Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

10 June 2010

FLY [4]

Am menarik kotak coklat dari bawah katil. Banyak khazanah mamat ni simpan. Haha. Tapi ni kotak special sikit. Khazanah dari secret admirer sejak zaman sekolah sampai kat universiti. Ah, kau Am. Macam player tapi bukan. Banyak admirer, tapi berlagak cool. Mungkin sebab tu orang admire dia. Eh? Okay abaikan, mari kita spesifikkan pada the ‘khazanah’. Ada bentuk surat, kad raya, kad birthday, kadang-kadang fikir macam mana lah tahu birthday si Am ni. Aduhai. Kad kecil-kecil handmade punya, kad kedai pun ade jugak. Senang, beli je, tulis. Hantar. Selesai. Ada yang macam nota cinta pun ada jugak. Ewahh. :P

“Oi, teringat awek lama ke bro!” Pintu dikuak. Kepala Wan terjegil masuk. Tak bagi salam ape, pakai terjah je. Am yang tengah belek-belek kenangan lama tersentak. Mamat ni sekali aku lesing, kau tehel karang masa kahwin. Ahaha.

“Kau nak ke aku tulis kat depan pintu tu ‘sila bagi salam sebelum masuk’?” Am perli. Wan sengih.

“Sorry bro. aku hyper. Hehe. Lagi-lagi kau tengah selak-selak kertas warna-warni, lagi aku excited semacam.” Kau Wan, kalau tak menyibok tak sah. Wan mendekati Am. Ada kertas pink, baby blue, segala warna wanita lah ada.

Wan melihat semua khazanah tu yang bersepah atas katil. Dia cari space untuk duduk atas katil tu. Biar betul. Dahsyat lah Am, simpan benda ni semua.

“Kau nak buat apa semua ni?” Wan Tanya.

“Kau nampak ni?” Am tunjuk kad raya. Wan angguk.

“Haaa… yang ni boleh lah aku gantung-gantung kat rumah nanti masa raya nanti. Meriah sikit. Baru ada feel raya. Betol tak?” Am buat idea bernas.

Wan gelak. Bengong kau Am, ada ke nak buat macam tu. But on second thought, macam berguna jugak lah kan. Haha.

“Berguna jugaklah mereka-mereka hantar benda-benda ni.” Am cakap lagi.

“Kau ni mengalah selebriti, siap dapat kad raya, kad birthday, love letters lagi. Perghh.” Am hanya diam. Sekali-sekala, tersengih. Budak ‘nerd’ dapat benda ni semua. Dahsyaattt!!

“Meh, aku bace satu love letter kau ni,” Wan semangat. Belum sempat Am menghalang, Wan dah sambar satu love letter, kertas warna pink lagi.

Wan bau… “Wah, masih segar lagi bau bedak baby Johnson weh!!” Wan kecoh.

“Eh, baik kau jangan baca, sebab aku takot nanti sindrom hyper kau makin parah,” Am bagi amaran.

“Ah, aku peduli apa.” Wan bukak lipatan kertas tu. Dia meng-clear-kan kerongkong. Ehem..ehem..

Am dah gelabah. Habis!!!! Malu aku doh nak dengar. Lagi-lagi si Wan cipanzi ni baca, maulah dia ni nak buat lawak bangang dia tu.

“Assalamualaikum…” Wan tukar tune perempuan. Am rasa macam nak lari keluar! Haha. Aku dah tak tahan nak dengar barisan seterusnya,.. cukuplah sebaris ayat tu mampu buat aku malu besar. Ah kau Am. Melebih pulak. DIAM.

“Kehadapan Abang Am yang dikasihi..auwww.! HAHA. Adik rasa..” eh kau Wan, buat sound effect ape? Wan dah start ketawa. Apa ke skema budak perempuan ni. Buat memang real ikot peraturan format karangan surat tidak formal bahasa Melayu. Second, bahasakan diri adik tu tak daya, si Am jadi abang, ni ikot style filem P. Ramlee apa.?

Bayangkan, dekat taman bunga. Scene hitam putih al maklumlah dulu kala kan, si ‘adik’ ni pakai baju kebaya. Wow. Hahaha. Si Am pakai t-shirt, tapi lengan disinsingkan. Rambut baik punya sikat kebelakang. Hadoi.

