Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

08 September 2010

Pre-Raya. haha. =)

“Berlalulah sudah Ramadan sebulan berpuasa.. tiba syawal kita rayakan, dengan rasa gembiraaaa…” Feeqa dah ambil mood raya, lagu raya dinyanyikannya. Maklumlah lagi 3 hari nak rayakan, so aura raya tu dah menjengah masuk.

Syara yang tengah pandu kereta geleng kepala. Izzah yang duduk kat seat passenger dah tutup telinga, protes dengan Feeqa nyanyi.

“Weh, diam lah. Memekak je kau ni.” Izzah bentak. Tangannya masih dilekapkan ke telinga. Feeqa buat dek.

“Tengok Arra ni. Tak kecoh pun macam kau Izz ooi..” Feeqa cakap sambil tuding jari ke arah Syara. Syara senyum sinis dan kemudian berkata, “Feeq, kalau aku tak pandu kereta ni, dah lama aku lekapkan tangan aku kat telinga ni haaaa…” Izzah dah gelak kat belakang. Yes, ada gang. Kesian Feeq. Nasib kau lah dapat kawan yang tak berapa nak supportive ni haaa…

Feeqa buat bodoh. Ada aku kisah. Aku punya suara. Aku nyanyi ikut suka lah kan. Korang jugak yang merana bukan aku. Hahaha.

“Weh, nak pergi bazaar kat mana nih?” Dari tadi dok pusing stering ke kanan ke kiri, baru nak tanya nak pergi bazaar mana. Bagus punya pemandu lah kau Syara!!!

“Deyhh, dok lah beriya kau ajak kami pergi bazaar Ramadan, kau pulak ala-ala blur,” Feeqa cakap sambil memerhati sekeliling. Sah aku tak tau mana si Syara bawak kereta ni habiskan minyak petrol. Agak-agak dah sampai golok tak? Nak jugak aku rasa kahwin kat selatan Thailand. HAHA. Ada pulak kau berangan masa dah nak raya ni Feeqa? Derrrr la kauu…

“Arra, arra, kita kat mana ni weh?” Izzah menyoal. Dia sendiri pun tak mengerti, masihkah beliau berada dalam sekitar negeri Selangor nih? Haha.

“Entah,” simple but not sweet punya answer.

“Choyyy la kau, Arra.” Izzah dah tarik seat belt kat belakang.

“Apa kau formal sangat ni Izz weh?” soal Feeqa yang tengok Izzah dah tarik seatbelt.

“Saja. Aku kan menitik beratkan keselamatan di jalan raya. Bukan macam kau, dah duduk depan tak reti-reti nak pakai seatbelt. Sat gi, pak polisi tunggu, gelabah kau.” Izzah cakap diiringi dengan gelak tawanya tersendiri.

“Okey fine.” Feeqa pun dah tarik seatbelt.

Syara tengah tertinjau-tinjau, mana pulak bazaar Ramadan ni.

“Weh, korang tau tak mana bazaar Ramadan yang macam dekat dengan tempat yang kita sesatkan diri ni.?” Tanya Syara penuh harapan ada antara Izzah dan Feeqa yang tahu.

“haaa… aku tau!” Gila semangat si Feeqa cakap sambil tangannya diangkat ala-ala nak jawab soalan cikgu.

“Derrrr.., aku tahulah kau rindu zaman sekolah, tak usahlah nak menjawab soalan si Arra ni pun kau nak angkat tangan.” Izzah menegur.

“Well, pelajar terbaik lah katakan. Aku menitik beratkan kesopanan dan kesusilaan semasa menjawab soalan orang.” Iyo lah tuh Feeqa ooi. Muka Izzah dah macam nak tukar warna hijau. Haha. Nasiblah kau.

“Haaaa… mana-mana? Bagitau aku?” ujar Syara separa excited.

“Oke oke… jalan ni, kau straight je…” Feeqa bagi arahan. Syara tekan pedal minyak, slow and steady. Nampak comel je kalau Myvi jalan macam ni. Haha. Macam innocent habisan. Cuba bayangkan kalau Myvi, ala-ala hyper semacam mau terbelalak mata orang yang tengok. Haha.

“Ni ada junction, kanan ke kiri?”

“Kiri-kiri…”

3 minit kemudian,

“Kiri ke kanan?”

“Kiri.”

“Ni?”

“Kiri lagi..”

“Weh weh, apa asyik terkiri-kiri ni, apa kau masuk haluan kiri ke Feeq weh?” Izzah mencelah.

