Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

Showing posts with label Dini. Show all posts
Showing posts with label Dini. Show all posts

26 July 2012

Dini



Pintu bilik dibuka. Hah, bukan main penat lagi badan. Beg galas diletaknya atas lantai kemudian badan dihempas atas katil besi yang macam nak roboh tuh. Tinggal masa nak sembah lantai je katil ni.

“Lambat balik.” Lyn menanggalkan headphone. Soalan ditujukan kepada Dini yang baru balik rumah. Budak ni memang pengunjung paling setia library kampus tu. Memang gemar betul dia study kat situ. Katanya kat rumah tak efisen, nampak je katil, konon nak baca notes lah atas katil, sedar-sedar dah bangun pada keesokan harinya. Lepastu, emo sorang-sorang dalam bilik air. Ha, sudah, baik study kat library walaupun sejuknya macam kutub utara, janji study.

“Aura semangat nak belajar tu berkobar-kobar. Tu yang lambat tu.” Dini membetulkan posisi. Dia duduk bertentangan dengan Lyn.

“Kau sorang je kat library?”

"Ada lagi. Aku, Opie, Yaya, Syah, Budin, Mirul, dan sebagainya.” Satu nafas Dini menjawab.

“Dah makan?” soal Lyn. Dini angguk. Perut dah diisi sebelum balik, alamat kebuluran lah aku tengah malam nanti. Jadi tikus cencorot pergi geledah peti seju, cari apa je yang ada dalam tu. kalau ada carrot, bantai jelah rebus carrot malam-malam buta.

“Kau balik sorang je ke?”

“Tak de lah. Syah tumpang aku balik." Dini scan satu bilik. Kelibat Nisa tak nampak sejak tadi. Ke mana budak ni pergi ?

“Nisa mana ?  tanya Dini, dia bangun dari katil.

“Kat veranda lah tuh. Gayut. Haaaaa... panjang umur.” Nisa baru je jejak kaki masuk dalam bilik. Handphone digenggam erat.

“Ewah ewah. Munge munge ke cik kak oooi.” Dini mengusik sambil senyum jahat. Dia buat isyarat kepada Lyn. Meh pakat sakat Nisa jom! Nisa pulak dah sengih semacam kerang busuk sejak masuk bilik. Sah, mata air call lah tadi tuuu.

“Munge munge tengah mekar ni Dini. Senyum lebar sampai nak tekoyak mulut tuh.” Giliran Lyn pulak membahan. Memang best je kalau nak bahan orang ni. haha.

“Isssshhh. Korang ni.” ala-ala malu malu kucing pulak si Nisa ni. Dah terang lagi bersuluh ni ha. Minggu ni, happy je aku tengok si Nisa ni. hati sedang berbunga, mahu tak happy hidup, ye tak? Ada orang nak layan call, mesej and stuff like that.

“Weh aku jumpa dia esok.” Statement terkeluar dari mulut Nisa.

“Uuuuuuuuuuuuuuuuuu...” Dini saja buat background sound. Dini dah bersila depan Nisa nak dengar cerita seterusnya.

“Wah wah. Advance doh akak kita sorang ni.” ujar Lyn pulak.

“Dia nak datang sini.” Nisa sambung.

Lyn dah separa menjerit. “Awwwwww, sweetnya!” Nisa dah senyum bagai tiada hari esok. Suka lah tuh. “Hmm, laki aku ni, tak tahu lah nak jumpa bila.” Lyn sambung balik. ‘Laki’ tu dia refer pada Encik Nizham dia lah tu. Rindu ke kak Lyn ooi. Baru 2 minggu lepas jumpa, dah rindu balik. Dini sekadar menggeleng. Macam-macam kes lah dorang ni. Tapi cool je dengar. At least ada lah source of entertainment, kalau nak harapkan cerita sendiri, serius bosan ouh.

“Lagi lagi? Tak de cerita dah?” Dini mahu dengar cerita selanjutnya.

“Tu je wehh.” Dini cebik. Alaaaaaaa. Ish. Baru nak naik level teruja nih. Spoiler lah.

“Kau tu?” Nisa angkat kening. Si Dini ni, entah bila pulak dia nak cerita pasal dia punya crush whatsoever. Macam tak ada. Dia mana pernah nak buka cerita pasal siapa-siapa pun. Dah berapa kali korek, serius pandai simpan rahsia lah budak ni.

“Dini ni, hardcore gila. Brutal.” Lyn buat rumusan. Dini sekadar gelak. Memang dia pun tahu, Lyn dengan Nisa ada je suruh Dini pergi lah cari siapa-siapa yang boleh jadikan teman hidup. Dini sekadar menjawab, “Haaaa ye.” Tapi tak ada hasil.

“Siapa je lah nak kat aku ni. Dah lah nerd. Tak fashionista. Memang tak ada siapa nak.” haaaa, kan dah keluar ayat minta simpati dia tuh.

“Eleh. Mengada.” Balas Nisa. Dini jelir lidah. Dini yang entah tak tahulah macam mana nak cakap.

“Tapi serius lah. Aku nak tahu sangat siapa je bakal suami kau nanti, Dini. Yelah, kau kan jenis yang not into this sweet mweet lovey dovey ni kan? Tu laaa, aku serius nak tahu siapa yang bertuah tu. Mesti comel." Lyn dah terbayang-bayang. Berangan.

"Kan ?" Nisa bagai bersetuju dengan statement Lyn.

“Haa, wait and see ye rakan-rakan.” Dini bangun dari duduk bersila di atas lantai. Ha, terasa kenduri kawin aku nanti macam wedding of the year sebab ada orang nak tunggu aku kawin. Haha.

“Lagi sorang aku teringin nak tengok siapa pasangan Syah tu. Dia pun macam kau jugak Dini. Taiko, hardcore segala. Tak main ahh benda-benda macam ni. Setahu aku lah.” Lyn cakap lagi.

“Kau tunggu je lah. Nanti dia bagi kad jemputan kawin. Kau datang lah. Tengok siapa isteri dia.” Balas Dini. Tuala mandi dia letak ke bahu, kaki dah berjalan nak masuk bilik air.

“Eh tapi kan..” tiba-tiba Nisa bersuara. Dini berhenti. Lyn sedia mendengar.

“Comel jugak kalau Dini dengan Syah.” Nisa mengusap dagunya lagak membayangkan figura Dini dan Syah.

“Setuju!!!” jerit Lyn. Senyum nampak gigi.

“Gila. Tak sesuaaaaiiii..” Dini kerut dahi. Banyak-banyak lelaki, Syah pulak jadi pilihan kan?

“Apasal pulak?”

“Entah. Macam kelakar je. Aku dengan dia.”

“Tak kelakar. Comel. Serius. Dengar eh, dia hitam manis. Kau tak de lah gelap mana just nice. And kau ni talkative, dan dia tu hmmm, he talks when he needs to. Pastu dia gentleman beb. Serius, siapa tak jatuh hati dekat lelaki macam tu? and and.. aku perasan, he treats you lain dengan he treats any other girls. Serius.” Nisa dah kemukakan hujah hujah beliau.

“Macam kau je yang nak ke dia?” Dini angkat kening, sambil senyum kambing.

“Aku pulak yang kena? Haila. Serius weh. Tak tipu.” Nisa buat muka straight face. No kidding weyh.

“Maksud kau cara dia layan aku baik, lembut, and stuff yang macam tu?” Nisa angguk. Dini minta kepastian.

“Dia dengan semua orang dia macam tu. Mamat kasanova memang macam tu. Lagipun, bukan dia dengan Ana ke?” Heh, Ana. Selalu je tengok diorang jalan sama-sama. Ha, ada apa-apa la tuh. Kalau tak de pun, buat-buat je lah ada. Biasalah kena ada gossip dalam kampus ni. Baru tak bosan, kan?

“Hmm. Point taken.” Lyn yang dari tadi diam bersuara. Dini buat muka ‘see? Told ya’.

“Orang lain takde?” Dini cuba tukar topic.

“Takde takde. Korang comel hape…” Nisa dah bertepuk tangan gembira.
“Sekali terlekat, baru tahu.” Lyn menyibuk.

Dini geleng kepala. Entah macam mana lah boleh keluar topic pasal dia dengan Syah ni pun tak tahulah.

“Tak de maknanya. Lalalalalala. Dah aku nak mandi. Bye.” Dini buat tak endah dan terus masuk ke bilik air.

“Aku doakan koranggggg…” saja Nisa melaung.
Pap, pintu bilik air tutup terus.

“Tapi cuba bayang kan. Dini. Dan. Syah. Weh, serius awesome. Dua-dua otai. Taiko. Brutal case.. Hmm, aku rasa Syah yang akan jadi super sweet. Dah lah dia tu yang memang tangkap cair ppunya stok. Pergh.” Lyn tak habis lagi dengan imaginasi dia.

“And Dini will be super… woman kot. Dia tu kalau boleh semua benda dia nak buat sendiri.” Ujar Nisa mengenangkan Dini yang terlalu independent. Mungkin sebab dia dah selalu hidup seorang diri, sampai dia rasa cool je kalau buat benda sorang-sorang walaupun pada pandangan orang lain akan rasa, sedihnya lah buat kerja sorang sorang. Huhu

*

“Dini.” Bila terasa dirinya dipanggil, automatik Dini pusing belakang. Syah berjalan menuju ke arahnya. Dini tunjuk muka, ‘kau dah kenapa?’.