“Adik rasa.. adik dah jatuh cinta dengan abang Am…” Wan dah start gelak lagi. Makin galak Wan ni gelak sampai jatuh katil. Kau Wan, sawan apa? Bagus sangat lah budak tu jatuh cinta, kau jatuh katil. Am hanya memerhatikan Wan yang dah masuk dunia sendiri. Kadang-kadang terpikir, kenapa aku dapat kawan macam ni? HAHA.

Wan sambung.. “Pertama kali ku…kahkahkahkahkah..” apa yang Wan kena rasuk ni entah. Termengah-mengah Am tengok Wan gelak. Semangat betul. Sampai semput. “HAHAHAHAHA…aku teringat lagu M Daud Kilau yang Zahid nyanyi tu.,. pertama kali ku melihat wajah si dia, ewaaahh..” amboi kau Wan siap bernyanyi berdangdut gembira dalam bilik aku ni eh. Siap gelek, kau Wan, datang sini siap berpakej bagai. Si pembaca surat, check. Si penggelak utama, check. Si pengdadut check. Si penggelek, check.

“Dah cukup. Tak sanggup aku…” Am grab kertas tu dari genggaman Wan. Wan masih gelak. Haa..gelak lah gelak. Aku sumpah kau gelak forever karang kau membujang lapok sampai bila-bila.

“We..weehh..weehh.. A..aa..aa..ku.kuu.. hahahaha..” Wan tekan-tekan perut terberanak aku ni karang.

“Dah gagap pulak kau. Sejak bila weh, habis Seri kawin dengan orang gagap nanti. Kesian dia.” Am jahat. Padan muka. Hambik!

“Oi BIJAK! Bahangang! Aku tak gagap la, Aku tak cukup nafas ni haa..aduuhh..” suka hati kata aku gagap. Wan ambil nafas slow-slow. Aduhai. Keadaan kembali reda. Wan ambik love letter yang lain. Hm.. semua sama, tak kehadapan.., menemui.., tak menemui,.. kehadapan. Muak wohh!

“Tak ade variasi lah love letters kau ni Am.” Kritik Wan. Amboi, jadi Simon Cowell nampak!

“Nah, bace yang kad pulak.” Am pass kad-kad yang dia dapat. Wan tertarik dengan satu kad birthday. Hallmark made. Jangan main-main mahal weh!

Dear Am,
Happy Birthday, my boy.
Have a blast.

Your babe, Fia.

“Your babe? Dude! Since when kau ada babe?” Wan nak tahu,

“Cerita lama. Dia ‘babe’ kau lagi ke?” Wan gasak dengan soalan. Am senyum. Kecohlah kau Wan.

“Fia. Ex- aku woi. Kalau kau nak tahu sangat.” Am bagitahu.

“Kau dump dia ke dia dump kau?” Am senyap. Erk.

“Percaya tak, kalau aku kata dia dump aku.” Am terus terang. Wan bulatkan mata, wah, kawan aku yang dapat khazana-khazanah dari ladies ni kena dump. Biar betik, tambah belimbing, !!!?

“Wei wei, tengok ni aku suka yang ni.” Am bagi kertas warna kuning.

Wan ambil. Dia baca.

Kau tau tak, kau ni kadang-kadang mengada tiba-tiba berlagak macho pulak.!!!
Bla lah.
_unknown_

Eeeh !!!! Kenapa semua orang suka kat kau hah?
_unknown_

You stole every girl’s heart.
Have you stolen mine? Don’t think so. You JERK!! Urgh.
_unknown_

“Aik? Kau suka yang ini?”

“A’ah. Sebab lain. Lain sangat dari yang lain., kalau aku bace mesti sengih sorang. Sebab minah ni macam tak betul. Haha. Dah tak suka tak payah lah hantar, bengong betul. Cuba baca yang lain-lain ni haa.. ” Am tunjuk kad-kad merah menyala, kertas-kertas yang unknown tulis. Memang dasar ANTI kot unknown ni. Huhu.

“Kau tak nak tau siapa unknown ni?” Wan angkat kening.

“Tak. Biarlah. Ada aku kisah? Haha..” Am selamba.

“Kalau Aisya tau macam mana?”

“Apa pulak kaitan dia dengan benda-benda ni semua?.” Am angkat kening, inginkan penjelasan.

“Alaaa.. aku tau laa..”

“Tau apa?”

