Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

12 December 2010

Key.




‘Hari nak hujan.’

Ringkas mesej yang baru sampai. Nadia pandang skrin handphone, siapa pengirimnya? Tentulah Key. Kawan seuniversiti yang azali. So called reminder. Sure dia akan ingatkan si Nadia ni, entah, memang tabiat si Key ni agaknya. Alert terlebih. Haha.

‘Maka?’ Nadia jawab.

‘Bawak payung.’

‘Sebab?’

‘Nanti kau demam selsema’

‘Hence?’

‘You’ll be freakingly mengada when you get sick.’ Nadia senyum. Tak tahu nak balas apa. Biar jelah. Nadia selak langsir. Langit dah mula gelap. Sah. Hari nak hujan.

Banyak lagi event-event yang Key constantly selamatkan Nadia. Tak ada transport nak pergi universiti, Key dengan rela hati dan baik hati pergi u-turn ambil Nadia. Result exam tak berapa nak bagus, Key ada kat situ bagi kata-kata perangsang. Dah jadi tabiat si Nadia tak reti-reti nak bangun awal bila kelas pagi, maka Key jadi ‘alarm-clock’ yang terbaik pergi kejutkan anak dara yang tak sedar diri.

Key sendiri yang rela, tanpa disuruh Nadia. Tapi Nadia beruntung dapat kawan macam ni. At least, she knows, dia boleh bergantung pada Key bila dia ada masalah. Tak adalah nak simpan sorang-sorang. Ayat standard Key cakap,

“That’s what friends are for.”

Yang buat rasa speechless dan sweet je rasa. Haha.

*

Kafeteria yang tak berapa ramai student nak lepak jadi tempat lepak bagi Nadia untuk hari ini. Mencari tempat duduk di satu sudut yang tak berapa nak sibuk dengan orang lalu lalang. Misi? Menyiapkan assignment Fluid Dynamics yang asyik bertangguh dari minggu lepas. Due date? Oh ye, minggu depan hari Isnin. Harini? Oh ye, hari Jumaat. Terbaiklah kau Nadia Ismail!

Nadia duduk, pandang kiri kanan. Cun. Semangat berkobar-kobar di dada, dapat sikit idea nak laksanakan assignment Fluid Dynamics lepas tengok Key punya macam dah nak siap. Thanks Key. Bekas pensil transparent yang harga tak berapa nak mahal tu dia keluarkan. Okay, next up, file assignment. Hmmm, di mana kah dikau? Nadia godek-godek beg putih polka dot ungu tuh.

“Aih? Mana pulak niii…” Nadia mula cuak. Kelibat file kuning yang dia khaskan untuk Fluid Dynamics tak muncul-muncul. Jantung dah berdegup kencang macam baru keluar dari tempat yang pasang lagu gila kuat.

Gasak, dia keluarkan segala benda dalam beg ke atas meja cafeteria. Gaya dah macam hilang harta karun. Memang ada gaya. Dia garu kepala. Muka dah gelisah habisan. Shoot.
Nak nangis? Aahhhh, serabut kepala. Dah lah beg penuh dengan kertas note pad yang entah belong to which subject dia sendiri tak tahu. Nama je ada file berlambak. Chet.

Dia letak kepala atas meja. Jari telunjuk ligat mengetuk meja cafeteria. Kaki kanan hebat menghentak lantai dalam beat yang slow. Otak ligat nak recall kat mana benda tuh. Tadi macam ada je. Alih-alih macam tak adalah pulak. Shoot.

Satu nama keluar dari mulut.
Key.

Cepat-cepat Nadia mendail nombor Key.

Tuuttttt…tuuttt…

Tak ada orang angkat. Dia try lagi sekali. Kali ni operator menyibuk nak tayang suara dia yang tiap kali call sama je intonasi. Tau tak boring asyik ulang benda sama? Tak ada variasi? Ceh, tiba-tiba emo dekat operator. Maaf lah.

“Alaaaaaaaa Keyyyy! Pick up the phone la weiiii..” Nadia mengeluh.

“Shoot laaahh. Baru je semangat nak buat assignment. Arghh.” Nadia dah pegang kepala. Hish.

“Key pulak pergi mana ni? Orang nak mintak tolong ni.” Nadia peluk tubuh. Dia bersandar pada kerusi.

Ringtone Happy Tree Friends berkumandang segenap cafeteria. Nama Key terpampang pada skrin. Pantas dia menekan butang ‘accept’.

