Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

14 July 2009

Train_WrecK <9>

Bulan April dah tertera di calendar kelas. Ketua kelas dah pun mengikut arahan cikgu untuk menampal jadual peperiksaan pertengahan tahun di board kelas. Semua berkerumun menatap kertas yang ditepek. Gaya macam kertas tu bagitau jawapan exam je.

“Dah nak midterm dah ke?” keluh Dila menongkat dagu di mejanya. Sara yang duduk di sebelahnya hanya mampu mengangguk.

Dah 4 bulan dah jadi budak form 4. Sekarang April then May. Midterm adalah satu event paling penting yang terpahat di hati setiap student.

“Jom salin jadual exam.” Dila mengajak.

“Malas.” Sepatah Sara jawab. Kepalanya diaturkan ke atas meja. Matanya ditutup.

“Aku tau kaedah yang sesuai dengan kau yang pemalas nih.” Dila meninggalkan Sara yang tengah mengira biri-biri melompat. Ceh, kira boleh lelap la kalau kira biri-biri nih. Boleh percaya ke?

“WOI, Dila!!! Kau nak bawak lari mana kertas jadual tuh? Siam ke?” laungan Azam si ketua kelas mengetuk gegendang telinga Sara. Sara terus mencelikkan mata. Azam memadang Sara seakan-akan memberi signal kenapa Dila pergi bawak lari jadual exam. Sara buat muka aku-tak-babit.

***
“Nah.” satu kertas berada di meja Sara.

“Jadual?” Sara memandang Dila. Dila senyum dan angguk.

“Nampak macam ori je,” Sara tengok kertas tu depan belakang.

“Of course la. Aku fotostat tu.” Dila terang. Sambil angkat kening banyak kali.

“Sebab tu lah kau pergi bawak lari kertas jadual tuh?” agak si Sara.

“Yup. Well, to infinity and beyond!” Dila buat aksi macam buzz light-year dalam cerita Toys Story. Ala-ala boleh fly gitu.

“Genius.” Sara gelak.

***
Sara memang nak skor dalam mid-term exam. Dah mula gabra. Dah jadi tradisi, Sara kena perform bagus untuk exam pertengahan tahun dan akhir tahun. Even though, tak de habuan untuknya tapi ni pun untuk kepuasan hati jugak.

Subjek yang paling gerun adalah Physics. YES! Memang langsung tidak faham. Bukan lah langsung tapi mostly tak faham. Kalau bace, ok. Faham. Bila tengok soalan yang berjela-jela dan macam nak makan orang mula lah rasa macam ‘betul ke aku dah study physics nih?’

Hari ni Sara berazam untuk memulakan usaha belajar habis-habisan dengan Physics. Sara mahu stayback dan habiskan masa di library. Kalau balik rumah for sure tak study punye. Aura tv, laptop dan internet lebih menguasai. So, baik stayback kat sekolah, study.

Sara mengatur langkah ke library. Nampak dari jauh favourite place nya masih kosong. Berdekatan dengan air-cond. Nyaman seyh.. whoa!

“Buku sape plak yang menyibuk dekat sini? Kacaulah,” Sara menolak tepi buku tuh.

“Oi!” macam dekat je suara tu.

“Suka-suka hati je alihkan buku orang.” Sambung suara tuh.

Sara terus duduk di tempat favourite nya setelah menolak tepi buku yang menyibuk. Sara langsung tak pandang dan tak menghiraukan kata-kata pemilik buku tersebut.

“Kau yang ambil tempat aku kenapa?” Sara membuka terus buku rujukan Physics yang dibawa pura-pura menelaah.

“Hello! Aku yang letak buku ni dulu.” Suara tu terus mengambil bukunya dan diletakkan di tempat bertentangan dengan tempat favourite Sara.

“Sara?” namanya dipanggil.

“Adli?” Lah, Adli rupanya. Kenapa dia ada kat sini.?
Adli duduk di kerusi bertentangan dengan Sara.

