Ok, dah 3 hari Sara tak tegur Adli. Kiranya, tak bercakap satu hape. Sara masih lagi menghadiri sessi-mari-belajar-fizik-dengan-Adli. Ilmu itu penting. Ketepikan segala hal personal. Eceh mak aii, ayat penulis ni macam ayat drama kat TV. Adoiyai.. AHha. Tapi 3 hari tuh, Sara sibuk dengan urusan lain, seperti dengan kelab, persatuan and blablabla..,macam tau-tau je malas nak layan Adli yang sengal tahap bengong plus mengada-ngada tuh.
“Hey.” Adli menegur hari ke empat. Baru sampai. Gitar dibawanya sekali
.
“Hoi.” Balas Sara. Kali ni biar dia ber-hoi-an plak. Huhu. Adli tau, Sara memang saja je nak ejek dia.
Yeah, yeah, whatever at least she speaks now. 2 hari lepas, gaya study macam study dgn org bisu. Sara nak tau camne nak jawab pergi tulis atas kertas, soalan yang dia tak tau tu, sebab tak nak cakap punye pasal. Malas! Then Adli takkan lah nk explain dalam kertas kot. Mau berkajang karang. So, dia explain sajalah. Padan muka. Lalala~
Study tetap study. Takkan lah pasal benda kecik sampai tak nak study kot. Jangan libatkan hal personal. Ecewah. Sekali lagi Ayat, tak boleh bla.
“Sorry pasal ayat aku tu...” Adli nak mintak maaf.
“Hm..” Sara buat dek.
“Sorry ye., Sara. Aku main-main je hari tuh. Kau jugak yang cari pasal. Nak mengata
aku depan-depan.” Adli cakap.
“Aku mengata, tak sepedas apa yang kau kata.”
“Erk. Sorry lah. Sorry eh. Tak sengaja lah.” Sara diam. Tak menyahut. Kunun-kunun merajuk lah. Gila, tak daya. Haha.
“Awak, saya mintak maaf.” Mat romeo skema dah muncul. Aku nak gelak!! HAHAHA. XD
“Oh, please. Stop saying that. Errrghh..” Sara geleng kepala. Adli senyum. Dia tahu Sara memang tak tahan bila kena panggil ‘awak’ nih.
“Sorry Sara. Will you forgive me?” Adli melutut. Dah pulak. Ni bukan cerita dongeng putera raja dengan puteri yang datang dari mana ok,. Ni real life. Ini bukan Puteri Salju dan 7 Orang Kerdil. Ini bukan Puteri Beradu. Ini bukan.. bukan.. bukan.. hehe.
Apa main melutut bagai ni. Sara pelik.
“Woi. Pe hal ko melutut pulak.?” Sara cakap.
“Aku nak ikat tali kasut terburai ni haa…” Adli tunjuk tali kasut yang dah terlucut dari ikatan.Laa.. HAHA. Mati-mati Sara ingat Adli nak mintak maaf sampai melutut. Muahaha. Gila berangan kau, Sara!!! Aduhai. Sara tutup muka. Segan Sara.
“Sara. Sorry eh.” Pinta Adli lagi. Kali ni dia bangun dari posisi tadi. Dah ikat tali kasut semula
“Emm…” Sara berfikir.
Tak sempat Sara nak sambung, Adli dah capai gitar. Nak buat live performance lah tuh. Khas buat Sara seorang. Huyooo..HAHA.
Siapa yang nak join nyanyi sila pasang lagu Dewi by Dewa 19. Dan nyanyi ikut lirik seperti dibawah. Enjoy~. Heee.. :D
Sara aku mohon beri kesempatan,
Tuk, bisa menebus dosaku kepadamu,
Maafkanlah aku yang menyakitimu,
Aku tidak pernah bercakap bisa begini.
Oh Sara..
Dengarkanlah…
Sara..
Maafkan aku..
Aku memang nak mintak maaf..
Oh, Sara,
Belahlah dadaku,
Agar kau tahu,
Agar kau maafkanku..
Oh..oh..oh..