“Sorry. Aku tak dengar tadi. Handphone was on silent. Kenapa?” ujar Key satu nafas. Dengar hingar-bingar suara latar. Kat manalah mamat ni gamaknya.

“Key. File Fluid Dynamics assignment yang aku punya hilang. Aku tak jumpa,” Mendatar suara Nadia nak ucap satu persatu ayat yang sangat sadis itu.

“Heh?” Key macam pelik.

“Macam mana ni weh?” makin suram suara Nadia. Gaya macam nak menangis pun ada.

“Eh, eh. Jangan nangis. Kau kat mana ni?” soal Key.

“Kafeteria.”

“Aku datang lagi 5 minit. Jangan pergi mana-mana. Duduk situ. Jangan nangis, aku bukan tauke kedai tisu nak sponsor alat pengesat airmata kau.” Klik. Panggilan putus. Nadia tersentak. Ngeng~ orang tengah susah hati ada pulak dia nak mengaku dia bukan tauke tisu. Choy la Key!!!


5 minit berlalu…

Kelibat Key tak nampak-nampak. Jam dah tunjuk tepat 5 minit dari waktu Key beritahu dia nak datang. Nadia mengeluh. Haih. Dia pergi check handphone kot-kot ada miscall ke text ke kan? Jawapannya? Tiada. Haish.

Nadia hantar text dekat Key.

Kau kat mana? Butang ‘send’ di tekan.

Selang 30 saat, mesej masuk.

On the way nak sampai. Pusing belakang. =)

Segera Nadia pusing belakang selesai membaca 2 ayat terakhir mesej Key. Eh? Tak ada orang pun. Key lagilah tak ada. Eeeeeee… dia buat wakenabeb ke lah? Saat-saat gentir ni mengada pulak kau Key. Nadia dah buat muka masam, dia kembali pusing kedepan. Ke posisi yang sebelum ini. Terkejut. Key depan mata, tengah sopan duduk, memandang Nadia.

Nadia urut dada. Kus semangat. Deng~ Key tayang senyum.

“Buat terkejut orang je lah kau niii.. urgh. Orang tengah serabut nih.” Nadia tarik muka masam. Bajet comel lah senyum macam budak innocent tu. Chett.

“Hahaha. Sorrylah. Biasanya kau tak terkejut. Paling terkejut pun kau akan sebut, ‘oi’. Harini lain pulak reaksi kau.” Banyak cakap pulak ini mamat.

“Aku tengah susah hati lahhhh. Aaaaaaahhhh……. Nak nangis.” Nadia menekup kedua telapak tangannya ke muka.

“Eh, orang kata jangan nangis lah. Aku ada bawak hadiah ni.” Beriya Key kata dengan harapan janganlah si Nadia ni nangis.

“Hadiah apa lah?”

“Hadiah yang menggembirakan hati kau.”

“Tak ada apa yang dapat menggembirakan aku selain fail Fluid Dynamics untuk kali ni.” Murung sungguhlah wajah Nadia, ibarat langit cerah tiba-tiba awan mendung datang? Wah, hebat tak metafora aku? Heeee~

Nadia tunduk merenung kasut.

“Kalau aku berjaya buat hati kau gembira?” Key angkat kening sebelah.

Nadia angkat muka. “Jangan cakap kau nak kasi aku lollipop. I’m not in the mood, Key.” Balas Nadia hambar.

“Serius. I’ve got something better. Like way better than lollipop.” Ujar Key lagi.

“Kau dapat syer 20% facebook dari Mark Zuckerberg ke?” sempat lagi nak berlawak pulak.

“Wah, itu melebih-lebih namanya.” Nadia tergelak kecil. Ni akibat tengok Social Network lah ni. Hehe.

“Pejam mata.” Suruh Key. Nadia geleng. Tak ada mood lah nak main peek-a-boo, hide and seek what so ever lah Key. Tak faham situasi betullah.

“As you wish laah..” Key buat gerak gaya mengeluarkan sesuatu dari beg sling nya. Nadia terus menerus tunduk merenung kasut dan lantai yang tak berapa nak bersih. Mak cik cleaner tak buat kerja ke? Haha. Tak pasal-pasal. :P

“Ta-da,” Key angkat fail kuning yang mana wajahnya bersembunyi di sebalik file itu. Nadia masih tak bagi respon. Apa entah menarik kat bawah tu tak tahulah.