“Nak bincang sikit.”

“Pasal?”

“Aktiviti kita weekend ni.”

Dini mengangguk faham. “Haaa, okay. Bincanglah.” Syah pandang kiri kanan. Ha. Memang tempat orang lalu lalang, bising mising ni nak bincang kan? Memang apa aku cakap kau tak dengar dan apa kau cakap aku pun tak faham.

“Serius ahh kat sini?” Syah angkat kening.

“Dah tu?”

“Kafe jom.” Syah mengajak.

“Okay. Jom.” Syah bergerak menuju ke lif, Dini pula dah membuka pintu kecemasan. Nak menuruni anak tangga. Terbaik kan Dini? Guna tangga okey? Exercise katanya.

“Lajunya turun.” Tegur seseorang dari belakang. Kus semangat nasib baik tak terjatuh. Cis. Syah rupanya. Bukan dia nak turun naik lif ke? Ni apa hal ada kat belakang aku ni.

“Laaaa. Tak turun naik lif ke?”

“Takkan nak biarkan kau turung tangga sorang-sorang?” selamba Syah jawab.

“Ni kampus. Tak ada siapa nak culik pun.”

“Cuba lah berterima kasih sikit. Punyelah baik hati aku nak teman kan kau turun tangga ni.”

“Awwwwww. Baiknya lah hati Syah Izwan harini. Sanggup teman saya turun tangga. Terharunya… terima kasih banyak banyak” haa, kau dialog drama aku bagi. Syah gelak mendengarkan apa yang keluar dari mulut Dini. Begitu formal hendaknya. Haha.

“Sama-sama cik Nurdini Johari.” Pintu tangga ditahan Syah menunggu Dini keluar. See, dia memang gentleman semacam. Serius, wa cakap sama lu. Nak hati bunga-bunga pun tak dapat lah sebenarnya sebab dia buat kat semua orang. Haha.

Usai mereka sampai ke kafe, rata-rata classmate diorang je pun yang ada kat kafe tu. Meja kosong diorang cari.

“Sini.” Dini dah letak beg atas kerusi dan dia duduk. Syah hanya ikut.

“Oooi mesyuarat apa ni?” Lyn tanya sebaik sahaja melihat Dini dengan Syah.

“Nak bincang pasal aktiviti weekend ni. Nak join?” Dini dah menepuk kerusi kosong disebelahnya dengan harapan Lyn duduk bersamanya.

“Sorry. Tak nak kacau daun.”

“Hmph. Memang ada daun pun kat sini.” Balas Dini sarkastik.
“Daun pun takdok, mende nak dikacaunye pun.” Balas Syah pulak. Lyn yang dah berlalu pergi, sah sah lah tak dengar apa yang diorang berdua cakap tu..

“Well…” Syah dah nak mula perbincangan.

“Eh, nak makan sini.” Si Alif dah datang dengan sepinggan nasi campur dan duduk dengan mereka berdua. Ha, no hal. Segan jugak doh, nak duduk dengan Syah sorang. Dah lah mamat ni banyak peminat, silap aribulan aku dapat nota yang macam, ‘jangan ganggu bf aku’. Memang haram jadah lah aku nak benda tu berlaku kan?

“Haaa, bagus kau ada kat sini.” Kata Syah menepuk bahu Alif.

“Kau dah tanya details tak pasal sekolah tu as in venue, facilities yang kita nak dan sebagainya kat cikgu in charge?” Syah tanya Dini.

“Oh belum.” 2 patah Dini jawab.

“Dah buat lawatan kat sekolah tu, tengok tempat and everything?” Syah soal lagi. Dini geleng.

“Kau call lah sekarang.” Syah buat keputusan.

“Sekarang? Tak nak lah.”

“Call lah. Sekarang waktu budak sekolah tengah rehat ni.” pintanya. Syah meneliti jam tangannya.

“Alaaaaaaaaa…” Dini merengek. Tak nak.

“Tak payah nak ala ala.. call je pun. Bukan cikgu tu nak makan kau.” Gesa Syah lagi.

“Nervous laaa nak cakap dengan cikgu.”

“Amende nak nervousnya. Kau ni Dini.…”

"Nervous laah. Ish. Lagipun aku nak tanya apa.. ?"

"Haaa, praktis lah dulu." cadang Alif tiba-tiba.

"Syah berlakon jadi cikgu. Kau, Dini kau rekalah ayat nak tanya soalan kat cikgu tu." Alif dah jadi direktor filem tiba-tiba kan ?

"Eeeeeeee, amende pulak nak berlakon ni haa ??" Dini merengek tak nak buat.

“Cepatlah. Penat aku buat ganggang telepon ni ha.” Si Syah dah into the character siap buat symbol tangan yang selalu kita buat kalau nak call orang tu. ha, camtu lah. Tak ke semangat namanya tu.

“Eeee mengadalah… yelah yelah” Dini akur.

“Dah. Start!” Alif bagi cue.

“Helo. Assalamualaikum. Boleh bercakap dengan Encik Irsyad?” Dini dah buat ayat tersendiri.

Serius macam budak kecik, nak praktis bagai sampai kena berlakon ni. Kartun sungguh.

“Waalaikumusalam. Encik Irsyad bercakap. Ni siapa ye?” Alahai, apalah suara macam ni ni?? Geram betul.

“Wehhhhhhhh, apasal suara kau macam nak mengorat orang ni? Cuba buat suara biasa sikit. Ish!!” Dini tak puas hati. Yang si Syah buang tebiat buat suara ala-ala mamat kasanova kelas atasan ni apa jadah??

“Amende pulak?” Syah angkat kening.

“Sopan sangat.”

“Aku memang sopan pun.” Dini buat muka, yeah-right.

“Cuba kau cakap macam kau selalu cakap dengan aku. Ni… ish, macam suara nak ngorat orang je. Ala-ala mat romeo. Urgh.”

“Memang nak ngorat pun.” Selamba Syah menjawab. Dini senyap. Sah sel sel otak Syah dah tak berhubung dah.

“Dah dah. Malas. Nanti aku telefon ye incik?” bagitahu Dini

 “Telefon sekarang.” Minta Syah elok-elok. Kan ada masa lapang ni. Apa degil sangat budak ni. Ish.

“Tak de kredit.”

“Nah guna handphone aku.” Syah dah letak Blackberry dia atas meja. Dia tolak ke arah Dini. Gaya memang nak suruh Dini call.

“Yela. Yela.” Dini akur. Dia bangun dari kerusi dan mencapai Blackberry kepunyaan Syah. Syah dah bingung. Nak bawak lari mana pulak handphone aku ni?

“Kau nak ke mana?”

“Nak call lah.” Dia jugak yang suruh orang call.

“Call kat sini sudahlah. Bukan tak de signal pun.”

“Tak nak.” Dan Dini berlalu pergi ke tempat yang bukan adanya Syah mahupun Alif.

Selang 10 minit macam tu Dini datang balik. Alif pun dah habis makan, dia tengah menikmati air milo ais special dia tu.

“So how?”

“Okay beres.” Balas Dini dan memulangkan BB si Syah.

“Kau cakap tak apa aktiviti kita weekend nanti.”

“Ye, aku bagitahu yang kita akan ajar budak-budak tu pertolongan cemas dengan CPR.” Syah tunjuk thumbs up.

“Nanti kau dengan Alif pergi usha sekolah tuh. Kau kena deal dengan cikgu Irsyad lah, so Dini wajib pergi. Alif kau teman je lah si Dini ni. kesian dia pergi sorang-sorang.” Ujar Syah dah nampak aura ketua disitu. Almaklumlah Si Syah ni taiko dalam aktiviti ni. mestilah dia nak semua berjalan dengan lancar, lagi-lagi bila ni first time Dini jadi team leader untuk misi ke sekolah ni. Kena guide habis-habisan la.

“But within this week okay? Carilah masa bila-bila. After PBL pun okay.” Sambung Syah lagi sambil bagi cadangan. Dini dah keluar kan time table. Teliti dia mencari ruang kosong kot kot boleh keluar kampus jap nak pergi sekolah ni. dekat je pun. Tak jauh mana.

“PBL aku dengan Prof Hing kot. cannot cannot. Faham-faham je lah kalau PBL dengan dia, habis bukan on time, sampai pukul 6 tu pun paling awal lah kire.” Ujar Dini. So, PBL esok out.

“Nasib badan. Kasihannnn..” Alif geleng kepala, begitu juga dengan Syah. Selamat kumpulan dorang tak ada PBL dengan Prof Hing. Kalau tak, memang kena prepare mentally and physically. Syah bangun, dia beredar pergi beli air lah tu. dari tadi dok bercakap, haus lah gamaknya.

“Ada gap between kelas Intro to GIT Physio dengan Regulation of GIT motility. Masa tu boleh?” Dini tuju soalan pada Alif. Menunggu ketibaan jawapan darinya.

“Hari lain. Dah takde gap sangat dah. Nak pergi petang sangat pun macam tak best." beritahu Dini lagi.

“Alaaa aku ada hal lah time tu. Kena jumpa Dr Faridah.” Alif buat muka sedih.

“Hmm, takpelah kalau macam tu. Aku pergi sorang je lah.” Dini bagi kata putus. Dia letak semula jadual ke dalam fail.

