
Cikgu Gazali masuk kelas. Kali ni Sara dan Dila pastikan diorang masuk dulu sebelum cikgu masuk. Tak nak dah rasa kena hantuk kepala dek Cikgu Gazali. Diorang tak kisah. Salah diorang pun. Malas lah nak mengadu kat parents.
Tamat sudah era open-book bagi mereka. But still, the memories remain. Ada jugak yang bagkitkan lagi benda tu. Tapi, ada mereka buat kurang tahu.
Cikgu Gazali cikgu Math Mode. Sempoi la jugak sporting sakan. Ada haritu,
“Cikgu.. cikgu nak twisties?” Dila ajak Cikgu Gazali tumpang makan.
“Saya tak nak rasuah dari kamu.” Tu jawapan cikgu. Mentang-mentang baru lepas kasi balik ujian Math Mode. Ada kata nak rasuah. Cikgu oh cikgu.
Dila angkat bahu. Whatever you say.
“On second thought, meh sini. Saya ni lapar jugak.” Cikgu sengih.
See. Sporting kan? Macam boleh buat kawan. Point kat sini, dia tak kisah makan dalam kelas. Tapi berpada-pada la kalau nak buat pun. Hee. :D
“Woi!” siku Dila singgah ke siku Sara.
“Day dreaming ke?” Dila cakap sambil buat latihan yang cikgu beri.
“Huh?? Ye kot.” Sara tengok test pad yang ada depan mata. Kosong tak mula buat latihan lagi. Sibuk layan day dreaming dia.
“Dila, pinjam pembaris.” Tangan Sara mula mencapai pencil box Dila.
“Kau ni Harapkan pencil box je besar. Pembaris pun tak de.” Perli Dila. Sara gelak.
30 minit kemudian, sorang budak perempuan lalu di koridor.
“Tengok tu.. tengok tu..” Sara ajak Dila tengok budak perempuan yang tengah lalu melepasi kelas mereka..
“Tulah buah hati Lukman yang ke.. tiga. Hah. Tiga.” Dila angguk.
“She’s form 1 tau.”
“Huh? Form 1, gile tamak si Lukman tu. Form 3 dia ada. Form 1 pun jugak.” Dila cakap lepas.
“Feels like spying on Lukman lah. Nak figure out sape the other two buah hati dia,” Sara bagi idea kat Dila.
“Spy?” Dila angkat kening. Sara angguk.
“Count me in.” Dila dan Sara shakehand. Best friend shake hand. Happy.
“So where do we start? Kita memang badan yang sibuk.” Dila nak tahu. ENGLISH :busybody
“Not sure but petang nih? Tu pun kalau dia stay back la kan.” Sara berharap la si Lukman stayback.
“Rite. Kita memang tak de keje.” Ujar Dila.
“PAP!! PAP!!!” rasa macam baru lepas kena ketuk dengan segulung surat khabar kosmo. Diikuti dengan ungkapan ini.
“Dah taka de keje. Pergi buat kerja yang saya suruh kamu buat tuh.”
Sah Cikgu Gazali punya angkara. Tengok belakang, surat khabar Kosmo cikgu Gazali pegang.
“Hee.. cikgu ada kat belakang rupanya.” Dila buat-buat muka innocent. Sara turut senyum.
“Sorry cikgu. Sorry. Kami dah siap dah ni..tapi.. ada satu soalan yang musykil ,” Sara pura-pura. Padahal baru buat 4 soalan out of 15. Tipu sunat. Erk. Kalau cakap tak de soalan nak tanye.. for sure cikgu nak cek kerja kan so, buat-buatlah ada soalan yang tak faham. Bagusnya rencana ini.
“Soalan mana kamu tak paham?” Cikgu Gazali dah bersedia dengan marker hijaunya. Ye cikgu Gazali suka guna marker hijau.
“Soalan no 17 cikgu!” jerit Dila bagitau.
Ikutlah soalan mana pun. I tak kisah.
***
“Sara..Lukmann. dia sebelah kita.” Bisik Dila di telinga Sara.
“Hey, Lukman!” Dila panggil Lukman yang cun-cun lalu sebelah mereka.
“Eh, Dila. Sara. Hai.” Lukman senyum. Angkat tangan. Melintasi mereka. Kini Lukman berada didepan mereka.
“Korang stayback ke?” Lukman tanye.
