Adli dah merayau ke hulur ke hilir, ke utara sekolah, ke selatan tanah sekolah. Ke timur ke barat. Tenggara, barat daya, timur laut apa lagi? (aku manfaatkan ilmu semasa belajar geografi). Batang hidung Sara tak nampak. Nak track bunyi orang menangis, masalahnya Sara nangis tiada bunyi. Silent mode laa..
Adli dongak kat atas. Tengok-tengok kot-kotlah, Sara ada. Tup-tup, nampak tudung putih. Sah, Sara lah tuh. Apalah, dia buat dekat tingkat 4 blok baru ni.
“Bukan budak perempuan selalu nangis dalam toilet ke?” Adli cakap, sambil menuju ke tangga blok tersebut. Dia daki. Pergh, penat nak naik tangga. Dah lah tadi tawaf satu sekolah. Alih-alih Sara kat sini. Naik je lah.
Sampai ditingkat 4,
“Adduhh..” Adli tarik nafas. Rasa macam buat exercise nak fitkan badan. Dia nampak Sara kat ujung koridor sana. Seorang.
Adli jalan dan dia berhenti. Mungkin Sara tak perasan. Dia tengah termenung jauh nun haa kedepan. Adli yang tengah berdiri tegak belakang dia pun, dia tak sedar.
“Nak cakap apa?” Adli fikir.
“Em, Dila mana??” keluar soalan tu. Sara pusing belakang. Mata masih berair, hidung merah, nama pun menangis laa..
“Dila? Dia.. cikgu Ahmad tiba-tiba panggil dia.. so dia pergi jumpa cikgu Ahmad la.. kalau kau nak jumpa dia kau cari cikgu Ahmad.” balas Sara dan kemudian, berpaling ke depan.
“Adeh, aku cari sape sekarang ni? Dila ke? Tidak..tidak..” Adli cakap slow. Dia geleng-geleng.
“Hmm.. kau oke?” soal Adli.
“Ok je.” Jawab Sara dua patah.
“Aku buat kau nangis ke?” Sara diam.
“Kalau aku buat kau nangis sorry laa eh..” Adli terus cakap sambil buat muka innocent dia. Padahal bukan Sara nampak pun. Sebab Adli kat belakang Sara.
“Bukan salah kau pun..” Sara cakap secara tiba-tiba tanpa pusing belakang..
“Tapi, kau nangis.”
“Tak de pape lah, empangan air mata aku pecah je..” sempat gak si Sara ni.
“Kau sure? Kau ok?” Sara angguk.
“Kau nangis sebab aku tak pulangkan duit kau ke? Haa.. nah.. aku ganti balik duit kau yang kau guna masa beli air dengan dadih..” Adli mengatur langkah ke sebelah Sara. Adli letak duit atas (amende ek nama benda tu yang kaan.. ada koridor pastu macam ada space yang boleh tangan landing..oh aku fail. Harap korang faham lah maksud aku..).
“Dah.. jangan lah nangis.” Pujuk Adli. Memang tak tahan lah, ada orang nangis depan. Rasa macam, kita pulak yang buat salah. Alahai.
“Thanks, tapi bukan pasal duit lah aku nangis..” Sara pusing ke sebelah. Sara ambil duit yang Adli bagi. Duit ganti tu.. takkan nak biar je kot!. Sara dalam separa teresak-esak. Tadi mesti menangis bagai nak rak. Sampai boleh jadi cam ni.
“I think, you should have this.” Adli seluk poket dia keluarkan sapu tangan. Dan dia hulurkan pada Sara. Sara pandang Adli. Adli tunjuk muka ambik-lah.
“Lap lah.. airmata kau tu.. dari tadi keluar je.. mcm tak reti nak stop. Tak de traffic light ke?” Sempat lagi la Adli nak buat loyar buruk dia. Sara capai sapu tangan. Adli undur beberapa tapak ke belakang. Gila ke nak dekat-dekat. Nanti mula lah ada tinbul spekulasi yang tidak enak. (fuh ayat, macam artis doe). Sara lap mana-mana air mata yang keluar. Tengah syok-syok lap-lap.. Sara baru perasan. Ni kan sapu tangan yang dia bagi Adli hari tu..
“Eh ni sapu tangan aku kan?” Sara angkat kening.
“Ye lah. Lupa ke?”
“Bukanlaah.. kau bawak benda ni? Macam weird..” kening Sara masih terangkat. Adli diam. Nak proses jawapan yang patut di beri. Nak jawab ape eh..
“Memang aku selalu bawak.. sebab aku suke kau..” HAHA. Itu hanya dalam hati je cakap. Kau gila nak cakap depan-depan macam tu. Mau, Sara ni lempang Adli je.
“Helloo!!!” Sara sebut.
“Oh, aku memang selalu bawak, nak bagi kat kau… tapi asyik lupa je. So, alang-alang hari ni kau nangis.. aku bagilah kat kau.. kau simpanlah.” Adl jawab.
“Kalau aku tak nangis kira kau tak bagi lah?” soal Sara.
“Takdelaa.. Cuma.. ermm..” Adli dah tak reti nak sambung ayat.
