Just a few words

I may not always update my blog but when I do I go all out. LOL

Hehehe, sebab tak tahu ada ke tak lagi orang yang jenguk blog ni sebab dah bertahun tak berupdate, so kalau ada update tuuu macam wow! Heh ;)

kalau nak baca, sila kan, :)


link fb: Addi. Shalala
link twitter: Addi
email: hello.addistry@gmail.com

04 June 2010

FLY [3]

Aisya duduk memandang laptop yang sudah dipasang. Waktu lengang, kerja dah siap. Ada ke kerja? Buat-buat macam tak ade je lah. Haha. So, laptop jadi peneman hidup. Desktop layout di tatap. Pemandangan indah Switzerland jadi tarikan mata. Cita-cita nak pergilah agaknya. Tapi tiap kali cita-cita berubah. Haha. Mula-mula nak jadi doctor, tengok cerita Gerak Khas, ceh bajet nak jadi Inspector Aleeza la kirenye. Fighting-fighting sangat teruja! Hehe. Alih-alih jadi akauntan. Oke, it’s better than nothing, right? Alhamdulilah.

Jari telunjuk mengetuk-ngetuk tetikus. Otak rasa kosong. Arah tuju cursor tak tahu nak kemana. Tak ade arah.

“Alaaa..tak ade signboard ke. Aku boring nih.” Aisya monolog dalaman. Berapa kali fikir nak buat apa. Akhirnya, folder gambar di klik.

Gambar sejak dari zaman sekolah, ke universiti . Dah lama tinggal zaman muda remaja itu, sekarang zaman remaja-dewasa pulak. Haha. Nak jugak term remaja tu. :P Ah, kau.

Wayang slide show ditekan gambar waktu belajar dekat Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah ditayang satu per satu. Rasa nak ambil bantal tutup muka. Malu weh. Muka innocent masing-masing. AHAH. Macam budak darjah 1 tapi ni masuk sekolah menengah. Haha. Muka tak daya masing-masing.

“Pergh. Muka aku! Suci gilaaa…” bergambar dengan baju sekolah. Ahaha. Tudung pun macam hampeh saja. Peduli apa kan masa tu, lantaklah senget benget ke. Pfftthh.

Tup-tup keluar satu gambar. Budak-budak lelaki. Agak macam masa form 2 ke form 3. alaa… tak ingat lah pulak. Ada Budak lelaki cool je. Cewah. Tersengih sampai melangit. Ada budak gempal buat gaya tangan ‘rock on’. Ada budak tu innocent je. Pakai cermin mata. Rambut mak aaii, belah tepi. Memang calon buat menantu lah. Pakai braces some more. Sopan je. Kalau nak dicomparekan dengan budak 2 orang yang lain tu. Haha.

“Erk. Sape pulak menyempat masuk dalam gambar ni. Alert sungguh.” Aisya dah merungut. Suka hati je bebudak ni interframe. Aisya buat scan laser, berusaha nak mengingatkan budak 3 orang ni. Usaha gagal. Next!

10 gambar didepan. Aisya tertarik dengan satu gambar. Scan punya scan, oh. Waktu form 4. Ada lima orang. Aisya, Zee, ummm.. siapa lagi ye? Siapa mamat macam handsome sikit ni? Haha. Sengal~

Aisya tepuk dahi. Adeh! Gambar budak lelaki 3 orang yang gagal discan tadi dibukak kembali. Buat comparison. Macam sama je.

“Eh, cop!!! Ni bukan… Am ke?” Aisya nak gelak guling-guling. Awat lain menyimpang no, kau Am!!!

Budak belah rambut tepi jadi budak rambut cacak sikit.
Budak nerd pakai cermin mata jadi budak normal tanpa cermin mata.
Budak sopan je dah jadi budak dah tak sopan. HAHA.
Eh tadi aku kata handsome eh? Ada lah sikit. Haha. Perasan mamat ni nanti.
Patutlah ramai peminat. Am.. Am..

Budak lelaki. Nak masuk akil baligh agaknya, berubah semacam. Haha.

Jay pun dah lain, meningkat alam remaja lah katakan. Kwang-kwang-kwang. Pergh. Tunjuk ‘rock on’ tak boleh blah laaa…!!

