Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

10 February 2009

Train_WrecK <1>

BARU NAK MULA :)


“Berita hangat! Berita hangat!” Dila berlari menuju ke tempat duduk Sara. Sara masih lagi tekun membuat latihan addmath.


“Sara! Kau dengar tak ape aku cakap?” Dila berdiri tegak di depan Sara. Macam nak menyanyi lagu kebangsaan je gayanya.


“Kau kata ade goreng pisang hangat kan? Manenye? Taknak pelawa aku makan ke?” Sara sememangnya tak focus. Tangannya masih lagi bersemangat menyiapkan latihan addmath yang bergunung tu. Dila yang tengah berdiri, dah bertukar wajah, geram dengan kawannya yang tak focus masa dia bercakap.


“Sara!!!”


“Dilaa!!!”


“Sara!!!”


“Dila!!!”


“Sara!!!” suara Dila dah tahap Mariah Carey dah. Tapi memang tak sesedap Mariah Carey.


“Dahlah sebut nama aku tuh. Buat promosi iklan je kau nih,” Sara meletakkan pennya. Selesai jawab soalan. Sara mendongakkan kepalanya melihat Dila. Yelah Sara tengah duduk, Dila pulak tengah berdiri.


“Oh ya. Mana goreng pisang? Aku dah lapar nih!” sengih Sara buat muka masih menginginkan goreng pisang.


“Mana ade goreng pisanglah!”


“Habis tu tadi bersemangat kata goreng pisang hangat.. goreng pisang hangat! Alih-alih kau kata tak de pulak,” muka Sara dah hampa.


“Kau ni kan. Hish. Bukan goreng pisang hangat lah tapi berita hangat lagi sensasi.” Dila dah mula excited nak bagi tahu Sara.


“Ek eleh. So, apakah berita hangat itu wahai Sang Dila?” Sara menongkat dagu sedia mendengar celoteh Dila. Dila

menarik kerusi dan story tellingnya bermula.



“Betul ke kau nih? Ke salah orang? Ke saje nak kenakan aku?” Sara memang tak percaya.


“Betullah! Kau tak caya? Jom ikut aku!!” Dila menarik tangan Sara dan berlari ke tempat yang dituju. Tempat yang dituju ialah kat Dewan Nilam?


“Eh mana nye? Tadi ade je?” Dila hairan. Sambil meninjau ninjau sekitar dewan. Kosong! Hanya Sara dan Dila je yang ada.


“Mananya??” Sara tanya.


“Tadi ade.” Jawab Dila.


Sara dah tayang muka ‘you gotta be kidding me, right?’

Dila tahu reaksi muka tu.


“Betul, Sara. Aku tak tipu kau!” semangat Dila meyakinkan Sara.


“Ok. Ok. Jomlah masuk kelas balik kang nanti cikgu masuk.”

Mereka menuju ke kelas. Dila buat muka ‘aku mengatakan yg benar!’.


“Serious Sara. I’m telling the truth!” Dila kata lagi.

“Hey chill lah babe.” Ujar Sara sambil berjalan berhadapan Dila.


“Nanti kalau ade jodoh, aku jumpa lah dia. Sekolah ni bukan besar sangat pun,” kata Sara sambil berjalan mengundur manakala badannya bertentangan dengan Dila.


“Sara. Kau ni suka sangat jalan mengundur cam nih. Kita berjalan ke depan bukan kebelakang.” Tegur Dila. Sara memang suka kalau berjalan tak pandang depan. Kakinya pulak yang sepatutnya melangkah kedepan dia pergi melangkah ke belakang. Nasib baik sampai destinasi.


“Rileks. Aku tak pernah langgar siapa-siapa lagi. So…” belum sempat dia habiskan ayat.


“Sara belakang kau!!”


Tak sempat dia mengalihkan pandangan ke depan. Gedepuukk. Bunyi perlanggaran yang slow motion.

“Adoyai. Sakit hips don’t lie aku.” Sara menepuk-nepuk bahagian belakangnya. Bertaburan buku-buku yang dibawa oleh mangsa pelanggaran yang lagi satu. Kawannya pulak pandang je.


