Pen merah di tangan kanan diputar berkali kali. Dengan itu juga mata meneliti sekali lagi baris
baris ayat yang terpapar pada muka surat .
Tangan kiri memangku kepala. Kadang kadang, pen merah itu diketuk atas meja.
“Why am I not getting
this?” Yeen mengeluh perlahan. Suasana dalam library ketika itu memang senyap. Dah
nama pun library kan, takkan nak bising macam pasar pulak. Well, that happens
sometimes bila ada mereka mereka yang tak faham what library really means. Library means people are trying to study in a very
quiet and peace environment. Okey, sang penulis dah merepek.
“Hai.” Buku ‘sunflower
paediatrics’ diletak atas meja. Siapa pulak yang suka hati letak buku
paediatrics depan aku yang tengah belajar O&G ni? Yeen mendongak. Oh, Zahid.
Well, it’s been months. Empat bulan lebih tepat. Yeen senyum dan serentak
dengan itu Zahid menarik kerusi dan terus duduk bertentangan dengan Yeen.
“Hai back at you, Zahid.
And, rambut baru huh?” kening kiri terangkat sedikit melihat rambut Zahid yang
well, he looks kinda handsome with it. He has always been handsome though. Right,
whatever. Macam lah mamat ni tak tahu hakikat tu.
“Okey kan ?”
“Handsome as always.” Yeen
geleng dengan senyum sinis.
“Aku tahu kau takkan
hampakan aku, Yeen.” ujar Zahid sambil menyelak buku paediatrics itu.
“Weh. Lama gila tak jumpa kau.” Zahid tutup semula buku yang baru je dia
buka 5 minit tadi. Dah 4 bulan tak jumpa depan depan. Yelah, sorang rotation
paediatrik, sorang lagi kat wad ibu ibu mengandung. Memang tak de lah nak berjumpanya,
lagipun hospital lain lain. Terbantut niat asal nak belajar sebab nampak minah
ni duduk study sensorang. Zahid
pandang Yeen yang masih tekun memahamkan topik ’Induction of Labour’. Muka innocent cuba
dipaparkan di raut wajah supaya Yeen berhenti sekejap daripada apa yang dia tengah buat sekarang.
Pandangan Yeen ditala ke
depan bila dia merasakan Zahid tengah tenung dia macam dia ni boleh bagi
cokelat free. Dia geleng kepala. Ah dont give
me that look. “Zahid. Aku tengah cuba nak fahamkan induction of
labour ni. Boleh tak kita chit chat lain… ahhh fine. 15 minutes. Go!” Yeen akur
dia terus letak pen merah yang sejak tadi dia pegang. Lamanya tak jumpa mamat
depan ni. Senyum lebar terukir di bibir Yeen. Tak boleh nak tahan, gembira
jumpa kawan lah katakan. Mana tak senyum kan ?
“Kau dah gemuk!” Zahid pecah ais. Ringan je kaki
Yeen menyepak lutut Zahid. Zahid tayang muka sakit, Yeen tak kisah. That was a
reflex for calling me gemuk. Hambik kau. Aku masih langsing seperti dulu
okeeyyy.
Zahid senyum. Yeen masih
seperti dulu. Pantang kena usik gemuk, yelah makcik ni kalau makan gaya macam perut dia tu
ada dua je.
“Kau tu 4 bulan senyap je kan.” Pantas Yeen menggulung helaian kertas yang
tadi dia buat nota dan terus memukul lengan Zahid. Ah! Zahid sekadar gelak. Walaupun
masing masing rapat, tapi takde lah sampai tiap tiap hari mesej atau telefon.
Kalau urgent je handphone tu berfungsi untuk mereka berhubung. Orang kata biar
rasa sikit ‘kehilangan’ tu. Hahaha. Banyaklah kau !
“Rindu eh?” Zahid kenyit mata. Lagi sekali lengan Zahid dipukul dengan
gulungan nota. Banyak kau punya rindu? Tak ada makna aku nak rindu kau. Nanti, Zara buat drama tarik
tudung dengan aku pulak. Habislah reputasi aku nanti. Haha.
“Dah lah tak whatsapp, ke
apa ke? Mesej pun tak. Sombong gila.” Yeen buat muka tak puas hati. Siap
berpeluk tubuh. Tak puas hati jugak. Tak kira. Tahulah, tengah angau bercinta
tapi come on lah, ingatlah sikit kawan sehidup semati kau ni woi!
