Minggu sekolah dah mula balik. Masa untuk tenung buku, buat essay, tidur dalam kelas sejarah, tenung papan hitam, bercakap masa cikgu mengajar dan banyak lagi dah jadi dalam list semua pelajar. Dan minggu ni mungkin beberapa kes akan terjadi seperti frust menonggeng atau menangis sampai bengkak mata atau happy sampai terloncat-loncat kegembiraan itu (dusta belaka saja nak bagi sedap) bergantung pada slip peperiksaan pertengahan tahun yang bakal cikgu bagi nanti.
Setakat mid-term apa lah sangat. Sekolah ni bajet lah kluster. Tiap-tiap peperiksaan bagi takut sama student, kata nak streaming kelas kalau result tak bagus. Padahal langsung tak de maknenya. Cikgu pun malas seyh nak susun semula kerakyatan kelas. Biar gitu saja deh.
“Sara. Macam berdebar tak tunggu result?” Dila tanya. Lepas ni masa cikgu kelas. Sure-sure dapat result punye.
“Macam, kau kata? Aku rasa jantung aku ni berdegup melebihi had dah..” Sara jawab.
“Haha. Gaya macam nak amik result SPM je. Rilek la beb. Aku sure punya kau lepas dengan kertas berterbangan dengan warna-warni.” Dila cakap gaya cool.
“Eleeh, kau ni bajet cool huh? Nak gaya cool pun, kau punya tangan tu aku tengok macam vibrate , gegar semacam je.” Sara dapat scan. Dila senyum. Nak control cool, tangan gegar semacam obvious gila!
Cikgu masuk kelas dengan penuh gaya keunggullan. Jalan serupa model kat runway. Apa ingat ini segmen Malaysia’s Next Top Model.? Tangan cikgu memegang satu bangkus plastic yang penuh dengan kertas Sejarah.
***
“So?” Sara baru je lepas amik slip result dari cikgu.
“So?” Sara tanya balik kat Dila.
“Eh, aku tanye dulu. Jawabla.”
“Soalan kau ape? Kau tak kata apa pun. Macam mana aku nak jawab soalan kalau gitu.”
“Heh. Sorry. Sorry. So kau dapat berapa?” Dila try intai slip result Sara. Sara sorok. Main skodeng pulak.
“Alah. Biasa-biasa je.” Sara cakap.
“Aku ragu-ragu dengan tahap biasa-biasa kau ni. Kalau dapat 6, 7, 8, A pun kau bantai biasa.” Dila cakap. Sara sengih.
“Alah aku dapat C physics.” Sara tayang muka sedih.
“Yang lain.?” Kecoh si Dila.
“A je…” malas Sara nak jawab.
“Je. Kau kata JE??? I mean JE!!! Ni yang aku rasa macam nak simbah air. Sedar diri tu sket. Tak payah nak sedih lah. Dah ada 8 A mau sedih. Pelik lah.”
“Kau?” Sara soal.
“Setakat 7 A. aku mana boleh nak lawan kau. Dari form 1 dulu.” Dila macam jealous. Sedih pun ada.
“Relax lah. Ni yang buat aku rasa nak simbah air double kat kau buat muka sedih camgini.” Sara gelak.
“Apa pengetua tulis kat line comment tuh?” Dila soal.
“Anda sungguh bengap dalam Physics!” Straight Sara cakap.
“Pergh. Beraninya pengetua cakap gitu.” Dila terkejut.
“HAHA. Aku gurau jelah. Seperti biasa line yang aku dah kaji dari form 1. Comment standard dia : Tingkatkan usaha, jangan lalai.”
“Samelah kita. Pengetua dah tak de modal nak bina ayat.” Diorang gelak. Mengata pengetua dalam kelas. Silap haribulan pengetua pasang CCTV dalam kelas. Mampus la!
Speaking of Pengetua…
“Pengumuman kepada Sara Sazali dari kelas 4 Sains Delima dan Yusuf Adli dari kelas 4 Sains Zamrud, sila datang ke pejabat sekarang.”
“Ni apa barang nama aku naik ke pejabat awal-awal habis cuti sekolah ni?” Sara buat persoalan.
Dila jungkit bahu.
“Si Adli pun ada tuuuu..” Dila bagitau.
“Eh? Aku tak perasan pulak nama dia ada.” Sara buat dek. Sara mintak izin dengan cikgu untuk keluar kelas.
