Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

20 November 2010

less than three [pt 2]

Dah selesai unpack barang kat apartment. Alhamdulilah, dapat jugak tempat tinggal untuk setahun setengah belajar kat kolej ni. Aku senyum lagi lebar bila pihak kolej bagi aku dan Sofea tinggal sebilik. Maka, gegak gempitalah bilik hatta satu rumah ni nanti. Haha.

“Ibu dengan Ayah, balik dulu tau!” Ibu dah hulur tangan nak bersalaman. Aku pun mencium tangan ibu dan seterusnya ayah. Ambil berkat, buat pedoman. Haha. :)

“Rajin-rajin study. Pastikan dapat top in the world in A level.” Pesan ayah kepada aku. Ayah memang macam tuh, dari dulu suruh aku dapat straight A 100% which is kinda impossible to get 100% lah kan? Aku pun bukan genius mana pun.

Aku hanya mengiyakan saja statement ayah. Buat senyum ketat. Ayah bagi high expectation lah. Memang pressure kot. Haih.

“Nak salam tak nak nih?” Aku tanya pada Hafiz. Adik aku, sibuk dengan dia punya Ipod nano, gadget-gadget ni memang tak ambil tahu. Hafiz buat tak endah. Mana nak dengar kalau telinga tu sumbat dengan benda alah earphone.

Aku apa lagi sebagai seorang kakak yang inginkan rasa respect, aku tarik je lah earphone tuh.

“Hoi. Sakit lah, nek!” Hafiz bengang.

“Nenek ada kat kampung la, bijak.” Pantas aku menjawab.

“Cepat lah salam.” Aku menyuruh. Hafiz hanya menurut perintah.

“Rindulah kau, dekat kakak nanti kan?” aku dengan rasa tak segan membuat statement adik-beradik. Haha. Hafiz pandang kerek.

“Tak de masa.” Cheh. Jual mahal der. Aku buat tak dengar.

“Nanti kat rumah tolong ibu masak tau. Kesian ibu.”

Hafiz buat muka apa-masalah-kau-wahai-kakak?

“Suruh Hafiz pulak, dulu Hani pun jarang tolong ibu kat dapur.” Hambik akuuuu. Haha. Nak kenakan Hafiz, ibu pulak kenakan aku. Haih. Aku redha dengan hati yang terbuka. Skill memasak, masa kecik kecik dulu bajet terer la, yelah sekadar masak ape je kan, daun dengan ranting kayu ke pasir ke? Haha.

* * *

“Hani!”

“Hani, bangunnn!!!” suara merdu Sofea masuk dalam ruang telinga. Aku masih lagi terbongkang tidur.

“Bangunlah!!! Apa liat macam tanah liat kau nak bangun nih? Hish, mesti penyabar je mak kau kan nak kejutkan kau.” Ah, Sofea dah start bebel. Aku pun apa lagi, terus bangun bingit telinga. Haha. Tapi agak efektif lah kan, kalau nak suruh aku bangun haruslah membebel. Sure bangun berdesup.

“Today is our orientation day dude,” Sofea cakap lagi. Aku menguap.

“Yes, I know Sofea. You’ve said it for like 100 times already. Thanks for reminding me again, and again and again..” Aku bagitahu. Dari semalam, Sofea excited tahap budak kecik nak dapat duit raya, untuk harini.

15 minit,

“Alamak!” aku dah menjerit bila tengok baju satu hape tak gosok. Dah semua baju kemeja, plaid stuff like that yang kalau kedut sure macam baru lepas basuh punya style.

“Apa hal?” soal Sofea.

“Baju aku tak gosok lagi.”

“Gosoklah.”

“Dude, dah macam lewat je nih kot. Kau bagi aku pinjam baju kau dululah.” Aku dah mencari alternative.

“Ohh, okay-okay. Sat naa..”

Aku tunggu sambil lap rambut supaya kering.

“Hani…”

“Ha?” aku berhenti.

“Aku cuma ada…” dan Sofea mengangkat hanger baju tu dihadapan ku. Aku telan air liur. Apa jadah?

* * *

Boleh tak untuk harini je, masa tu berjalan dengan cepat?? Boleh tak? Please!!!! Aku dah sarung sneakers. Beg sling dah letak kat atas bahu. Sofea masih ada kat dalam. Aku meneliti jam tangan.

“Hani, apa jadah kau pakai sneakers???” mata Sofea dah macam nak terkeluar bila tengok aku pakai sneaker plaid hijau putih pink.

“Dah tuh?”

