Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

26 August 2009

Train_WrecK <29>

“Woi, mana aci kau buat addmath…” Sara cakap tak puas hati.

“Eh, mana ada aku buat addmath. Aku buat fizik lah.” Adli buat penafian. Nak menipu tak jadi. Adli cover-cover buku latihan Addmath yang dia lapik dengan buku teks fizik.

“Tak payah lah nak menipu.” Cakap Sara.

“Tak faham.” Cepat Adli jawab. Mukanya berkerut bila dia hadap buku di depannya.

“Deyy, tak payahlah kau sorok buku addmath tu dah jelas,terang lagi bersuluh siap ada spotlight lagi..” Sara kata.

“Mana kau tahu yang aku tengah buat addmath?” Hm. Nasib Adli lah terkantoi.

“Muka berkerut macam fikir masalah negara ASEAN. Kalau kau tengah buat fizik, muka kau macam happy-go-lucky je. Happy semacam dapat coklat cadburry. Ni, kalau dah muka berkerut cemberut je tak lain dan tidak bukan addmath punya angkara.” Sara bagi penjelasan.

“Adatlah muka standard mengadap addmath. Kira macam luar biasa lah orang tengok soalan addmath boleh senyum sampai ke telinga. Kalau yang gembira sampai boleh ketawa tengok soalan addmath tu macam orang gila la..” Adli cakap.

“Back to the topic. Mana aci kau buat addmath, aku buat fizik!!!” Sara menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

“Kenapa kau nak buat addmath ke?” Adli angkat kening.

“Aku lebih rela buat addmath dari dok pandang fizik.” Sara cakap benar.

“Cakap besar!” Adli mengejek.

“Bukan cakap besar. Cakap benar.” Sara betulkan ayat Adi.

“Cara cakap macam terrer je?” Adli macam nak test Sara.

“Well…” Sara dah kembang semangkuk bila adli cakap perkataan ‘terer’.

“Battle?”

“Addmath?” Adli angguk.

“No hal.” Sara gosok telapak tangan. Adli dah ready.

“Aku pilih topic.” Ujar Sara excited!

“Tak boleh la gitu. Senang-senang pilih topic. For sure pilih bab yang kau pro kan?”

“Dah tu?” Sara bengang.

“Tutup mata lepas tu. Kau tunjuk kat tajuk kat sini ni.” Adli kasi Sara senarai kandungan matapelajaran Addmath.

“Aku jalan dulu eh.” Sara cakap. Adli angguk. Secara randomnya Sara tunjuklah kat satu topic dengan mata tertutup.

“Perghh,..” Adli cakap. Sara bukak mata.

“LOG!! DAMN!” terus Sara kata.

“Double damn.” Adli pulak tambah.

“Cari lah soalan log yang paling susah di alam semesta.” Adli cakap. Bukan semua soalan log susah ke? Yang paling susah? Hmm.. Sara pilih no soalan 14. nampak macam lain je.

“Start?”

“1 2 go!”

Masing masing bersemangat nak tunjuk kebolehan jawab soalan addmath especially bab log.

“Aku..” Adli nak cakap something.

“Kau dah siap?” Serkap jarang betul lah Sara.

“Aku nak cakap lahh..” Tangan Adli giat menari.

“Apa?” Mata Sara membaca soalan ulang kali.

“Kau tahu LOG stands for what?”

“Apa?”

“Latihan Orang Gila.” Adli gelak. Sara join sama. Latihan orang gila. Macam bagus je.

Solve the equation log16 (3x – 1) = log4 (3x) + log4 (0.5).

1) ln (3x-1) /2 ln 4 = ln 3x / ln 4 + ln 0.5 per ln4 … lepas tu cancel ln 4. zap zap..

2) ln (3x-1) = 2 ln 3x + 2 ln (1/2)

“Oh crap!” Sara dah mengeluh. Mesti stuck lah. Takpun, macam apa yang aku buat nih? Adli masih lagi tekun.

