak tahulah nek. Nanti Syirah telefon dia..”

“Telefon sekarang. Dah nak pukul 12.30 tuh. Boleh dia makan tengah hari sekali. Telefon sekali kawan kamu tu. Boleh makan sama-sama.” Memang nak pengsan kat situ je Luna bila dengar nenek kata makan sama-sama. Together with Abang Zaim dengan GD? Makkk! Nak balikkkk!!!!

Luna menurut kata nenek. Dia segera telefon abang Zaim.

“Abang Zaim kat mana dah ni?”

“Rindu ke?” sakat si Zaim. Haha.

“Ish, tak rindu pun. Baik rindu kat orang lain. Bluekk! Nenek tanyalahh. perasan sungguhlah abang ni..” Luna geram. Tak ada masa nak rindu abang lah.

“Dekat Tol Ayer Keroh.Kata kat nenek, Kejap lagi abang sampai.” Beritahu Zaim.

“Oh okay. Nenek masak asam pedas ikan! Dah bau semerbak dah ni..” Luna saja nak buat Zaim tak tahan. Dua beradik ni memang peminat asam pedas ikan, plus nenek buat. Memang terbaik dari ladang.

“Dah cukup. Abang nak drive ni. jumpa kejap lagi.”

“Baik.” Dan talian diputuskan.

*
10 minit kemudian,

“Syirah… kawan kamu dah datang ni…” laung Atok dari depan rumah. Luna yang ada dekat dapur tengah sediakan lauk pauk atas meja terus ke depan rumah. Kereta Volkswagen new beetle dah parking elok depan rumah kayu Atok ni ha... Luna berdiri depan pintu. Nampak GD sedang bersalaman dengan Atok.

“Pandai pulak pakcik ni cari rumah ni. dapat ilmu mana entah.” Luna cakap dalam hati. Atok dah mesra alam dengan GD, entah apa yang dia tanya entah. Luna sarung selipar. Dia pergi ke arah dimana GD dan Atok berdiri.

“Ni lah kawan Syirah yang atok suruh datang sini pagi tadi tuu..” Luna buat mukadimah. Dia pandang GD yang tengah senyum memandang atok. Since when GD…?

“Buat apa berdiri kat situ. Masuk.. masuk…” pelawa nenek dari pintu.

“Masuk.. masuk… Syirah… bawak kawan ni masuk. Kesian dia drive jauh-jauh..” tambah atok. Luna angguk. Atok dah masuk ke dalam. Luna dan Dafi masih ada di laman rumah.

“Pandai cari rumah.” Luna berada di tepi Dafi sementara Dafi tengah check bonet kereta.

“Saya kan pakar.” Dafi kenyit mata.

“Since when awak pakai cermin mata nih?” Luna bertanya. Nak kata eyesight si Dafi ni teruk, tak jugak sebenarnya.

“Since hari jadi saya semalam. Ada orang tu tak bagi apa pun dekat saya, saya pun belilah hadiah hari jadi ni kat diri sendiri. Sedih kan?” Dafi tuding jari pada cermin mata plastic yang dipakainya. Ayat tu macam tuju pada Luna pun ada jugak. Haha.

“Macam tipu je cermin mata ni..” Luna tak puas hati. Dafi buat dek.

“Kejap! Jangan gerak.” Luna dah macam polis gerak khas dalam tv. Luna jengket nak menyampaikan jari telunjuknya pada cermin mata Dafi. Kosong! Without lense punya cermin mata rupanya. Elehh..

“Fake glasses.” Cehhh. Luna cebik.

“Now we have couple glasses. Kan comel?” Dafi senyum indah.

“Siapa nak couple dengan awak?”

“Bukan awak ke? sejak haritu..”

“Bila?”

“Masa awak setuju nak berblind date dengan saya.. dah lupa.?”

“Dah lah.. Diamlah.” Luna peluk tubuh merajuk konon.

“Apa lagi yang berborak kat situ tu.. masuk Syirah! Ajak kawan tuh. Panas ni..” Nenek dah membebel.

Luna dah gerak kaki nak masuk ke rumah. Dia tinggalkan Dafi. Dafi geleng kepala. Beg nike galas dibawanya masuk ke rumah.

Selang 10 minit, bila Atok, nenek, Luna dan Dafi ada di meja makan..

Pinn pinn…

“Ha tu, Zaim dah balik agaknya.” Teka Atok.

“Pergi tengok, Syirah.” Arah Nenek. Luna bingkas bangun. Memang Abang Zaim balik dengan kereta Honda Civic Hitam.

“Zaim?” kata Dafi seorang.

“Ha’ah Zaim. Abang si Syirah. Lama dah dia tak balik sini..” terang nenek. Dafi mengangguk, tak pernah pulak dia tahu Luna ada abang. Dan tak sangka pulak boleh jumpa macam ni. memang dugaan.

“Ambil lauk pauk ni…” suruh Atok. Dafi sekadar mengangguk senyum.

“Eh ada tetamu harini kita tok?” Zaim dah menjelma kat dapur. Luna ada dibelakangnya.

“Ni haaaa, kawan si Syirah. Nak sangat datang. Atok pun ajak lah. Kesian dengar dia nak datang sini sangat. Si Syirah pulak macam tak nak mengajak.” Atok explain panjang lebar. Luna dah tak tahu nak letak muka mana. Segan! Zaim dah senyum evil. Dia bersalaman dengan atok dan nenek, kemudian join mereka makan bersama. Memang termakbul doa nenek nak makan sama-sama.

Zaim ambil tempat kosong sebelah Dafi. Baik punya posisi.

“Eh, Syirah. Kamu tak kenalkan lagi kawan kamu ni kat nenek..” Luna yang sedang teguk air kosong, berhenti. A’ah. Lupaaa…

“Ohh, ni Ghadaffi. Kawan Syirah kat KL.” Beritahu Luna. Nak tergelak Dafi dengar Luna. First time dia dengar Luna panggil nama dia sebenar, sebelum ni asyik GD saja. Katanya ringkas, yang nama panjang tu tergeliat nak sebut. Tadi tak tergeliat pun, lancar je..

“Tulah, si Ghadafi ni telefon Syirah pagi tadi. Beriya sangat Atok dengar dia nak ke mari. Tu yang atok ajak tu.”

“Terima kasihlah Atok, nenek. Ajak saya datang sini.” Ucap Dafi. Penuh tatasusila.

“Beriya sangat ye tok?” Zaim dah buat perangai jahat dia dah. Atok angguk.
“Nak jumpa sangat dengan si Syirah ni kot, tok. Tu beriya datang sini tu. Rindu lah tu agaknyaaa…” Zaim dah letuskan statement paling UMPHH. Dafi dah tersedak dah. Haha.

“Abangggg..” Luna dah sepak kaki Zaim. Nasib baik duduk depan-depan boleh balas jahat jugak. Dafi cepat-cepat minum air. Nak hilangkan tersedak tadi.

“Betullah abang cakap. Kan Ghadafi?” Zaim minta pendapat Dafi pulak.

“A’ah betul sangat. Sebab rindu saya datang sini…” selamba Dafi mengiyakan pernyataan Zaim. Zaim dan Dafi dah berhigh five gaya macam dah kenal lama padahal baru je duduk semeja. Pipi Luna dah merah. Malu lahhh, buat pengakuan berani mati tengah orang ramai ni.

“GD…” dia tendang kaki Dafi pulak. Tak payah nak romantic boleh?

“Nek… tengok Abang dengan GD. Diorang sakat Syirahh,” Luna mintak moral support dari nenek. Dah masam dah muka Luna dek kena sakat dengan Zaim dan Dafi.

“Udahlah tu, sakat si adik ni Zaim… tak habis-habis dari kecik lagi macam ni. dah dah.. makan…” ujar nenek.

Usai makan tengah hari, Luna tolong nenek kemaskan meja makan.

“Dah pergilah lepak kat depan dengan abang Zaim tu. Tak payah nak menyemak dekat sini, orang nak kemas.” Kata Luna garang, dia mengutip pinggan-pinggan yang ada di atas meja.

Mak aiii, garang lah pulak.

“Wahhh, rajinnya adik abang ni. Dah boleh jadi isteri orang dah. Pandai mengemas, dulu pemalas nauzubillah.” Amboi mengata depan-depan nampak ada kes terbaling pinggan mangkuk kat abang kandung ni karang. Dafi dah tergelak.

“Abangg…bisinglah. Pergilah duduk depan! Sibuk je kat sini..” suruh Luna. Zaim buat dek.

“GD, umur berapa?” soal Zaim nak tahu.

“26, tahun ni..”

“Oh, Luna 25. kira kau tua setahunlah,” Dafi angguk. oohh, masa nak menyakat mulalah nak ingat aku umur berapa kan? Selama ni lupa! Cis!

“Abanggggg Zaim…” Luna dah macam nak naik angin! orang suruh pergi depan lah!

“Cepat-cepat kahwin, boleh Luna panggil kau ‘abang’ jugak.” Dah terkena sekali lagi dengan Zaim. Dafi dah sengih. Luna dah macam naik gila bila Zaim buat statement berani mati tu.

“Dalam usaha lah ni…” tambah Dafi. Zaim dah sengih nakal. Boleh tahan penyakat jugak budak ni. bagus! Ada gang!

