Sara datang awal ke sekolah.
“Ma, salam.” Ujar Sara mencium tangan mamanya.
Keluar dari kereta Myvi hijau muda dan kemudian lambai.
Sara berjalan menyusuri laluan ke kelasnya.
“Ape barang aku datang awal sangat nih? Ntah. Well, early bird catches the worm,” Sara bersuara perlahan.
“So, did you get any worm so far??” soal seseorang di belakang.
Sara menoleh belakang. Suara macam kenal.
Seorang mamat. Pelik. Tak kenal.
“Aku kenal kau ke?” soal Sara sambil berjalan gostan. Atas bawah atas bawah Sara pandang.
Lelaki itu hanya senyum dan tergelak. Dan berlalu pergi sambil mengangkat tangan dan mengucapkan. “Hey, Cik Jalan Gostan and good morning!”
“What the?” dan-dan dia nak jalan dengan normal. Dum! Tiang sekolah dok melekat kat dahi.
“Aduhaiii,” Sara menggosok dahi.
“Kenapa dia nampak lain?” Sara hairan. Untuk beberapa ketika. “He doesn’t wear specs la makcik. That’s why la lain.” Sara buat conclusion sendiri. Sara geleng. Apa daaa..
“Sara got any hot stuff. Sharing is caring rite?” Dila menjungkitkan keningnya berkali-kali.
“Kenal Lukman?”
“Lukman..” masih blurr
“Lukman.. ape eh name dye Lukman Sarkis. Eh bukan Lukman.. ape ntah. Ade lah bunyi ‘is..is..’ ujungnya tu. Kenal tak?”
Dila jungkit bahu.
“Alaah, gang si Adli tu. Takpe nnt ko recall la kot. Takpun kalo ade jodoh aku pergi tunjuk siapakah gerangan Lukman itu.”
“So? Ade ape dengan Lukman?” semangat nak tau.
“He has 4 buah hati.” Sara separuh berbisik.
“4?? FOUR???” Dila terkejut. Ape barang mamat ni nak banyak2. suara Dila tadi sampai ke telinga Cikgu Dina.
“For what Dila?” tiba-tiba Cikgu Dina interframe.
“For.. err.. for,” sempat lagi Dila nudge Sara.
Sara buat gaya. Aku tak babit. Tolong jangan drag me into this stuff.
Cikgu Dina menunggu jawapan Dila.
“For our own good miss.” Hentam la labi.
“Why?”
“Gedikla cikgu ni. Makin semangat pulak Tanya aku.” Dila bisik dalam hati. Mampus nk cakap kuat2.
“Why? Hemm, so that we can pass our exam.?”
“Dila. Can you please explain to me a little further based on the answers that you have given.” Cikgu Dina saja je nak test aku. Haiya. Aku tau la tadi tak pay attention.
“Mende gok cikgu merepek nih,” Dila bengang.
Sara yang tak mau benda berlarutan menulis sesuatu di atas cebisan kertas.
Dan segera menyuruh Dila menjawab pertanyaan Cikgu Dina dengan apa yang ditulisnya.
“By learning this chapter and every chapter by heart is for our own good so that we can pass our exam, miss.” Tolong lah jangan banyak Tanya cikgu. Please.
“Ting!!” bunyi loceng rehat.
“Well miss. Look at the time. Mase untuk rehat! Dan saya sungguh lapar cikgu.” Laung Sara. Sara segera mengemas segala bukunya dan pergi bersalaman dengan cikgu. Itulah rutin pelajar setiap kali tamat kelas.
“Thanks.” Ujar Dila dalam perjalanan mereka ke kafe sekolah.
“No biggie.” Kenyit Sara.
“Wei, cepatla aku lapar nih. Hari ni makcik kantin masak sedap nasi ayam wo! Meleleh air liur aku dol.” Laju Sara pergi ke kafe.
Dila hanya menggeleng kepala. Sara dan makanan tidak dapat dipisahkan. Bab makan fuhh.. pelahap habis.! Dila terkedek-kedek. Sara dah lari pecut 100m untuk mendapatkan nasi ayam favourite. Yelah, nasi ayam tu.. sape lambat frust menonggeng la rasenye.
“Hai, Dila!” satu suara menyapa.
Siapa pulak ringan mulut nak menyapa nih. Oh Kak Lisa!
“Hai,” balas Dila senyum. Lisa ketua editor majalah sekolah.
“Kenapa kak?” curious Dila.
“Tak ada apa-apa. Just nk bagitau yang petang ni ada perjumpaan pasal majalah sekolah. Pukul 3.30 kat Bilik Pelajar.” Dila sebagai salah satu AJK patut datang!!
“Kenapa tak buat announcement?” soal Dila.
