Dah hampir sebulan belajar di kolej Emerald. Classmates, okay. Lecturers pun okay. Kolej okay jugaklah. Aku dengan Sofea tak sama kelas, waktu break pun lain. Aku kelas Pre-Med, dia kelas Pre-Business, memang jarang bertembunglah, kecuali dah berjanji jumpa dekat library.
Aku lebih suka luang masa dekat rooftop bangunan kolej. Rasa macam dekat Jepun pulak, ada rooftop yang boleh naik. Haha. Akhirnya, angan-angan jadi kenyataan. Heee… buat homework pun kadang-kadang dekat situ je. Library iklimnya sangat sejuk. Tak sesuai. Haha.
Kat rooftop not bad, angin sepoi-sepoi bahasa. Kalau langit cerah lagi lawa, rasa macam berada diawang-awangan, rasa macam aku boleh je capai awan kat langit tuh. Indah yang tak terkata lah. Makin semangat nak study kot. tenang je, tak ada bunyi bising sangat.
Aku dah selesai buat lipatan origami kapal terbang kertas. Angin yang agak kuat ni memang sesuai nak terbangkan kapat terbang ni. Aku tulis something guna permanent marker yang matanya bersaiz tirus.
Will I be able to be what I want to be? Listen to what your heart says, or people around you? Which one is the best?
Aku terdengar derapan bunyi tapak kaki. Eh?
Aku hanya mendiamkan diri, bersandar, membelakangi bangunan kecik di rooftop itu. Derapan kaki makin dekat. Dan aku nampak seorang lelaki berjalan menghampiri railing dekat rooftop. Oh ya, haruslah ada railing ye tak? Aku diam lagi. Mungkin lelaki tu tak perasan yang aku tengah duduk, bersandar kat sini, dan dia membelakangi aku.
Lelaki tu pegang railing. Melemparkan pandangan kebawah, melihat sekeliling kolej dari atas. Sekali pandang macam, ohh okay. And then bila aku pandang lepas 5 saat, lelaki tu dah macam nak panjat railing tu. Dah terang-terang ada papan tannda tulis, “Do Not Sit On The Railings”. Apa tak nampak ke wahai orang disana? Apa dia nak commit suicide ke? HA? Nooo..!
Lelaki tu dah separa panjat railing tuh, aku pun apa lagi lah
“WOI !!!” aku dah jerit, dengan harapan jangan lah buat adegan bunuh diri depan mata aku ni woi. Mahu, aku pindah kolej nanti. Dengan
Kaki lelaki tu berhenti memanjat apabila dengar suara aku. Ah, nasib baik dia bukan jenis cepat terkejut. Kira dia masih selamatlah. Haha.
“Jangan bunuh diri lah.” Aku sambung ayat. Ayat standard lah
Lelaki tu toleh belakang. Dan wajahnya menerpa ke ruang mataku. Wah ayat, fancy sangatlah. Haha. Lelaki tu pandang buat muka kerek.
“Eh kau?” Aku buat muka. Sebelah kening terangkat. Lelaki tu adalah senior Nescafe. Wah, terus dapat gelaran ye kau? Haha.
“Kau nak commit suicide ke ape?”
“Since when? Huh?” tangan dibawa ke belakang kepala.
“Tadi tu?”
“No I wasn’t.”
“Ye, tadi kau macam nak terjun bangunan je,” aku menyatakan yang benar.
“You said you didn’t even care right?”
“Bila pulak?”
“The last time we met.” Aku buat sessi imbas kembali cerita dulu kala. Fine, aku kata I don’t care. Tapi ni situasi yang lain lah, idiot!
“Tapi jangan lah bunuh diri.”
“I didn’t say I wanted to commit suicide did I?” dia membalas. Eh?
“Dah tu.”
“Just wanted to release tension. Is that wrong?”
“Takkan sampai nak panjat railing kot.?
“That’s the way I do it. Like this…” Dan Qal, menunjukkan aksi dia release tension. Dia panjat railing dan mendepa tangannya dan segera menjerit,
“AAAARRRGGGGHHHHHHHHHHHHHH !!!!!” jeritan Qal, membuat burung-burung merpati yang tengah jalan terkedek-kedek, kat kawasan rooftop sebelah
“See? Harmless.” Qal beritahu aku. Okay, yelah. Lain kali cakap awal-awal, buat kasi mencurigakan aku. Mana tak cuak.
“Haaa, yelah. Go on lah, lepas
Kemudian Qal bersandar pada railings. Dia peluk tubuh. Dia melipat lengan baju kemeja. Matahari makin kuat pancarannya.
“Nak tanya boleh?” ah, aku rasa nak jadi busy body. Peduli apa lah
Qal angguk. Tangannya seakan-akan menepis cahaya matahari yang sampai ke mukanya. Silau.
“Kenapa kau tension?”
“No reason.”
“Mestilah ada
“You don’t need a reason. It just happens.” Tenang Qal menutur. Boleh nampak dia mengesat peluh yang menitik.
“A levels susah eh?” aku meneka lagi.
“Nothing in this life is easy, dude.” Qal beri respon. Yeah, point taken nothing is easy.
