“Physics, kenapa kau wujud?” Sara mengomel. Memang satu benda tak faham. Nak salahkan cikgu. Cikgu semangat je ngajo. Ade je yang dapat A. bukan salah cikgu. Bukan. Salah Sara lah.
“Ni semua Einstein dengan
Einstein dan
“Sara, kau slow sket la kalo nak komen pun. Kang nanti kena sound kang, dapat masuk front page kang.”
Sir Zeeshan memang suke buat student jadi popular.
Kelas physics memang sarang Sara tidur, takpun dengar lagu. Senyap-senyap dia bawak handphone masuk kawasan sekolah. Pastu, dia dok dengar lagu MP3 via headphone. Mana tak berkat belajar physics. Sebab tu bengap semacam je. HAHA. Naseb baik la tali headphone boleh cover dengan tudung. Tak de nampak sangat.
Saat kelas physics tamat, saat yang paling menggembirakan!
“Eyy, Sara, tak balik ke? Ko dapat offer menginap kat kelas ni ke ape?” Dila pelik tengok Sara tak kemas barang langsung.
“Mak aku ambik lambat la Dila. So I have to stayback till 5. saje nak lena-lenakan diri diulik mimpi kat kelas ni. Eceehh,” jawab Sara.
“I see. So, see you tomorrow. Bye Sara. Take care,” Dila melambai.
Sara lentokkan kepalanye ke atas meja.
“Rock a bye baby,in the tree top.. lalallalala..”
Mata tak mau tutup.
Pergi kat tingkap kelas. Nasib baik kelas kat tingkat 2. ade gak lah pemandangan dari atas ni ha. Boring. Rumput. Budak skima form 1, rambut belah tepi. Haha. Nanti naik form 2,3 mule la jadi macho. Ceh, macho kah?
Sara pergi kat koridor, yang dari arah koridornya itu, boleh dapat tengok kolam ikan sekolah.
Boring.! Wah, kalau ade ikan duyung versi jantan hidup kat kolam tu, ajaib tuh.
“Man!! I’m dead.!” Jerit Sara
No choice. Sara pun kembali menyumbat telinga dengan headphone. Lagu favourite keep on playing.
Sesekali dye buat sessi karaoke.
…
You are my
You look so neat and tidy when I'm way up high.
But I know your streets are lined with a fine mess inside.
And I wanna come down and walk around your mind.
Lalala…
Dok sedap layan lagu, tibe-tibe rasa macam ade orang dok berdiri kat belakang.
Ditolehnya.. dan… Tada!!!
Adli sedang berdiri.
Lega! Sara mengurut dada. “Kau ni buat terkejut aku je.Bla lah,” Gile garang. Sara buat muka geram. Buat gubra aku je.
“Nasib baik aku yang berdiri kat belakang kau. Cube sekali cikgu Hassan yg dok terpacak, habislah kau.”
“Kenapa kau kata aku akan ‘habis’?” Sara buat muka innocent.
“Eleh, macam aku tatau ko bawak handphone gi sekolah.” Buat muka konfiden je.
Gulp! Camner die tau?
“Tu obvious sangat tuh.” Macam tau je apa yang aku tanye.
Adli menuding ke arah wayar headphone yang terjuntai keluar dari posisi yang sepatutnye.
Sara cepat-cepat off handphonenye. “Eh, kau nak pergi mana?” Adli dah nak keluar.
“Tadi suruh aku blah.”
“Eh, Adli kau jangan plak eh, bagitau cikgu Hassan.”
Adli buat dunno dan terus melangkah pergi.
“Biar kebetikan dia nak bagitau cikgu Hassan.” Sara yang tak senang hati, terus meggalas beg dan mengejar Adli yang jauh di hadapan.
“Adli !!!” 3 kali Sara memanggil nama Adli.
Namun, Adli terus berjalan tanpa henti.
“YUSUF ADLI!!” hambik kau nama penuh aku kasik.
Adli berhenti, at last. Ingatkan tadi ade orang lain yg control kaki dia.
Sara berlari mendapatkan Adli.
“You’re not going to tell Cikgu Hassan bout that matter
“Depends.” Pendek je jawapan.
“Gedik betul mamat ni..”
“Ape? Ulang balik.”
“Huh?? Tak de aku kata… err.. nothing. So takyah la bagitau cikgu Hassan eh Adli. Please. Come onla takkan kau nak hancurkan masa depan aku yang tak berapa nak cerah semata-mata handphone ku. Ehh?”
“Tapi aku lapar..”