“Orang kata pergi depan lah!!!!!!!!!!” jerit Luna, dia dah tolak abangnya keluar dari dapur. Tak sanggup dah dengar Zaim buat gila lagi.

03 August 2011

DSLR 7

“Apasal tak ikut skema jawapan?” tanya Luna ketika menghantar ibu dan abah ke kereta. Suaranya direndahkan sedikit, takut takut ibu dan abah terdengar. Bukak kes lagi satu je nanti. Naya je!

Tuiittt ! Bunyi kereta Kancil versi baru.
Kening Dafi dah terangkat dua dua belah. Aihh, keluarga ni memang suka kereta kecil molek agaknya. Mak ayah kereta Kancil, Luna, kelisa. Abang dia pulak kereta apa agaknya.? Mini cooper?

“Kenapa ternganga macam nak bagi lalat masuk buat u-turn ni?” Luna lihat Dafi yang matanya tak berkelip.

“Tak de ape..” Dafi melambai tangannya.

Selesai, ibu dan ayah beredar…

“Awak tak jawab lagi soalan saya..”

“Apa dia?” Dafi urut leher. Adoi, sengal.

“Kenapa tak jawab ikut skema jawapan saya bagi semalam,” Luna tunjuk muka geram. Suka hati tukar nak kawin before end of this year. Entah jadi ke tidak pun tak tahu.

“Alaaaa, apa salahnya. Betul lah kan..” balas Dafi.

“Awak ni beriya sangat macam ye ye je nak kahwin..” Luna dah jalan laju.

“Laaaahh mestilah.. beriya nak kahwin dengan awak. Kenapa tak boleh?” Dafi mengikut rentak langkah Luna.

Luna diam. Yo yo o je GD ni. Saja nak pekena aku tak kena statement.

“Tak ada lah…” langkah kembali perlahan.

“So nak kahwinlah dengan sayaaa ehh??” Dafi kelip-kelip mata. Buat muka comel.

“Tak ada laaaahh…” Luna jalan cepat lagi.

“Then? Awak ada orang lain?” Dafi ikut jejak langkah Luna. Luna cepat dia pun jalan cepat.

“Tak ada laaaaahhh…”

“So kahwin dengan saya lahhh kan?” Dafi soal lagi.

Luna berhenti. Apek tepi jalan beri dia flyer. Siap cakap, “wah amoii.. manyak laju jalan.. nah ini ade walkathon minggu tepan. Datang tau, gerenti lu menang punyeeee… ada menang piala pusingan, nanti menang lu kasi pusing itu piala berpusing-pusing sebab die piala pusingan lorh. Haha. Apa yang gua cakap ni? gua pun tara tau” Apek tepuk dahi. Dah melalutlah tuh.. Penuh harapan dia berharap Luna menang tuuu.. Luna ambil flyer. Dafi pun dapat jugak. Terbaiklah apek, pandai interframe dalam masa genting tadi tu.

“Lunaaaa…” panggil Dafi.

“Apeeeeee??” Luna toleh belakang. Mengada sangat kenapa ni?

“Luna.. kita… kahwin?” muka serius Dafi dah ditayang. Takkan menggila nak buat propose depan orang lalu lalang sebelah apek edar walkathon punya flyers. Segan. Malu. Tapi keberanian tu macam tinggi pulak lepas nyanyi lagu adoi mak minah tadi. Haha.

Luna dah jatuh rahang. MAAAAAAAAAKKKKKKK! Eh silap tak ada siapa pulak nak menyahut karang. IBUUUUUUU!!! Rasa nak menjerit!

“Awak saya nak balik.” AH segan betul dapat statement macam tadi. Langkah makin laju. Apa straight to the point punya percakapan lahh…

“Balik??” Dafi terkejut.

“Ye.” Jawab Luna tidak menoleh kebelakang. Meninggalkan Dafi. Dafi dah mula kejar. Memang macam babak Hindustan punya situasi.

“Kita baru je jumpa.” Dafi dah ada sebelah Luna mengiringi.

“Saya nak balik lah..” mendatar suara Luna. Entah kenapa. Tak tahu nak bagi reaksi spesies apa.

“Dah 2 minggu tak jumpa. Kejap lahh..” pujuk Dafi. Sejak bekerja semula dengan papa. Busy sikit. Nak jumpa pun susah. Luna pulak sibuk appointment dengan student sejak exam pun dah nak start.

Luna mula perlahankan langkah.

“Saya nak baliklah GD. Okay?” Still nak balik? Serious? Tadi beriya nak jumpa GD sekarang nak balik. Betul? Ke sebab ayat penyata serius yang Dafi bagi tadi sebab tu nak balik.

“Sorry if I said something stupid tadi.” Dafi sedar. Dafi senyum segaris.

Kesian pulak tengok Dafi ni.

“Chill.” Jawab Luna sepatah.

“Bagilaaahh jawapan yang buat saya rasa tak bersalahsikit, boleh?” Dafi dah rasa bersalah bila dengar jawapan satu perkataan dari Luna. Aduhai.

“Nanti… saya nak kahwin dengan awak, saya bagitau awak, boleh?” ujar Luna tenang. Dafi senyum. Lega. Phewww.

“Okaylah awak, nak balik dah ni.”

“Saya rindu awak lagi nanti.” Dafi dah kenyit mata mengusik.

“Mengadaaaaanyaaaa…” Dafi sekadar ketawa.

“Take care! Drive elok-elok.” pesan Dafi apabila Luna mula beredar. Luna hanya senyum segaris. Macam-macamlahh…

*
=> Awak, jom jumpa.
<= Eh tiba-tiba je ni. asal?
=> I tell you later. Urgent.
<= Ohkay. Kat mana?
=> Saya ada kat bawah ni. saya tunggu.

Mana tak menggelupur, bila Dafi dah cakap dia ada kat bawah tunggu Luna. Luna hanya tukar baju t shirt yang elok sikit dan berseluar jeans. Getah rambut hanya sempat dia gelangkan. Dan hanya berselipar saja. Siap pintu rumah dikunci dia bergegas turun.

Luna buat muka tanda soal? Dahinya dah berkerut. Dafi diam. Dia buat isyarat masuk dalam kereta. Luna hanya menuruti. Apa cerita entah si Dafi ni.

“Diam je? What’s up?” Luna dah makin curious nak tahu. Dia tanya juga bila traffic light dah warna merah.

“Lama tak jalan..”

“Serious?” macam ada yang tak kena ni…

“Not really..” Dafi dah mula nak bagi hint.

“Then?”

“I tell you later, okay…”

Akhirnya mereka berhenti jugak. Kat mana? Tutti fruitti baik punyaa.. nak cool kan diri punya pasal. Option terakhir Tutti Fruitti je yang ada area sini.

“GD GD baby baby baby..” Luna start nyanyi irama lagu Gee. Luna cuba meriahkan suasana, sejak Dafi tak cakap apa-apa pun dari tadi. Luna senyum. Dia dapat lihat Dafi sekadar bagi reaksi muka serius.

“Apa niii…? Ajak orang keluar. Dia pulak diam je. Ada emas dalam mulut eh?” Luna dah menyuapkan yoghurt perisa epal ke dalam mulut.YUM YUM.

“Minggu depan harijadi saya.” Dafi dah tukar mood.

“Ohhhh.. okay. Bagus. Dah tua dah..” Luna senyum evil. Dia bertepuk tangan.

“Tu jee.?” Dafi mula monyok.

“Dah tu?”

“I was expecting you to do a surprise birthday party ke..” Dafi tayang sengih.

“Lahhh, if you were expecting that. Then no more surprise lah GD. Aiyohh,” Luna meneruskan suapan.

“So, bagi present tau.” GD pesan. Memang tak malu sungguh.

“Nak saya bagi…” Luna dah siap nak beri jawapan cupcake.

“No.. not cupcake again.” Luna pandang Dafi. Kening kanan terangkat.

“Tak nak cupcake?” sejak Luna pandai buat cupcake, setiap kali Luna bake cupcake, ada lah satu dua dia bagi pada Dafi. Suruh rasa, suruh kritik. Naik muak dah. Woooppsss!

“Heee.. bukan tak nak.”

“Fine..” Luna buat muka. Ohh tak nak ye? Okay.

“Alaaa some other day lah boleh? Nanti saya gemuk pulak asyik makan cupcake awak..” Biarlah gemuk! Hahahah.Luna dah terleka dengan kesedapan tutti fruitti.

“Minggu depan ada hal?” Dafi tanya lagi. Luna berfikir.

“Next week.. saya balik kampung jumpa nenek dengan atok.” Baru Luna teringat yang dia dah janji dengan nenek dan atok. Dafi nganga.

“Which means, you wont be around lah?” Luna angguk. Lama tak balik jumpa nenek, atok. Lama tak rasa masakan nenek!

“Sedih nya.”

“Tak payah nak sedih sangat lah. Macam lah saya sorang je kawan awak kat dalam dunia ni.”

“You’re the one and only.” Dafi masuk mood jiwang karat. Siap dengan aksi tangan lagi. Wah wahhh..

“Mengada… Bad tu ada. Siapa lagi. Kawan-kawan dekat company tu. Tak pun awak pergi buat kawan baru sempena hari jadi awak tu. Lagi berfaedah.” Balas Luna.

“Awak kawan dunia akhirat. Hidup mati.” Dafi tayang muka penuh kasihan.

