Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

20 November 2010

less than three [pt 1]

“Nak aish-krim?” tanya satu suara. Huluran aiskrim kon dihadapkan didepan muka. Anak kecil itu yang tadinya hanya tunduk kini mengangkat muka. Deraian air mata berhenti sekejap. Mata dikalih ke pemberi aiskrim. Seorang budak lelaki, hampir sebaya masih menghulur aiskrim kon kepadanya. Tersenyum, gigi depan kelihatan.

Hani menyambut huluran aiskrim. Aiskrim bertukar tangan. Dia menjilat aiskrim tersebut. Vanilla. Mata dipejam kuat. Tak suka. Dia beri balik aiskrim tersebut.

“Tak nak?” Budak lelaki itu tanya lagi. Hani geleng.

“Suka cokelat.” Hani bagitahu. Budak lelaki itu hanya mengangguk dan menjungkit bahu. Hani mengembalikan aiskrim vanilla itu.

Dan aiskrim vanilla tu dinikmati dengan penuh semangat. Hani hanya meneliti dari tepi. Ah, lapar.

“Tak nak?” Tanya budak lelaki tu lagi. Hani hanya geleng kepala. Dan serentak dengan itu, Hani ketawa. Budak lelaki tu buat muka pelik. Aih?

“HAHAHA. Mulut macam orang McDonald!” Hani tuding jari ke arah mulut budak lelaki itu. Sungguh, mulut dia dah jadi macam orang McDonal tapi slek, bukan warna merah kalau tak memang dah cop jadi McDonald’s junior. Heh.

Budak lelaki tu hanya sengih. Lagi jadi macam orang McDonald tu. Ahaha. Tangannya di sapu ke mulut. Dan akhirnya dia kesat mulut dengan baju t-shirtnya dengan bersungguh-sungguh.

“Eeeee.. baju awak kotor!” Hani kata lagi melihatkan baju budak lelaki tu dah kotor akibat dia kesat mulut guna baju. Budak lelaki itu tak ambil kisah.

“Umar.” Budak lelaki tu perkenalkan diri. Dia senyum, dan matanya mengecil dek kerana senyumnya itu.

“Hai Oma! Hani.” Hani berkata dan tangannya menyambut salam perkenalan Umar.

“Eeeeeeeeee, tangan kotor.” Hani baru sedar tangannya kotor jugak selepas meleraikan salam perkenalan. Umar hanya gelak. Dia mengesat-ngesat ke baju gaun yang di pakainya dan akhirnya, Dua-dua dah kotor. Aish.

* * *

“Hani !” suara ibu kedengaran dari tingkat bawah.

“Dah siap pack barang belum?” tanya ibu.

“Tengah. On the way,” chet. Tadi bukan main berangan aku buat walking-down-the-memory lane punya sessi. Aku ketuk kepala. Apalah yang aku berangan tadi. Album masa kecil-kecil dulu masih berada di atas riba. Tengah syok layan cerita flash back dengan gambar-gambar yang terlekat pada album ini.

Childhood memories honey!

Itu nama album yang khas menempatkan gambar-gambar aku yang diambil ketika aku masih kecil, masuk tadika, masuk sekolah rendah. Semuanya ada di situ.

Gambar aku dan Umar banyak disimpan. Waktu main buaian sama-sama. Waktu main kawin sama-sama. HAHA. Waktu main basikal 3 roda sama-sama. Well, that was years ago. Sebelum Umar pindah ke United Kingdom, masa dia berumur 9 tahun sebab ayahnya ditugaskan untuk menjaga projek dinegara orang, dan aku pada masa tu, hanya berusia 8 tahun. Sekarang aku dah 18 tahun, entah ingat lagi ke tak si Umar dekat dia, pun dia tak tahu. Probability untuk dia ingat, agak tipis. Yelah, dah duduk Negara orang, kawan pun dah ramai. Kawan yang masa kecil-kecil dulu lagilah dah tak ada dalam ingatan. Kot. Tapi tulah, kenangan tiba-tiba muncul dalam kotak fikiran. Entah kenapa. Gedik ouh. Aku geleng kepala.

Aku menyelak lagi ke helaian seterusnya. Gambar aku dan Umar masing-masing duduk sama-sama. Ada pengapit lagi. Ni mesti kes main kahwin-kahwin. Haha. Childish. Masing-masing tayang muka bahagia sakan dapat kahwin. Haha. Lawak. Aku dah senyum macam kerang lawa.