“Pakailah sandal ke heels ke?”

“Aku mana ada benda alah tuh semua laah.”

“Nah. Pakai ni.” Sofea letak kasut tumit tinggi.

Aku nganga. Speechless. “Kau ingat aku diva ke, pakai kasut tinggi macam ni?” aku tanya Sofea.

“Kau dah nampak macam model apa. Diva lah tuh,” Sofea kenyit mata.

“Cepat tukar. Mau orang tengok kau semacam je bila pakai sneakers dengan kebaya derr..” Kata Sofea. Aku hanya menurut perintah. Aku sempat jugak capai plastic letak sneakers dalam plastic dan sumbat dalam beg.

Sofea nampak. “Just in case.” Aku senyum seindah suria.

7 minit berjalan dah pun sampai depan kolej. Memang dekat gila. Nasib baiklah. Sofea dah jauh maju ke depan. Aku ni macam hape je, kena tinggal.

“Sofeaaaa! Tunggulah beb.” Aku panggil.

“Cepatlah. Dah lewat nih.” Sofea tunjuk jam tangan.

“Eh, kau senanglah melangkah sedepa. Kau pakai seluar. Aku ni, pakai baju kebaya. Memang agak limitlah pun aku nak berjalan. Dengan heels lagi. Eeeesh. Apa malang first day aku going to college la. Memang sopan habisan harini pakai baju tradisional. Urgh.” Aku geleng kepala. Chill dude. All is well bak kata Aamir Khan. Haha.

“Enough complaining. Jalan je lah, Cik Hani ooi. Ayulah kau pakai macam ni. Jarang kot aku tengok,” Sofea dah senyum-senyum kucing.

“Kau, diam.” Memang jarang pakai baju kebaya. Memang dalam history of my life lah, tak ada baju kebaya dalam list baju raya semenjak 18 tahun hidup. Haha. Bukan tak suka. Cuma tak gemar. Haha.

“HAHAHHAHA. Chill lah. It’s not like you’re an alien or something.”

“Of course it’s not like, but it feels like, I tell you man.” Aku jawab. Hailaaa.

Kini mereka jalan seiringan. “Dude, kau lain kali kalau nak iron baju pun, iron lah baju t-shirt ke kemeja ke, ni kau bantai iron baju kebaya pulak.”

Sofea sengih. “Entah apa seru aku dapat, teringin pulak aku nak menggosok baju kebaya nih. Ni mesti ada hikmah. Alih-alih kau pulak yang terkena pakai baju kebaya ni. Memang tak rugi aku gosok. Hehe,” Sofea bercerita.

“Apa-apa jelah kau.”

“Baju kebaya dah lawa. Heels dah mantap. Beg je yang tak padan.” AIh, Sofea. Kau jadi pengkritik fesyen aku ke ape?

“Kau jangan nak mengada-ngada eh…” Aku memang dah masa dengan perangai Sofea. Nasib akulah dapat kawan yang mementingkan penampilan feminine gitu. Haha.

* * *

Aku dah berapa kali lukis orang lidi siap ada family lagi ni haaa. Kolej ni pun bagi taklimat punyalah lama. Aku dah buat stretching ala-ala yoga dah.

“Weh, lama lagi ke nak habis?” Aku menyiku Sofea. Sofea angkat kening.

“Dude, baru mula 10 minit kot.” Sofea bengang. Menunjukkan jam tangannya ke muka Hani.

“See? Dah beranak pinak dah aku punya orang lidi ni.” Hani tunjuk lukisan orang lidinya menggambarkan betapa bosan nya diri dia sekarang. Sofea paling muka kedepan. Khusyuk mendengar si pemberi taklimat.

“Aku pergi toilet dulu.” Hani berdiri dan berlalu pergi. Kebas duduk kat kerusi auditorium tu lama-lama. Ngek kau lama. Baru 10 minit kot. alaaa, lagipun sejuk. Haha. Banyak alasan. Pintu auditorium di kuak. Dia melangkah keluar. Baru terasa kat Malaysia kalau keluar dari tempat tadi tu. Sejuk macam dekat kutub utara. Apa ingat kami ni ada gene beruang kutub ke boleh ambik tak kisah je kalau sejuk. Haih, orang Malaysia lah, duduk kat garisan khatulistiwa haruslah tidak biasa dengan keadaan sangat sejuk.