“Laaa. Kesian kau. Sorry.” Alif minta maaf.

“No hal. Dah biasa dah.”

“Haaa, dah selesai? Bila nak pergi?” Syah dah datang dengan segelas jus oren di tangannya.

“Alif ada hal hari yang kita ada gap pukul 11 sampai 12 tu.” Jelas Dini.

“Then how?”

“Aku pergi sorang jelah. No biggie pun. Dekat kan?” Dini buat muka tanda-soal. Soalan Dini dibiarkan tan berjawab. Kurenggg~

“Laaa pulak.” Syah pandang Alif, buat muka.

“Dr. Faridah nak jumpa.” Alif bagitahu. Dia pun serba salah. Dah lah dia penolong si Dini dalam misi kali ni. Ada pulak hal bila nak usha sekolah tuh. Aish. Timing salah laa.

“Hmmmm.. apa kata kau teman kan si Dini ni, Syah. Kau free kan masa tu?” Alif bagi cadangan. Tak sanggup dia hampakan si Dini ni. Kesian pulak aku tengok.

Syah yang tengah sedut air jus oren tu berhenti. Dia pandang Alif, Dini silih berganti.
“Eh tak pe. Takpe. Aku boleh pergi sendiri. Tak payah susah susahkan Syah.” Dini mencelah sebelum Syah bagi jawapan.

“Aku no hal. Ahh, tak de tak de. Aku ikut kau pergi sekolah tuh. Jangan degil.”

“Eh tak payah...” sungguh Dini tak nak.

“Biarlah aku teman. Takkan lah aku nak biarkan kau pergi sorang-sorang. Dah lah perempuan. Bahaya lah. Cubalah jangan degil sekejap.” Syah dah keluar aura macam mak ayah dah.

Dini mengeluh. Haila. Selalu aku keluar, tak ada apa-apa pun. “Yelah yelah. Hari Rabu tau. After class, straight pergi. Lambat tinggal.” Syah angguk faham.

“Mintak diri dulu.” Senyum Syah sebaik sahaja dia check jam tangannya. Dia beredar meninggalkan Alif dan Dini.

“Tak makan?” soal Alif pada Dini. Dini geleng.

“Tak rasa lapar. Nanti lah kot.”

“Ke diet?” usik Alif.

“Aku? Diet? Immposibruuuuuu, bro.” Dini sengih. Alif pun. Memang harapan lah aku nak diet. Makan je kerja part time aku selama ni. takkan nak letak jawatan pulak kan? Huhu.

Dan azan Zohor berkumandang.

*

Berbulan bulan yang lepas,

Petang tu rasa sayu bila nampak mak abah Lyn datang rumah. Dini pun masa tu nak jalan-jalan kat luar. Dan akhirnya dia berjalan sampai ke tasik berhampiran dengan tempat penginapan kolej dia. Angin sepoi sepoi je bahasa. Matahari pun tak ada lah terik sangat. Air tasik macam biasa. Tenang.

Pengunjung tasik pun, tak ramai. Kebanyakannya orang yang nak jogging.

“Aiseh. Tak pakai kasut sport pulak.” Gumam Dini dalam hati. Kepala tunduk melihat kakinya disarungkan dengan selipar sahaja. Kalau tak boleh lari pecut sepenuh hati. Dah lah hati macam sedih je dari tengah hari tadi sampai sekarang. Haila hati. Jangan lah macam ni.

Dan sebab tu, Dini Cuma duduk di bangku panjang yang elok terletak ditepi tasik. Apa lagi? Menikmati keindahan alam sekitar lah jawabnya. Kakinya bersila atas bangku. Entah rasa emo, sentimental je harini. Bertambah emosi bila tengok mak abah Lyn datang. Hmmm…

Homesick?

Yes, seriously.

“Bu, Dini rindu ibu. Dini rindu nak peluk ibu. Dini nak peluk ibu.” Perlahan Dini bercakap seorang diri. Tanpa dia sedari gugur airmatanya. Dah nak dekat setahun jugaklah, dia tak jumpa ibu dan abah. Skype pun bukan selalu, dengan schedule nya yang sibuk. Telefon pun kadang-kadang line tak elok sangat.

“Dini dah lama tak makan masakan ibu.”
“Abah, janganlah makan daging, seafood sangat. Nanti gout susah.”
“Kan best kalau abah ada, abah boleh tolong Dini. Dini selalu lenguh badan. Kalau abah ada mesti abah urutkan Dini kan?”
“Kalau cuti, Dini selalu tinggal sorang-sorang. Bosan. Sedihkan, bu? Abah?”
“Bila abah dengan ibu nak balik Malaysia?”

Begitulah rintihan hati kerdil Dini. Dini pun bukan selalu sangat nak buat drama airmata kat rumah tu. Sekali dua je pun. Tu pun kalau dia dah tak tahan sangat. Tapi dia lebih selesa lepaskan sorang-sorang tak pun pendam je. Dia takut, nanti orang kata dia ni anak manja lah apa lah. Nak nangis je kerja.

Dini kesat kesan airmata yang jatuh. Merah mata. Hidung pun merah. Dia pun tak kisahlah kalau ada orang ingat dia gila, cakap sorang diri tadi. Asalkan dia dah let go perasaan dia. Rindu sangat!

Dia pandang pejogging-pejogging yang lalu lalang. Matanya tertangkap pada satu figura, aih, macam kenal. Dah figura tu melambai kepadanya. Alahai, siapa pulak ni. Masa aku tengah serabai macam ni lah ada orang kenal aku kan?

“Hoi.” Dini angkat tangan. Uuu, Syah rupanya. Baru dia nampak setelah Syah menghampirinya.

“Hoi.” Sapa Syah balik. Nampak gaya baru lepas jogging. Nampak peluh-peluh jantan keluar.

“Buat apa?” Syah duduk ruang kosong, pada penghujung bangku tersebut. Dini duduk hujung bangku sebelah sana.

“Release tension.” Dini senyum dan kemudia kembali dengan muka straight face dia. Dia lempar jauh pandangan ke tasik.

Senyap.

Syah curi curi pandang muka Dini. Mata merah. Hidung merah. Mak aiiih, baru lepas nangis ke? Syah dah garu kepala. Salah timing ni.

“Ada masalah? Mind to tell? I’m a good listener you know.”

Dini gelak kecil. Hamboi, puji diri sendiri nampak. Dia pandang Syah. Syah tunjuk riak muka yang sungguh dia mahu mendengar. “Nothing. It’s just that… tak ada apalah. Benda kecik je.”

“Benda kecik lama-lama simpan nanti jadi benda besar Dini.”

“Hmm. Tak ada apa lah.” Matanya tak henti pandang depan.

“Are you sure? Tipuuuuuuu. Tak baik tipu tau.”

“Tak ada apalah, cuma... aku rindu ibu dengan abah. Tu je.” Dengar sedikit sebak suara Dini.

“Ohh...” tu saja yang mampu Syah ucapkan. Pandangannya ditalakan pada langit. Syah bukanlah rapat sangat dengan Dini sampai dia tahu salasilah keluarga Dini bagai. Tapi dia pernah dengarlah Nik dengan Nuar cerita pasal mak ayah Dini yang bekerja dekat Qatar sekarang ni. So mesti dia tengah rindu gila-gila sekarang kan? Sampai merah mata dengan hidung.

“And sometimes, I feel like I’m all alone. Ibu abah jauh. Saudara mara yang dekat tak ada kat sini. Macam-macam masalah yang aku ada aku tak tahu nak cerita kat siapa. Entah. Rasa sepi. And to make it even worse, aku selalu fikir kalau-kalau apa-apa jadi kat ibu abah, aku kat sini macam mana?” dah makin sebak suara Dini. Jatuh jugak airmata yang tadi dia cuba untuk sekat.

“Ish jangan lah fikir macam tu. Tak baik untuk kesihatan.” Ujar Syah.

“Kau doa pada Allah supaya ibu abah kau selamat. Minta Allah pelihara mereka dari segala bahaya. Baca lah doa untuk ibu bapa yang Allahummaghfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani saghira. inshaAllah.” Sambung Syah lagi.

“Kau tahu, berdoa untuk orang yang kita sayang, tanpa pengetahuan mereka. Sangatlah sweet macam madu campu susu campur gula? Allah je yang tahu..” automatic Dini senyum mendengar apa yang Syah cakap.

“Aku ni tak ada lah alim sangat, cuma tu jelah yang aku mampu bagi nasihat. And tell you what, kau tak sorang-sorang. Kau ada aku, kau ada Lyn, Nisa, kawan-kawan batch kita yang lain. Kalau dalam kesusahan minta lah tolong dari kitorang. Kitorang ni pun rajin-rajin orangnyaaa…” Syah saja masuk elemen lawak. Terukir jugaklah senyuman si Dini ni, Syah curi tengok. Yeah, berjaya.

“Kot kitorang tak boleh Bantu kau. Allah is always with you, kau takkan pernah sorang-sorang. Minta tolong. Doa.” Sambung Syah lagi. Dini angguk perlahan.

“Dah laaa, jangan lah sedih sedih. Aku tahu kau kuat, Dini. That’s what Nisa and Lyn told me.” Syah cuba hilangkan rasa sedih yang menyelubungi suasana petang ni.

