Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

06 July 2010

FLY [5]

“Eh, Am, mana Aisya? Kau tak ajak ke?” Jay dengan tak malunya menggapai satu slice cheese cake dan masukkan ke mulutnya.

“Ajak kejap lagi laa.. mau aku tak mengajak nanti dia bercerita sampai zaman tok cucu aku nanti kenapa Am tak ajak dia makan cheese cake,” Am beritahu.

“kau mendahulukan kami ke Am?” Zee mencelah.

“Lebih kurang laaa…” jawab Am.

“Ke kau nak dating dengan dia nanti?” Wan mengusik. Sengih-sengih kerang lawa dia.

“Kau tak nak kami kacau korang eh nanti??” Jay menambah. Pandai naaa buat cerita. :P

“Ooooo………… pandai kau eh Am, bab-bab nak dating dengan anak dara orang. Amboi-amboi..” Zee pulak menyampuk.

“Pandai korang reka cerita. Bagus sangatlah, nanti dah pencen korang boleh buat gotong royong buat drama melayu.” Am menjawab. Kepala digaru-garu. Susah sangatlah dapat kawan yang macam tau semua benda ni. Nak kata terlepas cakap, oh tidak. Tak mungkin.

“Eh a’ahlah. Dah tua-tua nanti, daripada gi lepak kedai kopi main dam baik buat drama Melayu. Kot lah dapat sambutan, whoaaa kayaa!!!,” Jay dah tergambarkan zaman tua kerepot. Ahah. Jauh ke depan. Ahaha.

10 minit.

“Weyh, bro. kami chow dulu.” Wan bersuara nak mengundur diri. Jay dan Zee begitu juga.

Am angkat tangan tanda ‘ok’. Dan kereta masing-masing meninggalkan Am yang duduk di atas muncung depan kereta bertemankan kotak Cheese cake.

Handphone dicapainya, mencari nombor Aisya. Dia dail, dalam hati berkata,

“Sorry babe, lambat call.” Panggilan diangkat. Suara Aisya didengarinya.

Am senyum melangit menunggu kedatangan Aisya. Ala, tak pe pun lambatkan? Kau jugak yang lambat call. Wah, taktik eh Am? Sejak bila kau pandai bab-bab macam ni?

Dia merenung awan berkelompok yang berarak. Indah!


* * * *

Am melihat calendar yang tergantung di dinding bilik. Tinggal 14 hari sebelum mula bertolak ke Negara Jerman. Tangan mencapai marker pen merah. Dibuka penutup,dan mula membulatkan hari-hari yang ada sebelum terbang ke Jerman. Alah, 14 hari lama lagi. Banyak benda boleh buat. Yelah, tidur, bangun, tidur, bangun, pejam, celik, dah 14 hari. Time flies so fast these days, tak boleh nak buat apa dah.

Boss dah bagi seminggu cuti, untuk prepare apa-apa yang patut. Baik gila kan? Sungguh bertuah! Sangat yang amat! Serius. Oke oke. Dalam masa 14 hari ni lah, hari-hari yang akan jadi sangat sibuk. Masa ni lah, next spend masa dengan kawan-kawan sebaik mungkin. Nanti entah bila mau jumpa kan?

Nak ajak Aisya keluar, mau makcik tu boring keluar dengan aku je kan? So cancel that one out hari ni. Next time la. Ke kalau boring sangat, ah, ajak je ye tak? Haha.

Nokia X6 berbunyi minta di angkat panggilan.

“Hello. Am?” suara dihujung talian.

“Yeah. Who’s this?” Ni siap-siap tau nama aku ni. Siapa pulak dia ni taknak bagitau ke?

“Fia.”

“Oh, macam mana dapat nombor telefon saya?” Am pelik.

“I was just trying to reach you by calling your nombor lama. Then dapat pulak, lucky.” Fia terang.

“I see. So what’s up?” Am mula bertanya.

“Nothing much. I’m bored. Can you come over? Boleh borak-borak.” Ujar Fia. Nada suara seperti beriya-iya suruh Am datang.

Am tengok jam. Nothing to do pun kan? So why not.

“Yeah sure. Kat mana?”

“Times Square.”

“Alrite. I’ll be there in 15 minutes.”

“Okay. Thanks Am.”

“Yeah sure. Don’t mention it.” Talian di matikan. Am segera bangun, bersiap sedia ke Times Square. Dan, Fia tersenyum indah apabila Am menerima jemputannya.

