Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

23 July 2011

DSLR 2

Luna mengerling jam tangan di tangan. Phew. Pukul 3 dah. Yeay. No more classes. Boleh lepak sekejap dekat cafeteria. Tak makan pun tak apalah kan? Jari jemari Luna ligat menekan touch screen yang memaparkan huruf-huruf, dan dengan pantasnya mesej dihantar kepada Aina. Dia menuruni anak tangga, minda dah melayang ke tempat lain.

Nasib baik masa mengajar tak hilang focus sangat disebabkan statement ibu malam semalam. Kadang-kadang terlupa jugak dengan benda tu bila dah pandang anak murid yang pandai buat lawak, mahunya tak gelak kalau budak-budak tu keluar dengan teori sendiri. Unik dan kelakar. But makes sense jugak. Haha. Ye ke? Let see…

“Okay, it’s quiz time,” laung Luna dari depan kelas. Nampak ada pelajar yang dah mula mengeluh. Ada yang semangat selak buku. Ada dah macam tak keruan bila dengar perkataan QUIZ. Memang pantang dengar perkataan, semua gelabah. Haha, I used to be like you guys, and I know how does it feel.

Luna senyum. “Chill guys. Okay, I shouldn’t call it quiz. Err, take it as revision…..” Luna mencari perkataan yang sesuai untuk disambung.

“Revision assessment?” Yui, pelajar lelaki yang berhijrah ke Malaysia dari Burma.

“No, cannot. Then our marks will be recorded.” Bantah Lee yang duduk berhadapan dengan Yui. Luna gelak kecil. Ada-ada je si Lee ni, teliti sangat. Nak kata dia jugak yang beri jawapan betul nanti tapi dia jugak yang nervous kalau markah yang rekod nanti tak berapa nak cantik.

“Then revision, what? Any suggestion?”

“Why not revision questions?” Hani mengangkat tangan dan memberi cadangan.

“I prefer that!” Lee bersetuju. Yang lain mengangguk juga. Done! Revision questions it is! Haha.

“So, first up. Define Newton’s law of gravitation? Anyone remember? Come on we had learned this last week.” Soal Luna, memerhati wajah pelajar di depannya.

“Where got last week teacher? Last month lah, now March already.” Ron membetulkan Luna. Luna dah garu kepala. Luna senyum sinis.

“Ohhh, yeah ho? For you guys last month lah is it? For me, it’s last week lah, so you’re giving me excuses to not remember the definition is it? Ha? Last month is like long time ago laaa? Like that? ” Luna angkat kening. Ron bagi senyum lebar. Si Hazim dah berhigh-five dengan si Ron. Padahal baru je masuk minggu pertama bulan Mac. Macam-macam ragam budak-budak ni.

“Just try. Half of the definition maybe? Lee?” Luna mencari Lee.

“I try but I’m not sure though.”

Luna angguk tanda faham. Lee mula bersuara, “The attractive force between any 2 masses is directly proportional to the product of their masses and inversely proportional to the square of their separation…” Lee biarkan ayatnya bergantung. Dia tak menyambung, dan tak ada pulak yang nak tolong sambungkan.

“Are you done?” Luna tanya. Lee angguk.

“Good. That was correct.” Luna bagi senyuman pada Lee. Lee tepuk dada, haaa lega, macam baru lepas kena azab je.

“Now everyone must remember the definition, it will definitely come out in your exams. First thing they ask will be the definition, so memorize all of them. The important ones, like this one and … blablabla” Pesan Luna menyenaraikan definisi yang patut pelajar ambil tahu.

“But teacher, it’s so long. Won’t it be too difficult to remember? Got other way to remember or not?” Hazim mencelah.

“Let see..” Luna giat berfikir. Dia menyedari si Tim mengangkat tangan.

“Yes Tim?”

“Hehe, nothing teacher. But I just wanna say lah, like this concept is like when you want to get married you need to find the mass that is heavy lah right? So that the force attraction will be stronger. Hence, the higher the mass the greater the force attraction maaaa… the more you love your suami maaa… like that is it?”

Luna tersenyum. Macam-macam hal.

“Proportional to the mass but indirectly proportional to the radius, according to the formula given. So if the forces are lower than the radius will be bigger. Just like maths lorhhh..”

