Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

28 July 2013

Hai :)

Habis je kuliyah dengan Prof Sumaiya, petang pulak ada study-group-suka-hati-buat-dengan-budak-budak-yang-rasa-nak-join-sekaki. Al maklumlah exam bakal menjelang. Haruslah rajin buat ulang kaji. Ulang kaji teori dan ulang kaji praktikal. Praktikal ni yang payah sikit, masa doktor mengajar cara cara nak uji pesakit, semua buat sambil lewa. Doktor suruh cuba, malu. Segan. Pi daahh. Haa kan dah merana nak exam ni. Haaa... Doktor suruh sebelum datang kelas revise video pasal central nervous system punya examination tak revise pun. Memang padan lah muka kena setepek dengan Dr. Hamida haritu.

"Siapa yang tak tengok video yang kami suruh kamu tengok tu?" Dr Hamida pandang kami berlapan. Wajahnya memang serius. Memang silap haribulan, mungkin harini ada yang kena terkam.

"Cepat mengaku!" kata Dr Hamida setelah ada antara kami berlapan yang teragak agak bila soalan ditanya. Macam mana nak jadi doktor ni?

Nak tak nak Rida, Wawa dan Nik angkat tangan. Ahh redah je lah! Kira jujur ikhlas lah ni mengaku. Tapi akibatnya kita tunggu dan lihat saje lah.

"Haaa you! Do the examination from the beginning." Kertas yang digulung ditujukan ke arah Rida. Rida telan air liur. Ah sudah! Memang lingkup aku hari ni. Dah lah tak revise sepatah haram. Dr Hamida dah duduk.

"Cepat sikit. Jangan buang masa."

"Assalamualaikum. Hi. I'm Dr Rida. I'll be your doctor for today's examination. So I heard that you've been experiencing weaknesses on you arm. So.. is that okay if I want to perform examination on you sir. Oh before that, your name sir?" Boleh pulak aku terlajak tak tanya nama kan? Nama pesakit penting! Penting oooi!

"Hoi!" Bahu Rida digoncang. Dia pejam mata. Ya Allah. Boleh pulak aku mengelamun. Wawa yang dibelakangnya buat muka tanda soal.

"Hehh, teringat kenangan lampau dengan Dr Hamida." kini Rida membuka buku physical examination tulisan Talley O Connor. Laman CNS examination dia teliti di muka surat kandunagn itu.

"Mak aaiih. Ni mesti pasal tragedi jujur-bukan-kepalang tu kan?" teka Wawa yang sedang mengeluarkan tendon hammer dari beg. Dan kemudian diletakkan di atas meja.

Jadi jujur sangat terima padah kena perform examination yang kau tak revise langsung yang serius zero knowledge. Heh, nasib ada groupmate yang tak skema memberi hint hint dan nasib baik Dr Hamida ada emergency call. Syukur sangat. Masa Dr Hamida takdelah baru beriya belajar nak perform examination tu. Muahahaha.

"So siapa join ni?"

"Macam biasa."

Macam biasa tu pastinya ada Nik. Kalau ada Nik mestilah ada Imran. Qis housemate yang dikasihi dan Khalif. Zara hilang kena kidnap. Heh, taklah. Dah ajak dah, tapi dia tak mahu katanya mahu berehat dirumah. Penat. Well, budak tu memang pelik sikit time belajar dia.

"Assalamualaikum." pintu bilik PBL dibuka. Muka Imran dan terjegil masuk. Sengih. Memang rombongan Cik Kiah. Lengkap dengan bebudak yang lain dan tidak dilupakan makanan sampingan ala ala kudap kudapan gitu. Hahaha

"Jom start!" Imran dah baring atas bed, berlakon menjadi pesakit.

"Kejap." Nik yang merupakan anak ustaz all the way from Kota Bharu Kelantan menadah tangan. Yep. Berdoa. Mudah mudahan segala ilmu yang bakal mereka pelajari untuk sessi kali ini diberkati dan kekal hingga akhir hayat mereka. Best kan dapat kawan macam ni? Indirectly, dia mengingatkan kita melakukan benda yang baik. Indeed we are human. We tend to forget, right? :)
 
*

Zara sedang duduk, melunjurkan kakinya di atas katil. Dan meja kecil yang berlipat pun berada atas katil. Meja kecil tu lah dimana letaknya laptop dan sekarang Zara tengah khusyuk melayan drama bersiri Grey's Anatomy. Memang favourite series habaq kat hangg. Dalam external hard disc si Zara tu memang penuh dengan medical drama series.Japanese medical dramas pun ada wa cakap sama lu bro. haha. Katanya bagi pembakar semangat gitu, ewahhh.

Mata Zara tak henti merenung skrin laptop yang menayangkan scene Cristina tengah operate husband si Teddy. And guess what she doesn't even know that patient on the table is Teddy's husband.

"Well, maybe sebab dah selalu masuk OT and we dont even bother to know the patient's name kot." Gumam Zara sendiri sambil geleng kepala.