***
“Apa yang kau buat sampai babitkan aku sekali?” Adli tanye Sara masa dalam perjalanan ke pejabat. Sara macam hello-i-am-not-a-trouble-maker.
“Ada pulak aku yang kena. Ingat kau baik sangat ke?”
“Aku tak kata pun aku baik. Kau tu yang kata aku baik.” Adli bajet baik.
“Bila masa pulak aku kata kau baik?” Sara bengang.
“Kan tadi kau kata kat aku ‘ingat kau baik sangat ke’. Which means you just said aku baik. Oke.” Adli bagi tau. Whatever DUDE!. Ke Sara silap bina ayat patutnya. Yang mungkin seharusnya begini : ‘Kau ingat kau tu baik sangat ke?’ mushkil.
“Who cares anyway.” Sara balas.
“I do.”
“But I don’t.”
“Kalau tengok kau kena marah sebab fail physics oke gak.” Adli gelak evil. Sara angkat kening.
“Hello. First of all, I didn’t flunk my physics test ok? Deal with that will you?” Sara cakap.
“Heleh, setakat tulis ‘Only Newton knows the law’ or ‘you are the teacher and you should have known the answer.’ And bla bla bla. Yadayadayada. Mau kau tak flunk!” dah macam ada signal asap nak keluar dari telinga Sara.
“Eh kau tau dari mana benda alah tu semua.”
“Dari paper physics kau lah.”
“Aku tak tunjuk pun paper physics aku kat kau.”
“Aku tak kata pun kau tunjuk paper physics kau kat aku.” Sakit hati bila cakap dengan Adli yang pandai sangat dalam memutar belit-mengguna pakai perkataan yang sedia ada.
“URRGGHH…” Sara dengus marah.
“Cuba buat lagi sekali. Ada bakat tu.. boleh masuk zoo. Sure binatang lain friendly dengan kau.” Adli dah gelak macam lawak sangat. Sara tambah geram.
“Cuba kau gelak lagi sekali. Ada can kau masuk hospital bahagia. Kau pasti berbahagia disana.” Turn Sara balas servis. Oh yeah.
Office sekolah depan mata. Diorang ada depan pintu.
“Biar aku masuk dulu.” Adli pintas.
“Eh, Kudin yang tak beradab. Line up laa..” Sara kata.
“Eh, Kuning yang bajet beradab. Senyap boleh?” HISSSHHHHHHHHHHHHH… Nak je Sara tolak Adli kasi tersembam kat pintu office ni. Namun itu hanya dalam fantasi saja. Adli dah bukak pintu. Nyaman angin dari aircond. Rasa macam musim sejuk. Beruntunglah, staff office duduk dalam air-cond.
Sara duduk dekat kerusi yang satu-satunya kosong. Nasib baik Adli tak perasan. Padan lah. Sara dah duduk sopan tunggu panggilan dari sesiapa sahaja yang nak jumpa dia. Adli tertinjau-tinjau tempat duduk. Tak de.
***
“Siapa yang bagi permission yang kamu boleh suka hati riang ria kamu je pakai baju yang selain dari pakaian sekolah?” Soalan pertama Cikgu HEM.
Adli dan Sara tengah berdiri static.
“Bukan penge…” Belum sempat Sara habis cakap, Adli potong line dengan batuk serupa dibuat-buat.
Sara pandang Adli. Adli pandang Sara.
Sara buat muka apa-kena-dengan-kau?
Adli buat muka diam-lah.
“Assalamualaikum…! Saya tanye. Kamu jawab.” Cikgu HEM cakap bila Sara dan Adli macam kau-kunci-mulutku.
“Ehmm... Kami ingatkan boleh je pakai baju lain selain pakaian sekolah.” Adli tiba-tiba cakap. Sara tayang muka bukan-tadi-kau-suruh-aku-diam? Adli buat bodoh.
“Kamu tak baca peraturan sekolah?. Seksyen 12.3. muka surat 54. perenggan ke 4 baris kedua. Tajuk besar PEMAKAIAN di sekolah.” Cikgu HEM cakap.
“Siapa lah yang skema sangat nak baca buku peraturan sekolah tu.” Sara cakap slow campur gelak kecil.
“Apa kamu cakap Sara?” Cikgu HEM mintak repeat.