Key bengang. Ish. Orang nak bagi surprise ni dia buat dek pulak.

“Nadia!” barulah Nadia mengangkat muka.

“Tak nak?” Key tunjuk file kuning. Nadia dah ternganga. Eh? How? Speechless disitu. Eh tu file fluid dynamics aku! Aaaahhh! Senangnya dalam hati, file kuning datang kembali, di beri oleh Key, hey mana kau cari. Wah suka hati jiwa dan raga je tukar lirik lagu ye?

Key serahkan file kuning tu pada Nadia. Riak wajah Nadia dah berubah dari macam kena paksa telan buah pala yang tak digemari dah jadi muka macam nampak lori aiskrim. Dah senyum dah dia…

“Keyyyyyyy. Mana kau jumpa?” tanya Nadia nak tahu jugaklah kan? Senyuman Nadia tak lekang sejak fail yang dia rindui ditemukan kembali. Haha, gaya jejak kasih je kan?

“Aku pergi tempat lecture tadi. Then ada orang kata someone tertinggal fail. So aku pun macam pergi lah tengok fail apa. Alih-alih fail kuning. Dan terang-terang nama kau ada tertampal kat depan tuh. Memang jelas lagi bersuluh la.” Panjang lebar Key explain.

“Ohhh… thanks weh!!!” ucap Nadia. Nadiah peluk fail tersebut.

“No hal. Lain kali jangan lah tertinggal barang-barang yang sangat bernilai dan dalam waktu kritikal, cik Nadia.” Pesan Key.

“Yelah, Encik Khairi.” Nadia angguk-angguk.

“Ye ye je kau ni. Dari dulu buat benda macam ni, tertinggal itu ini lah. Degil. Orang pesan tak nak dengar.” Key dah keluar aura ceramah dia macam ibu pulak.

Nadia perlahan-lahan tarik earphone dari poket seluar nak disumbatkan ke telinga. Malangnya…

“Haaa… nak buat apa tuh?” Key yang sangat alert.

“Nothing.”

“Orang tengah cakap dengan dia ni. Dengar tak? Faham?” Key cakap lagi.

“Ye. Orang dengar lah. Faham.. faham..” Nadia angguk.

“Tu yang nak sumbat telinga dengan ear phone tu kenapa?” Erk? Kenapa kau nampak haaaa Key? Chet.

“Sebab nak dengar lagu.. hehe,” Nadia tarik sengih tayang gigi depan.

“Nak ngelat lah tuh.” Key balas.

“Baiklah Key, InsyaAllah saya takkan buat lagi. Ada short term memory loss lah Encik Key. Maaf sangat. Sorry sangat-sangat. Saya akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan saya pada masa akan datang,” sungguh formal Nadia bersuara.

Key hanya diam. Haaaaaaaaa, tau pun senyap. Tadi bagi ceramah macam dapat bayaran mahal je gayanya. Haha.

“Anyways, thanks Key.” Nadia senyum lagi. Heaven dapat fail kuning ni balik. Ni yang semangat nak buat assignment ni.

“Don’t mention it. Gimme treat lah baru cun.” Key smirk. Macam ada evil plan.

“Nak apa? Ais krim? Coklat? Lollipop? Bunga? Cakap je, yang murah-murah lah.” Nadia bagi pilihan. Tunngu Key bagi respon.

“Tak main lah semua tu.”

“Then?” Nadia tayang muka blur.

“Date dengan aku jom.” Selamba Key menutur menunggu jawapan dari Nadia. Nadia tak bagi reaksi apa. Muka tenang gila.

“Date dengan isteri kau lah. Buat apa date dengan aku bro. Hahaha.” Key geleng kepala, tergelak dengan statement Nadia. Sempoi. Haha, tak terjangka. Nadia memang bukan senang nak kata ‘Ya’ bab-bab nak memulakan relationship ni, sure dia bagi kau jawapan paling kreatif sedunia.

“Yelah.., let her be the first and the last eh? Macam tuh?” tanya Key, dia buat andaian sendiri.

“Bingo!” ujar Nadia bagi thumbs up.

Nadia elok-elok simpan fail berharga tu ke dalam begnya. Hah, lega rasa. Tinggal nak siapkan je. Jyeahhh! Sangat terhutang budi pada Key. Ni bukan first time, dah berkali-kali dah. :) thanks a lot Key !