“Cuba cari kawan lagi satu yang macam tu…” Luna sakat. Dafi buat dek.

“Tu jeke nak bagitau…? ajak saya keluar ni?” pelik jugak. Tadi beriya kata urgent ni macam tak urgent mana je..

“Haaaaaa..” lambat-lambat Dafi jawab.
Chehhhh.

“Serius?” soal Luna minta kepastian.

“Tak lahh dua rius.” Selamba Dafi cakap. Lawak sangat lah tu! Ada jugak yang buat accident tak sengaja baling plastic cup tutti fruitti ni telangkup atas kepala si Dafi ni.

Dalam hati Dafi saja tahu.. entah bilalah dia nak bagitahu Luna yang dia…

*
Luna dah pasang CD lagu ‘Balik Kampung’ nyanyian Sudirman sejak memulakan perjalanan. Entah kenapa, saja. Nak kata raya dah nak datang, tak jugak. Saja ambil mood. Jalan Durian Tunggal di ambilnya. Meluncur laju kereta Kelisa warna kuning tu di atas jalan.

“Nenek, tak payah lah susah-susah masak. Syirah dah makan kat R&R dah,” pesan Luna. Dengan nenek dia bahasakan diri dia Syirah. Nenek kata, tak minat dia nak panggil Luna, maka Syirah jadi alternative.

Tapi nenek ni kadang-kadang kalau dia happy sangat cucu dia nak datang. Dia masak juga. Yang si cucu pulak kata je tak payah masak tapi bila nenek dah masak, beriya pulak membaham nya sorang-sorang.

 Happy Birthday GD!  May you have many more. Have a blast.

Luna sekadar memberi mesej pada Dafi, nak call tadi tak diangkat pulak. Sibuk agaknya. Biasalah. Sorry lah GD, tak dapat nak bagi surprise. Nak belanja makan pun sempena harijadi tak dapat jugak. Nanti balik lah ye, kalau nak treat ke ape.

Pinnn! Luna bunyikan hon. Nenek dah keluar dari rumah kayu Melaka tu. Atok tak nampak bayang. Motosikal atok pun tak ada. Keluar agaknya.

3 hari dia lepak kampung. Hooray!

“Nenek sihat?” Luna sambut tangan nenek. Dah selesai peluk cium semua.

“Sihat. Abang Zaim? Tak datang?” Nenek dah tertengok-tengok dalam kereta. Memang harapan lah Abang Zaim nak naik kereta ni. kena kutuk ada lahh..

“Abang Zaim tak datang. Ada hal kot. Dia busy sikit.” Beritahu Luna. Dan mereka masuk semula ke rumah. Rumah kayu ni sejuk-sejuk best je kalau nak tidur. Haha. Luna letak beg dalam bilik yang sejak azali kalau balik kampung mesti tidur situ. Nenek dah ke dapur.

“Atok mana nek?” Luna dah turun ke dapur.

“Oh dia tadi ke surau. Tak balik lagi tuh. Kejap lagi sampai la tu agaknyeeee..” Luna angguk. Dia dah tawaf satu dapur. Macam ada cari sesuatu. Yey! Rambutann!

“Nenek, dapat mana rambutan?”

“Kebun lahhh mana lagi.. ada kebun kita makan lah buahnya Syirah,” Luna terlupa yang nenek dan atok ada kebun. Eheh. Luna dah siap kopek kulit rambutan terus NGAP. Manis! Sedappppp!!!!

“Durian dah masak ke nek?”

“Entah lah. Esok, atok nak ke kebun tengok durian katanya pagi tadi. Bolehlah, kamu ikut sekali esok.” Luna dah senyum riang. Wah, boleh cuci mata tengok durian, kot bernasib baik boleh makan durian ke kan? Mahsyuknya balik kampung macam ni.

Pinn pinn..

“Haaa.. tu atok dah balik. Pergi sambut. Tadi dia gembira sangat kamu nak balik sini.” Suruh nenek. Luna menuruti kata nenek. Atok ku! Sudah lama tidak ketemu! Luna dah berdiri depan pintu. Atok baru je turun dari motosikal.

“Atok!!!” laung Luna dan dia mendapatkan atok. Dia salam atok. Atok senyum segaris.

“Ni anak sape ni?” usik Atok bila Luna selesai bersalam dengannya. Luna cebik. Atok niiii.. nak buat lawak pulak tanya anak sape. Dah sah sah cucu dia depan mata ni. Anak encik Alias cucu Haji Darus. Aigooo!

“Anak kambing..” saja Luna melayan.

“Baguslaaahh. Pergi makan rumput nun.. dah makin tinggi dah tu. Atok tak larat nak tebas.” Atok usik lagi.

“Atokkkkkkk…” rengek Luna.

“Alah. Atok gurau je. Meh masuk..” Atok ajak masuk. Dia tanggalkan selipar usang. Luna nampak atok bawak plastic kuning.

“Masuk leeee… atok ada belikan putu piring ni. cepat masukkk..” suruh Atok. Luna dah senyum lebar. Atok memang terbaik. Menepati cita rasa cucu dia. Yeayyy! Sampai saja di dapur lekas lekas Luna masukkan putu piring tu ke dalam pinggan. Nyum nyummm!!!

“Terima kasih atok!” ucap Luna sambil mengunyah putu piring.

“Syirah, kamu ni gaya tak makan sebulan je, nenek tengok. Kus Semangat!” Luna angguk. mana nak dapat makanan macam ni kat KL. Sedap pulak tu. Heaven!!! Luna nak buat jahat. Dia capai iPhone, nombor abang Zaim didailnya.

“Abanggggggkuuuuuuuuu…”

“Apahal sopan sangat kau ni?” Zaim naik pelik. Luna jelir lidah. Ceh bajet abang dia nampaklah tuh?

“Guess what??”

“What?”

“Luna kat kampunggg Melaka!!!”

“Balik kampung tak ajak!” Zaim buat-buat merajuk.

“Eleh, orang tu sibuk memanjang jeee…” Luna perli.

“Where got busy?”

“Guess what I’m doing right now?” Luna macam main permain Guess Guess.

“Apa diaaa?” Zaim teruja nak tahu.

“Luna makan putu piring!!!!! Wohoooo~ jangan maraahh.” Luna dah bantai gelak evil mengenangkan muka Zaim yang mesti tengah geram sebab dia tak dapat merasa keenakan putu piring sebab dia pun minat jugak. HAHAAHAH.

“Mengadaaaaa…”

“Like I care…” Luna dah buat muka jahat.

“Abang tak kira. Abang datang esok.”

“Eh eh… tak payahhhh…”

“Taknak. Abang nak datang jugak.” Dah macam budak-budak pulak budak 2 orang ni. tanpa disedari, Atok yang tadi curi dengar rampas iPhone Luna.

“Assalamualaikum, Zaim.”

“Oh, waalaikumusalam. Atok… apa khabar?.”

“Baik.. baik. Kamu tak balik sini ke?” tanya Atok. Luna dah geleng kepala bagi isyarat pada Atok suruh jangan abang Zaim balik.

“Esok saya balik tok.”

“Haaa.. bagus bagus. Esok kamu sampai pukul berapa?” Luna tepuk dahi. NO!

“Lebih kurang pukul 11, 12. macam tu..” Atok angguk. Luna mula menuju ke arah nenek. Membawa hati yang luka. Haha.

“Kamu dah pandai masak apa Syirahh?” soal Nenek sebaik sahaja Luna sampai.

“Err.. pandai buat cupcake je nek..” nak kata pandai masak tak berapa sangat. Setakat benda yang simple plan boleh lah.

“Apa dia?” nenek kurang dengar.

“Cupcake..”

“Apa ke pelik namanya. Macam siam je. Ada kap kap…” ujar Nenek. Luna dah tersengih. Nenek.. nenek..

“Cupcake nek, tu dalam bahasa Inggeris. Kalau bahasa melayu.. errr.. kek cawan.” Janggal sangat pulak aku dengar orang panggil kek cawan. Apa-apa jelah.

Selesai sahaja Atok bercakap dengan Zain, Atok bagi balik iPhone Luna.

“Apa ke lebar sangat handset kamu ni Syirah. Rasa macam cakap dengan sabun buku je…” Sempat lagi Atok bergurau. Luna bantai gelak. Sabun buku hamendenyaaaa mahal kot bende alah ni!

31 July 2011

DSLR 6

Mesej masuk. Nama GD tertera. Aish. Tangan dah penuh tepung ni. Muka pun dah comot macam opera Cina. Tepung tompok sana sini.. Balas jelah, kesian pulak. Luna membasuh tangan.

 Assalamualaikum. :)
Waalaikumusalam. :)

2 minit kemudian…

 Lah jawab salam je?
 Dah tu? Awak bagi salam. Saya jawablah. :D
 Awak buat apa? =D
 Buat cupcake.
 Wow.. nak rasa! Cupcake satu untuk saya.
 Tak boleh! First time try. Sure tak sedap.
 Alah, I don’t care, I want one.
 This cupcake cannot be consumed yet.
 Alaaaa, can lah! Pleaseee.. B)
 Tunggu saya expert dulu laaa…
 Please Lunaaaaa… please…
 Cannot lah GD.
 Tak pelah. Apalah nasib saya tak dapat rasa cupcake awak tuh… :(
 Merajuk ke? :P

Mesej Luna dibiarkan tak berjawab. Saja Dafi menduga. Kotlah Luna tukar fikiran.