“Kau diam.” Feeqa nak ambil feel punya banyak kau kacaulah Izzah!!!

“Haaa… ni amacam. Nak kata ke kanan tak boleh. Nak kata ke kiri tak boleh jugak. Straight pun macam harapan je laa kan.” Ujar Syara bila tengok jalan yang mereka lalui depan tu ada petanda. “Under construction.”

Feeqa hanya, “erk??” buat muka innocent.

“Kau jangan kata kita sesat.” Syara dah bagi amaran. Gear reverse ditarik.

“Dah tu? Fine. We’re lost! Lost in the city!! Huwaaaa..” Feeqa buat drama sebabak.

“Izz, join aku, buat drama jom! Sama-sama menjerit.”

Tanpa berlengah masa si Izzah join.., “Noooooooo… AAAAAAaaaaaa, kami sesaaattt!!!”

“Woi ! Apa korang nak audition drama ‘sesat di bandar’ bukan dekat sini. Sat gi pecah cermin kereta aku siap korang.” Syara cakap.

“Weh, lost in the city, sounds so cool!!!” ujar Feeqa sengih-sengih.

“Lost in the city while looking for Bazaar Ramadan, sounds pathetic Feeq ooiii…” Syara jawab.

“Okay fine.”

“So jadi ke tak pergi bazaar Ramadan?” Izzah tanya. Maulah perut aku berjoget lambak nanti kalau tak makan apa-apa bila waktu berbuka dah masuk.

“Macam tak je.” Syara buat nada sedih. Agak, failure disitu. Haha. Masing-masing newbie kan.

“Pergi Mid jom.” Ajak Feeqa.

“Oh no problem!!!” Syara excited balik. Berdezooopppppp……. Si Syara pandu Myvi masuk lane jalan ke Mid-valley.

“Wowowoo!! Chill babe, kau nak racing ape?” Feeqa dah pegang handle kat atas tu. Gila makcik ni bawak kereta gila laju. Sekali tekan pedal minyak, mau ketinggalan ferari nak mengejar. Okey fine, itu hiperbola yang tak masuk akal. Over~. Haha.

“Entah, tadi tekan minyak macam tak nak berjalan kereta ni. 10 km/h laaa.. derrr.. sekali hambik kau, 120 kn/h dia bantai… cool down la beb. Aku tak kawin lagi ni…” Izzah dah merepek.

“Lama kot aku tak pergi Mid-valley!!! Arrrr… rindu gila!”

“Rilek laaa, kau ni tak padan pakai Myvi nak laju je. Agak-agaklaa pun.” Feeqa cakap. Syara redha. Nasib akulah, dapat mereka sebagai kawanku ini. Syara slowkan sikit had laju kenderaan. Ahaha.

“Macam ni baru cool,” Feeqa komen.

Syara pandang meter kereta, 60 km/h. “Dey, ni kalau Mak cik senah belakang rumah aku bawak motor pun boleh potong wehh..”

Izzah gelak kat belakang. “Oooi, cik Zah kat belakang. Dok ketawa je hang dari tadi, bawak mengucap sikit noo…” there, hambik kau Izzah. HAHAH.

*

Mak aihhhhh, gila sesak nak masuk entrance Mid Valley nih!!! Syara dah kerut muka. Memang mencabar ketaqwaan dan keimanan laaa… nak cari parking satu hal.

“Izz, kau turun dulu. Cop tempat kat Secret Recipe.” Suruh Syara.

“Orait, Feeq, Jom!” ajak si Izzah.

“Eh , eh, Feeq dengan aku.” Syara cakap lagi.

“Pe kes?”

“Budak ni berguna nanti masa aku nak cari parking.” Syara senyum.

“Okayy..” Izzah hempas pintu Myvi. Tak sengaja.

“Weh, dol! Kau ingat time ni sessi hempas pintu kereta ke?” Syara dah membebel. Haaa, feeqa, hang tadah dla telinga tu. Haha.

*

Mana pulak tempat kosong nak di parking kan kereta ni. Mata masing-masing dah dibuka luas, nak scan tempat kosong.

“Haaaaaaaaaaaaa… tu diaaa… cepat cepat.!! Macam kosong je tuuu..” Feeqa dah menjerit. Syara apa lagi, berdesup la bawak kereta pergi tengok betul ke tempat kosong. Rasa girang dihati dah timbul.

“Choyyy, kancil ni memang membantutkan aku punya rasa excited laaa..” Syara dah bengang. Feeqa keluh. Apa nasib.