“Hm.. ha ah.” Sara angguk cepat. Gelojoh.
“Kau?” Dila pulak soal.
“Yup…” Dila dan Sara pandang antara satu sama lain. Senyum lebar. Mungkin misi mereka menjadi.
“Kitorang nak buat study group.” Lukman sambung keterangan.
GULP. Mak aihh, baiknya budak nih. Buat study group tu. Biar betik.!
“Kitorang? Maksud kau sape lagi yang join?” Dila curious.
“Adli ada. Zairi ada. Syah pun ada.” Diorang dah sampai dekat ‘Balai Bestari’ aka tempat menunggu parents dan tempat letak beg.
“So korang nak pergi makan?” Lukman angkat kening. Tangannya diseluk ke dalam poket seluar.
“Kami nak pergi solat dulu then baru makan.” Jawab Sara pantas.
“Ok. Aku gerak dulu.” Dan Lukman melangkah pergi.
***
“Ooi, nak pergi mana tuh? Kata nak solat dulu,” Langkah Dila berhenti melihat Sara jalan straight. Sedangkan arah surau sekolah kena belok kiri.
“Sara!!!” jerit Dila.
“Shussshhh…” Sara letak jari telunjuk kat mulut. Dila mendekati Sara.
“Kau buat ape nih?”
“Aku tengah masak lauk. Kau nak lauk yang mana satu?” Kan dah kena.
“Seriously. Apa kau buat?” Dila dah cekak pinggang.
“Aku ikut Lukman.” Sara tengah berdiri belakang pokok. Macam cover dirinya daripada nampak oleh sesiapa. Macam main hide& seek.
“Look up there.” Sara menuding jari menghala ke blok tingkatan 3, tingkat satu.
“Lukman. And another girl???” Dila terkejut. Kali ni dengan budak form 3 yang lain. Not the one yang aritu nampak masa kena hantuk kepala dengan Cikgu Gazali.
“Tu budak lain kan Sara.” Dila mencari kepastian.
Sara angguk. Pelik jugak. Huh??? 2 orang from form 3. pergh. Well, at least 3 out of 4 buah hati Lukman dah diketahui.
***
“Sara. Tak de air lah.” Dila mengadu sebaik saja membuka paip air untuk mengambil wuduk.
“Alahai. Habis macam mane nih??” Sara pun tak tahu nak buat macam mana.
“Sekolah ni dah nak muflis ke? Sampai air pun macam nak tak nak je mengalir. Tak bayar bil ke? Kat tempat lelaki tu boleh je.” Dila mengeluh.
“Habis macam mana? Dah lah toilet perempuan jauh gila!!!” Sara mintak idea dari Dila.
“Aku rasa. Idea aku ni gila berani-tanggung-risiko lah.” Dila ada mentol bercahaya atas kepala. Tapi dia bagi amaran dulu.
“Apa dia?” soal Sara.
“Kalau lah tak keberatan, apa kata ambik wuduk kat tempat budak lelaki. Hmm, mostly budak lelaki punye tempat tak de masalah.Err.. aku tau dasat gila idea aku nih.” Dila serba salah.
“GILA!” sepatah Sara cakap. See!!!
“JOM!” sepatah Sara sambung. WHAT?? Sah. Desperate gile!!!! Allrite.
“Cuba kau check ada orang tak kat tempat wuduk lelaki tuh?” Dila bagi arahan.
“Senyap je. Tak de lah tu.” Sara buat konklusi.
“OK. Jom mula operasi.”
Surau sekolah ni macam nih. Meh nak habaq mai. Satu tempat untuk lelaki dan perempuan. Ruang solat di bahagi kepada 2 lah kan. Lelaki dan perempuan. Surau ni ada koridor diluar surau. Harap faham. Ngee.
Sara dan Dila dengan beraninya melalui koridor surau ke tempat wuduk lelaki. Lega tak de sesiapa. Hanya mereka berdua. Maka mereka pun berwuduk.
Tiba-tiba, suara budak-budak lelaki kedengaran. Makin lama makin dekat suara tu dengan tempat wuduk lelaki. Mampus la kalau kena tangkap ni.
OH O!!!
Sara dah gubra. Dila lagilah.
Dah lah masing-masing tengah buat part menyapu sebahagian kepala. 2 steps to go then baca doa lepas wuduk.