3) ln (3x-1) = 2 ln 3x + 2 (ln1 – ln 2) sebab dia bahagi so minus la.

4) ln (3x-1) = 2 ln 3x – 2 ln 2.. since ln 1 = 0 so darabkan 2 dengan –ln 2 je.

5) ln (3x-1) = 2 (ln3x – ln2)
= 2 ln 3x/2

6) ln (3x-1) = ln (3x/2) square.

Ignore the ln kire cancel kan lah.. jadi 3x-1 = 3x/2 solve simultaneously and you’ll get it.

“DONE!!!” Adli menjerit bila dapat jawapan x = 2/3. Sara pandang slek.

“Kau dapat jawapan apa?” Sara curious. Riak muka Adli bangga gila.

“ x equals to 2/3. kau?” Adli soal Sara.

“ aku dapat x equals to give up.” Sara letak kepala atas meja.

“Kata terer..” Adli dah nak perli.

“LOG aku tak terer, yang lain aku terer..” Adli check jawapan kat belakang. Makin gembira lah dapat jawapan betul mau riuh satu sekolah macam ni. Sara tengok jalan kira Adli. Pergh memang dasyat lah. Pening kepala dengan log tibe-tibe jadi ln.

***

“Eh, Lukman dengan siapa tuh?” Sara ternampak Lukman berjalan dengan seorang budak perempuan. Budak perempuan tu macam yang pernah Sara nampak. Oh ya budak form 3. Adli pandang Sara. Sara tunjuk arah. Adli pusing kea rah yang ditunjukkan.

“Oh.. dia punya buah hati la..” Adli bagitau.

“Pergh, ni mat kasanova ke?” Kasanova? Bosanova? Bosanova.., irama sungguh merdu.. apa tiba-tiba masuk lagu yang Marsha nyanyi masa Akademi Fantasia nih? Abaikan.

“Kau sibuk apasal?”

“Saje nak cari hotstuff sambil buat physics. Tak de lah, lembab sangat otak aku nak process segala macam fakta dan formula.

Adli geleng kepala. “Gila tak de kerja lah.”

“Kau kata haritu dia ada 4 buah hati kan?” ujar Sara tak habis-habis nak korek.

“Ye.”

“Dia ada affair dengan makcik kantin ke? Kalau ada means dia ada 5 ke? Atau… makcik tu masuk sekali dalam 4 orang buah hati dia?” Busybody sungguh.

“Entah cuba kau pergi tanya makcik kantin dia ada hubungan sulit tak dengan Lukman.” Adli menyuruh.

“Gila kau. Nak kena baling dengan sepinggan mee goreng ke muka?” Sara dah terbayang muka makcik kantin.

“Dah tu tak payah lah sibuk pasal orang lain.”

“Bukan sibuk. Saja tak nak jadi katak bawah tempurung.” Sara balas. Banyaklah dia punya katak bawah tempurung kelapa.

“Salah peribahasa kau tu. Sepatutnya, peribahasa yang sesuai adalah ‘jaga tepi kain orang’.” Adli betulkan.

“Jaga tepi kain orang a.k.a aku prihatin.” Sara tak nak jugak mengalah.

“Eleh, prihatin konon pigi daaa..” Adli cakap. Sara dah bulatkan mata..

“Haa… bulatkanlah lagi mata tu sampai terbeliak. Boleh masuk Guinness World Record. Boleh banggakan Malaysia.” Adli sound macam tu je. Sara buat telinga pekak.

“Satu dari form 1, dua dari form 3, dan makcik kantin.. hmm..” Sara kuat berfikir. Boleh pakai ke teori dia ni nak kaitkan dengan affair Lukman. Lukman ni pun satu bukan nak kasi intro buah hati dia kat orang. Buat perasaan ingin tahu Sara semakin membuak-buak (buak-buak..adooi, ayat aku! Haha,:P)

Adli pandang Sara. Tak focus langsung pada Fizik.

