Yesterday was one of the highlights for the month. Abang Akim call, dan sempat pretend to be somewhat Senior Manager named Marco. Orang buat la nama macam Jeremy ke Derek ke, baru lah Nampak macam cool je. Heh, kecohlah kau Sara. Borak lama sampai panas ganggang telefon tu dan berpokai la abang Akim bayar bil nanti. Huhu. Sape suruh call. Skype kan ada? So… old school. He said he didn’t want to see me crying nanti kalau face to face. Ceh. Takut dia yang keluaq ayer mata ada lah.
“Sejak bila dia jadi kakitangan organizer jamuan tingakatan ni?” Sara angkat kening tengok Kaila ada dekat dewan. Persiapan akhir sebelum esok menjelang. Yeah, esok jamuan. Macam tak percaya.
“Oh… sejak dia nak involve. Hehe. Besides, dia bagi idea yang agak bagus masa kitorang bincang2 haritu,”
“Really? Ape dia?”
“Dia kata, apa kata buat macam tanya student pasal anything then record it in video cam then tayang masa jamuan nanti.”
“Sounds cool.” Sara admit. Bolehlah.
“Yeah.” Dila agreed.
“Kau perform kan nanti?” soal Dila.
“Yup.”
“Adli?”
“Duh. Korang lah gedik, patut ajak aku nyanyi sorang je. Awat ajak dia sekali. Aduhaii…” Sara tamak. Haha.
“Heh, ala.., baru lah adil lelaki perempuan nyanyi tak delah nanti macam discrimination je.” Banyaklah kau punya discrimination Dila. Baikk punya excuse. I
“Lagu dah pilih?” soal Dila.
“Belum.”
“Nak aku, Lukman, Zairi and Syah pilihkan?” Dila nak bagi bantuan.
Sara sengih.
“Heh, no thanks. Mau berlambak korang bagi lagu macam dulu. Yang jadi mangsa aku dengan Adli jugak. Baik tak payah.” Sara tolak pelawaan. ‘Pelawaan’, lama gila aku tak guna perkataan ni. LOL. Haha,
***
“Hey.” Sara tegur. Adli tengah termenung nun jauh, tak tau kat mana. Gaya macam termenung sakan je. Adli tak berpaling. Sah, jadi mat jenin tapi ni atas darat.
“Oi.” Suara Sara dikuatkan. Terkejut dibuatnya. Mau Adli tergolek jatuh dari bangku kayu yang dia duduk. Haha. Tak dapat nak bayangkan, style Adli jatuh, gaya ala mamat Hindustan nak berdondang sayang terguling-guling atas tanah. Haish, tak tahan.
“Jauh termenung. Teringat girlfriend ke?” usik Sara. Manalah tahu ada rezeki boleh korek rahsia pop star ni. Ah, busy bodyla.
Adli paling muka kat Sara. Sara duduk.
“Girlfriend?” Adli tayang muka tanda soalan.
“Yelah. Jauh termenung teringatkan oranglah. And mostly ingat dia punya buah hati.” Straight Sara cakap. Konfiden je gaya.
“Oh man, I can’t believe I just said that. Gila jiwang karat. Dang!” Sara geleng kepala. Terkeluarlah pulak kata-kata syahdu. Eceh mak aaii.. haha.
Adli join gelak. “Girlfriend? Ha ah. Teringat kan dia.” Mata Sara dah bergemerlapan. Macam Nampak emas bertongkol-tongkol depan mata. Did he just say, he was thinking about his girlfriend? Erk. Oh my god, gali weyh gali nak tau siapakah gerangan manusia itu. Excited gila.
“Siapa?” Serius Sara nak tau.
“Kau.” Selamba badak air menyelam dalam kolam Adli jawab. Waaa, ber-rhythm. Man, I’m good. HAHA.
Sara tersentak. Erk. :|
“Cow?” Sara angkat kening.
“Haaa… kau.” Bagus sangatlah tu, dua-dua pakai bahasa lain. Habiss.
“Eih, peliklah. Apa pergi ke lembu plak nih?” Sara tayang muka pelik bin apakah?
“Lembu?” Dah, masing-masing tayang muka blur tahap maksima.
