Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

16 September 2014

Pak Wahid Misai Lentik


Nak kongsi kegembiraan sikit boleh?
Boleh laaaa, hee :)

Semalam bersamaan 15 September 2014 merangkap hari keputusan cerpen siapakah yang terpilih untuk dikompilasikan dalam satu novel berjudul :


      Antologi Cerpen : Cinta Pertama




tengoklah dia punya cover novel pun dah comel. kan kan? :D


Disebabkan rutin harian yang sibuk (eceh), tak. Sebenarnya dah terlupa pun tarikh pengumuman keputusan tu. Tengok Twitter, ada orang baik hati tolong tengokkan namaku (@Bulanhijau), mention nama. Apa lagi tengoklah notification. Terus terkejut. Terus log in Facebook tengok betul betul. Ye ke? Macam kelakar je terpilih. But, Alhamdulillah :') Buat aku senyum macam baru dapat surat cinta. Kawan pun naik pelik. Hahahahaha. Tahniah untuk diri sendiri Addi ! 

Maka judul yang telah menarik minat juri adalah seperti di bawah (pehal formal sangat) lantak aku ahh :




Aku pun sebenarnya tak tahulah apa yang menarik pasal cerpen ni sampai terpilih, mungkin sebab penangan misai lentik Pak Wahid kot (hahahaha).  Sebabnya aku target cerpen yang lagi satu tu, heh, yep aku hantar dua cerpen. Rajin kan aku masa itu? 

To be frank memang aku tak puas menulis menaip dua dua cerpen ni disebabkan oleh limited muka surat tapi cerpen memanglah macam tu kan? Kalau unlimited tu namanya kena jadikan novel (takyakinlagi) tapi sungguh nak buatkan cerpen ini dan itu lagi panjang. Tapi tak apa lah, yang sudah sedia ada ni pun dah terpilih. Perhaps better this way, InshaAllah. 

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JS Adiwarna sebab memilih karya cerpen yang tak seberapa (bagi aku) mungkin pada mereka ada sesuatu kot. Entah, tak berani nak cakap -.- 

TERIMA KASIH DAUN KELADI KALAU BOLEH NEXT TIME PILIH CERPEN AKU LAGI. EH? hahahahahahhaha xD

Untuk diri sendiri,
Tahniah Addi! One step closer ey? *laguChristinaPerriberkumandang*

p.s. Tak sabarnya nak tunggu November :)