Dan si Teddy pun put her trust on Cristina to operate her husband cause she knew Cristina would operate him just like the way she would hve done. Oh, Teddy ni mentor si Cristina. Mereka adalah cardiothoracic surgeon. Bukan senang seyy nak percaya kat orang. Aku ni pun nak kasi orang pinjam barang pun fikir dua tiga kali. Ini nak kasi kat orang operate suami sendiri. Tough decision, dude!

Sakit hati bila tengok Cristina buat surgery ni macam tak bersungguh je. Hmm. Biasalah Cristina ni degil.

Bergenang air mata tiba tiba bila masuk part..

Teddy's husband didn't make it. He died. Yes he died. And Cristina still doesn't have any idea that the patient that she was operating just now was Teddy's husband sampailah Owen datang. Dan Owen panggil Cristina and bagitahu dia yang patient atas table tu was Teddy's husband.

I bet you guys know what reaction Cristina would make kan? Terkejut. Sedih. Menangis. Menyesal. Ya. Mungkin ada banyak lagi.

"Kalau lah aku jadi Cristina. Hmm entah apa lah aku buat kan? To actually know orang yang aku operate tu suami mentor sendiri dan akan berusaha sampai sudah nak menghidupkan dia semula. Hmm tough. Indeed." Zara bermonolog sendiri.

Telefon Samsung S3 menyanyi riang, membuatkan Zara terpaksa pause kan sekejap drama yang sedang dia tontoni itu. Skrin telefon bimbit dia tenung. Lukman? Dah kenapa Lukman call? Buang tabiat ke apa budak ni? Pelik jugak. Tak pernah pernah lah si Lukman nak call. Ni dah kira pelik bin ajaib lah ni.

"Helo."

"Akaaakkk!" Lukman dah menjerit di talian sebelah sana.

"Salam tak de eh, Man." hempuk dengan bantal jugak budak ni kalau ada depan mata.

"Eh. Hehehe. Assalamualaikum, kakak." Zara boleh bayangkan Lukman tengah senyum macam kerang busuk sekarang ni.

"Man baru dapat mimpi ke baru dapat perutusan terulung call akak petang ni?" terjongket kening Zara. Menduga.

Lukman dah berkerut dahi. Eh, akak aku ni ada superpower ke apa, mana dia tahu aku mimpi malam semalam. Dan sebab tu aku call dia. Eh akak!

"Eh. Mana akak tahu Man mimpi ni?"

Dah pulak?! Hahaha. Aku main teka. Tak sangka pulak tepat tekaan tu. Eceh. Boleh dah label aku antara orang orang psychic di dunia ni. Boleh tak nak pops collar sekarang? Haha.

"Akak kot. Psychic Shah Alam mariiiiii..." Kerek habis intonasi.

"Pffhh."

"Jangan nak pffhhh pffhh. Ha, Man mimpi apa semalam?" Pergh bermimpi mimpi pulak adik aku sorang ni. Sebelum ni dia mimpi dia tak de pulak nak buka cerita, ni mimpi pasal apa yang sampai terbuka hati jiwa dan raga basikal, eh. Hahah sampai nak bercerita dengan aku ni. Harus dengar dengan teliti ini macam.

"Oh... semalam.. emm.. Man mimpi tak best ah, Kak." Ada nada sedih disitu.

"Apa yang tak best? Bola basketball Nike Man hilang ke? Ke racing bicycle man kena lenyek trailer?" Ni budak ni sedih ada dua sebab je yang aku tahu, tak basketball, basikal dia tuh. So which one bro? tell me. Your sister is eagerly to listen, you know. Ewahh akak dia. Hahaha/

Apa ke high imagination akak aku sorang ni.

"Amboi, racing bicycle kalau sedap kena lenyek, wa tak call akak wa, wa nangis 7 hari 7 malam dalam bilik. lepastu mintak basikal baru kat Abah lah." Zara sekadar sneyum kambing. Eceh mentang mentang anak Abah.

"Emang nya kamu mimpi apa? Ce cakap." Zara dah tak sabar nak tahu, kan dah termasuk slang Indon tu.

"Man mimpi yang Man tak dapat sambung belajar kat mana mana. Ahhh stress ah Kak." Laa, itu pasal ke adik Lukman ooii. Ku pikirkan apa. Haa, adik aku sorang ni kalau stress mengalahkan aku. Sampai demam demam bagai. Patutnya dia rilek saja lah. Result SPM haritu takdelah teruk pun, straight A aje. Orang straight A pun risau jugak eh?

"Man kan dah apply segala jurusan yang universiti tawarkan kan?"

"Yelaahhh.. tapii.."

"Man kan dapat straight A."

"Straight A je pun." straight-A-je-pun, kau cakap?! Serius ah Man?  Haa apa yang aku boleh buatkan hati adik aku ni tenang.

"Man dah doa banyak banyak?"

"Doa dah. Akak nak cakap suruh tawakkal ke?" Okay ni serius typical saying yang aku selalu dengar.

"Heh, well. Tawakkal boleh jugak. But before that, doa. Doa banyak banyak kat Allah. Dan percaya pada Allah. Yang inshaAllah rezeki tu ada, Man. Yakin dengan rezeki Allah."

