“Hai.”
Aku dongak. Qal. Bukan kau sepatutnya ada kat rooftop ke sekarang? Jangan kacau aku nak study. Ceh bajet studylah dari tadi mata ni nak tertutup, dan dan lagi library yang sejuk permai ni.
“Ehmmm…”
“Tidur ke? Studylah.” Qal tarik kerusi dia duduk depan aku.
“Study lah nih.” Pasal video tu aku tak tanya, sebab aku rasa macam itu bukan untuk aku.
“Tipu. Buku pun tak bukak.” Qal tunjuk buku-buku physics yang ada dekat meja. Sah, mengantuk baca physics budak ni. Aku tayang muka malas.
“Study dalam mimpi lah.”
“Cepat. I test you, missy.”
“Tak nak lah, mister. Not in the mood.”
“Explain the principle of superposition.”
“The combining of two waves meet at the same point where the resultant displacement is equal to the algebraic sum of individual displacement,” aku menjawab dengan penuh semangat. Eh, dah ada dalam kotak memory lah.
“Nice. Next, jom makan aiskrim?” itu bukan dalam syllabus lah.
“Kau belanja,”
“No hal.” I love free food though.
* * *
Pintu Baskin Robin ditolak. Lucky, hari ni hari rabu ada lah, nak discount nye kan? Haha. Aku dan Qal mula memilih aiskrim pilihan hati.
“Kau suka vanilla eh?” tegur aku bila tengok Qal order aiskrim yang bertemakan vanilla.
Dia angguk, “Why?”
“Teringatkan kawan.”
“Lelaki ke perempuan?”
“Lelaki.”
“I guess vanilla are meant for guys, then.” Aku senyum. Ah, Umar.
“Nak vanilla?” Qal bertanya.
“Tak suka vanilla.” Aih, dah macam dialog zaman dulu kala lah pulak. Aiyo.
“Mind to tell pasal kawan kau yang suka vanilla.” Qal kemukakan soalan apabila kami dah duduk di meja makan.
“First love kot.” aku suap ice cream, cotton candy ke mulut.
“Kot. You don’t seem so sure.”
“Why do you even care.”
“Sajalah. Orang kata apa, malu bertanya tak dapat cari rumah.” Aku dah bantai gelak, sangat moden peribahasa Qal.
“Don’t worry. He’s way too adorable compare to you.” Muka Umar menjelma di ruang legar mindaku, ecewah. Berbunga ayat.
* * *
Pandang kanan kiri, meja computer tak digunakan orang. Fikiran aku ligat memikirkan UCAS application. Satu system yang khas untuk mereka yang mahu further study ke UK. Aku juga sedang sibuk memilih universiti mana mahu aku apply ada 5 option. Confuse, universiti mana patut aku pilih. Sheffield? Glasgow? Warwick? Leeds? Manchaster? Leicester? Bristol? Ah, buntu. Walaupun telinga tengah menikmati lagu Kau Ilhamku, Manbai. Fikiran aku dah pun melayang menjelajah bumi UK lah konon.
Mata tumpu kepada website UCAS. Sesekali tak lupa pada facebook. Ahaha. Telinga masih dihidang dengan lagu Manbai yang aku replay beberapa kali tuh.
Aku merajinkan diri mengusha setiap satu website universiti di UK. Mestilah nak tahu apa yang baiknya kalau belajar kat situ kan? Ye, semangat betul.
Aku taip University of Glasgow. Pemandangan dah indah. Wahhhhh… syoknya kalau belajar kat situ. Ngeee~ aaahhh… berangan je lebih, tengok entry requirement, sangatlah tinggi. Haih, kena usaha lebih lah Hani.
Mata aku meneliti setiap rangka kata di page universiti tersebut. Syok jugaklah usha website nih, rasa semangat nak belajar pulak. Ahaha. :D sampai tak sedar ade orang kat sebelah meja computer yang aku tengah syok guna.
Aku terkejut bila lambaian tapak tangan mengacau pandangan aku dari skrin computer. Siapa yang menyibuk nih?
Qal mula duduk di atas kerusi pusing-pusing kat sebelah. Sambil lambai tangan. Aku buat kepala up-down. Dia buat isyarat tengah-buat-apa? Oh haruslah jaga tatasusila, orang yang jaga bilik computer ni sangatlah kerek, tak boleh buat bising ye pelajar sekalian.
Aku buat symbol UCAS guna jari jemari yang ada. Qal sekadar mengangguk. Headphone kuning tergantung dileher. Mencari publisitinya headphone. Lawalah. Qal baling satu gumpalan kertas.
- Which university you choose?
#Glasgow, Leeds, Sheffield, Manchaster, Bristol, Leicester, etc can’t decide. You?
- Ohhh. Same. Additional, Birmingham, Imperial College, UCL-
# Fuyooo. Mantapnya uni yang kau pilih.
- Mestilah. HAHA XD. Makan, jom.
# Dah makan.
- σ (upside down) α (alpha) ℓ (litre) less than three honey.
# Ha? Apa tuh? Syllabus physics baru ke?
- HAHAHA. Subway?
# I had Subway yesterday.
- Err.. can I write something here ?
# Of courselah, then what have we been doinglah. Can write anything la, mister.
- I like you. :)
# Well that was unexpected.
- Expect unexpected things, Missy.
# Whatever, mister.
- I like you, Hani.
# Thank you Qal.
Oh. That’s a wrap. Haaaa.. ungkapan thank you Qal pun dah cukup buat hati terbang ke angkasa biru. Wah gituuu. Haha.
“Kit kat?” bisik Qal, hulur coklat Kitkat yang masih keras elok berbungkus.
“Sure.” Aku buat eye-smile. Rezeki, cokelat free. Wee~
“Kata dah makan?.” Qal timbulkan persoalan.
“Memang dah kata makan. Tapi tak kata kenyang pun.” Aku cakap bersahaja sambil menyambut kitkat.
“Mengada.” Qal jelir lidah. Ingat comel sangat lah tuh.
“Thanks, mister.”
“Anytime, missy.”
1 comment:
kenapa comel sangat dorang ni haa?
Post a Comment