“Dah besar nanti kita kahwin nak?” Umar tanya. Hani ingat lagi.

“Nak.” Hani hanya mengangguk.

“Promise?”

“Promise.” Hani senyum lagi. Dan pinky-promise bertaut.

Aku menutup album gambar di bawa ke dada. Matanya meleret ke siling bilik.

Was that really a promise? Made by an 8 years old boy and a 7 years old girl? Aku mengeluh. Hani dan Umar, kahwin? HA-HA. You wish la brader. Gatal sangat nak kahwin eh, masa kecik-kecik? Eh budak keciklah, cakap ikut suka hati je, mana ada nak fikir betul-betul.

Apa kes kau tiba-tiba teringat kat Umar lah dey?

Saja.

Rindu?

Tak.

Serious?

A little.

Hoping to see him?

Entah.

Are you…?

Ah, shut up!

Aku kembali menyusun pakaian ke dalam beg pakaian. Rasa malas pun ada. Ah, first time going to college. Excited? A little. Scared? A lot! Entah, hati ni redha je bila ayah suruh masuk study cepat. Katanya sakit mata tengok aku dok bersandar kat sofa tengok Disney Channel, kartun je memanjang. Maklumlah lepasan SPM.

Dan apa yang aku tau, dia dah register kan aku kat Kolej Emerald. Aku pun apa lagi. Terkedu, terkesima, terkejut segala tersurat dan tersirat lah aku rasa. Cuma aku ni macam malas nak cari gaduh dengan ayah so, ikut jelah kemahuan dia. Apa-apa pun, aku tahu apa yang ayah buat untuk kebaikan aku jugak nanti.

Satu persatu lipatan baju dimasukkan ke dalam beg. Bingkai gambar ibu dan ayah juga diletakkan ke dalam beg. Pengubat homesick kelak. Haha. Kalendar yang terlekat pada dinding dia lihat dengan penuh khusyuk. Bulatan merah pada tarikh 4 Januari menarik perhatian. Ada sesuatu di situ, ‘new chapter of life starts today, dear.’ Sikit-sikit dia menarik senyum.

Dia menghenyak katil. Empuk. Ah, bakal rindu habisan bilik ni. Dan aku terus baring menikmati keempukan katil yang jadi milik aku selama 18 tahun. Ceh, masa nilah baru nak puji, katil ni empuk. Pirah.

Cheek a boom, bunyi mesej masuk.

Dude, going to college in 3 days time!!! XD I’m a little excited. Kau? –Sofea-

Senyuman aku makin meleret dek kerana mesej itu. Lega jugaklah hati Hani bila dapat tahu yang diam-diam Sofea pun ada apply masuk kolej yang sama dengan Hani dan dia pun diterima. Ah, this is gonna be so much fun. Another one year and half with you, babe!

Aku pantas membalas mesej Sofea.

Dude, you get excited for like EVERY-thing. :p aku? A bit la. Takot pun ada jugak. Hehe :D –Hani-

Aku pandang cermin.

“Kau dah besar, Hani Hazirah!” aku letak kedua belah tapak tangan ke pipi. Merenung wajah diri sendiri. Ah! Macam tak percaya, betul ke aku dah bukan budak sekolah lagi? So now, I’d call myself as college student.? Ceh, poyo. Kecoh la!

Aku berdiri tegak memerhatikan refleksi diri di cermin. Gambar separuh terkoyak yang terlekat pada cermin tu ditariknya. Gambar Umar. Sepatutnya gambar dia dan Umar tengah main buaian kat rumah Umar. Tapi sebab, masa tu satu je ade gambar ni, dan masing-masing macam nak sangat gambar ni, maka ibu ayah kata, bahagilah dua. Umar dapat gambar, aku, aku dapat gambar Umar. Aku pun tak berapa nak ingat baju apa aku pakai waktu tuh.

“We’re gonna meet someday. I will find you, though.” Aku bisik dalam hati.

2 comments:

~ZYX~ said...

wah..sgt comel umar n hani...

Anonymous said...

cam citer yang selalu ade kat manga or anime
but i guess u have something unpredictable.

teruskan usaha!