Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

12 August 2009

Train_WrecK <20>

“Kau pergi kan jumpa orang tu?” Dila tanya dalam dewan. Sara dan Dila tengah sibuk tengok acara Hari Guru seterusnya.

“Entah.” Jawab Sara sepatah. Matanya betul-betul bersemangat tonton acara tu. Muka straight gila. Ni akibat jawapan straight forward Adli. Grrr.

“Pergilah eh,” Dila tayang muka berharap.

“Tengoklah.” Sara jawab malas. Sara bangun dan bla.

“Eh, nak gi mana? Tunggu aku!” Dila pergi dapatkan Sara.

“Bingit lah dalam dewan. Aku nak jalan-jalan kejap.”

“Nak lepak dengan yang lain?” Dila bagi idea. Sara senyap. Kaki terus berjalan. Jalan punya jalan punya jalan, Sara berhenti kat penjuru tembok sekolah.

“Kau nak fly ke?” Dila tanye.

“Aku tak de sayap nak terbang.” Sara buat lawak.

“Dah tuh?”

“Aaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrgggggggghhhhhhhhhhh…” Sara jerit sekuat hati.

“Woi, mende jerit-jerit nih?” Dila pandang sekeliling. Budak ni kena rasuk ke apa? Sara jerit lagi.

“Kau jerit lagi kang aku panggil pak imam kang,” Dila dah gelabah siap kasi warning.. Sara berhenti jerit.

“Rilek lah. Aku jerit je, kasi ringan kepala,” Sara sengih. Dila lega.

“Kenapa kau jerit? Tension?”

“Sakit hati.”

“Oooh.. asal eh?”

“Ayat dia sangat menyakitkan hati!” Sara cakap geram.

“Oohh..”

“Dia tak boleh cakap elok-elok ke?”

“Emmm…”

“Punya baik aku jawab. Dia boleh kata macam tuh. Argghh.” Sara masih geram. Dia tengok jam. Jarum jam tepat menunjukkan pada angka 11.

“Aku sangat tak faham!!” Sara dah mula cakap dengan diri sendiri.

“Jom!” tiba-tiba Sara tarik tangan Dila.

“Mau pergi mana lagi.?”

***
“Asal kau tukar tempat? Kata nak lepak kat padang. Ni tiba-tiba sampai naik tingkat 4 ni apa ke hal nye?” Zairi tanya dengan muka gila nak tahu.

Adli senyap. Zairi pandang Lukman. Lukman jungkit bahu.

“Takkan tak nak tengok drama kot,” kata Adli tiba-tiba. Drama? Sejak bila ahli pasukan drama nak buat latihan kat sini?

“Drama apa?” Syah pulak menanya.

“Drama Romeo bertemu Kuning?”

“Bukan Romeo bertemu Juliet ke??” Syah keliru.

“Tak kisahlah apa tajuk dramanya. Tengok je nanti.” Adli dah berhenti di penjuru koridor tingkat 4 blok C.

“Aku tak sabar nak tonton,” Zairi dah excited.

“So get ready ape-ape yang patut.” Adli tengok jam. Em. Dah nak masuk waktu.

***
“Kau agak-agak siapa?” Dila mula soal. Diorang sedang berjalan menuju ke blok C.

“Siapa? Apa?” kening Sara terangkat.

“Siapa yang nak jumpa kau tu.?”

“Entah. Budak form 1 kot. Senang aku sekeh kepala dia. Haha.” Sara buat muka evil.

“Takkanlah. Ayat macam bukan budak form 1 je. Kalau budak form 1 mesti macam. Hai, assalamualaikum. Salam perkenalan. Nama saya Blablabla.” Dila dah nak tergelak dengar ayat yang dia reka. Sara dah gelak habs-habisan.

“Skema nye. Tu gaya macam ambil dari buku contoh karangan je. Tak tahan aku.” Sara cakap.

“Kalau budak form 5 macam mana?”

“Huh? Budak form 5 takkan nak jatuhkan standard kot.”

“Bukan banyak dah terjatuh standard ke?”

“Tapi populasi yang terjatuh standard tu dah pupus dah,” selamba Sara jawab.

“Kalau budak form 4. sebaya kita?” Dila dah mula berfikir.

“Ok je. Lagipun bukan ada apa-apa pun. Rilek la. Sekadar dia murah hati bagi aku coke dengan ros.” Jawab Sara. Murah hati lah sangat.