“Memang, benci betul aku kalau dah macam ada harapan tapi di tarik balik.” Feeqa buat penjelasan.

“Next!”

Punyalah lama diorang dok pusing satu aras tempat parking kereta. Tak jumpa-jumpa. Ada tu, dok lah menunggu kat belakang kereta yang macam nak keluar, alih-alih, tak jadi keluar pulak makcik ni. Lain kali habaq mai awal sikit naaaa… cobaan.

Tingkat lagi satu dironda sehabis mungkin, sama jugak trend, tak kancil, makcik pakcik yang bagi harapn palsu dan sekali lagi mereka dikecewakan. Rasa kecewa tu macam baru nak makan ice cream alih-alih dah jatuh ke tanah. Wah gituuuu…

“Haaa,, tu..tuu…” Feeqa dah bagi arahan. Cepat-cepat. Syara pusing streing. Perghh.. alhamdulilah. Akhirnya jumpa!!! Ho yeah, namun macam kena fight jugak la nak spot ni kan, sebab ada lagi satu Myvi yang tak sedar diri pun nak hambik spot tu jugak. Dengan keberkatan bulan Ramadan rezeki berpihak kepada mereka. Dan juga berbekalkan muka Syara yang dia buat macam garang ala-ala singa betina tu. Syukur alhamdulilah.

“Apa pandang-pandang?” Syara masih dalam mood nak terkam penghuni Myvi yang lagi satu.

Bbbzzzz Bzzzz,, *apa aneh sangat bunyi ringtone si Feeqa ni.

“Weh, naik lenguh kaki aku ronda satu Mid. Secret recipe kat mana wehh??” Gila penat si Izzah dok ke hulur ke hilir, sempat singgah kat Livin’ Cabin lagi. Tuu dia, sambil cari Secret recipe, singgah Livin’ cabin dulu. Haha.

“Jap jap..” Feeqa mintak hold on.

“Arra, arra, kau tau tak si Izz ni tanya kat aku ape?”

“Ape?”

“Secret Recipe kat mana.”

Syara tak mampu nak berkata apa. Hanya mampu menepuk dahi sahaja. Ya Ampun, Izz!!!!! Dah elok-elok aku turunkan kau kat drop off passenger depan Mid tadi. Dah terang benderang ada Secret Recipe kat situ, apa kau tak nampak ke?? Apa patut aku tulis surat kiriman rasmi suruh Pihak Midvalley lancarkan satu spotlight kasi nampak itu Secret Recipe. Syara dah geleng kepala berulang kali.

“Hello, Izz. Kau pergi turun balik tempat yang Arra turunkan kau tadi..” Feeqa cakap.

“Eh, eh, dah nak balik ke?”

“Derrrrr, bukanlah. Kau pergi situ balik, pastu kau pandang belah kanan ke kiri ke, ada lah Secret Recipe tersergam indah kat situ. Oke?”

“Errkkk??? What the heck! Kat situ ke?” Izzah dah bengang.

“Yes sangat what the heck kat situ je.” Dan feeqa mematikan panggilan.

*

“Grrrrrrrrr… penuh siot!!!” itu dia perkataan yang tersembul dari mulut Feeqa bila nampak ramai umat manusia kat restoran Secret recipe. Feeqa kalih pandang tengok reaksi Syara. Syara angkat bahu. Izzah, tak tahu lah mana dia dah pergi. Dah dekat 5 minit kot, si minah ni tak sampai lagi.

“Dominos?” Syara tunjuk muka nak-tak?

“Jom la..”

“Nak roger Izz? Aku tak tahu dah sampai ulu Mid-valley mana budak ni pergi,” Feeqa soal Syara. Nak inform Izzah ke tidak.

“Tak payah lah.” Syara dah tunjuk elemen kejam. Haha. Syara sengih evil.

“Wah kauu… apa dosa yang dia buat kat kau sampai kau kejam sangat nih?” Feeqa straight to the point.

Syara gelak. “Haha. Aku rasa budak tu tak sesat, Cuma dia yang menyesatkan diri.” Selamba si Syara menjawab.

“Maksud kau?”

“You wait and see lah.”

Feeqa mendail nombor Izzah.

“Weh, kau kat mana nih?”

“Adaaaa ni…” Izzah dok belek-belek jeans Romp. Cet. Kau pergi bershopping pulak Cik Izzah ooi. Eeeii, ni warna tak lawa. Tak nak tak nak. Ish, ni macam hape jee.. tak mau. Apa nih Romp, tak masuk denagn taste aku langsung. Haih. Izzah dok membebel dalam hati.

