Kokok kokokk..
Kokkookkk kokokkk..
Uhuuk..uhukk.. (terbatuk ayam jantan jadi alarm clock).
Sara bangun mendengar batukkan ayam jantan diluar tingkap. Mungkin ni last shift ayam jantan tu sampai terbatuk nak kejutkan budak sorang yang liat sangat nak bangkit.
Sara gonyoh mata. Mulutnya menguap. Sara bangun dari katil.
Berderaapp… bunyi lantai.
“Apa aku berat sangat ke sampai berbunyi lantai ni?” Sara cakap dalam hati. Dia tengok lantai. Oh. Kayu patutlah. Malam semalam baru sampai rumah Opah kat Rawang. Sungai Choh kalau nak spesifik. Rumah opah 2 element. Satu batu satu lagi kayu. Separuh-separuh. Haha. Kembar siam.
“Good Morning!” Sara bersuara selepas sampai di ruang dapur.
“Amboi sepi-king Mat Salleh ye Sara,” suara Opah masuk dalam telinga. Opah tak suka bila kita cakap inggeris depan dia sebab apa? Sebab dia tak faham apa yang kita cakap. So kira tak puas hatilah.
“Mat Salleh?” Sara fikir.
“Mestilah, Mat Salleh tu bapa angkat Kuning.” Sara flashback. Memories.
Sara gelak. “Huyyoo opah! Opah apa kurangnya. Siap cakap sepi-king kat Sara. Kira opah ni UP sket gak eh.” Sara mengusik opah.
“Ni baru bangun. dah pukul 11 dah ni.. anak dara ape nih.?” Mama dah membebel. Sara tarik kerusi duduk. Depan mata ada tudung saji. Itu bukan point nya. Apa isi dalam tudung saji. Itu the bottom line nya. Sara bukak. Ada cekodok tinggal 1 je. Air teh O dalam teko dah sejuk pun.
“Tu lah bangun lambat lagi. Makan jelah apa yang ada tu.” Mama sambung lagi.
“Yelah.” Sara redha. Bak kata pepatah. Burung yang awal dapat cacing. Sara masukkan cekodok dalam mulut. Sara tuang air teh O yang dalam teko. Sejuk pun sejuklah..
“Kalau nak air tu panas buat air sendiri.” Mama cakap lagi. Haiya.
“Err.. tak pe takpe. Sara boleh minum air ni walaupun tak panas.” Jawab Sara dengan tersengih-sengih. Malas betul lah nak masak air. Haha.
“Pemalas lah tuh.” Mama tak habis bebel lagi. Kene sebijik. Sara senyum lebar. Kenyataan lah. Macam tau-tau je. Takpelah.
***
Mandi sudah. Pakai baju sudah. Laptop dah ada kat meja tuh. Gitar tengah baik punya bersandar kat situ. Tapi nak buat apa. Sara intai dapur. Mama dan Opah tengah bekerjasama menyiapkan hidangan makanan tengah hari. Sara? Haha. Malas nak turun dapur.
“Yang intai-intai tu kenapa Sara sayang?” Opah tiba-tiba tegur.
“Huusshh. Opah pasang kamera ke ape?”
“Mana ada pasang benda alah tu. Opah ada mata lebih kat belakang ni,” Opah cakap. Buat lawak sekali lah. Opah Sara kira up to date dia cakap ‘benda alah’ tuuuu ~ haha. Tak daya.
Sara gerak ke dapur. Nak buat apa tolong ke? Tak pernah jadi sukarelawan membantu main masak-masak selama ni so rasa macam segan semacam.
“Berdiri je ke?” Mama tanya bila Sara tercegat kat situ.
“Meh, tolong kupas bawang ni. Pastu tumbuk bawang.” Mama dah bagi arahan. Sara menurut perintah. Sara duduk kat lantai. Pisau dah ada. Segala bawang pun dah Mama bagi. So lets get started!!! Macam lagu black eyed peas pulak!
Lama tak kupas kulit bawang. Dasar bukan peminat dapur yang setia macam tu lah jadinya. Malas betul nak masak nak tolong. Nak ke dapur sangat pemalas!!!!! Kupas punya kupas punya kupas.. baru teringat.
“Eh, papa mana ma?”
“Laahh, baru sekarang tanya papa?” Sara senyum innocent.
“Apa lagi. Dia pergi KL. Jumpa kawan.” Sara angguk. Baru tau. Rasa sunyi pulak. Sara dah nak start nyanyi. Lagu Hindustan lah. Bantai je..
“Main Shaayar To Nahin
main Shaayar To Nahin, Magar Ae Haseen
Jab Se Dekha Maine Tujhko
Mujhko Shaayari Aa Gayi” Sara nyanyi sambil mengupas kulit bawang.
Sara tengok opah dah main lentok-lentok kepala serupa itu Hindustan punya pelakonlah.