“Yeah, cow, lembu. Kan?” Sara cakap dengan penuh ke-innocent-an. Adli rasa nak hantuk kepala kuat-kuat kat dinding. Angan-angan saja. Ada pulak karang suruh dia masuk hospital sakit jiwa. Haha. Aduh, Sara… Sara…
“Ha ah. Lembu Pak Senin belakang rumah Pak Slasa sebelah rumah Pak Rabu.” Hambik kau rangkaian nama pakcik dalam bentuk ‘hari’ Adli bantai.
“Ooo, yang depan rumah Pak Sabtu, between rumah Pak Jumaat and Pak Ahad kan?” Sara tries to play along. Agagaga. :P Adli geleng kepala.
“ What took you so long? Traffic jam ke?” Adli tukar topic.
“Tadi, Reed panggil. Tu yang lambat tuh.” Reed? Uuuuuww…
“Reed panggil? Asal?” Adli berminat nak tahu.
“Oh.. pasal… wait.” Sara stop.
“Kenapa nak tau?” Sara tanya.
“Saja.” Mata Adli melilau ke sana sini. Buat muka selamba dia.
“None of your business eh, mister.”
Adli cebik. Yeah, yeah. Tangan dipeluk tubuh.
“Hah, lagu apa nak nyanyi nanti?” tanya Sara. Dia dah bagi tanggungjawab kat Adli suruh pilih lagu yang 2 orang boleh nyanyi sama-sama. Nak guna lagu haritu, errr boringlah. Lagu lain lah pulak ye tak?
“You and I by Ingrid Michaelson.”
“Tak pernah dengar pun.”
“Tu sebab kau duduk dalam gua.” Suka hati dia! Adli gelak evil.
“Tengok lirik dia.” Pinta Sara. Adli bagi kertas A4 yang telah dilipat-lipat. Ada tulis bahagian mana yang patut Sara nyanyi.
“Ni part aku ke? Ni yang aku kena nyanyi?” Sara tuding jari kat rangkap kedua. Adli angguk.
Maybe I think you’re cute and funny
Maybe I wanna do what bunnies do with you
If you know what I mean.
Sara pandang Adli. Biar betik.
“Maybe I think you’re cute and funny??” Sarkastik je gaya cakap si Sara ni.
“Obviously, kau kan tahu aku cute and funny.” Muka bangga Adli dipaparkan. Tak daya.
“Perasan gila kau ni.”
“Bukan perasan tapi kebenaran.” Sah riak. :P
“Nanti masa kau nyanyi part tu,aku buat-buatlah cute as I always do. And also aku gelak besar-besar nanti..” Gaya Adli cakap buat Sara gelak. Tak dapat nak bayangkan, orang mesti ingat Adli tak betul, orang tengah sedap-sedap nyanyi atas stage, tapi part tu dia pergi gelak besar-besaran, ada potensi besar lah nak jumpa Adli kat Hospital Bahagia, gamaknya. Pesat sungguh Sara berimaginasi.
Sara sengih, geleng kepala.
“You know what Adli?” Sara pandang muka Adli. Adli sedia mendengar dengan penuh harapan.
“You should do that.” Pecah ketawa si Sara. Adli hampa. Ingatkan apalah Sara nak cakap tadi.
“Like seriously.” Sungguh-sungguh Sara cakap. Adli buat dek. Silence. Pause. Hm.
“I can’t believe it’s almost the end of the year.” Keluhan di lepaskan. Sara dongak tengok langit. Yep. Dah nak hujung tahun. Grrr.. final exam is coming up. Adeh. Study yeop study but still, enjoy life to the fullest!
“Yeah. Masa cepat sangat berlalu.” Adli tambah.
“What would be the best thing that ever happened to you this year?.. erm.. so far?” Sara lontar soalan cepumas kat Adli. Adli fikir. Adli gosok dagu as if nak jawab pertanyaan dalam bidang politik aje lagaknya.
“Let see, concert.., erm.. yada yada. Oh, school. Friends, cool ones Lukman, Zairi, Syah. Irritating one, Sara. I repeat SARA.”
Kalau amati betul-betul ada Nampak kepul-kepul asap nak keluar dari telinga Sara tapi macam nak tak nak je keluar. Kena block kot. Ah, merepek. Huhu.
“I repeat SARA.” Adli tekankan pada perkataan ‘Sara’.
“Alright. Alright. Fine. I got it. No need to repeat lah RADIO ROSAKK!!” turn Sara pulak. Hambik kau radio rosak dia label. Yelah, padan sangatlah tu, gaya tadi buat repetition macam radio lama yang mengalami masalah gagap dan asyik cakap benda sama. Haih.