“Dominos ye Izz.”

“HA?” Izzah buat style pekak badak.

“DOMINOS!!!”

“Kenapa dengan dominos?”

“Buka kat dominos laaa cik Jah ooiii!!!” Feeqa dah teriak.

“Ohh oke oke.” Feeqa tutup handphone flipnya. Izzah sibuk dok tilik jeans yanga ada depan mata. Alaa, semua tak kena. Tak pelah, masuk Levis la sat lagi. Don’t worry, Mid valley bukan nak pindah lagi 5 minit. Chill.

Izzah keluar dari kedai Romp. Kaki diatur tanpa arah. Amende Feeq cakap tadi? Buka kat mana? Kat Flamingos? Amigos? Galapegos? Kepala digaru.

*

“Dia tau tak kat mana Dominos ni?” Syara soal sebaik sahaja sampai depan Dominos. Ah lega, kurang orang. Nasib baik.

“Tak, kot.” Sepatah dijawab Feeqa.

“Asal tak bagitau?”

“Kau ingat kau je kejam? Aku pun sama.” Feeqa senyum evil.

“Kira berdua lebih baik lah nih?” Syara angkat kening.

“Bukan, two is better than one. Awwww~.”

“Choy.”

Maka dengan itu, mereka melangkah masuk, mencari spot paling cun. Syara tarik tangan Feeqa. Feeqa menurut saja.

“Cet! Ada orang dah hambik tempat kita lah Feeq. Choy sungguh.” Syara tarik muka masam. Baik punya landinglah group tu, macam tau-tau je kitorang pon nak spot tuh. Cet!!!

“Ah duduk jelah kat sini.” Feeqa tarik lengan Syara. Mereka duduk bersebelahan dengan spot yang cun tadi. Okelah, kira ambil berkat lah. Haha. Banyaklaaa…

Menu diberi oleh pekerja disitu. Feeqa tatap menu. Semuanya sodap. Haha.

“Kau order laah.” Feeqa kata kat Syara. Syara pandang pelik. Okay then.

“Kak, bagi…. Blablablablabla”

*

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam,” Syara dan Feeqa menjawab. Izzah depan mata. Ya, akhirnya minah ni sampai jua. Haha. Paling menarik perhatian adalah beg plastic all the way from F.O.S dan Padini. Tuuuuuuuuuuuuuuu diaaaaaaaaaaaa..,

“Izz, kau betul ke kau sesat tadi?” Feeqa angkat kening. Dia tengok beg plastic yang diletak atas meja makan.

Izzah buat muka suci.

“See, kan aku kata, budak ni saja menyesatkan diri dalam kedai-kedai berjenama. Haha.” Syara balas.

“Choyy.”

“Dah dah.. macam dah nak buka je ni.” Syara dah berdezup angkat tangan menadah, gaya nak baca doa.

“Deeyhh, semangat kauu.” Izzah cakap.

“Waktu berbuka jangan berlengah laaa..” Syara senyum.

“Dah azan dah tu.” Feeqa bagitau,

“Oke, Feeq kau lead the doa.” Pinta Syara.

“Erk? Kenapakah?”

“Cepatlah Afeeqa Nur-Jannah.” Pinta Syara merengek.

“Derrrr…”

“Nama kau kan ala-ala orang beriman… haha.” Izzah menambah.

“Okey Fine. Allah humma….”

*

“Helo, Ma. Ye? Hah? Alaaaa…… yelah yelah. Orang jaga diri. Okey.” Izzah tekan butang end call. Memek muka Izzah tak de riak.

“Pe hal Izz? Kucing kau beranak ke? Tak kan sampai straight face kot kau,” Syara menyapa. Izzah landing baik punya sebelah Syara. Izzah capai remote control. Siaran langsung Pertandingan Badminton di kalih.

“Wei wei… ape kes? Aku nak tengok Lin Dan smash wooii,” Feeqa dah resah hati/ aduh baru tadi syok tengok shuttle canggung. Memang sah kena smash dengan si Lin Dan lah kan.

“Alaaa, ada ulangan kan? Aku nak layan lagu raya nih.” Izzah alih rancangan.

“Asal beb?”

“Ma ayah aku tak raya sini lah. Urgh. Another boring raya for me.” Izzah tarik muncung.

“Diorang pergi mana?” Feeqa nak tahu.