“Okay let’s find something general. Say, back then, long time ago, our ancestors don’t have right instrument to measure how hot or cold is the water, so what method would have been used?”

“Thermometer laah teacher,” konfiden Hazim menjawab. Luna geleng.

“Once upon a time there was no such thing as thermometer. Imagine, if you were there, what you will do to know the temperature of the water.”

Wajah-wajah di depan Luna mula berfikir.

“Object will expand when they are heated right? So immerse brick perhaps, and see if it expands…” Hani beri cadangan.

“The theory is right. But it’s not noticeable to see the brick to expand, isn’t it? Besides, it’s not heated directly.” Hani angguk, faham.

“What so difficult? Just throw frog inside laa… if the frog jumps out of the water means hot la...” Tim keluar dengan teori nya sendiri. Satu kelas tergelak besar dengar statement Tim. Well, actually boleh dipakai guna jugak, walaupun gayanya macam lawak, tapi diterima akal kan?

And that was how the Physics class went…

*

“Oi.” Bahu kanan Luna ditepuk seseorang. Aina rupanya. Aina mula mengatur langkah, menarik kerusi dihadapan Luna. Aina pandang Luna. Luna pandang Aina. Masing-masing tak buka mulut. Ini bukan permainan siapa yang mula bicara dulu dia kalah ye?

“Since you’re not saying anything… errr, what’s up?” Aina mulakan perbualan. Dia menantikan jawapan dari Luna. Namun, it takes time. Lebih kurang dalam 10 saat. Well, that’s unusual kan?

“Disaster.” Hambik. Jawapan paling bukan dalam pilihan yang selalunya Luna berikan. Lekas tapak tangan Aina singgah di dahi Luna.

“Kau demam apa? Luna geleng.

“Tak pasal-pasal kau jawab disaster ni. Kenapa? Kau ada problem?” Aina risau.

“Ibu aku suruh kahwin.” Aina dah ternganga. Ibu-Luna-Suruh-Kahwin!? Ehhh?

“Wow! Gila sporting! Berungtungnya kau dapat mak macam tu..” Deyh, minachi. Ini bukan soal sporting ke tak. Takkan nak suruh kahwin kot. muda lagi! Enjoy tak habis lagi ni haaa…

“Kau ni… tak memahami betul.” Keluh Luna melihat reaksi Aina yang bukan seperti apa yang dia harapkan.

“Aik? Apasal? Ni kira durian runtuh lah. Ni peluang kau nak kahwin okay. Bukan senang dapat green light.”

“The problem is aku nak kahwin dengan siapa?”

“Cari laah…”

“Kau ingat ni cari perkataan sembunyi ke? Senang macam tuh?”

“Alaaa… take time lah babe. Jangan rushing.”

“Ibu aku nak jumpa bakal suami aku. And she’s coming this May.”

“Ngehhh?” mata Aina terbeliak. Awal sangat tu? Kenapa bersemangat makcik?

“Don’t say that you actually told her that you found your bakal suami?... kan?” Aina angkat kening belah kiri. Luna teragak-agak nak menjawab soalan Aina. Aina dah hentak meja.

“Yang kau cakap kau dah jumpa apasal?” Minah Luna ni cipta satu bala lah pulak kan?

“Weyyy.. I wasn’t aware that she was talking about that thingy malam semalam, furthermore, I was sleepy like hell when she spoke to me, so I errr, said yes to whatever she said semalam… so that’s why..” Luna menerangkan apa yang terjadi semalam kepada Aina.

“Then, kata jelah kau tersalah cakap.”

Pantas Luna menggeleng, “Tak boleh. Later ibu nak kahwinkan aku dengan si Azman pulak. Tak mahu!!!” Adeh.

Aina garu kepala.

“So?” ujar Luna meminta pertolongan dari Aina yang kadang-kadang otak Aina ni bergeliga lah jugak.

“Pergi blind date lah.” Cadang Aina. Luna buat muka pelik. Ish. Tak mahulah. Ber blind date pulak!!!

“No way.” Bantah Luna. Luna pandang diri dia berbekalkan refleksi pada cermin gelapp yang ada didepannya. Rambut ikat ponytail. Cermin mata bingkai hitam tebal petak. Baju checkered hijau tua dengan hijau muda, dengan baju t-shirt lengan pendek dengan gambar Happy Bunny. Kasut converse kelabu yang dah berzaman lamanya. Nak suruh aku pergi blind date? Memang cari nahas.