“Woi, makcik! Apa kes dengan satu dari form 1, dua dari form 3 nih?” Adli celah. Sara pandang slek.

“Menyibuk betul. Jangan jaga tepi kain orang boleh tak.” Hambik kau Adli, kan dah kena.

Tik tok tik tok

“Aku boring!” Sara declare. Dari tadi bisu je. Senyap sengap sungguh. Macam duduk dalam dewan peperiksaan. Adli diam.

“Wei, aku boring!” Sara bagitau one more time.

“Nak dengar cerita?” Adlid ah senyum. Pakcik ni memang banyak bekalan nak bercerita agaknya.

“Cerita apa?”

“Hantu..”

“Mak aiih… gila.. kau jangan..jangan..” Sara gabra.

“Alah, aku bukan cerita tengah malam. Matahari ada lagi ni..” Adli nak bercerita.

“Kau jangann…”

“Rileklah… aku cerita eh..” Adli start cerita, walaupun Sara macam nak tak nak je dengar.

“Ok, ni cousin aku cite.. macam ni.. aku tak tau lah bila bende ni jadi, sebab aku sendiri pun tak kisah bila benda ni berlaku.. hari tu pakngah dengan pak lang aku dan cousin aku ni pergilah memancing… nun jauh sana kat tasik mana entah… dah pulak tu diorang pergi memancing tengah malam..”

“Apa kes pancing tengah malam? Mau tak cerita ni cerita hantu..” Sara interframe. Gerun, tengah malam siot pancing ikan. Tak pernah dibuat orang.

“Pakcik2 aku kata, masa tu tenang tak de orang ganggu, senang ikan makan umpan..” Adli cakap.

“Orang tak ganggu.. tapi benda tu ganggu..” ujar Sara.

“Ni siapa nak cerita ni. Aku ke kau?” Adli cakap. Sara asyik menyampuk je.

“Malaslah nak cerita macam ni…” Adli macam merajuk.

“Eh, eh, ceritalah.. tadi kata nak ceritaa.. cerita lah. Aku dah tak kacau dah..cepatlah cerita..” Sara cuba pujuk. Gedik pula Adli ni.

“Ye ye. Aku cerita. Scene dia tengah malam..wooo.. kau bayangkan malam yang sungguh gelap tanpa sebarang tiang letrik di kiri kanan depan belakang. Hanya ditemani cahaya rembulan..” Aduh ayat syahdu sangat. Haha.

“Bunyi cengkerik je dengar dengan suara katak-katak yang memanggil hujan turun. Huuu..” dan-dan Adli buat suara ngeri yang selalu dalam cerita hantu. Sara tutup telinga part suara ngeri Adli tu.

“Pakngah, paklang dengan cousin aku tu pun pancinglah kat tasik. Yang pakngah aku ni gila semangatlah nak pancing ikan so, dia pakai naik sampan ke tengah tasik. Cousin aku dengan paklang ni duduk kat tebing je lah.. pastu.. paklang aku ni dapat ikan walaupun tak sampai ke tengah tasik..”

“Pastu?” Sara dah semangat nak tau.

“Pastu, sambil-sambil diorang memancing ni, diorang borak-boraklah, mengutuk adik ipar abang ipar, kakak ipar yang berlagak habis.”

“Dahsyat la pakcik-pakcik ni..” Sara geleng kepala.

“Lepas tu paklang aku ni perli lah pakngah aku yang kat tengah tasik tu. Yelah, orang kat tebing dpat ikan, dia kat tengah tasik tu habuk pun tade.. mana tak nye sambil dia pancing, dia pergi nyanyi lagu Sudirman Chow Kit Road, dengan suara macam radio rosak.. mau tak lari balik lubuk semua ikan-ikan tu..” Sara dah gelak sikit. Dalam hati Sara, ni cerita hantu ke? konfius. Ke cerita pasal pakcik2 dia?