“Yang kau duduk kat depan aku ni kenapa?” Sara soal.

“Dah ada orang duduk kat tempat yang aku. Aku duduklah kat sini.” Adli jawab.

“Ni bukan tempat kau. ni tempat aku tau tak.” Sara bagi statement.

“Ada ke nama kau kat meja nih?”

“Dah tu, tak de tempat lain ke nak duduk? Meja punyalah panjang. Kerusi punyalah banyak. Ada lagi tempat kosong ni hah. Pergilah duduk sana.” Suruh Sara.

“Aku nak duduk dekat sini.” Adli tak mengalah.

“Kenapa?” Sara nak tau alasan.

“Sebab ada air-cond.”

“Kau tuh? kenapa tak duduk tempat lain?” tanya Adli. Hah, psiko!

“Sebab kat sini ada air-cond.” Macam sama je jawapan. Lantaklah.

“Copy cat.” Selamba dia perli Sara.

“I’m not a copy cat.”

“Yes you are.”

“No I’m not!” berkeras Sara menafikan.

“Yes!” kata Adli lagi.

“No way dude.”

“Yes way!”

“You know what? Whatever!!” Sara mengemas barang seakan mahu beredar dari tempat kegemarannya. But somehow,

“Yes! She’s leaving. And the seat is all mine.” Adli senyum puas. Berjaya juga. Gaya macam baru sumbat gol je.

Baru je Sara nak bla, tibe-tibe dia terfikir.
“Dia main psycho dengan aku ke tadi?”

Hajat Sara nak berhijrah terbantut. Dia kembali duduk di kerusi itu semula.

“Bukan ke tadi kau nak bla?” Adli macam mengalu-alukan je Sara dihalau.

“Tak jadi.”

“Kenapa pulak??” beriya sangat si Adli nak Sara blah.

“Sebab aku rasa you were playing psiko thingy dengan aku so that aku bla dari sini. And seat ni kau yang dapat. Dan kau akan dapat rasa angin damai yang keluar dari air-cond nih. KAN? Tapi aku takkan biarkan ia terjadi. HAHa” Sara gelak evil sambil panjang lebar Sara bagi keterangan.

Cis! Macam mana plak dia tahu. Rancangan Adli tergendala. Sara meneruskan ulangkaji Physics.

“Kau study apa?” soal Adli.

“Huh?? Physics.”

“Kacang.”

“Berlagak.”

“Biasalahh..”

“Kau?”

“Chemistry.”

“Senang!!!” jawab Sara dan Adli serentak. Paduan suara mereka membuatkan volume terasa tinggi. Makcik kaunter dah main pandang-pandang jeling-jeling. Student lain dah mula jadi batak tengok orang macam alien yang baru mendarat.

“Kau lah punya pasal. Dah aku jadi tatapan ramai.” Sara tunduk gaya macam study gila.

“Ada aku kisah?” 3 perkataan tu memang. Memang memang memang mengada! Mental.

“Ada aku kata kau kata kisah?” bermula perang perkataan aku-kau-kisah.

“Ada aku kata yang kau kata aku kisah?”

“Ada aku kata yang kau kata yang aku kata kisah?”

Cikgu BM tolong datang sini. Keliru seyh. Struktur ayat hampir sama. Tapi makna?? HAHA.

Masing-masing buat kerja sendiri.

“Which of the following graphs show the relationship between the acceleration and height for an object that undergoes free fall to the ground?” Sara garu kepala tengok soalan dalam buku rujukan tuh. Buat latihan mid-year specimen test.

Ada 4 graf yang di beri. A, B, C, D. So which one would you like to have? Wah, gitu.
Sara kerat pemadam supaya ada 6 sides. Dan buat tanda A, B, C, D yang 2 sides lagi tu dibiar kosong. Manalah tau kot-kot ada masa boleh guna pemadam ala dadu tu.