“Ish., pergi jelah. Kau jugak yang pandai-pandai kata ada boyfriend, sebab tak nak kahwin dengan si Azman. Banyak songeh pulak kauu…” kata Aina bengang. Ni kira bernasib baik aku nak bagi idea, kalau tak haram.

“Kau tengoklah gaya aku ni, kalau pergi blind date. Satu pun tak nak..” Aina teliti Luna atas bawah. Betul juga apa yang minah ni kata. Nak compare Aina dengan Luna, Aina punya sense of fashion lagi okay dari si Luna ni. Yelah, Luna ni bila orang suruh melawa, jawapan paling menyampah dia bagi adalah MALAS.

“Sedar pun… tak feminine lah kau kalau nak pergi blind date macam ni. Gaya sempoi sangat.”

“Ahhh kau, nak kritik pulak…” Luna jeling tajam.

Eh eh si Luna ni menjeling menjeling ku bertentang pulak. Aku blah karang, merana kau nanti. Aina gumam sendiri.

“Eh, kau tau. To make it even worst, ada pulak abang aku kata yang aku ni…” Luna tak habiskan ayatnya.

“Yang kauuu…” Aina ulang balik.

“Yang aku ni…
Errr…”

“Yes?” AIna eager nak tahu.

“Aku ni…” Minah ni buat saspen pulak.

“Spill it dude.” Aina dah tak boleh nak sabar.

“Aku ni lesbo.” Deng. 3 ayat yang mantap kasi meletup punya statement. Mahu saja Aina jatuh kerusi dengar apa yang Luna cakap tadi.

“What makes him think that way ey?”

“Dia kata dia tak pernah nampak aku berkepit, bercouple what so ever, kawan lelaki pun tak ramai. So he assumes, I’m L.” Aina berfikir sejenak. Ehh ehh betul jugak apa yang abang Luna ni cakap. Sepanjang dia berkawan dengan Luna, dia tak pernah bercouple. Kawan lelaki.. ermm, sekadar lecturer kat kolej ni jelah kan? Tanpa sedar Aina mengangguk sendiri.

“Woi, aku cakap ni. Kau mengelamun pulak.”

“Errr, Luna. You’re not L, right??” Aina minta kepastian dari mulut Luna.

“Astaghfirullahhalazim. Tak lah! Aku normal. Aku suka lelaki lah weh. Come on lahh.. kau ni sama je macam abang aku.” Serius Luna bersuara. Aina dah terdiam tengok muka Luna yang marah campur serius. Gerun!

“Wey, sorry lah. I just wanted to make sure je..” Aina rasa bersalah. Dia tenung wajah Luna yang tak beriak.

3 saat kemudian Luna bangun. “Later.” Luna beredar meninggalkan Aina, tanpa menoleh ke belakang Luna keluar dari cafeteria kolej.

“Did I just make things more complicated? Dang it!” Aina ketuk kepala sendiri.

*

Cawan yang berisi dengan cappuccino Luna kacau berkali-kali. Minda dah melayang jauh nun ke Negara Cina. Yelah tuh. Dia akhirnya berhenti mengacau apabila terdengar bunyi flash camera. Muka dah masam lebig dari cuka. Ni agaknya cuka campur lemon campur asam boi. Wah masam teramatlah ni. Dia menoleh ke kiri.

Ada seorang lelaki dengan kamera DSLR. Dah menjadi trend orang Malaysia masa kini agaknya. Ke mana saja kamera gedabak besar tu di angkut ke sana sini. “Tak berat ke bawa ke hulur ke hilir?” Luna bermonolog. Ah, peduli apalah kan? Dia tak kacau aku pun, apa yang aku nak ambil kisahnya kan? Luna bangun mengatur langkah ke rak-rak buku yang tak jauh dari tempat duduknya.

‘Facebook Café’ tempat paling relax pernah Luna jumpa. Memang bertuah jumpa tempat macam ni, kalau nak chillkan diri sendiri datang sini pun boleh. Tenang je. Dengan interior design yang sangat unik. Ala-ala dahulu kala pun ada juga. Klasik. Vintage. But seriously, sangat unik sangat tenang. Lagu yang dipasang pun tak adalah kasi pecah telinga dan tak ada pulak klasik sampai pasang lagu Beethoven kan? It’s just nice!