“Outstation kat Jepun. After a week raya baru balik.” Lambat-lambat Izzah cakap. Ah, boring kot, raya tak de parents di sisi. Macam mana nak mintak ampun.

“Ohh..” Feeqa angguk-angguk paham.

“Kau memang selalu kena tinggal eh?” Feeqa menanya lagi.

“Choyy kau Feeq.” Feeqa terdiam. Yelah aku senyap. Saja nak tahu je la, Syara!

“Hmm… nak balik raya dengan aku tak?” Syara pelawa. Eh eh, mahu terjatuh si Feeqa yang tengah landing baik punya kat sofa tuh. Apa dia dengar si Syara ajak Izzah balik raya dengan dia? Apa? Apa? Aku tak dengar. Ulang balik.

“Eh tak pe ke?” Izzah angkat kening. Biar betik belimbing Si Syara mengajak pulang ke kampung bersama nih. Adakah ini mimpi yang jadii kenyataan. Haha. Sengal kau Izzah. Yelah, dok harituh, dia menggedik suruh si Syara bawak dia balik ke Cherating. Si Syara buat dek je. Ini dia mengajak nih. Ini macam bulan jatuh ke riba nih. Masyuuukkk~

“Nak tak?” Syara angkat kening berkali-kali.

“Ohhh, nak saje lah.” Izzah dah tunjuk gigi putih bersiri tanda senyum.

“Woooohhhh… dah aku?” Feeqa tak puas hati. Apa aku dipinggirkan ni? Mana boleh!!!!

“Bukan kau balik Perlis ke?” Syara cakap. Deng~ time nilah kau ingat nama kampung aku kat mana kan. Haih.

“Alaaaa.. aku rasa malas pulak nak balik raya kat Perlis. Panas. Jauh pulak.” Feeqa cari alasan. Okelah, munasabah lah tuh. Tapi nak difikirkan, apa kau gedik sangat panas pun kau nak kecoh. Derrr.. haha.

“Erk?” Izzah buat muka.

“Apaaaa??”

“Mak kau tak marah?” Izzah soal.

“Entah. Jap aku call mak aku.”

20 minit.

Setelah kena bebel kena lecture, maka diisytiharkan, Mak Feeqa kasi Feeqa nak raya dengan Syara dan Izzah. Muka ceria macam dapat menang Lamborghini. HAHAHA.

“YES!!! Mak aku kasi.” Feeqa bagitahu.

“Kau sure ke?” Syara tanya.

“Ye laaahh. Lagipun, sepupu sepapat aku yang mengada tu balik beraya kat sana. Malas aku nak tambah dosa mengutuk mereka anak beranak.” Straight Feeqa jawab. Syara dan Izzah hanya gelak. Haha. Oke jugak tuh. Takde lah berbakul dosa lagi.

“So bila gerak Cherating?” Feeqa tayang muka excited habisan. Izzah pun sama.

“Esok,”

So soon. Barang tak pack lagi ni. Izzah dah lari lintang pukang naik atas.

“Izz, kau kenapa?” soal Feeqa pelik tengok perangai Izzah yang naik tingkat atas masuk bilik macam kena sampuk.

“Pack barang la weh!” laung Izzah excited semacam nak pergi Paris.

“Weh-weh, nak pack barang jangan banyak-banyak. Naik melendut Myvi aku tu karang.” Syara dah pesan awal-awal.

Persiapan nak pack barang,

“Arra, kau dah packing ke?” Izzah tanya. Minah ni dok rilek je. Siap baring-baring selak Cleo lagi. Eh?

“Dah, dari minggu lepas lagi.” Selamba Syara menjawab. Muka bangga gila. Derr. Semangat nak balik rumah punya pasal. Ah, heaven!!!! Otak dah melayang nampak gambar rumah, bilik, makanan, pantai!!!! Waaahhh…

“Arra, rumah kau ada gayung tak? perlu ke aku bawak?” Izzah tanya. Choy, ini macam satu penghinaan je, bajet rumah aku tak ada pulak gayung ni kan. Haih.

“Weh, weh, tak payahlah. Rumah aku bukan kuno sangat pun weh.” Syara jawab.

“Oh so tak yah lah eh,” Izzah simpan balik gayung yang dia hangkut keluar dari bilik air. Choy laaa…

“Arra arra, perlu tak aku bawak selimut cadar semua?” giliran Feeqa pulak tanya.

“Weh korang, rumah aku ada lah benda-benda tu semua. Hailoohhh…” Syara garu kepala.