“Kenapa aku rasa aku macam super hero? Aku asyik selamatkan kau je.” Key melambung-lambung iPhone oren dia. Wah, aksi yang sangat tak boleh tiru. Besides, memang mencari publisiti betul warna oren tuh nak warna yang memang suruh orang mengata kan? Haha.

Dulu, Key lah jadi tempat info kalau ada test ke hape sebab si Nadia ni macam tak lekat sangat dengan info test kalau Lecturer nak kasi pon.

“Kau bukan super hero. Kau lebih kepada, emmm, life saviour?” Key letak tangan kat belakang kepala. Gaya memikir sesuatu.

“Life saviour? Tak best. Tak fancy.” Key geleng kepala. Gedik!

“Then superman lah nak?” kata Nadia.

“Haaaa… that’s more I like it.” Nadia angkat bahu. Apa-apalah kau Key. Asalkan kau bahagia.

“Then kau Juliette lah.” Ujar Key selang 10 saat.

“Kenapa?” blur.

“Suka laaa..”

*

Key berjalan dikalangan sesakan orang ramai di Midvalley. Dia pandang kanan? Eh? Tak ada. Pandang kiri pun tak ada. Takkan kena kidnap kot. Key panjang kan leher. Nadia tengah syok berhenti dekat Baskin Robbin. Khusyuk meneliti flavour aiskrim dalam peti transparent tu.

Key berjalan menuju ke Baskin Robbin kalau tak alert tadi memang sah buat sessi mencari-cari sesama sendiri. Aduhai. Key berlari anak mendapatkan Nadia.

“Aiskrim?” Key cakap sebaik saja sampai. Nadia angguk. Dah siap order dah pun. Wah pantas dan efisen.

“Kak, bubuh banyak sikit kacang. Ehehe.” Pinta Nadia sopan. Ceh, bodek lah tuh. Ngeng~ kakak baskin robbin yang bertugas menurut perintah Nadia. Tuuu dia berlambak kacang bertabur atas aiskrim Nadia. Muka happy seindah suria gitu. Key dah duduk atas kerusi menunggu Nadia.

Nadia sampai. “Tak nak aiskrim?” soal Nadia. Dia segera duduk dan memasukkan satu scoop sudu aiskrim ke dalam mulut. Wah, paradise!!!

“Mahal. Aku tak kaya.” 4 perkataan Key jawab.

“Mengada.” Nadia tak ambil peduli terus dia sumbat aiskrim dalam mulut jugak. Key perhati Nadia. Apa yang menarik perhatian, adalah aiskrim yang dipenuhi dengan perhiasan kacang. Eh bukan Nadia allergic dengan kacang ke?

“Weh, bukan kau allergic dengan kacang ke?” Key tayang muka sangsi.

Nadia tak menggeleng tak mengangguk. Tekun makan aiskrim. Sah tak nak mengaku diri tu allergic makan kacang.

“Nadia. Jangan makan lah. Kau kan allergic.” Nasihat Key. Matanya tepat memandang Nadia. Nadia buat tak endah. Macam pekak pun ada. Senyap suasana antara mereka berdua.

“Nadiaaaaaaa…” suara Key makin kuat. Orang sekeliling dah pandang pelik.

Uhhuukk uhhhuukk.. Nadia dah batuk.

“Haaaaa… tulah makan lagi kacang kan dah batuk.” Nadia tak berhenti batuk lagi. Key peluk tubuh. Makin menjadi-jadi batuk Nadia. Nadia pegang leher. Muka dia makin pucat. Key dah agak cuak nampak muka Nadia dah pucat semacam. Dan berpeluh.

“Nadia, okay tak?” Key dah macam gelabah. Nadia sukar bersuara. Macam sesak nafas. Nafasnya tersekat-sekat. Segera Key tarik lengan Nadia, bawa dia keluar dari kedai Baskin Robbin dan seterusnya keluar dari MidValley.

Satria Neo dipandu laju oleh Key menuju ke hospital berdekatan. Nadia nampak makin susah untuk bernafas. Mukanya pucat lesu, berpeluh.

“Nadia, dah nak sampai ni… Hang in there, Nad…”

*

Majalah Motor Trader, Nadia selak dari depan sampai belakang. Dah sampai dua kali. Boring tengok kereta. Tak berapa minat. Ada pulak pergi provide majalah motor trader apa ada muka minat kereta ke rupa Nadia Ismail ni oooii?

