Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

29 July 2009

Train_WrecK <12>

Exam week dah pun tamat. Segala beban study dah pun terlepas. Final exam masih jauh di hadapan, we’ll be there huh? Ye apa paling cuak? Result plak menjengah masuk. Dang!

“Kan best kalau ada exam tapi tak payah ada result.” Dila mula berangan semasa cikgu tak de dalam kelas.

“Aku setuju seratus peratus. Tapi nak buat lagu mana? Ada exam ada lah result. Tak de exam, tak de lah result. As simple as that.” Sara cakap.

“So why not kite buat satu system baru dalam pendidikan. Exam but no result!” Dila buat cadangan. Gaya macam yo yo o.

“Now that would be awesome. Malangnya, tak de sape yang akan terima cadangan bernas kau ni walaupun akan dipersetujui oleh seluruh pelajar dalam dunia ni. Percayalah.” Sara abgi pendapat.

“Kalau macam tu mulai dari sekarang, cita-cita aku nak jadi Menteri Pendidikan Malaysia. Biar aku rombak segala system. HAHAHA.” Dila gelak ‘evil’. Dia berdiri dan beredar dari tempat duduk.

Sara pelik. Apakah?

“Woi. Lu mau pegi mana?” soal Sara.

“Gua mau cari itu Cikgu Lohana lorh.” Ikut slang cina. Go with the flow la katakan.

“Mau buat apa?”

“Mau tukar itu wa punya cita-cita lorh dalam itu kad pelajar 001 meehhh..” Dah pulak. GILA SEMANGAT!!! Dila oh Dila.

***
Asal cikgu masuk kelas je Sara rasa macam nak suruh Dila ‘belahlah dada ku ini’ rasa heartbeat macam over the top. Seriously, rasa nak terkucil pun ada. Tambah lagi kalau cikgu pegang kertas berguni kat tangan. Perggh. Lemah jantung den oooii.

Kertas Addmath, Bio, Chem , Agama, Sejarah macam lambat nak tanda. Sebab? Mungkin cikgu malas. Kertas-kertas ni paling koman dapat lepas cuti tengah tahun. Bagus!

Antara cikgu yang paling semangat dalam bidang penandaan kertas ialah cikgu physics. Grrr. Kadang-kadang sangat berharap cikgu tak datang sekolah just because tak nak tau berapa markah dapat. Jahat eh? Hehe.

Sir Zeeshan masuk ke kelas. Plastik biru mana dia sapu entah jadi tempat letak kertas-kertas exam budak kelas yang dia mengajar. Jantung berdetak dengan lebih kencang bila Sir Zeeshan mengeluarkan kertas yang setebal ensiklopedia. Haiiyooo.

“Dah la aku tulis macam baru lepas keluar dari rumah orang sakit mental. For sure kena perli, ejek habis-habisan lah. Mampuihh..” Sara cakap dalam hati.

Dila dah merenung kat jendela. Sara dah tekup muka atas meja.

“I hate physics.” Sara baca tulisannya di atas meja yang di tulis first time belajar Physics. Ye, meja kelas menjadi satu sumber pelepasan emosi. Haha.

Satu-satu nama di panggil. Dup dap dup dap.

“Sara!!!” Gulp. Muka bengis Sir Zeeshan ditayang. Malas rasanya nak ambik kertas exam boleh pengsan.

Sara jalan setapak-setapak.

“Tunggu semut melintas ke Sara?” Sir Zeeshan perli tengok Sara jalan lambat semacam. Sara kasi up sket speed dari 40 km/h ke 60 km/h. Muka Sara tak happy langsung ok!

Lambat-lambat jalan pun sampai jugak depan Sir Zeeshan. Dia menghulurkan senaskhah kertas. Nama Sara ada disitu. Sah kertas tu kepunyaannya. Sara pejam mata malas nak tengok markah cap pen merah yang ada di penjuru kanan kertas.

“Pengumuman kepada Sara Sazali sila datang ke Bilik Muzik untuk berjumpa dengan Cikgu Faiza sekarang juga.” Berkumandang suara cik yang buat pengumuman.

“Eh, nama aku kan?” Sara tersentak mendengar namanya di panggil.

“Cikgu! Cikgu Faiza panggil saya. So saya mintak diri dulu la eh,” Sara undur beberapa tapak.

“Before that. Ambiklah kertas awak ni,” Cepat-cepat Sara grab kertasnya.