“Aikkk? Tak menjawab pulak GD ni. Merajuk mehhh?” Luna usha, tiada mesej baru. Alahhhh, mengada pulak! Apa patut aku buat? Rasa bersalah pulak diri ni.

Handphone Dafi bergegar atas meja. Dafi yang tadinya sibuk membelek kamera DSLR kini bergegas mencari handphone.

Yes! Mesej! Dari…

DANG! CELCOM OFFER! Spoiler… HAHAHA. GOTCHA! Dafi buat muka menyampah. Punyalah tadi berseri-seri muka ingat Luna bagi mesej tapi celcom pulak mencelah.

Dafi letak kembali handphonenya di atas meja. Ia bergegar lagi. Dafi buat dek. Kecewa dengan celcom. Haha. Emo lah pulak.

“Ish, takkan tak dapat mesej aku kot?” Luna monolog dalaman. Luna dah letak icing atas cupcake. Yeay, dah lawa. Tapi,.. GD??

Lagu Party Rock Anthem bergema diruang tamu.

“Hello.” Suara Luna dihujung talian.

“Hello.”

“GD?”

“Yes.” Jawab sepatah.

“Awak marah?”

“Tak.”

“Merajuk?”

“Maybe…”

“Alaaaa, tak best laahhh. Jangan lah merajuk...” pujuk Luna.

“Apa yang tak best nya?”

“Errr tak best lah.”

“Not a concrete reason.”

“Awak, kita jumpa! Saya bagi awak rasa cupcake saya nak?” Luna cakap dalam satu nafas. Punyalah lama dia reka ayat tu depan cermin tadi. Pelbagai tone suara dia cuba.

“Miss me huh?” Dafi senyum evil.

“Nak rasa tak nak ni? saya cancel karang..” Luna gertak. Orang suruh dia rasa cupcake, jump to conclusion yang orang rindu dia pulak. Tak ada masa okayyy..!

“Eh ehh nak nak!”

*
Lensa DSLR dihalakan ke sana sini. Tangkap gambar Masjid Terapung. Gambar jambatan. Indah! Sangat!

Pin!

Kereta kelisa comel warna kuning tiba. Haha. Comel sangat. Beetle bertemu kelisa. Kalau nak fikir logic, beetle ni kumbang. So kalau diorang jumpa ikan kelisa makan kumbang lah kan? Okay, ini tak masuk silibus cerita ni. abaikan!

“Lama tunggu?” tanya Luna bila keluar dari kereta. Dafi geleng. Luna mengambil kotak pink dari tempat duduk penumpang sebelahnya. Dafi menghalakan lensa kamera ke arah Luna. There you go! SNAP.

“Awak tak ada kerja lain eh?” Luna tanya. Tak menyempat 5 minit aku sampai, sibuk dengan kamera dia tu nak ambil gambar.

“Latecomers.. kena ambil gambar dia sebagai bukti datang lambat.” Dafi tunjuk gambar.

“Delete. Buruk.”

“Lawa.” Dafi jawab selamba. Luna dah buka kotak yang dibawanya. Ta-da! Ada 4 cupcake tersedia didalamnya.

SNAP. Gambar cupcake Dafi ambil.

“EH.. ehh...” Dafi capai cupcake yang bertulis GD. Dafi pandang Luna. Buat muka tanda soal. Need an explanation.

“Errr, saja.”

“Saja?”

Luna angguk. “Semalam… tak ada idea. So sebab tu tulis GD pulak. So there you have it. Lawa tak?”

“Lawa tu memang lawa.. sedap ke… tidak?” Dafi angkat kening. Cupcake terus masuk ke mulutnya.

“So…Sedap tak?” Luna tunggu respon dari Dafi.

“Mmm… not bad.” Luna senyum puas. Jyeahh berjaya! 2 orang dah puji. Sorang Aina sorang GD. Ha, lepas ni boleh buat business cupcake. Hehe.

“Ni ada lagi 3, semua awak punya.” Luna tayang lagi 3 cupcake yang ada dalam kotak tu.

Nasib baik tak tersedak si Dafi yang tengah mengunyah cupcake tadi. “Semua saya punya? Biar betul?”

“Yalah. Haritu awak yang nak sangat rasa kan. Now, ada 3 lagi peluang awak boleh rasa.” Balas Luna. Dafi sekadar mengangguk. Nak sangat rasa kan? Hambik kauuuu……

Petang tu, angin bertiup just nice. Rambut Luna dah ditiup angin. Menggerbang sana sini. Lupa tadi nak ikat rambut. Nak cepat punya pasal. Luna lekas menyikat balik rambutnya menggunakan jari. Ni apply cara Rejoice. Guna jari pun boleh. Tak gitu?

“Apa yang best sangat tangkap gambar ni?” random Luna menyoal. Sejak tadi, leka si Dafi menangkap gambar pemandangan di Putrajaya ni.

“Pictures are more memorable kan? Capture every moments you have. Macam sekarang. Saya. Awak. Putrajaya. It’s not like we’re having this kind of moment everytime kan? So kena appreciate every single thing. Even the little ones jugak.” Penuh semangat Dafi bercerita.

Macam kelakar bila fikir balik cara diorang berjumpa. Tak masuk akal pun ada jugak. Maybe coincidence? Takdir. Tapi entah macam ada attraction yang boleh jadi kawan sampai macam ni.

“GD…”

“Yes…?” selesai 50 gambar dia ambil hari ni. Dafi lihat wajah Luna sekilas.

“Kalauuu… errr…”

“Apa?”

“How to say aaahh??”

“Cakap jelah. Bukan saya buat ujian lisan pun..”

“You know we met based on my ‘blind date’ tak berapa nak jadi tu… to find my boyfriend –to-be kan? And maybe kot kahwin..” Dafi angguk. Dia tekun mendengar lagi apa yang nak disampaikan oleh Luna.

“So now, you are my boyfriend to be kan? But Kita tak tahu kalau this is it ke …apa kan? Maybe you might find someone else ke ape ke..”

Dafi diam lagi.

“So what if it goes the other way round. Not like we thought it would be? How?” Luna mengeluh sebaik sahaja menghabiskan pertanyaannya. Dia pandang Dafi yang sedang menutup lensa kamera.

“In that case, we will be like normal friends kot. I know you. You know me. If one of us has someone else in the future, we stay as a friend lah. If you found that someone, I guess you already have an experience. Wont be your first time anymore kan? Dah terer laa kiranya.. So macam tu lah kot…” Dafi lemparkan pandangan ke langit. Cepat cepat dia menangkap pemandangan awan di langit.

“Hmmm…” Luna sekadar memberi respon

“Chill. Everything will be fine..insyaAllah.”

*
“Ghadaffi, kerja apa?” soal Puan Liza yang duduk sebelah Luna. Puan Liza ialah ibu Luna!

“Kerja arkitek.” Dafi terus hirup teh tarik habis je ibu Luna tanya soalan tadi. Entah apa nak ditakutkan pun tak tahu lah.

“Berapa lama kenal Luna?”

“Adalahh 3 bulan…” Luna sepak kaki Dafi. Adoiiii! Luna dah terkumat kamit

“Eh ada lah 3 tahun, 2 tahun macam tu.”

Puan Liza mengangguk lagi. “Ayah kamu mana ni Luna? Sesat ke?” Luna angkat bahu. Mata dah mencari-cari ayah kesayangan.

“Tuuu..” Luna memuncungkan mulutnya.

“Assalamualaikum.” Encik Alias dah ambil tempat duduk sebelah Dafi. Makin menggeletar lah lutut si Dafi tu.

“Waalaikumusalam.” Sebagai seorang anak muda yang bertamadun, haruslah bersalaman dengan orang yang dewasa.

“Haaa… bila nak kahwin ni? ayah dah tak sabar dah ni?”

OH MAK. Luna dan Dafi masing-masing dah tersembur separuh dari air minuman yang diteguk mereka.

“Eh awak ni, apa gelojoh sangat tanya pasal kahwin.” Encik Alias hanya berbalas senyuman dengan Puan Liza.

“InsyaAllah before end of this year kitorang kahwin, ayah.” Deng! Kena lagi tendang. Dafi dah tahan sakit. Kan dah kena! memandai betul buat jawapan sendiri. Kan semalam dah bagi skema jawapan! Fail laaa. Panggil ayah, ayah some more, memang fail!

“Wah. Baguslah. Si.. siapa nama?” Ayah ni lagi satu dah lah tak tahu nama GD ni apa, pun boleh setuju nak kahwinkan anak dia dengan GD. Aduhhhaii.

“GD. Eh silap. Ghadafi.”

“Haaa, elok sangatlah tu.. dia pun macam dah tak sabar lagi. Siap panggil ayah, ayah lagi ni haaa..”usik Encik Alias.

“Ayaaaahhhhh…” Luna dah merengek. Ni punya GD punya pasal. Nah hambik. Tendangan terakhir.

“Adoooiii…” Dafi gosok lutut yang menjadi masa tendangan Luna. tak sempat dia habiskan ayat, 3 pasang mata dah menghala ke Dafi. Terpaksa tukar skrip, bantai apa yang ada terlintas diminda.