“Aku tau…”

“Aku, Aisya, kawan baik till death la. Dia pun dah anggap aku macam kawan paling baik gila-gila. Takkan nak ruin friendship macam tu je.” Wan buat bodoh. Alasan. Pigi daa.., macam aku tak tau. Aku dapat tengok lah dari mata kau tu Am, wah wah Wan jadi tukang tilik tak diundang. Haha.

“Kau nak bawak semua ni pergi Jerman?” Wan tukar topic..

“GILA kau! Tak lah. Malas aku nak hangkut semua. Aku bawak mana yang aku berkenan di hati saja lah, yang lain aku buang je kot.” Am cakap.

“Eh sebelum kau buang. Aku nak scan dulu eh, kot-kot ada ayat-ayat dramatis yang boleh aku guna pakai kan.. eheheh.” Wan ambik kesempatan. Pandai kau manfaatkan apa yang ada ye?!

* * *
“Bila Am nak pergi Jerman?” soal Tan Sri Azmansyah. Kopi dihirup.

“Tak confirm lagi. Maybe next week atau 2 minggu lagi. Entahlah. Nanti Am bagitau,” dia berjalan dan kemudian duduk menemani Tan Sri Azmansyah.

“For how long?”

“2 years, kot. Tapi diorang kata hantar 6 bulan dulu, kalau okay semua so extend sampai 2 tahun la.” Am terang.

“Lamanya. Along bawak balik Mat Jerman satu untuk adik.” Jas mencelah. Tangan dilanding di bahu Am. Am toleh belakang. Jasreen, tengah carry beg galas. Dia bagi senyum big grin. Big brother balik rumah la bro. jarang berlaku ni.

“Gatal. Tak malu.” Am menjawab. Jas tolak bahu Am.

“Gedik lah Along!”

“Eh, dia yang gedik kata orang pulak.” Am tak mengalah. Ni dari mana pulak sampai. Tadi masa datang haram je batang hidung nak dikesan.

“Dari mana?” Am menyoal.

“Dari langit.” Jas tunjuk muka innocent.

“Langit mana?”

“Langit ke tujuh.” Wah, nama lagu tuh.

“Pa, nanti Along kat sana, kita pergi travel sana eh?” Jas tunjuk muka kesian dekat Tan Sri Azmansyah.

“Tunggu 10 tahun akan datang lagi lah,” kata Tan Sri Azmansyah.

“Kenapa?”

“Guna duit Jas lah. Since, Jas yang bagi idea. Duit Jas lah keluar.” Sempoi je cakap. Am high-five dengan papa.

“Haaa.. padan muka. BOO~” Sorang lagi datang dari langit.

“Along. Snooker jom!” ajak Iz.

“Jom!” Am dah bangun.

“Jas pun nak main.”

“Jas tak reti main. Budak perempuan boleh tengok je.” Am menyakat. Memang tak reti main pon budak ni. Last time main, hampeh.

“Takde-takde. Nak main jugak,”

“Yang kalah, belanja!!”

“DEAL!” Makanan free siapa tak nak.

* * * *

WOHHOOOO~
Winners please claim your prize from the LOSER! Haha. Pintu Secret Recipe di tolak. Ahhh,.. bau kek singgah ke hidung. Tempat untuk 3 orang di cari.

“Laparnyaa...!!!” Jas sapu perut. Lantaklah kena belanja m

“Eh dia yang kalah. Dia pulak yang semangat nak makan.” Iz mencebik. Jas pandang slek.

“Lantak aku lah. Kecohlah kau Iz.”

“Lantak akulah aku nak kecoh.”

“Lantak aku lahhh..” Jas jelir lidah.

“Lantak aku laaahh..” Iz mengajuk.

“Lantak aku lah kalau aku nak hantuk kepala korang berdua, can arr?” Am mencelah. Lantak aku lah.. lantak aku laahh.. lantak kaulah! Pffthh.

Jas bagi big grin. Iz dah tersenguh-sengih. Ah, lama tak tengok Along marah. Rindulah. Aww,. Ahah.

“Cepat order.” Arah Am, dia memanggil waiter.

* * * * * *
“BURRRPP!!! Alhamdulilah..” Jas yang tak senonoh. Ala, bukan depan jejaka HOT. Jejaka yang asyik tengok sepanjang zaman je.

“Apa lah perempuan sendawa kuat-kuat ni. No wonder la orang tak de minat kat kau,” sindir Iz. Dia sedut jus oren.