“Thanks Sir!”

***

“Apa kena Cikgu Faiza panggil ni? Takkan Kelab Muzik nak kena bubar kot. Takkan lah. Emngarut je aku nih.” Sara tertanya-tanya. Dia meneliti kertas physics yang baru diterima. Ok la. At least satu markah meningkat. Bersyukurlah dengan apa yang dapat walaupun bukan A atau B. Adat lah Physics.

Soalan no 6, Sara hentam pakai tulis : 'Sir, I think this question is out of syllabus'.Walhal tak de pun.
Saja Sara tulis Out of syllabus. Hambik. Kekeringan idea la tuh.Sure dah tak tau nak tulis ape kire macam speechless je lah. Maka merepek la Sara. hehe.

“Physics is not my type,” Sara buat konklusi.

Sara ketuk pintu bilik Muzik. Sara Nampak Cikgu Faiza tengah duduk berbincang dengan Adele Chi, pengerusi kelab Muzik sekolah. Cikgu Faiza bagi signal ‘sila tunggu sebentar’.

Sara duduk atas kerusi panjang yang kosong. Rileks kan diri dulu. Lega tiada sessi kutuk mengutuk, perli memerli pasal kertas Physics nya. Lantaklah kalau cikgu mengata kat belakang. Peduli apa!

Menanti dengan penuh kesabaran. Kertas physics nya di letakkan atas meja yang ada di depan mata. Tindih dengan majalah supaya tak berterbangan.

“Aman sket.” Sara landing baik punya. Gaya macam nak baring terus tido je.

“Assalamualaikum.” Suara dipintu mengejutkan Sara yang baru nak merasai nikmat.

“Kacau betul,” keluh Sara terang-terang. Mengatur dirinya ke posisi yang sopan.

“Kau??”

“Kau??”

“Sara?””
“Adli?”

Nak buat jejak kasih ke ape? Gaya macam tak jumpa 10 tahun. Ceh. Adli masuk berdiri ditepi pintu. 10 saat diam. Tak cakap apa.

“Thanks for the kapal kertas,” Adli senyum. Haiyo senyum plak.

“Kapal kertas?” Sara blur.

“Paper plane, remember??” Adli mengingatkan balik.

“Oh.. hehe. Yah. No prob.” Sara sengih. Baru teringat haritu balas dengan paper plane sama dengan kapal kertas. Geddit? Adeh. Lupa sudah.

“For sure BM fail.”

“Ek eleh. Kutuk orang nampak.” Sara cakap dalam hati. Sara pandang Adli ingatkan nak bagi jelingan tajam alih-alih si Adli ni pergi buka pulak cermin mata dia. Adli lap cermin matanya. Mata Adli tanpa cermin mata. WHOA. Beautiful eyes! Dangg!! Sangat kacak. HOT. Hot stuff has just arrived. Dush.DUsh.

“Apa pandang-pandang?” Adli tegur Sara yang pandang macam orang batak.

“Lantak lah.” Sara kalih tempat lain.

“Eleh. Kata je lah aku kacak, handsome, hot. Aku terima je. Jangan segan-segan nak bagitau. HAHA.” Adli gelak bangga. Sara geleng kepala.

“Payah ada orang yang puji diri sendiri ni.”

“Eh, ur dad pilot eh? Pandai kau buat paper plane yang menjadi. Tak selalu terhempas.” Adli soal.

“DEAD? Eh. Cop. Mati? Eh cop. Pensel tekan pilot ke?” BLURRRR si Sara ni.

Sara pandang siling lama. Tunggu data di proses macam lambat sangatt. Apakah?

“Hello. Aku cakap dengan kau ni. Yang kau tenung siling tu kenapa?” Adli pelik.

“Huh? Sorry. What were you saying?”

“I was saying that is your dad a pilot?” alahai slang Brits-Eng dia sudah mari. Lentok Sara macam ni. Rasa macam tengah cakap dengan filem Harry Potter. Cair. Melting point sudah dilepasi.

“oh. Pilot. PILOT? Since when bapak aku kerja jadi driver kapal terbang ni?” Sara fikir. Yes! It’s show time. Idea jahat dah datang.

“Ha ah. My dad pilot. Selalu outstation.” Sara mengiyakan. Adli angguk.

Adele Chi keluar. Giliran Sara berjumpa dengan Cikgu Faiza.

