Misi petang itu… menjadi tukang cuci kereta yang tidak bertauliah setelah mendapat mandat dari Cikgu HEM. Adli, the cleaner boy. Sara, the cleaner girl. Redha je lah. Sara tengok jam. Batang hidung Adli tak nampak-nampak. Sara mula gelisah. Takkan dia tinggalkan aku sorang-sorang aku kot nak bagi sental kereta cikgu HEM. Ah, tunggu je lah dia.
Sara duduk dekat bangku. “Hish, Adli ni mana?” Sara pandang kanan, pandang kiri.
“Tunggu aku?” terdengar suara Adli dari belakang.
“Taklah. Tunggu bas.” Sara selamba jawab.
“Ok. aku chow dulu.” Adli gertak dia bla.
“Wei !” Sara panggil. Takkan Adli nak bla kot. Tak nak lah tak de geng basuh kereta. GBK.
“Baru tau takut. Gertak dah kecut. Haha. Nak sangatkan loyar buruk. Kan dah kena.” Adli cakap dalam hati. Adli pusing belakang.
“Apa?” soal Adli muka cool.
“Nak pergi mana?”
“Pergi disko.”
“Cakap lah betul-betul.”
“Kau tu cakap entah betul ke tak. Nak suruh aku cakap betul-betul pulak.” Adli bagi test.
“Hisshh.. kau ni…” Sara mengeluh.
“Apa..?” Adli angkat kening.
“Cakap lah betul-betul..” gesa Sara.
“First aku nak kau cakap betul-betul. Tadi kau tunggu aku kan?” Adli mengada! Sara tunggu 5 saat untuk memproses jawapan.
“Tadi kau tunggu aku kannnnnnn??” Adli tekan bahagian ‘KAN’.
“Ye. Aku tunggu kau., wahai sang Adli.” Adli senyum victory. Mengaku pun.
“Puas hati?” Sara soal geram. Mental betul budak nih! Adli angguk.
“Turn kau pulak. Kau nak pergi mana?” Sara sambung.
“Pergi jumpa cikgu HEM lah. Kata nak cuci kereta luar dalam. Kunci kenalah bagi. Kalau macam tu macam mana nak masuk dalam, kata nak vacuum..” bagitau si Adli. Adli meneruskan perjalanan pergi ke office sekolah jumpa cikgu HEM.
“Ikut.” Sara dah follow dari belakang.
“Tak payah ikut.” Adli cakap.
“Lantak lah. Aku nak ikut. Ku punya kaki untuk berjalan.”
“Asal nak ikut?” Adli soal.
“Ingat aku tak tahu ke? Nanti kau masuk office mesti kau lepak 5, 10 minit sebab office ada air-cond. Berhabitat lah kau kat situ nanti. Aku pun nak merasa gak angin bayu air-cond.” Panjang lebar Sara bagi statement.
“Macam tau-tau je hajat aku. Dang!” Adli monolog dalaman.
***
Kunci kereta dah dapat. Sekarang misi pergi cari makcik cuci sekolah. Nak dapatkan bahan-bahan pencuci.
“Makcik cleaner mana yang kau kenal?” soal Adli. On the way, mencari Kesatuan Pencuci Sekolah. Yang sememangnya diorang tak pernah dengar pun wujud kesatuan ni kat sekolah.
“Em… ada sorang la makcik ni yang aku tau. Dia ni okay lah. Tapi dia ni.. ermm..”
“Mana dia?” Adli macam excited nak jumpa.
“Dia selalu lepak kat bawah tangga..”
“Perghh.. makcik-makcik pun dah pandai lepak bawah tangga. Gila brutal.” Sara gelak dengar Adli punya ayat.
“Haha. Sekarang makcik-makcik dah up to date.” Sara lead the way.
“haa.. tu dia.” Sara tuding jari dekat makcik yang tengah berdiri menyapu kat hujung sana. Diorang jalan cepat.
“Siapa nama dia?” tanya Adli.
“Katy.”