“No wonder la orang tak de minat dekat kau.. blablabla.. ohh, are you talking about yourself? I think SO…” Jas bulatkan mata mengejek Iz.

Am geleng kepala.

“So tell me since you’re a girl..”

“Ah, along jangan tanya soalan bab-bab perempuan yang ‘sangat’ perempuan. I am so not good at those things. Tanya Iz, since dia macam tahu banyak pasal perempuan.., or maybe dia memang perempuan.” Jas gelak-gelak. Iz dah panas telinga. Jas ni nak kena ni.

“Eh. Melampau budak ni!” Iz tahan sabar. Rilek rilek. Sabar. Ada hari aku balas.

“No, seriously. Perempuan suka cheese cake?” Am Tanya. Wah wahh..

“Jas, memang suka cheese cake. So, I’m a girl. Hence, does that make your statement betul? Girls like cheese cake? Hmm.. yeah pretty much it. Hehh”

“Okay.” Am kacau air guna straw.

“Eh, Along nak tackle siapa kah?” Iz dapat hidu something fishy. Jas dah pasang telinga. Tak sabar menunggu jawapan.

“Takde siapa-siapa.” Am tenang jawab.

“Alaaah, tak sporting la Along macam ni.” Jas keluh.

“Entah kesian siapa perempuan malang itu.” Dan dengan itu ‘kelepuk’ kepala Iz kena dengan backhand Am. Iz pegang kepala. Padan muka diri sendiri.

“Kau, balik naik kereta api yeah.?” Am senyum evil kat Iz. Iz dah nganga besar punya. Jas dah gelak sakan. YES!!! Iz balik naik kereta api. OH yeaahh. Berkurun kot tunggu benda ni terjadi. Haha.

“Haaa.. bayar cepat.” Suruh Am kepada Jas. Jas check poket nak keluarkan purse. DAMN!

“Along… purse Jas kat rumah lah. Dalam beg. Tertinggal. Ehehe. Along belanja ehhh?? Heeee..” Innocent Jas berkata. Bertuah punya adik. Kau kalah kaulah belanja. Aku pulak kena. Cit.

Am bangun. “I’m off. Pandai-pandai lah korang survive.” Dan Am mengatur langkah keluar.

“ALONGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!” Paduan suara Iz dan Jas boleh pecahkan gelas kaca yang berlambak kat dapur secret recipe tuh.

* * * *

“Aisyaa!” Suara Am dah terjah telinga. Bingit lah pakcik!!!

“Ye Incik Ahmad Irham. Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam. Free?”

“Tak lah. Sibuk.” Cet padahal kat ofis aku tengah main-main buat-buat petak guna cursor computer. Haha. Boring. Asyik tengok nombor. Debitlah, kredit lah, keluar masuk. Invois. Whatever lah.

“Alaaa.. jom teman aku makan cheese cake.” Am dah tersengih-sengih.

“CHEESE CAKEE???” Mata Aisya dah terbelalak. Yummyyy. Aisya senyum nampak gigi.

“Yep. Cheese cake. Datang tak?”

“NAK NAK NAK.” Beriya Aisya. Am pelik. Tadi macam malas je.

“Kau, dengar cheese cake terus on.”

“Alaaa.. cheese cake. Sedap. Sape tak nak wooi. Lokasi kat mana weh?”

“Putrajaya.”

“HUH?? Apa? Putrajaya?”

“Yep. Hurry, nanti aku bantai semua cake nih.” Ugut Am.

“EH ehh.. tunggu tunggu. Aku datang.”

* * * *

Hon kereta Myvi berbunyi. Am memerhatikan Aisya yang sedang buat parallel parking. Haha. Dan selepas itu Aisya keluar dengan berpakaian VIP nya. Wah wah, cun~. Haha. Am membetulkan posture badan. Berdiri di sisi kereta Honda City.

“Wehh, tak p eke park kat sini?” Aisya dah gelisah. Habis nanti kalau kereta Myvi kesayangan kena hangkut sebab parking kat tempat tak boleh parking.

“Boleh je.”

“Kau buat rules sendiri ape?”

“Alaaa ini Malaysia. Negara demokrasi. Rileks. Alaa bukan lama pun.” Selamba Am bagi alasan. Keadaan jalan lengang. Entah mungkin hari ni lengang. Nasib baik lah kan. Kalau tak pffthh..