“Ni sape yang cool je ni. Cet. Bajet lah kau mamat..” Aisya cakap sorang-sorang. Ada jugak entry requirement budak ni masuk Tanjung Rambutan karang. HAHA.

Aisya picit-picit kepala. Usaha gila habis lah nak ingat nama jejakan bajet cool ni. Blaargh!

“Oh. Fikri. Fikri, budak ni… manalah dia menghilang. Lama tak nampak ouh. Awek keliling pinggang je gaya budak ni. Ada potensi haha. Sengal lah kau Aisya.” Aisya cakap dalam hati. Kepala digeleng.

Sonny Ericsson bergegar. Mesej masuk.

[Aisya, jom makan jom]
Sender : Arham

[Tak nak. Malas lah. Duit tak de.]
Sender : Aisya

[Aku belanja. Mai laaa…]
Sender : Arham

[Duit turun dari langit ke? Rajin sangat membelanja orang ni?]
Sender : Aisya

[Alaaa.. kau ni. Ni mase aku kat Malaysia lagi ni. Aku nak tunjuk baik, kau tanak terima pulak]
Sender : Arham.

Malaysia. German. Hmm… JAUH GILA!
Nak naik sampan nak travel pun takut tenggelam je nanti. Naik plane berapa jam agaknya. Pffthh lenguhlah punggung asyik duduk je. Nak kena transitla itulah inilah. Dalam sungguh kau berfikir ye cik Nur’ Aisya.

Ringtone standard Sonny Ericsson kedengaran. Nama Am terpapar pada skrin. “Hish nenek ni memang laaa.. urgh.” Aisya tekan butang ‘accept’.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumuasalam.”

“Patik nak ajak tuan puteri makan bersama patik. Mahu ke tidak?” Suara Am dihujung talian.

Hek eleh. Berpatik-patik, panggil aku tuan puteri pulak tu. Cis. Bodek, kau nombor satu.

“Tuan puteri nak makan bersama Dayang Zee lah. Kasihan, dayang Zee. Penat memasak di dapur.” Balas Aisya. Alasan. Padahal, Zee tak masak pun. Amboi kau Aisya, bagi pangkat Dayang kat Zee. AHAH. Mau terjegil mata Zee tu nanti. Tak pe, Zee, dayang VOGUE laa. :)

“Alaa.. patik dah suruh Zee makan kat luar dengan Zul. Jadi, tuan puteri tiada pilihan lain. Marilah, makan bersama patik.” Arham sengih jahat. Haha. Kau, Arham akal memang mencapai tahap maksimum. Pandai je, buat helah.

Aisya tahan geram. Pffthh, mengada kau Arham. Kau memang plan eh? Ishh.!

“Jangan kutuk patik boleh tak? Nak makan tak tuan puteri?” Am soal lagi. Please say yes please say yes. Berdoa.

Aisya check perut. Dah buat konsert kugiran dah ni. Ah, gasaklah. Makan je. Bukan dengan stranger. Kawan sendiri lah. Alaaa, anggap ni masa dia ada lagi. Nanti dah tak de, tak ade sape nak ajak kau makan wahai cik Aisya ooi.

“Haaa.. tuan puteri makan dengan patik lah. Tuan hamba macam beriya sangat kan, kasihan pulak tuan puteri tengok nanti. Tuan puteri nak bersiap ni. Tuan hamba datang dalam pukul 1 nanti ye.” Aisya bagitau.

“Pukul satu? Eh, patik dah sampai ni haa…” Am buat statement!

Eh, engkau Am. Kau jangan!!! Aisya pergi tengok kat veranda rumah. DANG IT. Kereta Honda City. Am tengah berdiri menyandar kat body kereta. Tangan dilambai. Aduhai.

“Kau ni Am, tak kasi chance langsung aku nak bersiap lama-lama sikit.” Aisya bebel dalam hati.

* * *

Dalam kereta,

Aisya pandang Am. Asal aku rasa macam nak tergelak je pandang Am ni? Aisya pandang lagi. Teringat pulak gambar tadi. Tak sangka budak tu Am. Lain sangat melencong oh. Dah no more braces, no more glasses. Up sket pakai contact lense lah dude. HAHA. Segak je sekarang. Apasal kau puji melambung ni weh!!!??

“Kau usha aku habisan ni kenapa?” Am cakap. Stering dikawal. Bibir dah ukir senyum menyegih dia.