“Unless you try to work it out, it would turn out to be just fine,
“True.” Qal senyum segaris.
Diam.
“You come here, that often?” Qal soal aku.
“Kadang-kadang. Kau?”
“Sometimes.”
“Kau memang suka cakap English ke?” aku tanya. Yelah, dari haritu dok cakap bahasa inggeris,
“Yeah.”
“Why?” teruja nak tahu.
“Just like that. Why? Getting annoyed?” Qal smirk.
“A little.” Aku terus terang. Haha. Oh, come on, gimme a break. Penat kot lidah ni nak cakap English berterusan. In case kalau dah terdesak lain cerita. Dalam kelas aku dah speaking. Habis kelas, kembali berbahasa BM lah daku. Bukan tak suka, cuma dah sebati dengan diri ini. Ah, ikut diri masing-masing lah.
“Aku tak kisah pun, sebenarnya.” Aku cakap lagi.
“Kau fahamkan bila aku cakap BM?” aku nak make sure.
“Fahamlah.” There you go, kali pertama aku dengar dia cakap BM.
“Kau melayu
“Yep.”
“Kacukan?”
“Nope.” Aku hanya mengangguk. Apa macam beriya aku buat sessi temuramah dengan senior lah der? Dah cukuplah, kau interview, anak teruna orang, Hani ooi. Dan aku berhenti meneruskan soalan yang masih berbaki. Haha. Takpelah, aku jawab sendiri jelah.
“You’re doing one and a half year course, right?” Qal mula bertanya. Aku hanya angguk.
“Kau pun
“Tak. Saya buat 2 tahun punya course.” Aku dah macam, haaaaa? Tak adil! And another thing, kenapa aku rasa lain macam je bila dia cakap BM pulak. Haha. Saya-awak? Dah lama aku tak dengar orang bahasakan diri saya-awak dengan aku. Agak, speechless lah.
“Ehhh, not fair. You’ve got 2 years to learn A levels. Aku ada satu setengah tahun je. Mana aci,” aku tak puas hati.
“Well…” Qal buat tangan usap rambut ke belakang. Haih, dah macam model iklan pulak kau ye? Nak tunjuk macho kat depan orang lain boleh tak?
“One more thing.”
“Apa?” sungguh
“Stick speaking in English, okay? Haha.” Aku bagi pesanan. Aku dah pack barang. Qal senyum. Pelik. Tadi kata rasa annoying bila dia speaking English ni suruh, teruskan speaking English pulak.
“Why?”
“Better that way.” Tak tahan dengar bahasa saya-awak lah der. Tu saja alasannya. Ye, cakaplah aku kolot, aku tak kisah. Haha.
“I’m off. You better come this side. It’s damn hot there, where you stand. Later, you’ve got headache that’d be bad.” Aku dah bangun dari posisi duduk.
Qal menuju ke arah tempat teduh di sekeliling bangunan kecil yang mana aku berehat tadi.
“Thanks.” Ucap Qal dan dia duduk bersandar. Nampak rasa lega pada wajahnya. Fuuhh. Dia kesat peluh.
“Kenapa tak datang tempat teduh dari tadi?” aku dah macam rasa bersalah jugaklah. Penat kot tadi aku buat sesi temu ramah, dia berdiri tengah terik matahari. Aku pulak duduk chill gila kat tempat teduh ni, pastu tanya soalan berapa topic lah
“It’s okay. I don’t want you to be tak selesa, if I come and sit here earlier.” Penuh kejujuran Qal jawab. Aku salute lah.
Aku senyum. Haila. Baiknya lah pulak, mamat ni.
“Thanks anyway for being so thoughtful.” Ucap aku sebelum berlalu pergi.
“Not a big deal.”
“See you.”
“Yeah see you.” Aku menuruni anak tangga meninggalkan rooftop kolej
“Hey, wait up.” Panggil Qal. Lambat sangat nak panggil pon. Qal mengeluh.
“Idiot, I don’t even know her name.” Qal ketuk kepala. Qal pejam mata. Dia pusing kepala kiri ke kanan. Berderap derup bunyi tulang. Hah, letih. Poket seluarnya bergetar. Handphone on silent. Skrin papar nama Nazrin.
-Dude, come to Lounge Room, we’re jamming right now. SOS-
Cet, letak SOS. Menggedik.Nazrin and The Gang, penggiat aktif Lounge Room kat kolej. Dah jadi tempat jamming, tempat belajar, tempat gossip. Tempat segalanya bermula disini. Cewah, ala-ala iklan pulak
-Coming-
Qal membalas. Dia bangun dan berjalan disekitar tempat tersebut. Menghirup udara yang tak tercemar memang nikmatnya lain. Nampak burung terbang yang macam dekat rasa diri macam boleh terbang pun ada jugak. Pandang langit, awan dah makin gelap. Alamat nak hujanlah gayanya.
Matanya tertarik dengan lipatan kertas origami yang berbentuk kapal terbang. Dia capai. Membuka lipatan tersebut satu persatu ada barisan ayat tertulis pada kertas tersebut.