“I am really sorry!” Sara tahu dia yang salah segera memungut buku-buku tu. Mamat tu pulak dah bangun berdiri dengan sempurnanya menanti Sara menyerahkan buku itu.


Berdiri di depannya seorang lelaki bercermin mata. “Aku kenal ke?” kata Sara dalam hati. “Tak kenal - tak kenal!” Sara geleng kepala.


“Kenapa kau geleng kepala?” lelaki tu bersuara sambil merampas buku yang dihulurkan Sara.

“Hah? Oh. Er, aku saja nak cek kepala aku, takut-takut ade yang teleng je. Saja nak exercise. Kan tu salah satu caranya nak regangkan kepala, kan!” Fuh cover habis. Ayat macam ape ntah.


“Pelik.” Satu perkataan keluar dari mulut lelaki tu.


“Ape yang pelik?”


“Pelik bila orang dah kena langgar or terlanggar orang ada semangat nak buat regangan time-time kat tempat kejadian,” lelaki itu angkat kening.


“Banyak cakap pulak. Ape kes angkat kening?” getus Sara dalam hati.


“By the way, next time kalau jalan pandang depan ye, cik jalan Gostan. HAHA,” ketawa lelaki tu pecah dan mula bla dari tempat kejadian.


“Arghh. Kau tu yang pelik sebab tak pernah dengar orang buat regangan bila terlanggar orang!” laung Sara dan akhirnya lelaki itu menghilang ntah ke mana.


“First time aku dengar statement macam tuh. Major kurang masuk akal tau tak. Aku tak tahulah, akal kau ni tercapai kat mane.” Dila mula bersuara yang tadinya kaku. Dia geleng kepala. “Sah, nervous system Sara dah

longgar!”


“Ade ke dia panggil aku cik jalan Gostan. Tak sedap langsung nama! Hish. Kurang cili bo betul.” Sara tak puas hati. “Cop..cop.. sape dia eh? Budak baru ke? Tak pernah nampak jejak-jejak dia pun sebelum nih?”


“Dia lah Yusuf Adli bin Mansoor.” Jawab Sara.


“Yusuf Adli? Siapakah?”


“Adli! Pop singer tuh!”


“Dia ke? Tipulah!”


“Iye!”


“Tak cayalah!! Bukanke Adli yang pop singer tu tak pakai spec?” dah sampai di pintu kelas.


“Tak kisahlah pakai ke tidak. The bottom line is aku suke gelaran yang dia bagi tu! HAHA.”


“Dilaa!!!” Sara geram.


“Saraa!!”


“Dilaaa!!”


“Sara!!”


“Cikguu…” suara kecil Dila keluar. Cikgu Badri dah berdiri terpacak di sisi mereka berdua.

“Buat sessi jejak kasih ke Mak cik Temah ooi,!” Cikgu Badri dah mula dah.


“Entah cikgu. Mak cik Temah ni hah, menyibuk mengaku dia ada bau-bau kacang dengan saya.” Sara cover line

saja sambil menuju ke tempat duduknya.


“Ish ada pulak aku yang kena!” Dila tak puas hati. Sara gelak.

“Dah, makcik Temah pergi duduk. Kami tak de masa nak buat rancangan reality tv kat sini.” Cikgu Badri meng carry-on kan situasi.


”Sara!” panggil Cikgu Badri.


“Bau-bau bacang bukan Bau-bau kacang.”


“Sorry cikgu.!”


“Kamu ni buat saya teringatkan kelazatan ais kacang kat kampong saya dulu.” Cikgu Badri dah mula bukak citer zaman hitam putih dia dulu.


“Here we go again,” Sara geleng kepala memandang Dila. Dila hanya mampu tersenyum.



“Oooi.” Sara menghayunkan tangannya ke mata Dila. Tak de respon. Alamak. Sawan dia dah datang dah..

Sara segera menggoncangkan badan Dila. “Ooi. Ape neh?” Dila pandang buat muka pelik.