“Aku nak jumpa dia pun bukan ada apa-apa pun. Nak ucap terima kasih saje.” Sambung Sara lagi.

“Kau nak aku teman?” soal Dila.

“Entah. Kau nak ikut aku?” Sara soal balik.

“Tak kot. Lagipun dia nak jumpa kau bukan aku.” Dila bagi statement. Sara gelak.

“Nasib baik kau sedar.” Sara jelir lidah.

“Amboi…” ujar Dila. Langkah kaki disegerakan.

***
Adli keluarkan lollipop dari poket bagnya. Dia memegang bahagian pemegang putih. Dia memusingkan batang itu supaya lollipop tu kelihatan sedang asyik menari. Adli pandang pemandang dari tingkat 4.terasa macam giant boleh nampak semuanya.

“Bro!” Lukman tepuk bahu Adli yang separuh berangan. Hampir saja lollipop tu jadi ‘mangsa bunuh diri’ terjun dari tingkat 4. nasib baik sempat sambut.

“Husshh.. agak-agaklah weh. Jatuh benda ni kang,” Adli cakap kat Lukman. Lukman sengih. Adli pelik.

“Sayang sangat kau dengan lollipop ni yek.” Ujar Lukman. Sengihan masih ada di situ.

“Uit. Mestilah. Aku beli dengan duit nih. Bukan free.” Jawab Adli.

“Sejak bila kau suka makan lollipop?” Adli senyap. Patut jawab ke? Hmm.

“Lollipop ni bukan untuk aku lah…” jawapan tergantung. Satu. Dua tiga. Lukman tunggu sambungan tapi tak de. Okay. Biar Lukman sambung.

“Untuk Sara, huh?” ada tanda tanya. Adli angguk teragak-agak. Kenyataan mana mau lari.

“Asal kau macam dingin gila tadi?”

“Eh?. Mana ada. Ada ke?” Adli keliru. Tak surela. Adli pandang Lukman dengan muka betulkah? Lukman angguk. Adli buat biasa.

“Yang bila kau cakap kat Sara ‘I’m talking to Dila.’ Tu sangat rasa macam kena penumbuk.”

“Betul apa. Dila tanya. Aku jawab. Dia menyibuk nak jawab juga tu apasal?.” Adli ego. Lukman geleng kepala.

“Weh, Sara datang weh!” Syah bagi pengumuman. Adli tersentak. Lukman dah datang dekat Syah. Adli pun.

“Dia tak naik atas weh,” Zairi yang tunggu kat tangga bagitau.

Masing-masing dah bertenggek umpama burung merpati kat koridor melihat Sara dari atas.

***
“Mana pulak mamat ni?” Sara pandang kanan kiri depan belakang atas bawah. Tak de pun. Sara gerak lagi. Tinjau mana tahu tiba-tiba timbul. Haha.

Ada kelibat budak berdiri kat hujung blok tu. Diakah? Sara jalan lagi. Makin dekat dengan orang tu makin lambat rasa nak berjalan. Muka tak nampak. Tak pe cool.

“Er.. patut aku ke aku tanya?” Sara berfikir dalam hati.
“Kalau tak tanya nanti sesat jalan.” Otak bagi jawapan.
“Tepuk dada tanya selera,” Hati pulak berkata.

“Err.. sorry?” ayat terkeluar dari mulut mengharap si dia toleh ke belakang. Memang harapan itu termakbul si dia pusing belakang. Tayang muka.

Dia tengah syok minum kotak air chrysanthemum dengan tangan lagi satu masuk poket.

“Reed?” Sara terperanjat. Reed tengah berdiri depannya. Budak 4 Sains Berlian. Reed budak paling popular. Ok, there’s a special name for this guy. Hmm. Yup. He is the Mr. Right Guy. Faham-fahamlah kalau Mr.Right, semua ada. Good-looking, he’s the one. Sportsman, he’s the one. Academic-guy, he’s the one. Apa lagi?

“Hmm?” Reed cakap sepatah. Dengan muka do-i-know-you. Dia menyedut segala sisa air yang ada dalam kotak.

“Ok. fine. There is no way he was the one who gave that coke ber ribbon and the rose dekat aku. Salah orang. Salah orang. Lagipun. Macam lah dia tau nama aku sape kan?” Sara cakap sorang.