“Paklang dengan cousin aku tu gelak lah, tengok pakngah aku yang layan buat konsert tengah tasik tu… diorang gelak dan gelak dan gelak.. tiba-tiba..” Adli masuk scene terkejut.

“ Pakngah aku yang dengar diorang gelak macam lama gila lebih kurang 3 minit non-stop.. tu cakap lah, ‘Woi, dah-dah la tu gelak’.”

“Apa tak kejang urat senyum tambah gelak ke paklang kau dengan cousin kau tu?” Sara menyampuk.

“Pastu, paklang aku kata ‘mana ada kitorang gelak. Kitorang gelak kejap je.’ Pastu paknagh aku dah telan air liur banyak kali. Rasa payau mula terasa. (rasa terasa apakah?). masih ada lagi suara orang gelak mengilai-ngilai, kira macam gelak bersungguh-sungguh ibarat sape gelak ni dapat duit raya lebih la,” Adli dah tokok tambah.

“Pastu pakngah aku ni, terasa ternampak ada satu makhluk warna putih duduk kat dahan atas pokok besar kat tepi tasik tu..” Sara dah buat muka seram-sejuk.

“Pak ngah aku yang nampak jelas makhluk atas tu, tu apa lagi panic la weh.. paklang dengan cousin aku tu dah memang mati akal lah rasa nak bla je dari situ, tinggalkan pakngah tapi apakan daya tadi naik kereta pakngah aku so kalau nak cabut pun kunci kereta kat pakngah so stay je lah tunggu dia..” Ni cerita apa lah ni.

“Time pakngah aku panic gila tu, hantu tu ketawa sakan beb, mungkin tengok gaya pakngah aku yang dayung sampan macam gila semangat.” Adli siap buat gaya dayung sampan. Sara dah gelak. Ni cerita hantu ke cerita lawak eh?

"Hantu kerja diorang sampai ke kereta. Memang tak takut manusia betul hantu sorang tu. Diorang pun ape lagi cepat-cepat hidup enjin teros ca alif bot dari situ. Segala macam doa diorang baca supaya hantu tu tak kacau diorang sampai balik," beriya Adli cerita.

"Ca alif bot? amende tu??" Sara pelik.

"CABOT. Ca alif bot. Cabot," Adli terang.

"Deyyh, eja sekerat mane faham. Lain kali eja Ca Alif Ba Wau Ta, laa.."

***
Sara tengok jam. Yay! Tamat masa.

“Masa untuk fizik telah tamat. Wohoo..” Sara gembira. Tutup segala buku. Buku terus masuk dalam beg galas. Sara dah mula galas beg, nak keluar. Mama mesti dah tunggu. Sara bangun. Adli pun dah kemas semua buku atas meja. Adli letak spek atas meja. Dia bersihkan cermin matanya itu.

“Sara!” Adli panggil. Sara berhenti. Pusing belakang. Adli datang kat Sara.

GULP.

“Alah, mamat ni tak pakai spek plak. Mengada betul. Dia tak tau ke yang bila die tak pakai spek, aku rasa macam kupu-kupu masuk perut la..” Sara bebel dalam hati. Adli menghampiri Sara.

“Hm..” Tu je yang Sara mampu cakap.

“Aku nak cakap something…” Adli start.

“Apa?”

“Aku……” Sara tayang muka tanda soal.

“Aku…” Adli try habiskan ayat.

“Aku apa?” Sara soal. Apa barang mamat ni.

“Aku…”

“Asal gagap nih?” Sara jungkit kening.

“Aku…aku… aakuu..” tak habis-habis dengan aku.

“Kaauu..kauu..kaauu..ke..ke..kenaa..napaa?” Sara join gagap sama.

“Yang kau gagap ni apasal?” Adli tanye.

“Dah kau gagap.” Sara balas.

“Aku..”

“Ye…”

“Aku rasa kau salah ambil beg la.. ni beg aku..” Adli tunjuk kat beg yang Sara galas. Sara check. Deyy, suka hati aku je ambil beg orang. Konfiden je tadi. Hadoii..