Nadia baring. Bangun. Baring. Ah payah jadi penduduk hospital nih. Nadia peluk tubuh. Boring. Siaran tv langsung tak best. Pffthh.

Dah penuh bau penyakit pesakit je badannya. Shoot.

“Assalamualaikum.” Pintu dikuak. Kot putih masuk, tuan doctor muncul.

“Waalaikummusalam.” Jawab Nadia.

“Doktor bila saya boleh balik?” Nadia beriya tanya.

“Esok dah boleh balik,” Tuan Doktor reply dengan segaris senyum menyemak patient history.

“YES!!!” Nadia buat gaya yes. Tangan kanan dia tarik. Ho yaahh!!!

Tuan doctor beredar. “Doktor.. doctor..” satu suara memanggil tuan doctor yang baru keluar dari bilik pesakit, Nadia Ismail. Tuan doctor berhenti melangkah. Pemuda itu bergegas mendapatkan doctor.

“Bila pesakit ni boleh balik?” soal Key ingin tahu.

“Esok dah boleh balik. Kamu nii…?”

“Kawan dia.”

“Ohhh… esok dia dah boleh balik. Dia kena jaga makan jelah. Jangan makan kacang sebab dia allergic.” Explain doctor. Key angguk tanda faham.

“Terima kasih doctor.” Ucap Key dan doctor itu bla.

Key ketuk pintu. Dia jegilkan sedikit kepalanya supaya dapat masuk. Dia nampak Nadia tengah duduk dalam keadaan berlunjur atas katil.

“Assalamualaikum.”

Nadia tersentak. “Waalaikummusalam.” Balas Nadia.

“Nak masuk tapi segan pulak.” Kata Key maka dia pun hanya berdiri di tepi pintu yang sedikit terkuak.

“Haaaa… tak payah masuk.” Nadia cakap. Key senyum lesung pipit timbul. Kyop-ta! :D

“So? Feeling well?” Nadia angguk.

“Kau nak aku nasihatkan kau lagi ke?”

“Boleh je. Kau kan superman. Eheh.” Nadia buat big grin.

“Kau Juliette yang tak dengar kata.” Nadia tutup telinga. Lalala~

“Tengok tu… nasib baik aku ada. Kalau tak… degil. Orang kata jangan makan, kebulur nak makan sangat.” Key dah buat aura ala-ala abang sulung yang tegas.

“Yeeee… tau orang salah.” Telinga dah panas.

“Haaaa… tau-tau. Tapi tak dengar cakap orang.” Marah Key lagi.

“Yang kau datang sini nak marah-marah kenapa? Kalau macam tu baik tak payah datang. Bla lah.” Nadia dah emo.

Key diam.

“Fine. As you wish.” Key menutup pintu dengan kuat, heh mahu tercabut engsel pintu dan dia meninggalkan Nadia. Urgh. Mengada sungguh.

40 saat kemudian, pintu terkuak sedikit.

“Be careful, tonight. Malam-malam hospital ni berhantu sikit, maklumlah banyak orang hilang nyawa kat sini. So faham-faham je lah. Hahaha.” Tersembul kepala Key. Kata-katanya di iringi gelak evil.

“KEYYYYYY!!!! Gedikkkkkkk lahhh kauuuuuuuu!!!!!!!!!” Pap selamat sampai bantal hospital kat kepala Key. Kalau dalam kartun kan ada macam ala-ala bintang atas kepala tu, haaa macam tu lah apa yang Key rasa. Haha. Sakitlah ngekk~

Gaya nak gaduh macam untuk jangka masa yang lama, tapi tak menjadi. Deng~ masing-masing hati macam nak marah tapi macam taknak, but dah terlepas kemarahan so apa perlu buat? Act as if it never happens. Haha. Habis cerita. Apa perlu marah lama-lama kan? Nanti cepat tua lah.

*

“Kau tau kan kau jangan bergantung sangat pada aku kan?” Ayat sepanjang 10 perkataan terpacul keluar dari mulut Key.

Langkah kaki Nadia terberhenti. Dia pandang Key. Pelik. Weird. Strange.
Key yang sedar Nadia dah berada 5 tapak dibelakangnya memberhentikan jua langkah kakinya. Dia angkat kening.

“Kenapa berhenti?”

“Minyak tak cukup.” Jawapan tak masuk akal. Nadia berdiri static.