* * * *
“Zee.. penatlah woi!!!” Aisya dah picit-picit betis, peha. Nasib baiklah pakai sneakers, kalau kasut tumit tinggi, stiletto, benda-benda alah tu, mau terputus tali, tumit semuanya. Cepat-cepat Aisya pergi dapatkan tempat duduk alang-alang ternampak ada empty seat kat bangku tu. Jenuhlah menunggu, pakcik makcik beredar dari situ, akhirnyaaa!!!

Zee tengah berdiri depan kedai PADINI. Makcik sorang ni kalau tak penuh tangan dengan beg pakaian paling koman 10 laa, memang tak sah.

“Aisya, jom masuk!” Zee mengajak. Alaa… masuk Padini ni, kalau tak rembat satu, jalan-jalan cuci mata je.

“Sabarlah, penat kaki aku berjalan.” Aisya bagi alasan

“Aikk.. dah penat? Kita belum tawaf satu Times Square lagi ni Aisya. Takkan dah penat kot.” Zee tayang muka pelik campur menyindir.

“Eeee.. kau tu berjalan macam LRT. Zuuup, berdesup kau tau. Bukan nak pause sekejap pun. Macam lah Times Square ni nak kena pindah 15 minit lagi. Kau pergi lah dulu, aku nak rileks sekejap.” Dan Zee melangkah masuk ke dalam Padini di hangkut sekali dengan beg-beg pakaian yang dibelinya tadi kat Parkson. Minah shopping la ini, budaak.

Aisya pandang skrin handphone yang diambilnya tadi. Menu utama dicarinya dan segera ke folder ‘calendar’. Tanggal hari ke-20 bulan ni, ditatapnya agak lama. Lekas dia menulis agenda, ‘Am’s Fly Day’. Aisya keluh. Dia menongkat dagu. Cuba memikir. Tapi apa..?

Matanya meliar melihat kedai-kedai besar yang gah berada depan mata. Berlambak, cakap je. Semua ada dekat Malaysia ni.

Aisya petik. Yes. Got it. Dia bangun dan masuk ke Padini, mendapatkan Zee yang tengah membelek baju kemeja wanita. Zaap, zapp, bunyi hanger dibelek.

“Zee, kau nak beli apa-apa tak kat sini?” Aisya soal in hurry.

“Naaahh.. just looking.” Zee tengok tanda harga pada salah satu kemeja wanita, wooo~ mahal wo, tak de bajetlah harini, next month aku beli kau yek. Jangan curang dengan aku. Haha.

Cepat-cepat Aisya menarik lengan Zee keluar dari situ. Zee hanya patuh. Apa main tarik-tarik lengan ni? Apa, ada jualan percuma kat luar sana ke? Suka hati je tarik orang ni.

“Wehh, apa hal ni?” Zee Tanya, Aisya masih memengang lengan Zee. Diusung ke tempat yang lengang sedikit. Dia berhenti.

“I need your help.” Aisya cakap dalam satu nafas.

“Help? In what sense?”

“Err… guysss???”

Zee buat muka tak percaya. Eh eh, Aisya dah jumpa pengarang jantung buah hati dia ke? Mana? Siapa? Kat mana? Keturunan apa? Melalut lah kau Zee!!!

“Aisya.. apasal kau tak bagitau awal-awal kau ada boyfriend dah?? Hisshh, kau ni… sape nama dia? Umur? Ada misai tak? Kerja apa? Bawak kereta apa??” macam das tembakan je Zee Tanya soalan. Aisya dah blur. Eeee… serkap jarang laaa.. bila masa pulak aku kata aku ada boyfriend!!!???

“Apa kau diam je ni.? Aku Tanya ni, jawablah.” Tubuh Aisya digoncang.
“Mana diaaa??” Zee dah terinjau-tinjau, leher dah jadi macam zirafah.

“Zee!!! Chill..” Aisya goncang badan Zee. Dah macam orang tak betul je Aisya tengok Zee ni. Zee tenangkan diri. Cool babe. Public ni, karang ade buat report panggil ambulans datang paling teruk pon ahli pusat mental lah.

Zee geleng kepala. Eh..eh.. rileks woi! Aisya petik jari kat depan mata Zee. “Wey, kau oke tak?” Aisya angkat kening.

“Oke .. oke.. just excited nak tau siapa boyfriend kau.”

“eeehh.. since when pulak aku kata aku ade boyfriend.??” Soal Aisya. Tak pernah-pernah aku buat statement paling hebat tu so far.

“Dah tadi tu???” Zee pelik.

“Eh, I said I need help in guys’ matter la.. doesn’t mean I got boyfriend already.” Aisya bagi keterangan. Zee angguk. Oh, begitu. Cakap awal-awal, aku dah excited macam dah nak pergi kenduri kawin saja.

“Nak tolong apa?”