***
“Nak mesej dia ke tak nak?” Adli keliru. Dia nak bagi mesej kat Sara. Tapi entah perlu ke tak.

“Mesej je lah.. aku dah lama nak bagi tau dia..” Adli buat keputusan.

“Gasaklah. ” Adli dah send mesej.

Adli duduk atas kerusi pandang siling. Macam mana reaksi Sara nanti.

***
Bunyi mesej mengejutkan Sara. Sara capai.

You have one message. Sara tekan butang OK. Mesej dari Adli. Sara hairan. “Ni tiba-tibe mesej aku tak pasal-pasal ni apa barang.. tak pernah dia buat pun..” Sara cakap dalam hati.

Sara baca mesej yang Adli bagi. Mesej nye berbunyi begini. (bunyi? Haha. Layan laa)



Wakti SMS awk, hati saya tiba-tiba je berdebar, x tau nape, Akhirnya saya menyedari bahawa…



Saya……

“Ni pakcik ni kenapa bersaya awak bagai. Buang tabiat ke?” Sara merungut. Dia tekan butang bawah untuk membaca mesej tu lagi..



Sayang




Sangat…

“Wo. Kau jangan Adli..” Sara dah gubra.. tak pernah Adli buang tabiat macam ni gaya.





Kat…






Kredit saya…
HAHAAHHAHAHA…


“Mental kau Adli!!! Ngong betul…” Sara bengang dalam masa sama lawak gak mesej ni. Terpedaya.

***

Adli dah gelak evil sakan dalam bilik dia, bayangkan wajah Sara yang gila gubra bila baca mesej tu. HAHA.


p.s cerita hantu tu cam tak jadi je. adooi, sory eh. hahaha. patut cite hantu tu cam seram, tapi mcm tak menjadi la plak. huu~

10 comments:

Anonymous said...

yosh....mmg bjak gler citer nie...nek semput aku bace.


addi...ko mmg talented

----bdk nkl---

keSENGALan teserlah.. said...

byk tol koleksi teka teki n cerita si adli nieh..nseb bek bkn koleksi novel..hehe..
log mmg killer beb..aku bab log nieh xpena lps..tensi je..
heee..
cite antu tuh acc cite lwk ek??
hehe..
plek gak ending dye...
cmne pon,,cite ko mmg kasi batok aku nieh menjadi2 larh..
nk gelak,,tp batuk yg kuar..
hahah..

Lsy said...

best lhh cite ney .
ingat ke ape lhh adli na anta tdy, adehh =='
wat suspen jep,

fzm2 said...

l0g????aku ske buwt
l0g!hehehehehhe
pelah adli 2,ingtkn
nk btw dye syg sara..
huhuuh

Addi said...

anonymous aka bdk nakal : thanks! :D

keSENGALan teserlah : aku tak reti nak classify cite tu cite hantu ke cite lawak. tak reti lorh. haha.

Lisya: ^___^

fzm2: suke log. baguslah. :)

s3cr3t follo3r said...

X tau nk ckp ape.
hahaha.
Yg pnting,stiap kli aq bce cite ni,msti aq ktawe. XPP

Anonymous said...

choyy cerita adli tu mmg lari gula dari cerita seram. haha xD

Bulanhijau said...

Log??
sangat tak suka.

Add;
n3 kau memang bagi aku gelak jela.
rmmates aku pun dah naik pelik.

*pape pun, physics the best!!

Addi said...

s3cr3t follo3r : x payah cakap ape2, gelak jee.. MUAHAHA..

L : aku salah masuk tune cerita seram.. hehe.

bulanhijau : kesian roommates ko naik pelik.. bkn slalu nye naik bas ke naik kereta ke.. aku pun dah pelik dah ni.. ngahaha..

mardya ramlee said...

erkkkk...ada ker bab log tu lam add math?
sungguh aku xske add math,
naseb ler lulus spm dlu

btw, nice story