Semua terjadi begitu saja,
Kau ambik.. serius
Pasal ayat yang ku cakap,
Tak sengaja aku cakap macam itu
Hanya kerna engkau
mengata aku depan-depan… [tak boleh bla ayat ni]
Oh Sara..
Dengarkanlah…
Sara..
Maafkan aku..
Aku betul-betul mintak maaf..
Oh, Sara,
Belahlah dadaku,
Agar kau tahu,
Agar kau maafkan aku..
Oh..oh..oh..
“So maafkan aku tak?” Adli sengih.
“Hm..” Sara amik masa nak bagi jawapan.
“Awak maafkan saya ke tak? Awaakk…” Adli dah mula gedik. Aku yang menulis ni naik miang rasenya. Huahua..
“Hish… mende awak-awak ni. Macam biawak aje aku dengar!.” Sara bagi komen. Adli sengih
“So maafkan ke tak ni?” soal Adli. Sara diam.
“Nak aku nyanyi lagi ke?” Adli cakap. Sara diam lagi. Dalam hati, aku tak kisah pun kau nak nyanyi ke tak. Kau nak berdikir barat utara timur selatan ke hape ke..
Rentak lagu lama keudara. Oh, lagu dalam cite P.Ramlee yang bujang lapok tu.. hehe sing along oke?
Maafkan aku… (5x)
Wahai cik adik,
Jangan merajuk
Maafkan aku, si bujang handsome
Jikalau salah, tolonglah tunjuk,
Aku tak rela hai kena kutuk
Nandung-nandung dayang haa,,senandung,
Wahai saudari
Maafkan kami (6x)
Kalau cik adik,
Tak mau maafkan,
Aku nak pindah Pulau Perhentian,
Wahai cik adik
Tidakkah kasihan
Aku petik gitar, kau ignore je kan.
Nandung-nandung dayang haa,,senandung,
Wahai saudari
Maafkan kami (6x)
Wahai cik adik
Jangan marah sangat
Sedangkan nabi.. ampunkan umat,
Kalau cik adik mukanya kelat,
Tak lawa jadi macam tauhu sumbat.
Lalalala~
“So?” Selesai sahaja nyanyi terus Adli tanye.
“So what?” Sara pura-pura tak paham. Sungguh kepura-puraan.
“So what are you waiting for? Forgive me la eh?” Adli angkat kening banyak kali. Mintak simpati!
Sara senyap. MALAS!!! ;p
“Kalau kau maafkan saya.. oops.. aku.. bagi kau… TADA! Lollipop.” Jeng-jeng.
“Pandai kau rasuah aku kan?” Sara angkat kening. Ah, lemah semanagat tengok lollipop depan mata. Free tu.
“Bukan rasuah, ambik hati je.” Selamba. Sara pandang wrapper lollipop. STRAWBERRY.
“Strawberry?”
“Tolong bersyukur.” Straight Adli cakap. Haha. Kena sekali.
“Ye ye.” Sara mengalah.
“Strawberry, not bad kan?” Adli soal.
“Yelah. Strawberry isn’t as bad as I thought.”
“Cool.” Adli kenyit mata. Adli bagi lollipop.
“So dah maafkan lah kan?”
“Yup, just because of the lollipop, and sedangkan nabi ampunkan umat. Apa salahnya saling bermaaf-maafan. Asal aku rasa macam time raye ni.?” Sara sumbat lollipop dalam mulut. Free of charge dude!!! :D
“Ikhlas kan?”
“Ikhlas lah. dari jauh lubuk hati aku, from the bottom of my lovely heart lah… You are forgiven. Satisfied?”
“Thanks.” Adli senyum.
“Thanks to you too…” grrr.. lama-lama sedap plak strawberry ni. Biasalah, orang bagi free mau tak sedap kan? Eheh. ;)
Tik tok tik tok…
Sara dah mula kebas otak. Maka dengan itu, dia nak take a break sekejap.
“Uiks, dah nak take a break ke?” Adli tengok Sara yang dah buat kerja lain. Sara buat dek. Dia tengah lipat kertas A4 bersungguh-sungguh.
“Buat apa tu?”