“At last. Dapat gak duduk.” Adli tarik nafas lega. Lenguh kaki. Dahlah tadi macam masuk upacara lari pecut sebab baru teringat Cikgu Faiza nak jumpa time nih.

Kertas putih yang ditindih dengan majalah menarik perhatian Adli. Rupa macam kertas exam. Apa lagi, Adli pun skodeng la.

Nama yang tertera di situ menjawab persoalan Adli yang nak tau sapekah empunya kertas.

“Waa..She has a really beautiful name.” Adli menatap nama Sara.

“Ingatkan nama dia Sara je. Rupanya ada lagi,” kata Adli lagi. No one knows nama penuh Sara. Dalam kertas exam mostly dia tulis Sara Sazali. Kawan-kawan pun Dila je tau nama penuh Sara. Yang lain, semuanya Sara introducekan dirinya as Sara. That’s it. Full stop.

***
“Apa cikgu Faiza nak?” Dila ambik kesempatan Tanya.

“Sekolah nak buat majlis Hari Guru. This Friday.”

“This Friday?”

“Yup. Macam tak nak kasi budak ponteng awal cuz next week dah cuti tengah tahun.”

“Macam tau-tau je cikgu ni. Aku baru rancang nak ponteng,” Dila kecewa.

“Cikgu kita ni berfikir out of the box.”

“Mentang-mentanglah sekolah kluster.”

“Kluster la sangat.” Mereka gelak.

“So ape kau kena buat sempena Hari guru?”

“Kena perform nyanyi nyanyi guna gitar.” Sara bagitau.

“Iye??? Waaaa… best nye. Akhirnya aku dapat dengar kau nyanyi.”

“Bukan kau selalu dengar aku nyanyi ke?” Sara soal.

“Tu pun tahun lepas la. Ni tak Asal aku mintak je ade je kau bagi aku alasan. Nak buat nota la. Tengah makan lah. Nak sidai bajulah. Nak beli makanan la. Itulah inilah.” Sara gelak. Nak elak je tu.

“Cikgu suruh aku collaborate dengan ada satu budak baru ni. Yusoff. Usop sontorian mana entah cikgu ni pergi hangkut.” Sara sambung.

“Yusuf? Kelas mana?”

“4 Sains Zamrud.”

“Kelas sebelah tu. Ada ke budak nama Usop. Tak pernah dengar pun.” Dila garu kepala.

“Tu la pasal.”

***
“Cikgu, saya tak jumpa pun budak Usop yang cikgu kata tuh,” Sara mengadu.

“Bukan Usop la. Yusoff.” Cikgu Faiza kasi betul.

“Tak kisah lah cikgu. Tapi masalahnya tak ade lah cikgu. Not available.” Beriya Sara bagitau.

Cikgu Faiza pandang Sara. Sara buat muka straight face. Betul. Tak de nama budak Yusuf kelas 4 Sains Zamrud. Merata mencari. Cet. Mana ada. Plasu belaka. AHAH. Padahal si Sara ni malas nak pergi kelas 4 Sains Zamrud nak tau mana satu budaknya. Tak de masa. Biar je lah nanti jumpa.

Beberapa saat kemudian..

“Haa.. tu Yusuf dah sampai.” Ujar Cikgu Faiza. Sara malas nak pandang belakang.

“Assalamualaikum cikgu.” Yusuf berdiri belah kiri Sara.

“Waalaikumusalam. Bagus kamu datang. Haa.. Sara ni lah Yusuf.” Cikgu Faiza cakap lagi. Semangat cikgu nak perkenalkan Sara dengan si Yusuf.

Sara pandang kiri. Ok.
Two words then dot dot dot.

“What the … ?”

YUP. Tu lah Yusuf yang sangat Sara ‘tak kenal’.

4 comments:

Bulanhijau said...

hahahaha..

spe that Usop??
tp cam dah boleh agak je.

smbg2
=]

Che Sue said...

hahaha...yusuf tu adli la kan writer..?
memang da agak da...

mesti reaksi muka sara mcm terkejut beruk kan...!

Addi said...

bulanhijau : da boleh agak eh? betolla agakkan anda itu. hee ^___^ clever clever.

sue : clever clever la. *bangge la tu ;P

pandai korang agak. ke obvious sgt.? haha. sungguh aku tidap pandai nak buat helah. XD

Anonymous said...

haha yusof tu adli? haha comel la nama yusof xD
eh apa nama penuh sara? nak gak tauuu :DDD