“Kesatlah airmata yang menjejes keluar tu. Aku ambil gambar karang.” Ugut Syah. Dia dah seluk poket mahu ambil BB.

“Eeee. Mengada!” Dini kesat guna lengan t-shirt.

“Done.” Terdengar bunyi shutter kamera. Dini bulat mata. Oh he didn’t.

“Ehhh, apa kau buat?”

“Ambik gambar?”

“Suke hati jeeee…”

“Memang suke je hati ni.. » Syah buat bodoh.

"Eeeeee.." Geram. Bukan tadi baru si Syah ni tonjolkan karakter macam imam muda ke ? ni apasal dah keluar tanduk ni. Ish.

"Dahhh, pergilah balik. Busuk !" suruh Dini sambil mengepit lubang hidung.

Syah yang terasa dirinya busuk dah pergi hidu baju yang lencun dengan peluh. Oke, ada bau disitu ye. Tapi tak ada lah busuk. Ish.

“Humphh. Ye lah. Nak balik lah ni. kau bila nak balik? Dah nak maghrib dah.”

"Kau gerak dulu nanti aku gerak lah.” Syah dah bangun dari bangku. Dan dia dah melangkah pergi.

"Syah !" laung Dini dari jauh bila dia nampak Syah dah agak jauh. Dia bangun dari bangku. Dan melangkah.

"Thanks weyh."

“No problem. Nanti aku upload gambar ni dekat facebook oke ?” dengan rasa tak bersalah Syah menjawab.

“Eeeeeeee. Tak mahulah, tak comel.” Nak upload gambar aku yang tak comel apa jadah doh! Buat malu je. Macam mana nak hidup ooi.

“Comel je.” Syah garu kepala yang tak berapa nak gatal tu.

“Kurang ajar kauuuu…” Dan Syah buat tak endah dan meneruskan perjalanan pulang ke tempat penginapan kolej mereka.

*

Dini dah start enjin kereta.

“Hamboi. Laju je kau ehhh?” Syah datang ke tempat parking kereta. Dia melonggarkan ikatan tali leher. Mak cik ni laaah, sure tadi tergopoh gapah lari laju tak nak kasi aku ikut dia.

“Eh kau.” Terkejut dibuatnya. Entah dari mana datang. Tup tup dah sampai. Aigoo. Plan nak melarikan diri dari Syah sememangnya gagal.

“Kau nak pergi sekolah tu tanpa aku eh?” Syah cuba korek rahsia.

“Ehhh. Mana ada. Aku tak kejam oke?” nafi Dini sambil membuka pintu belakang. Letak beg dan fail. Begitu juga dengan Syah.

Masing-masing buka pintu kereta dan masuk ke dalam. Seat belt disarungkan.

“Eh tak apa ke kau ikut aku ni?” tanya Dini sebaik sahaja kereta berhenti sebab traffic light merah.

“Tak apa pun.” Syah tunjuk muka pelik.

“Kot nanti ada yang jealous. Susah hidup aku kat kampus tu." saja Dini mengusik. Terlepas juga dia nak ketawa. Bukan selalu dapat peluang nak membahan si Syah ni.

"Haaaa.. sape lah yang bertuah sangat sampai nak jealous tu ? Ke... ada orang yang jealous pulak aku naik kereta dengan kau eh ?" Syah twist the question.

Ah, pandai betul mamat ni terbalik kan soalan kan ? aku pulak yang terkena.

“Orang tu pun tak wujud, amende nak dijealous kan pun.” Selamba Dini menjawab. Dah memang betul. Siapa jelah yang kat kampus tu ada masa nak usha aku. Haha. Oke, dah merapu meraban dah pulak. Syah gelak dengar statement Dini yang bangang tu.

"haloh haloh, kesiannya diaaaaa..."

"tak payah nak kesian sangat lahh..”

“Kenapa kau harini ni…” Syah pandang Dini atas bawah yang sedang khusyuk memandu.

“Kuning sangat?” soal Syah melihat Dini yang berbaju kurung kuning terang dan bertudung kuning jugak.

“Kenapa? Tak boleh?” pakai baju kuning pun salah? Apa kau ingat aku nak pergi perhimpunan BERSIH lah ni? Haih, parah!

“Tak ada lah. Macam jus mangga..” okey, serius pelik. Jus mangga pun jus mangga lah.

“Eleh. Nak kata aku sweet lah tuh macam jus mangga kan? Kan?” Dini buat muka tak malu. Syah sengih sambil geleng kepala. Bengong la. Jus mangga sweet meh? Entah!

“Pandai pun…” balas Syah bersahaja. Dini senyum. Memang aku pandai pun. Ahaks.

"Eh kau tengok tak video kat youtube yang Nik pos tu ?"

"Yang mana ?"

"Yang student kahwin tu."

"Ohhh, yang dulu belajar kat KMB tu pastu lelaki tu ajak perempuan tu kawin ?"

"Haaa yang tu yang tu." Bersungguh Dini mengangguk.

"Haa apasal ? kau nak kawin dah ke ?" Syah serkap jarang. Ah. Ke situ pulak kau. Memang tak de lah. Calon pun tarak. Mahu kawin jauh sekali.

"Eeeeeee. Bukanlah. Apa pendapat kau sekarang dah jadi trend orang kawin muda ?" ha, mari kita buka majlis ilmu memperdengarkan hujah hujah yang bakal dikeluarkan oleh Encik Syah pada kali ini. Aku memang suka je dengar Syah buka bicara. Macam best je bila dia bercakap. Ahaha.

"Bagi aku lah. Dah kalau jodoh, kawin. Tapi kawin ni bukan perkara remeh temeh cik Dini ooi. Kenalah bersedia dari segala aspek. Financially, spiritually, mentally, physically. Kalau takde duit, kau nak bagi isteri makan apa ? pasir ? memang kena sembelih dengan bapak mertua ada lah. Dan kawin ni, benda yang last forever, inshaAllah. Mana boleh kawin cerai kawin cerai. Mana boleh buat main. But, back to your topic, age doesn’t really matter. What matters most is how mature you are to handle that thing. Kalau kau cukup matang and ready apa saja yang bakal berlaku, okay no hal je kalau nak kawin pun.”

“Macam Prof Isma’. Kan haritu dia cerita dia kawin masa early 2nd year. I bet he must be that matured sampai boleh kawin. Ramai je aku dengar lecturer lecturer kita kawin time belajar. And alhamdulillah, diorang masih bersama. Apa-apa pun niat tu kena betul, inshaAllah..” Syah sambung lagi. Dini tekun mendengar.

“Haaaa… ni tanya pasal kawin ni. Dah tak lama ke cik Nurdini ooi ?" soal Syah disulami gelak ketawanya.

"Eeeeeee. Saje je lah tanya. Nak kawin pun, aku tunggu si Nik tu kawin dulu. Gaya dia macam nak kawin sangat. Haha." jawab Dini sambil membayangkan Nik yang selalu je borak pasal perkahwinan.

"Dah jumpa prince charming?” soalan cepumas Syah tanya. Saja nak menyibuk tahu. 

“Prince charming? Define prince charming, please.”   

“Well, how would you define a prince charming?” orang tanya dia, dia tanya orang balik. Ni bukan main super spontan eh?

“Well, err, kalau prince charming yang appear in a number of fairytales and yang rescue the damsel in distress and stereotypically must engage in a quest to liberate her from an evil spell. Maka dengan itu, nope. Tak jumpa and tak nak jumpa.”

Syah tarik senyum segaris. Impressive definition of prince charming she got there.

“Kenapa tak nak jumpa?” Syah nak tahu.

“Prince charming wujud in fairy tales weh. Aku bukan karakter kartun yang duduk dalam fairytales pun.” Syah tergelak. Cinderella? Snow White? Nah, bukan aku lah tuh.

“And come on, dalam dunia ni siapa je yang macam prince charming tu. Nobody’s perfect. Aku nak yang boleh bimbing aku. Sebab aku tahu, aku ni bukan lah baik sangat and tak lah alim sangat. So, I need someone to guide me, assist me till Jannah.. I accept him the way he is. If he needs help, I’ll help him bila dia perlu. Haa, barulah boleh masuk syurga sama-sama. Tak sweet gitu?” Dini sambung berjela-jela.

“And and nak jadi macam ibu dengan abah. Abah is ibu’s first and last lover tahu. Haa.. comelkan?” Tak habis lagi bercerita. Di hujung ayat yang berjela tu dia senyum sendiri. Ah, tak sangka aku boleh keluar ayat macam tu. and and.. depan Syah. Dude, seriously. Boleh tak nak campak diri keluar tingkap sekarang. Wuwuwuwuuwu~

“Haloh haloh haloh. Sweetnya, Dini.”

“Kan?” Dini gelak. Aku tak tahu nak buat apa? Aku gelak je. Lalala~

“Nanti kawin. Jangan lupa jemput." pesan Syah.

"InshaAllah. Akan ku jemput."

"Hmmm. Ibu abah sihat ?"

"Sihat. Alhamdulillah. Kelmarin, abah ada call." Dini senyum lagi. Tak lekang.

“Baguslah.” Tiba-tiba handphone Dini berbunyi nun dalam beg galasnya di belakang.

“Syah, tolong ambil boleh?” Syah memanjangkan tangannya mencapai beg. Haa bajet tangan tu ala-ala Reid dalam Fantastic Four la boleh panjang kan? Haha. Handphone Dini dah ada dalam genggaman.