“Main Shaayar To Nahin
main Shaayar To Nahin, Magar Ae Haseen
Jab Se Dekha Maine Tujhko
Mujhko Shaayari Aa Gayi” Sara nyanyi lagi…
“Ni radio rosak ke ape? Asyik ulang benda sama je,” Mama menyampuk. Opah dah nak tergelak tapi tahan.
“Hindustan. Tu je kerjanya. Ulang lirik sama. Dah tak de idea lah tuh,” jawab Sara.
“Ni zaman tok kadok punya lagu. Otak cetek lagi.” Mama bantai cakap. Teringat cerita Bobby la tuh. HAHA.
“Cube nyanyi lagu yang dalam cerita Dil Hai Tumhara tuh..” Mama request lagu.
Sara senyum lebar. Macam bagi permission je aku melalak kat dapur nih. Jangan lepaskan peluang!
“Yang mana? Yang Mohabbat tu ke??” Sara teringat ada satu lagu masa scene tuh.
“Cuba try nyanyi. Mama tak ingat.” Mama cakap masa tengah siang ikan.
“Mohabbat dil ka sakoon hai aitbaar.. mohabbat dil ka tadap hai yeh intezaarr..” Sara nyanyi beriya sekali dengan slang putar belit lidah sekali. Macha!
“Dah macam anak India je mama dengar.” Mama dah gelak sakan. Opah pun. Sara pun.
“Ke lagu yang…Mastaana mausam hai, rangeen nazaara…Dhadkan kya kehti hai, samjho ishaara…Aaj se jaaneman dil hai tumhaara..” Sara dah mula nak kasi konsert Hindustan dekat dapur.
“Ni sah datang dari India ni.” Mama cakap lagi. Sara gelak.
***
“Siap!” Bangga siap kupas kulit bawang.
“Pergi tumbuk pulak.” Opah mula mengarah.
“Tumbuk sape opah?”
“Tumbuk bawang lah..”
“Ooo..Guna tangan ke?” Sara bergurau.
“Guna lesung batu lah. Pergi ambil sana” Opah balas menuding jari. Sara ikut arah jari. Sara tercari-cari lesung batu.
“Yang ni ke opah?” Sara tunjuk mangkuk batu yang agak besar. Sekali dengan penumbuk.
“Dah tak tau mana satu lesung batu?” Mama perli.
“Alaah, orang gurau je tadi tu. Saja buat-buat tak tahu.” Sara buat muka baik-punya.
“Kenapa tak guna blender kan senang? Eh ehh bahan pengisar..” Sejak bila aku pakai term bahan pengisar? Huhu. Takpe. Sara dah mula operasi menumbuk bawang.
“Guna lesung batu, nanti masakan jadi sedap.” Opah tolong jawab.
“Yeke?”
“Yelah. Air tangan kita tu. Penat menumbuk.”
“Ooo..” Sara tekun menumbuk. Terasa macam lepas geram. Tak lepas geram kat punching bag. Kat bawang pun boleh lah. Percikan akibat tumbukkan Sara masuk mata. Aduh. Ape eh masuk organ mata. Cet. Makin lama makin lenguh tangan angkat batu penumbuk ni. Rasa macam wourk out sebelah tangan je. Mau tumbuh muscle ni. Mau terkejut beruk Dila tengok tangan besar sebelah. Sekali aku depa tangan terpelanting kena tiang. Sara fikir jahat. Ni apa kes macam nak selsema nih. Air mata keluar bagai nak rak ni apa kes!
Mama yang perasan Sara macam teresak-esak tegur.
“Tengok scene Hindustan sedih ke Sara?” Mama tak habis-habis. Sara paling muka kat Mama. Mata dah merah. Air mata keluar. Setitik setitik. Ikut turn. Sara toleh kat Opah minta kesian.
“Alahai. Kesian cucu opah.” Tu je yang Opah cakap. Ingatkan dapat break ke apa ke. Haha.
Sara bingkas bangun.
“Nak kemana tu?” soal Mama.
“Kejap. Nanti Sara datang balik.”
Tik tok tik tok…
Sara masuk dapur dengan shades. Pergh, ni kira alaf baru masuk dapur pakai shades.
“Ni mata kura-kura mana kamu ambik ni Sara,” Opah cakap lepas tengok Sara pakai shades hitam yang ala-ala Ninja Turtles gitu. Ada pulak mata kura-kura. Cis.
“Bukan mata kura-kura la opah.” Sara duduk tempat tadi. Terus menumbuk bawang. Dengan gaya penuh sopan. Sara tumbuk bawang lagi. Dah pakai shades pun mata berair, hidung pun. Tak berkesan.!
“Mama. Macam mana ni. Asyik keluar je air kat mata ni,” Sara cakap kat Mama.