“Sejak bila guna minyak nak berjalan?”

“Sejak… emm… sejak tadi.”

“Apa-apalah kau ni Nadia…” Key terus berjalan tanpa menghiraukan Nadia yang gayanya menunjukkan protes.

“What do you mean by that?” laung Nadia pada Key yang dah berada 2 meter dihadapannya. Kenapa macam buat drama petang-petang ni. Dah lah tak ada director, cameraman langsung lah tak ada. Konklusinya ini bukan drama.

Key menghadang pancaran matahari yang berada tepat pada aras matanya.

“Haaa?” Kurang dengar ye kau, Key?

“Kenapa kau cakap macam tu?”

“Random.” Ngek kau random!!!

“Mengada. Kenapa? kau nak pergi jauh ke?” Nadia mula berjalan.

“Tak ada.”

“Then?” Nadia makin dekat.

“As a reminder. Okay?” Nadia dah ada sebelah Key.

“Ohhh. Hmmm, ye aku tau tu.” Nadia balas.

“So, bersedialah. Kalau aku dah tak jadi ‘superman’ kau. Nak selamatkan kau ke hape ke.”

“Alaaaaaaaaa.. kau still jadi ‘superman’ aku sampai bila-bila lahh.” Nadia menyedapkan hati diri sendiri.

“Ceh.” Key buat muka blergh.

“Betul lah. Lagipun Key, kau kadang-kadang macam Mak tau tak? Hehe. Macam ayah pun ada. Macam abang pun ada. Macam kakak tiri puna da. Hehe.” Sincere je Nadia ni.

“Kira aku merangkumi ahli keluarga kau lah?” Nadia hanya gelak.

“Lagi pun, superman ada sorang je apa. Key. Kau sorang. Tiada galang ganti.” Poyo nya ayat. Haha. “Kenapa aku rasa macam memuji kau terlebih sangat ni? Tak patut-tak patut.” Nadia geleng kepala. Key hanya senyum

“That would be true if…” Key sebut perkataan ‘if’ meleret leret dan disambungkan dengan ayat..,

“Kahwin jom!” direct! Hambik kau!

“Buang tabiat!” selamba Nadia balas.

“Tak ada tabiat nak aku buang.”

“Kira nak buang tabiat for the first time lah?”

“Bukan buang tabiat, bercakap benar.” Cehhhhh.

“Yang benar ye?”

“Ye lah.” Beriya Key mengangguk.

“Nak kahwin, tunggu aku grad lah, baru boleh kahwin. Boleh aku tolong jadi pengapit ke apa. Hehe. Can? Alaaa, setahun lagi je kot, Key. Boleh laaa..” Nadia kata sambil senyum macam tak ada hari esok. Haha.

Key pandang muka Nadia yang buat reaksi macam tak faham apa yang Key baru cakap tadi. Woi, bukan Key ajak kahwin dia ke? Key recall balik apa ayat sebentar tadi. ‘Kahwin jom.’ Ye agak general disitu. Key pun satu bukan nak kata, ‘Kau kahwin dengan aku jom,’ baru macam ditujukan pada Nadia. Ni tidak. Memang agak slow disitulah bagi Nadia. Der.

*

Hari convocation dipenuhi dengan senyuman pada setiap pelajar. Bagi Nadia, berakhirlah pembelajarannya selama 4 tahun, dan kini dia seorang pemegang sijil kepada BEng. (Hons) Mechanical. Ho yeahh. Segala penat lelah jadi pelajar telah pun tamat.

Di tengah kesibukan pelajar-pelajar Nadia memanjangkan leher mencari Key.

“Nadia.”

Nadia pusing belakang, yang terdengar namanya dipanggil. Muka Key menerjah ke ruang legar mata. Ewahh. Key senyum.

“Key.” Nadia panggil nama Key.

“Congrats!!!” ujar Key dia meluru ke arah Nadia.

“Kau pun! Belanja aku makan lah wahai, top student of Mechanical Engineering.” Nadia dah terkebil-kebil kan matanya. Riak muka Key macam rushing semacam.

Key buat tak ambil kisah. “Mak ayah kau mana?” soal Key.

“Erm,…” Dia pun tak berapa nak tahu mana mak ayah. Hehe.
“Haaaa.. tu.. tuu…” Nadia tuding jari pada pasangan yang tengah berborak dengan sorang pelajar. Heh, ayah memang terlebih peramah, semua orang dia nak tegur. Key yang mengikut arahan penunjuk arah Si Nadia pergi mendapatkan Mak dan Ayah si Nadia.