"Angkat ?" soal Syah.

"Ha.. tolong angkat." jawab Dini. Haaaa.. yang aku senang je, cepat je suruh angkat apa hal ? nak buat kes drama, kalau ibu call cano ? banyak tanya pulak nanti aigoo. Tolonglah bukan ibu call.

"Helo. Assalamualaikum" tenang suara Syah menjawab panggilan. Lub dub lub dub, jantung Dini dah degup kencang. Okey, tiba-tiba rasa palpitation. Okay, melampau kau nak apply medical terms sekarang okay. Haha.

"Oh, Dini ada. Dia tengah drive. Saya Syah. Nanti saya suruh Dini call auntie balik.” AUNTIE ????? Dini dah nganga. Okeh, sah ibu call. Tidakkkkkkkkkkkkkkk!

"Apasal tak cakap ibu call ?" waaa, nak nangis.

“Dah yang tak tanya kenapa?”

“Bukan nak cakap pun.”

“Lahhh, kena cakap meh?" buat muka tak bersalah.

“Mestilah.”

“Kan, suruh angkat tadi.” Innocent habis.

“Ish. Yelah.” Memang Salah diri sendiri. Laju je cakap suruh angkat lupa pulak si Syah yang ada. Selalunya Lyn, tak pun Nisa. Huhu. Haruuuu~

*

Weekend. Bosan. Sunyi. Dah lah malam lagilah sunyi.
Housemate semua dah cabut lari, balik rumah masing-masing tengahari tadi. Nak buat macam mana, semua rindu nak balik rumah. Dini je yang keseorangan. Forever alone? Agaklah. Haha. Nak balik? Mestilah nak! Tapi, nak balik mana? Mak ayah bukan ada dekat Malaysia pun. Sedih kan? Huuuu.

Apa lagi? Berfacebook lah kerjanya. Tiada yang lain melainkan yang itu. Twitter, hmm tak berminat nak ceburi dalam bidang tu lagi. Haha.

Ding.

Bunyi yang biasa kedengaran bila ada orang bagi instant message kat Facebook.

‘Dini. Dinner, jom! :D’

Dini dah senyum lebar. Tahu tahu je perut tengah menahan kelaparan ni. Alhamdulillah ada orang ajak makan. Jangan lepaskan peluang!!! Hoyeah, jari jemari bergerak pantas membalas instant message tersebut. Rasa syukur yang tak terhingga. Oke, mengalahkan dah sebulan tak makan. Pfffh.

‘Jom. Bila? J’

‘After Maghrib.’ Dini pandang jam pada skrin laptop. Uhh, tak lama lagi ni. Mandi pun tidak. Aduhaiiiii. Ni karang lambat sah-sah lah kena bahan dalam kereta. Ish.

‘Cun. Kat mana? Siapa lagi?’ haih, nak makan kena ramai-ramai satgi berdua je, memang jadi bahan gossip kat kolej.

‘Aku dengan budak berempat ni haa. Bebudak ni tak decide lagi mahu makan mana.’

‘Okayyy.’ Hm, housemate dorang tu je lah kan?

‘Tunggu kat bawah.’

‘Roger that.’

‘Kau naik kereta Syah’. Dah memang Syah je ada kereta, memang naik dia lah. Nak naik siapa lagi. Huhu. Kereta aku sah-sah lah tak, sedang masuk bengkel kerana mahu diservis kaw-kaw punye. Almaklumkah kereta dari generasi aku masih kecil dan masih diguna pakai lagi haruslah banyak masalahnya, ye?

‘Roger that as well.’

Dan offline. Tuala dicapai dan terus masuk ke bilik air.

*
Peti ais dibuka tutup berkali-kali. Ni apa kes main tutup buka tutup buka pintu peti ais ni? Mahu longgar pintu tu karang. Dah tak berpintu peti ais tu, kan sedih namanya nanti. Haih.

"Bro ? kau dah kenapa ?" si bercermin mata bertanya apabila melihat si kawan yang berambut ala-ala trojan ni main buka tutup peti ais.

"Aku ni tengah lapar. Kau tak lapar ke ?" kerusi meja makan ditarik dan dia duduk.

"Laparlah jugak." menggosok perut.

"Makan jom !" idea bernas dah keluar. Eheh, tak de lah bernas sangat pun sebenarnya. Dah lapar, makan lah. Nak buat apa lagi? Kalau keluar jawapan ‘mendaki gunung’ ke ‘memancing’ ke tu namanya buang tabiat. Memang kalau kau nak makan, kau daki gunung dulu, alamatnya kau jadi bahan makanan untuk beruang ada lah. Haila.

"Mana ? Luar ?" angkat kening. Dah lah tadi lunch setakat Maggi kari memang tak kenyang perut. Asalkan perut isi sudeh.

"Kalau aku masak, sah sah lah aku tak masuk kuliyah next week weyhh." memang tiada seni memasak dalam diri ini. Lain pulak jadinya, ada pulak tragedi masuk keluar masuk keluar bilik air pulak nanti. Nahas je.

"Haaaa, aku dengar ada orang lapar." Mamat ni baru keluar bilik air. Rambut yang basah dikeringkan guna tuala. Si trojan dan si cermin mata dah tayang gigi masing-masing. Happy kemain korang ye.

"Jomlaah makan."

"Cun !" dah berhigh-five segala.

“Aku pun nak makan jugak.” Yang ni baru nak bersuara. Dari tadi diam, khusyuk berfacebook. Tak berfacebook, dia bertwitter. Kalau tak DOTA. Memang laaaa. Facebook facebook jugak, twitter twitter jugak, telinga pasang je. Dengar je apa perbualan budak-budak lain ni.

“Laaaa.. aku ingat kau dah kenyang makan DOTA kau tu.” perli si Trojan.

“Apa kau ingat DOTA ni provide food kat aku ke? Memang tak la weyhh.” Balas balik.

"Gerak bila ?" si kaca mata bertanya.

“After Maghrib?” Cun.

“Ajak Dini?”

“Uuuuuuuu...” Scandalisme. Haha.

“Apa uuu?”

“Saja.”

“Dia sorang-sorang tu kat rumah tu.”

“Prihatin nye encik abang kita sorang ni.” Dah mula dah. Ketawa sinis.

"Aku menjalankan tugas sebagai seorang kawan." Cover !

“Okay, dia on.” Kening angkat. Pantas dan efisen.

“Thanks bro.” bahu ditepuk. Senyum. Senyum disambut. No hal lah.

*

Air jus epal disedut. Perut dah penuh diisi. Kalau nak isi lagi ni mahu meletup. Serius. Dini dah bersandar pada kerusi. Kenyang gila.

“Haaa rakyat jelata sekalian. Kenyang?” soal Amirul sambil lap mulut guna tisu. Deyyy, soalan obvious mahu tanya lagi kah? Dini sekadar mengangguk. Yg lain dah bersandar kekenyangan.

“Kau, Nik. Kenyang? Tadi kemain lapar kau kan?” Amirul bagi soalan pada Nik.

“Kenyannnggggg. Alhamdulillah. Syukur.” Nik buat gaya menadah tangan. Bersyukur.

“Aku pun. Weyh, serius ah korang. Thanks. Terima kasih. Arigato. Konichiwa sebab ajak aku makan.” Oke, konichiwa tu tak termasuk sebenarnya. Dini betul-betul berterima kasih. Memang kalau tak, jamuan Maggi jelah malam ni.

“No problem.” Jawab budak berempat tu serentak.

"Budak-budak rumah kau bila balik ?" soal Nuar.

"Esok kot. Tu pun malam lah. Ke petang ke."

"Kau tak takut duduk sorang-sorang ?" giliran Nik pulak tanya.

"Perkara normal. Dah biasa wey. Duduk je lah. Nak buat macam mana ?"

"Asal tak balik rumah Nisa ? kan rumah dia dekat? Bahaya duduk rumah sorang-sorang.” Syah bagi cadangan.

"Aku kan penyegan." dan mereka berempat batuk palsu. Yelaah tu.

“Penyegan? Hm, penyegan lah sangat.” Amirul pandang langit. Lagaknya macam kira bintang. Nak jadi ahli cakrawala agaknya.

“Kalau kat Kedah, penyegan tu, maksudnya pemalas. Malas lah tuu.” Dini jelir lidah kat Syah.

“Bukan malas. Tak nak menyusahkan orang.” Dini jawab.

“Eeeee kau gila berani doh duduk sorang-sorang.” Nuar geleng kepala berkali-kali. Dah lah perempuan, bukan dia tak tahu si Dini ni, berani dia ni lain macam sikit. Pernah lah jugak si minah ni sesat entah ke mana dia ada cerita tempoh hari, sebab nak pergi kelas kokurikulum diorang yang Dini sendiri pun tak tahu the exact place. Tapi si Dini ni hentam keromo je cari dengan ilmu yang ada dan info yang pernah orang bagitahu. Tambah pulak masa tu, bateri handphone habis, memang pergh survive gila lah minah ni sampai akhirnya jumpa jugak cari tanpa bantuan escort dari orang lain.

Minah ni pun satu, suka je jalan-jalan malam-malam buta. Katanya nak ambil angin lah apa lah. Satgi kena kidnap dengan orang negro kang tak pasal-pasal nama universiti naik. Haih.