Tambah lagi café ni sediakan buku-buku untuk pelanggan baca. Yes. Buku. Macam dekat kedai buku tu. Buku Cecilia Ahern, Sophie Kinsella dan seangkatan dengannya semua ada. Nak buku thriller ada, buku love story ada, buku pasal kehidupan ada. Pendek kata ni mini MPH lah. Pelanggan kedai ni boleh baca buku sambil menikmati makanan yang diorang pesan and also boleh beli buku ni terus dengan harga yang agak rendah berbanding yang ada dekat kedai buku. Best kan?

Okay ini apa pulak macam jadi promoter ni? Alahai. Kalau dapat allowance tak pe lah jugakkan aku buat promotion…

Luna membelek buku yang tersedia di rak buku satu persatu. Luna tarik satu buku. Dia pandang cover buku. ‘The Last Song’ by Nicholas Spark. Nahhh… dah tengok dah movie dia. Luna ni bangsa yang kalau dah tengok movie, tak payahlah nak baca buku dia, even though, buku lah yang lagi berkesan kalau nak diikutkan. Luna terus mencari.

Ah-Ha. Luna tertarik dengan buku yang berjudul. ‘Cheese Cake Mania’. Dia segera menyelak muka surat buku tersebut. Chet! Bila masa pulak aku pandai baca tulisan Cina ni? Luna tergumam sendiri bila, muka surat dibeleknya penuh dengan kaligrafi Cina. Mana nak faham? Kalau beli sekadar tengok gambar Cheese Cake yang lawa-lawa ni baik tak payah. Luna letak balik buku itu ke tempat asal.

Kakinya melangkah ke rak majalah. Matanya pandang atas bawah rak. Tak ada yang berkenan. Urgh! Dia kembali pada rak buku tadi. Matanya meliar, tolonglah ada benda yang aku boleh tenangkan diri sendiri yang tengah serabut macam apa je ni. Hatinya berdoa.

Kaching!

Ada tulisan besar ‘KOREA’ pada satu buku yang duduk jauh di tingkat bawah rak buku. Luna menyangkung untuk menarik keluar buku tersebut. Bibirnya mengukir senyuman. Ahhhh… korea! Tiba-tiba rasa berada diawang-awangan. Weee~ walaupun rasa macam angan-angan nak korea, but one day, I’ll be there.

Luna tarik kerusi. Buku Korea yang diambilnya tadi memaparkan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati jika ke sana. Luna lebih tertarik tengok keindahan gambar yang ada di dalam buku tu. Dalam masa macam ni tak ada nya dia nak membaca barisan ayat-ayat panjang. Tengok gambar lagi best, boleh berangan lagi. Ehehe.

Flash!

Luna buat tak endah.

Flash!

Ish, menggedik pulak flash ni kan? Nak kata selebriti datang, memang haram tak ada.

Flash!

Tak ada tempat lain kau nak flash eh? Punyalah besar tempat ni, celah sini jugak kau nak flash ha? Muka Luna masih tak terangkat.

Flash! Lagi?

Ini melampau. Luna angkat muka. Matanya mencari gerangan siapakah yang mengadakan, sessi penggunaan flash berlebihan dekat sini. Yes. Target spotted.

Hm, mamat tadi. Aaahh.. malas lah. Tak ada mood nak bahasakan orang harini. Luna kembali mengamati buku yang diambilnya tadi.

“Encik… encik tak boleh ambil gambar dekat sini.” Beritahu pelayan café itu. Luna tergelak kecil. YES!!! There you go. On your face, dude! Entah kenapa rasa happy bila mamat ni kena marah. Yelah dari tadi dok flash sana flash sini mematikan kedamaian suasana je. Haha. Padan muka kena marah. Luna dah senyum senyum kambing tanpa disedari.

Flash.

“Wah wah, happy nampak. Tadi bukan main muram,” macam ada electric shock menyebabkan Luna tersentak. Mahu je buat tatapan khalayak ramai tengok dia jatuh terguling-guling.