“Apa yang adoi nya ?” soal Puan Liza. Tiba-tiba je,

“Adoi, mak minah sayang, mak minah kaki temberang waduh indah waduh lawa..” okay dah macam lagu celup indon pun ada, siap tukar lirik, amboi jadi adoi. Nak kata gaya bagi ucapan ada jugak. Muka serius, tak berirama, tak berlenggok masa nyanyi lirik tadi.

“Hahaha. GD memang suka nyanyi tengah orang ramai. Katanya nak improve confidence level. Biasalah, dia ni luar biasa sikit…” Celah Luna. Yo yo o nak tingkatkan keberanian. HARAM JADAH nak buat macam tu kan… depan bakal mak dan ayah mertua.

27 July 2011

DSLR 5

Luna tengok jam tangan. Oh dah cukup-cukuplah aku buang masa dengan 3 orang calon. Masing-masing tak ada yang berkenan di hati. Sorang hip hop terhenjut henjut kepalanya.. dah tadi aku berjangkit sama., sorang gentleman yang tak berapa nak disenangi, ni mamat baru lepas majlis kawin sape entah dia datang. Dah lah, Masa untuk pulang!

“Oh before I leave. Gambar saya please…” Luna tadah tangan. Dengan muka yang straight gila, serupa mintak hutang.

“Gambar tu semua dekat rumah. Saya bagi esoklah.” Dafi lap mulut guna napkin. Tak menyabarlah minah ni, ingat aku nak bawak sangatlah gambar dia tu ke hulur ke hilir?

“Awak ingat, saya nak hangkut ke gambar awak tu ke sana sini? Jangan nak perasan lah.” Terlepas juga dari mulut Dafi. Luna senyap.

Dafi pun dah mula berjalan keluar.

“Esok jumpa?” Luna ikut belakang.

“Ye esok. Esok.. awak ada date dengan saya pulak. Okay?” Dafi melambung lambungkan kunci.

“Kan tadi dah?” Serabuut serabatlah nak berdate-date ni.

“Tu saya on behalf kawan saya, dia ada hal. Saya Cuma tolong kawan je. So, esok date dengan saya okay. Tunggu dekat hotel Hilton. I’ll pick you up kat sana.”

HISH, buang tenaga aku je. Rupa rupanya ganti kawan, apa kau ingat ni method substitution ke? Kalau tahu tadi, baik balik rumah main angry birds.

“Awak nak tumpang cakap jelah..” ujar Dafi yang lihat Luna dari tadi ikutnya saja.

“Eh mana ada. Saya nak tunggu kawan ni.” segera Luna stop.

“So esok date dengan saya kan?”

“Bukan ‘date’ tapi jumpa,” Luna betulkan ayat Dafi.

“Awak tunggu kawan mana ni?” tanya Dafi sebelum beredar.

“Kawan saya lah. Awak kisah kenapa?”

“Mestilah saya kisah, nanti kalau ada orang culik ke? Nanti last person awak jumpa, saya! Nanti pak polis datang cari saya pulak…” Eh eh menjawab suka hati pulak mamat ni.

“CHoooyy.” Balas Luna. Main culik-culik pulak. Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah hambamu ini.

“Kalau awak tumpang saya, boleh straight pergi masjid. Kahwin terus, nak?” sakat Dafi. Aku dah siap pakai uniform nak kahwin ni. kan senang gitu..

“Tak boleh. Kena jumpa abah dulu. Kena ada wali.” Luna jelir lidah. Menggedik geduk nak kawin pulak mamat ni.

“Fine. Nanti kenalkan abah awak dengan saya.”

“Dahlah GD. Pergi balik lah.” Malas dah Luna nak melayan. Menjadi-jadi si Dafi ni.

“Okay, see you.” Dan Dafi berjalan pergi. Entah mana lah dia parking kereta.

“Drive elok-elok.”

*
Nak jumpa dekat Hotel Hilton? Apa ke high class sangat tempat perjumpaan ni pun. Macam nak jumpa datuk, tan sri, puan sri, tengku, raja bagai ni. Luna geleng kepala. Mana pulak si GD ni? Dia tengok jam. Alahai, aku yang bersemangat datang awal apa pasal. Tunggu je lahh…

“Luna!”

Luna berpaling.

GD tengah berjalan ke arahnya. Dia berjalan cepat.

“Bak gambar saya. Saya nak balik dah ni.” Pinta Luna.

“Aikk balik dah? Kata nak date dengan saya…” tak menyempat-nyempat dah nak balik pulak.

“Sape kata saya nak date dengan awak? Awak yang nak date dengan saya ada lahh…” Luna betulkan cermin matanya. Hari ni dah tak pakai contact lense. Cukuplah semalam dah pakai. Taubat, susah nak keluarkan balik contact lense tu.

“Macam seronok je awak dapat date dengan sayaa.. ni..?” Dafi bagi senyuman menyakat.

“Cepatlah bagi balik gambar saya..” Luna buat tak dengar dengan pertanyaan Dafi. Luna dah menadah tangan.

“Kita pergi tengok wayang dulu nanti saya bagilah…” bagitahu Dafi.

“Kenapa pulak nak tengok wayang?”

“Kata ‘date’ mestilah tengok wayang…”

“Oh ehh?” Luna blur. Manalah dia tahu, first time ever ni. Orang ajak tengok wayang, nak nak lagi, lelaki. Sebelum ni pergi dengan kawan perempuan je.

“Takkan tak tahu kot.” Luna geleng kepala. Alahai, awat tak habaq!

“Laaaa… haaa… tak pe saya ajar awak macam mana nak dating okay? Dah, jom!” Dafi mengajak Luna yang berdiri tak bergerak tuh.

“Yang awak gaya buat kawad static kat sini kenapa?” Dafi pelik.

“Kita nak pergi mana pulak ni?” soal Luna.

“Kita tengok wayang lah cik adik sayang.. kat Midvalley.. naik kereta saya.” Tenang wajah Dafi. Ni minah ada sound problem ke?

“Saya boleh naik kereta sayalah.” Luna peluk tubuh.

“Tapi awakkk… kalau dating, naik kereta sebuah je. Tak payah nak ber buah buah. Bukan nak buat rombongan pergi meminang awak lagi Luna. Sabar ye… dah jom lah.” Ajak Dafi. HAHA.

Dah. Luna pulak yang terkena. Fine naiklah kereta dia. Luna mengekori Dafi dari belakang.

Sampai je di tempat letak kereta,

“Kereta awak ke ni?” Luna pandang kereta yang berkelip warna bila Dafi menekan remote kereta. Dafi angguk.

COMEL NYA ! Volkswagen New beetle depan mata! OHHH MY GAAWWWD! Warna putih, suci bersih. Wahhhh.. Luna dah senyum lebar.

“Cepatlah. Nanti sesak pulak Midvalley tu.” Luna bergegas masuk ke dalam kereta.

“GD!” panggil Luna.

“Hmm..” Dafi sekadar menyahut.

“Kereta awak comel lah!” Luna tarik seat belt.

“Tuan kereta ni comel tak?” Dafi bagi umpan.

“Tak. Tapi kereta ni comel gila!!” Sangat tidak berperasaan Luna membalas pertanyaan Dafi. Chehhh! Maaflah Luna ni tak makan umpan.

Dafi start enjin. Dafi mencari sesuatu di bawah seat kereta. Ha. Jumpa!

“Nah.” Dafi bagi batang besi. Luna sambut. Mak aih, berat!

“Kenapa pulak ni?”

“Safety comes first kan? Nanti kalau ada penyangak awak hentak je dengan benda ni confirm masuk hospital. Kalau awak tak percaya saya pun.. boleh hentak dengan ni.” Terang Dafi.

“Oh ye? Saya tak ada pun benda macam ni dalam kereta.”

“Serious? Nanti saya bagi awak yang ni.” Kenapa baik sangat ni…

“Eh? Nanti awak punya dah tak ada..”

“Tak pe. As long you’re safe..” GD kata bersahaja.. Luna tak tahu nak bagi reaksi apa. Tersentuh? Agaklah… erk!? Dafi menggerakkan kereta keluar dari tempat letak kereta.

“Sweet tak? Ada ala-ala hero, romeo tak?” Dafi minta pujian. Ish, karang terhentak pulak besi ni dekat kepala GD sebab bajet macho. Luna cebik.

“Tak pe lah, tak nak jawab. Saya beli yang baru je nanti. Tak susah pun.”

Luna gelak dalam hati. Merajuk lah tu, hak tuihh.. HAHA.

*
“Kenapa tak bagitau dah tempah tiket?” Luna menyoal sebaik saja meninggalkan kaunter.

“Nak buat surprise..” Luna diam.

“Ni pun dalam rules to do when you’re on date ke?” Luna tanya. Dafi garu kepala. Eh tak sebenarnya..

“A’ahh…” Dafi mengiyakan saja. Lantak pi lah.

“Kenapa? awak tak suka ke?” tanya Dafi pulak. Si Luna ni diam semacam je. Tak suka meh?

“Eh suka lah. Tengok transformers pulak tu. Siapa tak suka. Susah tau nak dapat.. 3D some more.. suka laaa…” Luna cakap. Dia senyum. Chill lah GD, aku tak kata pun tak suka. Malah bersyukur!