"Hmmm..." nak taknak Lukman membalas.

"Nak dengar akak cerita tak?"

"Heh, akak kan story teller bertauliah anak Encik Zakaria." Zara senyum mendengarkan apa yang Lukman cakap.

"Pernah dengar cerita pasal Nabi Sulaiman dengan semut?"

"Macam pernah. Tapi, dah tak ingat sangat. Asal eh?"

"Well, tersebutlah kisah Nabi Sulaiman dengan semut.  Satu hari, Nabi Sulaiman nampak seekor semut dekat batu kering dan Nabi pun macam peliklah macam mana semut ni nak hidup atas batu yang kering ni. So Nabi pun tanya semut tu, semut semuuuutt, kau ada cukup makanan tak? Lepas tu semut pun jawab, aku percaya rezeki di tangan Allah. Dan dia yakin ada rezeki dia dekat batu yang kering tengah tengah padang pasir ni."

"Pastu, Nabi Sulaiman tanya, dalam sebulan dia makan berapa banyak. Semut jawab, adalah lebih kurang sebiji gandum sebulan. So Nabi Sulaiman pun nak tolong semut ni, dia masukkan semut tu dalam bekas then letak sebiji gandum dalam bekas tu jugak. Bekas bertutuplah kira."

"Pastu lepas sebulan Nabi Sulaiman datang balik tengok, eh asal setengah je semut ni makan, bukan haritu dia kata dia makan sebiji gandum sebulan. Ni setengah je. Dia tipu. Dia tipu. Pastu semut pertahankan diri dia, dia kata, dia tak tipu, kalau dia ada dekat atas batu tu pun dia makan apa sahaja yang bersamaan dengan banyaknya seperti sebiji gandum sebulan. Sebab rezeki tu dia yang cari dan rezeki datang daripada Allah. Sebab dia dah terkurung dalam bekas ni rezeki dia bergantung pada Nabi Sulaiman, dia makan setengah gandum sebab dia takut Nabi terlupa, so dia tinggal lagi separuh untuk keperluan masa akan datang. "

"Itulah walaupun sekering mana pun batu tu, rezeki datang daripada Allah dan semut kata Allah tidak pernah lupa kepada dia. Haaa yakinkan semut tu kat Allah. Man, pun kena yakin jugak. Okay? Doa selalu, ye?"  Haaa tak sia sia aku baca sirah nabi. Zara senyum sendiri.

Dengarkan aje cerita pasal Nabi Sulaiman dengan semut, Lukman terus terfikir sejenak. Yep. Percaya pada Allah. Rezeki di tangan Allah. Berdoalah.

*

"Macam mana kau buat ni Khalif?" soal Rida bilamana dia tengok lancar je Khalif buat biceps reflex kat Imran.

"Macam mana kau buat sampai nampak jerk tu?" soal Qis pulak.

"Macam ni. Kau buat flexion adn extension of the elbow joint pastu ku rasa kat bicet tu ada bende gerak gerak tak. Haa kalau rasa, kau mark guna ibu jari kat situ, pastu kau guna tendon hammer ketuk kat situ," Khalif mengajar. Dia menghulur tendon hammer kepada Rida, bagi isyarat supaya mencuba.

Rida cuba. Dan yes. Dapat Finally! Susah kot nak buat, nasib Khalif ada tips.

"Cuba demo triceps pulak." Qis tayang sengih, konon mintak simpati Khalif lah.

"Korang Osler's nodes tu macam mana? And Janeway lesion? Benda tu berbeza kan?" Wawa bukak soalan.

"Yup. Berbeza. Cuba tengok ada gambar dia kasi kat buku Talley O Connor tu." jawab Imran.

"Osler's nodes and Janeway lesion tu sign of what disease?" Khalif bagi kuiz.

Satu saat
Dua saat

"Infective Endocarditis!!!" semangat semua menjawab, kemudian masing masing senyum lebar. Ni kalau Prof Abdul dengar ni mahu bangga ni. Kira masuk otak gak lah apa yang dia mengajar kat kitorang. HAHA.

"Korang tobacco staining tu rupa dia macam mana? Aku ni dok lah cakap, there is no tobacco staining masa check tangan patient padahal tobacco staining pun wa tak tahu rupa dia macam mana." Wawa buat pengakuan.

"Haa macam ni." Segera Nik tunjukkan gambar yang dia Google sebentar tadi. Itulah fungsi smartphone. Kalau ada, guna untuk manfaat diri sendiri.

"Kalau nak real boleh tengok kat Umar."

"Umar?" Qis tersentak. Rida dah berkerut. Dan yang lain pun sama.

"Umar ada tobacco staining?" tanya Qis.

"Haritu aku nampak tapi, sikit jelah. Tak obvious sangat, kalau perhati betul betul baru nampak."

Tobacco staining?
Maksud, orang tu adalah smoker.
Maksudnya, Umar adalah smoker.


pesanan khidmat masyarakat: Smoking kills :)