“Try je la. Walaupun aku tau, aku salah.” Sara memikirkan jawapan kepada soalan tersebut.

“OK. Aku rasa macam B jee..” Sara membelek muka surat jawapan. Hujung jarinya mencari jawapan. Dan jawapannya… A! A! A!!! arghh. Tension!

Sara mencucuk-cucuk pensil yang dipegangnya ke atas kertas.

Adli yang duduk bertentangan dengan Sara rasa macam pelik.

“Kau oke ke?” Adli tanya.

“Oke.” Suara Sara macam tension. Adli angkat bahu. Lantak.

“Perlu ke aku tanya dia?” Sara berfikir sejenak.
“Patut. Tak patut. Patut. Tak patut. Patut. Tak patut. Patut. Tak patut. Patut. Tak patut.” Sara membilang guna sepuluh jari yang ada.

“Tak patut. Right. Tak payah.” Sara cakap dalam hati.
“Tapi sampai bila? I need to brush up my Physics. Grr.. fine. Patut tanya!” Sara buat keputusan.

“Adli.” Adli pandang Sara.

“Apa?”

“Tolong.?” Sara senyum penuh ikhlas.

“Tolong apa?”

“Physics..”

“Kacang.” Sepatah Adli bagi komen.

“Berlagak.” Sara menolak buku rujukan tu kasi Adli tengok soalan.

“Soalan nih? Punyalah senang. Kau tak tau? Ish ish ish..,” Adli masih berlagak.

“Tak payah la..” Sara tarik muka sedih.

“Sorry. Sorry. Sorry.” Adli serba salah. Sara tarik buku rujukannya.

“Nak ke tak nak orang ajar ni?” Adli menarik balik buku rujukan tu.

“Dah tu macam hina orang je.” Sara tarik balik buku.

“Meh la orang ajar.” Adli tarik buku.

“Tak yah lahhh.” Sara buat muka sedih, buku masih ditarik.

“Cepatlah.”

“Orang kata tak payah.” Gaya Sara macam orang merajuk.

“Orang dah semangat dah nak ajar nih.” Adli tegas. Tangan masing-masing menarik buku rujukan. Mau nak terkoyak buku ni.

“Tak nak lah.” Buku ditarik ke arah Sara.

“Tadi kata suruh orang ajar.” Buku ditarik ke arah Adli.

“Orang dah tukar fikiran. Cancel.” Buku ke Sara.

“Orang tak menerima sebarang pembatalan.” Adli jawab. Buku ke arahnya.

“Hishh. Tak yah lah. Kenapa ni?” Sara bengang. Habislah kalau terbelah 2 buku ni.

“Kenapa degil sangat? Orang nak ajar ni,” Adli bertegas.

“Nak dapat A kan physics. Baik lepas.” Adli main psiko lagi.

“Argghhh. Yelah.” Sara lepaskan buku. Adli menang.

Adli membaca soalan yang ditanya.

“So kau jawab B eh?” Adli nampak Sara ada buat tanda bulat pada jawapan B.

Sara angguk. “Jawapan kau ape?” Sara interested nak tau. Kata physics kacang. Blueek.

“A. apa jawapannya?” Adli senyum. Gaya macam Confirm betul.

“A.” Sara mengalah. Senyuman Adli melebar. Bangga sejambak la tuh! Grr…

“Kenapa A? kenapa tak B ke C ke D ke?” Sara inginkan penjelasan.

“Ok. Aku nak tanya ape nilai acceleration?”

“Jap, aku nak cari dalam otak ni. Err.. 9.8 or 10m/s2, cam gitu lah ”

“OK. And acceleration remains unchanged. Hence, the answer is A. see, graph dia steady je kan.? Garis lurus. So tulah jawapan dia.” Adli bagi tau.

“Ooooooooooooooooo.” Panjang ‘O’ Sara. Sara angguk-angguk. Bapak senang. Haha. Segan.

“Lagi ada apa nak tanya?” Adli bagi can nak tanya soalan lagi.