“Kenapa kau nangis eh?” Adli tukar topic. Lama Sara nak jawab dan akhirnya..
“Aku rindu.” Keluar statement demikian.
“Rindu?” Adli macam nak tau.
“Yelah rindu..”
“Rindu sape?” Adli interested. Sara diam.
“Rindu ayah? Rindu mak? Akak? Abang? Mak long? Mak teh.? Mak Lang? Mak ngah? Pak long? Pak Teh? Pak Lang? Pak ngah,” Adli listkan terus.
“Rindu orang laa..” Sara jawab.
“Rindu siapa? Bagitau la..” Adli gedik mengnyibuk.
“Sibuk je lah. Kau ni macam joyah.” Sara jeling Adli yang tersengih-sengih nak tau Sara rindu siapa.
“Correction eh, Joyah untuk perempuan.. Jongang untuk lelaki..” Adli gelak. Sara join. Ada pulak Jongang dapat nama. Tak pe lah. Asalkan sedap. Hehe.
“Kira kau jongang lah kan?” Sara senyum. Macam ada pelangi pulak muncul. Sara dah start gembira balik.
“Tak kisahlah, jongang ke joyah ke jo-man-ji ke ape ke.. yang penting kau rindu siapa? Kucing kau ke?” Adli nak sangat tahu.
Sara still senyum.
“Ahh.. dia nampak cute.” Adli geleng-geleng. Apalah yang aku merepek ni.
“Aku rindu Hakim.” Adli tersentak. Siapa Hakim? Nak jugak tau!
“Hakim mahkamah mana kau rindu sangat ni? Mahkamah tinggi? Syariah? Juvana? Cakap..cakap..” ujar Adli. Dalam hati siapa lah mamat yang nama Hakim ni. So, in order nak tau, he has to go with the flow lah.
“Choooyy.. bukan hakim mahkamah yang pakai rambut putih palsu lah, ni Hakim yang bukan kerja sebagai Hakim..”
“Oh.. I see I see.. Rindu sangat ke?”
“Rindu sangat sangat..” Sara cakap. Matanya pandang lantai. Dia kuis kuis lantai tu ibarat lantai tu tanah lah.
“Iye?” Sara angguk.
“He must be really special to you huh? Sampai boleh buat kau sedih..” Adli buat teori.
“Yup. Special.” Adli senyap. Special? Huyoo.. siapakah Hakim ini???
“Apa yang dia buat sampai kau nangis.?” Soal Adli. Suka hati buat anak orang nangis!!!
“Hmmm…Hakim dah lama tak call aku. YM. Or even webcamming. It feels like, you know, something is missing.. and yeah, I do miss him. But I’m not sure whether he feels the same way as I do..” Sara bersuara.
“I’m sure he does… he must have been busy lately, that’s why he didn’t call you. No worries. Everything will be fine.” Adli sedapkan hati Sara. No more sadness laa, on her face. Please.
“Maybe busy kot. Entah. By the way.., thanks Adli for your time. Sampai kau cari aku kat sini.. it’s kinda sweet..,” Sara cakap. Matanya pandang Adli yang berdiri di depannya. But then the ‘sweet’ part, Sara punya suara sangat slow. Hehe.
Adli senyum. “No problem.” Big grin.
“What was last word you said?? Tak clear laa…” Adli gedik. Padahal dengar je Sara cakap ‘sweet’, ni bajet nak dengar lagi sekali lah ni. Mengada!
“Sweet..” masih slow ye suara Sara.
“Apaa tak dengar……” Adli pretend to be pekak buat seketika.
“Sweet…” Sara kuatkan sikit volume.
“Apaa???” Adli masih lagi buat perangai. Ni sampai 2 kali buat pekak, macam nak kena tolak kat tangga je.
“Sweet laa.. sweet………” Sara dah geram.. URGH. Adli gelak. Finally, Sara cakap sweet kat Adli. It’s just a word. Duh. But who cares, dude, SWEET means something manis gitu. It means so much okay!!!
“Asyik suruh orang replay je. Kau ada sound-trouble eh?”
“Bukan ada. Tapi saje buat-buat sound-trouble..” Adli sengih jahat. Sara tak ambil peduli.
“Kau nak menetap kat sini ke? Macam tak nak balik je..” Adli tengok Sara macam tak bergerak seinci pun.
“Balik? Physics?”
“Off lah hari ni..,” Adli cakap. Sara senyum selebar mungkin. Adakah ini satu rahmat? HAHA. Ke rezeki?
“Haa.. suka lah tu.. sengih sampai nampak gigi. Dah lah sayur terselit kat gigi..” Adli cakap spontan. Tanpa segan silu. Mende nak segannya? Ek eleh.
“Huh? Sayur? Terselit? Mana-mana..?” Sara gelisah. Tak syiok lah ada sayur interframe time nak senyum. Gangguan! Sara cari cermin. Mana cermin.?
“Cermin mana cermin??” Sara tercari-cari. Cermin tingkap adalah. Ah, lantaklah walaupun cermin tu tak sebagus mana. Bantai lah.. Asalkan nak tengok tang mana dia terselit. Sibuklah nak usha, siap betulkan tudung. Mesti serabai habis tadi.