“Korang bawak baju, makanan feveret ke ape, berus gigi, ke ape ke..,” Syara bagi penjelasan.

“Bantal busuk?” Izzah tak malu punya budak.

“Choy!!! Tak nak! Tak nak!!! Tak mau aku punya seat Myvi tercemar dengan korang punya bantal busuk. Eeeeeeee… ada air liur basi. Tak mau.” Syara reject awal-awal.

“Camne aku nak tido?” Izzah soal. Tak puas hati. Alaaaa…

“Takpe, Feeq ada nak dodoikan kau,” Feeqa yang tengah syok teguk air mineral dah tersedak tersembur kat Syara.

“CHOYYYY!~”

*

“Weh, cepatlaaaahh……!!!!” Syara dah jerit kat garaj rumah. Nak balik raya rumah aku ke tak nak ni??? Lagak macam mak datin je sorang-sorang. Syara rungut dalam hati. Haih laaaa…

“Kejap kejap.” Izzah tarik beg roda. Tuuu diaaa, lagak cam kena singkir dari akademi fantasia. Haha. Tangan kanan pegang satu beg besar lagi. Beg galas some more.

“Mak aiihh… kau nak berhijrah terus kat rumah aku ke Izz ooi?” Syara cakap.

“Derrr, sorrylah beb. Aku memang tak reti nak packing barang. Sure-sure terlebih punye. Hehe.” Syara sekadar geleng kepala.

“Manalah aku nak sumbat beg kau ni?” Syara tinjau space. Erk?

“Tengok macam aku satu beg je..” Feeqa letak beg dia.

Syara dah terkebil-kebil. Ya satu. Tapi gedabak besar!!!! Mak aihhhh !!!!! sedepa kot!! Aduhaaaiii…

“Kata orang barang kau pun sama banyak juga ouh,” Izzah kata. Dia nampak beg plastic 3 yang penuh dengan apa, dia pun tak tahu. Dengan beg baju satu. Beg laptop satu. Derr.. mahu tembam si Myvi ni sat lagi. Haha.

*

“Sape penah pergi Cherating?” soal Syara, open table. Haha.

Izzah geleng. Feeqa pon sama. “So kire first time lah?”

“YUP.”

“Sape-sape yang allergic dengan tanah beralun, dengan jalan bengkang bengkok sila get ready satu beg plastic,” Syara cakap.

“Kya hua?” Izzah masuk tune bollywood.

“Nanti ada yang termuntah karang,”

“WHAT THE HECK!!!”

Okey jalan memang kiri kanan, kona-kona derrr, dah lah si Syara bawak kereta ni macam main-main. Tak tahulah kenapa. Macam terasa diawang-awangan. Kejap slow, kejap laju. Makcik ni laaaa. Kadang-kadang terfikir macam mana orang yang test dia mase amik lessen dulu. Haih.

“Lama lagi ke jalan kona-kona ni?” Feeqa soal.

“Kejap lagi dah habis. Then, lebuh raya pantai timur. Takde kona-kona sangat.”

“Legaaaaaaaa aku dengaaaarr…aaaaa…” Syara bantai buat kona baring. Deng~~ Izzah yang kat belakang dah kena hempap dengan segala barang. Haha. Nasib kau lah.

“Woi, Syara, pandu berhemah sikit boleh tak?” Izzah sound dari seat belakang. Feeqa gelak. Bengang gila.

“Sorry-sorry.”

“Choyyy…”

“Macam best la pulak kan? Buat lagi jom!” Feeqa menghasut. Haha. Betsnya buli budak kat belakang tuh. Ho yeahhh

“Jom. Selekoh ada lagi kat depan tuh..” Syara dah tumbuh tanduk evil bulan-bulan puasa nih. Tak sedor ke diri betol. Sama je si Feeqa ni sekali.

“Woi !!!”

*

Mereka sedang berhenti berehat kat R&R temerloh, nak makan? Woi, apa dibuatnye, bulan puasa lah, agak-agaklah weh. Berehat sebentar. Tenangkan fikiran, dirikan solat. Whoa. Alhamdulilah. Syukur.

Feeqa tengah duduk kat tangga. Ada tempat duduk dia pergi duduk kat tangga. Pelik benor, dah ada kemudahan asas di duduknya kat tangga yang batu tu. Haih. Termenung. Haaaa.. teringatkan kampung halaman la tuh. Tak de maknanya. Haha. Bukan-bukan, teringatkan dosa-dosa yang lalu.., tuuu diaaaa, contoh yang harus diikuti ye adik-adik akak-akak, awww.. haha. Selaras dengan nama ala-ala beriman dia ni, Afeeqa Nur-Jannah, sejuk perut mak mengandung. Haha.