”Sorry Yeen.” Zahid tayang
gigi minta simpati. Yeen buat tak endah. Jari dah menggendang meja. Muka tak puas hati masih
tertera lagi.
“Kau dah kenapa, muka macam ada masalah je. Razin?” Zahid meneka. Ni, minah
ni kalau tak emo sebab Razin memang tak sah. Razin, the so called Yeen’s future life partner. Razin, sama macam
Yeen dan Zahid. Pelajar perubatan, cuma Razin bukan dekat Malaysia , dia belajar dekat India . Dan dia, dah
final year kat sana. Tunggu masa nak grad je. Macam mana boleh kenal? Masa
dekat Kolej Mara Seremban, sama-sama buat IB. Yeen tak lepas, tapi Razin made
it through. So yeah, hubungan jarak
jauh. Ada lah,
ups and downs well you know.
“Bila aku busy. Dia tak
busy. Bila dia busy, aku pulak tak busy. Pfhh. Pastu masing masing emo. Payah.
Menyampahlah.” Yeen lepas perasaan. Zahid mengangguk saja, tunjuk yang dia
memahami. Dah 3 tahun dia dengar masalah yang sama. Dah faham sangat dah drama
Yeen-Razin-dan-huhungan-jarak-jauh. Apa
ingat sengau ke hape sampai jadi huhungan, it’s hubungan. Sorry people, the
writer is just too lazy to erase it, hence the sengau. Haha. Kbye.
“Malas lah nak teruskan.
Putus je senang.” Yeen dah menongkat dagu. Zahid terkejut mendengar statement
yang baru keluar dari mulut Yeen. Gila! Gila! Gila dah Yeen ni.
“Wei. Rilek rilek.” Yeen
memandang malas. Serius. Zahid garu kepala. Mana boleh! Tak boleh. Bukan
sekarang. Bukan. Patutnya dari dulu lagi kau tinggalkan si Razin tu Yeen.
“Kau?” soalan dituju
kepada Zahid pulak kali ni. Don’t tell me your relationship is okay. That is so
not true. Zahid angkat bahu. Alah, pura pura sangat lah tu. Come on spill!
“Still waiting Zahid.”
Yeen psycho. Dia tahu mesti ada yang tak kena sepanjang dua bulan ni. Zahid,
kita dah jadi macam adik beradik dah 3 tahun ni. Takkan susah kot nak cerita
masalah kau kat aku.
“Fine.” Zahid mengalah.
“She is too clingy and I
get irritated.” Zahid meraup muka. Yeen sekadar gelak. Haha. Padan muka kau, nak sangat
kan. Hambik!
”How clingy is that clingy
bro?” Yeen nak korek details. Kena tahu. Aku dah kata, jangan couple dengan
Zara tu. Tak nak dengar. Pffh.
“Kau bayangkan, dekat
ward, kalau aku nak clerk patient, dia adeeeee jeeee..”
“Okeylah tu, ade kawan. Kan? Chaperon?” Yeen kasi the positive vibe.
“Okey. I’m fine with that,
tapi kalau masa teaching pun nak duduk sebelah aku, pergi mana mana nak ada
aku, semua benda kot. Penatlah weh. Aku pun nak ada masa dengan bebudak lelaki
tu jugak. Well people get irritated, even aku pun. And the lecturers noticed tu
lagi dahsyat.” Whoa.
“Kesian kau. Lama lama
okey lah tuh, kau kenalah cakap sikit kat dia. Okey?” Tu je yang mampu Yeen
cakap. Zahid diam. Tu lah, dah elok elok jadi lone ranger kau nak mencuba masuk
alam perhubungan memang ini lah jadi. Lagi lagi kalau dapat perempuan yang
clingy dan cemburu kuat macam tu.
“Ni kau jumpa aku ni, Zara
tak marah?” Yeen pandang kiri kanan tengok kalau kalau ada kelibat si Zara tu
mahu je dia pecut lari keluar.
“Sejak bila pulak aku ada
sign kontrak kena beritahu dia apa aku buat dan aku jumpa siapa.” Jawab Zahid
selamba. Kau selamba sangat ni Zahid. Karang ada yang heart broken kang.