“Kalau ada orang ketuk pintu ke apa, kau buat bodoh je tau.” Nasihat Nik.

“Baikkk…”

“Kau terang-terang kan lah rumah tu kasi tau yang ada orang kat rumah.” Giliran Nuar pulak.

Dini angguk.

“Yelah. Karang gelap-gelap, benda lain pulak kau nampak. Hehe.” Amirul menambah sambil gelak dihujung ayat. Hamboih kau.

“Eeeeeeee kau ni.” Dini bagi jelingan maut.

“Tidur tu jangan tarik selimut, kang ada pulak benda keluar dari selimut tu masa kau tidur.” Turn Syah pulak menyakat. Syah dengan Amirul dah bertepuk tampar. High 5 segala. Suka sangat usik orang.

“Ehhhhh, banganglah korang.”

“Nanti tidur kalau rasa gatal muka tu ke. Hmmm, rambut siapalah yang terjurai tu.” Sambung Amirul lagi.

“Rambut aku lah.” Balas Dini tegas.

“Kau pasti ke rambut kau?” Syah balas balik sambil angkat kening dengan senyum sinis. Serius ada jugak yang aku lagakan kepala budak-budak ni. Dini dah masam muka,  peluk tubuh. Amirul dan Syah tak habis-habis dengan rekaan cerita nak menakut-nakutkan si Dini. Stress weyh macam ni.

“Dah lah tuhhh, dah merajuk dah si Dini ni haaa..” Nik bersuara. Dini diam. Syah dan Amirul pun berhenti.

“Yela yelah.” Amirul surrender.

“Haloh haloh. Kesiannya diaaaa...” ujar Syah sambil memandang muka Dini yang tunduk masam.

“Entah. Kesian kat aku. Mak ayah dah lah jauh. Pastu kau buat aku macam ni kan? Hmmm. Touching ahh gini." haaaa... sudah keluar ayat sedih dia !! ayokkk !

*

Mata dah rasa nak terlelap. Kepala dah terletak elok atas bantal. Bunyi mesej masuk.

Weyh, sori tau tadi.
Gurau-gurau je. Jangan amik hati,yea.
Oke, selamat malam >.<

-Syah-

Dini senyum. Tahu takut. Ceh. Jari cepat membalas mesej tersebut. Mata dah nak tutup dah ni.

Haaa.. rasa bersalah tak?
Rasa kan? Haha.
Chill lah. Tadi je terasa pun :p
Dahhh.. selamat malam J

-Dini-

*

Selak punya selak calendar. Sem 3 dah pun habis. Sem 4 dah pertengahan jalan. Hidup tahun 2 cepat je berlalu. Semua orang tengah prepare for Pro Exam. Heh, scary doh. Mahu tak ketaq kepala lutut, nak tercabut pun ada jugak. Aduhai. Bertungkus lumu masing-masing mahu pass ini exam besar. Tak pass, tak dapat masuk tahun 3 hoi. Tak dapat lah nak ber-clinical-years sangat.

Buku-buku dah berselerak atas meja. Mahu menimbun kalau satu-satu disusun. Memang dah tak nampak siapa yang tengah study dalam timbunan buku buku tebal. Dengan anatomy yang nak dihafal segala benda. Walau sekecil, secenonet mananye, sekecil mana pun lubang dekat skull tu pun boleh keluar soalan okay. Nak lagi masuk dalam OSPE mahu menangis tak berlagu kalau tak dapat jawab. Belum lagi masuk segala nerve yang keluar masuk tu. Haaa. Kan mencabar jiwa raga namanya.

Physiology pulak panjang berjela betul ceritanya. Kalau siapa yang tak tidur bila baca modul tu serious tabik spring berkali-kali. Sebab, mostly ramai je yang tak sempat nak menghabiskan bacaan. Tapi physiology ni penting, it tells us what our body needs in order to function well, in ease. Kalau tunggang langgang, memang dapat disease lah jawabnya.

Pensil tekan warna pink diketuk berkali-kali di atas meja library. Tangan kiri menggaru kepala.

“Alaaaa lupa pulak.” Keluh Dini.

“Nuar, sini jap.” Nuar yang tengah lalu didepannya, dipanggil. Nuar datang.

“Kau ingat tak yang masa Prof Lukman ajar pasal valvular heart disease tu. emm, regarding mitral regurgitation tu kan.. apa eh hemodynamic consequences yang dia kata ada 10 tuh.” Ye, mari kita flashback apa yang kita belajar masa CVS dulu.

Nuar usap dagu. Lama jugak dia memikir.

“Emm, kejap.” Nuar beredar. Ke mana pulak budak ni pergi.

“Haaaa, cuba kau tanya Syah. Aku bajet dia tahu. Aku ni CVS pun tak study lagi. Tak ingat doh.” Lengan Syah, Nuar tarik ke meja Dini sedang study.

Syah yang tengah khusyuk membaca buku yang dipegang menangkat muka.

“Tak pe? Macam busy je.” Tak maulah kacau orang kan.

“Ye cik. Ada apa saya boleh bantu?” Syah dah keluar ayat receptionist paling berjaya.

“Ni encik. Saya ada masalah dengan mitral regurgitation ni.”

"Haaaa.. dah pergi IJN belum?" Syah buat lawak.

“Eeeeeee… bukan tu lah.”

“Kau tahu tak. Dah lama aku nak cakap ni.”

“Apa?”

“Bila kau cakap ‘eeeeeee’ tu serius comel.” Syah dah bagi statement kasanova dia.

“Eeeeeee.. apa kau merepek ni?”

"Haaaa, tengok ? comel lagi."

"Eeeeeeee..."

"Hamboi, makin dipuji, makin banyak kau meng’eeeeeee’ kan eh ?" Dini cebik. It comes naturally lah tuan!

"Urgh. Dah lah. Cepatlah ajar mitral regurgitation." luar silibus betullah mamat ni merepek.

"Ha, kau nak aku ajar apa ?"

“Aku tak ingat apa hemodynamic consequences yang Prof Lukman ada cakap dalam kelas aritu.”

“Kau makan semut ke hape, sampai lupa ni.” Usik Syah sambil senyum kambing.

“Tak makan semut pun.” Huwa, janganlah siksa diri aku. Dah lah cuak nak exam ni. Syah seluk poket dia keluarkan satu kotak.

"Nah, makan kismis." alalala.

“Ha.. macam ni. kalau nak ingat jom kita melukis jantung.” Pensil tekan warna pink dah masuk dicelah jari Syah. Dia memulakan sessi melukis jantung diatas kertas A4 kosong.

Okay, siap. Boleh lah tuh macam jantung sikit.

“First, kan mitral regurgitation kan? Meaning backflow of blood from left ventricle into left atrium due to insufficiency of mitral valve. So kita start kat left sided of the heart. Sebab valve tu tak efisen nak tutup, blood keeps on coming into ventricle kan? Hence there’ll be left ventricular hypertrophy, cause nak keep up dengan banyaknya darah yang ada.” Syah memulakan penerangannya berdasarkan apa yang dia lukis.

“At the same time, blood regurgitate, dia patah balik. Dia patah balik dia pergi kat left atrium, makanya, left atrium pulak dilate. Then cause pulmonary hypertension. Pastu dia patah balik pergi right ventricle. Macam circuit. Mesti patah balik punya. Dah banyak pulak darah kat right ventricle. Dia pulak yang hypertrophy. Kesian kan? Pastu, dia pergi patah balik kat right atrium pulak, right atrium pulak dilate. Sebab ada tricuspid regurgitation. Kesian kan? Dah lah mitral dia tak elok, tricuspid pun sama. Aduhai. In which then it will cause jugular venous pressure kat leher tu elevated. Ingatkan masa Prof Lukman tunjuk kat kelas CST yang Miot jadi model tu.” Dini mengangguk. A’ah ingat ingat.

“Well, in addition Prof Lukman tambah, hence the liver will enlarge called hepatomegaly and can cause edema as well. Haa, the end.” Pheww, penat.

“Whoa. Hebatnya. Thanks wehh.” Dini tengok balik kertas yang dah diconteng Syah. Alhamdulillah, faham. 

“You’re welcome. Eh, lama tak borak dengan kau.”

“Yelahhh. Orang tu sibuk.” Hmm, lama jugaklah tak borak. Habis je, misi dekat sekolah haritu. Masing-masing senyap. Buat hal sendiri. Adalah jugak terlibat dengan aktiviti yang lain, dia sibuk. Aku pun sibuk. Almaklumlah Syah ni aktif sangat, dia sibuk dengan kerja dia lah. Organize itu ini, majlis itu ini. Other than that, nampak dalam kelas. Selisih sebelah, setakat senyum, angguk kepala tu jelah.

"Heleh, cakap orang. Orang depan ni pun sibuk juga." Syah refer ‘orang depan’ tu si Dini lah tu. Dini sengih.

"Banyak dah study ?" tanya Syah.

"Ada lah. Tak banyak pun. Biasa je. Ni haaa, dah penat. Nak rehat jap." Dini dah buat exercise tangan. Berdetap detup bunyi. Akhirnya, dagunya ditongkatkan dengan timbunan 2 buku tebal. Matanya tertangkap pada buku yang Syah tengah baca.

“Denyut Kasih Medik?” Syah yang terdengar nama tajuk buku disebut mengalihkan pandangan pada Dini.