Nadia makin pelik. Apa kes datang-datang jumpa aku nak tanya mana mak ayah aku pulak. Bukan nak tanya khabar aku ke apa. Kenapa macam invi je aku rasa? Hehe. Orang suruh belanja dia buat dek. Nadia merungut.

Nadia perhatikan gerak geri Key, ayah dengan mak. Terangguk-angguk. Terpandang-pandang aku kat sini. Apa? Ada buat kesalahan ke? Mak pulak tersengih semacam dapat berita terbaik dari ladang.

Dah 10 minit mereka berborak, Key datang. Nadia angkat kening.

“Apa kes?” ujar Nadia segera.

“Kes nak pinang anak dara orang.” Nadia buat muka pelik.

“Siapa yang kau nak pinang?”

“Anak dia. Nadia binti Ismail.”

“Kenapa?”

“Sukalah.” Selamba ayam.

“Ayah kata apa?”

“Dia kata, dia akan terima tapi kena lengkapkan diri dengan ilmu ibadah, dia nak test. Dan cari kerja dah dapat gaji, boleh terus kahwin.”

“Ohhh..” Nadia angguk.

“Kira minggu depan boleh terus kahwin lah.”

“Haaa? Asal pulak.”

“Dah dapat kerja dah.” Key kenyit mata.

“Deng~”

“Serius.” Ye ye Key ni.

“Yelah.. Ilmu ibadah tu dah cukup ke tak? Nak pinang pun.” Soal Nadia bulat mata.

“In progress. Ustaz depan rumah dah jadi tutor aku. Hehhe. Minggu depan sure dah hantar rombongan. Okay?”

“Hmmm…” Nadia berlalu pergi. Key dah terkial-kial.

Ehhhh?? Main blah je pulak.

“Okey tak??” Key mendapat Nadia, dia berlari anak. Nadia pandang Key. Control wo control.

“Okey je.”

“Cool tak?”

“Cool je.” Cool je jawab, ceh Nadia ni.

“Kenapa cool?” tanya Key.

“Suka lahhh…”

“Suka lah ehhh?” Key nak kepastian. Cewah. Key dah senyum semanis madu. Aaaahhh, lesung pipit!!!

“Sukaa laaaaaaahhh…” Nadia jelir lidah.

“Suka lah tuh..”

“Lalalalalalala~ not listening.” Nadia letak tangan ke telinga.

Kelibat Mak ayah ada depan mata. Aish. Good timing betul. Mak dah sengih-sengih.

“Pakcik! Next week saya datang rumah Pakcik tau. Nak pinang Nadia.” laung Key. Ayah Nadia hanya mengangguk,bagi thumbs up. Sempoilaaa.. Perlu ke nak laung kasi semua orang dengar. Dah lah semua bajet pendengaran bagus je ni. Segan la mangkuk!

“Ayah, kasi soalan ilmiah yang mantap berkualiti disukai ramai tau,” pesan Nadia pada ayahnya.

“Ah tak ada, ayah bagi simple-simple je. Malas ayah, nak menanggung Nadia lagi. Cukup-cukuplah, mak dengan ayah nak berdua-duaan pulak.” Key dah bantai gelak beraneka gaya. Sengal!

“Eeeeeeeeeeeee, ayah kejam!!!!” Nadia tarik muncung tajam.

*

And yes, minggu depannya Key hantar rombongan meminang dan terus kahwin segala. Whoa, mantaplah.

Key pun akad nikah kena 2 kali. Nervous kot. cheh. Lepas habis acara tu, Nadia tanya, “Nervous ke tadi?”

Key dengan selamba jawab, “Eh, mana ada? Saja tak nak berlagak dapat buat akad nikah sekali je. Tak nak jadi orang riak.” Cover yeop cover. Ahaha.

Yelahhhhhhhhhhhhhh…!!! Apa-apa jelah, asalkan Key jadi ‘superman’ Nadia pun dah cukup. And they live happily ever after? Ever after ke? InsyaAllah. :)



p.s ; mengarut terlebih. ahhaha. plus, diriku tengah addicted dengan Shinee dan maka KEY menjadi inspirasiku bagi cerita ini. cewah. anyways. thank u jika anda habis membaca cerita ini. =)