“Tak de apa-apa cikgu.” Gila nak cakap apa yang Sara cakap tadi? Nak kena tempeleng?
“Jadi kamulah yang buat peraturan sendiri pakai baju bukan sekolah.”
“Ya cikgu.” Adli jawab.
“Ehh… bukan ke budak empaa…” Adli kasi ‘shusshh’ kat Sara. Ni yang Sara geram ni. Pakai shusshh shuusshh plak. Apa kau ingat aku kucing?
“Apa dia Sara?” Cikgu tanye.
“Tak de pape lah cikgu.” Sara jawab malas. Pandai-pandai kau lah Adli nak jawab dengan cikgu HEM ni.
“So betullah kamu yang suka hati nak pakai baju selain dari pakaian sekolah.” Adli dan Sara angguk.
“Ok. dah lah tu. Dah confess. Aku nak balik kelas!” Sara cakap dalam hati.
“Kalau macam tu. Cikgu nak kamu di denda. Sebab suka hati buat law sendiri. Di sebabkan kamu ni ada potensi jadi pejar kebanggaan sekolah cikgu ringankanlah sikit denda.” Cikgu HEM dah tumbuk tanduk jahat. Part yang jadi pelajar kebanggaan sekolah tuh masing-masing dah bangga semerbak!
“Denda cikgu? Alah. Setakat baju je..” Sara berhenti cakap bila cikgu dah pegang misai dia.
“Cikgu nak kamu basuh kereta cikgu petang ni. Outside and inside. Kasi kilat. Aktiviti koko kamu petang ni dibatalkan secara automatiknya. Tak ada alasan. Muktamad.” Tegas Cikgu HEM.
“Kami tak ada span, sabun pencuci, mop, vacuum, tuala… cikgu.” Adli bagi reason yang nak mengelat.
“Pinjam kat Kesatuan Pencuci Sekolah.”
“Huh?” terbeliak dengar nama kesatuan tuh.
“Mintak kat makcik cuci lah.” Cikgu terus terang. Ek eleh.
Sara dan Adli mengeluh. Kenapa makcik cuci wujud?? Tak pasal-pasal.
“Well, for cik Sara Sazali cikgu ada sesuatu untuk kamu..” Sara dah sengih lebar. Adli buat muka kenapa-dia-dapat-speciality-ke?
“Ye. Cikgu apa?” Sara dah gumbira.
“Kamu ditugaskan untuk menjalani program peer-guidance. Start esok.”
“Esok? WHAT THE.?”
“What the best thing that could ever happen to you right? I got that part hehe. Thank you thank you.” Cikgu pergi sambung buat ayat sendiri. Sara buat muka bengang. Itu bukan sambungan ayat yang betul !!! Adli dah senyum jahat.
“Kenapa cikgu?”
“Sebab kamu dapat C physics.”
“Asal saya yang kena pulak.”
“kamu pelajar harapan sekolah. Semuanya A tang physics je kamu sesat dapat C terus.” Adli gelak sakan. Mengetawakan orang satu kerja yang amat mudah!!!
“For this week je kan?”
“For this week sampai hari terakhir kamu sebelum SPM. Semuanya bergantung..” Sara dah tenganga. Ni macam the worst thing ever!!!
“Siapalah yang malang jadi guidance kau. Haha.” Sara jelir lidah kat Adli.
“Siapa yang jadi tutor saya cikgu?” Sara tanya.
“Yusuf Adli.” Adli macam nak hantuk kepala kat dinding. Ear drum aku terkoyak kot.? Salah dengar ke? Nama aku ke?
“Saya cikgu!!!??” Adli terkejut penuh! Cikgu angguk.
“No way. Takkan dia kot. Bukan hebat pun.” Sara cakap.
“Yusuf Adli. This is your new student buddy, Sara.” Apa ni sessi ice-breaking ke cikgu????
“Just for this week je kan cikgu?” Adli berdoa dalam hati. Katakan ya!
“Yep. For this week…” Adli dah sebut YESSS!!
“till the last day before your SPM exam.” Sambungan ayat tersebut menghancurkan hati Adli. Hancur hatiku… mengenang dikauu.. menjadi keping keeping… lalalala~
“Mana aci cikgu! Takkan nak pandang muka dia je.” Sara argue.
“Tak payah pandang muka dia.. pandang muka orang lain pun tak pe Sara.” Cikgu boleh pulak nak buat lawak.