“Yep. Kenapa?” buat muka pelik.

“Tak de. Tak sangka kau baca buku ni.”

"Saja. Mengisi masa lapang." cukup cukuplah otak dah tepu dengan segala structure anatomy untuk MSK tadi. Masa nak baca buku lain pulak.

"Best tak ?" memang dia nak beli. Tapi selalu terlupa. Ha, bila pulak aku makan semut ni? pelupa betul.

“Kau akan rasa yang kau macam doctor bila kau baca. Dan banyak juga pengisian yang awesome.”

“Whoaaa cool.”

“Nak pinjam?” soal Syah.

“Nak. Kalau boleh. Heeee.” Dini tayang gigi.

“Nanti dah habis baca aku bagi.”

“Yeay. Kau buat apa je?”

"Tengah baca buku ? like obviously..." Dini ni pun laaaa, tanya soalan nyata sangat ni apa hal.

“Maksud aku… selain itu? Haaa, lupa.. kau kan sibuk je memanjang yang dah lupa akan sahabatmu, Dini ini.” Dini buat ayat touching.

“Lupa ke? Kalau lupa, tak denye, aku dekat depan kau ni. Aku nampak je kau kat kelas. Kat kampus ni.” Syah sambung baca buku.

“Eleh. Boleh percaya ke?”

“Boleh je. Takkan lah aku nak cakap aku usha kau dari jauh. Tak rasa scary ke?” Tuhhh dia. Mata Syah tak alih dari bacaanya.

Yelah yelah. Dini menguap, aih. Mengantuk pulak dah. Adeh.

“Hmm, nak tidurlah tuh.” Teka Syah melihat mata Dini dah kuyu semacam. Dini dah lentok kepala atas meja.

“Wake me up bila dah nak masuk Asar.” Pesan Dini. And there you go, tidur.

*

“Dini.” Panggil Nisa tiba-tiba.

“Ye saya. Awak, nak apa Nisa?” Nisa tunjuk syarat supaya datang kepadanya. Dini yang tak ada apa nak buat, datang dan terus duduk atas katil Nisa.

“Isn’t this sweet?” Nisa tunjuk video yang baru sahaja dia tengok.

“Laaaa. Kan dah tengok video ni.” ujar Dini. Bukan dulu Nisa jugak yang tunjuk kat dia. Sampai bilik ni penuh dengan jeritan anak dara si Nisa dengan Lyn yang tak tahan dengan kemanisan video ‘I’ve been proposed’ by Dena Bahrin. Agak hangatlah video ni sebenarnya. Tersebar meluas. Ha, hebatkan? Huhu.

“Tak jawab soalan lah kau ni.” Nisa baling bantal heart ada tangan kat Dini.

“Ye ye. Sweet.”

“Apa yang sweet sweet ni?” Lyn yang baru masuk bilik mencelah.

“Ni, entah mimpi apa minah ni. Nak kawin agaknya tengok video ni balik semula. » Dini buat assumption sendiri. Dah jadi syndrome budak student agaknya, dah nak dekat dekat exam ni masing-masing gian nak kawin. Tak nak ambil exam. Haha. Bangang kan ? serius lah. Malas nak belajar, nak kawin je. Senang sungguh cakap. Tak habis tengok video tu Irma Hasmie pulak. Segala jenis video yang ada dalam youtube yang berkenaan dengan pertunangan pernikahan majlis perkahwinan Nisa bukak. Apa lagi, Dini dan Lyn pun tumpang sekatil la tengok. Ni lah padah, exam okayyyy.

“Aaaaaaa... nak kawin!” Lyn dah melaung.

“Malas dah nak baca Anat semua ni. Huwaaa. Mak! Kakak nak kawin!” serius meroyan dah kawan aku sorang.

Tengok penangannya. Dini gelak. Dia pandang Nisa yang sama juga ketawa melihat Lyn dah gian nak kawin.

“Tak lama lagi makan lah kita nasi minyak ye tak?” Dini dah berimaginasi.

“Kau memang mengidam nasi minyak eh Dini?” sejak dua menjak ni memang Dini asyik cakap pasal nasi minyak je kerja dia. Dini sekadar senyum.

“Ayah aku kata kalau nak kawin dia bagi test dulu. Tengok laki aku boleh jadi imam ke tidak, boleh laung azan ke tak, boleh list down rukun iman, islam semua..” Haaa tu dia syarat kelayakan bagi sesiapa mahu mengahwini cik Lyanna kita ni.

“Ohh.” Dini bersuara. Nisa dan Lynn berpaling kepada Dini.

“Nak tanya. Korang tahu tak, siapa yang laung azan setiap hari Isnin dengan Khamis?” soalan luar silibus Dini tanya. Lynn angkat bahu.

“Tak tahu lah pulak. Kenapa?” Nisa ingin tahu.

“Entah. Suara sedap. Tu je.”

"Heeeeee... Dini suka mamat azan dohhh !" Nisa dah start menyakat.

“Alhamdulillah.” Lyn dah menadah tangan gaya bersyukur sangat tu. Aduhai, roomate aku ni lah kan? Ish.

“Dah suara sedap. Aku sukalah.” Dini tarik senyum sebaris. Serius sedap. Sejuk je telinga dengan hati dengar. Wuwuwu, siapalah gerangan tu. Okay, gedik dah kau eh Dini?

“Eleh eleh. Suke lettew.”

“Dah lah nak tido.” Dini bangun dan pergi ke katilnya.

“Eh. Baru pukul 9.30. takkan dah nak tido kot.” Dini diam. Dia baring, tarik bantal busuk ke kepala.

“Hmmm. Tak pe. Lyn, kita stalk sikit siapa laung azan setiap hari Isnin dengan Khamis. Yang dah mencuri hati si Dini ni.” Nisa serius dah masuk aura stalker dia tuh.

“Hoi. Gila stalker korang!!!” Dini dah bangun 90. darjah.

Nisa dan Lyn hanya ketawa melihat reaksi Dini. Bukan selalu Dini ni jatuh suka dengan orang. Haha.

*

“Korang!!! Dah freeeee!!! Yayyy!” Nisa dah lonjak kegembiraan. Dini pun. Lyn jugak. Alhamdulillah. Selesai jadi student second year. Tamat jugak exam yang digeruni. Sekarang boleh rehat sekejap.

“Jumpa korang kat kafe. Aku nak pulang buku dekat library.” Dini dah melangkah ke library. Nisa dan Lyn turun ke bawah. Tak lekang senyuman dibibir Dini. Satu, dah habis exam. Alhamdulillah. Dua, abah dah belikan tiket untuk dia datang ke Qatar, almaklumlah kan dah cuti ni. heeee. Sukanya balik jumpa ibu abah.

“Tahniah, dah habis jadi second year student.” Terkejut!

“Kau memang suka datang tiba-tiba kan?” wajah Syah tersenyum, berdiri disebelahnya. Dia pun nak pulang buku.

“Syah, tahniah jugak.” Ujar Dini selepas akak library tu kata prosedur memulangkan buku dah siap.

“Dini. Tunggu aku kat luar kejap. Ada benda nak cakap.” Dini ikutkan saja. Dia tunggu dikoridor depan library. Ada benda nak cakap. Benda apa je. Ucapan tahniah dah cakap kan tadi? Takkan ada aktiviti kot. Aduhai.

“Ada apa?” soal Dini.

“Jom jalan.” Perlahan kaki mengatur langkah.

"Ada apa wahai encik Syah Izwan ? macam serius je bunyi.” Dini dah pelik.

"Errr. Tak ada apa cuma, aku takut. Kalau aku bagitahu kau, kau terkejut.” Butang lif ditekan.

“Serius ahhh aku terkejut?” Dini buat muka tak percaya. Apa je berita yang boleh buat aku terkejut?

“Kalau tak terkejut, maybe kau gelak ke. Nangis ke, apa-apa je lah.” Syah dah tak senang duduk.

"Tak cakap lagi. Mana tahu. Try me."

“Serious?”

“Yep.” Dini nekad. Pintu lif buka. Mereka berdua masuk.

“Aku….” Syah hela nafas panjang. Sejak bila Syah susah nak ucapkan kata-kata. Bukan dia ni lancar je kalau nak buka bicara?

“Aku suka kau.” There I said it. Ha, hambik!!! Tapi serius, tak main-main.

Dini diam. Muka tak bagi sebarang reaksi lagi. 3 saat kemudian, Dini senyum. Buat lawak eh, Syah. Nak prank aku pun agak-agaklah.

“Suka? Terima kasih, tapi kan., Eeee tipu.”

Syah angkat kening. Punyalah gelabah tadi aku nak luahkan perasaan, ada pulak katanya aku menipu. Aduhai, Dini.

“Taklah. Bercakap benar ni.” Sungguh. Dini senyum lagi. Tenang je. Lah, budak ni kena jampi apa senyum sampai langit ni?

“Serius?” Dini bulat mata. Syah angguk.

“Syah, pernah dengar perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?”

“Pernah.”

“Emmm, apa kata.. kita doa yang baik untuk kita. As in, aku doakan yang baik untuk kau. Dan kau doa yang baik untuk aku. Indirectly, kita saling mendoakan. Hence, kalau dah jodoh inshaAllah tak ke mana kan. If you get what I mean?” serius, macam manalah aku, si Nurdini boleh come out with that kind of statement. Waaa.