“Alaaaa… ngantok pulak mata ni. Jap nak tutup jap mata.” Feeqa dah melangguk kat tangga. Si Izzah entah hilang ke mana, katanya nak ke bilik air.

Tengah dok asyik melelapkan mata tak samapi 2 minit, tup tup rasa kaki dipijak seenak mungkin.

“WOI!!!!” Feeqa dah jerit. Mamat yang elok je pijak kaki Feeqa buat dek. Dia tilik mamat tu. Pakai cap, fine. Baju plaid. Uuuu La La… pakai shade, pergghh.. telinga sumbat dengan earphone. Patut pekak semacam. Aku jerit macam tak de efek.

“Habis kasut Nike kesayangan aku. URGH!!!! Emo ni emo ni,” Feeqa perhatikan mamat yang suka hati tanpa ada feeling pijak kasut dia. Mamat tu berhenti kat kereta Satria Neo. Cek sikit, nombor plat, WGY 1001. Okay, tu kereta dia. Dia buka pintu. Tapi eh eh, dia tutup pintu balik terus pergi ke bilik air. Adakah ini peluang aku untuk balas sikap dia yang sungguh tak sopan tadi?

“Oooii ooii, apa kau usha khusyuk sangat tuh,” Syara dah tolak bahu Feeqa.

“Babe, kalau aku nak buat jahat, boleh tak?”

“Erk, perlu ke mintak izin dari aku.”

“Aku tanya ni.”

“Hmm.. boleh je. Lepastu kau bertaubatlah ye. Haha.”

“Okey fine.”

“Kau nak buat ape?” Syara cuak. Pelik lah Feeqa ni.

“Cover aku cover aku..” suruh Feeqa. Muka masing-masing camberut. Buat muka ala-ala totally spies. Haha. Feeqa sah-sah macam Clover., erk aku pon tak tahu kenapa. Haha. Mungkin sebab dia nyaris jatuh cinton sama itu mamat. Haha.

“Kau nak buat weh?” Syara nak gak tahu.

“Buat naye kat orang.”

“Ish, bulan puasa weh.”

“Takpe, aku taubat balik nanti,” rilek Feeqa jawab. Dia seluk poket. Duit syiling 50 sen dia pegang. Apa lagi, berlakulah sessi gores dan menang kat R&R Temerloh tuh. Haha. Sungguh klasik.

*

“Eh eh, kau adik beradik ade berapa? Lupa pulak nak tanya ye dak?” Izzah mula bukak topic dari tadi diam tidur nyenyak kat belakang. Haha. Sekarang dekat on the way ke Cherating ikot lalu jalan kampung. Haha. Yelah nikmati keindahan alam, panorama. Awww~

“Tiga. Abang, aku, adik lelaki.”

“Abangg???” Izzah dah mula gatal miang.

“Dah jangan menggedik dengan abang aku. Dia dah berpunya.”Dush, hambik kau. Haha.

“Yelah, yelah. Adek pon boleh,”

“Adek sangat pon tak boleh.” HAHAHAHA.

“Gedik ouh kau!!”

“Takkan kami nak tidur, kat rumah kau dengan adik dan abang kau kot. SEGAN!!!”

“Chill. Mereka tidur rumah sebelah.” Syara chill jawab.

*

“Assalamualaikum,” Syara bagi salam. Feeqa dah terkebil-kebil. Izzah dah nganga betul ke dengan ape yang aku nampak ni? Inikah rumah Syara? Mak aiiihhhhhh, gila gedabak segala besar!!!!! Kau bayangkan rumah-rumah besar yang dok tayang kat cerita Melayu tuh, cam tulah, yang cunnya dekat dengan pantai!!! Oh man, syok gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!

“Aku terasa macam penyegan pulak nak masuk rumah kau ni Arra,” Feeqa bukak mulut. Derrr..

“Ade pulak. Masuk jelah, kau jangan jadi penyegan macam Ad okey,” dan-dan je.

“Eh, lama tak dengar khabar Ad kan?” Izzah mencelah.

“Sape Ad?” Feeqa tayang muka blur.

“Derrrrr, Adinda Adleena laa Afeeqa Nur-Jannah ooi,” Izzah cakap. Kasi nama penuh sekali. Hambik. Haha. Semua nama gempak. Haha. Sangat!