“Aku tak nak lah nanti tak
pasal pasal aku jadi mangsa kena tarik tudung.” Kening diangkat tinggi sambil
melihat Zahid yang tengah kusut sekarang. Mungkin memikirkan perihal Zara yang
too clingy. Entah. Well, Zahid yang dia kenal dulu tak sekusut macam sekarang.
“Aku dah beritahu dia, kau
ni kawan baik aku. As in like best friend. She’ll understand.” Zahid bagi
kepastian.
“Harap harap ye.”
Tolonglah faham wahai Zara bahawasanya dia dan Zahid sekadar kawan yang dah
boleh cerita baik buruk diri sendiri dan kehidupan. Ada jugak yang salah faham tentang dorang. Yelah,
orang kata, kalau lelaki perempuan berkawan salah seorang nanti mesti terjatuh
suka, terjatuh hati dengan sorang lagi. So far, bagi diorang rasanya tak sampai
tahap ke situ. Kot. Eh? Ke masing masing buat tak kisah. Akan datang, hmm
entah.
“So yes, that’s about it.”
Zahid. Zara. Clingy and jealousy
“Aku pun ” Yeen, Razin, Malaysia, India. Hubungan jarak jauh.
Senyap 10 saat.
“Kau gemuk!” mula dah
Zahid yang menyakitkan hati. Kalau boleh nak tolak kerusi depan ni kasi dia
jatuh tergolek kat library ni baru padan muka.
“Rambut kau macam rumput
tak habis kena tebas.” Selamba Yeen. Zahid nganga.
“Cubalah mengaku yang kau
rindu aku for the past 4 months.” Zahid menduga. Senyum senget nampak lesung
pipit ditarik. Bajet poyo sangat tu wey.
“Fine. Aku rindu. Kau.
Kita. Whatever.” What the heck did you just say Yeen?
“Chill. Aku rindu kau
juga. Kita?
Whatever. Hahahaha” Yeen dan Zahid sama sama ketawa.
”Serius ah, rambut aku macam rumput tak habis kena tebas eh?” Zahid
mengelus perlahan rambutnya itu.
”Aku ada penebas rumput kat rumah. Nak pinjam ?” Yeen jelir lidah dan ditemani
dengan gelak tawanya sendiri. Zahid buat muka.
*
Dah berjanji dengan Zahid yang dia akan jadi tutor paediatric manakala
Zahid pulak in charge ajar O&G. Kafe Coffee Time menjadi lokasi tutorial.
à Yeen kau kat mana ?
Ada notifikasi whatsapp dari Zahid
ß Coffee Time. Kau ?
à Weh. Sorry. Zara ajak aku teman dia study harini lagi.
ß Oh. Okey. Happy
studying.
à Sorryyyyyyyy L
ß Takpe. Lupa pulak kawan aku ni dah tak solo lagi
dah. It’s okay
à Apa ayat tacing semacam je -.-
ß Celah mana pulak lah aku tacing. -.- kbye aku nak
study.
HTC Butterfly diletak
tepi. Tipulah kalau kau tak rasa sedih. Bukan dah janji ke? Bukan selalu kita
akan study sama sama dan buat discussion ke? Oh lupa. Sekarag dah lain. Zahid
bukan macam dulu. Zahid dah ada special friend. Of course dia dahulukan special
friend dia tu. Obviously Yeen! Tapi. Kan
dah janji harini! Grr. Semalam, dan kelmarin dan hari hari sebelum kelmarin tu pun jadi macam
ni jugak. Janji tinggal janji. Oh
lupa. Ni bukan macam tahun tahun lepas. Zahid ada Zara kali ni. Kena ingat tu
Yeen.
Yeen mengeluh panjang.
It’s okay Yeen. You will get through this. Janji Zahid happy. Jangan jadi
selfish. Zahid pun nak happy ending jugak. Kau ada Razin. Dia ada Zara. Fair
and square right? Tak. Razin tak de kat sini. How does that make a fair square
deal? Chill Yeen, chill. All is well.
Tak pasal pasal teringat
waktu dia dan Zahid lepak depan tasik lepas kelas. Entah haritu rasa nak lepak
depan tasik lepas PBL.
“Kau takut tak, Zahid?” Zahid pandang Yeen dengan
muka yang pelik. Dah kenapa tiba tiba tanya
pasal takut ni. Tak semena-mena pun.
”Takut apa?”
”Future. Masa depan.”