Luna toleh kanan. Terasa ayat tu ditujukan kepadanya. Tegak berdiri, mamat yang kamera DSLR tergantung dilehernya. Luna pandang atas bawah. Cermin matanya diangkat apabila mendongak ke atas melihat lelaki yang tinggi berdiri disebelahnya. Dan kembali ke posisi asal. Matanya masih memandang lelaki DSLR ni. Blur. Tiba-tiba pulak nak mengajak berborak mamat ni. Banyak lagi populasi dalam kedai ni, yang nak berborak dengan aku ni, apa kes?

Lelaki tu dengan beraninya, menanggalkan penutup lensa kamera dan segera mengambil gambar Luna yang blur. Luna memejamkan matanya apabila flash kamera tu tepat ke matanya. Ayai yaiii… dah macam nak pening pulak.

“Perfect! Thanks for being my model today.” Dan lelaki tu keluar dari café.

Luna menggosok matanya yang masih berpinar-pinar akibat flash kamera. Wait. Hang on! Sejak bila aku sign kontrak jadi model ni? Luna berfikir sejenak. Weiiiii…… lekas dia keluar dari café dan cuba menjejaki ke mana lelaki tadi menghilangkan diri. Luna mempercepatkan lariannya. Sampai sahaja ke tingkat bawah. Dia memandang kiri dan kanan.

Lelaki.
Baju t-shirt hijau.
Seluar jeans biru muda
Leher ada DSLR.

Bingo !

Luna berlari menuju ke lelaki tersebut. Langkahnya diperlahankan ketika menghampiri lelaki DSLR itu. Dia tepuk bahu.

“Encik. Bila saya jadi model encik ni?” Luna dah tercungap-cungap.

Lelaki tu menoleh ke belakang dan dihadapannya gadis yang dah berjaya menjadi model tak berkontrak. Dia senyum.

“Tadi?”

“Kenapa pulak?” Luna tak faham.

“You were sad, happy and confused at the same time. Those expressions were priceless.” Lelaki tu mula beredar.

“Kejap. Tapi encik, tak best lah suka hati ambil gambar orang.” Luna tak puas hati.

“Okay then. I’ll send you those pictures lah kan? But no worries, saya takkan letak dekat facebook or any internet related stuff. This is just my work of art. Secara tak langsung, cik pun dah buat pahala. Tolong orang macam saya ni.” Pandai lelaki ni buat ayat kan? Haish.

“But how?”

“I’ll figure it out how.” Ujar lelaki tu pantas.

“You need email, or phone number?” segera Luna mengeluarkan iPhone nya bersedia kalau-kalau mamat ni nak bagi nombor telefon senang aku dapatkan gambar-gambar tuh.

“To send me those pictures…” Luna sambung ayat.

Lelaki tu gelak. Ye 100% aku gerenti aku tak buat sepatah haram jadah punya lawak. Weirdo betul!

“Or do you desperately need my email or phone number for other purposes?” selamba badak air lelaki tu berkata. Riak wajah dah buat muka evil.

Wey, itu dah melampau namanya. Mamat ni agak-agaklahh. Luna buat muka kerek.

“Fine! You figure out yourself then! Urghh!!!” orang nak membantu kasi kerja ringan, mengada main tuduh aku nak nombor, emel dia pulak. Pigi daaa…

“See you later miss. It was nice working with you.”

*

“Blargh. It was nice working with you. Blah aaa..” Luna mengejek balik apa yang lelaki tu cakap petang tadi. Bila masa yang nice aku pun tak tahu. Dah kata yang aku bekerja dengan dia, duit gaji tak masuk pulak kan? Deyh, walaupun ni on the spot punya kerja, kerja tetap kerja! Gaji kena ada!

Ingat aku desperate sangatlah nak nombor dia tuh, walaupun actually tengah mencari boyfriend to be tapi nak harapkan mamat tu. Tak apalah, banyak lagi orang lain. Mentang-mentang muka macam G-Dragon, ingat aku lemah semangat lah haaa? Blah laa..

Wait, a’ah lah. Muka mamat DSLR tu macam … OMO~ tidak mungkin. Luna urut kepala. Dah jangan nak mengarut!

Baik main angry birds lagi best! Mouse warna merah jambu lekas dilarikan.

3 comments:

checond said...

love it..nk lg

keSENGALan teserlah.. said...

hahaha.
luna macam addi.
=P

فنيڠ ڤيکيراڤ said...

yes!crita pasal flash camera ni, memang sangat la annoying!

haha, faham perasaan Luna!