“Ohhh dah diam je… ingatkan tak suka.” Ni pun dah terdesak. Dah sekarang cerita cintan cintun macam sentimental sangat nak tengok. Karang ada yang tidur lena pulak kan? Baik tengok transformers yang berdentam dentum kejap lagi. Kalau terlentok pun boleh sedar balik.

“Tak delah, jom beli popcorn.” Luna mengajak. Dafi ikut saje Luna. Sampai saja kaunter pembelian, Luna beriya melihat menu yang ada.

“Awak nak order apa?” Luna pandang Dafi yang berdiri sebelahnya.

“Saya nak air je. Cukup.”

“Oh kalau macam tu… errmm, combo 7 satu. Dengan 2 kentang putar. Terima kasih.” Luna kasitau budak kaunter tu.

“Banyaknya order.” Dafi menegur. Luna sekadar bagi big grin. Baru kau tau aku ni ada nafsu makan yang besar. Hehe.

“Biar saya bayar.” Dafi dah seluk poket seluar.

“Eh ehh.. tak payah. Saya lah pulak bayar…”

“Mana boleh.”

“Bolehh…”

“Kalau macam tu, one two jus.” Dafi mengangguk.

One two jus!

Luna : Gunting
Dafi : Kertas.

“See saya menang!” Dafi bersuara.

“Ada pulak??? Sayalah menang. Gunting awak tu tumpul, kertas saya pulak keras sampai tak boleh digunting dengan gunting awak tu.. so saya bayar.” Luna dah siapkan keluar note rm 15. Budak kaunter tu hanya menerima duit yang diberikan oleh Luna.

“Teori mana awak pakai ni?” Dafi mengagak dalam hati, Luna ni demam ke apa?

“Bukan teori. Tapi… dalam dunia Luna, gunting kalah. Kertas menang. So deal with it.” Ujar Luna sambil bawa popcorn, air, dan 2 kentang putar.

“Awakkk…” panggil Dafi.

“Dah diam.” Luna letak jari telunjuk dekat bibir, menyuruh Dafi diam.

“Errr…”
“Orang kata diam. Diam.” Mak aihhh garang pulak minah ni.

*
Dafi menyiku Luna yang tengah gigih tengok Transformers 3. tangan Luna laju menyuap popcorn masuk ke mulut. Mata tepat memandang skrin wayang. Luna toleh kanan. Muka tak puas hati dia tayang.

“Nak sikit popcorn.” Dafi tayang muka comel. Lapar pulak.

“Nah. Awak habiskan lah.” Luna pass kotak popcorn pada Dafi. Dafi usha kotak popcorn. Mak aih, dah nak habis popcorn ni dia bantai sorang.? Movie tak sampai setengah jalan pun lagi. Dafi makan apa saja yang ada. Nasib badann…

“Makan tak ingat orang.. chet..” Dafi cakap slow.

“Apa?” Luna toleh kanan lagi bila terasa macam Dafi mengata dia.

“Ha? Tak ada apa.. tak ada apa. Tengok tu transformers baru datang!” Dafi tuding jari cuba menukar subject. Luna dah terpaku tengok Transformer baru depan mata, apa nama? Sentinel Prime? Ha gitu lah bunyinya.

*
“Nah tisu.” Dafi hulur tisu. Luna ambil.

“Apa yang sedih sangat awak ni?” Dafi tanya pelik. Luna dah menitik airmata.

“Sedihlah. Nanti Sam tak jumpa Bumble Bee lagi…” Luna kesat pipi. Dafi geleng kepala. Gila sentimental minah ni.

*
Movie dah habis! Yeahhh! Now… mereka berdua dah terpacak depan Carls Junior. Ye, its makan time. Makan dalam wayang apalah sangat. Hehe.

“Tak makan?” Dafi ambil tempat. Luna duduk didepannya.

“Makan. Awak makan dulu lah.” Luna usha sekeliling. Chill tak ramai orang sangat. Bagus.

“Awak tak nak saya bayar kan?” Dafi meneka.

“Yelaaa, gaya awak bayar semua benda macam saya ni tak ada duit nak tanggung diri sendiri. Saya dah kerja. Dah ada duit sendiri.”

“But that’s one of the rules bila berdating…” cakap Dafi.

“Eeee tak adil betul. Kesianlah orang yang belanja tu je. Ish ish, tak boleh guna lah awak punya rules tu. kita modified lah sikit barulah namanya tak copy cat..” jawab Luna bersemangat

“Dah pergi order.”

*
Woooiiihhh,, makan besar nampak! Satu burger besar, satu fries besar, coke besar. Memang makan besar!!!

“Semalam tak makan besar macam ni pun?” Dafi soal sambil angkat kening.

“Semalam tu saya tak jadi diri saya. Ni barulah the real Luna Insyirah.. hehe.” Luna baca doa makan.

“Another rule for dating is, kalau makan kena suap suap.” Dafi nak tengok reaksi Luna.

“Oh kena suap eh? Gila sedih. Tak ada tangan sendiri nak makan ke?” Sarkastik Luna menjawan. Nak pekena aku apa..? gedik sangatlah tu nak bersuap segala.

Dafi gelak. Terbaiklah jawapan.

“Nak sikit…” tangan Dafi dah curi-curi ambil fries. Sempat Luna tepis tangan Dafi.

“Kedekut lah awak.” Luna hanya sekadar senyum dan buat peace. Dafi cebik. Dia menyedut air coke yang masih berbaki.

“So… saya jadi boyfriend to be awak lah kan?” Dafi ingin tahu lagi. Beriya betul mamat nih.

“Tak tahu..” Luna jungkit bahu.

“Ada pulak.” Dafi serius.

“Awak nak ke?” Luna ngap burger.

“Nak je.. awak?”

“Kalau awak nak, saya pun ok je.” Luna teruskan makan. Ni apasal ada kebolehan bercakap straight forward ni? entah, sebab terdesak punya pasal. Kot? Dafi senyum. Jyeah! Luna dah rasa mengecil. Malunya cakap straightforward macam ni. Aahhh.. tanpa disedari Luna dah sumbat burger banyak-banyak ke dalam mulut, sampai menggelembung mulut.

“Luna, saya tau awak happy. Tapi jangan buat muka macam chipmunk Theodore pulak.. kembung pipi..” Dafi sengih.. Chet! Samakan aku dengan chipmunk pulak. Luna telan satu persatu.

“Tapi kan awak… saya ni guna pelan mudah. Terlalu simple. Takut awak bosan nanti.” Kata Luna sebaik sahaja telan segala benda. Kira nak cover up balik lah ni eh?

“Saya suka simple. Tak suka complicated. Kalau guna pelan 3 campur 1, saya takut lupa math pulak nanti..”

“Saya pakai tak macam perempuan lain. Saya tak vogue sangat. Saya macam ni jelah.. pakai ala kadar. Bibir tak merah menyala. Muka tak pakai make-up. Nerd. Pakai spek pulak tuh.”

“Tak pe, saya suka je macam ni. tak kisah pun..”

“Okaayyy…” alasan apa lagi Luna nak guna?

“Orang kata don’t judge a book by its cover”.. kata Dafi

“But nowadays, people don’t apply that theory la.” Kan? Memang boleh kerat jarilah.

“I’m not one of those people, cik Luna.”

“Oh really? Whatever laa.. Well, bak gambar saya.” Luna takk lupa apa misi utama dia keluar dengan GD ni.

“Oh ada.. ada.. nah. Anyways. Thanks. And this is cenderahati sebab, I didn’t tell you pun kan? So yeah. Thanks..” Dafi serah kan envelope coklat sekali dengan gambar Luna 3 keping yang diambilnya haritu. Luna senyum. Haa, dah lega hati. Entah muka serupa apa tak tahulah.

“Awak.. do me a favour.”

“Apa?”

“Cuba buat muka marah, tapi comel.” Pinta Dafi. Luna pelik. Ah, layan je lah. Luna buat muka marah comel.

“Macam ni ke?”

SNAP! Dafi dah siap tangkap gambar.

“Saya simpan gambar awak ni boleh?” Dafi mintak izin. Ish, kenapa lah suka sangat suruh orang buat muka macam tu.

“Tak lawa lah. Delete.”

“A’ah tak lawa gila...” Dafi mengiyakan ayat penyata Luna. Nak sangat tak lawa kan? Kan dah kena. Luna cebik.

“Cepat save nombor awak.” Handphone Dafi bertukar tangan.

“Meh sini, saya save nombor saya.” Dafi minta iPhone Luna. Jarinya ligat menyimpan nombor. Dan tak lupa.. dia dah siap posing untuk ambil gambar buat gambar display bila dia call.

Luna cebik. “Dia buat muka handsome, tak ape pulak. Not fair.” Luna check gambar yang diambil Dafi tadi.

“Terima kasih.” Dafi sengih.

“Sebab?”

“Puji saya handsome. Hahaha..” Dafi dah gelak. Alah, terlepas cakap. Pipi Luna dah macam pakai blusher. Memang obvious.

“Awak… saya call awak, saja nak dengar ringtone.” Nombor Luna dia dail.

Dan Lagu Gee, Girls’ Generation berlagu riang. Gee gee gee gee baby baby baby~

“Cuba tukar Gee jadi GD.. GD GD Baby baby baby…” Dafi dah buat lagu sendiri. Dia dah senyum sendirian.

“Dah cukup lah jadi Mat perasan.” Menyampahhh!