Aku berdiri tepi railing. Aku pandang sekitar kolej. Heee. Not bad lah. Kawasan besar. Ada basketball court. Badminton court. Tennis. Okay this is way better than I expected. Thanks ayah! Aku senyum pandang langit. Awan dah lawa, macam cotton candy yang banyak-banyak naik ke atas. Hehe. Ada bilik computer. Siap lampu lip-lap lagi. Tu yang perasan tuh. Hehe.

Aku pun apa lagi meneruskan misi ke toilet dengan harapan dapat jelajah kolej. Ini namanya sambil menyelam minum air. Haha. Dengan kasut ala-ala diva, terima kasihlah wahai Sofea yang sangat concern dengan keterampilan aku harini. Maka agak lemah gemalai, slow jugaklah speed aku nak berjalan pun kan? Okelah tuh, tak terburu-buru.

Beg sling aku selempangkan. Lagi senang. Mata dah melilau keseluruh pelusuk kolej. Merakamkan tempat-tempat yang aku tempuh nanti. Senang tak adalah nanti sesat. Heee.

“Eh, ada booth necafe. Free kan?” aku dah senyum happy. Alangkah nikmat kalau dapat minum Nescafe dikala ini. Segera dia melangkah.

* * *

“Are you ready?”

“Always.”

Check rambut. Agak-agak lah level nak cacak pun kan. Muka, okay, orait, tak ada tahi bintang jatuh kat mana-mana. Bersih. Clean and clear. Check t-shirt. Orait. Check senyum. Okay.

“We’re not going on a date, you know that right?” si kawan angkat kening. Soalan dituju pada empunya kawan yang sedang berposing sakan depan cermin.

“Yeah, man. But oh come on, we’re in charge to do orientation for new batch. New students. Girls, to be precise. It’s time to make a good impression,”

“Whatever dude,” si kawan tak hambik peduli.

“Qal, this is the time to at least get a girlfriend.” Nazrin tepuk bahu Qal. Qal hanya senyum. Tak tahu nak balas apa. Nazrin memang macam tuh. Selalu buat try and error. Haha. Dia tak kisah kena reject ke apa.

“Dude, see you there.” Qal beredar.. Nazrin hanya mengangguk.

Qal berjalan. Tangan masuk dalam poket seluar. Anak mata berlari ke bawah, nampak ikatan kasut terlerai. Dia terus membongkokkan diri mengikat kembali tali kasut yang terlerai.

Done.

“Oh dang it.” Qal bersuara bila tiba-tiba baju t-shirt dah ditumpahi dengan air Nescafe. Gadis yang memegang cawan plastic yang berisi air Nescafe tu hanya berdiri static. Beg dah jatuh ke lantai. Haish. Langgar orang, then senang-senang je pergi simbah kat baju orang kan? Gelabah. Errk. What to do lah? Lari? Erk. Haa.. yes. LARI! Okay lari dengan kasut macam diva ni memang boleh jatuh tergolek buat malu diri sendiri.

“Hey!!!” Qal panggil dengan harapan si gadis akan berhenti dan menoleh kebelakang. Ah, gagal. Gila berdesup jugaklah si gadis tu lari menyelamatkan diri, siap sempat tanggal heels nak berlari selamatkan diri punya pasal. Baju kebaya? Haha, first time a girl, going to college with baju kebaya. Satu rekod sudah dicatat.

*

“Ah lantaklah berkaki ayam pun. Peduli apa. Janji lari.” Aku tenangkan diri. Aku jinjit heels, dan mencari tempat duduk disebelah Sofea. Cawan plastic masih ada dalam pegangan.

“Kau test lantai kolej ke Hani?” kata Sofea bila tengok aku berkaki ayam. Gila sarkastik sahabat aku sorang ni. Sofea sengih. Aku duduk, dan mula memakai heels semula. Aku pass cawan plastic kat Sofea.

“Eh? Kosong?” Sofea pelik.

“Long story.” Agak adventure jugak berlari dengan heels dalam beberapa saat, tak daya aku lah. Sebab tu aku berkaki ayam. Tak kisahlah.

“Nescafe, is it?” aku angguk.

“Taklimat dah habis.?”

“Almost done.”

“And then?”

“Dia divide kita ikut group, senior yang handle. Then macam biasa, buat break the ice, stuff macam tu. Orientation day kan?” Sofea beritahu.

Dan pemberi taklimat mengakhiri taklimatnya dan kini senior pulak handle aktiviti seterusnya. Aku gapai beg disebelah.

“Aih?”

“Kenapa?” soal Sofea.