“Lipat kertas. Takkan cuci tingkap kot.”
“Yelah. Untuk apa?”
“Nak buat paper plane…” memang sungguh tiada kerja.
10 saat kemudian.,
“Tadaa.” Sara dah siap buat paper plane. Memang segak bergaya. Sara lontar paper plane tersebut. Dan ia terbang dengan lancar sekali ditiup angin.
“Waaa..” Adli kagum. Sara dah bangga.
“Aku pun boleh buat la.” Adli nak jugak. Dan dia mula melipat-lipat kertas. Sesudah siap, terus dia lontar paper plane tuh. Malang sekali, cepat je jatuh buat emergency landing. Sara dah gelak. Dia menang. Weee~
“Damn. Tak de angin la tu.” Cet salahkan angin pulak Adli ni. Katakan saja yang dia tak pandai buat paper plane yang Berjaya. Huhu.
“Ek eleh. Ngaku je lah tak reti. Apa susah. Meh, aku ajar.” Sara nak curahkan ilmu.
“Ye la. Camner kau buat eh?” Adli dalam diam nak tau gak.
“Macam ni..” dan Sara mengajar Adli.
“Lah cam tu ke?” tanya Adli sesudah Sara selesai mengajar. Lain sangat cara nak buat paper plane kalau nak ikutkan apa yang Sara ajar tadi. Patutlah, paperplane dia terbang sempurna je. Ada taktik tuh.
“Senang kan?” Sara soal Adli.
“Too complicated la.. kena lipat sana sini. Kena koyak sikit la pulak. Hmm..” Adli bagi respon. Sara senyum. Haha. Padan muka.
Sara lontar paper plane yang baru dibuat tadi. Terima kasih pada bayu yang membantu penerbangan paper plane tersebut. :)
Adli try buat macam yang Sara buat tadi. Rasa macam tak jadi pulak. Adli give up. Susah lah cara Sara buat. Banyak gila step. Alahai.
“Aik, dah tak nak try ke?” tanya Sara, tengok Adli tengah macam berehat. Pandang langit. Tangan di letak ke belekang kepala.
“Payah.” Sepatah di jawab.
Sara angkat bahu. I don’t care pun. Bukan masuk exam pun.
“Kat mane kau belajar benda ni?”
“Internet.”
“Seems like you are some kind of die-hard fan of paper plane.” Ujar Adli. Uhuk. Teringat plak lagu Paper Plane tu. Hehe.
“Of course lah.”
“Kenapa ye wahai, cik Sara?”
“Sebab.. I want to fly far away. Will be able to see how world looks like. It’s going to be exciting.” Sara cakap dengan penuh semangat.
“Fly far away? Nak tinggalkan Malaysia?”
“Bukan forever. Kalau kerana nak study apa salahnya. Bak orang tua-tua kata… eh, orang tua-tua kata ke.. orang-orang tua kata?”
“Orang dulu-dulu kata.” Hambik bukan option yang Sara bagi.
“Ok,lah. Orang dulu-dulu kata, carilah ilmu sehingga ke negeri China.” Ewah, terasa macam ambil dari pantun mana entah nih. Huhu~.
Entah kenapa angin petang tu boleh tahan kuatnya.
Sara dah siapkan 2 kapal terbang kertas. Adli menunjukkan riak muka malas. Sama ada malas study or ape yek?
“Lets fly!” Sara teriak buat muka comel.
“Tabiat dah pulak.” Adli geleng kepala. Dah sah-sah tak de sayap nak terbang.
“Jomlah. Just a minute la. Won’t take that long. Jom lah.” Desak Sara. Buat perangai dah.
“Fly? Apa kau ingat kita nak buat penggambaran music video ‘flying without wings’ ke? Tak nak aku mati muda,” Adli jawab.
“Hish… nak terbang kan this paper plane la.. bukan nak terbangkan kau. Baik campak kau kat laut hitam tu biar kena makan dengan jaws,” Bajet jaws ada lah.
“Apa dia tak dengar part yang last tu?”
“Nak campakkan kau dekat laut.”