Rintik hujan dah mula turun. Pantas dia masukkan kertas berbentuk kapal terbang ke dalam poket.
Segera dia meninggalkan rooftop sebelum diri dia lencun kena simbah dengan air hujan. Langkah kaki menuju ke Lounge Room.
Pintu yang bertanda “Lounge Room” dibuka Qal. Nazrin, Jon, Lee semua ada kat situ.
“Hey.” Sapa Qal, kerusi ditarik.
“Where were you?” Jon tuju soalan.
“Rooftop.”
“Apa kau buat kat sanalah?” Lee bercakap dalam bahasa Melayu. Memang fasih, maklumlah datang dari Kelantan. Kebanyakan orang Cina kat kelantan fasih berbahasa melayu.
“Saje. Jalan-jalan.” Qal menjawab.
“Is my BM really that weird?” Qal soal mereka berempat. Jon dah sengih-sengih. Nazrin yang tadi tengah jongkang jongket kerusi, dah macam nak terjatuh bila dengar statement Qal. Lee pulak dah jadi macam atok kebayan, menahan gelak yang entah apa yang lawak pun tak berapa nak fahamlah.
“Dude, it’s not that weird.” Nazrin mula bersuara.
“It’s just…” Lee pulak sambung.
“See. Betul lah saya cakap macam ni
“That way too
Lee mengangguk. “Really?” Qal tak percaya.
Nazrin pulak angguk. “Why, la bro?”
“Someone said that it’s better for me to speak in English rather than BM.” Nazrin gelak. Qal tayang muka jangan-gelakkan-aku-boleh?
“Siapa?” Lee tanya.
“That junior girl.”
Haaaa?? Junior girl, dude, sejak bila kau mempunyai conversation dengan junior? Semua mata dah terbelalak menghala pandangan ke muka Qal. Qal angkat kening up, down. Apa, ada salah cakap ke?
“Which junior?” Nazrin pantas mengajukan soalan. Ah, dia, bab, junior perempuan cepat je ambik port.
“The one with baju kebaya. Remember?” Qal membalas.
“Budak baju kebaya? The one who spilled Nescafe on your shirt, is it?” Jon inginkan kepastian. Haritu, Jon ada bertembung dengan Qal waktu, baru je dia kena tuang dengan air Nescafe yang masih panas. Masa tuh, Qal tengah kiba-kibas bajunya, dan Jon menyapa Qal.
Qal angguk. Jon sengih. Haha, a girl with baju kebaya, and did take off her heels just to get away from getting trouble. That was the highlight for the day. Mana taknya, takke macam semangat ouh, nak berlari, siap tanggal heels lagi.
“What did she say?”
“Stick speaking in English,”
“Kau ada cakap melayu dengan dia ke?” soal Nazrin.
“Sikit.”
“Did she use, aku-kau?” Qal hanya angguk.
“And what did you use?” Lee menyampuk.
“Saya-awak?” Lee dan Jon dan sengih semacam kera.
Nazrin bangun dari tempat duduk dan tangannya singgah ke bahu Qal. “Dude, you have to go with the flow, once one, use aku-kau, you need to get along with those terms as well. And plus, cakap BM cool la bro. jangan stiff sangat.” Nazrin bagi pesanan khas.
“Tapi aku-kau sounds harsh.”
“Not really. Dah dia dah biasa cakap aku-kau, not that harsh pun.” Nazrin sambung lagi. Jon dan Lee, menggangguk sakan, iyelah, dengar Nazrin bagi nasihat ala-ala pakar motivasi ni susah nak jumpa. Tu yang macam terkesima, terkaku sekejap lah.
“Then what to do?”
“Practice makes perfect bro.” Jon cakap sambil menghadiahkan senyuman barisan gigi putih.
“Deal. Then, start speaking BM from now onwards-lah.” Qal beriya sangat.
“No problem. Kacang je.” Lee cakap sambil petik jari.
“Dude, tahu nama dia?”
Qal angkat bahu. Nazrin geleng kepala. Chet. Tak tahu nama pulak. Nak jugak usha. Haha.
“Kebaya Girl.” Jon jawab dua patah. Qal senyum. Cun jugak tuh.
“Gadis misteri.” Whoa, semua dah ternganga dengar statement keluar dari mulut Qal yang dalam bahasa Melayu. Agak terkesima lah. Dahlah macam lawa je ayat keluar dari mulut tuh, … “Gadis Misteri.” Tak ke macam wah! Haha.
“Hey, gadis misteri reminds me of satu lagu dulu-dulu, pernah dengar tak?” Lee cakap, muka dah semangat habisan. Dia bangun dan meluruh mencari laptop yang dibawanya ke kolej.
Yang bertiga tu agak blur. Heh?
“Come, I’ll show you. Youtube, bebeh.” Segera Lee melarikan cursor ke laman web Youtube yang terpampang pada skrin. Yang bertiga cepat-cepat menghampiri Lee yang tengah khusyuk mencari video lagu “Gadis Misteri” - Indigo.
Setelah 50 saat mendengar,
“Lets cover this song, jom~,” Qal, dah sengih penuh makna.