“Boleh inshaAllah.” Syah senyum. Dah selesai hajat nak meluahkan perasaan. Alhamdulillah. Dah tak terbeban. Ha, ni yang makin terpikat ni. Dan dan je pintu lif terbuka. Mereka melangkah keluar.

“Cuti ni macam mana?” mengenangkan Dini yang selalu duduk rumah sorang-sorang.

Dini senyum lagi lebar. Sah lah ada orang jampi Dini ni.

“Aku balik Qatar. Jumpa ibu abah.” Ujar Dini dan itu membuatkan Syah senyum juga. Tak ada lah budak ni sorang-sorang. Dan mesti gembira sakan lah tuh. Haha. Siapa tak happy wehhh!

“Bila flight?”

“Next week.”

“Siapa hantar pergi airport.”

“Teksi je hantar.” Haluan langkah mereka berbeza bila dah masuk simpang satu ke ruang lobby, satu nak ke tempat parking kereta.

“Nak ke mana?” tanya Syah.

“Lyn dengan Nisa tengah tunggu kat kafe.”

“Okay. Jumpa nanti. Bye, Dini.”

“Bye. Syah.” Okay, serius tak tahu nak rasa apa sekarang. Happy? Happy kot. Haha. Entahlah. Lalalalala~ perlu ke nak heboh? Tak payahlah, biarlah dia dengan Syah je tahu apa yang berlaku dalam lif tadi. Lagipun, nak kecoh kecoh kenapa? Tak wajib tak perlu, dan tak harus pun. Kaki laju menuju ke meja yang Lyn dan Nisa tengah duduk.

“Haaa, kau dah kenapa? Senyum macam kerang busuk” tanya Lyn yang tengok Dini lain macam. Dini cebik. Ish, orang nak senyum pun tak boleh.

“Nisa?”

“Entah mana lesap budak tu.” Lyn pun tak dapat kesan mana Nisa menghilang. Dini melabuhkan punggungnya pada sofa empuk kat kafe tuh. Whoa. Awesomenya kalau dapat tidur ni. hihuhihu. Dini pejam mata.

“Weh tengok ni apa aku jumpa.” Suara Nisa yang masuk ke ruang telinga, mencelikkan mata Dini yang tadi dipejam. Lyn tengok kertas yang dibawa Nisa.

“Mana kau curi ni, Nisa?” Lyn pandang Nisa.

“Kat board depan surau tu. Boleh tak kita ni tak prihatin. Sebenarnya ada je benda ni tertampal kat situ. »

"Apa benda korang ni ?" Dini gonyoh mata. Dia tengok kertas yang tengah dipegang Lyn.

“Ni jadual orang yang laung azan.”

“hebat gila bakat stalker kau, Nisa.” Dini kagum. Semangat!

“Eh, kalau kau cakap aku hebat sebab aku bawak kertas ni bukan sebab tu weyh. Aku takut kau tak percaya je.”

“Haaa cepat cari siapa gerangan mamat azan Isnin, Khamis tu.” Teliti mereka bertiga memerhatikan nama-nama yang ada.

"Serius ahhh ?" Lyn keli-kelip mata. Tak ku sangka.

Dini sekadar senyum dan geleng kepala. Dalam hatinya, dia mengucap syukur. Alhamdulillah.

*

Troli yang dipenuhkan dengan satu beg bagasi, satu beg laptop dan beg sling ditolak perlahan. Suasana KLIA kali ni macam biasa, penuh dengan orang. Flight pukul 12 tengah hari nanti, tapi Dini dah terpacak dekat KLIA ni 1 jam awal bertemankan rakan-rakan terdekat.

Ada Syah, Nik, Nuar, dengan Amirul. Budak-budak ni je pun yang tinggal area Selangor yang baik hati nak menghantar Dini ke KLIA. Kalau tak baik hati pun, kena kerah paksa dengan Syah supaya teman dia hantar kawan dia ni balik negeri jumpa ibu abah. Haha.

“Dini, nanti balik, bawak awek awek arab yang lawa tau.” Nuar buka mulut.

“Dalam banyak-banyak benda, benda yang paling susah aku nak bawak, yang tu lah kau pesan kan?” jawab Dini mendengarkan permintaan Nuar. Nuar sengih.

“Tangkap gambar lawa-lawa guna kamera Nikon kau tu. aku nak tengok skill sikit.” Hmm. Nak mengata skil aku tak bagus lah tu si Amirul ni pun. Aku amatur lagilah.

Check in dah sudah. Papan besar yang tergantung kat atas tu, yang selalu je tukar-tukar menunjukkan bahawa gate terminal yang akan Dini berlepas sudah dibuka.

“So… I’m guessing this is it.” Dini pandang wajah Syah, Nik, Nuar dan Amirul silih berganti. Masing-masing tersenyum. Langkah mereka sekarang menuju ke perlepasan antarabangsa. Segak je pegawai kastam berdiri dekat perlepasan antarabangsa tu.

“Boarding pass?” soal Syah.

“Ada nii..” Dini tunjuk boarding pass.

“Yelah. Kot kau terlupa ke. Kau kan ada history makan semut.” Gurau si Syah. Dini buat muka.

“Eeeeeeeee...” cebik. Bila masa pulak aku ada makan semut?

“Tak payah nak buat muka comel kau tuh.” Ujar Syah dan Dini buat tak layan.

“Haaa, ada apa-apa lagi nak pesan? Nik? Nuar? Mirul?” yang budak bertiga tu hanya menggelengkan kepala.

“Kitorang tak de apa dah nak pesan. Tuuuu, Syah ada tuuuu..” Nik mencelah, menjuihkan mulutnya ke arah Syah.

Dini angkat kening sebelah. Matanya pandang Syah yang tengah ambil sesuatu dari beg galas kegemaran dia yang selalu dibawa ke mana saja.

“Nah.” Syah menghulurkan buku yang bertajuk, Denyut Kasih Medik. Dini senyum. Haih, ingat lagi rupanya mamat ni.

“Apa ni bro, bagi hadiah tak ada sampul.” Sampuk si Nuar.

“Aku suruh kau tolong aku, kau buat dek je kan?” jawab Syah sambil buat muka kat Nuar. Nuar surrender. Fine!

Tak payah nak sampul-sampul la. Bolehlah, nak baca dalam flight lagipun. Serius, bosan kot nanti dalam perjalanan. Huhu.

"Dah habis baca ?” soal Dini. Syah angguk.

“Kan aku kata, nak bagi kau bila dah habis baca.”

“Bagi? Bagi ke pinjam ni?” ragu-ragu.

"Hmmm. Bagi terus."

" Laaaa.. serius lah ?" Dini tak percaya.


"Serius lah ni." orang cakap betul betul ni. Memang susah sungguh nak percayakan oranglah Dini ni.

"Anggaplah tu, hadiah hari jadi kau, since you wont be here pun masa harijadi kau kan ? kau kat sana." sambung Syah lagi.

"Haloh haloh haloh. Sweetnyaaaa... terharulah macam ni. Haha." Dini senyum lebar. Buku tersebut bertukar tangan.

"Bukan selalu pun aku nak sweet kan ?" Syah kenyit mata. Dini buat tak nampak. Lalalalala~

"Okay lah. Aku gerak dulu. Bye. Enjoy your holiday,” Dini dah gerak.

“Kau pun. Enjoy your time with your family.” Nuar pesan sambil lambai tangan. Begitu juga Syah, Nik dan Amirul.

“Kirim salam dekat ibu, abah. Take care. Have fun.” Pesan Syah pulak.

“You too. Thanks guysss…” ucap Dini dan makin lama, kelibatnya dah tak kelihatan.

*

Isyarat, ‘fasten your seatbelt’ dah tak menyala. Alhamdulillah, proses take off yang cukup smooth. Dini yang duduk sebelah tingkap, tengah menghayati langit yang penuh dengan awan awan.

Buku Denyut Kasih Medik berada dalam tangan. Serius, haritu dia saja je, kata nak pinjam, tu pun kalau Syah ingat nak bagi dia pinjam. Kalau tak, tak apa pun. Lambat-lambat Dini menyelak cover depan. Dia senyum membaca tulisan Syah yang macam cakar ayam tu..

Happy birthday, Nurdini binti Johari.
May Allah bless you J
I know, it’s quite early though, but hey I wanna be the first one to do so ^^ haha
Heh, call me a stalker (in a good way, of course),
I saw your birth date on facebook, so yeah.
Well, that’s what friends are for right? Stalking each other’s profile. Haha. JK.
Bak kata orang, the older you get, the wiser you are, ewahh. :P lol
And, happy reading! ;)

p.s May Allah guide us to become competent doctors in the future. Ameen.

“Ameen.” Perlahan Dini bersuara.

Dini menyelak  seluruh muka surat buku tersebut, entah macam mana ada benda terselit. Apa benda pulak ni? oh bookmark. Comel! Dua pula tu.

Satu yang macam ni,






Lagi satu macam ni.





Super comel kan? Heee :D

“Alhmadulillah. Terima kasih kerana kurniakan aku, teman yang mengingatkan aku padaMu, ya Allah.”  Dini bersyukur sambil memandang gumpalan awan yang menghiasi langit.


The end.

Your comments and feedback are welcomed. Jangan segan silu :)