“GD GD Baby baby baby…” Dafi masih melagukan lirik lagunya tersendiri. Luna geleng kepala. Dan mereka menuruni escalator ke tingkat bawah

26 July 2011

DSLR 4

“Bro! thanks.” Ucap Bad. Dia senyum. Baik sungguhlah kawan aku sorang ni. bertuah betul. Nak nak lagi benda yang dia mintak tolong ni kira agak serius lah jugak.

“No hal. Dah aku yang nak sangat tolong kan. Padan muka.” balas Dafi bersahaja. Dia belek almari, pakaian apa yang harus dipakai.

“Macam tak ikhlas je kau ni. Aku cancel je lah dengan perempuan tu.” Cakap Bad. Saja menggertak.

“Eh eh, kau ni nak cancel last minute. Dah tak payah. Kesian pulak kat dia.” Ujar Dafi. Bad simpan balik handphone nya.

“Agak-agak kalau aku pakai attire pergi office ni ada tak dia label aku CEO syarikat besar?” soal Dafi minta pendapat Bad.

“Ada.. CEO pangkat besar. Banyaklah yang tersangkut nanti, on the way nak ke sana.”

“Kalau aku pakai jubah putih ni, apa pulak dia cakap nanti?”

“Pak arab baru balik dari Mesir. Syukur alhamdulilah.” Bad seolah-olah berdoa.

“Kenalah kau speaking Arab.” Sambung Bad.

“Alah sekadar, ahlan wasahlan. Ya habibi ya maulana, cabut gigi guna spanar. Pass je aku …” jawab Dafi. Haha.

“Kalau ni pulak? Sekali dengan sampin. Amacam?” Dafi angkat kening.

“Haaa, ni gaya nak pergi menikah terus. Cuba pakai songkok, sah dari majlis akad nikah..”

“Aku pakai yang nilah. Sejuk hati mak mertua tengok menantu pakai baju melayu. Tak ke segak? Haha..” Dafi dah berimaginasi.

“Macam macam lah kau.. dah lah, aku pergi dulu. Terima kasih banyak-banyak!”

Dafi mengangguk. “Kirim salam pada apa nama si buah hati kau ni? Lupa pulak aku. Yang macam nama ikan tu kan?” Dafi mengusik.

“Wani lah brader. Fatin Zawani.” Bad betulkan Dafi. Ye ye, aku tahulah, saja nak mengusik.

Sebelum Bad keluar, Dafi cepat jerit,

“Bad, kalau awek tu cun kau jangan menyesal pulak tau… hehe.” saja Dafi menduga Bad.
“Ahhhhh kau tak payah nak cerita dengan aku lah. Wani is the one. The one and only.” Cheh. Jiwang pulak kau Bad. Chill lah.

PAK. Pintu ditutup. Dafi dalam dilemma nak pakai baju apa. Macam perempuan pulak.

“Alah, layan je lah. Baju melayu pun baju melayu yang Ma beli kat Bali ni lah. Sekali sekala, lagipun dah lama tak merasa pakai baju melayu.” Ujar Dafi dalam hati. Dia tengok jam, belum pukul 3 lagi.

Apa nak jadi.. jadi lah. Aku redha.

*
“Aina. Kita balik jom!” beritahu Luna. Aina pandang muka macam nak telan si Luna ni. Eh budak ni!

“Dah sampai dah ni haaa..” Aina mencari tempat letak kereta. Jantung Luna dah berdegup kencang macam first time nak pergi mengajar. Tak pe lah jumpa budak-budak. Ni jumpa orang dewasa, entah sebaya, muda ke tua. Dia pun tak tahu.

“Okay Luna. Aku lupa nak bagitau. Ada 3 orang kau kena jumpa.”

“HAAAAAAAAAAAAAAAAA?? Tiga?”

“Heee ye tiga. Sorry tak bagitau awal-awal. Aku takut kau cuak.”

“Kau ingat aku tak cuak ke sekarang?” terbaik punya kawan. Last minutelah baru nak bagitau aku kena jumpa 3 orang.. haish.

“Chill chill. Tak ada apa. Okay punya..” Aina bagi semangat. Luna tenangkan diri.

“Just be yourself, okay? Aku tunggu sini. Aku doakan semuanya berjalan lancar. Jangan risau..” Aina bagi support.

“Yelah. Thanks. And tunggu sini.” Aina angguk.

Luna buka pintu kereta. “Ya Allah. Aduh, redah je lah”

*

“Yo! Wassup, dude?!” keluar calon nombor satu. Erk! Aih, budak hip hop mana pulak si Aina hambik ni? Dengan cermin mata jaring putih. Kasut nike yang gedabak besar tu belang hitam oren. Dengan seluar jeans terkoyak kat lutut. Cap macam tak reti nak pakai. Sekali dengan rantai bentuk tengkorak. Dengan rambut karat pulak. Adeh. Luna telan air liur.

Luna pulak pakai formal attire. Macam baru habis kerja. Rambut dilepaskan, tak ikatnya harini. Tu Aina suruh. Pakai contact lense tu pun Aina yang suruh. Heels hitam, tu pun arahan dari cik Aina Marzuki.

Lelaki tu hulur tangan nak bersalam agaknya. Haram.. dia ajak main laga tapak tangan kiri dulu baru kanan pulak. Lepastu, genggam tangan main atas bawah. Aduhaiii. Luna layan saja.

“Waiter.” Lelaki hip hop tu petik jari memanggil pelayan restoran tersebut.

“Errr nama?” soal Luna. Takkan nak panggil Mat pulak kan? Kena sopan. Ye tak? Hehe.

“Sorry?” lelaki tu seakan tak dengar pertanyaan Luna.

“Nama.” Kata Luna lagi. Lelaki tu masih blur.

“Your name… dude.” Haaa, sekali dengan aku aku ber dude dude.. kan? Nak buat lagu mana? Aku pun dah mula henjut-henjut badan, kepala dek lelaki hip hop yang duduk depan ni.

“Oh nama.. call me Dan.” Ala-ala Dan Gossip Girl la ni. Tak ada nya. Ye ada slang omputih wannabe disitu. Ye sangat.

“Ohhh..” Luna mengangguk.

“You bro?” ish, ada nampak aku macam jantan ke?

“Luna.”

“Ha?”

“Lu. Na.” sepatah patah Luna cakap.

“Luna?” tiba-tiba berdering handphone mamat tu. Dan menjawab.

“Ha.. bakpe mung tepon aku nye nih?” Luna perhatikan Dan. Erkk? Slang apa ni? Yang pastinya bukan omputih.

“Tak mboh lah Lan. Aku ade hal ni. Kek gi mung tepon aku lah. Okay. Bai. Ha? Mende? Hok peket biru tu 5 yaaar..” Setelah dicerna Luna dapat pastikan ni mesti loghat bahasa pantai timur. Pernah lah sekali dua dulu dia dengar bahasa ni masa pergi backpacking kat pantai timur lepas habis study. Berguna jugak pergi backpacking kat pantai timur ni.

Luna sengih sorang-sorang. Mati-matilah aku ingat tadi mamat ni baru balik dari Amerika. Amerika lah sangat. Luna geleng kepala.

“Kepok lekor ade?” soal Dan sambil pandang menu. Ish, celah mana Aina jumpa mamat ni. Luna geleng kepala. Biar benar mamat ni. Ke saja nak pekena aku?

Selesai saja memesan makanan,

“Haaa.. ni sape name? Lupe pulok..Tuna?” Ish ada yang kena tepek dengan heels yang baru aku beli ni karang. Sedap sedap ibu ayah aku bagi nama Luna, dia bantai Tuna pulak.

“Lunaaa..” Ada nada geram.

Dah nak 20 minit dah…

“Aduh, saya kena bla dulu kok.” Kok? Apa benda nya tu?

“Saya balik dulu lah kakok Luna. Ada benda pulok..” Ha, iyelah dik. Baguslah tuh, beradab budak ni walaupun beza Cuma setahun. Ye bagus. Itu yang kita mahu.

“Terima kasihlah datang.” Ucap Luna.

“Tak dok hal lah. No problem. Nah ni kad saye. Nak pesang kepok lekor call saya je deh?” Dan hulur kad. Dan dia meninggalkan Luna.

Luna membaca kad yang diberi.

Pengusaha Keropok Lekor Senyum Sokmo.
Din Hip Hop
0129324554

DANG. Memang macam masuk program wakenabeb. Mati matilah ingat Dan tu dieja macam D-A-N, alih-alih D-I-N. ha, ni pekena dengan style yang si Din bawakla… hip hop beriya.

Agaknya nak tarik tourist beli keropok lekor kot.. patut macam tu gayanya. Takpe be positive, tak salah pun.

*

Calon kedua! Ta-da!

Tang penampilan memang tip top lah. Tapi bab cara makan tu agak tak senonoh pulak. Cungkil gigi depan orang. Makan macam ada bunyi sound effect. Erkk. Tak maulahhhh!

Luna dah pening. Tadi mat hip hop sekarang… adoi, macam macam ! muka dah good-looking habis tapi.. adehh!

20 minit berlalu pergi kini tiba calon terakhir. Yes then, I’m done bebeh! Tapi so far, macam tak ada satu yang berkenan.

Luna pandang kiri kanan. Manakah gerangan peserta terakhir untuk cabaran kali ini? Luna tongkat dagu. Dia tengok jam tangan. Eh, dah 5 minit aku tunggu. Tak menyampai lagi ni. Luna menghantar mesej pada Aina.