“Malas! Hehe.” Selamba.
“Err.. ok lah. Datang ye jangan tak datang.” Pesannya. Lagak macam terburu-buru.
Dila meneruskan jalan kakinya ke kafe sekolah. Namun ekor matanya masih tertumpu pada Kak Lisa.
Kak Lisa tengah cakap dengan siapa tuh? Dila meninjau-ninjau.
“Eh tu kan.. Adli !” Dila baru dapat cam empunya diri yang sedang bercakap tengah Kak Lisa.
“Waah, suka-suka lagi. Gelak-gelak lagi. Amboi,” hatinya bercakap sendirian.
“Ni hot stuff nih! HOT STUFF!!!” Dila berjalan laju mencari Sara.
“Mana Sara nih???” Dila memanjangkan lehernya bak zirafah. Lucky, dia nampak Sara yang beriya-iya melambai tangan menunjukkan di mana dia berada.
“Sara.. Sara. Nak dengar cite hot stuff tak??” semangat nak cerita si Dila nih.
“Kok ye pun. Bagilah can aku nak bace doa makan nih. Kebulur dah nih,” Sara dah buat gaya baca doa.
“Sila-sila,” Dila turut menadah tangan.
“Ameen. Yarabbal alamin. Ok.., tadikan..”
“Kok ye pun kasilah aku jamah nasi ayam nih..” Sara potong ayat Dila. Sara menyuapkan nasi ayam ke dalam mulutnya. Waa..sooo good!
“Ok.., tadikan ..” belum sempat nak cite.
“Kok ye pun kasilah aku minum air milo nih,” Sara gedikacau Dila nak cerita. Sara meneguk air milo ais yg dibelinya.
Selang beberapa minit…
“Aik citelah, tadi bukan main bersemangat gila nak bercerita,” tegur Sara yang dari tadi menunggu Dila bukak mulut bercerita.
“Dah boleh ke?” Dila buat2 merajuk. Tak de makna!
“Dah lah.”
“Yelah. Manalah tahu anak beruang yang pelahap ni nak teguk air ke nak sumbat nasi ke ape ke,” Dila selamba.
“Amboiii. Kau nampak air milo yang setengah gelas nih? Nampak? Ade jugak yang merasa kene tuang dengan air milo ni kang,” gurau2 manja.
“HEHE.” Dila senyum tayang gigi.
“Ok, back to our story. Tadi kan, mase ko dah berlari macam orang lari pecut 100 m, Kak Lisa tegur aku.”
“Then?”
“Dia kata petang ni ada perjumpaan.”
“Apa yang hot stuff nya?” Sara masih menunggu part mana yang hot stuff tu.
“Oh yang tu. Tadi aku nampak Adli dengan Kak Lisa!” Finally she’s telling the hot stuff.
“Really? So?” Sara cam tak interested.
“Diorang gelak-gelak. Teman tapi mesra gitu.”
“Iye?? Aku tak kisah pun..” Sara membuntangkan mata.
“I think they got something la. Agaknya. Who knows.” Sara buat konklusi sendiri. Habis licin dia hentam nasi ayam. Hmmm.. soo good!
“Ya think? Of course la. Adli tu dah la pop singer, good looking. Kak Lisa tu dah la comel, cun, cantik. Segala ‘C’ la. So there’s possibility la kaann,” Dila buat teori die plak.
Sara tarik kerusi
“I cant believe Adli and Kak Lisa.” Geleng Sara yang dah berdiri nak basuh tangan di sink.
“Hey, Adli!” senyum seindah suria si Dila.
“What the?”
Adli dah berdiri tercegat kat belakang Sara.
“Kenapa?” Tanya Adli yang tengok Sara pandang semacam.
“Aku yang patut tanya kau soalan tu.” Balas Sara.
“Hai Dila!” Adli mengalihkan pandangannya ke arah Dila dengan senyuman. Ah senyuman itu. Kali ni Adli bercermin mata. Fuh. Tak salah orang.
“Tepi sikit. Aku nak lalu nih.” Sara nak basuh tangan.
Adli tak bergerak. Pekak ke? Oh ya lupa dia ade sound trouble. haha
“Nak ke baju kau tu aku lap dengan tangan aku ni? Aku no hal je.”
“Eleh, tak payah. Aku rasa tudung kau tu lagi berhak untuk buat kain lap tangan.” Dush hambik kau Sara. Haha.
“Arggh gedik. Mental!” marah Sara.
“Pergila lalu tempat lain macam la takde tempat lain nak lalu agaknya.” Kata Adli.
Ha ah ye. Yang aku ni koya sangat kenapa. Sara terus menyelesaikan misi basuh tangan.