“Kau.?”
“Perform depan satu sekolah. Macam tak caya. Meet the most annoying pop star everrrr… you know who, rite?” Rrrrrr… over ‘R’ kau Sara. Hehe.
Adli sengih bak kerang handsome. “You know what?” ujar Adli.
“Hmmm??” Sara respond.
“I won’t forget you Sara.” Pergh ayat menusuk kalbu. Adli tunjuk muka gila baik+suci je.
“Auuuwww…. That was… so sweet.” Sara balas. Pause. I know he’s up to something. Pause.
“Aren’t you gonna say something to me?” Adli buat muka mengharapkan harapan. Oh please say what I’ve wanted to hear.
“Your sweet-talk is not working my dear friend.”
“What do you mean by ‘sweet-talk’.?” Tak faham si Adli.
“Macam aku taktau, kau cakap ayat-ayat bermakna ni mesti ada makna. And in this case, I bet you wanna come to my house to practice that song. Kan? Kan?”
“Man, how’d you get to know that?” Plan lepak kat rumah orang hancur begitu saja.
“Aku ada psychic power.” Serius. Haha.
“I bet your mom must have missed me a lot.” Statement jujur Adli buat. Adoi.
“Yeahh.. like really. She misses KUDIN KURAP, A LOT!” heh, Kudin Kurap. Tak percaya mama would fall to that classic name. Kudin Kurap, zaman sekarang macam tak de potensi je lah nak jumpa nama gila klasik nih. Tak wujud lagi dah kot. Sume nama glemer zaman sekarang, kan? Heh.
“Such an eccentric name you created,” hanya itu yang mampu Adli ucap. Salah satu bakat yang Sara ada adalah menggubah nama dengan tahap klasik nasional. Percayalah.
***
“Hyep.” Ada orang tiba-tiba join conversation Sara dan Adli. Tengok-tengok, erm Kaila. Great. Dia nak buat apa pulak kali ni.
Adli senyum. Sara tarik sengih paksa.
“Kaila nak buat sessi temuramah dengan Adli. Well, this is part of Jamuan Akhir Tahun jugak, so please cooperate.” Kaila mukadimah.
“Sara join sekali lah?” Adli soal.
“Did I ever mention her name? I guess not. Ni interview dengan Adli je.” Kaila cakap dengan tone gedik, mengada-ngada.
“Oh, I wish, sekolah ada tanam pokok cili api boleh aku petik kasi si Kaila ni makan.” Sara cakap dalam hati. Geram. Urghh.
“Aku blah dulu.”
“So can we start now?”
“Hah, sure.” Adli setuju.
***
“Girlfriend? Ha ah. Teringat kan dia.”
“Siapa?”
“Kau.”
Sara tersentak. Erk. :|
“Cow?”
“Haaa… kau.”
“Eih, peliklah. Apa pergi ke lembu plak nih?”
Sara teringat perbualan dia dengan Adli. Ok, was that some kind of joke or what? Pandai kau cover Sara, kau bantai ‘cow’. Lantaklah. Tengok reaksi muka Adli bila dia cakap cow as in lembu memang ada niat si Adli nak hempuk kepala Sara, apa ke lambat pick-up la. Slow-mo la minah ni. Sara senyum sorang-sorang. What the heck la.
DAAANNGGG!!! Aduh sakit dahi.
“Stupid tiang.” Sara gosok dahi yang mula perit.
“Oi, kau nak buat rekod hantuk dahi kat tiang ke?” perli Adli yang lalu kat tepi.
“Gaya aku ni ada macam sengaja nak hantuk dahi kat tiang ke?”
“Yep, kau memang ada gayaa..” Dan Adli berlalu pergi.
4 comments:
oh gosh !
sket perot ppagi bute bce cite ney .
haha .
lwak je part lmbu pak senin tuh .
adeih !
mmg ta leyh bla .
thums up !
=))
good story !
ahhahahahahhhahaah...
klakar la sara ngn adli nie mkn lme...
isy nyemak je kaila tu....
pggil kailan je karang bru tau...
ahhahaah
teremo plak...
ngaaaaaaaaaaaaaaaaa~
mangaila dorg 2 ni.
hehehe
comel je
Post a Comment