“Sorry?” Reed terdengar yang Sara macam cakap something.

“Huh? Nothing. I better go now. Salah orang.” Sara berundur. Reed dah senyum kambing. Bingung la kalau orang tu Reed. Dang! Then siapa? Prank ke? Bay-gok! Sara dah bengang. Hish.

“Sara.” Reed panggil. Sara dah macam eh dia tahu nama aku?

“Hm?” Sara toleh ke arah Reed.

“Dapat coke and ros?” Reed senyum. Sara dah gubra sakan. Alahai. Dia ke?

“Dapat.” Sara terngangguk-angguk. Senyap.

“Well, thanks.” Ucap Sara. Apa patut aku buat. Bla ke?

“Suara kau sedap.” Pujian ikhlas dari Reed. First time orang puji, tak mau kembang semerbak kasturi?

Sara senyum lebar. “Thanks.” Senyap lagi. Macam ada signboard ‘SILA SENYAP APABILA DAH HABIS CAKAP’. Pelik.

“Sedap coke yang kau bagi,” Aduh. Coke. taste dia tak variety gitu je unless coke vanilla la kan. Sara sengih poyo. Mende entah dia cakap tadi. Reed gelak.

“Coke pun sedap?” Reed menduga.

“Aku sedap je kalau orang dah bagi free.” Sara jawab slumber yaya.

“Siapa kata bagi free?” Sara dah tayang muka terkejut beruk yang macam nampak pisangnya di kebas beruk yang lain.

“Eh?” mood Sara masih sama. Terkejut.

“Yelah.” Reed dah peluk tubuh. GULP.
Dan mereka berborak dan borak sampai tak tahu ada yang jadi penonton.

***
Di tingkat 4…

“Aku terasa bak kamera litar tertutuplah.” Ujar Zairi yang menjadi salah satu mata yang melihat Sara dan Reed terngah bercakap.

“Apa faedah kita tengok diorang? Aku dah lah tak dengar satu habuk pun apa yang diorang cakap. Setakat dapat tengok mulut bergerak, pastu ketawa tanpa suara ini bukan hiburan yang daku cari.” Syah mula bersuara.

“Macam tengok drama Charlie Chaplin. Suara tak dek.” Lukman sambung.

“Jom letak speaker.” Adli menambah. Yang lain buat muka bersinar.

“Speaker nak cari mana?”

“Mana aku tahu.” Adli ankat bahu.

“Lah, tadi kau juga yang kata nak letak speaker.” Zairi bersemangat.

“Aku cakap je.” Jawab Adli. Adli masih setia menonton drama Charlie Chaplin bak kata Lukman yang sepatutnya jadi drama Romeo bertemu Kuning. Apa-apa ajalah. Asalkan dapat tengok pelakonnya tak kisahlah. Syah dah quit. Dia bersandar pada dinding.

Scene drama sekarang. Reed dan Sara tengah bergelak ketawa. Tak tahu kenapa. Atau saja-saja gelak. Entah.

“Wei, air sabun ni nak buat apa?” tanya Syah mengangkat botol air sabun.

“Kau telan je lah.” Idea yang biol-la dari Zairi.

“Gaya macam nak ziarah kubur aku dengan lebih cepat je.” Syah jawab slumber. Zairi dah gelak. Adli dan Lukman sama join.

“Kau bawak balik, pastu kalau nak mandi guna je. Jimat sikit. Saving woi saving..” Lukman bagi idea.

“Idea anda tak begitu kreatif.” Syah reject.

“Agak-agak kalau aku siram rumput hitam jadi segar bugar tak? Kreatif?” Adli dah angkat kening berulang kali.

“Rumput hitam? Hmm. Tak pernah dengar. Tapi cukup kreatif. Nah!” Syah bagi botol air sabun kat Adli. Adli dah sengih evil.

“Ni senyum yang aku jarang tengok nih,” Zairi tengok muka Adli.

“Kalau ada misi, kitorang nak join sekaki..” Lukman cakap. Adli bagi isyarat meh-le-jangan-segan.

“Kau nak buat apa?” Lukman soal bila Adli dah buka penutup botol.

“Wait and see ye.” Dan segala isi kandungan air sabun di curahkan ke bawah sana.