“Seriously?” Dalam hati Adli.., Amboi makcik, nama macam kat London. Katy gitu.
“HAHAHA. Mana ade. Tijah lah. Makcik Tijah.” Sara gelak tengok muka Adli yang sumpah percaya nama makcik ni Katy.. Suka hati dia je reka nama orang. Tabiat betul.
“Kau dalam bab nama-nama ni memang tak boleh bla.” Adli cakap. Sara big grin!
“Assalamualaikum makcik!” Adli bagi salam. Salam tak sambut walhal diorang ada kat belakang makcik tuh.
Adli pandang Sara dengan muka kenapa-eh? Takkan makcik ni sumbat headphone kot sambil menyapu sambil dengar lagu. Kalau betul, sah kena buat liputan masuk paper nih!
Sara jungkit bahu. Sara cuit lengan makcik yang macam khusyuk je menyapu sampah.
Dengan serta merta, maka itu, makcik tu pergi lepas kayu penyapu tu seraya berkata,
“Opocot kau jatuh…”
“Huh? JATUH? apa yang jatuh?” Adli buat-buat tanya.
“Jatuh lah kau jatuh lagi .. jatuh jatuh lah kau.. lagi-lagi..…” Makcik tu cakap sambil pandang kayu penyapu. Rentak gaya cara cakap sah-sah makcik ni melatah. Adli tumbuh tanduk jahat.
“Ehem… vrooommm…” Adli sebut. Sambil buat gaya menunggang motosikal.
“Eheeemm…. Heemm… heemmm… vrrooooomm…vrroooommm..vrroommm..wuuu..~” Makcik melatah sebut benda yang Adli sebut tadi, sambil buat gaya tak tahan. Gaya tu macam makcik merempit kat tengah-tengah jalan raya. Real, beb!
“Vrooom.. lagi makcik!” pinta Adli jahat.
“Vrrooooomm…vroommmm…ooommmm…” Gaya makcik tekan pedal minyak motor. Gaya pegang handle macam nak racing. Sara dah gelak mengikik-ngikik.
“Makcik kona kanan makcik!!!”
Makcik kona kanan.. dengan style tersendiri.
“Makcik stop makcik. Kereta depan lembab semacam hon sket makcik.! Kasi sound sket. Pinn pinn!!” Adli mengajar makcik nih. Gila jahat lah Adli ni pergi buat makcik ni melatah lagi.
“Pinnn…pinnn…pinnnn…” beriya makcik bunyi hon. Haha.
“Deeyhh… apek!!! Jalan daaa…! apa? Lu mau tunggu sama itu kura-kura dengan anaknya melintasi jalan ka? Baru lu jalan…” Gila canggih + lawak makcik ni melatah. Buat dialog sendiri slang India mari... Macam real je ada kereta lembab kat depan. Sara dah ketawa terkahkahkahkah. Adli join sekali.
“Makcik, makcik, apek tu marah laa… dia ajak makcik gaduh..” Adli sebagai si batu api. Adli sambung gelak. Suka hati buat scene nih.
“Apa lu mau gado.. gado.. lu jumpa saya dekat parit sana laa…” Parit makcik ni bantai.
“Parit mana makcik?” Yoyo o Adli tanya.
“Itu parit buntar sana daaa..apa lu tau? Lu bodo..” hambik parit buntar dapat nama plus Adli kena sound dengan makcik tu straight to the end point. Sara dah macam nak keluar air mata lawak kalau sessi melatah-bersama-Makcik ni diteruskan lagi..
“Woooi dah lah tu Adli. Semput mak cik tu melatah,. Udah-udahlah tuu..” kata Sara yang masih dalam mood ketawa.
“Yelahh..” segmen riang gembira gelak ketawa ditamatkan. Makcik tu pun dah banyak mengucap lepas habis kena bantai buat marathon latah dengan Adli. Setelah semuanya normal balik…
“Makcik, kami nak sabun untuk cuci kereta, span untuk cuci kereta cikgu. Ada tak makcik?” Sara soal.
“Haddoooii..” Makcik hela nafas.