”Even the present pun aku takut. Apa entah lagi
future.” Batu kecil dibaling ke arah tasik.
“Aku tak sangka. We are adults now and we talk like
an adult.” Yeen tarik senyum sambil geleng kepala. Sangat!
“Kau yang mula. Tak pasal
pasal cerita pasal masa depan. Kalau kau nak jadi PM tu ada lah faedahnya kau
nak membangunkan negara supaya jadi lagi maju ke.”
“What else do adults talk about?” Yeen pandang
Zahid disebelah.
“Entah.” Angkat bahu. “Marriage?” lagi batu
dibaling ke tasik. Yeen dah gelak. Hahahaha. Ni topic paling hangat kalau
dibincangkan masa lunch dengan classmates. Lagi lagi bila ada senior senior
yang bakal berkahwin, si junior pulak excited lebih. Haha.
“Kau gelak, boleh ah. Ada
Razin. Untunglah!” rumput hijau pulak jadi mangsa Zahid. Dia menarik narik
rumput yang berada di kakinya.
“Sengal! For now. Yes. Later on. Mana tahu.” Tenang Yeen menutur. Betullah tu, hati orang mana boleh paksa. Mana boleh
tahu. Kot kot esok hati tu pergi kat
orang lain. Bukan kita pun yang pegang hati orang tu kan. Anything is possible.
”Untung jugak.”
”Doa-doa kan lah ye.” No
problem. Untuk kau. Takde hal.
”Yeen...”
”Hmm..” Yeen menyahut.
”Promise me something.”dahi
Yeen dah berkerut. Kenapa macam ada aura serius je nih? Aih, seram.
”Kalau aku tak jumpa bidadari
aku before aku grad, aku nak kau jadi bidadari aku tu. Tau?” Yeen sekadar
gelak. Zahid masih macam tadi. Orang cakap betul dia ketawa
pulak. Apa ingat aku buat lawak antarabangsa ke?
“Bengong! Dah tu Razin nak campak mana?”
“Kau campak lah dia balik
India.” Zahid pulak ketawa sakan. Ewah!
“Gila!” ketawa Zahid masih
kedengaran.
“Serius ni Yeen.”
“Yelahhh yelaaaaahh...”
Yeen menjawab malas. Malas nak melayan
Zahid ni.
Well that was in the
past....
Cawan kaca putih yang berisi hot chocolate yang tengah berasap asap
diletak ke atas meja yang diduduki Yeen. Yeen masih dalam posisi yang sama.
Headphone masih melekat pada kedua belah telinga. Bahu dicuit, membuatkan Yeen
tersentak dan terus melurutkan headphone dari telinganya.
“Your hot chocolate.” Suara Zahid menerpa. Yeen memandang cawan yang
berisi hot chocolate itu dan kemudian memandang Zahid yang menunjukkan signal
‘minum’.
“Eh. Kenapa ada kat sini?” pelik. Bukan dia patut ada kat tempat lain ke?
”Sebab aku rasa kau ada kat sini. So aku datang lah.” memang dari tengah
hari tadi sampai malam Yeen menetap dekat sini. Memang kafe ni bapak kau punya
kan.
”Zara?”
”Dah balik rumah.” oh,
patutlah. Yeen mengangguk.
”Dah kenapa aku rasa aku macam kekasih gelap kau ni, Zahid?” ketawa
dilepaskan jugak. Zahid turut serta. Memanglah tadi marah dengan Zahid. Tapi
sampai bila nak marah? Dia kawan aku kot. Segeram geram aku dengan
dia, sekejap je. Yeen mencapai cawan tersebut. Dia ingat lagi rupanya, siapa
yang lambat sampai orang tu kena belanja hot chocolate. Zahid oh Zahid. Yeen
senyum sambil menghirup air cokelat.
“Now tell me the signs and symptoms of pre eclampsia. One two, go!” Mahu
tersedak Yeen, tak sabar betul pakcik sorang ni. Aku belum habis minum air dah
terjah soalan O&G. Tahulah hebat! Dan Zahid tayang muka yang rasanya macam
dah bersedia kalau air hot chocolate ni tersembur ke muka dia. Pffh.
*
Hujan. Yeen mengeluh. Headphone masih melekat di telinga. Baru sahaja
selesai kelas Basic Life Support. Kelas pertama selepas cuti semester. Lagu
syahdu yang bermain di telinga diiringi dengan bunyi hujan turun, ini sangat
eargasm. Haha. Langkah kakinya terhenti melihat langit menurukan hujan.