“Woi, tak de pun..” Sara pusing ke Adli. Adli dah hilang. Eh eh, bila pulak mamat ni bla. Sara tengok dari koridor. Adli berjalan pergi.
“Thanks Adli.” Sara cakap sendiri. Tadi masa dengar Adli cakap, ‘Everything will be fine’ rasa macam lega sikit. Dia macam comforter. Ayat-ayat dia buat Sara senang hati. Ayat-ayat dia buat Sara sakit hati. Cerita-cerita Adli yang kadang-kadang tak logic dan sometimes, rasa macam itu semua rekaan semata. Teka-teki yang memang tak boleh bla. Suara yang memang sedap, macho gitu. The way speaks English yang buat Sara kadang-kadang rasa macam cair sekejap. He’s such a train wreck.
***
“Bro!” Syah memanggil dari belakang. Adli pusing. Dia tengah on the way pergi ke pintu pagar.
“Cepat balik.” Syah tepuk bahu Adli.
“Ha ah.”
“Asal? Bukan kau ada sessi peer-guidance dengan Sara?” tanya Syah. Dah memang sedia maklum.
“Tadi ada kejap, then aku cancel.” Jawab Adli.
“Cancel? Asal?”
“It’s not the right time since dua-dua tak focus. Baik cancel je..” balas Adli.
“Not the right time? Dua-dua tak focus? Maksud??” Syah still blur.
“Sara. Dia menangis tadi.” Syah papar muka terkejut.
“Biar betul ! kau ada buat apa-apa dekat dia ke?” soal Syah nak tahu.
“Asal, aku je yang kena. Mesti orang ingat aku buat benda tak baik kat Sara sampai nangis. Tu jelah benda yang aku dengar once aku bagitau yang Sara nangis. Aku tak bersalah lah. Aku tak buat apa-apa pun..” Adli terang.
“Ok. Ok. aku faham. Then kenapa dia nangis? Kau tak pujuk?”
“Aku dah pujuk. She’ll be better, but somehow deep down aku tau dia sedih lagi.. she’s missing someone..”
“Dia rindu siapa?”
“Hakim.”
“Siapa?”
“Mana aku tau. Kau tau siapa hakim?”
“Tak. Takpernah dengar nama budak Hakim.”
“Ok.” Adli jawab sepatah. Muka nampak sedih je.
“Yang kau ni murung apa asal pulak? Nangis sekali dengan Sara ke tadi?” Adli ketawa dengar Syah cakap macam tu. Tak macholah nangis depan perempuan.
“Mana ada.”
“Tu Jawapan untuk soalan pertama ke kedua?” soal Syah.
“Erm.. kedua.”
“Fine. So apa jawapan soalan pertama?”
“Jawapan soalan no. 1, tiada jawapan. Ehhe.” Adli sengih. Amlas nak jawab.
“Kau jealous?”
“Jealous apa pulak?” Adli angkat kening. Haha. Bajet tak faham.
“Macam tak tahu pulak.. kau sedih sebab dia sedih. Kau ada something dengan dia kan..” Syah gali.
“No way. Dia siapa. Aku siapa.” Adli jawab. Adakah ini jawapan yang patut dia bagi.
“It’s ok la Adli. Nak buat macam mana. Allah dah kurniakan perasaan. So tak salah asalkan tak melampaui batas. Selagi kau ada dengan dia, dia akan rasa happy tak pun safe. Jangan risau.”
“Selagi aku ada dengan dia, dia akan rasa happy.?? Tak. She needs him. Aku, Yusuf Adli means nothing to her.. she needs Hakim to cheer her up, bukan aku..”
“Macam mana kau tahu, kau, Yusuf Adli means nothing to her?”
“Aku taulah.” Adli berkeras.
“Dia ada kata?”
“Tak de.”
“Dah tu? Kau pernah dengar tagline Fight for Love?” deyh, Syah dah masuk bab romantic. Aduhai, Syah.!!
“Malaslah nak cerita pasal ni. Cerita pasal bola la. Malam ni MU lawan siapa eh?”
“Lawan CHELSEA!! Oh yeahh..” Syah peminat Chelsea.
“Hakim question mark. Sara needs Hakim. Sara doesn’t need Adli.” Hati Adli bercakap sendiri. Ah, apa yang aku merapu ni!!!
5 comments:
hurmmmm...
adli ske sara n
sara p0n ske adli!
hahahahah..
wawaaaaaaaa...
adli cm comforter ek sara..
comey2..
hope si dila nieh gtaw syah,adli n lukman spe hakim tuh...
cian adli sedey sorang2..
tade spe taw..
ngeeeeee..smbung2..
heheheh.
adli jeles.
so, siapa2 yg baek hati, tlgla bg tau spe hakim tu dkt adli.
cian adli.
woah
sian adli
sara neyh sja wt suspen jewk
hu3
spa2 gtw ae kt adli
dila gtw ae
adli pown tny ae dila tu
nape cm ni?
x best...
adli...
sara like u..
and u feel the same towards her right?
then?
just ignore any barrier infront of u...
win her heart...
Post a Comment