“Tu jelah kot. Thanks.” Sara menarik buku rujukannya.

“No biggie.” Adli senyum. Sara senyum tanda terima kasih. Sara menutup buku tu dan terus meletakkan kepalanya atas buku. Dengan keinginan boleh la segala fakta yang ada dalam buku tu transmit ke dalam otak. Tak ada maknanya.

“Give up?” Adli soal.

“I’m not giving up. It’s just, I’m sick of Physics. The facts, formulas, and all. I’m just freaking tired. I need a break.” Sara menjawab.

“I see. Nak main game?” muka Sara dah berseri.

“Game? Game apa?”

“Chemical game.” Adli bagitau.

“Chemistry huh?” Sara keluh sikit.

“Ha ah. Kenapa? Takut ke??” Adli saja nak kasi perang psikologi.

“Tak. Dah jomlah mula.” Sara kembali ke posisi normal.

“OK. Jom o som.” Adli sedia. Sara pun sedia.

Adli = batu
Sara = gunting.

Adli gelak evil. Dia boleh bagi soalan dulu.

“Listen. An oxide of D can react with both hydrochloric acid and sodium hydroxide solution. So what is D?” tu diaaa soalan.

“A. Phosphorus B. Sulphur C. Aluminium D. Magnesium”

“Senang sangat! Of courselah aluminium.” Konfiden je jawab.

“Betul.” Ujar Adli.

“Boo-yah!!” Sara senyum bangga.

“The electron arrangement of atom Y is 2.6. Atom Y can form covalent compound
with another atom by…? A. receiving two electrons B. sharing two electrons c. releasing 6 electrons D. sharing two pairs of electrons.”

“D. muktamad!” Adli bagi jawapan.

“Betul.” Giliran Adli pulak senyum bangga.

“Next. Macam mana nak buat air terjun berhenti?” Adli bagi soalan.

“Eh. Tu bukan soalan chemistry pun.” Sara bantah.

“Tak kisahlah. Nak jawab ke tak? Ke tak tahu.” Sengaja Adli.

“Aku nak jawab la nih. Kejap la aku nak fikir..” Sara mengambil masa.

Kemudian, anak mata Sara tertumpu pada Kak Lisa yang muncul di pintu library.

Adli petik jari, mengembalikan Sara yang mungkin tengah mengelamun.

“Oi.” Adli menegur.
“Here comes your Dondang sayang.” Ujar Sara.

“Dondang sayang?? Apakah?” Adli pelik. Sara memuncungkan mulutnya ke Kak Lisa. Kak Lisa datang ke tempat mereka.

Adli pusing 180 degree anticlockwise. Nampak Kak Lisa sedang menuju ke arah mereka.

“Hai.” Sapa Kak Lisa.

“Hai.” Jawab Sara senyum tayang muka manis.

“Adli jom.” Kak Lisa terus bla bila habis cakap tuh.
“Kakak. Kereta dah sampai ke?” soal Adli.

“Dah. Cepatlah. Nanti ibu marah.” Kak Lisa bagi warning.

“Yeah. I’m coming.” Adli segera mengemaskan barangnya.

“Aku chow dulu. See ya.” Adli undur diri.

Sara macam sesat sekejap dalam scene ni.

KAKAK???? Eh?

****

4 comments:

Che Sue said...

KAKAK? mungkinkah kak lisa tu kakak adli...?

memang buat sara tekejut beruk nih..!
mesti dia nak tau apa sebenarnya hubungan adli n lisa kan...!

memang best!

Anonymous said...

laaa kakak adli ke? HAHA
aku mati2 sakit hati dgn lisa sbb ingat dia minah gedik yg suka adli
haha xD

eh mcm mana nak buat air terjun berhenti? :DD

Bulanhijau said...

kakak ke??
igtkan adli's hard-die-fan
huhuhu

Anonymous said...

tgkap la gmba aer tejun tuh.
komphem benti punyer..