“Ada kat dalam stor tu haa… kamu pergilah ambil.” Sambung si makcik. Adli dan Sara masuk stor yang berhampiran ambil apa-apa yang patut.
“Terima kasih makcik.” Ucap Sara selepas segalanya dah di ambil.
“Makcik!!! Goyang gerudi satu, makcik!!!” Adli dah mula. Adli buat demo sebagai permulaan.
Dan makcik itu keep on melatah dengan gaya goyang gerudi inul. Mengalahkan M Daud Kilau. Sara dan Adli terus cabut meninggalkan makcik itu bergoyang gerudi secara solo. Kesian makcik tu seyh.. haha.
“Gila kejam kau buat macam tu kat makcik Tijah, weeii.” Sara cakap setelah dah meninggalkan scene tu.
“Kau lagi kejam. Kerja kau asyik gelakkan makcik tu je.” Balas Adli.
“Dah tu dia melatah, aku tolong gelak je.” Sara ketawa. Naik kejang urat gelak sebab dari tadi gelak memanjang non-stop!
“Well, aku tolong dia melatah je.” Adli senyum tak bersalah.
***
“Mana satu kereta cikgu HEM?” Ni cikgu HEM gila banyak duit. Boleh kata banyak kereta la jugak. Kejap Wira, kejap Honda, kejap Avanza, kejap Unser. Kembara ada. Rusa ada. Bukan rusa binatang, rusa perodua.
“Entah tapi Plat dia WGC 4544.” Adli jawab.
“wo! Sedap tu nombor plat.” 5, 4, 4 makan lepat buat ketupat, pat pat siku lipat, sape cepat dia dapat. Hari-hari datang lewat, nanti karang kena sebat. Hoho.
“Haa.. ni dia WGC 4544.” Sara dah jerit. Adli datang kat Sara.
“Perghh… ni cikgu macam beriya je bagi denda kat kita.” Sara cakap setelah tengok kereta Kembara cikgu. Gila kotor kereta cikgu. Lumpur sana sini.
“Mak datuk aaaiii…” Adli terperanjat.
“Cikgu ni baru balik dari banjir Lumpur ke? Kotor yang amat. Ni memang sah-sah tak nak bayar duit lebih basuh kereta..” Adli tengok depan belakang kereta cikgu.
“Nampak sangat kedekut cikgu nih,” Sedap je mengata cikgu. Ish ish ish. Haha.
“Dah tu siap letak kat tempat ada paip air lagi, macam bersungguh suruh orang basuh kereta dia.” Adli cakap lagi.
“Tu kira baik hati gak lah. Senang ada supply air yang dekat.” Sara berkata.
***
“Ready?”
“All set.”
“Ok. Go!” Adli bagi arahan.
“Cop. Nak buat apa dulu?” Sara garu kepala.
“Heh. Nampak sangat tak pernah cuci kereta.” Adli sindir. Sara buat rolling eyes.
“Aku tak de kereta lah nak dicuci. Kau tu cakap macam pandai sangat nak basuh. Tau ke cara basuh?”
“Selalunya basuh kat kedai je. Yang masuk dalam machine tu. Perghh, gila syok la. Rasa macam diri ini di cuci sekali.” Adli flashback memori masuk machine basuh kereta kat Shell.
“Heleh. Kecoh. So?”
“Basuh je. Asalkan bersih dan berkilat.” Adli dah pegang dah getah paip.
“Tepi. Karang kau jadi bunga yang baru kena siram.” Adli nak siram kereta. Paip air dibuka. Air keluar dari mulut getah. Seluruh Kereta sudah dibasahi air bak hujan baru turun. (nak buat ayat lawa. Tiba-tiba. Abaikan.)
“Sabun ready?”
“Ready bos!!!” Sara excited nak jadi car-wash girl. Dia melipat lengan baju kurung sekolah. Nanti basah pulak.