“Tolong aku cari barang untuk Am, boleh?” Zee senyum manis. Hehe.

Serta-merta Zee tarik lengan, Aisya berlalu ke satu arah. Aisya hanya ikut gerak Zee. Well, she knows best. I know nothing, kot. Boo~ :P

* * * *
Suasana Starbucks, Times Square agak lengang. Tak tahulah kenapa, sepatutnya crowded, but then, entah. Hehe.

“Sorry.” Setelah 20 minit berbual, Fia keluar dengan ayat ‘sorry’. Am yang duduk berdepannya, yang sedang khusyuk menikmati secawan kopi, terus berhenti. Dia pandang Fia, dengan tanda Tanya.

“Sorry? What for?” Am soal penuh innocent.

“For things I did, dulu-dulu.. masa kita belajar dulu..” Am tarik sengih, tayang gigi sebaris. Ah, macho pulak. Dia meneguk kopi lagi.

“Alaaa, let bygones be bygones right? People change, come and go. That’s life and it’s all about moving forward.” Am menyandar pada kerusi. Nampak tenang.

“So, you forgive me?” Fia soal.

“Yeah.” Pendek Am balas.

“Am…… errr…”

“Yeahh??”

“I have changed…” ujar Fia lambat-lambat. Am menunggu baris seterusnya.

“And I was just wondering, maybe we could go back together.” Fia habiskan ayat. Am masih tenang, cool semacam. Gaya macam biasa je padahal Fia baru je buat pengakuan terhebat depan dia balik. The girl who dumped him back then is trying to get him again. Isn’t that just fascinating? Haha.

Am geleng kepala, bibirnya masih senyum ala-ala romeo memikat hati. Blargh! Wow, Fia actually wants me back. GILA !!! fia menunggu jawapan Am.

“It won’t work, Fia.”

“But I have changed. Give me a chance. I was so stupid back then.” Beriya si Fia.

Am diam. Buntu pulak rasanya. Fia ni merayu-rayu pulak. Ish. Parah,payah!

“I miss the old times, you and I, together.” Fia berkata lagi. Am diam lagi.

“Your heart has already taken huh??” Fia Tanya ingin tahu. Am senyap. Nak jawab yes ke no? yes! Erk.. eh?? Entah. Partially kot. Eemm… alamakkk.!

“No it’s not like that..”

“Habis tuh??”

“It’s just..” alaa.. apa ayat yang kau nak sambung ni Am?? Am fikir.

“Is it because of Aisya??”

Am tersentak. Eh, apa babit Aisya pulak ni.

“Tak de lah.” Cepat-cepat Am nafi.

“Pleasee..” Fia merengek.

“Err.. fine.” One word. ‘Fine’. Did I just say that? DANG it. Rewind balik weh!!! Alamak. Apa dah jadi ???

* * * *
“Zee!!!” Aisya panggil kuat kat Zee yang tengah usha department D’urbans. Zee datang tunjuk muka apa-hal?

“Comel tak key-chain ni?? Nak bagi kat Am laa..” Aisya cakap.

“Apa pulak bagi key-chain! Dude, ni bukan zaman sekolah SEMESTA oi. Nak bagi key-chain segala. Grown up la cik adik. Meh ikot aku pilih tie or belt ke kemeja ke, lagi bagus. JOM!”

Entah Aisya ni ade pulak nak bagi key-chain. Belilah something yang Am would use everyday. Adehai. Kena asah budak ni lagi. Haha. Nasiblah ade Zee, life savior gitu ewahh! :p

“Ke nak beli baju sejuk bulu-bulu untuk Am?” soal Zee yang dah ke kat bahagian baju-baju sejuk. Aisya belek tag harga. Mak aiiihhh!!!!!! Tak mampu aku. Tidak tidak. Biarlah, Am beli sendiri guna duit dia yang menggunung tu.

“Zee, kau ingat bapak aku Sultan Brunei ye?” Aisya cakap sarcastic. Zee sengih. Ehehe. Saje je bagi cadangan. Kotlah, mahu. Oke oke, next!!!

Tie department ; “Choose a tie, this one or this one or that one or any one?” Zee soal sambil tunjuk tie tie yang dipamerkan. Aisya jungkit bahu. Bukan aku yang nak pakai. Am laaa…

“Macam mana nak buat pilihan kalau kau pun tak tahu.” Zee cakap. A’ah eh. Betul jugak. Wait, hang on. Aisya keluar handphone dari poket seluar. Nombor Am dia dail.

“Hello, Am!” panggil Aisya.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam. Eh, aku ade teka-teki.” Terjah Aisya.