“Mata kau tu tak berkelip langsung tau. Ingatkan sawan kau datang.” Jawab Sara.

“Sejak bila pulak aku ada sawan nih?”

“Sejak aku rasa kau mengidapinya. Hehe.” Senyum Sara muka innocent.

“Cis.!”


Mereka sedang duduk di meja kantin. Stayback punya pasal masing-masing ada agenda sendiri. Dila dengan siding majalah tahunan sekolah. Sara pulak, saja nak stayback. Hehe.

“Apa yang kau tengok tuh?” Sara hairan sebab dari tadi Dila dok pandang something. Dia menoleh kearah tempat yang Sara sedang terpaku tu.


Ada segerombolan penyamun. Eh bukan sekumpulan pelajar-pelajar lelaki yang bajet handsome sangat.

“Apa yang best sangat tengok budak-budak yang atas dahi mereka tu bertulis ‘bajet handsome’ tuh hahh?” Sara menghirup air kotak milonya.


“Hello. Adli ada kat situ lah,” ujar Dila dan matanya masih tak berkelip memandang kumpulan itu. Sara geleng.


“Hish. Bertuah betul kau terlanggar dia tadi. Bestnya kauu…” Dila dah mula buat hidup di alam kayangan.


“Bertuah kau kata? Aku punya hips don’t lie ni sakit tau. Nasib baik tak injured ke apa. Besides, he called me cik jalan Gostan. Otak dia mental lah.” Sara masih lagi sakit hati dengan gelaran cik jalan Gostan.


Dila tergelak kecil. “But whatever it is, kau terlanggar pop singer yang terkenal tau. Siap berkomunikasi lagi walaupun komunikasi korang tak seindah mana. Hah.. syok la,”


“Aku taulah dia pop singer terkenal kat negara nih. Selalu je dengar lagu dia dekat radio. Aku pelik kenapa dia masuk sekolah nih. Kenapa tak masuk private school ke apa ke.?” Mata Sara memandang ke arah kumpulan itu.

Sesekali mata Adli bertemu mata Sara. Cepat-cepat Sara mengalihkan pandangannya.


“Dahl ah tu pandang diorang. Kau ni pandang macam baru lepas keluar dari hutan amazon je,” Sara tak mahu budak-budak laki tu perasan bagus sangat. Nanti ade je perkembangan yang dapat dilihat.

Tiba-tiba…


“Mak aih, dia datang sini lahh.” Dila bagitahu Sara. Tersedak Sara yang sedang menikmati kelazatan ciklat milo nya itu. Dila dah mula nak cover muka. Tadi tengok diorang tu takde plak nak cover ke apa.


“Kan aku kata jangan pandang-pandang diorang. Diorang tu cepat sangat perasan.” Sara separuh berbisik ke telinga Dila.


Adli bagai mengetuai pakatannya datang ke meja yang diduduki Sara dan Dila. Dan berdiri mengahadap mereka yang sedang duduk.


“Korang ni tak de keja lain ke?” Adli mula bersuara.

“Kami masih sekolah. Belum tiba masa lagi nak bekerja.” Jawab Sara. Dila dah mula hilang kata-kata.

“Loyar buruk plak minah gostan ni,” Berderai ketawa mereka setelah mendengar ayat Adli.

“Argghhh.!!! Baik kau go bla dari sini sebelum aku go buang-kau kat laut Nil.” Sara dah panas.

“Penakutlah tuh!” Adli masih nak mengapi-apikan si Sara.

“Ade aku kata aku takut? Kau ni ade sound trouble eh? Kesian jadi pop singer terkenal tapi ada sound trouble. Pity!” Fushh ayat.

“Ok kalau kau tak takut. Jom kita battle.”

“Allright. No problem. Nak battle apa?” Sara dah bersemangat.

“Basket.”

“Hah? Basket? Ape battle main bakul-bakul nih.” Sara blur.

“Basketball lah makcik terlebih blur!” satu suara datang dari tepi Adli. Oh Lukman rupanya.