“Oh… Aku nak campak kau dekat lombong je. Dekat sikit. Senang, cepat, mudah dan efisen!” Sara terkena pulak. HAHA.
“Yeah yeah whatever.” Malas Sara nak layan.
“Are you coming or not?”
“Later lah.”
“Aku gerak dulu. Mesti jauh kapal terbang aku terbang. Kapal terbang kau tu entah boleh ke tidak take-off, tau landing je.. ahaha..” Sara saja ngade kutuk. Dan dia melangkah kaki ke blok sekolah paling tinggi iaitu blok E ada 5 tingkat!!!
“Hah, kejap lagi aku datang. Tunggu aku. Kat mane eh?” Sara hanya sekadar tunjuk arah. Tergugat gak kena gertak tadi. Walaupun small matter, but what the heck kan?
***
“What took you so long? kau sempat pergi singgah minum kopi ke?” Sara cakap. Lambatnya Adli datang.
“Heh. Sorry. I was trying to make a new paper plane all by myself. But somehow it turned out to be not-so-perfect paper plane.” Naik lunyai Sara tengok kertas tuh. Aduh.
“Done.” Sara tolong buatkan untuk Adli.
“Kau Nampak kan camne aku buat tadi?” Sara cakap selepas sahaja paper plane disambut Adli.
“Aku Nampak tapi ingat2 lupa.” Adli sengih.
“Takpe. Nobody’s perfect. Anyway.., practice makes perfect kan? Lama-lama pandailah tu..” Bagitau Sara.
“So shall we?” Sara sedia nak terbangkan paper plane.
“Wait.” Suruh Adli. Dia keluarkan something which is a marker.
“Marker?”
“Ha ah.”
“Asal?”
“Takkan nak makan kot, nak tulis lah.” Duh. Jawab Adli.
“Tulis mende plak seyh??” keliru Sara.
Sara tengok Adli tulis kat space kosong kat paper plane tu.
“Thanks, PPG.”
“PPG? Wo! Kau tengok power puff girls?” Sara angkat kening. Erk. HAHA.
“Mane ade. Asal?”
“PPG equals to Powerpuff girl.” Sara cakap.
“Oh. In this case PPG = Paper Plane Girl.”
“Huyoo.. PPG sounds so SWEET, bro! sape kah?” ceh, buat tak tahu plak Sara.
“Kau lah.”
“Aku?” buat reaksi terkejut beruk macam menang anugerah yang tak dijangka. AHAH.
“Ye laaa… kau kan paper plane freak.” Hehe. Sara big grin.
“Ok, dengan itu aku pun nak tulis.” Sara amik marker.
“Thanks, Lollipopstar?” Adli blur lepas habis bace apa yang Sara bace.
“Kau lah, Lollipopstar. si sponsor lollipop merangkap pop star.”
“Cool. Tapi thanks for what.?”
“Thanks untuk ape2 aje. Physics and etc,.. eheh.”
“Soo… shall we??” ajak Sara lagi.
“Oh, wait. Nak tulis lagi.” Adli cabut penutup marker dan mula menulis.
[ I Like Yellow, seriously].
“EH? Yellow?” Sara pelik.
“Yes Yellow.” Adli angguk
“Kau suka yellow.? Ah, teringat marshmellow..” Sara tetibe.
“Ape lah kau ni, marshmellow plak dah.”
“Ada apa dengan yellow.?”
“Tak de pape random je.”
“Ye ke??” Sara nak korek rahsia.
“Jom take off.”
“JOM!” Sara setuju. Maka itu, mereka menerbangkan paper plane masing2. Terima kasih sang bayu yang membantu.
“Pergh.. jauh tu terbang..”
“Tengoklah siapa yang buat kan..” Sara nak bangga diri.
“Ha ah, si Sara jalan Gostan yang buat. Nasib baik paper plane tak gostan. AHAHA..” Adli gelak.
URGGHH..!!! Sabar Sara.. sabar..
“So we’re friends?” Adli pandang Sara.
“Of course we are,” jawab Sara bagi senyuman paling sweet matanya pandang pada paper plane yang masih berada di awangan.
p.s quite boring kan? eheh, sorry. ;)