“Tu lah. Tak rajin ke dapur. Ni masalahnya. Tumbuk sedikit dah keluar air mata kalah orang tengok cerita Pondok Buruk.” Mama dah membebel balik.
“Kejap eh.” Sara bangun. Apa entah dia bawak kali ni.
Tik tok tik tok…
“Kamu tengok lah anak kamu ni Leha.!!!” Opah cakap lepas tengok Sara kembali dengan imej lain.
“Ya Rabbi. Kamu nak merempit mana ni?” Mama dah jerit. Adoi.
“Mana ada merempit.” Sara duduk tempat tadi.
“Orang nak tumbuk bawang ni ha…” Sara ambik penumbuk batu. Dia turunkan skrin helmet. Sekarang dah tak keluar air mata dah. Hehe.
“Ni berhelmet bagai ni. Haish…” Mama geleng kepala. Sara tengah pakai helmet in a proper way. Kira macam orang yang nak terselamat dari kemalangan.
“Baru la tak meleleh air mata ni.. hee..” Sara sengih.
***
Urusan tumbuk bawang dah selesai. Oh yeah! Tu je kerja yang Sara tau kalau masuk dapur. Nak siang ikan? Tak reti. Haha.
“I’m done.” Sara happy..
“Bila Leha nak ajar Sara pakai kain batik?” Opah tanya mengejut.
Time time tu jugak kaki ni nak tersepak tiang kayu kat tengah-tengah rumah ni. Adoi. Mau patah jari kelinking ni ha.
“Kain batik opah?” Sara dah ternganga. Tak pernah terlintas nak pakai kain batik. Setakat track-suit dah jadi uniform kat rumah.
“Yelah. Takkan kain pelikat kot.” Opah balas.
“Pengudaraan dia terlalu bagus lah opah. Terasa berangin je nanti kalau pakai.” Sara cakap mengurut jari kelinking. Jangan berdarah sudah.
“Baguslah tu.”
“Lagipun opah. Cara nak mengikat tu payah. takut terlondeh kang. Bagi tontonan percuma je kat orang.” Sara bagi hujah.
“Kalau pandai ikat. Tak jadi punya benda tu.” Ujar Opah.
“Selain itu, opah. Nak jalan susah. Kena cover cover. jalan macam itik pulang petang. Lenggang lenggok.” Sara siap bagi demo jalan lenggang lenggok. Kanan kiri.
“Susah nak langkah opah. Ada had opah. Nak terkangkang apetah lagi. Cubalah kalau tiba-tiba ada peragut ragut beg. Sara kejar peragut tuh. Kalau pakai kain batik opah, mau jatuh tergulik. Dan peragut tu berjaya melarikan diri.” Ni sampai babitkan peragut ni apa hal? Macam lah pakai kain batik kalau keluar. Haha. Lantaklah.
“Bukan itu sahaja, Sara ni jenis orang jalan cepat., opah. Sara takut nanti terbelah 4 kang kain tu. Dah tu pulak kena jahit la pulak. Dah lah Sara ni tak reti jahit Opah. Jadi, kesimpulannya. Nanti-nantilah Sara pakai kain batik.” Punya berejla bagi alasan.
Opah geleng kepala. “Anak siapa lah ni”
Mama geleng kepala. “Cucu sapa la nih.”
Sara meninggalkan Opah dan Mama menguruskan hal memasak.
***
Sara letak headphone Sony yang gedabak macam headphone dalam music studio. Ni sah malas nak dengar gangguan luar.
Lagu Here We Go Again masuk carta. Volume kasi calar ini gegendang telinga.
O Oh O Oh!!
So how did you get here under my skin?
-Sara dah melalak. Bersemangat.
I swore that I'd never let you back in
- Tone tinggi tu bantai.
Should have known better in trying to let you go
'Cause here we go go go again
-Oh yeah. Sara dah head banging.
Hard as I try I know I can't quit
-Sara hentak kaki.. (mau tercabut beberapa papan kayu)
Something about you
is so addictive
-Gaya dah macam rockstar.
We're falling together
you'd think that by now I'd know
cause here we go go go again
Dah berapa kali asyik repeat lagu ni. Macam jadi lagu tema untuk minggu ni. Tiba-tiba Sara flashback.
“Siapa yang kunci aku dalam toilet eh hari tu?” Sara soal diri sendiri.
“Nak kata ada musuh? Macam tak de pun. Ke silent enemy.? Haha. Tak de makna. Aku budak baik. Mana ada musuh.” Sara pujuk diri supaya fikir postif.
Sara selongkar segala dokumen dalam laptop. Tak tahu apa yang dia cari. Boring! Volume lagu di slow kan. Internet. Celcom Broadband!!! Oh yeahh! Sara cucuk kat modem.