“Sara. Nah!” Adli tiba-tiba berdiri di tepi Sara yang entah bila dia ada kat situ. Tadi kat meja makan. Pelik. Ke dia macam Edwrd Cullen boleh lompat2 cepat2 lari zooommm. Boom! Hello, ni bukan twilight!!!
Lollipop chupa chups dipegang Adli.
“Huh??” Sara blur. Tangannya sudah bersih.
“Ambikla, kau punya. Aku beli.” Sara mengambil lollipop tu.
“Asal tibe-tibe, bagi aku lollipop nih?” heran!
“Thanks for semalam. Yelah, kau bagi roti bun, air kotak percuma je kat aku. So, aku rase tak senang hatila kalau aku tak bagi kau something jugak kan,” Adli cakap straight.
“Ooo.”
“Alahai, sweet nye.” Suara Dila tiba-tiba interframe. Sibuk.
“Lollipop. Ok la kan?” Adli tanye lagi. Keningnya naik sebelah. Cih.
“Hmm. Lollipop looks nice.” Sara senyum.
“Good. Oh, aku kena jumpa Lukman nih..” Adli berlalu pergi.
“Flavour ape eh?” Sara membelek wrapper.
“Strawberry??! Apakah?!! Tak minat lah,”
“Adli !!!” jerit Sara. Adli yang berada tak jauh dari situ berhenti.
“Apa lagi?” tanyanye lagi.
“Wei, next time beli la aku flavour chocolate plus vanilla tu. Aku tak minat strawberry.” Balas Sara.
“Yang tu kau beli sendiri laa.. aku dah kasi pun bersyukur la sket. Aiya.” ucap Adli dan terus bla.
“Strawberry pun strawberry la. Layan je.” Sara menyumbatkan lollipop.
Sesudah habis segala cerita pasal Lukman yg telah diceritakan pada Dila, maka habislah HOT STUFF untuk kali ini.
“AKu macam tak caye lah sampai 4.” Dila tak puas hati.
“Betul.4. Adli bagitau.”
“Boleh percaya ke?”
“Maybe. Adli tu kan best friend Lukman so for sure la Adli tau kan? So betulla kan?”
Mereka sedang berdiri di koridor.
Masa lapang. Meaning masa cikgu tak masuk kelas tempat paling suka lepak depan kelas. Koridor. Dapat tengok budak-budak jalan kat bawah. Tak de keje. So buat kejelah. Tengok orang.
“Eh, tu Lukman tuh.” Sara menunjuk ke arah budak lelaki yang sedang berbual dengan seorang pelajar perempuan.
“Oh tu ke Lukman. And budak perempuan tu, budak form 3 kan?”
“Entah aku tak tahu la budak perempuan tu form berapa. She must be one of Lukman’s buah hati agaknya.” Sara buat kesimpulan sendiri.
Hari tu form 1 then form 3? Dah 2 dah. Then another 2 dapat dari mane? Form 4? Maybe. Form 2? Mungkin. Form 5? Dahsyaatt.!
“But wait, tadi Adli bagi lollipop kat kau. Fuuh, sweet seyh. Nasib baik tak menitis air mata aku tengok. Terharu betul. Romantik gile.” Dila tukar topic.
“Romantik amendenye. Kat tepi sink buat drama.” Balas Sara malas.
“So kirenye kau mengharapkan Adli kasi lollipop tu mase candle light dinner gitu? Eh? Eh?” Dila sengaja pancing.
“HAHA. That is SO not gonna happen ok. Kau ni selalu over tau tak. Lollipop tu rezeki aku je tuh.”
Dila geleng. Sara memang tak nak mengalah.
“Dang!” kepala mereka tiba-tibe terhantuk bersama-sama. Velocity nasib baik rendah.
“Asal kau hantuk kepala aku?” Sara meraut kepala sakit.
“Mana ade! Kau tu ha. Cakap aku pulak. Asyik aku je.”
“Eh mane ade aku tak buat la. Gila ape nak tanggung risiko kepala kena hantuk.” Sakit jugak dol.
“Saya yang buat!” suara garau.
Cikgu Gazali. “Kamu ni tak reti-reti nak masuk kelas? Saya dah hampir 20 minit dok mengajar. Ingatkan nak kasi kamu masuk sendiri. Rupanya tak de harapan. Dah pergi masuk?”
“Bila cikgu masuk cikgu?” Sempat Tanya lagi Dila nih.
“Semalam.” HAHA.
“Kau ni lagi satu. Tengok sekarang pukul berapa then tolak 20 minit. Time tu lah cikgu datang kan cikgu?” pergh. Semangat gila Sara bagi instruction.
“Dah. Pergi masuk. Banyak cakap betul!”