“Woaa, sampai telefon aku, kau nak Tanya teka teki ni, am I that smart? Ke rindu aku?. Ahaha.” Sempat je si Am ni.

“Serius laaa..”

“Oke, apa?”

“Dalam banyak-banyak shape or pattern, mana lagi lawa? Polka dots ke, stripes ke, plaid ke, apa? Dan warna apa? Tell me.”

“Apa punya teka teki ni?” Am pelik. Sangat pelik ouh ini teka teki. Tak pernah dengar seumur hidup. Haha.

“Jawab je laaa..” gesa Aisya cepat.

“Ye ye.. err.. kalau aku la kan, if stripes, the colour would have been..hitam and merah. Sebab aku suka pakai kemeja maroon gelap and hitam la. If plaid, biruan gelap. Tapi plain pun lawa jugak.”

“kalau cokolat?” Tanya Aisya yang nampak tie hijau. Hehe.

“cokolat aku rasa aku macam batang pokok pulak.” Aisya gelak. Agakla kan, dah lah tinggi. Pastu pakai kopiah or songkok hijau, hah, sah, POKOK! Sempat je buat imaginasi.

“Ouh, okay. Thanks. Bye, dude!”

“Got it!” Aisya jerit. Eh eh, cool babe. Gaya macam dapat jawapan bagi soalan integration je. Haha.

“Stripes, red or black. Plaid, dark blue.” Cepat Aisya tutur. Gila effective ingat!!! Zee segera memulakan operasi mencari tie yang dikehendaki. Aisya ekori dari belakang. Wah, semua lawa-lawa, eh maksudnye, semua macho-macho laa.. ala, sudah rambang mata. PARAH!

“Tie or kemeja ke belt?” Zee bertanya.

“Err.. entahlah. Nampak semua cool je. Isshhh.. payah jugak eh. Ingatkan perempuan je yang macam ala-ala, rambang mata bila nak beli. Lelaki pun sesetengah pun macam tak tahu mana satu nak decide,” Panjang lebar Aisya buat keterangan.

“Hence..??”

“Err.. amacam kalau beli tie, kemeja and belt?” Aisya lambat-lambat mengutarakan pendapatnya.

Zee senyum. Kawan aku sorang ni, “Okay je. Cukup tak duit nak beli semua ni?”

“Guna kredit kad laa.. It considers to be emergency apa..” Aisya tayang big grin.

“Emergency eh??”

“Erk, kind of. Hehe.”

* * * *
Agak-agakla, mau 1 jam dok pusing pusing bahagian pakaian lelaki ni. Mau letih peha, betis, kaki segala ouh, tak pe. Jarang buat benda. Fikir positif, ni macam exercise la. Heee~

Aisya dah carry satu beg pakaian yang memuatkan barang yang dibeli tadi. Finally. Haus pulak. Rasa nak pekena coffee all the way from starbucks la..

“Zee, aku pergi beli coffee kejap eh kat Starbucks. Kau nak tak?”

“Eee… kau ni hantu coffee tau tak. Asyik-asyik kopi je yang dilantak.” Menyempat je makcik sorang ni buat lecture free.

“Nak tak weehh??” soal Aisya lagi. For sure nak laaa ni.

“One caramel Macchiato.” Pesan Zee. Aisya sengih dan angguk tanda faham. Nak jugak dia. Haha. Dia menuju ke destinasi yang diingini.

“Aku ambil kereta ye. Aku tunggu kat depan. Bila dah beli just tunggu kat depan ok?,” bagitau Zee. Dan Aisya tunjuk isyarat oke, seperti faham apa yang diberitahu Zee.

5 minit kemudian,

Aisya masuk ke Café Starbucks dengan beg pakaian di tangan. Tak pedulikan apa yang terjadi yang penting tekak perlu dibasahkan!!! Dia segera ke kaunter ingin order something.

“One caramel macchiato and one cappuccino, take away. Thanks.” Satu lafaz Aisya cakap. Beberapa minit kemudian, pesanan tadi sudah siap sedia untuk dihangkut. Aisya pusing belakang, mata tertumpu pada plastic beg yang berisi 2 cups of coffee tadi. Cek, kotlah terlebih, terkurang. Heee.

Kaki melangkah mendapatkan pintu. Tiba-tiba terasa lengan di langgar sesuatu. Adeh. Mahu bengkok diri ini. Aisya pandang depan. Wajah Am tiba-tiba muncul. Aikkk, takkan aku angau sangat sampai nampak Am depan mata. Aisya cubit diri sendiri. Ok, aku tak mimpi. Real nih. Erk?! Isshhh…

“Eh, Aisya kau buat apa sini?” Am soal pandang atas bawah.