“Yang kau ajak aku makan kek kat Jambatan Seri Wawasan ni kenapa? Kedai secret recipe ada bukak ke? Cawangan baru apa buat kat jambatan ni?” Aisya buat lawak. Tertinjau-tinjau mata melihat kot-kotlah kedai baru bukak. Gempak woi. Kedai kat jambatan! Boleh masuk BBC ni. AHHA.

“Mana ada. Kau ni pun…” Am mengambil kotak berisi cheese cake.

“Jom makan. Aku lapar.” Am cakap lagi. Aisya jenguk dalam kotak tu. Aik? Separuh je tinggal.? Apakah??

“Separuh?” Aisya angkat kening.

“Yang lain dah melantak. Kau datang lambat. Tu pasal.”

“Jay dengan Wan datang? Zee pun?”

“Yelah. Aku ajak semualah. Takkan ajak ko sorang je.” Aisya pandang kek. Ah, lantakla, separuh ke suku ke. Aku makan je. No hal.

“Kau ajak dorang. Taknak bagi tau aku. Haish.” Aisya suapkan kek ke dalam mulut. Umm.. sedap. Lazat. Deliciousss!!! Heaven~ speechless. Tambah-tambah lagi angina udara tiada pencemaran dekat Putrajaya, makin menjadi-jadilah feeling makan cheese cake. Ahaha. Macam best pulak makan tepi jambatan. Haha.

“Kau tak makan?” soal Aisya. Aku pulak melantak sakan. Tak malu betol. Aha. Kesian Am.

“Aku dah makan. Kenyang. Aku tunggu kau lah ni.” Cool Am cakap.

“Baiknyaa..” Aisya capai lagi satu slice. Kebulur betul kau Aisya!!!

Am senyum penuh tampan. Ahaha. Perasan. Matanya pandang tepat langit, awan yang jadi pemandangan depan mata. Awan yang berarak, lawa! Lagi lagi dengan cahaya matahari. Indahnyaaa.

“Awan lawa.” Aisya keluar statement. Dia senyum pandang awan yang berkelompok-kelompok bergerak. Macam kat alam lain. Hahaha.

Am pandang Aisya. “Kau laagi…” Eh eh salah ayat. Tukar Am tukar. Haha,. Aisya pandang pelik. You said something huh?

“Asal makan comot?” Am muncungkan mulut. Laaa, kau Aisya, makan elok-elok lah depan bakal suami. Kau melantak ikut suka je habis comot. Haha. Bengok eh otak, kata Am calon suami, tidak tidak. Masih lagi ada yang lain. Kau ni cant make up your mind, one time kau nak Am, one time kau buat bodoh je.

Am ambil tisu, dia macam nak tolong lapkan sebab Aisya macam serabut tak hengat. Aisya yang macam awkward je terus grab tisu dari Am. Laah, kau Am buat-buat scene romantic dekat Jambatan Seri Wawasan Putrajaya ni.

“Eh takpe. Aku boleh lap sendiri. Susah-susah je.” Aisya lap mulut. Aduhai.

“Okay.”

“Am, stop being nice and sweet la bro.” Aisya cakap.

“Kenapa?”

“Entah. Just like that. Because every hello ends with a goodbye? Kau kan dah nak fly, kau buat aku rindu kau nanti.” Aisya lap tangan.

Am sengih. Memang tu pun aku try nak buat. Sengal~
“Oh, my flight is on 20th. Company baru inform tadi.” Am bagitau.

“Oh. Baguslah” ERK? Senyap 3 saat.

“Kalau boleh, aku nak bagi awan tu kat kau.” Am cakap sambil tuding jari kat awan yang Aisya sebutkan tadi.

“Sebab?”

“Kau senyum bila ada dia. Aku nak kau senyum, happy..” Am tengok Aisya senyum. Haih. Macam aku happy bila kau ada Am, Aisya cakap dalam hati. Buat drama pulak kau Aisya. STOP it.

“See you’re being sweet again.” Aisya kata.

“Hey, don’t blame me for being sweet.”

“Kau masuk kelas Romeo mana ni Am?” Aisya perli. Am hanya gelak. Ada pulak kata aku masuk kelas, aku pergi bertapa dekat gua lah, tak main lah pergi kelas-kelas ni. Haha.