“Orait. Lets get started!!” mereka mula menggonyoh, mencuci, membasuh, menyental segala kekotoran yang terlekat kat body kereta. Agak-agak cikgu ni baru lepas teroka lecak ke paya ke? Paya? Paya Buntar. Teringat makcik Katy. Haha. Banyak sangat Lumpur bertompok-tompok kat tayar. Nasib baik senang hilang, ni dasar Lumpur dengar kata. ada ke? Hentam sajalah. Janji hilang. Sampai masa penat jugak tangan ni.
“Agak-agak kalau pasang lagu ‘gosok jangan tak gosok.’ Bersemangat tak?” Adli tanya tiba-tiba.
“Yang mana eh lagu tuh?” Sara kurang gemar dalam bab-bab lagu melayu. No offense!!
Adli cakap dalam hati, “Dah terang-terang aku bagi klu, ada plak dia tanya lagi. Adoii.. nak kata slow, gaya macam budak cerdik je.”
“Wei, lagu yang mana satu??” Sara tanye one more time.
“Yang.. gosok..jangan tak gosok.. gosok.. lampu yang satu..gosok..sampai kau nampak wajahmu…gosok jangan tak gosok.. gosok..sampai berkilat..gosok..sampai tertanggal semua karaattt…” Adli melalak. Span kat tangan Adli jadi mikrofon. Adatlah budak selalu pegang mikrofon. Span pun boleh.. gila semangat.
“Ohh.. yang tu…” Sara angguk-angguk.
“Lagu car-wash baru padan.” Sara angguk.
“Car wash..car wash..ooo yeahh..” Sara dah mula ingat rentak lagu tu.
“Ada teka-teki tak aku boring seyh dok mengelap kereta.” Adli dah start boring.
“Ermmm… ada ada…” Sara sengih. Hehe.
“Ok. siapa yang duduk dalam nenas kat dasar lautan?” Sara soal.
“Piece of cake! Spongebob laa..” Adli bangga dapat jawab.
“Mana kau tahu...?” Sara tak puas hati.
“Ohh Who lives in a pineapple under the sea? "Spongebob squarepants"!” Adli nyanyi lagu spongebob.
“Next.” Adli mintak.
“Dalam banyak-banyak bintang. Bintang apa yang paling sedap di alam semesta?” apa punya soalan daaa.. budak kecik boleh jawab.
“Honey Star.”
“Mana kau tahu..?”
“Aku tahulah. Aku pandai.” Adli bangga semerbak.
“Bla lah.” Sara jelir lidah.
“Ok. macam mana nak buat air terjun berhenti?” Adli pula bagi teka-teki.
“Ni bukan aritu punya soalan ke?” Adli angguk.
“Fine. Aku surrender. Aku memang taktau jawapan dia.” Sara mengalah.
“Sure?” Sara angguk. Cepatlah bagi jawapan!
“Jawapannya.. tangkap lah gambar. Kan dalam gambar, air terjun mana boleh gerak. Dia berhenti.” Adli bagi jawapan tambah gelak.
“Ha ah. Tak terfikir la pulak.” Sara cakap sendiri.
“Ok. ada lagi satu… dalam banyak-banyak rumah, rumah apa pakai air yang banyak?” Adli tanya lagi.
“Rumah air!” Salah.
“Rumah terapung.” Wrong.
“Rumah orang kaya.” Tet. Salah.
“Rumah tok penghulu..” SALAH.
“Rumah apa?” Sara dah mengalah.
“Rumah terbakar.” Adli gelak-gelak.
“Siapa yang sengal sangat buat soalan tuh.” Sara geram.
“Betul apa.”
“Ok. Ok. ada lagi..” Adli berteka-teki lagi..
“Kau ni tokei kedai teka-teki ke?”
“Kalau ada rezeki apa salahnya ada kedai. Jadi tokei pulak tu.” Adli loyar buruk. Hailoh.
“Ok. Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa mulut dia kecik.?”
“Ikan bilis!” Sara semangat jawab.
“Gaya macam konfiden je. Salah lah wei,” Adli balas.
“Ikan emas?”