“Beg aku! Mana? Tak de ni haaa…” aku cuak. Oh shoot, takkan tertinggal masa langgar orang tadi. Alaaahhh… aku dah tepuk dahi. Dang it!

“Hani, weh. Tu bukan beg kau ke?” Sofea tuding jari ke arah beg yang di pegang salah seorang senior yang berdiri atas pentas.

“Mana?”

“Senior yang baju dia macam ada stain, Nescafe je.

“A’ah. Oh shoot.”

“Eh, how come beg kau kat dia?” Sofea makin pelik. Apa beg dia boleh terbang ke? Aku diam tak menjawab soalannya.

Sofea pandang cawan plastic Nescafe tadi. Aik? Nescafe? Nescafe’s stain? Beg Hani? Senior? Okay, what is going on? Sofea ligat berfikir, takpelah later tanya.

“Please don’t tell me, dia senior kita.” Aku dah separuh berbisik dekat telinga Sofea.

“Dia bukan senior kita,” laju Sofea balas.

“Really?”

“Tak.”

“Then?”

“Kau kata, please don’t tell me dia senior kita. So I said dia bukan lah. Aiyo.”

“Sofeaaa..” Aku dah menjerit geram, ada pulak yang kena pelangkung kat kepala. Seluruh auditorium senyap. Mungkin sebab aku jerit kuat tadi kot. cis. Masa aku jeritlah, semua orang senyap, der.

“Was that too loud?” aku tanya Sofea.

“Kinda.” Aku yang nak cover malu apa lagi berpura-pura main game dalam handphone. Haha.

“You with baju kebaya.” Suara dari speaker ke udara memenuhi segenap auditorium. Aku tak dengar sangat. Tengah syok kot main. Sehinggalah, Sofea menyiku aku, baru aku sedar.

“Haa?”

“Senior tu panggil kau.”

“Haaa?”

“You with baju kebaya.” Suara mamat yang tadi dia langgar. Halamak. Apakah? Aku berdiri sambil buat gaya aku-ke? Aku padang kanan kiri, belakang. Mamat tu angguk.

“Yes you.” Dia kata lagi.

“Anything?” aku tanya.

“Come here.”

“Why?”

“Just come, will you?”

Aku mengalah, malas nak buat drama sebabak kat auditorium yang penuh dengan pelajar lain ni. Aku mula bergerak menuju ke atas pentas.

“This is your bag, isn’t it?” Qal tanya.

“Yeah.”

“May I have it back?” aku bersuara.

“You didn’t even apologize for what you did. So what would I give this bag back to you then?”

Poyo pulak mamat nih. Kecoh nak speaking English lah.

“Fine. Sorry.” Nada suara aku yang sangat malas. Aku nak beg aku je boleh, tanpa soal jawab?”

“That doesn’t sound like you mean it.” Eh mencabar kesabaran aku nampak.

“I said sorry.”

“Again.”

“Sorry, alright?” Qal buat muka tak layan. Beg Hani masih tak dipulangkan. Aku dah bengang.

“Say it in a fancy way which comes from the bottom of your heart,” banyak pulak karenah mamat bajet mat salleh. Nih. Urgh.

Aku dah ligat berfikir nak say sorry in a fancy way. Huh? Banyak karenah ini mamat. Nak say sorry in a ‘cute’ way.? Ala-ala, manja gitu. Oh please, kecomelan aku bukan untuk tatapan semua orang. Haha.

“Haaa.. listen.” Aku bersuara.

“Go on.”

“I don’t like chocolates or even flowers, a scoop of ice-cream would be perfect, I say sorry dear Mister, can I please, have my bag back?” Haaaa penat merangka ayat dalam kepala bukan senang, pantun dalam English, rhyme kena sama barulah lawa. Ye tak? Yelah!. So, sekarang kena senyumlah kan? Aku senyum separuh. Ada pulak separuh ke penuh ye tak? Ah, style akulah, nak buat macam mana. Haha.

Qal macam speechless. Okay, that was clearly way different than he thought it would be. Kotlah, buat ala-ala Girl’s Generation punya Aegyo kan? Tapi, haaa.. unik. Cool. Apology accepted.

“Here.” Beg dipulangkan.

“Thanks.”

“You’re welcome.”

“Haiqal, by the way,” Qal bagitau. Memperkenalkan dirilah tuh. Bajet aku ada tanyalah heh?

“I don’t care, anyways.” Aku balas lalu menuruni anak tangga kembali ke tempat duduk di sebelah Sofea. Qal geleng kepala. Lain sangat! Dia jungkit bahu.