Terbantut plan nya mahu ke kereta dan pulang ke rumah. Tanpa melengah masa dia
berpaling kebelakang dan terus bergerak menuju ke kafeteria. Yeen kalau dah
dapat headphone memang dia tak pandang dah kiri kanan. Dia dan dunianya, dan
dia sebenarnya tak sedar dari tadi Zahid mengekorinya.
“Are you avoiding me?”
soal Zahid tanpa memberi salam. Segera Yeen meletakkan headphonenya ke riba
apabila menyedari bahawasanya whatever he just said just now, she really didn’t
hear it.
“Sorry?” Yeen tayang muka
aku-tak-dengar-apa-kau-cakap. Zahid dah berpeluk tubuh.
“I said, are you avoiding
me, Yeen?” ujar Zahid dan matanya tepat memandang mata Yeen.
“Where got la mister.
Kalau aku avoid kau, we are not having this conversation now, right?” Yeen
berusaha untuk memutar belitkan keadaan supaya dia dapat larikan diri daripada
soalan elak mengelak diri daripada Zahid ni.
“Entah. Aku rasa kita, bukan… macam dulu.” Zahid mengeluh perlahan. Betul
bukan macam dulu. Bukan Yeen-Zahid yang selalu hang out keluar makan ramai
ramai sampai naik pokai dibuatnya. Bukan Yeen-Zahid yang dulu, yang teman Zahid
main rollerblade manakala Yeen sekadar memerhati dari tepi dan rakam setiap
kali Zahid jatuh. Bukan Yeen-Zahid yang mana Yeen akan luah perasaan sedih
sakit hati bila Razin macam dah tak wujud. Bukan macam dulu, sekarang bila
Razin betul betul dah hilang dari hidup Yeen, Zahid tak ada dekat sebelah dia
dan cakap, ”Kau ada aku, Yeen. Kau ada aku.” Sekarang dia dah hilang Razin.
Hilang Zahid.
”Kitaaaaa... still macam biasa. Right.” Yeen angguk mengiyakan statement
yang keluar dari mulutnya yang sememangnya bukan apa yang dia fikirkan. Well,
takkan nak bagitahu kot. Zahid tengah happy dengan hidup dia, takkan nak heret
kesedihan aku sebab the reason why aku sedih sebab aku dah hilang Razin and
also sort of Zahid. Ah, sebab Zahid
pays attention to Zara more. Snap out of it, Yeen. Dulu masa kau dengan Razin
sama je kan? Mesti Zahid rasa sama macam kau rasa sekarang. Kan? Ke tak? Ke
Zahid takde perasaan. Hmm.
”So… I heard.” Zahid
memecahkan kesunyian yang dah menjangkau selama 5 minit.
“Heard?”
“Razin. Kau.”
“Benda lama. Dah move on
dah pun.” Yeen tarik senyum, memberi pengesahan bawa yep, dia dah move on.
“Kau tak beritahu.”
“You never ask.”
“Aku tak tahu.”
“It’s okay Zahid. Don’t
worry. I’m fine. Really.” Memang nak beritahu tapi tapi. Perlu ke nak bagitahu.
Aaaah. Serabut! Aku bukan macam Zara. Aku Yeen. Kawan dia je pun.
“Ada apa apa. Cakap lah. Aku dengar.” Macam biasa Zahid memang boleh
specialized jadi Psychiatrist. Hahaha. He’s a good listener.
“Aku rasa kau dah dengar cerita aku. Nothing much. Kau pulak? Lama tak
dengar khabar. Sihat? How’s life so far?” giliran Yeen pulak menjadi sang pendengar. Lama
Zahid diam, kemudian dia bersuara.
“Aku rindu kau. Sangat.” Ha, ini statement berani mati untuk Zahid yang
boleh buat Zara kejar dia, tapi cukup nak buat jantung Yeen berdegup laju atau
kasi kupu kupu masuk dalam perut Yeen. Haha.
“Sangat? Nak membodek aku lah tu. Oh,
i’m flattered, Zahid.” Yeen balas sambil menahan muka ‘cool’. Ah kau Yeen
memang boleh sangat menang award berpura pura dengan perasaan sendiri.
“Hish. Orang cakap betul.”