Sara dah selesai membasuh kaki hingga ke buku lali. Segera menutup bahagian kepalanya. Tutup aurat. Nanti orang nampak. Dila masih di tempat wuduk.
“Dila… cepatlah nanti orang nampak. Mati wo! Go Dila Go!” Sara bagi support.
Dila tak berkata apa-apa. Dia faham.
Suara budak-budak lelaki demikian kian dekat. Aiyoyo.
Selesai sudah membasuh kaki, cepat-cepat Dila mengatur langkah ke tempat perempuan.
Nasib baik tak kantoi.
“Siapa pulak yang tak tutup paip air nih?” Air mengalir menarik perhatian budak lelaki tersebut.
Dila dan Sara yang terdengar dialog tu saling pandang.
Dila tarik sengih. “Lupe.Ooops. nak cepat tadi.” Kelam kabut punye pasal.
Dila. Dila. Mereka segera mengerjakan solat Zuhur selagi masa masih ada.
***
“Korang study apa?” soalan tu terpacul dari mulut Dila yang agak bersemangat. Ada jugak baiknya ikut budak yang nak belajar nih.
“Tak kisahlah apa-apa. Nak buat homework pun boleh.” Zairi jawab.
Sara meletakkan failnya di atas meja. Fail yang penuh dengan kertas-kertas. Nota. Sekali dengan buku latihan. Fail besar and tebal.
“Siapa kat sini pandai Fizik?” tanye Sara yang sememangnya ada masalah dengan Fizik.
“Adli !!” Syah jawab.
“Eh?” Sara macam tak percaya.
“He got 90 masa ujian hari tuh. Sakit tak hati korang?” Syah sambung.
“Adli. 3 words.” Sara cakap.
“I LOVE YOU?” Dila bagi jawapan. Haa. Yang lain mula bersorak. Ewaahh.
“Nope.” Pendek Sara balas.
“Then?” Adli nak tau. Ada perkataan lain ke 3 words other than I LOVE YOU.
“I HATE YOU.” Sara balas jelir lidah.
“Aku pun ade 3 words jugak.” Adli tak mahu mengalah.
“ADA AKU KISAH?” Kata Adli.
"Ada aku kata kau kisah?" Sara menjawab.
"Ada aku kata kau kata aku kisah.?" Hebat Adli jawab. Berapa banyak aku,kau yang kisah daaa??
"Mental!" Sara tak puas hati.
“So, mesti addmath kau pun K.O jugak kan?” Syah sebenarnya nak tau addmath si Sara macam mana.
“Aku dapat 80 JE.”
“JE!!!” Syah, Zairi dan Dila ulang perkataan ‘je’ dengan lantang.
“A tuh..” Zairi bagi komen.
“Pelik. Bukan ke selalunya budak yang dapat Addmath A, Fizik dia also A. that’s the theory that I’ve heard.” Lukman bersuara.
“Tu mostly. But with Cik Sara, the case is totally different.” Adli buat statement.
Suka hati, gall bladder dia je kata case Sara is totally different. Since sumua dah berkumpul. Masing-masing ada kelebihan sendiri.
“I wish Isaac Newton still alive.” Ujar Sara. Tangannya giat sketch gambar sponge bob kat note pad Biology. Sponge bob tengah tiup buih.
“So that he can give tuition dekat kau?” Adli bagi jawapan yang tepat.
“Yelah.”
“But that is so not gonna happen.”
“Then what? I am so gonna be a BIG LOSER in physics.” Sara tongkat dagu mengenang nasib.
“Kalau dia hidup pun ada ke masa dia nak kasi tuition?” Lukman buat persoalan.
“Mesti sibuk buat experiment then create another formula.”Dila cakap.
“Yang jadi mangse kita jugak. Tapi Ongkos tuition mesti dahsyat!” giliran Syah pulak.
“Dia tau ke Malaysia ni kat mane?” Zairi tambah.
“Jom balik Adli sayang!” suara mana pulak datang nih. Toleh ke tempat yang sepatutnya. KAK LISA?
Hold on. Rewind balik kaset.
‘Sayang’. Uweeekkk.
‘Adli sayang?” Huh??
“Jom balik?” Double cheese HUH???
Rahang Sara jatuh. “Jom terjah.”
1 comment:
he3....lawak betul dorg ni...
Post a Comment