“Ko nak ape?”
“Roti bun sambal bilis yang gardenia punye.”
Adli memerhati Sara yang bersemangat membuka zip beg galasnya dan mengeluarkan… pistol? Haha kurang masuk akal. Sara mengeluarkan ‘Roti bun sambal bilis yang berjenama gardenia’.
“Nah. Ambiklah,”
“Cop. Ni tahun berapa punye roti kau bagi aku nih? Entah2 3 tahun lepas kot.” Adli ragu-ragu melihat wrapper roti tu yg renyuk semacam.. Banyakla dia punye ragu-ragu.
“Cakap baik sket. Ni tengok expired date dia bile. Seminggu lagi tau. Tak caye tengok sendiri.”
Muka Adli macam nak lagi.
“Tak cukup lagi ke?” Sara mengeluh. Ade lagi ke??
“Aku nak air oren.” Adli menyengih. Macam handsome. Handsome la jugak. Hanya berkata benar. HAHA.
Sara sekali lagi membuka zip begnya.
“What the fish??”
“You have everything in your bag? Are you like some kind of magician or what??”
Adli dah speaking
“God, what an accent.” Sara kagum dengan slang dan
Sara menghulurkan sekotak air oren.
Sara hanya senyum bila teringat soalan Adli tadi. Aku magician?
Yeah for god’s sake. Kalau betul dah lame aku cuci ingatan dia supaya dia tak tahu aku bawak handphone.
“Lagi ade barang ape lagi kau bawak nih? Lasagne ade? Cheese cake ade, cheese cake? Err, burger mc D ade? Sushi ade? Aaku suka sushi.” wah, bagus betul pertanyaan. Ade aku kisah kau suka sushi?
“Ade…”
Adli senyum.
“Adee… kalau kau pergi order kat secret recipe, mc D and sushi king” HAMBIK!
Adli ketawa.
“By the way, thanks. Aku pun sekarang tengah terdesak dan lapar. Terima kasih kawanku.”
“Terima kasih juga kawanku,” ujar Sara. Masing2 faham.
“Aku macam tak percayalah yang kau nak mintak roti bun and all that. Kire kau ni, mintak tengok
“Demand aku takdelah tinggi sangat. Ala-ala gitu je. Asalkan perut aku diisi sudah.” Jawab Adli.
“Nanti aku belanja kau pulak. Hehe,”
Ternampak lambaian tangan Lukman yang mengajak mereka ke tempat berehat.
“Amboi, tadi kate tak de duit. Ni siap ade roti dengan air oren kau pergi kutip kat tong sampah mane?” Lukman bergurau.
“Haha. Banyaklah kau.” Ujar Adli yang mengoyakkan roti itu dan menyumbat ke dalam mulut.
“Sara pun ade? Korang same-same pergi buat misi tong sampah ke? Dah buat pertubuhan ke ape?” Lukman masih bergurau.
Sara hanya mampu senyum kambing.
“Sara, kau tak lapar ke?” Adli tiba-tiba teringatkan yang dia ni tengah melahap makanan orang punye yang telah di bagi.
“Ceeh, baru nak Tanya bila kau dah ngap 3 suku roti tu. Tak payahla. Kang nanti kata buruk siku pulak,” Sara bebel.
“Nasib baik kau berfikiran panjang.” Adli menghabiskan roti.
“Gedik.”
Sempat jugalah mereka bertiga berborak sambil buat kerja sekolah. Borak yang lebih sebenarnya. Buku teks dan buku tulis hanya dibiarkan terbuka. Masing2 tunggu parents ambil.
Tiba-tiba..
“Lukman, tuh, buah hati kau no. 3 cari kau tuh,” beritahu Adli yang ternampak seorang gadis rasanya tingkatan 1 sedang mencari seseorang. Gadis putih gebu nampak comel.
Lukman memalingkan kepalanya ke belakang. Dan terus mendapatkan gadis itu. Nampak mesra!!
“siapa tuh??” Sara mahu jaga tepi kain orang.
“Tu baru buah hati Lukman no. 3.”
“No. 3? Maksud kau nombor tiga?” semangat Sara buat
Adli angguk.
“Kirenye no 1 dan 2 ade jugak?” Adli angguk lagi.
“4 pun ade” sambung Adli.
“GILE. BIAR KEBETIKAN?? LUKMAN ade 4 buah hati??” Sara cam tak caya.
Nampak macam innocent je. Memang la agak kacak tapi takkan sampai 4??
Ni kena korek nih.