Mana yang ketiganya?

Tak sampai lagi meh?

Tak.

He should be on his way now.

Luna tunggu lagi.

*

“Bad, apa nama tempat yang kau suruh aku pergi tu?” tanya Dafi inginkan kepastian. Depan matanya nampak restoran Seri Indah. Betul ke tidak ni?

“Restoran Seri Indah.” Jawab Bad.

“Okay, chow.” Dafi matikan panggilan. Dengan baju melayu berwarna jingga bersampin dia masuk ke restoran. Sekali sekala buang tebiat pakai baju melayu tak apa kan? Bukan jenayah kan? So chill…

Dia pandang suasana restoran tersebut. Ada 3 meja yang ada orang. Satu, macam couple je. So no, not that one. Dua, meja yang dihuni sekeluaga. And ah-ha, the last one, meja yang ada sorang je perempuan. Yes, that’s the one!

GULP. Apasal nervous tak tentu pasal ni? Gaya berjalan umpama memperagakan baju Kamdar dibuat Dafi. Mestilah kena bagi first impression yang terbaik dari ladang kan?

*
Mana pulak nih? Hish.

“Assalamualaikum,” sapa Dafi. Luna tersentak. Alamak! Tangan dah terlanggar iPhone lalu jatuh ke bawah. Dafi duduk di hadapan Luna. Luna membongkokkan badannya mengutip balik iphone yang dah jatuh tadi.

“Waalaikumusalam.” Luna kembali ke posisi asal. Terkejut. Errr… ni mamat baru balik majlis kenduri kahwin ke? Baju melayu bagai. Ke salah tempat.

Dafi kecilkan mata. Macam pernah je tengok muka yang tercongok depan dia ni. Tapi kat mana? Yang dia pakai formal attire ni macam nak buat temu duga je. Yang aku pulak pakai baju melayu ni. Kot aku pakai baju formal jugak, kot boleh dapat tender kasi kat papa ke.

Hmm, nak buat corak permainan apa pulak untuk pusingan ketiga ni. Ligat otak Luna berfikir. Redah je lah. Segmen Cepat jawab pun cepat jawab lahh..

“So… nama?” Luna soal. Dafi tersedar dari lamunannya.

“Ghadaffi.”

“Panggil?”

“Dafi.”

“Umur?”

“26?”

“Tinggi?”

“171cm”

“Lulusan?”

“Architecture.” Oooooo…

“Graduan?”

“University of California, Berkeley.” Wooihh! Lagu Katy perry, California girls bermain di telinga Luna. Dan dan tu jugak.. aihh.

“Kerja?”

“Jadi photographer part time...” apa pulak main macam pop kuiz je nih.

“Favourite.. food…? Wait hang on.” Apa? Photographer. Eh kejap. Rewind balik apa yang berlaku beberapa hari yang lepas.

“Eh awak!” Serentak mereka berdua kata.

“Awak ni yang mat DSLR dekat Facebook Café tu kan?” Luna memulakan pertanyaan.

“Awak…. Ni siapa? Saya tak kenal pun. Tiba-tiba kenal saya ni.? Bila kita jumpa?” Dafi buat muka pelik.

“Ingat tak 4 hari lepas. Awak ada kat sana kan?”

Dafi cuba ingat balik. Oh ye lah. Ada ada ada… Dafi terangguk angguk.

“Aaaaa… ye saya ada pergi sana. Awak niiii…?” Dafi makin pelik. Nak kata kawan sekolah MRSM, tak mungkin. Nak kata budak KY pun tidak. Budak Berkeley lagilah bukan. Siapa pulak lah ni? datang dari langit ke apa?

“Sayalah!”

“Siapa?” Dafi cuba mengingat. Tak ada klu. Bila masa aku jumpa awek spesies formal ni? nak kata saudara, sah bukan!

“Model awak..” Luna cuba mengingatkan lelaki di depannya ini.
“wah terus jadi model aku ni..” Dafi cakap dalam hati. Sejak bilakah? Bagaimanakah? Nak kerja dengan aku ke minah ni? Beriya tawarkan diri kata jadi model aku.

Ish, mamat ni. Buat-buat lupa pulak. Ada masalah eh? Short term memory loss apa? Tak pergi jumpe doctor? Sah, tak nak bagi gambar tu dekat aku. Cheh! Tak pe tak pe… mana pulak cermin mata ni? Beg sling petak petak yang dibawanya tadi, dia geledah. Haaa jumpa pun.

“Awak.. tengok ni.” Luna suruh Dafi pandang dia yang cermin mata dah sedia ada elok terletak. Eh eh.. dia ni… Ohhh.. Dafi mengangguk sendiri. Dia tersandar. I see.

Luna tanggalkan cermin matanya.

“Dah kenal dah siapa saya?” soal Luna. Dafi mengangguk lagi. Budak yang aku jadikan model tak berkontrak rupanya. Haish.

“Lawa.” Sepatah Dafi cakap. Slow.

“Apa?” Cakap kasi terang, aku ni dah lah tak ambil kursus memahami orang yang cakap slow ni.

“Saya cakap… awak lawa.”

“Ohh…”

“Suka lah tuh..” Dafi dah letak tangan belakang kepala. Gaya berehat sebentar bersama kitkat punya pose.

“Eleh. Bodek. Dulu masa pakai cermin mata, tak lawa lah. Macam tu?”

“A’ah. Tak pakai cermin mata lawa. Pakai cermin mata tak lawa, tapi comel.” Selamba yaya Dafi cakap. Luna dah tenung Dafi, kot mata boleh keluar laser senang fire si mamat depan dia ni. Membodek je kerja. Chet! Tapi tak boleh tengok lama-lama sebab kalau tengok mamat ni.

“Yang awak tenung saya lama-lama ni kenapa? Ada macam rupa artis ke?” lagak macho pulak dahhh…

“Eleh. Tipu je kan. I know deep down you do adore me kan?” Dafi main psiko.

“Tak payah nak puji diri sendiri boleh?”

“Tak boleh. Sebab awak tak bagi bantuan pujian.”

Mengada!

“So macam mana ni?”

“Macam mana apa?” Luna blur.

“Blind date ni?”

“Oh, kalau awak nak balik. Balik lah.” Kata Luna, malas.

“Eh sape kata saya nak balik. Makan pun tidak,” Dafi dah mengangkat tangan, mintak order.

Sampai je makanan…

“Eh nama sape?” Dafi memecahkan kesunyian. Wah gitu…

“Luna.”

“Apa?”

“Luna…” ada ke slow sangat aku cakap sampai kena ulang ni.

“LU-NA.” jangan nak cakap aku ikan Tuna sudah.

“Luna? Yang color pencil jenama staedtler. Seangkatan dengan faber castle, bagai tu?” beriya Dafi bagi penerangan.

“A’ah yang tu. Unik kan nama, sampai Staedtler ambil nama saya jadikan dia punya produk.” Luna balas sarkastik. Dafi senyum. Bagus, menerima apa saja yang dibahan tapi dengan sarkastik, itu yang kita mahu idok?

“Awak nak jadi girlfriend saya kan? Eh silap, awak nak saya jadi boyfriend awak kann??” tiba-tiba Dafi menyoal.

Luna yang tengah enak menikmati chicken chop, terhenti. Apa ke direct sangat soalan ni. Tak boleh ke kalau nak berkias sikit, kasi aku proses apa yang patut.

“Bila masa pulak?”

“Dah buat blind date semua ni… kan?” Dafi tanya lagi gaya macam inspector polis.

Luna diam. Mesti nak mengata aku lah ni.

“Cakap je lah. Saya tak mengata punya.”

“Fine. Ye saya dalam pencarian mencari boyfriend to be merangkap suami terus. Puas hati?”

“Ohhhh… kenapa?”

“Ibu nak kahwinkan saya dengan si Who-should-not-be-named. Dan saya taknak. Tapi saya TERcakap dengan ibu, yang saya dah ada boyfriend. And saya pun tersilap cakap yang saya nak kawin the end of this year. That night was a disaster!”

“So kira, kalau saya on dengan awak, saya kahwin dengan awakla?”

“Ehhhh, apa jauh sangat fikir sampai situ!” Luna gelabah. Dafi steady. Saja nak tengok Luna gelabah.

“Laaaaa dah tu?”

“Jangan nak perasan lah saya nak kawin dengan awak. Banyak lagi calon blind date saya.”

“Alah, tapi semua tak boleh pakai kan? Saya je yang ok, kan? Siap berbaju melayu. Happy ibu awak nanti tengok saya.” Dafi beri senyuman penuh makna. Apa banyak kan lah kauu…

“Nama awak ni lain lah. Susah saya nak ingat.” Luna tukar topic.

“Tak ada yang lain nya. Ghadaffi. Biasa je.”

“Gaffadi?”

“Ghadaffi.”

“Ish. Susah.”

“Panggil Dafi je lah.”

“Eeeeee… tak nak.”

“Dah tuh?” Dafi mengalah.

“GD bolehh?” Luna kelip-kelip mata.

“As you wish Luna.” Dafi kenyit mata. Dah sudahhhhhhhhh, GD pun GD lah. Nak kata ilmu cetek si Luna ni, jadi lecturer Physics.