***
Shuuuu… deras air sabun turun dari mulut botol dan tepat singgah ke rumput hitam aka rambut Reed.

Reed terasa macam kena shower. Dia mengibas-ngibas kepala. Dia tunduk.

Sara dongak atas. Ada kepala 4 orang. Tapi tak tahu siapa.

“Eh, kau ok?” Sara soal Reed. Rambut Reed dah macam teratai layu di tasik madu. Adeeh.

“Gotta run. Talk to you later.” Reed mintak diri. Nak pergi toilet agaknya. Risau rambut seyh! Sara melihat Reed yang bla dari situ. Dengar jugak mulut bising empat ekor mamat di atas sana.. Sara baru teringat yang budak 4 orang tu tengah lepak kat tungkat 4 blok C.

Sara menaiki anak tangga. Ni sekolah buat tangga curam bebenar! Habis work done + energy. Waste energy tak kira lagi. Dah merepek.

“Wooi!!” Sara jerit tengok budak 4 orang yang tengah duduk kat koridor.

“Eh, siapa siram benda tuh?” Sara tanya, kali ni dia mendekati mereka berempat.

“Tak de sape pun.” Syah menafikannya.

“Betul betul.” Lukman back-up. Beriya.

“Kau salah orang lah.,” Zairi tambah.

“Kau? Tak de benda nak cakap?” Sara bagi soalan dekat Adli. Ad

“Ada.”

“Apa?” Sara tanyang muka gangster sezaman.

“Memang aku yang siram. Kenapa?” Adli dah bangun.

“Kenapa kau siram?” Meooww

“Sebab Syah tak tahu nak buat apa dengan air sabun tu.” Grrr..

“Habis tuh? Kenapa kau siram dia?” Ngauummm

“Dah tuh? Kau nak aku siram kau ke?” Ada pulak! Auuumm

“Eeeiiissh..” Sara mendengus geram.

“I’m outta here!” Adli berlalu pergi. Menuruni anak tangga meninggalkan Sara, Lukman, Zairi dan Syah di situ.

“Adli, lollipop kau!” Lukman panggil Adli yang nampak lollipop tercicir.

“Kau bagilah dia!” Adli jawab dari bawah masih menuruni anak tangga.

“Untuk kau.” Lukman bagi lollipop kat Sara.

“Hari ini ‘Hari Pemberian Sedunia’ ke?” Sara cakap. Dia ambil lollipop tu. Vanilla + Chocolate just like her all time favourite.

“Aku sure yang Adli tak nak kasi aku.” Sara fikir balik. Adli bad mood hari ni tiba-tiba! Dia menghulurkan balik lollipop tu.

“Tu untuk kau.”

“Kau sure?”

“Dah tu kenapa ada tulis nama Sara kat situ?” Sara tengok balik. Ada kepingan kertas kecil dililit dengan tali halus. (aku tak reti nak describe).

“Tapi hari ni dia bad mood.” Sara cakap.

“Not the whole day. He was fine in the morning.. and he wanted to give you this..”

“Then kenapa lepas tu dia bad mood?”

“Maybe because of the coke..” Lukman buat conclusion.

“Coke? Kenapa? dia allergic dengan coke ke?” Sara tayang muka i-don’t-get-it. Lukman sengih. Zairi dan Syah beredar dari situ.

“You just don’t get it, do you?” ujar Lukman masih tersengih.

“Macam mana aku nak get-it kalau kau tak cakap sebabnya.. arrhh..” Sara bengang. Dan Lukman bla dari situ membiarkan Sara berteka-teki.

Coke ber ribbon + Rose = Mr. Right Guy.
Lollipop = Mr. Sweet to the power of Moody Guy.

=.=’

6 comments:

Bulanhijau said...

waaaaaaaaa
adli jeles
yay !!!

cik sara,
tlg jgn blur sgt.
hehehe

keSENGALan teserlah.. said...

haha..
kejelesan adli sgt ketaraan..
muahahaa...
sara...blur...?ngeeee..
smbung2...

nailofargurlz said...

terang2 adli dah jeles..sara blur plak....

Anonymous said...

haha adli jeles tahap ayam dah
tp sara still blur
adoyaii
hahaha

azemigha_ said...

muahaha.. sara jenis slumber x dpt catch-up yg si adli 2 jeles..

lg.. more!

fzm2 said...

waaaaaa.apsl lembab t0wl si
sara ni...???slmber bdk glur!
huhuuh