Zahid cuba
memandang anak mata Yeen lebih dalam. Yeen dah gelisah. Gila. Gila dah mamat
ni. Mentang mentang dah lama tak prank aku, kau punya prank kali ni dah upgrade
level kasi jantung aku dup dap dan kupu kupu masuk dalam perut tahu! Urgh!
Benci.
“Oh, by the way,
Zahid-Zara is no longer exist. Dah lama jugak. Cuma aku tak beritahu sesiapa.”
Yeen dah terlopong. Otaknya berfikir
nak meneruskan reaksi macam ni atau nak melompat gembira. Yes, I’m getting my
Zahid back. Ho yeahhh! Bila semua ni terjadi?
“Dia jeles sangat kat
kau.” Zahid meregangkan tangannya ke depan.
”Apa aku buat? Kita bukan
’berkomunikasi’ sangat pun for the past few months. No?” Yeen masih ragu ragu,
aku tak bersalah. Don’t blame me!
“Entah. That’s the thing. Aku pun tak faham. So aku macam, fine whatever.” Riak wajah Zahid tak
dapat nak tafsir. Memang dia tak kisah ke macam mana ni? hmm.
“Kau okey tak?” Zahid
angguk. Tarik senyum.
“Mungkin dia fed-up aku
asyik mention nama kau je kot. Hahaha. Entah.” Awww, Zahid. Mungkin sebab tu
dia get irritated. Yelah, kan
ada masa yang kau akan teringat sesuatu bila kau buat sesuatu, masalahnya
memang dia teringatkan Yeen. Nak buat macam mana.
“So single lah ni?” Yeen
angkat kening memandang Zahid yang dah merehatkan tangan atas meja.
“Single and available.”
Kenyit mata. Yeen gelak. Dasar pencuri hati kelas atasan.
“So I think the deal is
on? Kan?”
Yeen kerut dahi. Zahid bulatkan mata. Takkan lupa. Yeen nganga. Shoot. Yelah
kot. Serius ah? Okey, ini sangat kebetulan.
”Hmm. A’ah.” Yeen dah garu kepala tak percaya.
”Dah berapa lama kita kenal Yeen?”
”5 tahun... ”
”Cukuplah tu kot kalau nak meminang anak dara orang eh?” Zahid senyum
senget saja je buat orang rasa nak jerut dia guna tie yang tergantung dekat
leher tu. Hish.
”Lebih daripada cukup.” saja Yeen mengikut rentak Zahid. Menggedik.
”Baguslah. Lusa, parents aku sampai KLIA. Dorang nak jenguk kakak aku, dia
pindah rumah baru. Jemput datang lah ye.” Zahid dah gelak evil. GILA!
”Tipu.”
”Ready by 11. Aku pick up kau
lusa. Jumpa parents aku.” Haaa ini mendatangkan lopongan mulut yang terbesar sampai
lalat boleh buat u turn 2 kali gamaknya. Mata Yeen berkelip kelip berulangkali. Are you kidding me? Gila!
Zahid petik jari dihadapan
Yeen yang seakan akan termenung. “Helloooo, Yeen. Focus. Lusa. 11 o’clock . I
pick you up, okay..” Yeen mengangguk lemah. Shoot. This is too much for the
day.
“Aku rasa macam nak balik.” Aik. Takkan terkejut kot. Nampak sangatlah
terkejut muka tuh.
”Nak balik. Tidur.” Yeen dah gantung headphone pada leher.
”Hujanlah.”
”Takpe.” Yeen dah bangun.
”Nah. Payung.” Zahid hulur payung biru muda.
”Payung? Kenapa?” soalan yang dah terang terangan kau tahu jawapan dia apa
Yeen. Kau dah kenapa? Cuak sangat sampai oksigen tak masuk ke otak ni. Aduhai.
”Well. Sebab kat luar
hujan.”
“Payung. Hujan.” Yeen
tarik nafasa dan kemudia dia lepas. Breath Yeen, breath. Yeen pandang ke luar
tingkat. Oh hujan. Shoot. Kau dah kenapa Yeen. Aaaa, gelisah, gabra semacam.
“Ambik payung ni.” gesa
Zahid.
“Tapi…” sebelum sempat
Yeen menghabiskan ayatnya Zahid dah memotong. “Ambik payung ni, sebab kat luar
hujan. Dan sebab aku sayang kau, aku taknak kau demam nanti masa nak jumpa
parents aku. Ha. Faham tak agendanya sekarang.” Sekali nafas Zahid menutur dan
saat tu jugak Yeen macam pakai blusher kat pipi.