Initializing…
Sara klik connect. Fail. One more time. Fail. Lagi sekali. Fail. Cuba lagi. Fail. Kata anywhere boleh connect. Dah lah mahal bayar sebulan servis hampeh. Ke ni tempat terpencil. Coverage out sket. Hmm. Takpe try connect lagi. FAIL. Kalau lah Fail tu boleh cakap ada kemungkinan Fail tu cakap..
“HOI ! NI KAMPUNG. MANA ADA CONNECTION YANG CEPAT. NAIK PENAT AKU TAYANG PERKATAAN ‘FAIL’. TAK PAYAHLAH KAU NAK TEKAN CONNECT LAGI. TAK ADA HARAPAN. FAHAM!” fuuhh gila tak beradab. HAHA.
Terasa macam ada orang panggil. Sara tanggalkan headphone. Muka bengang. Internet tak boleh connect. URGHH. Tu Suara Mama. Pergi kat dapur segera.
“Ada apa Ma?”
“Cuba tengok siapa kat depan tuh. Terjerit-jerit orang memanggil tu..”
Sara berlari ke pintu rumah depan. Tengok punya tengok. Ada budak kecik. 6 tahun kot.
“Nak apa?” Sara tanya gaya ahli sihir. Garang! Terketar-ketar budak tu nak jawab.
“Makk…makk..makkcikk… nak.. aisshh..aisshh krim du..du..duaa..” Terus jadi Lady Gagap budak perempuan tuh.
“Ada pulak panggil aku makcik.” Sara tambah hangin.
“Kat sini tak de jual aiskrim. Pergi kedai kat pekan.” Sara balas dengan kegarangan jelas terserlah di situ.
Budak kecil tu berlari balik rumah. Dengar macam menagis. Peduli apa. KEJAM.
Sara tutup pintu. Masuk bilik balik.
“Siapa Sara?” Mama laung dari dapur.
“Entah. Anak sape entah. Salah rumah agaknya.” Sara tekan connect. FAIL lagi. Tekan lagi.
Yes! Connected!!! Terasa macam ada bunga api yang menyambut kegembiraan. Kebaboomm.. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!
Sara pergi google. Pergi website download lagu. Dasar tak de kerja!
“Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!” suara dari luar rumah. Sara bangkit.
Sara bukak pintu. Sekarang individu budak 12 tahun. Lelaki. Naik basikal.
“Nak apa?” Tone ahli sihir masih tak hilang.
“Kak, nak aiskrim bandung tiga.” Budak tu terus cakap.
“Tak ada. Salah rumah. Beli dekat pekan sana!” jawab Sara. Budak tu bla. Masa nak bla pandang slek kat Sara. Pergh. Apa? Ada hutang?
Rasa kering tekak asyik melayan tetamu pagar rumah nih. Sara pergi dapur minum air kejap.
“Siapa tu Sara?” Opah tanya kali ni.
“Tak tahu kan. Dia nak beli aiskrim. Sara kata tak ada. Pergi beli pekan sana.” Sara bagi keterangan.
“Alahaaii Sara… budak-budak tu selalu beli aiskrim dekat rumah opah.” Opah cakap.
“Opah jual aiskrim?” Opah angguk.
“Sara mana tahuuu… hehe. Sorry eh opah.” Sara tayang muka maafkanku. Sara sengih. Mama tak komen apa-apa. Penat dari tadi bebel. Hehe.
Sara keluar dari dapur.
“Kesian budak kecik tu menangis sebab aku macam marah dia,” Sara cakap untuk diri sendiri. Tak pelah.
“Huusshh.. kalau dia repot bapak dia macam mana?”
“Kalau bapak dia datang rumah macam mana?”
“Serang? Marah aku?”
“Hadoooi…” Sara tepuk dahi.
6 comments:
besh...
dgn ketidak pekaan sara t'hadap alam sekeliling... kikiki...
y paling x leh blah bila sara nak tumbuk gune helmet...
pergh... cara terbaik tak nak bagi nangis percume...
kakak....
kesian kt dak2 yg dtg beli aiskrim 2 kena marah ngan sara!
gile bengis. super kadabra~. sara tumbuk bawang pakai helmet uh..
muahaha
haha..
seyes lawak..
pakai helmet??
nieh nk try gak nieh..
aku kalo kat dpor,sure leleh..da tuh..pas menumbuk,,sah2 muke gatal2..
nieh da kasi safety features..mekaseh addistry..
haha..
sengal sara nieh..smbung2...
haha x psl2 bebudak tu kena marah
dasar komunis btul sara ni
haha :P
wawawawawa
gle tak ble blah sara ni.
ad ke patut tumbuk bawang pakai helmet??
nnt ble la ak test wat kat umah.
kompem takde keluar air mata da..
hello
suka bce cter nehh :D :D
visit my blog jgk k
http://pioneerwriters.blogspot.com
Post a Comment