Sara bengang. Adli double bengang. First, buat car wash dengan dia petang ni. Second, spend time physics dengan dia for one and a half freaking years lebih kurang la starting from… like… TOMORROW?? Ngaangg!!!
“Kalau saya tarik diri cikgu.?” Adli cakap.
“Kalau macam tu kamu demerit.” BAH.
“Kalau tak tarik diri cikgu?”
“Ada special point untuk kamu. Mungkin senang nak masuk U.” cikgu cakap.
“Tolong cakap tarik diri..!” Sara berdoa dalam hati
“Okla. Saya terima lah jawatan yang cikgu bagi…” lambat Adli cakap. Gila kau nak kena demerit. Dah la dapat special point. Takpelah cari pahala tolong orang.
***
On the way balik kelas…
“Apasal kau tak kata yang budak 4 ekor tu punya kerja yang suka hati buat permission sendiri kata boleh guna baju lain masa kita perform hari tu?” Sara tanye lepas keluar office.
“Kau tak sayang kawan ke?”
“Sayang lah. Mau tak sayang.” Sara jawab.
“Dah tuh?”
“Dah apa?”
“Takkanlah kau nak cakap Dila, Lukman, Syah dengan Zairi kot yang buat. Nanti entah apa lah yang diorang kena denda. Lagi teruk pun mungkin ada. Kau tak kesian ke.? Dahlah diorang guna nama pengetua..” Adli tayang muka baik.
“Hmm.. yelah. Aku kesian. Yelah. Aku sanggup berkorban.” Drama sedih dah mula.
“Macam tulah.. barulah namanya semangat setiakawan.”
“Eh? Yelah tu.” Muka Sara tak berubah.
“Kau jangan pulak buat segmen air mata..” Adli tengok muka Sara yang macam sedih.
“Apa kau ingat kita ni tengah berlakon dalam rancang tv ke? Bersegmen-segmen bagai.” Adli gelak.
“Kenapa kau dapat C, physics?” Adli soal.
“Sebab aku bukan peminat buku teks physics.” Huhu.
“Sebab kau lah… nanti aku stuck kena jadi mentor physics kau untuk satu tahun setengah start dari esok.” Adli mengeluh.
“Siapa suruh kau pergi accept?”
“Kau gila tak accept? Dapat special point tu.. tu dah macam keajaiban je. Lagipun nak cari pahala lah katakan.” Adli bajet alim.
“Cet. belajar dengan kau for sure la aku gred C tu tak lama.. mau reverse ke D ada lah..” Sara cakap.
“Tu salah kau sape suruh masuk gear reverse..” Selamba.
“Eihh. Mengada!” Sara jeling. Payah lah cakap dengan dia nih.
“Hari ni rasa macam hari paling teruk.” Sara declare.
“Bajet hari ni hari kau jelah.. hari ni hari super teruk-beruk-tenuk bagi aku jugak.” Adli nak jugak cakap. COPY CAT!
***
“Sorry lah Sara, aku sengaja je cakap pengetua suruh, so that kau pakai baju tu. Kitorang dah komplot guna nama pengetua. For sure korang akan pakai baju yang ditaja tu.. hmm.. Sorry eh..” Dila buat muka guilty.
“Tak pelah. Nak buat macam manaa..” Sara mengeluh.
“Well.. look at the bright side… aku tak payah kena denda..hee..” Dila big grin sedepa.. Sara bagi libas buku kat bahu.
“Woi. Tu bright side kau. Bright side aku apa?” Sara letak kepala atas meja.
“Dapat tusyen fizik dari Adli…” Dila nak kasi cheer-up.
“Tu macam dull side ever!” Sara tenung meja.
“Which is free of charge!. Duit tak de keluar maaa…” ujar Dila.
“Ok that part.. em.. almost bright laa..”
5 comments:
mengancam.
cian kt sara?
adli jd tutor.
mcm menarik jer.!
HAHA
haha..
klaka tol dorang berbls kata neh..
comey je..
adli tutor sara??
hahaa..mesty byk scene menarik nieh..
smbung2..
hahahhaha
sweet laa adli n sara
nie..hihihi
smb0nk2
huhuhu
cianny kat sara.
tak pasal2 kne stdy dgn adli.
takpe2
physics tu kacang je.
hahahah
haha. kacang lah sangat..
:P
Post a Comment