“Oh. Basketball.. dah kau yg cakap Basket..basket.. lain kali sebut kasi penuh. Jangan sekerat je,”

“So apa mcam? Berani?” terangkat kening Adli.

“Basket err… tak pernah-pernah aku main basket ball. Nak quit ke nak proceed. Er. Jap basketball kacang je, boing-boing bola je pastu shoot, score. Booyah!” Sara berkata dalam hati.

“DEAL!” berani sungguh si Sara.



“Dila jomlah teman aku!” Sara paksa tayang muka meraih simpati.

“Kan aku ade keje. Aku tak boleh nak teman kau lah. Lagi satu yang kau pergi setuju nak battle ape barang?” Dila jawab cakap slow. Takut budak-budak lelaki ni dengar pulak.


“I am so sorry.” Sambung Dila lagi.

“I need to go. Aku dapat bayangkan asap keluar dari telinga dia keluar kalau aku lambat lagi. So got to go. Catch up later okay.” Dila dah nak bla.


Sebelum itu, “Korang kalau apa-apakan Sara ni siap. Satu-satu aku sumbat kat dalam tanah pastu aku suruh pakcik traktor gedabak besar kat sebelah sekolah ni lenyek korang.” Dila bagi amanat seri paduka Dila-anda.

Sara senyum lebar. That’s her friend dan Dila pergi.


“Fuh, gila dasyat khidmat pesanan dia.” Lukman kagum.


Sara, Adli, Lukman dan 2 orang lagi (Zairi dan Shah) mula menuju ke gelanggang basket ball sekolah.


“Lukman! Pergi ambil bola basket kat stor.” Arah Adli.


“Kalau kau nak main. Pergilah ambik sendiri. Ada plak nak suruh-suruh orang lain. Hish!” dengus Sara.


Lukman yang dah memang nak pergi ambik terhenti mendengar ayat yan keluar dari mulut Sara.

Adli senyum sinis.


“Apa kata kau yang amik.” Adli mengarah Sara pula pergi ambil bola.


“Aku plak jadi mangsa. Tak de-takde. Kau lah yang pergi ambil,” Sara tak setuju.


“Takde. Kau yang pergi ambik!” Adli masih dengan pendiriannya.


“Kau lah!”


“Kau!”


“Kau!”


Zairi dan Shah yang melihat situasi tegang itu terus menghampiri Sara dan Adli.


“Eh eh. Apa kata korang O som. Nak menentukan sapa yang bertuah pergi ambik bola tu. Hehe. So cepatlah o som!” Zairi kasi pendapat.


“Ok!” jawab Sara dan Adli serentak.


“Eh cop!” Shah mencelah. Sara dan Adli berhenti.


“Bukan o som la. One two juz.” Sambung Shah lagi.


“Tak ke sama tu?” Zairi dah bengang. Amende la Shah nih.


“Lainlah.”


“Samalah.”


“Lain!”


“Eh eeleh. Korang plak yang over!” Adli bersuara.


Zairi dan Shah tayang gigi.


“Susah-susah sangat lat ta li lat la li tam plom je lah,” kata Sara.


“Mana boleh! Tu kena 4 orang la. Korang berdua je,” Shah kasi info.


“Er. Kalau macam tu korang pun join sekali lah. Amacam?” cadang Sara.


“Orait!” berseri-seri wajah mereka.


“Lat ta li lat ta li tam plo…”


“BUK!” satu bola singgah di kepala Sara.


Semua mata memandang ke arah di mana bola itu datang.


“Sorry! Aku ter… ter… ter… baling. Tak sengaja. SORRY!!” Lukman tayang muka tak bersalah.


“Sakitlaahh!!! Ape ke malang nasib ku hari ni. Dah la kena langgar dengan orang! Pastu kena baling bola oleh orangg!!” ayat tu semata-mata ditujukan kepada Adli dan Lukman.


“Correction kau yang langgar aku.”

“Doesn’t matter!”

“It does!”


“Hey, dah lah. Kata nak battle!” Lukman redakan keadaan.

Adli mengambil bola tu ke tangannya.


“GULP. Alah, dah nak start ke?” Sara kerut dahi.