Aisya giggle.

“Terpikat eh?” Am pandang Aisya. Eh, pakcik, mata kat jalan raya woi. Aku tak de insuran la.

“Pandang depan lah.” Aisya suruh,

“Terpikat ke?” Am Tanya lagi. Cis. Kau!

“Tak ada makna.”

“Ada makna.”

“Apa makna?”

“You’re falling for me.” Gelak evil.

“Mana ada.” Blushing. Aisya pandang tingkap. Tingkap lagi best kot pandang. Perasan betol mamat sebelah ni.

“Ada.” Selamba badak kau Am!

“Whatever.” Malas nak layan.

“Elelelelelehh…” Am mengajuk.

“Shut up la Am.”

* * * *
Perut dah kenyang. Dah tak ada konsert kugiran lagi. Haha. Lega. Burp. Alhamdulilah. Syukur. Situasi berjalan ke Berjaya Times Square, Am kata nak pergi Borders. Nak tengok buku pasal Jerman,

“Thanks, Am.” Ucap Aisya. Orang dah belanja ni, pandai-pandailah cakap terima kasih. Mana lah tau kena ajak lagi ke nanti. Haha. Budi bahasa budaya kita. Ecewah, promote.

“My pleasure.” Sengih Am. Sengih lagi budak ni. Mengada betul.

“Kenapa sengih?” Aisya Tanya. Pelik lah.

“Laaa.. tak boleh ke?”

“Bukan tak boleh. Pelik lah. Kau syok sendiri.”

“Yang tadi kau usha aku gila-gila boleh pulak.” Hambik kau Aisya. Kena balik semula. Haha.

“Erk.”

“Apa erk.. errk??”

“Aku tadi teringat zaman sekolah SEMESTA. Aku ada gambar kau, Jay dengan Fikri. Lain sangat ouh korang! Hehe..” Aisya senyum. Lawak pulak. Buat walking down memory lane waktu zaman sekolah menengah.

“Lain?”

“Yelah.”

“Kau dulukan macam nerd je kan. Then, masuk form 4, transformasi terus.” Aisya cakap lagi. Masa tu, saham Am, naik serta merta, ye lah kan. Masing-masing nampak macam macho sikit ade jelah, secreto de amor tu. Ahah.

Am sengih sengih. Good times.

“Kau kenal aku pun sebab aku TER-baling bola sepak kat kepala kau. Sampai tercabut spek mata kau. Hahaha..” Aisya gelak tak sopan. Lawak. Kuat sangat kot balingan sampai tercabut spek. Haha. Gila lah. Well, pemain bola baling sekolah lah katakan. Ceh.

Am gelak. HAHA. Kepala dipegang. Sakit lagi tak? Haha. Sengal~

* * *
Buku berkaitan Negara Jerman di tarik keluar dari rak buku. One thing best pasal Borders, boleh lepak-lepak baca buku. Macam kat perpustakaan. Buat macam rumah sendiri je. :)

Tajuk ‘Switzerland’ menarik perhatian Aisya. Dibelek halaman dalam. Lawa pemandangan. SYOK nyeee.. senyum sorang-sorang. Angan-angan lah kau ni Aisya.

“Switzerland?” Am angkat kening.

“YUP.” Aisya tutup buku, letak semula dirak. Langkah mencari tempat duduk yang kosong.

Am ikut dari belakang.

“Dah tau nak fly bile?” Tanya Aisya nak tahu. Dia duduk menongkat dagu.

“Tak lagi. Syarikat tengah arrange.” Mata Am masih terlekat kat helaian muka surat buku.

“Jangan lupa bagitau nanti.” Pesan Aisya.

“Baik, ma’am. Best friend till death. Takkan tak bagitau kot,”

“Mana tau, lupa ke.”

10 minit,

“Jom pergi kaunter. Nak bayar lah,” Buku Novel ‘Girlfriend Curse’ di pegang erat di tangan Aisya. Am dengan buku Jerman dia. Am angguk. Jom bergerak ke kaunter!

GEDEBUK.
Bunyi Am langgar orang. Habis buku jatuh. Aduhai.

“Sorry.” Am mengutip buku.
“Yeah. I’m sorry too.” Gadis itu turut meminta maaf. Bukunya di ambil. Dia mendongak. Memerhatikan jejaka didepan mata.