“Eeee. Dah dah lah buat
jantung orang degup laju laju. Perut ni dah penuh dengan kupu kupu tahu tak?”
Yeen tak puas hati. Sayang? Rindu? Penatlah Zahid jadi pencuri hati kelas
atasan hari ini. I cannot take it anymore. Apa niiii apa niiii?
“Merahnya pipi dia…” giat
Zahid mengusik. That’s it.
“Dah... nak balik. Tidur. Bye.” Yeen beredar keluar dari kafeteria. Payung
biru muda dia gunakan sepanjang perjalanannya ke kereta. Dan sepanjang
perjalanan bersama payung itu juga dia tak berhenti senyum.
*
“Kau takut tak, Zahid?” Zahid
pandang Yeen dengan muka yang pelik. Dah
kenapa tiba tiba tanya pasal takut ni. Tak semena-mena pun.
”Takut apa?”
”Future. Masa depan.”
”Even the present pun aku takut. Apa entah lagi
future.” Batu kecil dibaling ke arah tasik.
“Aku tak sangka. We are adults now and we talk like
an adult.” Yeen tarik senyum sambil geleng kepala. Sangat!
“Kau yang mula. Tak pasal
pasal cerita pasal masa depan. Kalau kau nak jadi PM tu ada lah faedahnya kau
nak membangunkan negara supaya jadi lagi maju ke.”
“What else do adults talk about?” Yeen pandang Zahid disebelah.
“Entah.” Angkat bahu.
“Marriage?” lagi batu dibaling ke tasik. Yeen dah gelak. Hahahaha. Ni topic
paling hangat kalau dibincangkan masa lunch dengan classmates. Lagi lagi bila
ada senior senior yang bakal berkahwin, si junior pulak excited lebih. Haha.
“Kau gelak, boleh ah. Ada
Razin. Untunglah!” rumput hijau pulak jadi mangsa Zahid. Dia menarik narik rumput yang berada di kakinya.
“Sengal! For now. Yes. Later
on. Mana tahu.” Tenang Yeen menutur. Betullah
tu, hati orang mana boleh paksa. Mana boleh tahu. Kot kot esok hati tu pergi kat orang lain. Bukan kita pun
yang pegang hati orang tu kan. Anything is possible.
”Untung jugak.”
”Doa-doa kan
lah ye.” No problem. Untuk kau.
Takde hal.
”Yeen...”
”Hmm..” Yeen menyahut.
”Promise me something.”dahi
Yeen dah berkerut. Kenapa macam ada aura serius je nih? Aih, seram.
”Kalau aku tak jumpa bidadari
aku before aku grad, aku nak kau jadi bidadari aku tu. Tau?” Yeen sekadar
gelak. Zahid masih macam tadi. Orang cakap betul dia ketawa pulak. Apa ingat
aku buat lawak antarabangsa ke?
“Bengong! Dah tu Razin nak
campak mana?”
“Kau campak lah dia balik
India.” Zahid pulak ketawa sakan. Ewah!
“Gila!” ketawa Zahid masih
kedengaran.
“Serius ni Yeen.”
“Yelahhh yelaaaaahh...”
Yeen menjawab malas. Malas nak melayan Zahid ni.
“Kau pun.” Yeen bersuara.
“Apa?” Zahid tak mengerti,
apa yang Yeen nak cuba sampaikan.
“Kalau by 5th year, if aku tak jumpa siapa siapa. Meaning
tak de siapa-siapa. Kau kahwin dengan aku tau. Aku cop kau. Just in case. Aku
cop kau. Tau tau!” tegas Yeen. Zahid gelak.
“Deal.” Yeen angkat ibu jari
mendengarkan jawapan Zahid.
“Gila!”serentak mereka berdua
bersuara.
“Sangat.” Yeen dan Zahid
ketawa sambil memandang langit biru. Kelakar, main cop cop pulak. Apa kau ingat ni macam buat reservation kat hotel lah
kan?
Itu kisah entah berapa tahun lepas. Dan siapa tahu jadi kenyataan jugak
akhirnya. Mungkin hasil doa orang lain. Mungkin. Atau doa diorang sendiri, mana
tahu. Kan?