“Teman Zee shopping.” Aisya sengih. Ingatkan tak jumpa hari ni. Haha. Alih-alih, lepak kat sini jugak mamat ni. Inilah dikatakan jodoh. Cewah kau Aisya berangan lebih!. Ahahhaha.~

“Kau? Sorang je..?” Aisya bagi tanda Tanya. Am teragak-agak nak jawab..

“Err.. dengan Fia.” Aisya nampak empunya diri Fia yang dalam perjalanan ke tempat Aisya dan AM. Oh, Fia. I thought he was alone. Oooo..kaayy. Aisya tarik sengih.

“Hai, Aisya.” Sapa Fia.

“Hai.”

“Buat apa kat sini?” Tanya Fia lagi. Eee… baru je jawab benda sama tadi. Apa ini ingat retest apa? Aisya jawab lagi pertanyaan itu.

“Banyak shopping.” Fia meneruskan perbualan, yang terpandang beg pakaian yang dibawa Aisya. Am tarik beg pakaian tu, tapi cepat-cepat Aisya sembunyikan beg itu dari dibelek Am. Bukan boleh kire sangat si Am ni. Dan-dan je jadi inspector Mazlan nanti. Habis!

“Takde lah.”

“Untuk sape tu..? rasa ingin tahu Am membuak di hati.

“Someone.” Sepatah dijawab.

“Siapa?”

“Ahmad.” Laju je nama Ahmad keluar dari mulut Aisya. Erk. Tak pernah pulak dengar nama Ahmad dalam hidup Aisya. Otak Am mula ligat berfikir.

“You know what, Aisya.” Kata Fia yang nampk gembira sahaja.

“yeah?”

“Am and I are back together. Isn’t that sweet?” ucap Fia, dengan senyuman penuh indah. Macam baru lepas menang duit satu juta.

Aisya kaku sekejap. Back together? Keluhan kecil dilepaskan. I knew this day would come. Katanya dalam hati. Sedih? Gembira? Entahlah. Both I guess. Dang!!!

AM yang ada disitu pun macam kaku dan kekok. Masing-masing macam tergamam bila Fia keluar statement sebegitu rupa. Haih.

“Fiaaa.., you don’t have to tell people you know.” Am bisik.

“Alaaa.., Aisya kan your bestfriend. She should know laaa..” balas Fia.

Aisya senyum. “Oh, congrates.” Tiga saat later, “I really gotta go. Zee must be waiting for me kat luar lama dah tu, catch you guys later,” Aisya berlari-lari anak meninggalkan Am dan Fia.

* * * *
“Aisya kau tolong starbucks buat promosi ke lama sangat tadi?” sindir Zee yang dah nak mula tekan pedal minyak. Aisya diam. Diam gila-gila. Apakah?

“Jangan kata kau ambil hati dengan apa yang aku cakap,” Zee serba salah. Aisya diam lagi.

“Zee… stop.” Ujar Aisya sebaik sahaja Zee melepaskan handbreak untuk pulang ke rumah.

Zee pandang belah kiri. Dia perhatikan Aisya. Something is wrong somewhere.

“Let me drive, please..” pinta Aisya. Zee hanya memenuhi hasrat kawannya. Pemandu bertukar orang. Aisya sedang pegang stering. Dia mula tekan pedal minyak. Kereta Honda Jazz kepunyaan Zee meluncur laju keluar Times Square. 110 km/h itulah yang tertera pada skrin dashboard kereta. Oke, boleh dikatakan laju jugak sebab the speed is keep on increasing. Lagak Aisya macam tengah bawak Formula one je. Serius, Aisya tengah bengang tahap bangang ni.

“Aisya, kenapa ni???” zee dah risau.

“Nothing.”

“Tell me something babe.” Kereta semakin laju.

“I saw someone.”

“Siapa?”

“I bet you know that ‘someone’.” Pedal minyak ditekan lagi. Kereta makin laju. Ya Allah.

“Aisya. Rilek wehh.., kenapa? Jangan bawak laju-laju wooi, kau ingat ni kereta kau ke?” Aisya buat bodoh macam pekak badak. Dia tak hiraukan kata-kata Zee.

“Aisyaaa… mengucap!” ujar Zee lagi.

Kereta dah pecut gila mak datok laju. Hanya tuhan saja tau betapa banyaknya risiko kemalangan dengan kelajuan sedahsyat itu.

“AISSSYAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!” Zee jerit mau pecah gegendang telinga apabila nampak kelibat kenderaan besar di hadapan mereka.

Maka dengan itu, GEDEBOOOMM!!!.

Allahu Akbar. Allah Maha Besar.