“Ikan kekek?” Sara teringat lagu ikan kekek, mak iloi ilooi, ikan gelama mak ilai,ilai.
“Ikan gelama?”
“Ikan siakap?”
“Senohong?”
“Gelama?” bukan dah bagi ke tadi?
“Ikan duri?”
“Bercakap bohong lama-lama mencuri?” Adli sambung pantun. Sara sengih.
“Tak de makne.” Adli sambung lagi.
“Ikan air masin ke ikan ape?” Sara soal.
“Tak kisah lah ikan mana pun.”
“Patin, keli, pirana, jaws, kembung, belut, pari, bawal?” Sara dah kasi nama ikan yang dia tahu. Adli geleng kepala untuk semua jawapan itu.
“Apa dia?” Sara macam mengalah.
“Mengalah?”
“Tak.”
“Cepatlah teka.”
“Jap lah..” Sara korek dalam otak. Kamus ikan dalam document dalam otak dia klik. Semua ikan yang dia tahu dah cakap.
“Ok. Surrender lahh.. apa dia ikan yang mulut dia kecik tu.?”
“Jawapannya… drum roll pleaseee…” Adli buat gendang guna kereta cikgu. Suka hati dia je.
“Jawapannya.. ikan puyuuuu.. as in ‘puyuuuuuu..” get it? tak ke kecik mulut nak menyebut nama ikan puyuuuu…” beriya Adli muncungkan mulut dia nak pronounce PUYU. Adli gelak serta merta.
“Cet. Cinabenggg.. Hambik kau..” Sara yang geram dengan reaksi Adli dan tanpa berfikir panjang dia pergi campak span yang penuh dengan sabun dan buih-buih putih kat Adli. Specifically speaking kat MUKA!!! Di Muka ADLI.
PAP. Macam sedap je Bunyi Span yang baru lekat kat muka Adli. Elok je span tu lekat kat muka Adli. Bila je span tu jatuh, rupa Adli dah jadi macam budak kecik yang kena mandi dengan sabun pakat sapu kat muka. Buih-buih putih. Tengok lagi sekali macam baru lepas cuci muka guna facial wash. Haha. Turn Sara gelak.
“Kau baru buat facial ke?” Sara soal perli.
“Sorry..sorryy..” Sara mintak maaf. Adli lap muka. Budak Sara ni nak kena.
“Kau nak dengar satu cite tak?” Adli dah mula buat plan.
“Nak!” Sara jawab tanpa rasa ragu-ragu.
“Masa cuti hari tu, kawan aku baling bola baseball, terkena kat kepala aku. Saket dol. Benjol kepala.” Adli buat cerita. Sara dah gelak dengar cerita yang Adli reka. Padan muka benjol.
“Kau nak tahu macam mana dia baling bola tu kat aku?”
“NAK!!”
“Oke. Span ni kira macam bola la kan..” Adli buat gaya.
“Oke..oke.. pastu pastu??” Sara nak tahu apa jadi lepastu.
“Lepas tu dia baling macam ni..”
“Macam mana??” Sara buat muka excited!
“Macam ni…….” PAP. Span Adli hinggap kat muka Sara. Adli gelak terbahak-bahak tengok riak muka Sara yang excited kemudian di rendam dalam air yang penuh dengan sabun.
“Menyesal aku dengar cerita diaa…” Sara cakap dalam hati.
p.s. kalau bab yang melatah tu kalau tak lawak maaf eh. huhu~
5 comments:
haha lawak x ingat! aku x sempat nak bernafas, asyik gelak je
hahahaha
hehe. :p
menjadi gak aku buat lawak..
haha..btol2..
gle la lawak part melatah tuh..
aku siap bley bayangkan lagi taw..
haha..adeehh,,xabes agy sengeh nieh..
tulun2..
adli n sara nieh sgt comey..haha..
pfhhh!!!
maw x lwak
smpy mleleh ayaq yg da lma x kuaq a.k.a ayq mata neyh
lwak seyh
sampai semput den gelak! hahahaha.
*Ainnur
Post a Comment