“Oh Inda. Lama seyhh tak dengar khabar dia.”

“Kau sorang je la yang panggil dia Inda. Choy.”

“Cute whaaattt,” Izzah buat tak dengar. Syara buat dek.

“Oke fine. Nak masuk rumah kau ke tak nak ni?”

Syara dah mula langkah masuk kerumah. Diikuti, Izzah dan Feeqa di belakang. Beg –beg semua nanti la hangkut masuk dalam. Berlenggang mak limah dulu lah. Haha. Jumpa mak bapak si Syara ni. Weee~

“Oh Mak, akak dah balik ni haaaa… dia bawak maid dua orang,” Bertuah punya adik yang pergi riuh satu rumah besar ni akak dia dah sampai.

“Adik aku ni mulut dia ni suka bergurau senda yang kadang-kadang menyakitkan jiwa dan raga,” Syara cakap kat Feeqa dan Izzah.

“Macam kakak dia jugak, ahahaha.” Izzah menjawab. Feeqa dah hi-5 dengan Izzah. Muncul mak Syara, di balik pintu sliding door. Cun, agak-agak makcik ni dulu menang ratu cantik kampung pinang 2 batang tak? Haha.

“Masuklah,” jemput Mak Syara. Izzah dan Feeqa dah control-control ayu. Ahaks. Mereka duduk di sofa yang tersedia ada.

“Makcik apa khabar?” Oh baik pulak si Izzah nak menanyakan khabar. Khabar si Ad tu tak de pulak dia nak tanya-tanyakan. Kuranggg~

“Baik je. Alhamdulilah,”

“Abah mana ma?”

“Ke mana ye? Wan, oh Wan, abah pergi mana tadi dia kata?”

Wan si adik Syara. Umur macam 20 lebih je. Agak muda setahun dari si Syara.

“Abah kata keluar sekejap, jumpa kawan kot.” Wan beritahu.

“Wan, meh la sini. Dok sebelah akak ni haaa…” Syara nak sakat adik.

“Tak mau lah. Macam buat mesyuarat para wanita je. Wan, tak nak babit.” Wan dah mula jejak tangga.

“Alaaaa.. takkan malu kot dengan kawan akak ni haaa…”

“Ade pulak malu. Mana ada? Wan, cool je. Segak bergaya lagi. Whoaaa..”

“Cett,”

“Ni si Wan, ni nama panjang dia ape?” Izzah dah mula sessi interview.. Izzah ooh izzah. Ada can jadi adik ipar Syara ni pon oke jugak. Haha. Awww, adik dia pun boleh tahan. Alah, umur setahun je beza. Cet, buat majlis kahwin kat sini. Huwaa bagus-bagus. Choy, berangan kau ye Izzah. Dah sudah. Back to reality.

“Awan ke?” HAHAHAHA. Feeqa spontan.

“Ke Cawan?”

“Ke Wak Dermawan?” HAHAHA.


“Ek elah,..” Man, tak puas hati. Mereka bertiga dah hi-5 segala. Man tak puas hati. Cis, mentang-mentang bawak kawan, dia tunjuk belang.

“Mak cik apa nama anak mak cik yang lelaki ni haaa?” Feeqa soal Mak Syara.

“Arjuna Indra Setiawan,” Pergh, macam nama indon je. Haha. Biar benar.

“Ada pulak mak nii… nama orang sedap-sedap bagi Shazwan. Ada pulak cilok nama arjuna anak pak awan pulak,” Wan bengang.

“Shazwan je.?” Izzah dan Feeqa serentak tanya soalan sama.

Mak Syara angguk.

Mereka berdua berpaling kearah Syara.

“Babe, apa dia dah buat kat kau sampai nama dia pendek sangat tuuu haaa…” Syara hanya gelak tengok muka Feeqa dan Izzah yang gila serius tak boleh bla.

“Nama dia panjang pon tak boleh. Haha.”

“Cis, akak, akak nak tau, keluarga pakcik Herman nak datang tahun ni. Padan muka kau!!! Wahahaha.” Wan gelak evil semacam hape.

“Maaaa… pakcik herman nak datang ke?”

Mak Syara angguk.

“Alaaaa…. Kenapa? Aduhh, si bangang tu mesti ada. Tak tenteram laaa..” Syara dah merungut.

“Apa ni tak baik tau.” Mak Syara bagi amaran.

“Padan muka!! MUWAHAAHHAHAH.”

“Sengal punya adik.”

**to be continued. Haha. Kalau dapat sambutan laaa. :P