“Errr.. Am?” Gadis tu seakan mengenali Am. Aik? Am yang tengah sibuk-sibuk tu, terus alert nama nya dipanggil.

“Eh, Fia.” Am jugak macam kenal je minah ni. Lah, sessi jejak kasih kah?

Fia. Ex-girlfriend Am. Masa bercintan-cintun masa kat universiti. Durasi, setahun setengah. Lebih kurang dua tahun jugaklah. Putus sebab.. entah. Fia tinggal Am macam tu je. Tukar uni lain. Tak bagitau langsung. Kesian Am, nak kata Am tak baik. Baik je. Entah lah. Let by gone be bygone kan? Lama jugaklah si Am ni nak move on. Nasib baik ade Aisya. Adalah jugak yang dia nak count on kan?

Fia senyum. Am senyum. Wow. Jumpa kat sini? Aisya berdiri kat situ. Ohhhkaaayy..

“Buat ape kat sini?” Fia mula bertanya. Ramah pulak.

“Emm.. cari buku. What else kan?” Am menjawab.

Aisya berdiri static. Ohkay. This is getting way too awkward. I am not even part of their conversation so I guess I better get my feet off to the cashier lah ye. Biarlah mereka buat jejak kasih.

Aisya menghulurkan not RM 50 kepada juruwang. Mata sempat melihat Am dan Fia. Happy je mereka. Hmm..

Aisya melangkah menuju ke Am. “Am, I’m done.” Aisya angkat plastic yang berisi buku. Am angguk. Am mendekati Aisya. “Okay. Hang on. Aku nak bayar kejap. Tunggu sini.”

EHEM. Bunyi berdehem. Aisya menoleh. Fia kat sebelah. “Eh, you ni Aisya kan? Am’s best friend.” Fia cakap.

“Yes. Yes I am.” Aisya mengangguk. Popular la pulak.

“Yeah I saw you with Am dulu masa belajar before pindah uni.”

“OH.” Sepatah.

“Are you guys like going out?”

“HUH?” Apa kau cakap minah?

“Like going out. ‘Going out’. You know like together.?” Fia kasi terang.

“Naahh.. why?”

“GOOD.” Fia senyum matanya melihat Am.

“I’m sorry. Did you just say good, dude?” Aisya angkat kening. Soalan dibiarkan sendiri. Takkan nak cakap kuat-kuat kot. That would be rude! But, what the heck, lantak laaah. Pfffthh.

* * * *
“See you.” Am drop Aisya depan rumah.

“Yeah. See you.” Aisya bukak pintu pagar.

“Hey. Give me your iPod.” Pinta Am. Aisya buat muka apakah?

“Bagi eh.” Am buat muka puppy face.

Pelik pelik lah kau Am.

10 minit.,

“Here. Take good care tau woi.” Aisya bagi amaran. Aku sayang iPod ni. Hehe. Am angguk.

“Boleh tau kenapa nak iPod aku?”

“Kalau aku kata aku nak replace yang dengan aku punye boleh?”

“Am !!!!!!!!” Aisya keluar aura harimau betina Malaya. Am gelak. Haha. Gelabah kau Aisya.

“Don’t worry. I wont do that. You’ll know. SOON!” perkataan SOON ditekankan. Haiyaa.

“Jangan buat harta pulak.”

“HAHA. Aisya…”

“Hmm…”

“Tell me one thing..”

“What?”

“Are you sure you’re not falling for me?” Am pakai shade pulak dah.

“Shut up Am.”

“I like the way you say shut up. Sarcastic tapi cute. Haha.”

“Pelik pelik je kau ni,”

“Orang kata kalau orang nak pergi jauh, dia buat benda-benda pelik, sekarang aku rasa macam betul pulak teori tu.”

Aisya geleng kepala, peluk tubuh.

Dan, kereta Honda City meluncur laju.

* * * *
“Falling for him?” Aisya kau GILA !!! tak patut kan? Am, kau jangan bagi harapan boleh tak?

“Fia?” Interframe baek punya. takpe. kalau jodoh dia dengan Am, nak buat lagu mana.

“Good?” *sigh*

Urgh. Serabut. Bantal ladybird dilekapkan ke muka. Tidur lagi bagus.


p.s kalau boring, sorry eh. HAHA. :D oh SEMESTA = Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah :)